EKONOMI DAN MASYARAKAT NEGERI NEGERI PAN
1
1.0 PENGENALAN
Kewujudan aktiviti ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu sudah bermula sejak
awal lagi. Apabila membicarakan berkenaan sosio-ekonomi negeri-negeri di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak, sudah pasti kita tidak akan lari untuk turut
membicarakan berkenaan kedatangan kolonial yang merubah landskap ekonomi di
Tanah Melayu secara keseluruhan. Ekonomi di negeri-negeri Tanah Melayu adalah
berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, keadaan geografi yang berbeza, tanah
serta sumber ekonomi juga adalah berbeza. Perbezaan ini akhirnya akan
menentukan corak dan tahap pembangunan ekonomi di negeri-negeri di Tanah
Melayu. Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Pantai Timur,
Pantai Barat, Selatan dan Utara. Sebelum kedatangan kolonial di Tanah Melayu,
ekonomi di yang dijalankan adalah lebih berbentuk sara diri atau untuk keperluan
seisi rumah sahaja serta tidak melibatkan perdagangan secara meluas. Hal ini telah
menyebabkan pengeluarannya adalah sangat sedikit. Ekonomi Tanah Melayu pada
ketika ini banyak dipelopori oleh orang Melayu yang tinggal menetap di kampungkampung. Oleh kerana jumlah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan kampung
dan pendalaman adalah ramai, maka tidak hairan jika perkataan kampung itu sendiri
dilihat sinonim dengan masyarakat Melayu dan mempunyai unsur kemelayuan.1
Ekonomi di Tanah Melayu sebelum meluas kepada ekonomi berasaskan
tanah
daratan
seperti
perlombongan
dan
perladangan,
telah
menyaksikan
kebergantungan masyarakat Tanah Melayu pada aktiviti yang bergantung kepada
kelautan yang melibatkan negeri-negeri seperti Melaka dan Kedah sehingga
membentuk peradaban orang Melayu yang unggul. Pada ketika ini, ekonomi yang
dijalankan lebih melihat kepada kebergantungan kepada laut dan sungai sebagai
sumber utama ekonomi, sebagai sumber makanan, sebagai pengakutan dan juga
untuk melakukan aktiviti seharian. Hal ini turut dijelaskan oleh Nordin Hussin dalam
bukunya Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu bahawa kehidupan
masyarakat Melayu amat terikat sekali dengan dunia maritim dan dunia kelautan. 2
Dunia kelautan sememangnya telah sebati dalam jiwa orang Melayu. Kegiatan
ekonomi yang bergantung pada perhubungan maritim ini dikatakan menyatukan
masyarakat berbilang bangsa, etnik, dan suku kaum yang telah menjadikan
pelabuhan di Asia Tenggara, yang mengkhusus di Tanah Melayu sebagai tempat
1
Timothy P. Barnard, Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries,
Singapore: NUS Publishing, 2004, Hlm 135
2
Nordin Hussin, Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu, Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, Hlm 11
2
tinggalnya sejak awal zaman moden.3 Oleh itu, perkembangan ekonomi berasaskan
lautan adalah telah bermula sejak kegemilangan empayar Melaka lagi dan hal ini
adalah disebabkan kedudukan geografi selat Melaka yang terletak di tengah-tengah
jalan perdagangan yang amat strategik di benua asia. 4 Pada ketika ini, Selat Melaka
amat memainkan peranannya sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagang
kerana merupakan tempat yang selamat untuk berhenti sementara menanti
perubahan tiupan angin ke timur dan barat. Pedagang-pedagang dari China, India,
Arab dan Jawa terlibat dalam aktiviti perdagangan di Melaka. Antara barangan yang
diperdagangkan termasuklah gula, sutera, perak, kain, candu, emas dan pelbagai
lagi.5 Pelabuhan Selat Melaka pada ketika ini tidak hanya dilihat menjadi tempat
persinggahan dan tempat berjual beli oleh pedagang dari luar negara, namun
pedagang dari pelabuhan kecil di semenanjung Tanah Melayu seperti Perak,
Selangor dan Johor juga turut berdagang6
Perdagangan yang pesat merupakan salah satu faktor yang membawa
kehadiran British dan Belanda di Semenanjung Tanah Melayu. Kehadiran kuasa ini
pada dasarnya adalah hanya untuk tujuan berdagang semata-mata. Namun,
desakan untuk campur tangan terhadap pentadbiran tempatan adalah memuncak
apabila telah berlaku pelbagai kekekacauan di kerajaan tempatan yang sudah mula
wujud pada ketika ini. Kedatangan kuasa-kuasa besar Eropah, terutamanya Portugis,
Sepanyol, Belanda dan Inggeris kerana telah mendatangkan kejutan yang negatif
sifatnya. Mereka datang dengan niat dan agenda yang tidak pernah diduga
pedagang dari Asia dan kerajaan Melayu di Nusantara.7 Kedatangan mereka telah
juga menyebabkan berlakunya perpecahan masyarakat dan kejatuhan kerajaan
Melayu itu sendiri. Selain itu, apa yang ingin ditekankan di dalam perbincangan ini
ialah perubahan serta perkembangan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu yang
turut terkesan dek kerana arus pemodenan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini.
3

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, Hlm 15
4
Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada
Perdagangan Dunia, Asia Dan Dunia Melayu, Bangi: Akademika, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 3
5
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era PraKolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 98
6
Nordin Hussin, Trade and Society In The Straits Of Melaka, Singapore: NUS Press,
2007, Hlm 107
7
Nordin Hussin, Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah Di Selat Melaka 1500-1800,
Bangi: Journal SARI, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 200
3
2.0 LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI DI PANTAI TIMUR
Negeri-negeri di Pantai Timur yang terdiri daripada Pahang, Kelantan dan
Terengganu dilihat turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang
kepada pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Walaupun tidak sehebat dan
standing dengan pencapaian ekonomi di negeri-negeri di Pantai Barat, namun
melalui kegiatan ekonomi ini telah mendatangkan suatu perubahan yang baik kepada
masyarakat di Pantai Timur. Pantai Timur adalah merupakan kawasan perairan yang
penting bagi kegiatan perkapalan sejak dari zaman awal perdagangan maritim di
Asia.8 Jika menyingkap pada sejarahnya, penggunaan laluan Maritim di Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu menjadi bertambah penting ketika zaman keagungan
zaman maritim bermula abad ke-14 hingga ke-16. Perdagangan di Pantai Timur juga
tidak kurang hebatnya dan turut menjadi tempat persinggahan pedagang. Oleh
kerana, penggunaan kapal layar memakan masa yang panjang serta memerlukan
kapal-kapal singgah ini mendapat sumber bekalan dan air bersih di sekitar Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu, hal ini telah menyebabkan Pulau Tioman
menjadi pelabuhan penting pada zaman ini.9
Pantai Timur Semenanjung Melayu juga adalah antara kawasan awal yang
menerima Islam. Ini dibuktikan dengan penemuan mata wang dinar di Kelantan
bertarikh 577 H (tahun 1181M) dan penemuan prasasti Terengganu bertarikh 702 H
(tahun 1303M) yang menjelaskan bahawa kawasan Pantai Timur telah menerima
Islam dan sudah mempraktikkan ajaran Islam.10 Ciri-ciri Pantai Timur yang sangat
hebat dari segi kelangsungan perdagangannya dan dari sudut keagamaannya telah
menggambarkan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur telah mewarisi suatu
pencapaian yang membanggakan pada abad sebelumnya. Oleh itu, bagi
membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan negeri-negeri di Pantai Timur, adalah
wajar untuk diberi perincian terhadap latar belakang setiap negeri iaitu Kelantan,
Terengganu dan Pahang yang juga merupakan negeri-negeri yang akan diberi
penekanan dalam perbincangan mengenai sosio-ekonomi di Semenanjung Tanah
Melayu ini.
8

Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era PraKolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 99
9
Sumber-sumber bertulis dan tinggalan seramik di pulau ini membuktikan
bahawa pulau ini adalah pelabuhan purba yang diminati oleh kapal-kapal yang
terlibat dalam perdagangan maritim. Jumpaan arkeologi juga selari dengan
catatan penulisan Arab pada abad ke-9 dan 10 yang menyatakan pulau ini
membekalkan kayu, beras, sandal kayu, sarang burung dan kelapa kepada
pedagang yang singgah.
10
Ibid, Hlm 100
4
2.1 KELANTAN
Kelantan adalah salah satu daripada negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang
terletak di Pantai Timur dengan keluasan 5,713 batu persegi atau 11.2 peratus
daripada keseluruhan kawasan Semenanjung yang berjumlah 50, 806 batu persegi.
Negeri Kelantan adalah bersempadan dengan Terengganu di sebelah utara dan
Pahang di sebelah selatan. Manakala disebelah baratnya ialah negeri Perak dan di
sebelah utaranya pula merupakan daerah Patani di Selatan Siam. Panjangnya dari
utara ke selatan adalah 115 batu dan ukuran lebarnya dari timur ke barat adalah 60
batu. Ibu negeri Kelantan adalah Kota Bharu, yang terletak kira-kira enam batu dari
muara Sungai Kelantan. Kawasan dataran Kelantan seperti Kota Bharu, Pasir Mas,
Pasir Puteh dan Tumpat merupakan tanah yang subur dan mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi serta menjadi kawasan kegiatan pertanian tetap seperti sawah
padi, kelapa, dan tanaman buah-buahan. Dari segi fizikal, Kelantan terbahagi kepada
tiga kawasan utama, iaitu pesisir pantai, kawasan ke arah pendalaman dan kawasan
yang jauh ke pendalaman.
Menurut sejarah negeri Kelantan, negeri itu mempunyai kawasan lembah
sungai yang luas serta subur terutamanya di sebelah Timur Sungai Kelantan dan
menjadi kawasan tumpuan penduduk. Dari aspek penempatan pula, telah
digambarkan oleh Kessler yang telah mendapati bahawa sebahagian besar
penduduk negeri Kelantan telah mendirikan petempatan di kiri dan kanan tebing
Sungai Kelantan dan anak-anak sungainya. Corak penempatan penduduk di
Kelantan adalah seperti negeri-negeri Melayu di pantai barat semenanjung iaitu
Johor, Perak dan Selangor. Semasa abad ke-19, Kelantan adalah sebuah negeri
yang makmur dan ramai penduduknya. Jumlah penduduknya dianggarkan antara
30,000 ke 50,000 orang termasuk beberapa ribu orang Cina. 11 Orang-orang Melayu
tinggal berkelompok di kampung-kampung sepanjang Sungai Kelantan dan anakanak sungai, sedangkan orang-orang Cina tertumpu di Pulai, Hulu Kelantan dan
Kampung Cina di Kota Bharu. Penempatan seperti ini wujud disebabkan peranan
yang dimainkan oleh sungai sebagai satu cara perhubungan yang terpenting sejak
zaman dahulu dan turut menjadi sumber penting untuk kegiatan pertanian dan
kegunaan harian. Masyarakat Kelantan lebih cenderung untuk tinggal di kawasan
berhampiran sungai kerana faktor tanahnya yang lebih subur serta harga barangan
11
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan
Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era
Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm
101
5
yang lebih murah berbanding harga barangan di kawasan pendalaman. Sementara
itu, bahagian utara negeri Kelantan adalah kawasan berbukit-bukau yang
membentuk sempadan dengan Perak dan Gunung Tahan di sempadan Pahang.
Kebanyakkan gunung tersebut mempunyai ketinggian 6,000 kaki dan ianya
merupakan kawasan berkepadatan rendah. Manakala di Kelantan pula terdapatnya
Gunung Blimbing, Gunung Sitong, Gunung Kemiri dan Gunung Noring. 12 Keadaan
cuaca di Kelantan adalah lebih ringan dan hampir tiada perubahan. Cuaca di
Kelantan dipengaruhi oleh pantai-pantainya, dan di waktu pagi bayu darat akan
bertiup, manakala pada waktu malam bayu laut pula yang akan bertiup.13 Dari kadar
kekerapan hujan pula, negeri Kelantan akan menerima hujan yang banyak dan
tiupan angin yang kencang pada bulan Oktober, November dan Disember.
Dari segi politik dan pentadbiran, telah berlaku perubahan corak pentadbiran
di negeri Kelantan pada akhir abad ke-19. Wujud satu stuktur kuasa yang lebih jelas
berbanding pentadbiran yang bercorak tradisional semasa pemerintahan Sultan
Muhammad I. Terdapat pembahagian kuasa kepada pembesar-pembesar yang
kebanyakkannya terdiri daripada kerabat diraja untuk mengisi jawatan tertentu dalam
kerajaan. Sultan pula cuba mengukuhkan kedudukannya dengan mewujudkan satu
corak pemerintahan berasaskan sistem berpusat, dengan sultan berada di
puncaknya.14 Kelantan juga dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil dan
disebut daerah atau jajahan. Jajahan yang wujud pada ketika ini adalah Galas, Bukit
Merah, Lebir, Panchor, Kampung Laut dan Banggol. Namun begitu, sempadan
antara jajahan tidak ditetapkan secara jelas dan hanya ditentukan oleh lembah
sungai dan kaki bukit sahaja. Setiap jajahan akan dilantik pembesar-pembesar untuk
memegang jawatan tertentu dan diberi hak untuk menguasai sumber-sumber
ekonomi kepada kerabat diraja. Latar belakang Kelantan ini telah memberikan
gambaran awal mengenai negeri ini dari pelbagai sudut iaitu geografi, geologi,
keadaan cuaca, petempatan dan pentadbiran.
12
Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose
and Sons, 1907,
Hlm 7
13
Ibid, Hlm 15
14
Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan, 1776-1842,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
1979, Hlm 10
6
2.2 TERENGGANU
Terengganu juga adalah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu, bersebelahan dengan negeri Kelantan di
bahagian utaranya dan negeri Pahang di bahagian selatan. Terengganu di kelilingi
oleh laut-laut, dan mempunyai hamparan pokok kelapa yang banyak di sekitar
pantai.15 Keluasan negeri Terengganu 12, 955 kilometer persegi atau 1,295,512
hektar yang merupakan 4% daripada keluasan bumi Malaysia. Menjelang abad 20,
jumlah penduduk Terengganu adalah mencecah 1,017, 252 orang. Kedudukan
Terengganu yang berhadapan dengan Laut China Selatan telah menyebabkan
negeri ini sentiasa menghadapi angin monsun timur laut yang kencang. 16 Iklim di
Terengganu juga seperti di Kelantan yang menerima panas dan hujan sepanjang
tahun. Keadaan Terengganu yang dikelilingi oleh pantai dan laut telah menyebabkan
tiupan angin di Terengganu bercorak kepada bayu laut dan bayu darat. Negeri pantai
timur adalah kawasan kepada hujan dan akan mengalami beberapa tempoh hujan
lebat pada musim tengkujuh iaitu bermula Oktober, November dan Disember.
Dalam pelayaran dari Singapura ke Kelantan pada tahun 1838, Abdullah
Abdul Kadir Munsyi mencatatkan keadaan petempatan orang Melayu di Pantai Timur
yang tidak tersusun dan daif. Petempatan yang dimaksudkan itu termasuk Kuala
Dungun, Chukai, Paka, Kemasik, Kerteh dan Kijal. Corak kehidupan dan sistem
petempatan mereka tidak banyak berubah sehingga Semenanjung Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Majoriti penduduk di Terengganu adalah terdiri daripada
masyarakat Melayu dan kawasan pesisir pantai yang menganjur dari Chukai,
Kemaman, di selatan ke Dungun di utara adalah kawasan yang sudah lama didiami
orang Melayu. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani pada zaman
penjajahan British, walaupun ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan di pekanpekan berdekatan pada zaman sebelumnya. Hal ini dibuktikan dalam catatan
Abdullah Munsyi yang mengatakan bahawa sudah wujud pasar-pasar yang menjual
pelbagai jenis barangan, salah satunya ialah Pasar Kampung Laut. Barangan yang
dijual di pasar ini ialah sayur, ikan, limau penawar dan ulam-ulam.17
15
Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford
University Press, 1984, Hlm 1
16
Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di
Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 29
17
Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 25
7
Dari segi pentadbiran, negeri Terengganu mempunyai enam daerah, iaitu
Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman.
Manakala Setiu muncul sebagai satu daerah berasingan mulai 1 Januari 1985.
Sebelum bermulanya campur tangan British secara rasmi, Terengganu merupakan
sebuah negeri yang bebas. Kesultanan Terengganu hanya muncul dalam awal abad
ke-18 di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin iaitu anak kepada Bendahara
Johor, Abdul Majid. Seperti juga Kesultanan Johor dan Pahang, daripada keturunan
Tun Habib Abdul Majid ini jugalah bermulanya salasilah keturunan Sultan
Terengganu sehingga ke hari ini.18 Pada abad seterusnya, pemerintahan Terengganu
adalah di bawah Baginda Omar (1839-76), Sultan Ahmad II (1876-81), Sultan Zainal
Abidin III (1881-1918) dan sehinggalah Sultan Zainal III memberikan takhtanya
kepada kedua anaknya iaitu Sultan Muhammad (1918-20) dan Sultan Sulaiman
(1920-42).19 Semasa berada di bawah penguasaan British, negeri Terengganu
merupakan salah satu daripada lima buah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) dan seperti kebanyakan NNMTB yang lain, majoriti penduduknya adalah
terdiri daripada orang Melayu.20
Kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara tidak dapat dipisahkan
daripada suasana dan pergolakan yang berlaku di Asia Barat telah memberi kesan
kepada perkembangan Islam di Nusantara. Oleh itu, negeri yang menerima
kedatangan islam yang terawal adalah Terengganu. Batu Bersurat bertarikh 1301
Masihi yang telah dijumpai dalam tahun 1902 di Kuala Berang oleh saudagar dan
pelombong bijih timah, Sayyid Husain bin Ghulam al-Bukhari telah membuktikan hal
ini. Catatan pada batu bersurat tersebut menunjukkan negeri Terengganu pernah
diperintah mengikut perundangan islam pada abad ke-14.21 Susulan penemuan batu
bersurat ini, ramai sejarawan enyimpulkan bahawa negeri Terengganu menerima
Islam lebih awal daripada Melaka. Sememangnya perkembangan yang berlaku pada
abad-abad seterusnya menyaksikan bahawa pengaruh Islam dalam kalangan orang
Melayu di Terengganu tidak pernah surut, malah semakin berkembang luas di bawah
usaha ulama-ulama dan giat memperkembang ajaran Islam ini. Oleh itu,
perbincangan ini jelas memperlihatkan latar belakang Terengganu dari pelbagai
sudut antaranya geografi, demografi, pemerintahan dan perkembangan Islam.
18

Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 31
19

University Press, 1984, Hlm 2
20

21
Ibid, Hlm 30
8
2.3 PAHANG
Pahang adalah salah satu negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah
Melayu Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan
keluasannya yang mencecah 14, 000 batu persegi dengan kepanjangan pesisir
pantai mengala ke Laut China. Negeri Pahang adalah bersempadan pada sebelah
utara dengan negeri Terengganu dan Kelantan. Pada bahagian barat bersempadan
dengan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta bersempadanan dengan Johor di
bahagian selatan.22 Pada bahagian utara dan barat, Pahang dikelilingi dengan
gunung-gunung.
Pahang
turut
dihubungkan
dengan
sungai-sungai
yang
bersebelahan dengan petempatan dan juga dihubungkan dengan laut. Salah satu
sungai yang penting di Pahang ialah Sungai Pahang yang menjadi nadi kehidupan
hampir seluruh penduduknya. Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di
Tanah Melayu, telah menyumbangkan kepenting bagi negeri ini, bukan sahaja
sebagai laluan komunikasi, tetapi juga sebagai sumber ekonomi Pahang. Pahang
juga mempunyai kawasan tanah tinggi yang membentuk banjaran di sepanjang
semenanjung.
Pada zaman sebelum kedatangan British ke Pahang, negeri ini didominasi
oleh orang-orang Melayu. Di samping itu terdapat masyarakat orang asli yang
dikenali sebagai Semai dan Jakun yang mendiami kawasan pedalaman negeri ini.
Orang-orang Cina adalah orang asing yang paling awal mendiami negeri Pahang Hal
ini dapat dibuktikan melalui pelayaran Abdullah yang ada menyatakan bahawa telah
terdapat petempatan kampung Cina dan kampung Melayu pada ketika itu. 23 tetapi
jumlah mereka adalah kecil. Kebanyakan orang-orang Cina ini bekerja sebagai
pelombong emas di Raub dan juga sebagai peniaga di Pekan. Menurut catatan
pelayaran Abdullah ini, beliau telah mendapati bahawa Pahang adalah sebuah negeri
yang mempunyai tanah yang subur. Aktiviti ekonomi di Pahang adalah berasaskan
tanaman seperti nyiur dan pinang, sayuran seperti keladi, ubu dan keledek. Telah
wujud juga dagangan emas dan timah serta kain sutera di Pahang pada ketika itu. 24
Hal ini menggambarkan bahawa negeri Pahang pada ketika ini sudah mempunyai
aktiviti ekonomi, namun pada skala yang kecil sahaja.
22
W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The
Royal Asiatic Society, 1936, Hlm 1
23
Ibid, Hlm 115
24

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 10-13
9
Dari segi pentadbiran, Pahang dapat dibahagikan kepada sebelas daerah
Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis,
Cameron Highland dan Bera. Pentadbiran di Pahang pada abad ke-18, dapat dilihat
setelah kemangkatan Sultan Mahmud, Bendahara Tun Abdul Jalil
sultan.
25
telah menjadi
Perlantikan Bendahara Tun Abdul Jalil ini, telah menandakan bahawa
pemerintahan Pahang pada ketika ini telah mengalami peralihan daripada
pemerintahan
bersultan
kepada
pemerintahan
bendahara.
Namun,
setelah
kedatangan kuasa British ternyata pemerintahan di Pahang turut menerima
perubahan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini. Tahun 1888 merupakan titik
tamatnya era sistem tradisional Pahang kerana pada tahun 1889, Pahang telah
ditadbir mengikut kaedah pentadbiran British. Sistem pentadbiran British telah
dibentuk di Pahang melalui penempatan Residen British yang pertama iaitu J.P.
Rodger dan beliau disokong oleh 15 orang pegawai-pegawai Eropah. Sultan dan
pembesar-pembesar tempatan telah dilantik di dalam Majlis Negeri dan diberikan
elaun tetap dan pihak British diberikan kuasa mengutip cukai serta mengadakan
pentadbiran awam di Pahang. Namun begitu, kedatang kuasa besar ini tidak hanya
mengubah Pahang dari sudut pentadbiran sahaja, namun dari segala aspek seperti
ekonomi dan sosialnya. Oleh itu, gambaran mengenai latar belakang Pahang telah
gariskan dari aspek geografi, demografi, dan pentadbiran.

Royal Asiatic Society, 1936, Hlm 45
10
3.0 KEGIATAN EKONOMI DI PANTAI TIMUR SEBELUM
KEDATANGAN KOLONIAL
3.1 PERTANIAN
Perjalanan ekonomi di negeri-negeri pantai timur sememangnya telah terbahagi
kepada dua tahap yang paling jelas, iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa besar
Eropah, dan selepas kedatangannya. Hal ini kerana, jika melihat kepada garis masa
di negeri-negeri pantai timur ini, sudah pastinya dapat disimpulkan bahawa
kedatangan kuasa-kuasa besar ini telah merubah keseluruhan konsep kemelayuan
dan tradisional yang sudah sekian lama dipraktikkan, sama ada dari sudut ekonomi,
politik mahupun sosial. Sebelum kedatangan British, negeri-negeri di semenanjung
Tanah Melayu khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah di bawah
pemerintahan sultan atau raja mereka yang tersendiri. Ekonomi masyarakat di pantai
timur pada masa ini adalah bersifat feudal dan mereka menjalankan ekonomi yang
berasaskan aktiviti pertanian. Pertanian pada masa kini hanya pada skala yang kecil
dan tidak begitu meluas. Semasa abad ke-19, ketika pemerintahan sultan dan raja
masih berkuasa, setiap kegiatan ekonomi akan dilaksanakan oleh golongan atasan
ini demi kepentingannya.
Sememangnya jelas bahawa perkembangan ekonomi negeri Kelantan
sebelum kedatangan British adalah dikuasai oleh raja dan golongan pembesar.
Tugas masyarakat atau rakyat Kelantan pada masa ini hanya menjalankan kegiatan
ekonomi untuk golongan atasan ini. Oleh itu, masyarakat Kelantan dilihat akan
menjalankan kegiatan ekonomi pertanian serta amalan pertanian seumur hidup. Dari
segi hasil ekonomi pertanian yang dijalankan, adalah seperti padi, pinang, kelapa
dan sayur-sayuran. Hasil pertanian yang diusahakan pada masa ini, ada diantaranya
akan dibawa ke pasar untuk dijual kepada penduduk setempat, atau kepada orang
luar yang akan singgah ke Kelantan. Hal ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi
dalam kisah pelayarannya, bahawa pasar di Kelantan terdapat pelbagai makanan
atau barang jualan seperti ulam-ulam, sayur, buah-buahan yang rata-ratanya adalah
merupakan hasil daripada kegiatan pertanian yang dijalankan.26 Abdullah Munsyi
juga menambah, berkenaan cara masyarakat Kelantan membawa hasil pertaniannya
ke pasar ialah setiap seorang akan membawa satu bakul yang berisi sayur atau ulam
untuk dijual di pasar.27 Seperti yang dapat disimpulkan, kegiatan pertanian
26

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 49-50
27

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 51
11
masyarakat Kelantan pada masa ini hanya mementingkan aspek yang berhubung
dengan sosiobudaya berbanding dengan kepentingan ekonomi itu sendiri.
Di Terengganu, kegiatan pertanian turut dijalankan, namun tidak seaktif dan
segiat di negeri Kelantan. Walaupun Terengganu turut mempunyai jumlah kepadatan
penduduk yang hampir sama banyak dengan negeri Kelantan, namun kegiatan
ekonomi yang berasaskan pertanian adalah tidak menyerlah di negeri Terengganu.
Hal ini kerana, masyarakat Terengganu lebih bergiat aktif dalam kegiatan
perdagangan dan kelautan yang sudah wujud sejak awal lagi. Sebelum kedatangan
British, negeri Terengganu secara relatifnya mempunyai lebih ramai penduduk
berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu. 28 Kegiatan pertanian
yang dijalankan oleh masyarakat Terengganu adalah berskala kecil seperti sayursayuran serta buah-buahan dan hasilnya akan digunakan untuk keperluan sendiri
atau dijual di pasar-pasar. Pasar yang beroperasi pada ketika ini ialah Pasar
Kampung Laut yang hanya dibuka pada waktu petang, dan menjual pelbagai jenis
sayuran, buah-buahan, daging kambing,daging lembu, itik dan ayam. Peniaga dan
penjual barangan di pasar ini kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum wanita
berbanding kaum lelaki. Hal ini kerana, Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya
di Terengganu turut mengatakan bahawa kaum wanita di negeri Terengganu adalah
sangat rajin bekerja berbanding kaum lelakinya yang hanya berkelakuan malas.29
Pada abad ke-19, kebanyakan masyarakat Melayu masih mencari mencari
rezeki dengan bercucuk tanam dan golongan petani ini tinggal di kawasan
pendalaman.30 Golongan petani pada ketika ini telah menjalani kehidupan yang sukar
disebabkan kedaifan hidup yang sangat tinggi. Kehidupan golongan petani pada
ketika ini adalah terikat kepada peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap
mereka. Tanah adalah hak sultan dan mereka hanya diberikan hak untul bercucuk
tanam selain diwajibkan membayar cukai-cukai tertentu. Golongan petani juga terikat
dengan sistem kerah dan serah yang dilaksanakan oleh sultan dan raja pada ketika
ini di mana golongan bawahan ini perlu menyumbangkan tenaga kerja kepada
negara apabila diperlukan secara paksaan. Ramai dalam kalangan para petani terdiri
daripada mereka yang bekerja sebagai penanam padi. Tanaman ini pula
dilaksanakan sekadar kecil-kecilan dan sekadar cukup untuk menampung keperluan
28

Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 48
29

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 30
30

Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62
12
diri dan keluarga. Keadaan ini telah menyebabkan satu per tiga keperluan beras
dalam negeri masih perlu diimport dari negara Siam dan Neger-Negeri Selat.31
Sebelum kedatangan British, kegiatan ekonomi di Pahang juga adalah
berbentuk skala kecil dan tidak begitu meluas. Pertanian juga adalah merupakan
salah satu aktiviti ekonomi yang turut dijalankan oleh masyarakat Pahang. Pahang
merupakan negeri yang paling terbesar di semenanjung Tanah Melayu dan sudah
pasti hal ini memberikan banyak kelebihan kepada penduduk di Pahang di samping
tanahnya yang subur. Walaupun begitu, masyarakat Melayu di Pahang hanya
sekadar menjalankan kegiatan pertanian pada skala kecil sahaja. Tanaman yang
diusahakan di Pahang adalah seperti tanaman nyiur dan pinang. Terdapat juga
tanaman lain seperti sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek dan pisang. Kegiatan
pertanian yang dijalankan di Pahang berkemungkinan hanya sekadar cukup makan
dan tidak terikat dengan kepentingan ekonomi. Oleh itu, kebanyakan pekebunpekebun akan membawa hasil daripada pertanian mereka untuk ditukarkan dengan
tembakau dan garam.
Kedudukan negeri Pahang yang agak jauh di pendalaman, serta Sungai
Pahang pada bahagian hulunya bersambung dengan tanah Melaka telah menjadikan
perolehan sumber makanan dalam negeri adalah sukar. Hal ini turut dijelaskan oleh
Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya ke Kelantan yang turut singgah ke
negeri Pahang. Beliau menjelaskan bahawa barangan makanan di Pahang adalah
sangat mahal dan sukar diperoleh bagi mereka yang datang untuk berdagang. 32 Hal
ini kerana, ketiadaan pasar atau kedai-kedai negeri ini telah menyukarkan proses
penyaluran sumber makanan kepada orang luar melalui aktiviti berjual beli.
Tambahan pula, penduduk Pahang sendiri menggunakan hasil pertanian mereka
hanya untuk keperluan diri mereka sendiri dan bukan untuk dijual di pasar-pasar
seperti yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan.
3.2 PERIKANAN
31

32

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 7-13
13
Kelautan adalah merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan laut dan
sumber oleh laut. Oleh itu, sejak zaman awal, laut dikatakan penting sebagai sumber
kegiatan harian masyarakat setempat, selain menjadi sumber komunikasi dan
sumber ekonomi yang penting. Populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial Semenanjung Tanah Melayu khusunya di Kelantan, Terengganu dan
Pahang yang terdiri daripada masyarakat Melayu telah tinggal menetap di sekitar
kawasan pedalaman. Oleh kerana kelompok mereka yang lebih besar, mereka turut
menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai. 33
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup
yang mudah, yang bukan hanya berasaskan pertanian, tetapi juga kegiatan ekonomi
seperti perikanan. Aktiviti perikanan yang dijalankan di negeri-negeri pantai timur
semasa zaman sebelum kolonial ini hanya pada skala kecil dan tidak melibatkan
aktiviti ekonomi perdagangan secara meluas dan menguntungkan.
Di semenanjung Tanah Melayu khusunya Kelantan, penangkapan ikan
dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan diri dan ahli keluarga.
Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan ikan maka aktiviti pertukaran barangan
akan dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan barangan jenis lain seperti
beras.34 Sistem pertukaran ini sering berlaku kepada masyarakat kampung-kampung
yang mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Selain ikan, hasil laut yang turut
diperoleh adalah mutiara dan agar-agar, serta hasil ini akan dibuat perhiasan di
rumah atau ditukarkan kepada makanan. Keadaan geografi di negeri Kelantan amat
membantu masyarakat Melayu Kelantan yang terdiri daripada nelayan untuk
mendapatkan sumber ekonomi daripada laut atau sungai. Hal ini turut dibuktikan oleh
kenyataan Abdullah Munsyi dalam pelayarannya ke Kelantan yang menjelaskan
bahawa sungai Kelantan adalah sangat besar sehingga dua kali ganda daripada
sungai di Pahang dan Terengganu. Sungai Kelantan kaya dengan ikan dan udang
galah, antara ikan tersebut ialah ikan patin, toman, tapa, aruan, puyu dan belanak. 35
Hasil tangkapan ikan ini turut dijual di pasar-pasar bagi mendapatkan pendapatan
tambahan.
33

107
34
Ibid, Hlm 96
35

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 35
14
Negeri Terengganu ekonomi berteraskan kelautan juga turut dipelopori oleh
golongan nelayan yang tinggal di pesisir pantai. Para nelayan akan menangkap ikan
untuk keperluan diri sendiri dan keluarga dengan menggunakan perahu. Oleh itu,
tidak hairanlah, jika pendapatan nelayan hanya sedikit iaitu sekitar lapan ringgit
sebulan.36 Walaupun begitu, sumber ekonomi melalui perikanan masih belum
berkembang dengan pesatnya pada waktu ini. Tidak dinafikan, sifat orang lelaki
Melayu yang malas juga menjadi punca kemiskinan dan kedaifan yang melanda
negeri ini. Pandangan ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam siri
pelayarannya bahawa kaum lelaki Terengganu adalah malas dan hanya tahu
membawa senjata ke sana sini. 37 Hal ini sudah membuktikan bahawa kemiskinan di
negeri Terengganu dan kekurangan pembangunan ekonominya adalah disebabkan
sifat masyarakatnya sendiri.
Di Pahang, kegiatan perikanan tepi pantai bukanlah merupakan kegiatan
penting bagi orang-orang Melayu Pahang. Hal ini adalah kerana, penempatan atau
kampung-kampung nelayan tepi pantai di negeri ini adalah kecil bilangannya
sebelum kedatangan British. Perkembangan selepas itu adalah dikaitkan dengan
keadaan kegiatan perikanan di Pantai Timur yang telah menggalakkan kedatangan
nelayan dari Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun kegiatan perikanan di
Pahang tidaklah memberi pendapatan lumayan kepada nelayan di negeri ini, ini
kerana masyarakat Pahang memberikan penumpuan terhadap kegiatan ekonomi lain
yang lebih menguntungkan. Tidak dinafikan, faktor cuaca juga memainkan peranan,
kerana Pahang menerima musim monsun Timur Laut. Angin yang kuat akan
menyukarkan kegiatan perahu-perahu kecil, sekaligus menjadi mustahil untuk dibina
kelong seperti di pantai barat. Masyarakat Melayu Pahang lebih menumpukan
perhatian mereka kepada bidang pekerjaan yang lain terutamanya penghasilan
sumber hutan dan pertanian secara kecil-kecilan.
3.3 PENTERNAKAN
36

37
Ibid, Hlm 64
15
Aktiviti penternakan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi bagi
masyarakat pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Aktiviti ini adalah merupakan
aktiviti sampingan selain daripada bersawah padi dan menangkap ikan. Haiwan
ternakan ini adalah untuk keperluan pertanian ataupun untuk dijual. Di Kelantan,
menurut Graham W.A, dalam bukunya yang berjudul Kelantan: A State of The Malay
Peninsula, menyatakan bahawa sudah ada aktiviti penternakan di Kelantan pada
waktu itu. Antara haiwan yang diternak adalah kerbau, lembu, kambing biri-biri,
kambing, ayam, gajah, dan babi.38 Kesemua haiwan ini diternak mengikut keperluan
yang tertentu. Seperti kerbau, diternak adalah untuk memudahkan aktiviti pertanian,
kerana kerbau akan digunakan untuk membajak. Haiwan ternakan lembu pula akan
dijual, digunakan untuk membajak, atau disembelih untuk dijual dagingnya. Lembu
juga turut disembelih pada akhir bulan Ramadhan untuk diberikan daging-dagingnya
kepada masyarakat Islam di Kelantan, bagi meraikan kemenangan selepas selesai
menjalankan ibadah puasa.39 Haiwan seperti gajah pula berfungsi sebagai pengakut
barang-barangan berat, babi pula adalah kepunyaan masyarakat cina, manakala
haiwan seperi kambing, ayam diternak untuk dijual di pasar-pasar.
Di Terengganu dan Pahang, turut memperlihatkan aktiviti penternakan yang
hampir sama dengan negeri Kelantan. Aktiviti penternakan lembu, kambing, kambing
biri-biri, itik, ayam juga turut terdapat di negeri Terengganu. Hal ini dibuktikan oleh
Abdullah Munsyi sendiri, dalam kisah pelayarannya ke negeri Terengganu telah
mendapati bahawa telah terdapat aktiviti menternak haiwan yang dijalankan oleh
masyarakat Terengganu. Ini kerana, daging-daging lembu, itik, ayam dan sebagainya
ini ada dijual di pasar-pasar. Daging-daging ini dijual dengan harga yang sangat
murah dan berpatutan kerana kebanyakan penduduk kampung tidak gemar
memakan daging-daging atau ayam, sebaliknya mereka lebih gemar akan tempoyak,
pekasam, petai dan jering.40 Hal ini telah menunjukkan bahawa masyarakat pantai
timur pada zaman sudah mula melakukan aktiviti sampingan dan tidak hanya terikat
dengan kegiatan pertanian dan perikanan semata-mata.
3.4 PENGUMPULAN HASIL HUTAN
38

Hlm 83-84
39
Ibid, Hlm 85
40

Pengumpulan hasil hutan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi
sampingan yang dapat membantu masyarakat di pantai timur bagi mendapatkan
sumber kewangan tambahan. Oleh kerana semenanjung Tanah Melayu dikelilingi
hutan-hutan yang tebal, seluas 3, 000 batu persegi.41 dan ianya bukan suatu yang
mustahil bagi masyarakat di pantai timur untuk melakukan hal ini. Di Kelantan,
terdapat banyak kayu-kayan yang terdapat di hutan Kelantan. Antaranya ialah
cengal, tembusu, merbau, giam, meranti, kulim, balau, kelat. Kesemua kayu-kayan
ini diperolehi sama ada di kawasan bukit bukau atau di kawasan-kawasan yang
rendah. Kayu yang paling penting dan berharga ialah kayu cengal. Hal ini kerana,
kayu cengal bersifat keras, berat, mudah dikendalikan disamping tahan oleh
serangga perosak seperti anai-anai. Terdapat tiga jenis kayu cengal yang ada di
Kelantan, iaitu cengal batu, cengal resak batu dan cengal pasir. Namun begitu,
kekayaan hutan-hutan di Kelantan tidak banyak lagi diusahakan. Kayu cengal hanya
diimport dari Pahang dan kayu-kayu yang lebih murah dari Singapura.
Negeri Terengganu juga merupakan salah satu negeri yang kaya dengan
hasil hutannya. Oleh itu, negeri Terengganu turut tidak ketinggalan dalam
menjadikan pengumpulan hasil hutan sebagai sumber ekonomi sampingan. Oleh
kerana, negeri Terengganu adalah negeri yang bergiat aktif dalam pembuatan
perahu-perahu nelayan, sudah pastinya memerlukan sumber kayu-kayan yang
banyak dan seterusnya pengumpulan hasil hutan ini menjadi suatu yang penting bagi
masyarakat Terengganu bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pembuatan. Tidak
ketinggalan, negeri Pahang yang merupakan negeri terbesar di semenanjung Tanah
Melayu turut dilihat mempunyai sumber hutan yang banyak. Hasil hutan yang di
perolehi ini akan dijual atau didagangkan kepada orang luar yang memerlukannya.
Kayu-kayan yang terdapat di Pahang adalah seperti kayu kemuning, damar dan
rotan. Kayu seperti damar adalah digunakan untuk membuat bot atau kapal. Dapat
disimpulkan bahawa walaupun negeri-negeri di pantai timur yang dikelilingi oleh
hutan yang tebal, namun masih terdapat kelompongan di sana sini, di mana masih
terdapat sumber kayu-kayan yang tidak dibangunkan secara meluas dan hal ini
adalah seperti suatu pembaziran kepada sumber hutan yang semula jadi.
3.5 PERLOMBONGAN
41

Hlm 95
17
Sejak awal lagi, kegiatan perlombongan sudah dijalankan di negeri Pantai Timur
yang mempunyai sumber perlombongan, iaitu Terengganu dan Kelantan. Walaupun
pada skala yang kecil dan kurang meluas, hasil perlombongan seperti bijih timah ini
akan didagangkan. Sebelum kedatangan British di Kelantan, kegiatan perlombongan
sudah giat dijalankan. Perlombongan emas sudah dijalankan di Kelantan pada suatu
tempoh yang lama dan hal ini telah dibuktikan dengan peninggalan kesan kerja
perlombongan emas ini di beberapa kawasan di Kelantan. 42 Kegiatan ekonomi ini,
dapat kita lihat bahawa ianya dikendalikan oleh orang-orang Cina yang mempunyai
kemahiran dan penghasilannya di adalah dalam jumlah yang besar. Hal ini sudah
menunjukkan bahawa kegiatan yang dilakukan oleh orang Cina ini berterusan
sehingga ke zaman kolonial yang melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dan
salah satunya ialah Pulai. Kelantan melalui sejarahnya, pernah menjadi negeri
pengeksport emas utama di Semenanjung Tanah Melayu.
Bijih timah juga adalah merupakan satu eksport Kelantan yang penting.
Kegiatan
bijih
timah
ini
pernah
di
usahakan
oleh
Sultan
Ahmad
untuk
memperkembangkannya apabila beliau mendapati kegiatan ini semakin pesat di
negeri-negeri lain. Oleh itu, beliau mengupah pelombong Cina yang mahir untuk
mengerjakannya. Walaupun terdapat beberapa tempat di Kelantan yang mampu
dibangunkan, perlombongan bijih timahnya namun hal ini terbatas disebabkan
ketiadaan kemudahan seperti pengangkutan. Pelombong Cina mahir juga bimbang
akan keselamatan harata dan diri mereka, serta kerakusan golongan bangsawan
pada ketika itu telah memberikan pandangan kepada mereka bahawa kegiatan bijih
timah sememangnya adalah tidak berbaloi dijalankan pada ketika itu.43 Walaupun
kegiatan perlombongan bijih timah masih tidak membangun dengan pesat, zaman
selepas kolonial telah menyaksikan bahawa terdapat perubahan ke atas kegiatan
ekonomi ini.
Di Terengganu, pada awal abad ke-18, antara sumber ekonomi yang penting
pada masa ini ialah emas. Komoditi ini telah dikendalikan oleh orang-orang Cina.
42

Hlm 102
43
Ibid, Hlm 105-106
18
Perlombongan bijih timah di Terengganu telah menurun pada abad ke-18 dan
menyebabkan hasil pengeluarannya hanya 1,200 pikul setahun yang mana
datangnya daripada dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kemaman. 44
Kemaman yang merupakan daerah yang mempunyai bijih timah telah dibuka pada
awal abad ke-19, dan penyediaan awal pembukaan ini adalah untuk memberikan
keuntungan kepada pemerintah. Pada tahun 1830an pengeluaran hasil bijih timah
telah meningkat di negeri Terengganu dengan pengeluaran sebanyak 7,000 pikul
setahun, dan sekaligus telah mendahului pengeluaran bijih timah di kawasan pantai
timur serta menyaingi pengeluaran bijih timah di pantai barat seperti Perak dan
Sungai Ujong.45 Pada ketika ini berada pada tahap yang memuaskan, apabila
berjaya menyaingi negeri-negeri di pantai barat yang lainnya. Negeri Pahang juga
turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan aktiviti perlombongan bijih timah dan
emasnya. Terdapat kawasan yang dikatakan mempunyai sumber perlombongan iaitu
lombong emas yang terkenal pada satu ketika dahulu iaitu di Raub, Pahang. dan
logam emas itu boleh dilombong melalui teknik tradisional.
3.6 PERTUKANGAN DAN PEMBUATAN
44

University Press, 1984, Hlm 48-49
45
Ibid Hlm 49
19
Negeri-negeri di pantai timur semenanjung Tanah Melayu juga memperlihatkan akan
masyarakatnya yang turut bergiat aktif dalam kegaiatan pertukangan dan
pembuatan. Aktiviti pertukangan dan pembuatan ini kebanyakannya dilakukan oleh
masyarakat Melayu yang tinggal di pendalaman dan mereka adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang pembuatan. Kegiatan ini
juga dilihat dilakukan di negeri-negeri di pantai timur terutamanya Kelantan dan
Terengganu. Kemahiran mereka ini sama ada diturunkan melalui generasi kepada
satu generasi yang lain atau dipelajari. Di Kelantan, walaupun wujud perkambangan
ekonomi tetapi kegiatan ekonomi Melayu Kelantan masih terdapat beberapa individu
di sesebuah kampung yang menjalankan kerja-kerja pertukangan seperti menenun,
membuat pisau, dan parang, menganyam tikar mengkuang, dan membuat barangbarang perhiasan daripada emas dan perak. Di perkampungan nelayan pula,
terdapat individu yang berkemahiran turut menjalankan kerja membuat perahu dan
pukat. Manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran
kain sarung, logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada tanah.
Di Terengganu pula, galakan daripada Sultan Omar kepada tukang-tukang
mahir dari negeri-negeri lain untuk menetap di Terengganu bagi mengajar dan
memperbaiki
hasil
pertukangan
rakyat
negerinya
telah
menjadikan
negeri
Terengganu antara salah satu negeri yang berkembang dengan kegiatan pembuatan
dan pertukangannya. Di Terengganu, taraf hidup yang dimiliki oleh golongan artisan
dan pekerja mahir ini adalah lebih baik berbanding dengan petani dan nelayan.
Selain itu, orang Melayu Terengganu terkenal dengan kemahiran membuat perahu
layar tradisonal yang digunakan untuk pelayaran menangkap ikan. Perusahaan
membuat perahu telah dijalankan oleh tukang-tukang mahir yang tinggal di kampung
Losong. Bagi golongan wanita di Terengganu, mereka berkemahiran untuk menenun
songket yang juga mewujudkan perusahaan secara kecil-kecilan dan akhirnya dijual
ke negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu dan juga di Siam.46
46

Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 63
20
3.7 PERDAGANGAN
Sejak zaman awal lagi masyarakat semenanjung Tanah Melayu sudah terdedah
dengan aktiviti perdagangan. Bermula dari kegemilangannya, sehingga kepada
zaman kejatuhannyan, menyaksikan bahawa aktiviti perdagangan di semenanjung
Tanah Melayu sudah lama wujud. Hal ini kerana, kecekapan masyarakat Melayu
pada ketika itu yang mampu untuk bergantung kepada laut sebagai sumber ekonomi
dan sumber komunikasi mereka dengan baik. Namun, apabila mengkhusus kepada
negeri-negeri di pantai timur, sudah pastinya dapat kita lihat, bahawa aktiviti
perdagangannya adalah berbeza dengan negeri-negeri lain terutama di sebelah
pantai barat. Pada tahun 1838, sebelum kedatangan kuasa besar British ke Tanah
Melayu, negeri Kelantan juga menjalankan kegiatan perdagangan. Perdagangan
yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan, dan dilakukan di pasar-pasar di negeri
Kelantan. Hasil ekonomi yang diperolehi telah dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Jualan barangan seperti ulam, sayur, daging, buah-buahan dan sebagainya telah
dilakukan oleh masyarakat Melayu di pasar-pasar pada ketika itu, sudah melihatkan
usaha mereka untuk bergiat dengan perdagangan pada peringkat awal.47
Sewaktu Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Muhammad II, di samping
baginda menyatukan penyatuan negeri Kelantan, tindakan untuk mengukuhkan
kuasa dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat di Kota Bharu juga turut
dilakukan. Pengukuhan kuasa ini merupakan kesan daripada kemunculan pengaruh
ekonomi
baru
sejak
pembukaan
Singapura
sebagai
pusat
perdagangan
antarabangsa. Pada ketika ini, perdagangan antara Singapura dengan negeri-negeri
di Tanah Melayu termasuk Kelantan telah berkembang pesat. 48 Situasi ini telah
menunjukkan pada pertengahan abad ke-19 iaitu, pada masa pemerintahan Sultan
Muhammad II, Kelantan sudah pun terdedah kepada bentuk ekonomi kapitalisme.
Hasil perkembangan perdagangan antara Kelantan dengan dunia luar, iaitu melalui
Singapura, barang-barang seperti tenunan, pisau dan parang, tikar mengkuang,
barang-barang perhiasan seperti emas dan perak, serta budu dan ikan kering telah
mula dipasarkan.
47

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 35-64
48
Wong Lin Keng, The Malayan Tin Industry To 1914, University of Ariziona Press,
1965, Hlm 11
21
Menjelang tahun 1830, negeri Terengganu juga turut mempunyai kegiatan
perdagangannya. Sejak dari awal, Terengganu sudah pun terkenal kerana hubungan
dagangnya dengan China. Masyarakat Cina yang besar di Terengganu mempunyai
seorang Kapitan Cinanya sendiri. Menurut Abdullah Munsyi, yang melawat
Terengganu pada tahun 1836, Kapitan Cina tersebut fasih berbahasa Melayu dan
memakai pakaian Melayu dan merupakan ndividu yang terkaya di Kuala Terengganu
pada ketika itu. Beliau ialah Ah Cheng Koh dan kemudiannya beliau telah memeluk
agama Islam dan memakai nama Salleh. 49 Negeri Terengganu pada abad ke-18,
sudah terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting menerusi
pelabuhannya di Kuala Terengganu. Eksport utama Terengganu pada kurun ke-18
ialah lada hitam. BIjih, rempah dan hasil hutan pula merupakan barangan yang
dieksport semula. Pertengahan abad ke-18 ini pula, telah menyaksikan bahawa
negeri Terengganu telah muncul sebagai negeri pengeluar lada hitam yang penting
untuk saudagar Inggeris.50
Pelabuhan Kuala Terengganu pada ketika itu, adalah merupakan pusat
perdagangan yang penting kepada Teluk Siam, Cochin Chinam Kemboja, Borneo
dan pulau-pulau di Timur. Entrepot ini sering dikunjungi pedagang Cina, Inggeris,
Bugis dan Portugis. Kedai-kedai di Kuala Terengganu dipenuhi barangan dari luar
negeri seperti barangan buatan Eropah, China dan India di samping barang-barang
buatan tempatan.51 Satu lawatan yang telah dijalankan oleh Kapten Joseph ke
Terengganu pada tahun 1764 telah menyifatkan bahawa kegiatan perdagangan di
negeri tersebut bukan sahaja setanding, bahkan lebih baik daripada Choromandell
atau Malabar. Namun begitu, kejatuhan serta kemerosotan pelabuhan lada hitam di
Terengganu telah bermula sejak abad ke-19. Kemudiannya disebabkan kemerosotan
ini, kerajaan Terengganu telah menukarkan asas pengeluaran ekonominya kepada
penanaman kopi, tebu, dan bijih timah bagi memenuhi pasaran import eksport di
pelabuhan Inggeris yang baru didirikan di Singapura. Pada pertengahan kurun ke-19,
Terengganu yang berada di kemuncak kejayaannya telah memperoleh reputasinya
sebagai pusat perdagangan, pembiakan bot, pusat tenunan dan kerja besi. Di
samping,
suasana
pernigaan
pasar-pasar
di
Terengganu
juga
turut
memberangsangkan. Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa sejak abad ke18, negeri Terengganu telah berada di suatu titik ekonomi yang sangat baik.
49

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 24-30
50

Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 59
51
Ibid, Hlm