GEJALA GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJ
AT10603
PENULISAN AKADEMIK SEMESTER 2,
SESI 2017/2018
TAJUK PENULISAN:
“GEJALA GENGSTERISME DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI
MALAYSIA: PUNCA DAN RAWATAN”
NAMA:
AMIRUL BIN KETIKA
NO. MATRIK:
BA17110131
SEKSYEN:
SATU
TEMPAT & MASA:
DKP 3 & 2 PETANG HINGGA 4 PETANG
NAMA PENSYARAH:
PROSEFOR MADYA DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN
1
1.0
PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dunia dalam menghadapi era globalisasi membawa
bersama beberapa perubahan dalam struktur masyarakat, khususnya dalam
institusi keluarga. Di Malaysia iklim institusi keluarga juga tidak terkecuali
daripada menghadapi perubahan. Jika dahulu keluarga besar ini mampu
mewujudkan sistem sokongan yang berkesan, namun kini trend keluarga di
Malaysia lebih menjurus kepada keluarga asas. Mengikut anggaran pada tahun
2000 jenis keluarga di Malaysia lebih menjurus kepada keluarga asas yang hanya
terdiri daripada ibu, ayah dan anak. Jenis keluarga asas mewakili lebih 70
peratus daripada keluarga di Semenanjung Malaysia berbanding dengan 64
peratus pada tahun 1991.
Kedua dua suami isteri bekerja di luar rumah adalah senario yang lazim
dalam keluarga asas. Oleh itu, masalah penjagaan anak dan cabaran untuk
mengimbas antara tekanan di tempat kerja dengan memberikan perhatian
kepada keluarga merupakan masalah yang kerap dihadapi. Keadaan ini
membawa kerapuhan kepada institusi keluarga dan mengundang pengabaian
tanggungjawab oleh ibu bapa. Gejala ini telah menyumbang kepada peningkatan
jumlah kes juvana di Malaysia 1. Jika hal ini dibiarkan berterusan maka insititusi
moral dan akhlak golongan remaja akan rosak dan musnah. Pelbagai gejala
sosial yang telah timbul dalam kalangan remaja khususnya seperti masalah
ponteng sekolah, budaya melepak, bulisme, gengstrerisme, gejala antisosial
remaja dan banyak lagi masalah masalah yang berkaitan pelajar jika hendak
diperkatakan. Gejala sosial ini biasanya berkait rapat terhadap golongan remaja
baik dari sekolah menengah mahupun dari sekolah rendah.
Penglibatan golongan remaja khususnya dalam kalangan pelajar sekolah
menegah mahupun sekolah rendah telah mengundang malapetaka terhadap
negara kita sendiri. Bercakap mengenainya, golongan remaja merupakan
golongan manusia yang berumur 12 hingaa 21 tahun. Golongan ini biasanya
mempunyai
perasaan
ingin
mencuba
sesuatu
yang
baru
dalam
perkembangannya untuk menuju dewasa. Tambahan lagi, pada saat remaja
inilah akan berlakunya pelbagai perubahan drastik termasuklah perubahan
jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibatnya, golongan inilah merupakan
golongan yang emosinya tidak stabil dan sentiasa “bermasalah”. Justeru, jika
1 Azizi Yahaya, et al. (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan.
Johor Bahru: Penerbit UTM Press. hlm. 1.
2
tidak dikawal maka akan timbulnya suatu masalah kepada diri remaja itu sendiri.
Sebagai contoh, kecelaruan tingkah laku boleh berlaku. Kecelaruan tinglah laku
boleh didefinisikan sebagai kecelaruan situasi dalam diri individu atau mana
mana kumpulan yang menggambarkan fenomena luar biasa ataupun yang sukar
di fahami oleh orang lain yang selalunya di kaitkan dengan gangguan mental.
Kecelaruan tingkah laku menggangu biasanya kecelaruan yang sering berlaku
dalam diri individu atau kumpulan, khususnya dalam golongan remaja.
Kecelaruan tingkah laku ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor antaranya
pengabaian ibu bapa, cara didikan atau contoh teladan daripada ibu bapa,
pergaulan dengan rakan sebaya yang delinkuen, faktor dalam diri individu dan
yang terakhir perubahan nilai dalam diri kanak-kanak atau remaja
2
. Apabila
kecelaruan tingkah laku telah berlaku maka ia telah memberi kesan kepada diri
remaja itu sendiri. Hal ini membuatkan pelbagai gejala sosial yang berlaku
seperti yang telah diperkatakan sebelumnya.
Dalam penulisan esei ini, penulis telah menfokuskan kecelaruan tingkah
laku remaja dari segi penglibatan golongan remaja dalam gejala gengsterisme
khusunya pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah amnya. Gejala
gengterisme ini adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan
pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Gejala ini hanyalah merupakan
rentetan daripada isu-isu moral remaja yang lain seperti lepak, lari dari rumah,
seks bebas, penagihan dadah dan pelbagai lagi gejala lain yang menghantui
remaja di negara ini. Di sini, gengsterisme adalah tingkah laku yang membawa
timbulnya kes-kes seperti membuli, peras ugut, samun, rogol, bunuh dan lainlain lagi. Menurut Shaefer (2000) gengsterisme ialah tingkah laku atau perlakuan
keagresifan yang juga dikenali sebagai gangster atau samseng 3. Menurut Kamus
Dewan edisi 2010 pula, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau
kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau jenayah tertentu.
Sebanyak 40 peratus daripada jumlah di Malaysia, iaitu yang mewakili 459
buah sekolah daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara berisiko tinggi
terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti mencuri,
mencabul, menggugut, merogol dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000).
Sebelum ini pelbagai kes gengsterisme sudah dilaporkan membabitkan pelajar
dan sekolah seperti guru diserang pelajar, pergaduhan antara kumpulan pelajar,
perbuatan khianat kepada sekolah seperti perbuatan membakar bilik darjah dan
2 Ibid., hlm. 2.
3 Ibid., hlm. 72.
3
pelbagai perbuatan lain yang mengancam keselamatan sekolah 4. Bukan itu
sahaja, amat mengejutkan apabila kita didedahkan dengan maklumat yang
dilaporkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyebut
kira kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang
terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor (Arkib,
Januari 2009). Tambahan lagi, bercerita mengenai gengsterisme ianya telah
menjalar menjadi sebuah jenayah yang telah melibatkan golongan remaja
sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
pada tahun 2008 seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di
seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada jumlah itu,
3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta
benda. Menurut statistik berkenaan, remaja berusia 16 hingga 18 tahun
mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga
15 tahun (2,227 tangkapan). Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh
hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan.
Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak
72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina
(7.3 peratus atau 641 orang) (PKPIM, Mei 2012). Seterusnya, berdasarkan
statistik jenayah negara Malaysia yang baru dilaporkan oleh Berita Harian pada 4
Mei 2014, adalah didapati bahawa pada tahun 2013, terdapat 7,816 kes jenayah
juvana. Lebih merisaukan lagi ialah kes yang membabitkan pelajar sekolah.
Tahun lalu menyaksikan 1,632 kes yang membabitkan golongan ini berbanding
dengan 1042 kes pada tahun sebelumnya, itu merupakan peningkatan yang
memeranjatkan dan membimbangkan. Secara lebih mendalam, juga terdapat
peningkatan sebanyak 47 peratus kes membabitkan remaja di antara umur 12
hingga 17 tahun. Bagi remaja yang bukan berada pada usia persekolahan pula
angka jenayah berat meningkat 137 peratus menjadi 2,011 kes pada tahun 2013
berbanding 849 kes tahun sebelumnya. Ada di antara mereka yang terbabit
dalam kes bunuh dan rogol. Juga amat dikesali bahawa terdapat mereka yang
berusia 12 tahun sahaja yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah,
judi dan pelbagai penyakit sosial.
Jelaslah
statistik
di
atas
telah
mencatatkan
bagaimana
gejala
gengsterisme ini telah menelan akhlak peribadi golongan remaja sekolah
4 Ibid., hlm. 109-110.
4
menengah mahupun sekolah rendah. Dalam hal ini, faktor dan punca tertentu
telah membuatkan golongan remaja terlibat dalam kancah gengterisme yang
seterusnya membawa kepada berlakunya jenayah. Oleh sebab itu, semua pihak
harus memainkan peranan dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk.
Gejala gengsterisme ini perlu di tangani dengan sebaiknya kerna ia merupakan
tunjang utama dalam mempengaruhi golongan remaja untuk mencuba kegiatan
lain seperti bulisme, penangihan dadah, ponteng sekolah, ketagihan alkohol,
kekerasan, mencabul, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan. Justeru,
dalam esei ini penulis akan menyatakan punca dan rawatan gejala gengsterisme
dalam kalangan remaja yang telah membawa keruntuhan institusi remaja itu
sendiri.
2.0 PUNCA GEJALA GENGSTERISME
1. Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya merupakan orang penting kepada seseorang remaja. Menurut
Papalia (2001) perkembangan sosial pada peringkat remaja banyak melibatkan
kelompok rakan sebaya berbanding dengan orang tua. Remaja begitu terbuka
untuk berbincang tentang masalah emosi atau peribadi yang dihadapi oleh
mereka dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa yang lain. Jika mereka
merasakan bahawa mereka kekurangan kasih sayang daripada keluarga rakan
sebaya akan menjadi orang pertama yang mereka mengadu, berkongsi masalah
dan mencurahkan perasaan. Pengaruh rakan sebaya mampun mencorakkan
sikap dan nilai tingkah laku seseorang remaja, lebih-lebih lagi mereka yang
tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Pengaruh sebegini
merupakan kunci perkembangan sikap remaja. Pengaruh rakan sebaya begitu
kuat dalam pembentukan diri seseorang remaja.
Remaja sering menganggap peraturan dan undang-undang sebagai
sesuatu yang remeh dan tidak perlu dihiraukan. Mereka akan membentuk
kumpulan sendiri dan mengadakan peraturan tertentu. Kumpulan sebegini
biasanya digelar kongsi gelap. Ahli kumpulan tersebut dikenhendaki mematuhi
setiap peraturan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahlinya. Masalah disiplin
seseorang seperti pergaduhan dan mengganggu ketenteraman orang lain akan
mula terjadi akibat penyertaan mereka dalam kumpulan-kumpulan seperti ini.
Sikap remaja itu akan berubah sedikit demi sedikit tanpa disedari bahawa ia
telah terlibat dalam gejala gengsterisme. Ego yang tinggi dalam diri remaja
menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut arahan rakan5
rakan semata-mata untuk membuktikan kehebatan dan kekuatan masing-masing
agar mendapat pujian dan kedudukan yang tinggi di kalangan rakan-rakannya.
Seseorang remaja yang telah terpengaruh dengan rakan-rakannya lazimnya
tidak
akan
berkata
‘tiidak’
kepada
rakan-rakanya.
Justeru
itu
yang
membimbangkan ialah kelompok-kelompok ini mudah bertindak agresif apabila
ada desakan luaran atau dalaman untuk melakukan sesuatu aktiviti tidak sihat
walaupun pada pernigkat awalnya mereka hanya berniat untuk seronok 5.
2. Pengaruh Keluarga
Pada zaman dahulu sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi sangat
diutamakan dan sangat penting. Ibu bapa mempunyai banyak masa bersama
anak-anak dan tidak terlalu memikirkan soal wang justeru keperluan mereka
hanya sekadar mencukupi. Keadaan tesebut membuatkan mereka berjaya
bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada masalah anak-anak sama ada di rumah
mahupun di sekolah. Pada masa itu, sebahagian besar ibu bapa tidak
berpelajaran. Anak-anak yan berkebolehan dalam sekolah persekolahan menjadi
sesuatu yang amat dibanggakan. Bagi mereka nilai persekolahan dan Pendidikan
dipandang amat tinggi dan sangat penting. Keadaan pada hari ini telah banyak
berubah. Kedua-dua ibu bapa kebanyakannya bekerja di luar. Orang tua dan
sanak saudara tinggal berasingan daripada keluarga. Akibatnya, peratusan
keluarga telah bertambah daripada 60 peratus pada 1991 kepada 68 peratus
pada
1994.
Ikatan
perhubungan
kekeluargaan
yang
semakin
longgar
mewujudkan bibit-bibit kelemahan institusi keluarga yang menjadi punca kepada
peningkatan salah laku di kalangan remaja.
Ibu bapa meremehkan tanggungjawab mendidik anak-anak menyebabkan
anak-anak mencari kebebasan di luar rumah kerana mereka berasa kekosongan,
tidak tentu arah, kurang mendapat perhatian dan mengalami tekanan perasaan.
Akibat daripada keadaan itu mereka melepaskan tekanan perasaan yang dialami
dengan merosakkan harta benda awam. Misalnya, pada 20 Mac 2005, Jeff Weise
merupakan seorang pelajar di Red Like High School, Minnesota, Amerika Syarikat
telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya, seorang guru dan
seorang pengawal keselematan adalah sebagai contoh kritikal pelepasan
tekanan perasaan yang dialami oleh seorang remaja. Ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak dengan kerap memberikan wang saku yang terlalu
5 Ibid., hlm. 111.
6
banyak
menyebabkan
anak-anak
berkemampuan
untuk
bersuka
ria
dan
melepak. Mereka juga cendurung terikut-ikut dengan rakan-rakan yang terlibat
dengan gengsterisme kerana mereka mempunyai masa lapang yang panjang
dan kemampuan kewangan yang menjadikan mereka berupaya mencuba
sesuatu yang mencabar, iaitu perlakuan gangster.
Remaja yang berasal dari keluarga porak-peranda juga cendurung terlibat
dengan aktiviti gangster. Ibu bapa yang sering berselisih faham dan bergaduh
ataupun yang sudah bercerai selalunya tidak akan dapat memberikan perhatian
dan mengawal anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan tabiat
negative seperti suka berjudi, minum minuman keras, suka berfoya-foya,
menagih dadah dan melibatkan diri dengan jenayah akan turut menjebak anakanak mereka dalam gejala gengterisme, khasnya anak-anak remaja. Remaja
yang terlalu awal terdedah kepada lingkungan yang kurang sihat ditambah
dengan tanpa bimbingan sempurna daripada ibu bapa akan sangat mudah
terjebak dalam kumpulan gangster. Hakikatnya, anak-anak itu dilahirkan dalam
keadaan bersih. Ia akan menjadi seorang yang baik jika ia mendapat asuhan dan
didikan yang sempurna. Sebaliknya, jika mereka membesar tanpa asuhan dan
didika yang sempurna mereka cendurung untuk menjadi terpesong dan
menyeleweng. Kelakuan ibu bapa yang panas baran dan selalu memukul anak
juga boleh menyebabkan seseorang anak itu menjadi agresif seterusnya teribat
dengan gengsterisme. Ini kerana ia akan terikut-ikut tingkah laku agresig ibu
bapanya. Selain itu, anak-anak sebegini berasa bahawa mereka kurang
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa yang menyebabkan mereka suka
membuli orang lain kerana rasa cemburu akan kesengan orang lain.
Keluarga yang terlalu mengongkong anak-anak juga boleh mengakibatkan
anak-anak, khasnya remaja, terjebak dengan aktivti yang tidak sihat, misalnya
gengsterisme. Mereka cuba melepaskan diri daripada kongkongan itu dengan
pelbagai cara termasuk bergaul bebas dengan rakan-rakan di luar bagi
menyatakan
perasaan
tidak
puas
hati
terhadap
kongkongan
ibu
bapa.
Kebebasan pada remaja amat penting kerana dengan kebebasan mereka
menganggap bahawa mereka telah dewasa. Keadaan akan menjadi lebih kronik
sekiranya luahan perasaan tidak puas hati terhadap kongkongan ibu bapa
ditujukkan dengan kegiatan yang tidak sihat dan bertentangan dengan undangundang seperti aktiviti gengsterisme 6.
6 Ibid., hlm. 112-114.
7
3. Pengaruh Media Massa
Pada era moden hari ini, arus komunikasi dan informasi berkembang dengan
sangat pesat dan sangat meluas berikutan kepesatan perkembangan dan
penyebaran media massa di seluruh dunia. Media massa adalah istilah yang
digunakan untuk merujuk jenis media yang secara khusus untuk mencapai
khalayak yang sangat luas. Media massa secara umumnya terdiri daripada dua
jenis iaitu media cetak seperti buku-buku termasuk komik dan novel, surat
khabar, majalah serta risalah dan media elektronik yang terdiri daripada
televisyen, radio, dan juga internet (Arief Achmad, 2004).
Media massa wahana yang berupaya menyebarkan informasi secara
meluas tentang pelbagai bentuk kemajuan negara dan dunia yang boleh
membawa peningkatan fikiran dan perasaan kepada pembaca (surat khabar),
pendengar (radio) dan penonton (televisyen). Media massa terbaru yang amat
berguna dan berpengaruh pada masa kini adalah media digital iaitu internet.
Internet memudahkan serta mempercepatkan masyarakat dalam pembelajaran
dan pencarian maklumat. Namun demikian dalam proses modenisasi media
massa turut menjadi penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan masalah
sosial di kalangan belia. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar
komunikasi dan psikologi mendapati bahawa mesej atau maklumat media
massa, sama ada media elektronik atau media cetak akan meninggalkan kesan
kepada orang ramai. Oleh itu sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media
massa tidak ketinggalan daripada disalahgunakan dan seterusnya menjadi salah
satu penyumbang utama kepada gejala sosial (Mazlan, 2006). Dalam dunia hari
ini, media massa dan juga arus globalisasi merupakan pencetus krisis yang
serius di kalangan masyarakat, khasnya golongan remaja. Yusof Al-Qardhawi
(1999) menyatakan kesan yang paling menonjol daripada tamadun hari ini ialah
terungkainya ikatan akhlak yang sangat dipengaruhi oleh media elektronik
seperti televisyen, filem dan internet. Sama ada suka atau sebaliknya memang
ada
kesan
negative
daripad
media
elektronik
sehingga
menyebabkan
sesetengah remaja dan kanak-kanak bertindak agresif.
Penyalahgunaan media massa menjadi punca keruntuhan akhlak dan
moral masyarakat. Keruntuhan ahklak golongan muda hari ini sebahagiannya
disebabkan oleh program yang ditonton oleh mereka semsa zaman kanak-kanak.
Semasa remaja hari berada pada zaman kanak-kanak mereka telah disajikan
dengan rancangan hiburan yang bercorak ganas dan sehingga ke hari ini mereka
8
terus disogokkan dengan rancangan hiburan yang sedemikian, sama ada melalui
televisyen, filem atau internet. Unsur-unsur negatif daripada rancangan hiburan
yang ditonton oleh meraka sejak zaman kanak-kanak telah diserap mejadi sebati
dalam jiwa mereka. Ini menjadikan para remaja begitu mudah terdorong kepada
gejala-gejala sosial. Murray (1997) menyatakan kanak-kanak dan remaja yang
terdedah kepada filem jenayah dan gangster akan mengalami perubahan
tingkah laku sosial. Golongan remaja yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
dikatakan sangat mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif disebabkan
psikologi mereka yang sedang melalui tempoh penyesuaian dari alam kanakkanak ke alam dewasa. Kebanyakan rancangan televisyen pada hari ini
mengutamakan hiburan berbanding informasi. Filem-filem yang ditayangkan
sama asa dari Barat atau Timur banyak mengandungi unsur yang bercanggah
dengan sosiobudaya masyarakat di negara ini. Adegan-adegan negatif seperti
perlakuan jenayah, gengster, ganas dan lucah boleh dikatakan dipaparkan dalam
semua filem yang ditayangkan untuk tontonan. Para penonton, terutamanya
golongan remaja secara umumnya akan terikut untuk meniru aksi-aksi yang
dikatakan hebat di samping meniru gaya penampilan artis pujaan masingmasing. Paparan aksi-aksi negatif ini seolah-olah memberikan tunjuk ajar kepada
para remaja untuk melibatkan diri dengan perlakuan gengster.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kajian The Effect of TV
Violence on Malaysia Chlidren yang dilakukan pada tahun 1983 merumuskan
bahawa aksi-aksi ganas dan jenayah dalam rancangan televisyn seperti siri
kartun dan filem cereka sangat mempengaruhi minda kanak-kanak untuk
melakukan jenayah. Selain itu, Dr. Harbarino seorang ahli psikologi kanak-kanak
dari Penssylvania State University, berpendapat bahawa rancangan televisyen
yang bertemakan polis banyak menyelitkan unsur keganasan, jenayah dan
gengster. Pelbagai majalah hiburan dan komik kini berleluasa dalam pasaran.
Kebanyakan majalah hiburan dan komik ini terlalu menekankan hiburan dan
mengabaikan pengajaran yang bermanfaat kepada pembaca. Komik seperti
“Saman King” dan “Dragon Ball” banyak memaparkan unsur-unsur gengster,
ganas dan jenayah yang boleh membawa remaja kea rah terlibat dengan aktivti
gengsterisme.
Tambahan
pula,
kebanyakkan
remaja
tidak
tahu
untuk
membezakan antara realiti dengan cerita rekaan yang digambarkan oleh komikkomik kegemaran mereka. Keadaan ini boleh mendorong remaja terlibat dengan
aktiviti gengsterisme atau terjebak dengan jenayah yang lain kerana penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti terbabit dipandang sebagai bergaya dan berani. Kebanjiran
9
majalah hiburan dan komik dari luar memaparkan pelbagai bentuk budaya yang
tidak sihat dan bertentangan dengan budaya setempat sangat mempengaruhi
pembentukan perilaku dan akhlak para remaja yang masih mentah dengan
cabaran kehidupan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan banyaknya kemudahan
mengakses internet dengan pembukaan banyak siber cafe. Sistem internet yang
berkeupayaan menyalurkan pelbagai informasi tanpa sempadan sangat menarik
minat kumpulan-kumpulan pelajar untuk mencari hiburan. Mereka bebas
melayari laman-laman yang tidak sepatutnya dan bebas mengakses pelbagai
bentuk budaya yang tidak baik. Dalam masa yang sama remaja yang melepak di
pusat siber cafe berisiko tinggi mudah bergaul dengan kumpulan-kumpulan
gengster yang sememangnya menjadikan tempat-tempat seperti itu sebagai
tempat berkumpul dan menghabiskan masa. Selain pusat cafe siber pusat
permainan video dan karaoke yang tumbuh berserakan sehingga ke pekanpekan kecil turut menjadi faktor yang boleh menjebak para remaja terlibat
dengan aktiviti gengsterisme. Pengaruh persekitaran yang berwarna-warni ini
mendedahkan remaja kita kepada aktiviti gengsterisme dan jenayah 7.
4. Faktor Individu
Gangguan emosi akibat tekanan, sikap egosentrisme, ketahanan diri dan
keyakinan pada diri sendiri yang lemah turut mejadi penyebab kepada masalah
gengsterisme. Individu-individu sebegini kurang perasaan simpati dan suka
mendesak. Emosi sangat mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang
individu. Emosi merupakan kebangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang
(Muhammad Uthman Najati, 1993). Pada peringkat usia remaja banyak
perubahan yang ketara dialami oleh seseorang remaja sama ada perubahan
biologi, fizikal, mental, emosi atau tanggungjawab dan peranan. Rohaty Majzub
(1992) menyatakan bahawa remaja mengalami tekanan emosi yang memuncak
lebih banyak disebabkan perubahan fisiologi dan psikologi yang dialami oleh
mereka. Oleh yang demikian mereka lebih banyak bertindak mengikut perasaan
berbanding dengan kewarasan akal fikiran. Justeru, sedikit kemarahan mereka
sanggup memukul, mencederakan malah sehingga sanggup membunuh orang
lain.
7 Ibid., hlm. 114-117.
10
Egosentrisme menyebabkan remaja gagal memahami pandangan orang
lain yang bertentangan dengan pandangan mereka (Piaget, 1920, Robert L. Dan
Campell, 2006). Egosentrisme merupakan perhatian yang keterlaluan terhadap
diri sendiri sehingga seseorang itu menganggap dirinya seorang yang penting
tanpa mempedulikan orang lain. Kebanyakan mereka mengamalkan penilaian
yang berpusat pada diri sendiri tanpa disedari. Individu yang memiliki egosentris
dalam pergaulannya selalu mengharapkan orang lain dapat memahami dan
mengetahui keperluan dan pemikirannya. Walaupun perbuatan yang dilakukan
itu adalah salah namun ai tidak akan menerima nasihat atau pandangan orang
lain. Penglibatan dalam kegiatan gengsterisme akan membolehkan seseorang
remaja itu mendapat kepuasan sendiri apabila mereka berjaya menyakiti
mangsa sama ada secara lisan atau fizikal tanpa mempedulikan akibat yang
ditanggung oleh mangsa berkenaan.
Remaja yang kurang keyakianan diri juga cenderung melibatkan diri
dengan kegiatan gengsterisme dengan harapan dapat menjadi tumpuan ramai.
Mereka
biasanya
kurang
cemerlang
dalam
bidang
akademik.
Perbuatan
gengsterisme yang dilakukan dianggap menambah keyakinan diri masingmasing. Sesetengah gengster menganggap perbuatan menggangu orang lain
sebagai hobi namun ada juga yang melakukannya kerana mengikut perasaan
benci, marah atau membalas dendam. Kebanyakkan gengster berasa hebat
setelah berjaya membuli, menyakiti atau menakuti orang lain kerana dapat
menguasai dan menundukkan mangsa mereka 8.
3.0 RAWATAN GEJALA GENGSTERISME
1. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam menangani masalah
gengsterisme kerana ibu bapalah yang menjadi asas pembetukan peribadi anakanak seperti kata pepatah Melayu “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.
Dari sudut agama Islam sangat menitikberatkan urusan mendidik anak-anak dan
menggesa supaya mencari sebab, nilai serta persekitaran yang baik untuk
menjamin anak-anak mendapatkan Pendidikan yang baik. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud, “Seseorang yang mendidik anaknya (dengan baik)
adalah lebih baik daripada ia bersedekah dengan secupak” (Diriwayatkan oleh
8 Ibid., hlm. 117-118.
11
Al-Tirmizi). Selain itu, ibu bapa harus memperuntukan masa untuk berbual dan
mengadakan perbincangan keluarga. Kesibukan bekerja tidak sehausnya mejadi
alasan bagi ibu bapa untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak. Peluang
sebegini dapat membuka ruang untuk saling mengenali sikap masing-masing,
mengeratkan hubungan serta dapat menjalinkan perasaan kasih sayang antara
ibu bapa dengan anak-anak, khasnya anak remaja. Anak-anak dapat merasakan
emosi ibu bapa daripada percakapan ibu bapa dengan mereka dan tingkah laku
yang ditunjukan oleh ibu bapa dengan mereka. Ibu bapa juga seharusnya
bersedia untuk mendengar. Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau
memerintah tanpa mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Sikap
sebegini menutup peluang remaja untuk mendekati mereka apatah lagi jika ibu
bapa bersikap garang atau bengis sehinggga menimbulkan rasa takut pada diri
remaja. Ibu bapa hendaklah menunjukkan sikap mudah didekati dan mesra
namun tegas dengan anak-anak. Jika ada perkara yang dilakukan oleh anak-anak
yang tidak disenangi ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak
memberikan
penjelasan
mengapa
mereka
berkelakuan
atau
bersikap
sedemikian. Setelah mendapat penjelasan barulah ibu bapa memberikan nasihat
dan tunjuk ajar secara lemah-lembut dan berhemah.
Seterusnya, setiap tindakan yang diambil oleh ibu bapa harus dijelaskan
sebab-sebabnya. Remaja sentiasa ingin tahu mengenai apa yang berlaku di
sekelilingnya. Ini termasuklah segala ucapan dan tindakan yang dizahirkan oleh
ibu bapa. Segala suruhan dan laragan perlu disertakan dengan sebab dan alasan
agar boleh diterima dengan baik oleh remaja. Walaupun pada hakikatnya segala
suruhan dan laranga itu demi kebaikan mereka namun bagi remaja penjelasan
amat penting sebagai pengukuhan kepada apa yang dikehendaki oleh ibu bapa.
Ibu
bapa
perlu
memantau
dan
mengawal
pergerakan
anak-anak
bagi
memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Ibu
bapa perlu berbincang dengan guru di sekolah jika mendapati anak mereka
bertukar sikap atau berkelakuan lain daripada kebiasaan dan mencurigakan.
“Sudah terhantuk baru tergadah” hendaklah dijadikan iktibar oleh ibu bapa
dalam memantau dan mengawal pergerakan anak-anak. Dalam memantau
gerak-geri anak-anak, ibu bapa perlu mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya hendaklah mengenali
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan
dan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai kedudukan moral yang baik.
12
Perkara yang harus ditekankan dalam usaha ibu bapa memberikan tunjuk ajar
yang terbaik kepada anak remaja ialah memberikan mereka ruang untuk
membuat
keputusan.
Dengan
memberi
mereka
ruang
untuk
membuat
keputusan, ibu bapa dapat melatih mereka supaya berdikari dan mampu
mencorak sendiri masa depan tanpa mengetepikan bimbingan dan nasihat yang
berterusan daripada ibu bapa. Anak-anak khususnya remaja perlu digalakkan
menetapkan sendiri matlamat hidup yang ingin di capai dan seterusnya
menggariskan keutamaan serta menjadualkan waktu mereka untuk mencapai
matlamat tersebut 9.
2. Peranan Agama
Dalam menangani gejala gengsterisme khususnya dan masalah sosial yang lain
amnya yang mana berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap individu Muslim
adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan pelaksanaan
dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkan remaja
perlu
ditangani
dengan
lebih
serius
dan
bijaksana.
Kelambatan
dalam
memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa hadapan negara.
Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan mampu
menyelesaikan
masalah
sosial
yang
berlaku
kerana
kesalahan
yang
diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam adalah terlalu
kecil berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud
Bakar
1995).
memberikan
Maka,
peranan
kesedaran
kepada
pendakwah
masyarakat
adalah
amat
tentang
penting
ajaran
dalam
Islam
dan
pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan
dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Metode dan pendekatan perlu
dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesan dakwah. Dakwah merupakan suatu
proses yang berterusan dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah
agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara berperingkat mengarah kepada
kehidupan yang Islami. Suatu proses berterusan memerlukan perancangan dan
pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan dinilai secara terusmenerus agar ia dapat mengubah tingkah laku mad’u sesuai dengan matlamat
yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003). Sebagaimana yang telah difahami,
pendekatan secara hikmah dan nasihat yang baik dan bijaksana adalah amat
penting dalam menjalankan tugas dakwah, khususnya di kalangan remaja dan
generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita harus menggunakan strategi yang
9 Ibid., hlm. 119-121.
13
berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan santun. Mad’u perlu melihat
pendakwah sebagai individu yang boleh diajak berbincang dan dipercayai.
Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa wujud rasa segan
dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang terbaik dan bukan
memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan kemarahan dan
ketegangan antara da’i dan mad’unya. Metode kita harus dapat membawa mesej
dakwah yang dapat memberikan keuntungan. Ramai remaja Muslim yang
melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau disebabkan pengaruh luaran.
Seharusnya kita perlu bijak untuk memilih pendekatan yang paling baik dan
sesuai terhadap mad’u bagi memastikan mereka memahami ajaran Islam itu
sendiri. Mad’u yang menjadi sasaran dakwah tidak boleh dianggap sebagai
individu yang statik dan tidak berkembang.
Oleh itu, dakwah tidak boleh diarahkan hanya kepada penyampaian
ceramah dalam pengertian yang sempit dan berkisar kepada perkara-perkara
bersifat ibadah semata-mata. “Setting” masyarakat masa kini dengan pelbagai
corak dan keadaannya perlu dianalisis bagi mendapatkan input dalam rangka
penyempurnaan serta menentukan kemahiran dan pendekatan dakwah yang
efektif. Sirah Nabawiyyah adalah contoh yang terbaik yang perlu kita ikuti.
Persoalannya sejauhmanakah kefahaman dan penghayatan terhadap konsep
hikmah ini? Apakah benar dan tepat kefahaman kita terhadap konsep hikmah?
Atau hikmah yang kita fahami itu sememangnya hikmah atau pun sebaliknya.
Maka, setiap pendakwah perlu mempunyai kemahiran atau metode dakwah yang
berasaskan kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl: 125 Maksudnya: Serulah
(manusia hai Muhammad) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan mau’izah
(nasihat) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih
baik. Selain itu pendakwah perlu mencari role model kepada setiap individu
Muslim kerana kebanyakan remaja kini tidak mempunyai role model yang baik.
Ibu bapa kadangkala tidak dilihat sebagai role model disebabkan kekurangan dan
kelemahan
yang
ada
pada
ibu
bapa
sendiri.
Organisasi
dakwah
perlu
memperbanyakkan lagi forum, perbincangan serta usrah dan juga Islamic peergroup counseling, yang boleh menarik minat ahli masyarakat yang bermasalah.
Pendakwah perlu menjadi sebuah pohon yang rendang bagi melindungi individu
yang bermasalah dalam masyarakat. Metode ceramah kadangkala kurang
berkesan kerana mesej yang disampaikan kurang sesuai dengan tahap ilmu
pendengar serta tidak wujud interaksi dua hala antara mereka. Pada pandangan
Syamsul Bahri (2003), dakwah sering disalahertikan sebagai suatu pesanan yang
14
datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan
interventif dan da’i pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak
berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat
sebagai mad’unya. Selain itu, metode tradisional penyampaian ilmu yang sering
digunakan pada masa kini perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran
generasi muda. Kajian mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan,
khidmat atau perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding
orientasi dakwah berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit. Fungsi dan
peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi minat dan
kegemaran remaja yang sememangnya fobia dengan masjid. Fizikal, tataatur
dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja.
Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat
dan kesesuaian generasi muda masa kini. Pendakwah juga harus mempunyai
kemahiran dalam penggunaan alat-alat komunikasi terkini terutama komputer.
Mereka harus berkemahiran dalam melayari lamanlaman web dan membina
laman web mereka sendiri. Laman-laman web on-line untuk kaunseling Islam
perlu ditambah dan penggunaannya perlu dipopularkan.
3. Peranan Institusi
Persatuan Pelajar dan lain-lain organisasi Islam mahupun badan bukan kerajaan
yang
bersifat
Islami
sangat
diperlukan
bagi
memainkan
perana
untuk
bekerjasama dengan institusi awam seperti polis dan pihak sekolah bagi
membincangkan hal ini secara serius serta menyatakan beberapa konklusi dan
consensus secara bersam kerana gejala ini adalah gejala yang serius ianya
berlaku mungkin kerana keinginan utnuk berpersatuan yang sememangnya
wujud secara individual dalam kalangan setiap anak muda. Melihat kepada realiti
kini, institusi yang wujud harus menyediakan wadah program yang khas bagi
memperlihatkan kewujudan mereka di golongan muda yang sedang tidak tahu
arah tuju mereka sebelum mereka terjebak dengan masalah sosial yang lain
serta mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai permasalahan mereka
sekaligus membawa permasalahan mereka ke perbincangan di peringkat awam
serta dilakukan kajian terperinci mengenai gejala ini untuk menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi. Di sini hendak dikatakan tertarik dengan satu
institusi bukan Islam yang berada di luar negara yang harus dijadikan sebagai
contoh dalam menangani jenayah keganasan seperti gengsterisme. Institusi
tersebut adalah Organisasi Streetsafe Boston yang mana merupakan organisasi
15
pembangunan belia yang khas yang mana matlamatnya untuk mewujudkan
suatu
inisiatif
kesedaran
dalam
kalangan
komuniti
bagi
membantu
mengurangkan kadar jenayah keganasan dalam kalangan belia secara aktif.
Dengan menggunakan kaedah The Ripple effect theory suatu kaedah
dimana sebilangan kecil anak muda memainkan peranan untuk mengawal
jenayah keganasan jalanan dengan mendekati masyarakat jalanan melalui
khidmat masyarakat dan program-program kesedaran komuniti. Selain itu,
dengan cara mewujudkan akses “proven risk population” iaitu populasi komuniti
yang paling banyak kes jenayah dilaporkan secara statistik kepada langkah pro
sosial yang berpartisipasi dalam mengurangkan tarikan terhadap sebarang
bentuk jenayah keganasan dalam kalangan belia, ataupun dalam erti kata lain
konsep “from zero to hero” dimana konsep ini sekumpulan para belia yang
pernah terlibat dengan jenayah keganasan kemudiannya dilatih untuk menjadi
aktivis yang penuh integriti serta pengetahuan dan dilengkapi kemahiran
perhubungan turun ke jalanan masing-masing bagi memudahkan mesej-mesej
kesedaran disampaikan melalui mereka kepada ahli-ahli kumpulan keganasan
yang berkuasa di jalanan mereka. Seterusnya, antara program yang dirangka
oleh organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat ini ialah kempen “Boston
Night Tour” dimana kempen ini diadakan pada waktu malam di sekitar jalanan
Boston di mana waktu ini kebanyakan kumpulan samseng aktif melakukan
kegiatan mereka dan ramai golongan remaja yang terlibat. Namun, dalam
mengatasi masalah yang terdapat di situ, latihan-latihan yang diberikan kepada
aktivisnya dari segi mental dan fizikal sangat tersusun seperti kelas berdebat,
kelas
komunikasi
penyampaian,
kelas
menembak
dan
kelas
seni
mempertahankan diri Wing Chun secara tidak langsung mampu dijadikan
bekalan persediaan untuk mereka berhadapan dengan samseng-samseng ganas
di jalanan bagi menyampaikan mesej kesedaran. Jelaslah, segala pendekatan
sebegini ianya secara tidak langsung dapat mewujudkan suatu atmosfera
komuniti yang positif kerana mesej yang disampaikan itu adalah mesej
kesedaran dari aktivis yang mana pernah menjadi ahli gang atau terlibat dengan
kegiatan kumpulan samseng tersebut, sudah tentu ianya mesej yang bersifat
sentimental kerana disampaikan oleh bekas ahli gang itu sendiri kepada ahli
gang yang lain kerana langkah sebegini mampu memperlihatkan bahawa masih
ada lagi ruang-ruang kesedaran untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat
dan bebas dari jenayah keganasan. Oleh sebab itulah, institusi yang telah
16
dinyatakan di atas boleh dijadikan contoh terbaik dalam mengatasi masalah
gengsterisme yang sememangnya berleluasa dalam kalangan remaja.
4.0
PENUTUP
Kesimpulannya, “jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara,
maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini” iaitu sebuah ungkapan dari
kata-kata Khalifah Saidina Ali R.A. Kata-kata tersebut sudah jelas lagi bersuluh
yang sememangnya golongan muda merupakan satu golongan yang amat
penting dan berguna kepada sesebuah negara. Hal ini demikian kerana golongan
muda inilah yang bakal mencorakan masa depan negara. Mereka merupakan
sebuah asset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan pada sesebuah negara. Maka, jika
golongan muda sesebuah negara telah hancur maka akan hancur jugalah
sesebuah negara tersebut. Oleh sebab itu, yang menjadi ancaman utama kepada
sesebuah negara dalam masa panjang apabila masalah sosial yang berlakunya
di kalangan remaja yang mana akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan
moral. Jadi, penyelesaiannya adalah semua pihak haruslah berganding bahu dan
bekerjasama dalam mengatasi masalah sosial golongan muda khususnya gejala
gengsterisme dan masalah sosial lain amnya hingga ke akar umbi.
17
RUJUKAN
Azizi Yahaya, et al. (2012). Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca &
Rawatan.
JohorBahru: Penerbit UTM Press.
Azizi Yahaya, et al. (2012). Tingkah Laku Distruptif. Dlm. Halimah Ma’alip. (Eds.),
Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca & Rawatan. Johor Bahru:
Penerbit UTM
Press., hlm. 1-2
Azizi Yahaya, et al. (2012). Sifat Agresif Remaja. Dlm. Halimah Ma’alip. (Eds.),

Press., hlm. 72
Azizi Yahaya, et al. (2012). Penglibatan Remaja Dalam Aktiviti Gengsterisme.
Dlm. Halimah
Ma’alip. (Eds.), Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca
& Rawatan. Johor
Bahru: Penerbit UTM Press., hlm. 109-122.
Ab. Halim Bin Tamuri & Khadijah Abdul Razak. (2004). Dakwah Dalam Menangani
Isu-isu
Sosial Di Kalangan Remaja. Dlm. Ahmad Sunawari Long, Jaffary
Awang &
Kamaruddin Salleh. (Eds), Islam: Past, Present And Future. Banggi:
Universiti
Kebangsaan Malaysia., hlm 853-855.
Utusan Online. (2009). Banteras gangsterisme remaja. Diperolehi pada 16
Januari 2009
daripada ww1.utusan.com.my
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. (2012). Gejala Gangsterisme
Dalam Kalangan
Pemuda: Salah Laku Secara “Berpersatuan”. Diperolehi pada
15 May 2012 daripada
www.pkpim.org.my
Infinity & Beyond. (2015). Refleksi Sosial: Gengsterisme (Kumpulan 8). Diperolehi
pada 31
Julai 2015 daripada www.youth4malaysia.com
18
19