KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA tinggi

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

KEPAKARAN DAN TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA SYARIAH DALAM
MENGURUSKAN RISIKO KETIDAKPATUHAN
SYARIAH: TINJAUAN AWAL TERHADAP INDUSTRI
TAKAFUL DI MALAYSIA
Mohd Faiz Mohamed Yusof1, Nurhanani Romli2 and Joni Tamkin Borhan3
1,2,3

Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur.
1
mrfaizyusof@gmail.com; 2nurhanani_romli@um.edu.my; 3joni@um.edu.my

ABSTRACT
This study identifiesthe potentials of Shariah non-compliance risk exposures of
takaful industry in Malaysia based on previous studies.Besides, this study also
examines the areas of expertise of the Shariah Committee ofthe Takaful
Operator (TO) in Malaysia with a total of 62 members. Bank Negara Malaysia

(2003) requires the expertise and experience in fiqh and usul fiqh, or Fiqh
Muamalat among the Shariah Committee in TO. The expertise and experience
in the field of fiqh and usul fiqh or fiqh muamalat are extremely important in
managing Shariah non-compliance risk.

Keyword: Shariah non-compliance risk; Shariah non-compliance risk management; Shariah
committee; takaful operators; takaful industry.
ABSTRAK
Kajian inimengenalpasti potensi-potensi keterdedahan risiko ketidakpatuhan
syariah dalam industri takaful di Malaysia berdasarkan kajian-kajian lepas.
Seterusnya, kajian turut meliputi bidang-bidang kepakaran ahli Jawatankuasa
Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) di Malaysiayang mempunyai
sebanyak 62 orang ahli. Bank Negara Malaysia (2003) memerlukan kepakaran
dan pengalaman berkaitan fiqh dan usulfiqh atau fiqh muamalat oleh ahli
Jawatankuasa Syariah dalam SPT. Kepakaran dan pengalaman dalam bidang
fiqh dan usul fiqh atau fiqhmuamalat amat penting dalampengurusan risiko
ketidakpatuhan Syariah. Di samping itu, bidang-bidang kepakaran yang lain
turut diperlukan seperti kepakaran berkaitanekonomi Islam, tadbir urus
institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam,
perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat

Islam, perundangan sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam
dan bidang-bidang lain dalam pengajian Islam bagi menambahbaik
pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
31

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Kata kunci: risiko ketidakpatuhan Syariah; pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah;
jawatankuasa Syariah; syarikat pengendali takaful; industri takaful.
1. PENGENALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA
Malaysia merupakan antara negara pertama di Asia yang memulakan insurans secara Islam
atau takaful dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) pada tahun 1984.
Sehingga kini sebanyak 12 SPT ditubuhkan sama ada dengan pemilikan tempatan mahupun
asing. Berikut adalah senarai Syarikat Pengendali Takaful(SPT) di Malaysia:
Bil.
1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.
9.
10.
11.
12.

Nama Syarikat
AIA Public Takaful Bhd.
AmFamily Takaful Berhad
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Berhad
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
MAA Takaful Berhad

Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pemilikan
Asing
Tempatan
Tempatan
Tempatan
Asing
Tempatan
Tempatan
Tempatan
Tempatan
Tempatan
Tempatan

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM, 2012)
Penubuhan industri takaful di Malaysia adalah hasil laporan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
(1984)yang telah mengeluarkan fatwa bahawa amalan insurans konvensional di Malaysia

adalah haram diamalkan oleh orang Islam. Antara sebab pengharaman tersebut adalah kerana
ia melibatkan amalan riba dan mempunyai unsur gharar (ketidaktentuan) yang membawa
kepada amalan perjudian.
Perkembangan industri takaful di Malaysia adalah selaras dengan ucapan Perdana Menteri
Malaysia YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan
Malaysia sebagai hub pasaran kewangan Islam di peringkat global dengan menggunakan
temabaru iaitu "Malaysia: World's Islamic Finance Marketplace".Malaysia telah
menyediakan pasaran kewangan Islam yang komprehensif dan progresif yang telah
berkembang denganpesat sepanjang 30 tahun lalu.Peserta industri global dan peserta pasaran
mestilah bijak merebut peluang daripada inovasi, kepakaran dan manfaat pasaran kewangan
Islam Malaysia bagi menjalankan urusniaga perniagaan kewangan Islam dari mana-mana
tempat di dunia (BNM, 2013b).
2. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui analisis kandungan daripada profil ahli –ahli
Jawatankuasa Syariah SPT dan cadangan panduan pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah
daripada BNM (2003, 2011) dan IFSB (2005, 2013). Analisis kandungan merupakan telahan
yang sistematik atas catatan-catatan atau dokumen-dokumen sebagai sumber data (Bryman,
2008).Kajian ini menganalisis bidang kepakaran Jawatankuasa Syariah SPT di Malaysia
melalui latarbelakang pendidikan dan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh ahli
Jawatankuasa Syariah di Malaysia.


p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
32

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

3. ELEMEN-ELEMEN
TAKAFUL

KETIDAKPATUHAN

SYARIAH

DALAM

INDUSTRI

Secara asasnya, elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah dalam industri takaful melibatkan 3

elemen yang utama iaitu riba, gharar dan perjudian.
3.1 Riba

Riba dari sudut bahasa bermaksud pertambahan atau lebihan (Ibn Manzur, 1994, p. 304305).Pertambahan atau lebihan yang dimaksudkan adalah dalam pinjaman. Menurut riwayat
al-Tabari (1995), riba yang biasa berlaku sewaktu zaman jahiliyah antaranya adalah dalam
bentuk transaksi jual beli secara hutang.Setelah sampai tempoh pembayaran dan pembeli
tidak dapat membayar, penjual akan memanjangkan tempoh masa pembayaran dan
menambah jumlah hutang yang mesti dibayar (Al-Tabari, 1995, p. 140). Berikut adalah antara
dalil dari Al-Quran dan Hadith yang menjelaskan mengenai larangan riba:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang
berganda dan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu
mendapat keuntungan”.
(Surah Ali ‘Imran: 130)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah
S.W.T dan tinggalkanlah saki-baki riba (yang belum diambil) jika kamu orang yang
beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan saki baki riba) maka
ketahuilah bahawa Allah S.W.T dan Rasulnya akan memerangi kamu. Dan jika kamu
bertaubat (daripada mengambil riba) maka bagi kamu modal kamu, kamu tidak
menganiaya dan tidak pula dianiayai”.
(Surah al-Baqarah: 278-279)

Terdapat hadith mengenai larangan terhadap riba sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir
r.a yang bermaksud:
Bahawa Rasulullah S.A.W melaknat pengambil dan pemberi riba, penulis yang
mencatat transaksi riba dan saksi-saksi kedua-duanya dan Rasulullah S.A.W
mengatakan mereka semua adalah sama. (Muslim, 1981, p. 26).
Berdasarkan dalil terhadap larangan riba. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
(2006, p. 206) telah memutuskan bahawa elemen riba menyebabkan sesuatu sekuriti menjadi
tidak patuh Syariah.Oleh yang demikian, larangan terhadap riba turut menjadi satu elemen
ketidakpatuhan Syariah dalam industri Takaful.
3.2 Gharar

Gharar secara umumnya bermaksud bahaya, bencana atau risiko (Ibn Manzur, 1994, p. 211).Gharar berkaitan dengan kontrak jual beli yang diharamkan kerana mengandungi unsurunsur keraguan yang mungkin akan menyebabkan perselisihan antara pembeli dan penjual.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
33

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43


Berikut adalah antara dalil daripada Al-Qur’andan Al-Hadith tentang keperluan mengelakkan
gharar yangmenjadi punca perselisihan dalam kontrak muamalat:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan
cara yang dilarang, sebaliknya berurusniagalah antara kamu dengan saling redha
meredhai…”
(Surah Al-Nisa’: 29)
“Celakalah bagi mereka yang terlibat dengan penipuan, mereka yang ingin ketepatan
semasa orang lain menimbang bagi mereka tetapi mengurangkan timbangan apabila
menimbang untuk orang lain.”
(Surah Al-Mutaffifin: 1-3)
Seterusnya, antara dalil daripada Hadith ialah:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah jual beli secara melontar anak
batu dan jual beli gharar . (Muslim, 1981, p. 155).
Berdasarkan hadith ini, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (2006, p. 111)
menyatakan bahawa elemen gharar adalah tidak patuh Syariah dan ini bermaksud elemen
gharar dalam industri takaful adalah elemen ketidakpatuhan Syariah.
3.3 Perjudian

Perjudian bermaksud apa jua aktiviti yang melibatkan pertaruhan di mana pihak yang menang
akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya.

Berikut adalah antara dalil larangan terhadap elemen perjudian:
Maksudnya:“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada
keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang
mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
(Surah Al-Baqarah: 219)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak,
berjudi, (berkorban untuk) berhala, menilik nasib adalah perbuatan keji yang termasuk
perbuatan
syaitan.
Maka
jauhilah
tersebut
agar
kamu
mendapat
kemenangan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu disebabkan arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu
daripada mengingati Allah S.W.T dan sembahyang; maka berhentilah kamu.”

(Surah al-Maidah: 90-91)
Berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti (2006) telah memutuskan bahawa judi merupakan elemen tidak patuh Syariah.Ini
termasuk elemen perjudiandalam industri insurans.
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
34

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Elemen-elemen riba, gharar dan perjudian merupakan elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah
yang agak kompleks. Penilaian elemen ketidakpatuhan Syariah meliputi setiap operasi SPT
sama ada secara teoretikal mahupun praktik sebenar dalam operasi SPT. Namun, operasi
industri takaful yang kompleks menyebabkan elemen ketidakpatuhan Syariah menjadi lebih
meluas dan teknikal, bukan sahaja sekadar elemen riba, gharar dan perjudian semata-mata.
Penilaian elemen-elemen lainyang membawa kepada risiko ketidakpatuhan Syariah sentiasa
berubah dari masa ke semasa.Keadaan ini memerlukan kepakaran Jawatankuasa Syariah
dalam menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.
4. RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH
Risiko Ketidakpatuhan Syariah ialah risiko operasi institusi kewangan Islam yang disebabkan
oleh elemen-elemen ketidakpatuhan Syariah atau elemen-elemen lain yang berkaitan. Risiko
ini akan menyebabkan pendapatan atau keuntungan SPT tidak diiktiraf oleh Syariah dan
menyebabkan SPT menanggung kerugian (Frenz & Soulhi, 2010). Menurut Shaikh dan
Jalbani (2009), risiko ketidakpatuhan Syariah merupakan risiko yang berkaitan dengan
struktur dan fungsi Jawatankuasa Syariah Institusi Kewangan Islam.Secara umumnya, impak
maksimum risiko ketidakpatuhan Syariah masih belum berlaku secara langsung dalam
industri takaful di Malaysia. Walaubagaimanapun, keperluan terhadap pematuhan Syariah
yang merupakan keunikkan dalam institusi kewangan Islam menyebabkan industri takaful
turut terdedah kepada risiko ketidakpatuhan Syariah.
Pematuhan Syariah merupakan proses yang menyeluruh secara berterusan. SPT perlu
memastikan pematuhan Syariahsentiasa dipraktikkan di dalam semua aspek termasuklah
model takaful, produk takaful, pelaburan, akad perjanjian, pemasaran, perkongsian lebihan
dan struktur yuran. Ketidakpatuhan syariah akan memberi risiko yang membawa kepada
kerugian (Ahmaed, 2010). Terdapat kes-kes berkaitan risiko ketidakpatuhan Syariah yang
berlaku dalam industri kewangan Islam seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The
Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).
Risiko ketidakpatuhan Syariah turut berlaku dalam pembangunan produk kewangan Islam
yang melibatkan isu-isu seperti penstrukturan produk-produk yang tidak memenuhi prinsip
pematuhan Syariah, kelemahan melaksanakan produk kewangan Islam di pasaran dan salah
faham oleh pihak yang terlibat dalam keseluruhan proses daripada permulaan pembentukkan
produk sehingga pelaksanaankajian semula produk dalam pasaran. Risiko ketidakpatuhan
Syariah turut didapati dalam 3 aspek iaitu (1) proses yang tidak mematuhi Syariah, (2) produk
yang tidak mematuhi Syariah dan (3) ketidakpatuhan Syariah dalam dokumentasi kontrak
(Ibrahim, 2009).
4.1 Potensi Risiko Ketidakpatuhan Syariah Dalam Industri Takaful

Walaupun risiko ketidakpatuhan Syariah belum melanda industri takaful di Malaysia secara
langsung. Terdapat kajian-kajian lepas yang menunjukkan potensiberlakunya risiko kejadian
ketidakpatuhan Syariah.Hassan (2008) menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam Akta
Takaful 1984iaitu ketiadaan peruntukkan kuasa yang jelasbagi Jawatankuasa Syariah.
Manakala, Akta Takaful 1984 merupakan peraturan sahaja dan ianya bukan statutorikerana
akta inimemerlukan sokongan daripada akta-akta lain seperti Akta Syarikat 1965, Akta
Insurans 1996 dan Akta Kontrak 1950.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
35

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Seterusnya, kajian oleh Htay, Jawahir dan Salman (2013) menjelaskan bahawa terdapat
kekurangan pengetahuan aspek penarafan risiko dan pengunderaitan di kalanganpakar Syariah
dalam industri takaful. Dapatan kajian ini mendapati hanya 2 daripada 5 responden yang
ditemubual mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai penarafan risiko dan
pengunderaitan. Kajian Htay, Jawahir dan Salman (2013) menimbulkan persoalan tentang
sejauh mana kemampuan kepakaran Syariah memutuskan status patuh Syariah dalam
penarafan risiko dan pengunderaitan.
Daud (2009) berpendapat bahawa terdapat isu pematuhan Syariah dalam proses
pengunderaitan dalam SPT. Salah satu yang menjadi amalan SPT untuk proses pengunderitan
ialah ujian kesihatan yang dilihat tidak selari dengan prinsip ta’awun atau saling bantumembantu. Daud (2009) menyatakan praktik pengunderaitan yang dilakukan oleh SPT
diambil dan diadaptasi daripada praktik insurans konvensional yang menyebabkan persoalan
ketidakadilan dalam insurans konvensional turut timbul dalam kontrak takaful.Ini mempunyai
pertentangan dengan kontrak takaful yang menekankan kepada aspek kesaksamaan dan
keadilan.
Abu Kasim (2012) mengkaji aspek pendedahan pematuhan Syariah dalam industri takaful di
Malaysia dan dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penjelasan laporan pendedahan
Syariah adalah terlalu umum dan tidak jelas serta hanya sekadar memenuhi kehendak Bank
Negara Malaysia semata-mata. Ahmad dan Md Hashim (2011) pula menjelaskan terdapat
kekurangan kajian dan penjelasan mengenai risiko yang diterima dalam industri takaful yang
memerlukan aspek pematuhan Syariah.Mohd Noor (2009) membincangkan penilaian semula
beberapa aspek pematuhan Syariah mengenai pelaburan berkaitan takaful yang perlu
dipertimbangkan. Potensi risiko ketidakpatuhan Syariah turutdidapati dalam perbezaan praktis
dalam industri takaful contohnyaAb Rahman, Wan Ahmad,MohamaddanMuhamad
(2012)menyatakan bahawa bahawa penerima hibah atau keluarga peserta yang membunuh
diri layak untuk menerima hibah kontrak takaful dan ini bertepatan dengan pembuktian
melalui Al-Quran. Bagaimanapun, terdapat produk takaful sepertimana produk HLMT i-Save,
HLMT i-Grad, HLMT i-Ihsan, HLMT i-Cash dan HLMT i-Invest yang menolak praktis
pembayaran hibah terhadap peserta yang membunuh diri (Hong Leong MSIG Takaful, 2013).
Haron dan Taylor (2009) turut menjelaskan bahawa pandangan seorang sarjana mungkin
berbeza dengan sarjana lain dan ini akan mendedahkannya terhadap risiko ketidakpatuhan
Syariah.
Kajian-kajian di atas menunjukkan terdapat potensi berlaku risiko ketidakpatuhan Syariah
dalam industri takaful di Malaysia.Walaupun masih belum berlakukejadian risiko
ketidakpatuhan Syariah yang memberikan impak risiko yang besar contohnya menyebabkan
penutupan syarikat atau penarikan lesen perniagaan institusi kewangan Islam dan lainlain.Setiap pengamal dalam industri takaful perlu mempunyai sikap berhati-hati (awareness)
terhadap risiko ketidakpatuhan Syariah yang telah melanda institusi kewangan Islam yang lain
seperti sukuk 2008, pertikaian kontrak BBA dan The Investment Dar (Frenz & Soulhi, 2010).
5. JAWATANKUASA SYARIAH DALAM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM
Menurut Ahcene (2010), Jawatankuasa Syariah boleh didefinisikan sebagai juri yang
dikhususkan dalam bidang fiqh muamalat dan kewangan Islam yang sangat dipercayai untuk
menunjukkan, menilai semula dan mengawasi aktiviti yang berkaitan dengan kewangan Islam
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
36

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

untuk memastikan bahawa kewangan Islam mematuhi prinsip dan perundangan Syariah.
Seksyen 51 Akta Bank Negara 2009 pula menyatakan, Jawatankuasa Syariah hendaklah
menjadi pihak berkuasa bagi menentukan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan
Islam. Hammad (2006) pula mendefinisikan Jawatankuasa Syariah sebagai Jawatankuasa
yang menjaga dan memastikan keseluruhan aktiviti sesebuah institusi kewangan beroperasi
berdasarkan pematuhan Syariah sama ada dalam muamalat, perkhidmatan yang diberikan dan
transaksi dengan institusi kewangan lain untuk mendapatkan keuntungan dan pelaburan.
5.1 Peranan Utama Jawatankuasa Syariah Dalam Menguruskan Risiko Ketidakpatuhan
Syariah

Setiap operasi institusi kewangan Islam mestilah berdasarkan kepada prinsip Syariah.
Jawatankuasa Syariah mempunyai peranan yang khusus untuk memastikan dan memantau
institusi kewangan Islam. Peranan utama Jawatankuasa Syariah adalah tertumpu kepada
perkara-perkara berikut (Hasan, 2006):
1. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan pematuhan Syariah termasuk
konsep, struktur dan perkhidmatan produk kewangan Islam yang baru atau sedia ada,
2. Untuk memastikan setiap dokumen yang digunakan oleh institusi kewangan Islam
bertepatan dengan keperluan Syariah,
3. Untuk membantu pihak berkaitan yang memerlukan pandangan berkaitan Syariah
sama ada bergantung kepada permintaan atau apa sahaja yang dirujuk kepada
Jawatankuasa Syariah,
4. Untuk menasihati institusi kewangan Islam berkaitan operasi urusniaga bertujuan
memastikan setiap urusniaga mematuhi Syariah,
5. Tugasan lain-lain secara umum.
Peranan Jawatankuasa Syariah mempunyai perspektif yang lebih luas sepertimana Hassan dan
Chaowdhury (2004) yang memberi pandangan yang lebih terperinci iaitu Jawatankuasa
memainkan peranan yang sangat pentingdalam pelbagai dimensi yang berkaitan antaranya
hubungan antara bank dan pelanggan, bank dan pendeposit, bank dan pemegang saham dan
pengurusan.Tanggungjawab Jawatankuasa Syariah dilihat sebagai suatu bentuk jaminan dan
sokongan bahawa wang yang dilaburkan dalam institusi kewangan Islam digunakan dengan
sewajarnya dengan mematuhi perundangan Syariah dan menghapuskan elemen-elemen
haram. (Van & Zamir, 2008).
Dalam pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah, Jawatankuasa Syariah bertanggungjawab
menyatakan pandangan berkaitan dengan isu yang khusus atau umum mengenai kepatuhan
Syariah. Ini secara langsung memerlukan Jawatankuasa Syariah untuk menumpukan perhatian
terhadap aspek berikut: Pertama, sifat dan tahap risiko Syariah, Kedua, berkaitan polisi
danprosedur yang perlu disediakan oleh institusi kewangan Islam untuk menguruskan risiko
Syariah. Seterusnya, setelah menyediakan polisi dan prosedur tertentu, Jawatankuasa Syariah
bertanggungjawab menjalankan penilaian setiap polisi danprosedur yang telah diaplikasi
dalam pengurusan risiko Syariah (IFSB 2013, p. 22).

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
37

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

6. KEPAKARAN JAWATANKUASA SYARIAH SPT DI MALAYSIA
Setiap ahli Jawatankuasa Syariah sepatutnya perlu menguasai pengetahuan, kepakaran dan
pengalaman dalam bidang Syariah iaitu fiqh dan usul al-fiqh atau transaksi dalam
perundangan Islam iatu (fiqh al-mu’amalat).Walaubagaimanapun, BNM (2003) tidak
mewajibkan bukti sijil secara bertulis untuk melantik ahli Jawatankuasa Syariah.Merekahanya
memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam bidang fiqh dan usul al-fiqh atau fiqh almu’amalat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Jawatankuasa Syariah.
Dalam realiti semasa, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai dua atau lebih
bidang kepakaran. Kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah mempunyai kepakaran asas sama
ada dalam bidang Syariah (usul al-fiqh) atau transaksi dalam perundangan Islam (fiqh almu’amalat) atau kedua-duanya. Seterusnya, kebanyakan ahli Jawatankuasa Syariah
mempunyai kepelbagaian latarbelakang pendidikan secara bertulis di peringkat Doktor
Falsafah, Sarjana dan sekurang-kurang Sarjana Muda dalam bidang fiqh dan usul fiqh atau
fiqh muamalat atau kewangan Islam atau melibatkan bidang-bidang lain antaranya ekonomi
Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam, analisis pengurusan risiko kewangan Islam,
perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan
sivil, perundangan perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian
Islam.
Jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT di Malaysia ialah sebanyak 62 ahli iaitu 5 ahli
bagi setiap 11 SPT dan 1 SPT mempunyai 7 ahli. Jadual 1 menunjukkan jumlah ahli
Jawatankuasa SPT bagi setiap bidang kepakaran berkaitan dalam industri takaful di
Malaysia(BNM, 2013a):
Jadual 1: Jumlah Kepakaran Jawatankuasa Syariah SPT Mengikut Bidang.
Bil

Berdasarkan bidang pengajian dan kajian-kajian lepas

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12

Fiqh dan usul fiqh
Transaksi dalam perundangan Islam (fiqh al-muamalat)
Perbankan, Takaful dan Kewangan Islam
Perundangan Perbandingan
Ekonomi Islam
Tadbir Urus Kewangan Islam
Perakaunan dalam Kewangan Islam
Pengurusan Risiko Kewangan Islam
Etika Urusniaga Islam
Tanggungjawab Sosial Korporat
Pasaran Modal Islam
Bidang lain dalam pengajian Islam seperti Usuluddin,
Tafsir, Hadith dan lain-lain

Jumlah kepakaran ahli.
(Bilangan kepakaran daripada
jumlah keseluruhan ahli)
54 daripada 62 ahli
56 daripada 62 ahli
45 daripada 62 ahli
10 daripada 62 ahli
13 daripada 62 ahli
2 daripada 62 ahli
2 daripada 62 ahli
3 daripada 62 ahli
2 daripada 62 ahli
2 daripada 62 ahli
10 daripada 62 ahli
2 daripada 62 ahli

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan ahli Jawatankuasa Syariah memiliki
kepakaran fiqh dan usul fiqh atau fiqh muamalat. Terdapat juga ahli Jawatankuasa Syariah
yang mempunyai kepakaran lain yang mengukuh dan menambahbaik aspek kepakaran ahliahli Jawatankuasa Syariah seperti Perbankan Islam, Takaful dan Kewangan Islam,
Perundangan Perbandingan, Ekonomi Islam, Tadbir Urus Kewangan Islam, Perakaunan
dalam Kewangan Islam, Pengurusan Risiko Kewangan Islam, Etika Urusniaga Islam,
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
38

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Tanggungjawab Sosial Korporat, Pasaran Modal Islam dan Bidang lain dalam pengajian
Islam seperti Usuluddin, Tafsir, Hadith serta lain-lain.
Dapatan ini juga menunjukkan kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam pengurusan risiko
agak minimum iaitu 2 daripada 62 orang ahli.Walaubagaimanapun, ini bukanlah kekangan
terhadap Jawatankuasa Syariah untuk menguruskan risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini kerana
setiap SPT mempunyai Jabatan Pengurusan Risiko di peringkat dalaman untuk menguruskan
isu berkaitan pengurusan risiko termasuk risiko ketidakpatuhan Syariah.Ini bersesuaian
dengan bidang keutamaan SPTiaitu dalam menilai tahap dan profil risiko setiap peserta
sebelum menyertai kontrak takaful. BNM (2011) turut menunjukkan Bahagian Kawalan
Pengurusan Risiko Syariah atau Shariah Risk Management Control Function akan melalui
proses membawa hasil keputusan kepada Jawatankuasa pengurusan risiko dalam proses tadbir
urus Syariah untuk mengukuhkan aspek pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah bagi SPT.
Rajah 1: Carta fungsi pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah.

Jawatankuasa
Pengurusan Risiko
Lembaga
Pengarah

Bahagian Kawalan
Pengurusan Risiko
Syariah

Pengurusan

Jawatankuasa Syariah

Sumber: BNM (2011)

7. CADANGAN DAN KESIMPULAN
Dalam aspek kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah, peranan utama Jawatankuasa Syariah
adalah untuk memastikan operasi SPT patuh Syariah.Dalam situasi keadaan pasaran
kewangan Islam yang terbuka dan mencabar, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam bidang
fiqh dan usul fiqhataufiqh muamalat adalah satu kemestian bagi memenuhi keperluan pasaran
produk kewangan patuh Syariah. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar SPT memberi
penekanan terhadap keperluan kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah
bagi menghadapi persoalan, isu, pertikaian yang timbul dalam pasaran kewangan Islam
berkaitan pematuhan Syariah. Ini kerana aspek pematuhan Syariah merupakan permintaan
utama khususnya oleh pasaran umat Islam.Pematuhan Syariah merupakan suatu keunikkan
dalam kewangan Islam yang membezakannya dengan kewangan konvensional. Oleh itu,
kepakaran fiqh dan usul fiqh dalam ahli Jawatankuasa Syariah adalah satu kemestian.
Manakala, kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah dalam bidang-bidang lain seperti analisis
pengurusan risiko kewangan Islam, ekonomi Islam, tadbir urus institusi kewangan Islam,
perakaunan Islam, etika urusniaga Islam, tanggungjawab sosial korporat Islam, perundangan
perbandingan, pasaran modal Islam dan bidang-bidang dalam pengajian Islam adalah
merupakan nilai tambah dalam kepakaran kepada industi takaful untuk bersaing dengan
produk konvensional yang ada di pasaran. Selain itu, kepakaran Jawatankuasa Syariah dalam
aspek pengurusan risiko juga merupakan nilai tambah kepada kepakaran Jawatankuasa
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
39

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Syariah tetapi ia masih memerlukan sokongan daripada kepakaran khusus dalam bidang
pengurusan risiko.
Nota
1. Sila rujuk laman sesawang rasmi setiap SPT di Malaysia untuk mendapatkan rujukan
profil ahli Jawatankuasa Syariah.
2. Bidang kepakaran adalah penilaian penulis berdasarkan bidang pendidikan dan kajiankajian oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah SPT yang boleh didapati melalui laman
sesawang sehingga 1 Februari 2014. Tidak dinafikan terdapat ralat dalam menilai
kepakaran ahli Jawatankuasa Syariah. Kebanyakkan ahli mempunyai 2 atau lebih
bidang kepakaran berdasarkan latar belakang pengajian dan kajian-kajian ahli
Jawatankuasa Syariah.
3. Istilah lain Jawatankuasa Syariah adalah Badan Penasihat Syariahdigunapakai oleh
Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
4. Isu Sukuk 2008 berdasarkan isu penghujung tahun 2007, sarjana Syariah berkaitan
menyatakan sebanyak 85% terbitan sukuk berdasarkan perjanjian pembelian balik
yang tidak mematuhi syariah. Kesannya pada 2008, penerbitan sukuk mengalami
kejatuhan. Syarikat terlibat dalam isu sukuk turut mengambil tindakan
memberhentikan operasi mereka tapi tidak mendedahkan sebab-sebab tertentu. Reuter
juga melaporkan bahawa kebanyakkan kakitangan telah berpindah ke Khalij Islamic
iaitu sebuah lagi badan penasihat dan pelaburan yang berada di London dan Dubai
(Davies, 2013).
5. BBA dikenali sebagai Bay’ Bithaman Ajil. Terdapat pertikaian mengenai status
kontrak menggunakan BBA sehingga perbicaraan mahkamah. Sila rujuk (Markom,
2011).
6. The Investment Dar (TID) ialah kes berkaitan perjanjian Master Wakala antara TID
dan Blom yang bermula pada Oktober 2007. Blom bersetuju membuat pelaburan
dengan TID dengan anggaran Dolar US100 juta berdasarkan pematuhan syariah. TID
membuat perjanjian untuk menjelaskan jumlah modal beserta jumlah keuntungan yang
telah dipersetujui. Walaubagaimanapun, TID gagal untuk memenuhi perjanjian dan
kemudiannya menyatakan ketidakpatuhan Syariah dalam kontrak Master Wakala yang
menyebabkan Blom membawa isu tersebut ke mahkamah Inggeris (Hawladar, 2010).
RUJUKAN
Ab Rahman,A., Wan Ahmad,W. M., Mohamad,S., & Muhamad. R.(2012) . Insurability and
Suicide: Shariah Issues in Underwriting. Procedia Social and Behavioural Sciences, 65,
593-601.
Abu Kasim.N. A.(2012) . Disclosure of Shariah Compliance by Malaysian Takaful
Companies. Journal of Islamic Accounting and Bussiness Research,3(1), 20-38.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
40

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Ahcene, L. (2010) .Introduction to Fatwa, Syariah Supervision & Governance in Islamic
Finance. Kuala Lumpur: CERT Publication.
Ahmad, M. A. J., & Md Hashim,A. (2011) . The Parameter of Permissible Risks in Takaful.
ISRA International Journal of Islamic Finance, 3(2), 159-160.
Ahmaed, P. (2010) . Risk Management in Takaful: What Makes the Difference? . Fifth Annual
World Takaful Coference, Dusit Thani Dubai UAE.
Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1995) .Jami’ al-Bayan. Beirut: Dar al-Fikr.
Bank Negara Malaysia (2009, September 3). Central Bank of Malaysia Act 2009, Act 701.
Retrieved from http://www.bnm.gov.my/documents/act/cba2009_01.pdf.
Bank

Negara Malaysia. (2003) .Guidelines on the Governance
CommitteeBNM/RH/GL/005-6. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

of

Shariah

Bank Negara Malaysia. (2011) .Shariah Governance Framework for Islamic Financial
InstitutionsBNM/RH/GL_012_3. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia.(2012). List of Licensed Insurance Company and Takaful Operator in
Malaysia .
Retrieved
from
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&cat=insurance&type=TKF&lang=en.
Bank Negara Malaysia (2013a). List of Shariah Committee approved by SAC .Retrieved from
http://www.bnm.gov.my/?ch=7&pg=1039&ac=346&bb=file1
Bank Negara Malaysia(2013b). Malaysia: World’s Islamic Finance Marketplace.Retrieved
fromhttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=2855.
Bryman. A.(2008) .Social Research Methods (3rd ed). Oxford: Oxford University Press.
Daud, R. (September 2009) .Underwriting Family Takaful Scheme. ICMIF: ICMIF Takaful.
Davies, A. (2013).One Of The Most High-Profile Advisory Firms In Islamic Finance, Dar Al
Istithmar, Which Advised Goldman Sachs On A Controversial $2 Billion Sukuk
Programme, Has Closed Down With Most Of Its Staff Moving To Another Company,
Reuters. Retrieved fromhttp://www.reuters.com/article/2013/01/29/islamic-financedaridUSL5N0AYD5C20130129
Fraser, J. R.S. (2010) .How to Prepare a Risk Profile. In Fraser, J. & Simkins, B.J.
(eds.),Enterprise Risk Management: Today’s Leading Research and Best Practices (pp.
171-188) . New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
Frenz, T., & Soulhi, Y.(2010) .Takaful and Retakaful: Advanced Principles & Practices , 2nd
Ed. Kuala Lumpur: IBFIM & Munich Re.
Hammad, Hamzah `Abd al-Karim Muhammad. (2006) .Al-Raqabah al-Syar’iyyah fi alMasarif al-Islamiyyah. ‘Amman: Darun Nafa’is.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
41

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Haron, A. & Taylor, D. (2009) .Risk Management in Takaful. In Simon Acher, Rifaat Ahmed
Abdel Karim & Volker Nienhausn (Eds.), Takaful Islamic Insurance: Concepts and
Regulatory Issues (pp. 189-190). Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.
Hasan, Z.(2006) .The Roles and Responsibilities of the Shariah Committee of the Islamic
Financial Institution in Malaysia. Shariah Journal, 14(1), 77-91.
Hassan M.K & Chowdhury M.A.M. (2004).Islamic Banking Regulations in Light of Basel II.
Proceedings of the Fifth Harvard Research Forum on Islamic Finance, Harvard
University: Boston.
Hassan, H.A. @ A.(2008) . Akta Takaful 1984: Satu Analisisa. InAsmak Ab Rahman et al.,
(eds.),Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari(pp. 103-117) Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Hawladar, K. (10 May 2010) .Shariah Risk: Understanding Recent Compliance Issues in
Islamic Finance. Structured Finance. Moody’s Investor Services, 3-5.
Hong Leong MSIG Takaful.(2013) . HLMT i-Save, HLMT i-Grad, HLMT i-Ihsan, HLMT iCash
and
HLMT
i-Invest.
Retrieved
fromhttp://www.hlmsigtakaful.com.my/takaful/btkisav3.htm.
Htay, S. N. N., Jawahir,M. K., & Salman.S. A.(2013) .Shariah Scholar’s Viewpoints on the
Practice of Underwriting and Risk Rating for Individual Participants in Family
Takaful.Asian Social Science, 9(9), 280-286.
Ibn Manzur. (1994) .Lisan al-‘Arab.Vol. 14. Dar Sadir: Beirut.
Ibrahim,M. (2009) .Managing Shariah Risk through Shariah Governance. Keynote Address, A
Joint Conference between International Shariah Research Academy for Islamic Finance
(ISRA) together with Institute of Islamic Banking and Insurance London (IIBI) and
Thomson Reuters.
Islamic Financial Services Board (IFSB). (2005) .Guiding Principles Of Risk Management
For Institutions (Other Than Insurance Institutions) Offering Only Islamic Financial
Services. Kuala Lumpur: IFSB.
Islamic Financial Services Board (IFSB). (2013) .Standard On Risk ManagementFor Takāful
(Islamic Insurance) Undertakings. Kuala Lumpur: IFSB.
Markom.R., Pitchay.S. A., Zainol. Z. A., Rahim,A. A., & Merican, R. M. A. R. (2011)
.Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of
Malaysia.European Journal of Law and Economics, 1-34.
Mohd Noor,A.(2009) . A Shari’ah Compliance Review on Investment Linked Takaful in
Malaysia.Islamic Economic Studies, 17(1), 1-20.
Muslim, Ibn Hajjaj al-Qusayri.(1981) .Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi.11. Mesir: AlMatba’ah al-Misriyyah wa Makatabuha.
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
42

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 31-43

Sabitha Marican. (2009) .Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik (2nd Ed). Batu
Caves, Selangor: EduSystem Sdn Bhd.
Shaikh,S. A.&Jalbani,A. A.(2009) . Risk Management in Islamic and Conventional Bank: A
Differential Analysis. Journal of Independent Studies and Research, 7(2), 67-77.
Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah (2nd ed.) . Kuala Lumpur:
Suruhanjaya Sekuriti.
Takaful Malaysia Berhad. (1984) Laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans
Secara Islam Di Malaysia: Penubuhan Syarikat Takaful. Kuala Lumpur: Jabatan
Perdana Menteri.
Van, G. H. & Zamir, I. 2008.Risk Analysis For Islamic Banks. Washington DC: The World
Bank.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
43