UNDANG UNDANG ISLAM PERBANDINGAN DAN PEN

UNDANG-UNDANG ISLAM: PERBANDINGAN DAN PENELITIAN DI
BEBERAPA NEGARA ISLAM SELEPAS MERDEKA

I: Kedudukan Undang-undang Syariah
Selepas perang Dunia Kedua
kemerdekaan

tetapi

dalam

kebanyakan negara Islam telah mencapai

perundangan

ia

masih

mengamalkan


konsep

perundangan dari luar tanpa mengambil kira samada ia sesuai atau tidak dengan
suasana masyarakat Islam dan ruh agama Islam itu sendiri. Sejak daripada
penerimaan Anglo-Muhammaden Legal System dan Franch-Muhammaden Legal
System yang dipakai secara bersama dengan beberapa bahagian Undang-undang
Islam yang masih baki diamalkan sebelum kemerdekaan ia menimbulkan banyak
masalah.
Kedudukan Undang-undang Islam di negara-negara Islam selepas bebas daripada
penjajahan Barat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan:
1. Negara yang mengamalkan Undang-undang Islam sepenuhnya tanpa ada
sebarang perubahan dan tidak dikodifikasikan samada bidang keluarga atau
jenayah.
2. Negara yang didapati Undang-undang Syaricah diubah berdasarkan perubahan
undang-undang moden yang diwarisi daripada penjajahan Barat yang mereka
istilahkan perubahan itu sebagai Reformasi Undang-undang (Law Reform)
3. Negara yang meninggalkan Undang-undang Syaricah dan mengambil undangundang moden sebagai gantinya tanpa mengambil kira terhadap keperluan
agama dan masyarakat Islam.
Berdasarkan pembahagian di atas kita dapati, kebanyakan negara Islam masa kini
adalah berada dalam kategori kedua, dari sudut perundangan, manakala yang

pertama ialah negara Arab Saudi dan kategori yang ketiga ialah negara Turki.
Dalam membincangkan negara-negara yang berada dalam kategori kedua ini akan
diambil beberapa negara yang melakukan reformasi undang-undangnya tanpa

1

mengubah struktur perundangan asalnya, dan juga akan dibincangkan negaranegara yang membuat perubahan sistem undang-undang secara menyeluruh.
A. Negara-Negara Yang Membuat Reformasi Undang-Undang Secara Terbatas
Apa yang dimaksudkan reformasi undang-undang di negara-negara Islam selepas
mencapai kemerdekaan ialah negara-negara Islam itu cuba menyelaraskan dan
mengemaskinikan undang-undang yang sedia ada dengan tidak mengubah struktur
undang-undang yang diamalkan di zaman penjajah. Undang-undang yang digubal
itu adalah samada berasaskan satu madhhab tertentu sahaja atau mengambil
pandangan madhhab tertentu dan mengambil juga pendapat madhhab-madhhab
yang lain yang muktabar. Negara-negara yang terlibat dengan reformasi yang
dimaksudkan di atas antaranya ialah Mesir, Jordan, Syria, Algeria, Iraq, Iran dan
Pakistan. Di tenggara Asia pula seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Reformasi
ini berlaku juga di beberapa Negara di Utara Afrika seperti Tunisia dan Marocco.
Reformasi yang berlaku ini melibatkan sebahagian besarnya undang-undang diri
dan keluarga seperti undang-undang perkahwinan, pusaka, wasiat dan wakaf, serta

undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan akhlak Islam dan
keagamaan. Dalam bidang sivil, jenayah dan prosedur juga ada dibuat reformasi.
Reformasi undang-undang subtantif ini adalah melibatkan penyesuaian terhadap
pemikiran madhhab yang sesuai dipakai dalam sesebuah negara berkaitan undangundang yang direformasikan, tetapi ia bukan bermaksud reformasi terhadap
pemakaian keseluruhan Undang-undang Islam. Justeru itu reformasi yang dilakukan
itu lebih kepada mengambil prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang dipakai oleh
madhhab-madhhab tertentu dan digubal dalam bentuk akta dan enakmen
sebagaimana yang diamalkan di negara-negara Barat.
Kandungan undang-undang yang terlibat dalam reformasi ini ialah undang-undang
substantif dan regulatri. Contohnya peruntukan perceraian yang diberikan kepada
suami disertakan dengan syarat-syarat perundangan tertentu, supaya tidak
disalahgunakan keranaperceraian yang diberikan kepada suami.
Selain itu ada juga berlaku reformasi ini dalam bidang sivil, umpamanya di Mesir di
peringkat awal reformasinya telah meletakkan Undang-undang Islam sebagai salah
satu daripada sumber undang-undangnya dalam bidang sivil kemudiannya telah
2

dijadikan Syaricah itu sebagai undang-undang utama dalam tahun 1980. Tetapi
dalam perlaksanaan kedudukannya masih tidak jelas. Perubahan Undang-undang
Sivil agak ketara di masa kebelakangan ini terutamanya dalam bidang muamalat

kewangan; seperti Mesir, Jordan, Saudi, Malaysia, Bahrain, Kuwait, Negara-Negara
Emirat dan lain-lain. Didapati negara-negara Islam yang mewujudkan perbankan
Islam telah membuat reformasi undang-undangnya dengan membuat peruntukan
khas kepada undang-undang sivil yang sedia ada bagi membolehkan bank Islam
diwujudkan di negara tersebut yang berasaskan ‘bebas faedah’ di samping bank
konvensionalnya masih beroperasi penuh sebagaimana biasa.
Dalam bidang jenayah juga ada berlaku proses reformasi ini umpamanya Malaysia
telah

menyeragamkan

Undang-undang

Jenayah

Syaricah

dan

Prosedur


Syaricahnya di semua negeri. Proses ini berlaku sejak tahun 1985 sehingga 1999.
Dengan reformasi ini Undang-undang Jenayah Syaricah yang ada peruntukan dalam
Undang-undang Pentadbiran Majlis Agama Islam negeri-negeri sebelum ini dapat
diseragamkan dan diperincikan sebahagian besarnya sekalipun perlaksanaannya
berada dalam bidang kuasa negeri masing-masing.
B.

Negara-Negara

yang

Membuat

Reformasi

Undang-Undang

Secara


Menyeluruh
Terdapat beberapa Negara Islam yang membuat reformasi perundangannya lebih
menyeluruh selepas mencapai kemerdekaan. Negara–negara itu ialah Sudan,
Pakistan dan Nigeria. Selain itu, Negara Saudi dan Utara Yaman juga mengamalkan
Undang-undang Islam sepenuhnya sejak dari awal. Perbincangan di sini
menumpukan tiga buah negara iaitu Pakistan, Sudan dan Nigeria.
Pakistan
Pakistan dari tahun 1947 sehingga 1979, telah melaksanakan Undang-undang
Jenayah India 1860 yang telah diubahsuai namanya kepada Undang-undang
Jenayah Pakistan (Pakistan Penal Code), dan Undang-undang Prosedur Jenayah
India 1898 kepada Undang-undang Prosedur Jenayah Pakistan (Pakistan Criminal
Prosedur Code). Kedua-dua undang-undang ini telah diadaptasikan dan dibuat
perubahan dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan setempat, tetapi prinsip
dan struktur Undang-undang Jenayah asal itu masih kekal tidak berubah.
3

Apabila presiden Zia-ul-haq mengetuai pemerintahan Pakistan beliau memandang
serius terhadap perlaksanaan Undang-undang Syaricah di Pakistan. Lalu diarahkan
supaya digubal Undang-undang Jenayah dan hukuman keseksaannya yang
berasaskan prinsip-prinsip al-Qur’an yang berkaitan dengan hudud, takzir, Qisas dan

Diyat. Maka tugas ini dilaksanakan oleh Lembaga Ideologi Islam Pakistan (Islamic
Ideology

Councils)

Undang-Undang Jenayah yang digubal dan dikuatkuasakan adalah seperti berikut:
1.Offences against Property (Enforcement of Hudud Ordinance 1979)
2.Offences

of

Zina

3.Offences

of

Qadhf

4.Prohabition

5.Execution

(Enforcement
(Enforcement

(Enforcement
of

6.Baluchistan

the

of

Punishment

Prohabition

Hudud


Ordinance

1979)

Hudud

Ordinance

1979)

Hudud)

Order

1979

Whipping

Ordinances


1979

of

of
of

(Enforcement

of

Hudud)

Rules

1979

7.Punjab Prohibition (Enforcement of Hudud) Rules, 1979.
Berhubung dengan Undang-undang Qisas dan Diyat digubal dan dikuatkuasakan
kemudian dan penyemakan akhir dibuat pada tahun 1984, dan dikuatkuasakan

kemudiannya.
Dua pendekatan yang digunakan oleh pemerintah Pakistan dalam reformasi
Undang-undang Jenayah di Pakistan iaitu perubahan beberapa bahagian sahaja
daripada undang-undang yang sedia ada dan satu lagi ialah penggubalan undangundang baru untuk menggantikan undang-undang yang lama dalam bidang
berkenaan. Undang-undang Jenayah yang dilakukan ke atas Undang-undang
Jenayah Pakistan 1960 penggubalan sebahagian daripadanya ialah tentang
kesalahan jenayah hudud seperti minum arak, mencuri, merompak, zina dan Qadhf.
Ia sebagai tambahan kepada undang-undang yang sedia ada, dan membatalkan
peruntukan kesalahan khas zina yang melibatkan suami isteri yang terdapat dalam
undang-undang lama.
Pendekatan ini juga digunakan pada undang-undang Qisas dan Diyat di mana
beberapa peruntukan sahaja diubah daripada peruntukan Undang-undang Jenayah
pembunuhan yang lama, contohnya penambahan terhadapnya seperti Qatl, Qisas,
diyah, arsh dan dhaman. Demikian juga perubahan terhadap kuasa pengampunan
terhadap penjenayah yang kuasanya dalam undang-undang lama kepada
4

pemerintah diubah kuasa keampunan itu kepada keluarganya. Perubahan ini dibuat
dalam seksyen 53, 54, 55 dan artikel 299 Penal Kod.
Pendekatan yang kedua dalam reformasi ini ialah menukarkan keseluruhan undangundang lama kepada undang-undang yang baru. Ia melibatkan undang-undang
tertentu sahaja seperti Undang-undang Zakat dan Usyur 1979, dan Undang-Undang
Keterangan 1985. Undang-undang baru ini telah mengambil tempat Undang-undang
Keterangan yang lama.
Sudan
Sudan sebuah Negara Jajahan British di akhir kurun kesembilan belas, maka dalam
bidang undang-undang, kerajaan British telah membawa undang-undang yang
diamalkan di India ke Sudan. Antara undang-undang yang dibawa ke Sudan ialah:
1. Penal Kod India 1960 (Tanzirat al-Hind)
2. Kod Prosedur Jenayah 1898 (Zabidat-e-Faqjdari)
Kedua-dua undang-undang ini telah digubal semula (re-enacted) pada tahun 1925
dan undang-undang baru ini telah dikuatkuasakan hampir setengah abad. Kemudian
selepas merdeka, kedua-dua undang-undang ini digubal lagi dan dikuatkuasakan
pada tahun 1974. Mengikut Perlembagaan Tetap Sudan 1973, artikel 9 menyatakan
bahawa Undang-undang Islam dan adat merupakan sumber utama perundangan.
Pada tahun 1983, Presiden Numairi sebagai Presiden Negara Sudan ketika itu
mengishtiharkan rancangan untuk mengislamisasikan seluruh sistem perundangan
di Sudan. Dengan ini perubahan besar telah berlaku dalam sistem perundangan di
Sudan di mana semua undang-undang terpaksa digubal semula. Penggubalan ini
berlaku kepada Akta Sivil Prosedur 1974, Akta Prosedur Jenayah 1974, Penal Kod
1974, Akta Kontrak 1974, Akta Jualbeli 1974, Akta Agensi 1974, kemudian diikuti
dengan perubahan baru pada tahun 1983 yang melibatkan Akta Prosedur Sivil 1983,
Akta Prosedur Jenayah 1983, Penal Kod 1983, Akta Judisiari 1983, Akta Keterangan
1983, Akta Advokasi 1983 dan Akta Transaksi Sivil 1984.
Penggubalan undang-undang yang dilakukan pada tahun 1983, adalah bertujuan
untuk menjadikan Undang-undang Islam seluruhnya sebagai undang-undang
5

negara. Sudan nampaknya mengambil pendekatan yang drastik di mana semua
jenis undang-undang telah digubal semula dan dikuatkuasakan seluruhnya dalam
masa yang singkat, tetapi di Pakistan sebahagian undang-undang dibuat perubahan
kepada undang-undang yang sedia ada seperti perubahan Undang-undang Hudud
dan Qisas ke atas undang-undang jenayah yang sedia ada, manakala penggubalan
undang-undang baru hanya dibuat kepada “bidang” undang-undang yang belum ada
atau dianggap tidak lengkap untuk keperluan semasa.
Nigeria
Nigeria sebuah negara yang terletak di sebelah Barat Benua Afrika yang
penduduknya berbilang kaum. Penduduk Islam dianggarkan lebih kurang 60%
daripada keseluruhan penduduk Nigeria, yang bakinya adalah penduduk bukan
Islam. Pada 27 Januari 2000, Nigeria memperkenalkan Undang-undang Jenayah
Islam sepenuhnya iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Undang-undang jenayah ini mula
dilaksanakan di negeri Zamfara, kemudian diikuti oleh sembilan negeri lagi di
bahagian utara. Undang-undang Jenayah ini ada sebanyak 9 undang-undang yang
dikuatkuasakan di sembilan buah negeri di utara yang penduduk majoritinya muslim
dan undang-undang ini dilaksanakan ke atas orang-orang Islam.
Sebelum daripada Undang-undang Jenayah Islam ini dikuatkuasakan, Nigeria
menguatkuasakan Undang-undang the Northern Nigeria Penal Code sejak tahun
1960. Undang-undang ini masih berkuatkuasa di Nigeria ke atas orang-orang bukan
Islam secara umumnya. Undang-undang Jenayah Syaricah ini dilengkapkan dengan
Undang-undang Prosedur Jenayah Syaricah.
Perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syaricah di negeri-negeri di Nigeria diawasi
oleh Lembaga Ulama’ yang diwujudkan berdasarkan Peruntukan Sharia Courts
Establishment Law 1999. Fungsi lembaga ini ialah menyelia, menilai dan memberi
panduan tentang perlaksanaan Undang-undang Syaricah di negeri-negeri yang
melaksanakan undang-undang ini.
Undang-undang Jenayah yang dilaksanakan di negeri-negeri utara Nigeria ini terdiri
daripada undang-undang hudud, qisas dan ta’zir.

6

Jenayah hudud adalah terdiri daripada kesalahan-kesalahan zina, sumbang
mahram, liwat, musahaqah, ityan al-baha’im, qadhf, tuduhan menghina, mencuri dan
merompak.
Jenayah

qisas

pula

terdiri

daripada

kesalahan-kesalahan;

membunuh,

mencederakan dan tindakan jenayah membawa pengguguran, mencederakan janin,
mendera kanak-kanak dan menggugurkan anak.
II: Langkah-langkah Ke Arah Perlaksanaan Syariah
Pengertian Perlaksanaan Undang-undang Islam
Perlaksanaan

Undang-undang

Islam

yang

dimaksudkan

di

sini

ialah

mengimplimentasikan undang-undang Syaricah dan menentukannya dalam konteks
hubungan kemasyarakatan melalui penyediaan undang-undang dan statut-statut
yang

memberi

kuasa

kepada

pemerintah

untuk

melaksanakannya

dan

menguatkuasakannya dalam hubungan individu, institusi-institusi kerajaan dalam
bidang ekonomi, kewangan, penyiaran dan lain-lain. Dan menyediakan polisi-polisi
yang menentukan pergerakan dan kegiatan masyarakat dalam berbagai bidang
serta menentukan arah tujuannya.
Perlaksanaan syaricah ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
1. Mematuhi hukum-hukum Allah yang terkandung dalam perintah dan laranganNya.
2. Membebaskan diri daripada cengkaman undang-undang asing yang dipaksa oleh
kuasa barat ke atas negara-negara jajahannya.
3. Membangun sistem perundangan Islam untuk membantu negara Islam dalam
menggembleng tenaga bagi tujuan mencapai kebebasan hidup yang berasaskan
prinsip-prisip Islam dalam persaudaraan, persamaan dan jaminan masyarakat.
4. Menentukan garis panduan dan asas-asas kegiatan masyarakat berdasarkan
ukuran syara’ dalam aspek keadilan dan sumbangan kepada masyarakat dalam
berbagai aspek kehidupan untuk membangun tamadun umat dalam bidang ekonomi,
politik dan sistem masyarakat.
7

Perlaksanaan syaricah yang dimaksudkan di sini adalah luas yang mencakupi
bidang perundangan, ekonomi, politik, akhlak dan segala kegiatan masyarakat.
Langkah-langkah Perlu diambil Untuk Perlaksanaan Undang-Undang Islam
Memandangkan Undang-undang Islam telah lama terpinggir dari arus perdana
perundangan kerana angkara penjajah, maka langkah-langkah perlu diambil untuk
mengembalikan semula undang-undang Islam supaya dapat dilaksanakan dalam
masyarakat. Ada

tiga

perkara

yang

perlu

diambil

perhatian

bagi

tujuan

melaksanakan undang-undang Islam.
1.Mewujudkan institusi kajian yang berautoriti
Memandangkan Undang-undang Islam ini telah lama terhenti perkembangannya
dalam aspek perlaksanaannya, maka ia memerlukan kajian yang menyeluruh untuk
menjadikan undang-undang Islam itu relevan dan dapat dilaksanakan dalam
masyarakat masa kini. Untuk itu, satu kajian menyeluruh perlu dibuat terhadap
Undang-undang Islam itu supaya melalu kajian itu dapat diambil asas-asas
perundangan Islam yang dapat dilaksanakan dan sesuai dipakai oleh sesebuah
negara kerana syaricah Islam itu didapati ada terdapat perbezaan pandangan di
kalangan fuqaha’ dalam isu-isu tertentu, terutamanya apabila sesebuah negara itu
telah terikat dari sudut amalan masyarakatnya dengan madhhab fiqh tertentu.
Selain itu, kajian terhadap undang-undang yang diamalkan dalam masyarakat juga
perlu dibuat untuk menentukan kedudukan undang-undang yang diamalkan itu
adakah bercanggah dengan Islam atau tidak. Maka dengan kajian ini akan jelas
kepada kita antara undang-undang yang tidak bercanggah dengan syaricah yang
perlu dikekalkan dengan undang-undang yang bercanggah dengan syaricah yang
perlu

dihapuskan.

Melalui kajian ini dapat membantu untuk mendapatkan Undang-undang Islam yang
sesuai untuk masyarakat setempat, dan di waktu yang sama dapat membantu untuk
menilai undang-undang semasa, yang patut diteruskan dan yang patut dihapuskan.
Badan kajian ini telah pun wujud di negara-negara yang berusaha untuk
melaksanakan syaricah seperti Pakistan dengan Islamic Ideology Council dan
Sudan dengan Majma’ al-Fiqhnya.

8

2. Membina Kesedaran Masyarakat tentang Kepentingan Undang-undang Islam
Masyarakat yang telah leka hidup dengan undang-undang penjajah begitu lama
perlu disedarkan mereka. Bagi menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan
Undang-undang Islam ini perlulah disalurkan melalui saluran-saluran rasmi dan tidak
rasmi. Melalui saluran rasmi, aspek Undang-undang Islam itu perlu dimasukkan
dalam kurikulum pendidikan terutama di peringkat menengah dan pengajian tinggi.
Jika ini dapat dilakukan, maka sebahagian besar masyarakat akan dapat memahami
Undang-undang Islam dengan betul dan merasa kepentingannya dalam hidup.
Selain daripada saluran rasmi, saluran tidak rasmi juga perlu digunakan untuk
memberi kesedaran dan kefahaman terhadap Undang-undang Islam. Ia dapat
disalurkan melalui media cetak dan elektronik seperti akhbar-akhbar, majalahmajalah, radio, televisyen, seminar-seminar, wacana-wacana ilmiah, khutbah Jumaat
dan sebagainya. Dengan penyebaran demikian, masyarakat akan mengetahui
tentang kandungan undang-undang Islam dan kepentingannya untuk kehidupan
mereka.
3. Menggubal Undang-undang Islam dalam Bentuk Akta dan Statut
Khazanah perundangan Islam amat banyak dalam kitab-kitab fiqh dari berbagai
madhhab; Maliki, Hanafi, Shafici dan Hanbali. Bagi tujuan perlaksanaan mengambil
masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu kes dengan merujuk kepada kitabkitab fiqh yang berjilid-jilid tebalnya. Oleh itu, adalah lebih praktikal sekiranya
Undang-undang Islam itu dapat digubal dalam bentuk kanun, yang kandungannya
adalah berbentuk umum dalam bidang undang-undang tertentu. Dengan adanya
undang-undang yang digubal ini memudahkan para pengamal undang-undang
samada hakim, peguam atau pihak-pihak lain yang terlibat dapat merujuk
kepadanya. Undang-undang yang digubal ini hendaklah menyeluruh dan meliputi
perlembagaan,

jenayah,

sivil,

prosedur,

keterangan

dan

sebagainya.

Ada setengah kalangan mempertikaikan tentang kewajaran penggubalan undangundang dan mengkodifikasikannya untuk dikuatkuasakan di dalam sesebuah
negara. Mereka berpendapat langkah ini dianggap sebagai amalan yang
dipengaruhi oleh tradisi perundangan barat, dan dalam konteks syaricah tidak perlu
kerana tidak ada amalan demikian dilakukan oleh ulama’-ulama’ dahulu dan syaricah
9

telah dilaksanakan lebih daripada seribu tahun yang lalu. Kadi-kadi dapat merujuk
kepada kitab-kitab fiqh untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan. Langkah
ini juga akan mengikat kebebasan hakim untuk berijtihad dalam memutuskan
sesuatu kes. Pandangan yang menolak usaha penggubalan dan kodifikasi undangundang ini tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Dalam tradisi Islam, usaha
kodifikasi ini telah lama berlaku dalam sejarah keilmuan Islam, umpamanya alQur’an dan Hadith, demikian juga Perlembagaan Madinah. Oleh itu, dalam usaha
untuk mengkodifikasikan undang-undang Islam ini, kita boleh menggunakan Qiyas
dan maslahah sebagai asas untuk mengharuskan usaha ini. Ini kerana, ia
sememangnya diperlukan untuk memudahkan pentadbiran kehakiman dan pihakpihak yang terlibat seperti hakim, peguam dan sebagainya.
Pengkanunan undang-undang ini dalam prosesnya harus diambil perhatian perkaraperkara berikut:
1. Pemerintah mempunyai autoriti untuk menentukan madhhab tertentu atau
pendapat faqih tertentu untuk digunapakai di sesebuah negara. Hak ini berada di
bawah peruntukan maslahah di mana dalam kaedah fiqh memperuntukkan,
“Pemerintah (Imam) mempunyai hak autoriti ke atas rakyatnya berdasarkan
maslahah.”
2. Pemerintah mempunyai hak untuk memilih pendapat-pendapat yang difikirnya
lebih kuat alasannya dan lebih sesuai untuk dikuatkuasakan ke atas rakyatnya.
Kebaikan daripada usaha kodifikasi undang-undang ini dapat diringkaskan
sebagaimana berikut:
a) Kodifikasi undang-undang ini merupakan usaha meringkaskan undang-undang
dan pandangan fuqaha’ dalam satu madhhab atau berlainan madhhab yang dapat
dilaksanakan dalam masyarakat.
b) Usaha kodifikasi ini dapat menentukan keperluan hukum syara’ untuk keperluan
perlaksanaan yang dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat di tempat
dan masa tertentu.

10

c) Melalui kodifikasi ini dapat menyeragamkan pembawaan kehidupan umat dalam
satu wadah undang-undang yang sama, berdasarkan autoriti fiqh yang kuat.
d) Melalui kodifikasi ini, ia dapat dilaksanakan dan dapat dikuatkuasakan oleh pihak
berkuasa supaya rakyat mematuhi dan beramal dengan undang-undang ini.
e) Melalui kodifikasi ini, pihak berkuasa dapat memantau tentang perlaksanaan
undang-undang ini.
f) Ia juga dapat memudahkan para fuqaha’ dan pengamal undang-undang untuk
membuat ulasan dan perbandingannya dengan pendapat-pendapat lain dan
memudahkan pengamal undang-undang dan pelajar-pelajar untuk membuat kajian
dan mempelajarinya.
g) Ia memudahkan para hakim untuk melaksanakannya kerana ia tidak perlu
merujuk kepada sumber-sumber fiqh yang banyak bilangannya.
h) Ia juga dapat mengurangkan percanggahan pendapat dan keputusan kes-kes
yang diputuskan oleh hakim.
i) Ia dapat membantu dan memberi kemudahan kepada masyarakat awam untuk
memahami undang-undang yang dikuatkuasakan dalam negara tanpa perlu merujuk
kepada sumber-sumber fiqh yang banyak.
j) Dengan ketiadaan kodifikasi undang-undang ini, maka ia boleh mendorong
pemerintah untuk mengambil undang-undang asing yang sedia ada untuk menjadi
asas kepada pentadbiran keadilan negara.
Kesimpulan
Perlaksanaan Undang-undang Islam adalah suatu tuntutan agama dan ia adalah
sebagai satu ciri untuk kesempurnaan identiti negara Islam itu sendiri. Masyarakat
Islam dalam sepanjang sejarahnya tidak pernah keluar daripada tuntutan
melaksanakan syaricah, kecuali jika ada keadaan-keadaan tertentu yang memaksa
mereka supaya mengurangkan perlaksanaan syaricah dalam bidang-bidang tertentu
kerana dipaksa oleh kuasa penjajah. Pengalaman sejarah hitam ini tidak sepatutnya
dijadikan penghalang untuk kembali kepada perlaksanaan Undang-undang Islam
11

secara lebih lengkap. Sepatutnya, selepas negara Islam bebas daripada kuasa
penjajah, langkah-langkah positif perlu diambil bagi mengembalikan semula
Undang-undang Islam ke pangkuan umat. Untuk itu perlulah kepada penyediaan
dan penggubalan undang-undang yang lengkap untuk mengambil alih undangundang penjajah, dan membina kefahaman umat terhadap kepentingan Undangundang Islam untuk kekuatan negara dan perpaduan umat, serta menyusun sistem
pentadbiran kehakiman yang sesuai dengan keperluan undang-undang syariah.

12