FAIL MEJA HEM 2014 docx

2.0

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru
Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan
mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin,
bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru.

8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa
butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan
kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan
borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke
sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti

sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru
Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan

pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,
kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab
terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai
pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan

sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya
agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk
menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang
bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan

hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di
sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang
layak menerimanya.

H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di
semua peringkat.

Persatuan Dan Kelab:
1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.


Pasukan Pakaian Seragam:
1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian
seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan
di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat
sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional
atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan
pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk
para pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)
1. DISIPLIN
1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN
3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.

4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.

4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

5. BIASISWA DAN BANTUAN
5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.
5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN
6.1 Projek Susu Sekolah.
6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. PENTADBIRAN.
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

3. KURIKULUM.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. KOKURIKULUM
4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab
serta pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1 Menghadiri kursus.
5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG