TAJUK KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODEL TABA
DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring

dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus
menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di
peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agenda
utama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah
penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapai
matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen
penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan
lapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana
anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting
untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura
Badzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu

bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa di
masa hadapan.
Seiring dengan kepentingan
haruslah dinamis

kurikulum tersebut, Kurikulum

yang dibina

dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai

perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yang
sesuai dengan matlamat. Pengembangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secara
sistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawa
keseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak
berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilai
keseragamannya dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehingga
kurikulum benar-benar bersepadu dan utuh.
1


Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkan
iaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangan
kurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus,
tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara.
Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam
pengembangan kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya: Curriculum
Principles and Foundation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangan
kurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif (Line Staff),
Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, Model
Beauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Akan tetapi
sebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan kurikulum, terlebih
dahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapat
terlaksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan. Pemilihan
suatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang ada pada
model tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikan
dengan sistem kurikulum

dan sistem

pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988)


menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si pengguna
untuk mengerti dan memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh.
Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kekuatan dan
kelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan di
Malaysia

2.0

iaitu

Model

Tyler

dan

Model

Hilda


Taba.

DEFINISI
2.1

KURIKULUM

Menurut Ralph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yang
direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

2

Menurut Hilda Taba (1962) pula, kurikulum ialah pernyataan tentang tujuantujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dan
diorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar.
Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia ,
kurikulum boleh didefinisikan sebagai,
”Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi
pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua
aspek :

1.

Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran

2.

dan pembelajaran
kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit beruniform

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan)
1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :
“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan
kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,
rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang
diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’
Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar
dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman.
Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004)
kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah

yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing
Pemahaman dalam menginterpretasi makna kurikulum begitu luas. Maka hal itu
menjadi sebuah pertanyaan, apakah kurikulum itu ada pengertian yang telah disusun
secara spesifik dan disetujui oleh banyak golongan? Ataukah pengertian kurikulum itu
harus disesuaikan dengan objek yang dituju? Tapi pada dasarnya dari berbagai definisi
tentang kurikulum di atas, maksud dan tujuannya sama yaitu tentang pengertian
kurikulum pendidikan

3

2.2

MODEL

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga model adalah bermaksud seseorang atau
sesuatu yang dapat dijadikan contoh. Menurut Good (1972) dan Travers (1973), model
adalah abstrak dari dunia nyata atau persembahan peristiwa kompleks atau sistem, dalam
bentuk cerita, matematik, grafik, serta lambang-lambang lainnya, (Sanjaya, 2009). Oleh
itu, model bukanlah sesuatu yang realiti tetapi merupakan acuan dari sesuatu yang

sebenar di alam nyata dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu kegiatan.
3.0

MODEL RALPH TYLER
Buku Basic Principles of Curriculum and Instruction merupakan buku klasik yang

ditulis oleh Tyler (1949), menjelaskan bagaimana merancang suatu kurikulum, sesuai
dengan tujuan dan matlamat suatu sistem pendidikan. Dengan demikian model ini tidak
menguraikan pengembangan kurikulum dalam bentuk langkah-langkah konkrit atau
secara rinci. Tyler hanya memberikan dasar-dasar pengembangannya saja.

Gambar rajah 1: Model Tyler
( di petik dari http://willzen.blogspot.com/2012/01/model-model-pengembangankurikulum_15.html)

4

Menurut Tyler (1949), ada empat komponen yang dianggap asas bagi
mengembangkan kurikulum.
1. Menentukan tujuan pendidikan.
Dalam penyusunan sesuatu sistem kurikulum, langkah yang paling penting dan yang

pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan tujuan. Fungsi tujuan pendidikan
adalah memberikan arah kepada segenap kegiatan pendidikan dan merupakan sesuatu
yang ingin dicapai oleh segenap kegiatan pendidikan. Menurut Ahmad D. Marimba,
fungsi tujuan iaitu: 1) Mengakhiri usaha. 2) Mengarahkan usaha. 3) Titik tolak untk
mencapai tujuan-tujuan lain. 4) Memberi nilai pada usaha-usaha tersebut. Oleh itu, tujuan
pendidikan ini harus menggambarkan hasil yang dicapai oleh pelajar setelah mengikuti
sesuatu program pendidikan. Menurut Tyler, persoalan yang perlu ditanya ialah hendak
dibawa ke mana pelajar-pelajar ? kemampuan apa yang harus dimiliki oleh pelajar setelah
mengikuti program pendidikan? Lalu sebenarnya dari mana dan bagaimana kita
menentukan tujuan pendidikan ?
Tyler menjelaskan bahawa sumber perumusan tujuan dapat berasal dari pelajar,
pembelajaran kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.
Merumuskan tujuan kurikulum, sebenarnya sangat tergantung dari teori dan falsafah
pendidikan serta model kurikulum apa yang digunakan. Terdapat pelbagai tujuan
kurikulum, antaranya: Tujuan kurikulum bersifat "discipline oriented" merupakan
penguasaan terhadap pelbagai konsep atau teori seperti yang ditetapkan dalam disiplin
ilmu. Tujuan kurikulum bersifat "child centered" adalah kurikulum yang lebih berpusat
kepada pengembangan peribadi pelajar. Maka Pelajar adalah sumber utama, sama ada
berhubungan dengan bakat, minat, mahupun keinginan untuk menghadapi kehidupan
nyata. Tujuan kurikulum bersifat "society centered" ini pula, lebih memfokuskan kepada

kurikulum sekolah sebagai alat untuk memperbaiki kehidupan masyarakat. Tujuan
dirumuskan secara umum sehingga ke rumusan khusus bagi mempermudah pencapaian
tujuan tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa menurut Tyler ada tiga aspek yang
harus dipertimbangkan sebagai sumber dalam penentuan tujuan pendidikan menurut
5

Tyler iaitu: 1) keinginan pelajar sebagai individu, 2) masyarakat dan 3) berpusat pada
bahan pelajaran (subject-matter). Ketiga-tiga aspek tersebut harus dipertimbangkan dan
dijadikan sebagai rujukan dalam penentuan tujuan pendidikan umum. Selanjutnya dalam
penentuan tujuan khusus maka falsafah pendidikan dan psikologi belajar merupakan
landasan yang dijadikan dasar dalam penentuan tujuan khusus. Ada lima faktor yang
dijadikan arah dalam penentuan tujuan pendidikan, di antaranya; pengembangan
kemampuan

berfikir,

membantu

memperoleh


informasi,

pengembangan

sikap

masyarakat, pengembangan minat peserta didik, dan pengembangan sikap sosial.
2. Menentukan Proses Pembelajaran
Dalam proses pembelajaran pandangan dan latar belakang pelajar harus diambil
kira. Pengetahuan sedia ada yang miliki perlu dijadikan pertimbangan dalam menentukan
proses pembelajaran selanjutnya. Dalam proses pembelajaran akan melibatkan interaksi
antara pelajar dengan persekitaran atau sumber belajar yang bertujuan untuk membentuk
sikap, pengetahuan dan keterampilan sehingga membentuk tingkah laku yang baik. Oleh
sebab

itu, proses pembelajaran perlu diorganisasikan secara berkesan agar dapat

memberikan gambaran terhadap pelaksanaan kegiatan belajar. Pembelajaran yang
berkesan terletak pada proses pembelajaran yang dijalankan. Tidak dapat tidak guru
memainkan peranan dalam menjayakan proses pembelajaran itu. Guru perlu

membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar selaras dengan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada pelajar. Penentuan aktiviti pembelajaran dikembangkan
berdasarkan pada tujuan yang lebih umum ke khusus berdasarkan tujuan yang telah
ditetapkan. Menurut Tyler lagi ada beberapa prinsip dalam menentukan pengalaman
belajar pelajar. Pertama, pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin
dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran. Kedua, setiap
pengalaman belajar harus memuaskan pelajar. Ketiga, setiap rancangan pengalaman
pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Keempat, mungkin dalam satu pengalaman
belajar dapat mencapai tujuan yang berbeza.

6

3. Menentukan Organisasi Isi atau Bahan Pelajaran
Setelah proses pembelajaran ditentukan, seterusnya menentukan isi kandungan atau
bahan bagi mencapai tujuan kurikulum serta berdasarkan pengalaman-pengalaman yang
telah dimiliki oleh pelajar. Bahan yang dipelajari pelajar disusun pada unit-unit yang
dapat menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat memudahkan dalam
implementasi dan memberikan gambaran terhadap penilaian pembelajaran. Penyusunan
pengalaman belajar dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya adalah dengan
pengembangan bentuk vertikal dan horizontal serta kesinambungan. Pengorganisasian
secara vertikal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam satu kajian yang sama
dalam aras yang berbeza. Contohnya, pengorganisasian pengalaman belajar yang
menghubungkan antara bidang matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima.
Pengorganisasian secara horizontal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam
bidang matematik dan sains dalam tingkat yang sama.
4. Menentukan penilaian pembelajaran
Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod,
menganalisis serta menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlen et al.
1992). Menentukan penilaian pembelajaran merupakan langkah yang terakhir dalam
model Tyler dan juga merupakan langkat terpenting. Ini kerana langkah penilaian ini
menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapai
ataupun tidak. Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar
sesuai dengan tujuan pendidikan yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknya
menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu seperti penilaian
sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data
tentang pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat
keberkesanan proses pembelajaran, apakah program yang disusun telah dianggap
sempurna atau sebaliknya.

7

3.1

KEGUNAAN MODEL TYLER
Pada asasnya Model Tyler digunakan oleh para guru, pembangun kurikulum

dan penilai profesional. Selain daripada untuk membuat pengubahsuaian
kurikulum dan klasifikasi objektif, Model Tyler juga berguna dalam situasi bilik
darjah dan terserahlah kepada kebijaksanaan guru menggunakan kaedah ini secara
positif.
Keputusan untuk memperbaiki mutu pendidikan mesti menjadi tujuan utama
pendidikan walau pun darjah “kecacatan” begitu besar. Berguna untuk dijadikan
panduan dalam pembelajaran pelajar. Ia boleh menyokong diagnosis (learning
difficulty) dan melaksanakan langkah pemulihan dalam proses pembelajaran sama
ada secara individu atau berkelompok. Membolehkan guru mengubahsuai objektif
pembelajaran supaya selari dengan situasi pembelajaran dan keperluan pelajar.
Membuat kurikulum pada umumnya realistik.

3.2

KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL TYLER
Setiap model yang tercipta mempunyai tujuan yang tersendiri. Model-model

itu semestinya unik bermaksud mempunyai kelebihan tersendiri yang mana akan
dijadikan panduan kepada pengguna untuk memilih model tersebut bersesuaian
dengan tujuan kegunaan. Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu
pada pelajar (pencapaian). Semata-mata malah juga menekankan kepada aspekaspek lain selain pencapaian pelajar termasuklah:
a. Pengetahuan tentang maksud falsafah program (knowledge about
programmed intention).
b. Matlamat dan objektif tingkah laku. Matlamat dan objektif program perlu
ditakrifkan dengan jelas.
c. Tatacara untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program.
8

Selain itu, kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukan
yang kukuh terdapat arahan, bimbingan dan

panduan. Mengandungi kriteria

untuk menilai kejayaan program. Malah kaedah yang praktikal iaitu boleh
menggunakan kaedah ini secara berterusan. Kaedah “management by objective”
(MOB) oleh model ini boleh memantau sesuatu program atau institusi dengan
cara tidak formal. Malah model ini juga sistematik kerana adanya kompenan dan
langkah. Malah model ini juga mempunyai kekuatan dengan objektif yang hendak
dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu, model ini sangat sesuai kerana
memberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan pelajar
yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini mempunyai
kekuatan tersendiri iaitu model ini mudah, senang difahami, senang diikuti dan
diimplementasikan dan menghasilkan maklumat relevan yang diterima pihak
tertinggi program.

3.3

KELEMAHAN MODEL TYLER
Tiada yang sempurna, jika ada kelebihan pasti ada kelemahan. Lantaran itu,

model Tyler juga tidak terlepas mempunyai kelemahan. Terdapat beberapa
kelemahan dalam model Tyler seperti dibuktikan oleh Pophams (1969, 1973);
Sulivan (1965) dan MacDonald Ross (1973) dipetik dari Sani (1992);
Sharifuddin (1996) dan Habibah (1996). Antara kelemahan-kelemahan tersebut
adalah masalah teknikal yang mana untuk memperoleh satu set objektif yang
“operational”, penilai dikehendaki memilih dan memurnikan objektif-objektif
yang sesuai. Justeru itu, Tyler mencadangkan proses tapisan awal dilakukan
berpandukan pada falsafah dan psikologi sesuatu program. Walau bagaimanapun
beliau tidak menyatakan rupa bentuk proses yang perlu dilakukan. Adakah
memadai dengan memfokuskan ke atas aspek isi kandungan dan pembelajaran
sahaja dan aspek-aspek ini dinyatakan dalam bentuk tingkah laku? Akibatnya,
objektif penting terutamanya yang berkaitan dengan aspek kurang konkrit
9

program seperti sikap dan emosi telah diabaikan. Pendapat ini selari dengan
pendapat Stake, (1970) dan Dressel, (1960) iaitu kelemahan Model Tyler ialah
tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih objektif atau
objektif yang mana patut dipilih.
Selain itu, Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada
hasil (product) sahaja. Tyler mengaitkan hasil dengan objektif. Oleh itu, beliau
perlu memerlukan maklumat tentang sesuatu program selepas satu program
lengkap berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya.
Pendapat ini di sokong oleh McDonald Ross, (1973) iaitu menurut beliau
sungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk
mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh dari yang dapat dikesan.
Kelemahan seterusnya ialah bukan semua penggubal kurikulum bersetuju
tentang perlunya menetapkan objektif

terlebih dahulu (Atkin, 1963; Eisner,

1967, 1969 dan Stenhouse, 1971). Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabila
terikat dengan objektif yang telah ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti.
Biasanya pembinaan objektif lebih berfokus kepada tingkah laku yang mudah
diukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sikap seperti menghargai
dan menghakimi yang sukar diukur jarang dimasukkan sebagai objektif khusus
dalam penilaian kurikulum.

4.0

MODEL HILDA TABA
Model Taba berbeza dengan model yang dikembangkan Tyler. Model Taba lebih

menitik beratkan kepada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses
perbaikan dan penyempurnaan. Oleh karena itu dalam model ini dikembangkan sesuatu
tahap yang harus dilakukan oleh para pengembang kurikulum. Pengembangan kurikulum
secara tradisional biasanya dilakukan secara deduktif yang dimulai dari langkah
penentuan prinsip-prinsip dan dasar, merumuskan reka bentuk kurikulum secara
menyeluruh, menyusun unit-unit kurikulum selari dengan reka bentuk kurikulum dan
melaksanakan kurikulum di dalam kelas. Namun, Hilda Taba berpendapat model itu tidak
10

sesuai kerana merangsang inovasi dan kreativiti.

Alasannya lagi, pengembangan

kurikulum secara deduktif juga tidak dapat menciptakan pemahaman kurikulum, oleh
karena itu menurut Hilda Taba, sebaiknya kurikulum dikembangkan secara terbalik iaitu
dengan pendekatan induktif. Model Taba dengan Pendekatan Induktif bermaksud
menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir dengan
menganalisis informasi dan membina konsep. Model Taba juga lebih menitikberatkan
pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan
penyempurnaan kurikulum. Hilda Taba juga percaya bahawa guru-guru yang mengajar
atau melaksanakan kurikulum harus mengambil bahagian dalam membangunkan ia.
Pendapat beliau biasanya dipanggil

"grassroots approach" di mana guru-guru

seharusnya mempunyai input utama.
Ada lima langkah pengembangan kurikulum model terbalik dari Taba ini.
1.

Menghasilkan unit kecil (pilot unit) melalui langkah-

langkah: .
i)

Mendiagnosis keperluan pelajar dan harapan masyarakat
Langkah pertama ini merupakan langkah yang penting bagi
Taba. Langkah ini menitik beratkan keperluan pelajar
sebagai permulaan dalam mengembangkan kurikulum.
Pada langkah ini permasalahan pelajar di rungkai melalui
menganalisis tentang “jurang (gaps), berbagai kekurangan
(deficiencies), dan perbezaan latar belakang siswa. Malah
tentang apa yang pelajar inginkan dan perlu untuk belajar
juga perlu diberi perhatian.

ii)

Pembentukan objektif pembelajaran
Taba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan menentukan
jenis pelajaran yang perlu untuk diikuti. Oleh itu
pembentukan objektif perlulah jelas dan komprehensif.

iii)

Pemilihan isi kandungan pembelajaran

11

Secara

umumnya

pemilihan

isi

kurikulum

adalah

berdasarkan kepada tujuan yang harus dicapai yang telah
ditetapkan pada langkah kedua. Walau bagaimanapun ada
beberapa aspek lain yang perlu dipertimbangkan seperti
kesahan dan kesesuaian kepada pelajar.
iv)

Penyusunan isi kandungan pembelajaran
Penyusunan isi kandungan adalah dengan menyusun
dengan urutan yang betul sehingga jelas melihatkan arah
tujuan sesuatu kurikulum itu dirancang

v)

Pemilihan pengalaman pembelajaran
Pada tahap ini ditentukan pengalaman-pengalaman belajar
yang harus dimiliki pelajar untuk mencapai tujuan
kurikulum

vi)

Penyusunan pengalaman belajar
Langkah seterusnya ialah guru menentukan bagaimana
menyesuaikan pengalaman-pengalaman belajar yang telah
ditentukan itu ke dalam aktiviti belajar. Dalam proses itu,
guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi
pengalaman yang bermakna kepada pelajar.

vii)

Penentuan apa yang dinilai dan cara melakukannya
Pada peringkat terakhir, pengujian ini perlu dilakukan
untuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman belajar dan
cara belajar. Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat
pengujian dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan.
Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada
kebijaksanaan guru.

3.

Mencuba unit yang dihasilkan
12

Unit yang sudah dihasilkan pada langkah yang pertama harus diuji
pada pelbagai situasi dan keadaan belajar. Pengujian perlu bagi
memperoleh data dalam rangka menemukan kesahan dan
kebolehpercayaan penggunaannya.
4.

Menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan.
Setelah langkah pengujian, maka langkah selanjutnya melakukan
penyemakan semula pelajaran dan membuat penambahbaikan.
Langkah ini penting bagi melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu
aktiviti yang dijalankan seterusnya akan dipertingkatkan mutu
pada masa akan datang.

5.

Menilai skop dan urutan program

Apabila siap melakukan penyemakan dan penambahbaikan seterusnya
perlu menilai skop dan urutan program .Ada beberapa pertanyaan yang
harus dijawab dalam langkah ini.a. Apakah kandungan isi telah memadai
b. Apakah isi telah tersusun secara logik
c. Apakah pembelajaran telah memberikan

peluang terhadap

pengembangan intelektual, keterampilan dan sikap
d. Dan apakah konsep dasar telah disesuaikan
Perkembangan kegiatan yang berdasarkan pada pertanyaanpertanyaan di atas telah mewujudkan keseimbangan dan membantu dalam
menilai skop sesuatu program. Lantas dapat terjawab persoalan pakah
pengalaman

pelajar

dalam

program

mewujudkan

pelajar

yang

berintelektual dan emosional. Pengembangan ini dilakukan oleh ahli
kurikulum dan para professional kurikulum lainnya. Hasil dari langkahlangkah ini akan didokumenkan sebagai kurikulum rasmi yang siap untuk
dilaksanakan dan disebarkan.

6.

Mengguna dan menyebar hasil pelajaran

13

Kurikulum yang siap didokumenkan akan di terap dan sebarkan ke
seluruh daerah dan sekolah. Permasalahan yang timbul akan
direkodkan. Oleh itu, proses di lapangan nyata perlu diambil kira
seperti

aspek-aspek

kurikulum

penerapan

kurikulum.

Pengembangan

realiti dengan pelaksanaannya, iaitu mengadakan

pengujian terlebih dahulu oleh orang profesional. Dengan itu,
model ini akan benar-benar berfungsi secara teori dan juga
praktikal.
4.1

KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL HILDA TABA
Model Hilda Taba juga mempunyai keunikan tersendiri. Kekuatan Model

ini jelas menunjukkan bahawa kurikulum dan pengajaran adalah saling berkaitan
dan tidak wujud secara berasingan. Selain itu model ini Memberi guru peranan
yang lebih besar dengan tidak hanya membuat mereka pelaksana kurikulum
semata-mata tetapi juga pemaju dalam menjaya matlamat kurikulum. Model ini
unik apabila menggunakan kaedah induktif. Kaedah induktif mewujudkan
suasana lebih fleksibel apabila tidak terikat dengan pihak atasan. Model ini
memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru apabilan menggunakan guru
sebagai pendekatan bagi mencapai matlamat kurikulum. Guru merupakan tunjang
kepada sistem pendidkan. Hilda Taba juga menekankan guru merupakan orang
yang paling dekat dengan pelajar, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu guru lebih
memahami keperluan bagi memenuhi kurikulum dalam sistem pendidikan.
Kekuatan Model ini juga dapat dilihat secara lebih halus tentang produk
yang dihasilkan iaitu pelajar. Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara
produktif dan kreatif , apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan.
Model ini juga memerlukan pelajar berkerja dalam kumpulan secara koperatif dan
aktif. Selain itu, pelajar yang dapat menaakul konsep, ia dapat menjana maklumat
dalam pelbagai situasi.
Kekuatan model ini apabila melihat kurikulum sebagai "rancangan untuk
pembelajaran". Akhir sekali, model ini memberi kepentingan kepada objektif
14

dalam usaha untuk mewujudkan tujuan untuk memutuskan apa yang perlu
termasuk, terkecuali dan penekanan dalam kurikulum

4.2

KELEMAHAN MODEL HILDA TABA
Model Taba juga mempunyai kelemahan iaitu ia Proses pelaksaannya
memakan masa yang panjang. Selain itu, proses mengumpul dan memilih
maklumat harus dilakukan terus menerus sebelum dapat membina idea
(terutama kategori) dan membina konsep. Sukar menentukan tujuan kerana
perlu menilai latar belakang pelajar yang berbeza-beza. Model ini lebih
membebankan guru selaku pendidik dan guru perlu lebih bekerja keras dalam
proses pelaksanaan model ini.

5.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya pelbagai model yang telah dicipta bagi mengembangkan lagi

kurikulum yang tinggal hanya pengguna perlu memilih model mana yang sesuai dengan
program yang ingin dilaksanakan. Model Tyler di lihat banyak kelebihan walaupun
model ini juga mempunyai kelemahan namun ia masih lagi model yang terkenal dan
popular digunakan di Malaysia. Model Tyler lebih jelas arah tuju dengan pembinaan
objektif yang jelas dengan matlamat pengajaran. Sementara itu, Model hilda taba juga
pada asasnya sama dengan Model Tyler iaitu menekakan pembinaan objektif namun
prosesnya sahaja yang terbalik. Model tyler bersifat deduktif iaiatu arahan atau format
kurikulum diturunkan dari pihak atasan dan ia dikatakan terlalu rigid kerana guru perlu
mengikut skema yang diberikan. Berbeza dengan Model hilda taba objektif kurikulum
bermula dari bawah iaitu guru, pelajar dan masyarakat. Walaubagaimanapun model taba
dikatakan memakan masa yang lama bagi melihat keberkesana model tersebut. Oleh itu,
dengan adanya penulisan tentang Model Tyler dan Taba semoga pembaca dapat membuat
penilaian berlandaskan kelemahan dan kekuatan model-model tersebut dan diacukan
dengan tujuan program masing-masing.
15

6.0

RUJUKAN

Ahmad D. Marimba, pengantar filsafat pendidikan islam, PT. Al-Ma’arif, bandung, 1980
Dakir. H. Perencanaan dan Pengembangan Kurikulum, Jakarta : PT. Rineka Cipta, 2004
16

Harlen, W., Gipps, C., Broadfoot, P. & Nuttall, D. 1992. Assessment and
mprovement of education.The Curriculum Journal 3: 215-230.

the

Henson, K.T. (1995). Curriculum Development for Education Reform. New York:
Longman.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur : Karyazano Enterprise

Mastura Bazdis. 2008. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Diperolehi
pada
25
Oktober
2012
dari
http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/Mohd Faiz, Nik Mahadi,
Noralina, Nor Arini & Wong Chit Trai. 2009.

Sanjaya, Wina. (2009). Kurikulum dan Pembelajaran, Teori dan Praktik Pengembangan
KTSP.Jakarta:Kencana.

Taba, Hilda. 1962. " Curriculum Development" In Evaluation in the Eight Year Study.
Columbus,
OH:
Progressive
Education
Association.
http://www.answers.com/topic/hilda-taba

Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago, IL:
University of Chicago Press.
http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf (dipetik pada
25 oktober 2012)
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan%20jawatankuasa
%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar%20pelajaran%201979.pdf

17

I