Isu Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidi (2)

Jemputan

Isu Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Oleh : Prof.Madya Hj. Iberahim Hassan
Dekan Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kurikulum pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan. Sebagai pendidik
seharusnya berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu
supaya sentiasa terkini selari dengan keperluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita
berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar
nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam
pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan
terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti
itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan jikalau
peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumber dan kurang mengajar. Kita
mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh dilakukan
untuk perkembangan pelajar. Melalui pembelajaran artistik itu peranan guru bukan
setakat memandu pelajar menggunakan alat dan bahan semata-mata tetapi menjana minda
pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan inovatif, juga bukan sekadar hanya sebagai
menstabilkan emosi murid-murid melalui aktiviti ekspresif semata-mata.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan
akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauh manakah idea
yang telah dikonsepsikan itu akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Berbanding dengan
sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap mata pelajaran lain
yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, mata pelajaran
pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan
inilah memberi tekanan kepada guru bagi merealisasikan konseptual pendidikan seni
yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber
sokongan untuk
melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan peruntukan yang
agak tinggi berbanding dengan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauh
manakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain sanggup membantu pihak pelajar dan
sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita usaha begini belum
dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk memastikan keistimewaan mata pelajaran
ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral
atau kewangan daripada pihak berkenaan.
Pendidikan Seni Visual dan Kerjaya:
Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan
dalam pembangunan negara bangsa kita, sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini
adalah relevan dengan keperluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan

bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar
menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang
harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh
anak-anak mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada mata pelajaran utama,
1

juga melalui mata pelajaran pelengkap yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem
persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran wajib daripada tahun
satu sekolah rendah hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata
pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual
telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolahsekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi sebahagian daripada syarat masuk
ke pusat pengajian tinggi khususnya untuk bidang-bidang yang relevan seperti, bidang
yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan,
pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang
memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.
Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan
kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolehan pelajar dengan mata
pelajaran sains dan teknologi. Seni, sains dan teknologi adalah kombinasi yang wujud
dalam kehidupan era post-moden kini. Daripada kajian yang pernah dibuat terdapat
antara 120 hingga 150 jenis pekerjaan di dalam dunia ini yang bersangkutan dengan

kemahiran seni visual. Malangnya ada pihak tertentu yang tidak pernah peka tentang
perubahan paradigma ini sengaja mengetepikan mata pelajaran ini untuk pelajar-pelajar
aliran sains walaupun kita telah mengamalkan konsep sijil terbuka. Malah daripada hasil
kajian yang telah dilakukan banyak sekolah-sekolah menengah yang tidak memasukkan
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam jadual waktu rasmi atas alasan tidak
cukup waktu belajar. Pelajar-pelajar yang membuat pilihan Pendidikan Seni Visual
sebagai elektif, terpaksa belajar sendiri di luar jadual waktu tanpa diurus secara rasmi, di
samping bergantung kepada kesanggupan guru untuk mengajar lebih masa, selalunya di
waktu petang.
Pendidikan Seni Visual Untuk Kana-kanak dan Remaja
Kita juga bersetuju Pendidikan Seni Visual ini merupakan salah satu mata pelajaran
yang memberi peluang kepada pelajar mengeksploitasi emosinya sebagai sebahagian
daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi khususnya untuk
kanak-kanak sekolah rendah ke bawah. Pendidikan senilah yang memberi peluang
kepada mereka sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh
dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan
keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga kanak-kanak
digalakkan menemui visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coretan
peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya,
yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan

penyelesaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap
soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang
lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan
mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka menghadapi
cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh
mereka adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku,
tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau

2

terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan
ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

keistimewaan yang boleh

Eisner dalam rencananya bertajuk Structure and Magic in Discipline-based Art
Education dalam Al Hurwitz (1991) m.s. 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang
cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk berpengalaman bagi
mendapatkan pendidikan yang signifikan seseorang individu itu perlu berupaya
menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Hal

ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata
pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan
manifestasi terhadap dunia sekitarnya. Melalui pengalaman yang diterima boleh
merangsang pelajar untuk berfikir dan mengaitkan apakah disiplin yang berkaitan
dengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui mata pelajaran pendidikan seni visual.
Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka
hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni visual? Apakah yang kita lakukan
dengan seni ?
Terdapat empat perkara penting yang kita lakukan dengan seni. Iaitu, kita
menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di
dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu.
Dalam pendidikan seni visual terdapat empat bahagian yang menjadi struktur
kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan
estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara
bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej
yang mempunyai tenaga ekspresif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta
( ingenuity).
Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukan
sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh membina
kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil

kerja-kerja seni yang formal.
Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni
atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta
pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun
merentasi dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni
yang berada dalam konteks vakum, sebahagian daripada makna yang dipancarkan
menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam konteks
semasa atau setempat.
Disiplin estetika pula merupakan satu disiplin yang perlu diperkenalkan dalam kurikulum
pendidikan seni visual, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu
yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita
akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguhsungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak
langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan

3

membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan
menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat
perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan
terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian

kriteria estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan
hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan
secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan.
Yang mempesonakan itulah yang dikatakan estetika. Mata pelajaran ini bertujuan untuk
mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat-empat disiplin
yang dikemukakan. Ini adalah pandangan secara umum tentang pendidikan seni visual.
Matlamat dan Objektif Pendidikan Seni Visual
Saya ingin menarik perhatian tuan-puan kepada matlamat pendidikan seni visual yang
tercatat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan Menengah:
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah:

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang
ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ,2000)


Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah:
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah, 2000)

Dan sepuluh objektif Pendidikan Seni Visual yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (Lampiran 1).

4

Sebuah kajian telah dibuat oleh Iberahim dan Mohd Nasir (2003) terhadap keberkesanan
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual KBSR. Suatu aspek yang berkaitan

dengan keperluan dan tahap kompeten guru-guru yang mengajar mata pelajaran
pendidikan seni visual di sekolah rendah, didapati kebanyakan guru-guru kurang
berpengetahuan tentang matlamat dan objektif, pengetahuan tentang sukatan pelajaran,
kejelasan isi kandung dan keupayaan menghurai objektif ke dalam bentuk operasi
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual KBSR.(Jadual 1)

SENARAI KOMPETENSI (KECEKAPAN) guru pendidikan
seni visual DALAM PENGAJARAN
PERANCANGAN PENGAJARAN

KEPERLUAN
Tidak
perlu

Perlu

Sangat
perlu

1. Pengetahuan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual

11
26
30
KBSR
(16.4%) (38.1%) (44.8%)

TAHAP
KOMPETENSI
Sangat
Sangat
Sederhana
rendah
tinggi
22
(33%)

34
(51%)

11

(16.4%)

2. Pengetahuan tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR

9
22
36
20
(13.5%) (32.8%) (53.8%) (30.0%)

32
(48.0%)

15
(22.0%)

3. Kejelasan isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR

3
25
39
24
(4.5%) (37.3%) (58.3%) (36.0%)

29
(43.0%)

14
(21.0%)

4. Keupayaan menghurai objektif ke dalam bentuk operasi Pengajaran
dan Pembelajaran

3
33
31
20
(4.5%) (49.3%) (46.2%) (30.0%)

33
(49.0%)

14
(21.0%)

Jadual 1:Senarai Kompetensi (kecekapan) guru pendidikan seni visual Dalam Pengajaran _ Perancangan
Pengajaran.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor: Yang jelas adalah kerana kurang
mendapat latihan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual .

Hanya 50.7%(34) sampel kajian mendapat latihan khusus dalam bidang seni semasa
berkhidmat, mana kala 49.3%(33) tidak pernah mendapat latihan khusus dalam bidang
seni semasa berkhidmat. Faktor berikut adalah guru yang mengajar mata pelajaran ini
tidak langsung mendapat latihan dalam mata pelajaran berkenaan. Tentulah mereka tidak
faham selok-belok mata pelajaran ini. (Kajian ini hanya dibuat di sekolah rendah di 41
buah sekolah rendah dengan 67 orang guru dan 1088 orang murid tahun enam. Sekolahsekolah itu terdiri daripada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan (Cina) dan sekolah
jenis kebangsaan (Tamil). )
Apakah implikasi kepada senario di atas kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran ini ? Sudah tentulah matlamat dan objektif yang diharapkan dicapai
melalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual itu tidak akan
tercapai. Akan terbinalah konsep yang salah atau tidak tepat di kalangan murid, ilmu
yang tidak cukup, corak pengajaran dan pembelajaran yang tidak inovatif, kreatif dan
menjemukan, membantutkan minat murid untuk lebih mendekati mata pelajaran ini.

5

Jikalau guru kurang jelas dan kurang pengetahuan dalam kandungan sukatan pelajaran
pendidikan seni visual ini bagaimanakah guru boleh membuat perancangan pelajarannya
dengan berkesan. Lebih-lebih lagi guru tidak upaya menghurai objektif sukatan
pelajaran ke dalam bentuk operasi bagaimanakah pelajaran pendidikan seni visual ini
benar-benar berkesan seperti yang diharapkan.
Di dalam situasi sedemikian berbalik kepada persoalan yang berkaitan dengan isu
bagaimana untuk memenuhi hasrat yang terkandung dalam matlamat dan objektif sukatan
pelajaran ini iaitu untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
seterusnya di peringkat menengah pula untuk melahirkan generasi yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif. Untuk
mencapai matlamat ini memerlukan guru yang berpengetahuan dan sentiasa mengikuti
perkembangan budaya bangsanya dan berkualiti seperti diharapkan. Bagaimana hasrat
ini dapat dicapai ?
Sudah sampai masanya untuk kita sedar bagi meletakkan martabat mata pelajaran ini
setara dengan mata pelajaran lain memerlukan guru yang berkualiti. Sikap pihak tertentu
yang menganggap pelajaran ini suatu yang mudah dan membenarkan sesiapa sahaja
mengajarnya telah memberi kesan jangka panjang. Pemikiran sebegitu telah menjiwai
bukan sahaja di kalangan pelajar malah guru-guru dan masyarakat pendidikan sendiri
terus meletakkan mata pelajaran ini di tahap kini. Cuba kita renungkan kembali kepada
pernyataan matlamat dan objektif bagi sesuatu sukatan pelajaran itu. Pernyataan itu
adalah sesuatu yang ‘keramat’. Adakah sewenang-wenangnya kenyataan itu ditulis di
dalam dokumen rasmi ? Tentulah ia tertakluk kepada tuntutan pencapaiannya,
perlaksanaannya. Ia juga mempengaruhi sejumlah wang peruntukan untuk
melaksanakannya. Memerlukan tenaga sumber manusia, memerlukan infrastruktur dan
memerlukan dasar yang perlu dipatuhi. Sudah tentu amanah yang telah
dipertanggungjawab ini perlu dipenuhi dan pulangannya perlulah setara dengan matlamat
dan objek yang telah dipersetujui.
Mari kita membuat refleksi sejauh manakah kualiti out put hasil daripada perlaksanaan
kurikulum pendidikan seni visual selama enam tahun di sekolah rendah dan selama tiga
tahun di sekolah menengah rendah dipilih secara elektif dua tahun lagi di sekolah
menengah telah menghasilkan masyarakat yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
seterusnya di peringkat menengah pula untuk melahirkan generasi yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif
Adakah kita telah puas hati dengan pencapaian dan kualiti kemahiran pelajar lepasan
PMR dan lepasan SPM dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual? Dan telah setanding
dengan kualiti ilmu dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran lain seperti Matematik,
Bahasa Melayu, Sains dan lain-lain mata pelajaran. Di manakah kekuatan mata pelajaran
ini dan di manakah kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki supaya mata pelajaran ini
terus dapat dimartabatkan.
Saya ingin menyentuh isu yang berkaitan dengan Objektif 4 sukatan pelajaran pendidikan
Seni Visual Sekolah Menengah:

6

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
Kita perlu teliti kembali sejauh manakah objektif-objektif lain yang ditetapkan di dalam
sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu telah kita penuhi. Melalui kesedaran untuk
melaksanakannya dan kejelasan terhadap maksud setiap objektif tersebut di terjemah ke
dalam bentuk operasi, baharulah perancangan pelajaran dapat disediakan dengan
sempurna. Jikalau saya membuat analogi, isi kandung pelajaran setiap bidang dan
aktiviti pelajaran ini adalah sebagai jasad manakala penyempurnaan objektif yang telah
digariskan itu adalah sebagai roh kepada jasad tersebut. Semoga dengan terlaksana
matlamat dan objektif tersebut harapan untuk melahirkan generasi dan masyarakat yang
berkualiti akan tercapai, ianya juga tertakluk kepada sejauh mana kita dapat menyediakan
guru-guru yang berkualiti, dengan ruang dan teknologi yang secukupnya selari dengan
hasrat yang telah termaktub dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual itu sendiri.
Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Teknologi
Sudah sampai masanya mata pelajaran ini dilengkapkan dengan peralatan dan teknologi
serta media yang sesuai dengan peranannya untuk meningkatkan berbagai kemahiran di
kalangan pelajar seperti yang tertera di dalam objektif sukatan pelajaran ini. Usaha telah
dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
mendapatkan tiga buah komputer untuk bidang komunikasi visual khususnya dan untuk
mata pelajaran pendidikan seni visual ini amnya bagi setiap sekolah. Ini menunjukkan
keprihatinan pihak PPK tentang pentingnya teknologi terkini untuk mendedahkan pelajar
berkemahiran menggunakan teknologi ICT selaras dengan perkembangan teknologi
untuk komunikasi visual di pasaran kini. Bidang–bidang pendidikan seni yang
dinyatakan di dalam sukatan pelajaran itu boleh dikatakan semuanya memerlukan bahan,
peralatan dan mesin bagi melatih kemahiran penggunaan teknologi dan memudahkan
proses penghasilan kerja-kerja seni. Umpamanya bidang reka bentuk : Reka bentuk
Industri, reka bentuk persekitaran, kraf tradisional dan dimensi baru seperti; tembikar,
ukiran, tenunan memerlukan masin-masin asas tertentu untuk memudahkan proses
pembuatannya. Mesin tersebut amat penting khususnya untuk peringkat kemasan dan
ketepatan kerja-kerja seni pelajar, di samping membina disiplin kerja, sifat cermat, tepat
dan hebat.
Jikalau mata pelajaran ini dibekalkan dengan mesin-mesin yang berkaitan maka sudah
tentu objektif menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti boleh tercapai,
dengan syarat guru yang mengajarnya cekap dan terlatih menggunakan peralatan tersebut
dan para pelajar pula dengan mudah tanpa halangan dibimbing meningkatkan
kemahirannya. Maka akan lahirlah pelajar-pelajar yang mahir menggunakan teknologi
pembuatan setara dengan keperluan asas oleh pasaran pekerjaan kini. Saya tertarik
dengan kemudahan yang terdapat di makmal Kemahiran Hidup. Berbagai peralatan dan
mesin yang canggih-canggih dibekalkan untuk sekolah-sekolah menengah. Mengapa

7

peralatan yang dibekalkan di sekolah itu tidak boleh diguna pakai bersama oleh pelajarpelajarnya untuk mata pelajaran pendidikan seni visual. Sebagai contoh terdapat mesin
pelarik, pemotong logam, gergaji elektrik, ketam kayu elektrik, mesin penebuk lubang,
dan sebagainya yang boleh diguna sama untuk ukiran, membuat binaan dan sebagainya.
Makmal komputer terdapat di setiap buah sekolah, mengapa makmal itu tidak boleh
diguna pakai atau amat sukar untuk digunakan oleh pelajar pendidikan seni visual bagi
menghasilkan motif-motif corak batik, poster, logo reka bentuk industri , konsep-konsep
landskap dan seni hiasan dalam dan sebagainya.

Persoalannya mengapa pendidikan seni visual sukar di bekalkan dengan peralatan dan
mesin yang canggih ? Sebabnya adalah kerana pihak berkuasa masih tidak menaruh
kepercayaan bahawa tahap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni
visual ini memerlukan
peralatan dan mesin tersebut. Kerana ramai yang masih
beranggapan Pendidikan Seni Visual hanya sekadar menggunakan pensel, warna dan
kertas sahaja. Sekadar membuat gambar di atas sekeping kertas, dan akhirnya kertas yang
dilukis itu dibuang ke dalam tong sampah. Jikalau beginilah proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual ini mengapa perlu dibekalkan
dengan mesin-mesin dan perkakasan yang canggih ? Guru pendidikan seni visual tidak
cekap dan tidak mahir dan tidak berupaya mengawal penggunaan peralatan dan mesin
yang canggih di makmal Kemahiran Hidup. Jikalau begitu siapa yang berani memberi
pakai kemudahan tersebut ? Segala-galanya bertitik tolak pada kualiti guru pendidikan
seni visual itu sendiri.

Wujudkan Standard Kemahiran dan Pencapaian Pelajar Di Semua Peringkat
Di samping itu suatu yang agak penting ialah sejauh manakah tahap kemahiran dalam
sesuatu bidang seni itu perlu diberikan kepada pelajar-pelajar seperti persoalan yang
telah saya kemukakan di atas. Tahap kecekapan dan kemahiran dalam bidang-bidang seni
di SPM perlu ada standard pencapaian minimumnya. Jikalau pelajar tingkatan empat atau
lima membuat kerja-kerja ukiran, batik, dan seumpamanya, standard kemahirannya
jikalau diukur dari sudut pasaran yang mudah ialah karya itu bermutu dan boleh dijual
dan ada pembelinya, wang boleh di kumpul sebagai pusingan membeli bahan dan
keperluan lain. Kemahiran ini menjadi asas untuk mereka memajukannya ke tahap
separa profesional dan boleh menjadikan kemahiran itu sebagai mata pencariannya.
Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang seni yang lain. Jikalau
ini boleh dilakukan baharulah selaras dengan objektif ke lapan iaitu menjadikan bidang
seni visual sebagai prospek kerjaya. Jikalau beginilah yang dapat dilakukan oleh guruguru pendidikan seni visual pihak Kementerian Pelajaran tidak perlu lagi
memperkenalkan mata pelajaran MPV bagi bidang-bidang yang ada kaitan dengan
bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, seperti papan tanda,
landskap, seni hiasan dalam, pembinaan perabot, membuat batik dan sebagainya.

8

Dari pengalaman saya membuat pemantauan dan penilaian latihan mengajar selama 20
tahun berkecimpung dalam latihan perguruan, melatih guru-guru pendidikan seni
sehinggalah pada awal tahun 2004, setiap kali saya membuat penyeliaan latihan mengajar
pelajar saya yang mengajar pendidikan seni di sekolah-sekolah menengah, saya dapat
mengesan tidak ada perubahan dari segi tahap kemahiran yang diterima oleh pelajarpelajar sekolah menengah dalam mempelajari mata pelajaran pendidikan seni visual ini.
Setiap kali alasan yang diberikan kepada saya adalah pelajar tidak ada asas itu dan ini.
Malahan baru-baru ini pelajar di tingkatan empat masih tidak tahu membancuh warna,
masih tidak tahu menggunakan warna air untuk membuat gambar, masih tidak tahu apa
itu logo. Adakah wajar keadaan ini berlaku setelah mereka mempelajari mata pelajaran
ini tiap-tiap minggu sepanjang persekolahannya.
Kita akan mempersalahkan kepada sistem, kerana tiada peperiksaan di peringkat PMR.
Adakah alasan begini boleh diterima ? Atau, dengan alasan, murid tidak berminat belajar
kerana tiada peperiksaan . Adakah dengan alasan ini maka pelajaran pendidikan seni
visual tidak perlu dilaksanakan dengan serius. Atau alasan lain; bagaimana untuk
mengajar, alatan tidak ada, bahan pun tidak ada. Inilah alasan-alasan yang sering kita
dengar yang akhirnya menjatuhkan imej mata pelajaran ini. Tetapi di suatu sudut lain
setengah alasan itu boleh diterima khususnya yang berkaitan dengan bahan dan peralatan
serta peruntukan yang disediakan. Walau apa pun alasannya, yang segera perlu dilakukan
adalah tentukan standard pencapaian dan kemahiran bagi setiap tahap pembelajaran
pendidikan seni visual ini supaya jelas dan menjadi panduan kepada guru dalam
melaksanakan tugasnya.
Standard kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual masih tidak jelas. Oleh itu satu
langkah segera perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Ia perlu dimulakan dari
tahap dua sekolah rendah sekolah , diteruskan di tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah
menengah rendah dan disambung ke tingkatan empat dan lima, yang akhirnya dinilai di
peringkat SPM. Penilaiannya pula dilakukan secara berterusan.
Sikap Pelajar terhadap Pendidikan Seni:
Satu isu lagi adalah yang berkaitan dengan sikap murid-murid terhadap mata pelajaran
pendidikan seni ini. Daripada kajian yang telah dilakukan terhadap 1,088 orang muridmurid darjah enam di kawasan tengah Semenanjung di dapati sikap mereka terhadap
mata pelajaran ini amatlah positif Jadual 2 menunjukkan skor min antara 3.9 hingga 4.03
(daripada skor tertinggi 5) Murid-murid amat suka mempelajari mata pelajaran ini

9

Min

A. ITEM SIKAP (KOMPONEN AFEKTIF)

Tahap

1. Saya berasa gembira semasa mengikuti kelas pendidikan
seni visual.

4.03

2. Pada saya kelas pendidikan seni visual amat menarik
dan saya berminat untuk mengikutinya.

3.99

Setuju

3. Pada pendapat saya, pendidikan seni visual adalah
sebagai satu mata pelajaran yang tidak membosankan

3.94

Setuju

4.

3.90

Setuju

Penyertaan saya dalam aktiviti kelas pendidikan seni
visual memberi keseronokan dan kepuasan kepada saya

Setuju

Jadual 2: Taburan Min Item Sikap (Komponen Afektif) Pelajar Terhadap pendidikan
seni visual
Berbanding dengan beberapa faktor yang mempengaruhi sikap murid-murid terhadap
pelajaran pendidikan seni visual ini didapati : Pengaruh guru berada pada min antara 2.98
hingga 3.76.
C. PENGARUH GURU

Min

Tahap

1. Guru-guru pendidikan seni visual, di
sekolah saya menunjukkan minat dalam
mata pelajaran pendidikan seni visual

3.61

Tidak pasti

2. Mengajar tajuk demi tajuk mengenai Seni
Visual dengan baik dan berkesan

3.68

Tidak pasti

3. Menggunakan masa mengajar pendidikan
seni visual untuk mengajar mata pelajaran
yang lain

2.98

Tidak setuju

4. Menggunakan pelbagai kaedah mengajar
seperti perbincangan kumpulan,
komputer, lawatan, kuiz, keratan akhbar
dan sebagainya.

3.76

Tidak pasti

5. Sering diberi peluang untuk membuat
penerokaan bagi mewujudkan idea yang
lebih mantap

3.67

Tidak pasti

Jadual 3: Taburan Min Item Faktor Pengaruh Guru yang mempengaruhi Sikap Pelajar
terhadap pendidikan seni visual

10

Jadual 3 menunjukkan taburan min item faktor pengaruh guru yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual. Min tertinggi 3.76 item 4 iaitu menggunakan
pelbagai kaedah mengajar seperti perbincangan kumpulan, komputer, lawatan, kuiz,
keratan akhbar. Min terendah 2.98 item 3 iaitu menggunakan masa mengajar pendidikan
seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain. Ini menunjukkan penggunaan
pelbagai kaedah mengajar dalam pengajaran pendidikan seni visual merupakan faktor
pengaruh guru yang dapat mempengaruhi sikap pelajar terhadap pendidikan seni visual
sebaliknya pelajar tidak setuju jika guru menggunakan masa mengajar pendidikan seni
visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain.
Dibandingkan dengan pengaruh guru yang menggunakan pelbagai kaedah mengajar
seperti perbincangan kumpulan, komputer, lawatan, kuiz, keratan akhbar di tahap min
tertinggi 3.76 item 4, murid-murid tidak setuju guru menggunakan masa mengajar
pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain (min terendah 2.98 item
3). Ini menunjukkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dalam pengajaran pendidikan
seni visual merupakan faktor pengaruh guru yang dapat mempengaruhi sikap pelajar
terhadap pendidikan seni visual sebaliknya pelajar tidak setuju jika guru menggunakan
masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain.

D. PENGARUH IBU BAPA

Min

Tahap

3.11

Tidak pasti

2. Tidak membantah pengajaran pendidikan seni
visual di sekolah

3.80

Tidak pasti

3. Selalu berbincang dengan saya, mengenai
pendidikan seni visual

2.94

Tidak setuju

4. Melihat pendidikan seni visual sebagai satu mata
pelajaran yang penting bagi saya

2.85

Tidak setuju

5. Sering mengingatkan saya supaya mengambil berat
dalam pelajaran pendidikan seni visual

2.85

Tidak setuju

1. Ibu bapa saya juga berminat dalam pendidikan seni
visual

Jadual 4: Taburan Min Item Faktor pengaruh ibu bapa yang mempengaruhi sikap
pelajar terhadap pendidikan seni visual.
Manakala pengaruh ibu bapa pula dapatan menunjukkan bahawa ibu bapa murid tidak
membantah mempelajari mata pelajaran ini di sekolah tetapi kurang mengambil berat
tentangnya. Sedangkan untuk menjayakan lagi keberkesanan mata pelajaran ini sokongan
daripada ibu bapa amatlah penting kerana sumbangan daripada ibu bapa dalam
menyediakan alat dan bahan boleh mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan pelajaran
ini di bilik darjah.
11

Persoalannya mengapakan keadaan ini berlaku. Pada anggapan saya adalah disebabkan
oleh kurangnya keyakinan dari kalangan ibu bapa tentang kepentingan, sumbangan dan
faedah mata pelajaran ini untuk anak-anak mereka. Alasan ini adalah berdasarkan
pengalaman mereka melihat hasil setiap kali pelajaran ini berlaku di kalangan anak-anak
mereka yang tidak memberangsang dan meyakinkan.
Kesimpulannya:
Untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini memerlukan guru-guru yang
benar-benar terlatih. Mata pelajaran ini memiliki disiplinnya tersendiri. Anggapan yang
mengatakan sesiapa sahaja boleh mengajarnya perlulah dikikis kerana akibatnya adalah
begitu mengecewakan, kerana hasrat melahirkan anak-anak yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan untuk melahirkan belia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif
akan terus gagal.
Matlamat dan objektif mata pelajaran ini perlulah mampu dikupas dan dengan penuh
kesedaran dilaksanakan oleh guru-guru yang mengajarnya. Bagi memastikan tercapainya
objektif itu satu sistem penilaian yang boleh dipercayai dari segi kesahannya dan
ketepatannya perlulah digunakan bagi mengukur pencapaiannya.
Manakala untuk memastikan mata pelajaran ini bermartabat perlulah dilihat semula
keperluan teknologi dan peralatan serta bahan yang diperlukan selari dengan ketetapan
standard pencapaian dan kemahiran bagi setiap tahap pembelajaran . Sehingga di
peringkat akhir proses pembelajaran pelajaran ini mampu melahirkan pelajar yang
mempunyai asas kemahiran, kreatif dan inventif dalam mencipta karya seni yang
bermutu yang mampu menggunakan teknologi yang setara .
Ibu bapa juga haruslah memberi sokongan untuk menjayakan proses perlaksanaan mata
pelajaran ini tetapi mereka perlu diyakini oleh pihak sekolah yang anak mereka benarbenar mendapat faedah dari pelajaran ini. Sekian terima kasih.

Bahan rujukan :

12

Eisner (1991), Structure and Magic in Discipline-based Art Education dalam Critical
Studies in Art and Design Education. Edt. Oleh Thistlewood. (!991) UK. Longman
Group. ms. 17
Iberahim, Md Nasir dan Jamilah (2003). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. UPSI. Tidak diterbitkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Menengah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.
Bates, J.K.(2000) Becoming an art tercher. Singapore: Thomson Learning. (ms 282-285)
Beattie, D.K. (1997) Assessment in art education. Massachusetts:Davis Pub.Inc.

Lampiran 1

13

pendidikan seni visual sekolah rendah

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual,
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
kesenggangan yang berfaedah.

Objektif Sekolah Menengah:

1.
2.

menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti
5. membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam
konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
perkaitan dengan keselesaan hidup
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

14

Dokumen yang terkait

DEKONSTRUKSI HOST DALAM TALK SHOW DI TELEVISI (Analisis Semiotik Talk Show Empat Mata di Trans 7)

21 290 1

Hubungan antara Kondisi Psikologis dengan Hasil Belajar Bahasa Indonesia Kelas IX Kelompok Belajar Paket B Rukun Sentosa Kabupaten Lamongan Tahun Pelajaran 2012-2013

12 269 5

Peningkatan keterampilan menyimak melalui penerapan metode bercerita pada siswa kelas II SDN Pamulang Permai Tangerang Selatan Tahun Pelajaran 2013/2014

20 223 100

Pemanfaatan Media Peta Untuk Meningkatkan Motivasi Dan Hasil Belajar Siswa Pada Mata Pelajaran Ips Dengan Pokok Bahasan Mengenal Peta Provinsi (Ptk Pada Siswa Kelas Iv Mis Al-Husna Kota Tangerang)

1 36 118

RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN Mata Pe 004

0 14 13

ANALISIS TIPOLOGI PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN SISWA SMK SWASTA (Studi Pada Siswa SMK 2 Mei, SMK Bhakti Utama, dan SMK Bhinneka di Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2009/2010)

2 34 119

Penggunaan Metode Diskusi Untuk Meningkatkan Aktivitas Dan Hasil Belajar IPA Siswa Kelas IV SD Negeri 1 Pasar Baru Kecamatan Kedondong Kabupaten Pesawaran Tahun Pelajaran 2011-2012

4 103 122

Studi Perbandingan Sikap Sosial Siswa dengan Menggunakan Model Pembelajaraan Kooperatif Tipe Two Stay Two Stray dan Think Pair Share Pada Mata Pelajaran IPS Terpadu

3 49 84

PENGARUH MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP PEMAHAMAN KONSEP MATEMATIS SISWA (Studi pada Siswa Kelas VII Semester Genap SMP Negeri 8 Bandar Lampung Tahun Pelajaran 2013/2014)

0 20 44

PENGARUH ACTIVE LEARNING TERHADAP PENINGKATAN AKTIVITAS BELAJAR SISWA PADA MATERI PENGELOLAAN LINGKUNGAN (Kuasi Eksperimental pada Siswa Kelas VII SMP Negeri 2 Bandar Mataram Semester Genap Tahun Pelajaran 2014/2015)

1 27 50