RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN S (1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

PERKARA
Kelas:
Bilangan Pelajar:
Tarikh:
Tempoh:
Masa:
Bidang:
Tajuk:

Kemahiran/Tema:
Pengetahuan Sedia Ada:

TINDAKAN
4 Wawasan
25 Orang
10/September/2014
1 Jam (60 Minit)
9.30- 10.30am.
Menggambar.
Catan
Buah-buahan.
i.
Murid-murid pernah melihat hasil seni yang
menggunakan teknik catan.
Murid pernah mewarna, tetapi bukan menggunakan

ii.

10.


Hasil Pembelajaran:

teknik catan.
iii.
Murid mengetahui pelbagai jenis buah-buahan.
Pada akhir pembelajaran ini, semua murid dapat:
i.
ii.

Mengetahui teknik asas dalam menghasilkan catan.
Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan
(basah atas kering) mengikut tema yang telah

11.

Kemahiran Berfikir:

ditetapkan.
Kritis: Mencirikan dan mengelaskan bahan dan alatan.

Kreatif: Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan
mengikut kreativiti masing-masing selari dengan tema yang

12.
13.

Penerapan Nilai:
Bahan Bantu Mengajar:

ditetapkan.
Kreatif, inovasi dan ketekunan.
Video (Pengenalan catan dan langkah penghasilan catan basah
atas kering), slaid power-point, contoh hasil kerja, Projektor dan

14.

Keperluan:

LCD.
Alatan: Berus lukisan pelbagai saiz, palet.

Bahan: Warna air, kertas lukisan.
Rujukan: Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual dan
internet. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
rendah PSV.

PELAKSANAAN:

LANGKAH/ FASA

ISI PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

MASA (MINIT)

PEMBELAJARAN
1. Guru menunjukkan video
2

CATATAN


Set Induksi

Pengenalan kepada

(5 Minit)

Catan.

pengenalan catan kepada
murid-murid.
2. Guru meminta murid

Bahan bantu
mengajar:
i. Video pengenalan

menumpukan perhatian
kepada tayangan video.
3. Guru mengajukan soalan

berkaitan video yang
ditayangkan kepada murid.
Contoh Soalan:

catan.
Teknik Pengajaran:
i. Soal jawab
berkaitan video
yang ditayangkan.

i.

Berdasarkan video
yang ditayangkan
tadi, apakah teknik

ii.

yang digunakan?
Sebutkan teknikteknik untuk

menghasilkan catan.

Aras 1:
Penyampaian:
Langkah 1

1. Guru munyuruh murid

Kemahiran berfikir:
Kritis- Menyenarai

Perkaitan Alat,

menyenaraikan bahan dan

dan mengelaskan

bahan dan teknik.

alat yang diperlukan untuk


peralatan dan

menghasilkan catan dan

bahan.

(15 Minit)

kemudian kelaskan samada
ianya adalah bahan ataupun
alatan.
2. Guru menayangkan
persembahan slaid (konsep,

Teknik Mengajar:
Penerangan
melalui
persembahan slaid.


bahan dan teknik catan)
menggunakan projektor.
3. Guru menunjukkan contoh
gambar yang menggunakan
teknik catan kepada murid.

Bahan bantu
Mengajar:
i. Slaid
(powerpoint) –
Lampiran 1
ii.

3

Contoh hasil

catan.Lampiran 2
Langkah 2


Mempelajari proses

(10 minit)

menghasikan catan.

Aras 2:

Bahan Bantu

1. Guru memainkan video

Aktiviti:
1. Menonton video

proses untuk menghasilkan

i. Video (Proses

catan menggunakan teknik


menghasilkan

basah atas kering.
2. Guru menerangkan proses

proses penghasilan

mengaplikasi teknik catan

catan menggunakan

Mengajar:

catan).
iii. LCD.
iv. Projektor.

secara verbal.

teknik basah atas

Teknik Mengajar:

kering.

- Penerangan

2. Penerangan secara

secara lisan.

verbal langkah demi

- Video.

langkah.
Langkah 3

Menghasilkan catan

Aras 3:

Keperluan:

(25 Minit)

mengikut tema

1. Guru mengedarkan kertas

ditetapkan.

lukisan kepada murid.
2. Guru menyuruh murid

Alat:
-

Palet.
Berus

mengeluarkan alat dan
bahan.
3. Murid-murid diarahkan
untuk menghasilkan karya
seni dengan mengaplikasi

pelbagai
saiz.
Bahan:
-

Kertas lukisan
Warna air.

teknik catan basah atas
kering mengikut tema yang
telah ditetapkan (buahbuahan).
4. Murid membuat tugasan
yang diberikan.

Kemahiran Berfikir:
Kreatif: Menjana
idea, menghasilkan
catan mengikut
kreativiti masingmasing
berdasarkan tema
yang diberikan.
Nilai:
Ketekunan,krativiti
dan inovasi.

4

1. Guru memilih beberapa
Langkah 4

Apresiasi dan

(5 Minit)

refleksi.

orang murid secara rawak

Kemahiran

untuk tampil kehadapan

pelbagai:

dan menunjukkan hasil

Interpersonal

kerja kepada rakan lain
2. Guru membuat refleksi

Visual- Linguistik

pembelajaran hari ini.
3. Guru mempamerkan hasil
catan pelajar di sudut PSV .

LAMPIRAN 2:
CONTOH HASIL CATAN
TEKNIK: BASAH ATAS BASAH

5

6

CONTOH HASIL CATAN
TEKNIK: BASAH ATAS KERING

7

Refleksi:
Pada semester ini, kami telah diarahkan untuk mencipta satu rancangan pengajaran
harian (RPH). Dalam rancangan pengajaran selama satu jam ini, saya telah memiih bidang
menggambar untuk diajarkan kepada murid-murid tahun 3. Tajuk yang akan saya ajarkan
ialah catan dimana diakhir pelajaran ini, murid akan mengaplikasi teknik catan basah atas
kering mengikut tema yang telah ditetapkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan pengajaran? (Paul R. Burden & David
M. Byrd, 1999) merujuk rancangan perangajaran sebagai sebuah keputusan yang dibuat
mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran.
Menurut hemat saya, penyediaan rancangan pengajaran ini amat penting bagi guruguru kerana ianaya boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar kelak. Dengan adanya
rancangan pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran dikeas menjadi lebih teratur
8

dan efisyen. Sebagai seorang guru yang efektif, kita haruslah membuat perancangan
terlebih awal sebelum masuk ke dalam kelas, kerana sekiranya tiada perancangan, sudah
pasti kelas akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur. Hal ini akan mendatangkan kesan
buruk kepada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar. Dimana guru akan kurang
berkeyakinan diri apabila mengajar manakala murid pula akan hilang minat untuk mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa rancangan harian ini dapat
mengelakkan guru daripada tersimpang keluar daripada tajuk dalam menyampaikan apa
yang ingin diajarkan. Sebagai implikasinya, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan
dapat dicapai. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat membantu guru untuk memilih dan
menetapkan kaedah dan teknik pengajaran manakah yang sesuai untuk digunakan
berdasarkan perancagan aktiviti yang dibuat. Ianya saya rasakan amat membantu, kerana
jika guru tidak merancang aktiviti pengajaran yang akan diajarkan sudah pasti nantinya guru
akan terkial-kial yang akan mengganggu gugat proses pembelajaran daripada berjalan
lancar. Selain daripada itu, dengan adanya rancangan pengajaran juga, guru boleh
menyediakan bahan bantu mengajar yang akan digunakan kelak. Guru perlulah berfikir
secara kreatif untuk menyediakan bahan pengajaran kerana jika guru gagal berbuat
sedemikan, murid akan mudah merasa bosan. Bukan itu sahaja, interaksi antara murid
dengan guru, murid dengan bahan juga akan berkurangan yang mengakibatkan suasana
pembelajaran menjadi hambar.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan baru yang saya
rasakan amat penting dan berguna di masa akan datang. Apa yang saya pelajari melalui
tugasan ini ialah, apabila bergelar guru Pendidikan Seni, guru itu sendiri perlulah terlebih
dahulu menguasai ke empat-empat bidang utama yang terdapat dalam sukatan pelajaran
iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan
dan akhir sekali ialah mengenal kraf tradisional. Hal ini adalah kerana, jika sesorang guru itu
tidak mempunyai pengetahuan dalam empat bidang ini, bagaimanakah dia akan mengajar
muridnya kelak?

Sebagai implikasinya, guru tidak boleh merancang aktiviti dengan

sempurna dan teratur. Hal ini amat menyedihkan sekali, kerana sikap guru yang seperti
inilah yang akan membuatkan pelajaran pendidikan seni sering dipandang remeh. Saya
amat bersyukur kerana tugasan ini telah membuatkan keinginan saya untuk mempelajari
seni lebih mendalam, secara tidak langsung, ianya telah menanam minat dalam diri saya
untuk mencintai pendidikan seni.

9

Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari bahawa tugas seorang guru bukan
satu tugasan yang mudah. Walaupun selalu dipandang enteng, namun sebenarnya seorang
guru menggalas tanggungjawab yang amat besar. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari
betapa pentingnya untuk membuat perancangan pembelajaran sebelum masuk mengajar
didalam kelas. Baru sekarang saya memahami , mengapa seorang guru pelatih dibimbing
dan diajar mereka rancangan pengajaran harian semasa dalam latihan mengajar. Hal yang
demikian bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan juga sebagai persediaan apabila
bergelar guru kelak. Nantinya kami tidaklah terkial-kial apabila disuruh menghasilkan
rancangan pengajaran dimasa akan datang.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kekangan pada
awalnya namun saya bersyukur kerana saya dapat melaksanakan tugasan ini sebelum arikh
yang ditetapkan. Pada mulanya, saya agak berasa tertekan kerana selama ini kami guru
pelatih Opsyen TESL didedahkan dengan cara

merancang pengajaran menggunakan

format lain, namun apabia melihat contoh format rancangan pengajaran Pendidikan Seni,
format yang digunakan adalah berbeza, istilah-istilahnya juga berbeza. Saya merasa agak
keliru pada awalnya dan hal ini tealh menyebabkan saya meletakkan tugasan ini sebagai
tugasan yang paling akhir untuk saya siapkan. Namun saya menyesal kerana tindakan itu
adalah salah dan tidak wajar. Saya akhirnya telah memutuskan untuk berjumpa dengan
pensyarah subjek dan juga beberapa orang senior utnuk mendapatkan bimbingan untuk
menyediakan rancangan pengajaran ini. Saya merasa amat gembira ketika menghasilkan
tugasan ini dan saya merasa tidak sabar untuk masuk mengajar didalam kelas
menggunakan rancangan pengajaran saya ini.

Bagi tugasan yang kedua pula, kami diminta untuk membuat buku skrap dimana kami
harus menghasilkan karya seni bagi ke empat-empat bidang itu. Kami diminta menyediakan
sekurang-kurangnya tiga keping gambar bagi setiap bidang menggunakan teknik yang
berbeza. Namun kerana minat saya yang mendalam, saya telah menyediakan lima hasil
seni bagi setiap bidang. Pada mulanya saya merasa agak terbeban kerana saya bukanlah
seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi, dan ini merupakan kali pertama saya
membuat projek seni seperti ini, namun memandangkan saya seorang yang suka akan
cabaran, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan lima hasi karya seni bagi setiap
bidang. Bagi saya, tugasan ini amat berguna kepada kami semua bakal guru,
memandangkan pendidikan seni merupakan subjek minor kami, suatu hari nanti kami pasti
akan mengajar murid-murid pendidikan seni. Tugasan ini menjadikan kami lebih bersedia
10

apabila mengajar kelak. Buku skrap yang dihasilkan bolehlah dijadikan sebagai bahan
rujukan untuk mengajar nanti.
Selain daripada itu, tugasan ini juga menguji daya kreativiti kami sebagai guru pelatih.
Ini menunjukkan bahawa, guru haruslah mempunyai kebolehan yang lain dan harus
mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tugasan ini juga memberikan peluang
kepada guru pelatih untuk terus mencuba pelbagai teknik-teknik seni yang belum pernah
diaplikasikan sebelum ini. Terdapat banyak teknik seni yang ternyata selama ini tidak pernah
saya ketahui apa lagi mengaplikasikannya dalam menghasokan karya seni.
Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan refleksi saya, saya ingin menekankan bahawa
seorang guru haruslah meluangkan masa merancang aktiviti pembelajaran sebelum
memulakan pembelajaran didalam kelas kerana banyak faedah yang boleh didapai jika guru
merancang pembelajaran dengan lebih awal. Saya berharap segala ilmu pengetahuan baru
yang saya pelajari semasa melaksanakan tugasan ini boleh membantu saya didalam proses
pengajaran apabila saya bergelar guru kelak. Saya juga berharap pada masa akan datang,
saya dapat memperbaiki segala kelemahan diri semasa melaksanakan tugasan ini.

Rujukan:



Ilmu Pendidikan. (2012, October 7). Retrieved September 10, 2014, from
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian:
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kepentingan-rancangan-pengajaranharian.html



Paul R. Burden & David M. Byrd. (1999). Method for Effective Teaching. Allyn and
Bacon.



Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual.
(2000). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.



Woon, C. H. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua . Dewan Bahasa dan Pustaka.
11

12