INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN

INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN:
CIRI-CIRI DAN APLIKASINYA
Saharani bt. Abdullah
Nazila bt. Abdullah
Siti Rafidah bt. Bachok
R.Kalyani

Kertas kerja ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai
media pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran komputer dalam
pendidikan telah mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi
kepada corak yang lebih moden. Penggunaan komputer menerusi talian
internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang
menguntungkan pelajar dan juga pendidik dan telah menarik ramai
pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan internet
sebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik
menjadi sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikan
kini. Kertas kerja ini juga memaparkan bukti-bukti pengaplikasian
internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang
mempertikaikan kebergunaan sepenuhnya internet dalam pengajaran
dan pembelajaran telah diketengahkan berdasarkan isu-isu yang

menjurus kepada ketidaksesuaiannya dari segi rekabentuk kepada
pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah.
Katakunci : Internet, Media Pengajaran, Penggunaan, Ciri-Ciri,
Aplikasi, Kebergunaan

1.0

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi
pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian
bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai
media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Antaranya ialah alat tayangan,
audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakan
media elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer.
Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada
tradisi kepada kaedah yang lebih sofistikated dan moden.
Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian
(internet). Beberapa faktor menyumbang kepada kepopularan ini termasuk
kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri

internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Telah terbukti bahawa usaha kearah pengaplikasian internet sebagai media
pengajaran dan pembelajaran sedang giat dilakukan oleh semua pihak diseluruh dunia.

Muka surat 1/11

Malaysia juga tidak ketingalan. Laman-laman web banyak dibina dan disenggara
untuk tujuan, walau kadangkala tidak secara langsung, pengajaran dan
pembelajaran.
Kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang
membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan
memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan. Teks utama ini
diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh
menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran
dan pembelajaran. Dari perbincangan yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan
internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan.

2.0

DEFINISI MEDIA DAN INTERNET


Media adalah saluran komunikasi yang diambil dari perkataan Latin bermaksud
“di antara”. Perkataan ini merujuk kepada maklumat antara sumber dan penerima.
Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer.
Bahan-bahan ini juga dipanggil instructional media di mana ia membawa mesej yang
bertujuan untuk memudahkan komunikasi dan meningkatkan pembelajaran.
Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis
dan bentuk sumber / bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan
kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan
bercetak. Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal,
risalah dan sebagainya manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua
jenis alat projektor, sistem audio, video, transparensi, komputer dan sebagainya.

Mengikut Ismail (2002) media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Media berbantukan komputer ialah dengan
menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus samada melalui perisian
persembahan elektronik seperti powerpoint atau penggunaan CD-ROM atau secara atas
talian melalui internet. Sementara mod tidak berbantukan komputer ialah menggunakan
bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan perkakasan komputer tetapi mod

penyampaiannya tidak dibantu peralatan komputer contohnya menggunakan helaian
transparensi menggunakan cetakan komputer atau melalui edaran lembaran kerja atau
‘hand-out’ samada berbentuk grafik atau teks yang diambil daripada internet, CD-ROM
atau perisian aplikasi seperti ‘powerpoint’ atau ‘words’.
Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan
berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer
peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung
dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997).
Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi atau institusi kerana tiada satu pihak
pun yang mengatur dan memilikinya.

Muka surat 2/11

Brace juga menyebutkan Internet sebagai suatu "kesepakatan", kerana
untuk membolehkan hubungan dan berkomunikasi setiap komputer harus
menggunakan protokol piawai iaitu TCP/IP ( Transmission Control Protocol/Internet
Protocol) yang disetujui bersama. Dengan kata lain walaupun suatu komputer terhubung
ke dalam jaringan Internet, tetapi kalau ia tidak menggunakan komunikasi pengiriman
dan penerimaan yang piawai telah disetujui tersebut, maka komunikasi tidak boleh
dilaksanakan.


3.0

APLIKASI DAN
PENGAJARAN

CIRI-CIRI

INTERNET

SEBAGAI

MEDIA

Terdapat berbagai-bagai kemudahan aplikasi internet yang mampu memberikan
sokongan keperluan yang tidak terhingga kepada para pendidik. Zawawi (1999)
menyenaraikan enam kemudahan internet yang utama yang boleh menyokong
keperluan pendidikan masakini iaitu E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW),
Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) ,File
Transfer Protocal (FTP) dan Telesidang Video (Video Conferencing)


3.1

Mel Elektronik (E-mail)

Mel eletronik adalah satu perkhidmatan komunikasi melalui internet. Mel
elektronik biasanya bentuk teks. Tetapi ia juga boleh melibatkan imej grafik dan suara
(voice mail). Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum.
Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau
pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Penghantaran
maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang
kepada ramai, iaitu sekumpulan penerima secara serentak.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail
ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan
pihak jabatan serta kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan
teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan
pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian,
bahan bantu mengajar dan sebagainya dan menghubungi agensi pusat dan swasta serta
institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan

khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul (Zulkifli, 1998).
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi
menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan
rakan dari kalangan berbagai budaya dan latarbelakang negara mengenai berbagai isu
semasa, mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui
komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan memperolehi bahan dan teknik di
dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Muka surat 3/11

Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan
pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Kajian oleh Christie (1996) terhadap
penggunaan mel eletronik dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah
rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan
(cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan
sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Kang
(1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar
terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada
internet.


Zoraini (1996) menambah aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak
faedah kepada para pelajar. Ini termasuk pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia,
dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer, berpeluang menjalankan aktiviti
kumpulan dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau
kemahiran berkomunikasi.

3.2

Laman Web ( World Wide Web)

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan
satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998,
Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih
menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan
lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari,
halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik
boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain
bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh
dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibu-bapaan dan maklumat kesihatan serta
bermacam-macam.

Laman
(http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html)
contohnya
menghuraikan cara-cara menggunakan World Wide Web khususnya dalam
mereformasikan kurikulum. Crumlish (1996) mencadangkan supaya WWW dalam
pendidikan dugunakan sebagai tutor, pusat sebaran dan penerbitan, medan perbincangan
(forum), dan pemandu (search engine).

3.3

Internet Relay Chat

Internet Relay Chat (IRC) biasanya merujuk kepada sekumpulan orang berbual
sesama sendiri dengan menggunakan papan kekunci. Walau bagaimanapun pada hari ini
sudah terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan
bantuan beberapa alatan tambahan. Komunikasi seperti ini sering disebut sebagai
telesidang (video conferencing). IRC menyediakan berbagai-bagai tajuk perbualan dan
pengguna-pengguna di seluruh dunia berbincang tentang berbagai tajuk tersebut secara
serentak.
IRC berasaskan model pelayan pelanggan dimana perisian pelanggan dan

pelayan diperlukan untuk melihatnya. Antara perisian yang terkenal ialah mIRC
(http://www.mirc.com ), netmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ). Perisian
pelanggan IRC akan berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Pengguna log

Muka surat 4/11

masuk pelayan dengan menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah
saluran yang diminati. Melalui kemudahan yang disediakan oleh beberapa web
server (contohnya Xoom – http://www.xoom.com ) , pengguna berpeluang membina
ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan
sebagai bilik mesyuarat siber.

3.4

Telnet

Telnet ialah kemudahan menggunakan komputer yang berlokasi di benua lain,
seolah-olah sama seperti menggunakan komputer yang ditempatkan dalam sebuah
bangunan yang sama. Ia menggunakan protokol piawai bagi membolehkan seseorang
pengguna komputer membuat sambungan kepada komputer lain. Bagi menggunakan

telnet, pengguna hanya perlu melaksanakan atur cara yang dinamakan telnet di
komputer sendiri dan beliau akan disambungkan kepada komputer yang dikehendakki.
Sebaik sahaja sambungan dibuat, telnet bertindak sebagai agen pertengahan di antara
kedua-duanya. Dengan itu semua yang ditaip menggunakan papan kekunci akan
dihantar kepada komputer yang dihubungi manakala semua yang dipaparkan oleh
komputer yang dihubungi itu akan dipaparkan di skrin di hadapan pengguna.

3.5

Kumpulan berita dan diskusi

Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek.
Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada
penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara
elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai
kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa
batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai
oleh pendidik mengikut minat mereka. Sebaagai contoh senarai kumpulan diskusi
eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html
Pangkalan data amat popular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Ia
membekalkan data-data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian dan
lain-lain. Contoh pengkalan data yang terdapat di internet ialah ERIC dan Test
Collection yang disenggara di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula Universiti Teknologi
Malaysia dan universiti-universiti tempatan yang lain juga menyediakan katalog bagi
berbagai-bagai dokumen elektronik.

3.6

Pemindahan Fail ( FTP )

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau
video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain
dengan menggunakan "File Transfer Protocol (FTP)". Segala bahan pembelajaran yang
terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan
ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan.

Muka surat 5/11

Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama
ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali
(upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh
orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya
menggunakan kemudahan FTP.
3.7

Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi
dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini
juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan
menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat,
perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan
kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan
banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang
rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan
sokongan media ini.
Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai
diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan
teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001)
dan Singapura (Hu. Chun, 2001)

4.0

APLIKASI INTERNET
PEMBELAJARAN

SEBAGAI

MEDIA

PENGAJARAN

DAN

Internet telah digunakan sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga telah
digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru
dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Berikut adalah
beberapa kategori aplikasi internet dan lokasinya yang telah dibangunkan
sebahagiannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
4.1

Projek

Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak
dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu
projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Projek
berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam
kelas. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian
fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Kemudian, cari bahan yang
sesuai dan rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta
menjayakan projek tersebut.
Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru
berasaskan kepada Internet. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan
tersebut ialah http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html ,

Muka surat 6/11

http://www.gsn.org,
http://www.stolaf.edu/network/lecc/,
http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html

4.2

dan

Rancangan Pengajaran (Lesson Plans)

Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para
guru dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain
dari matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang
lain. Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan
pengajaran ialah http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet untuk subjek sains,
http://www.csun.edy:80/hceduo13/
untuk
sains
sosial,
untuk
matematik,
http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html
http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp://www.mmserve.com/educ untuk English dan
http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html khusus untuk penyediaan perancangan
pengajaran.

4.3

Bahan maklumat yang menarik dan terkini

Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej
bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung,
fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan. Tambahan pula,
maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain.
Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka
dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam
Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat
ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

4.4

Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa

Di dalam internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal yang diterbitkan
secara berkala, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Begitu juga dengan akhbar
yang menjadi sumber maklumat, khususnya berhubung dengan peristiwa dan isu
semasa yang berlaku di seluruh dunia. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita
tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara
penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar
peringkat menengah atas. Search engine untuk mendapatkan akhbar, majalah atau
bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini. Kebanyakkan akhbar
terkemuka diseluruh dunia menyediakan versi elektroniknya di internet.
Guru dan pelajar juga dapat menggunakan internet untuk mempertingatkan
kemahiran menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini. Semasa
menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan
teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang
dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah,
masyarakat dan negara. Terdapat beberapa tapak web seperti kidlink

Muka surat 7/11

(http://www.kidlink.org/) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar
dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan
membincangkan topik yang telah ditetapkan.

4.5

Perkongsian maklumat

Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi
sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik.
Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh
disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. Beberapa contoh kumpulan
diskusi elektronik yang meliputi pelbagai bidang dan topik boleh didapati dari laman
berikut: http://www.educ.kent.edul/deafed/whahome.httm. Guru juga dapat membaca
artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pendidik atau untuk
mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Antara jurnal
berkenaan yang ada di dalam internet ialah
http://fromnowon.org
dan
http://www.thejournal.com.

4.6

Saluran komunikasi

Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain
melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Terdapat beberapa kemudahan
berupa perisian atau komputer server yang telah menyediakan kemudahan tersebut.
Antara bentuk saluran komunikasi atau perisian yang terdapat melalui internet ialah
Internet Relay Chat (IRC), Discussion group, Internet phone, netmeeting, cooltalk dan
sebagainya, Video Conferencing, ICQ dan lain-lain.

5.0

PERBINCANGAN

Di Malaysia, Internet menjadi sebahagian dari kelengkapan sekolah terutamanya
di sekolah bestari seawal Januari 1999. Sepatutnya, semua sekolah menengah akan
mendapat akses ke internet tahun 2000. Sehingga kini, walaupun terdapat kes-kes
terpencil beberapa buah sekolah yang masih ketiadaan kelengkapan internet, boleh
dikatakan semua sekolah bandar terhubung melalui internet. Dengan yang demikian,
semua ciri-ciri internet yang telah diterangkan di atas adalah dalam jangkauan sekolahsekolah bandar. Namun ini tidak bererti bahawa pengguna-pengguna di Malaysia
khususnya dari kalangan guru dan pelajar celik dengan ciri-ciri internet ini. Dari
pemerhatian kasar, perkara-perkara berikut tidaklah kerterlaluan jika diketengahkan
sebagai isu yang boleh dibincangkan terus mengenai tahap aplikasi internet dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Isu pertama adalah tentang penggunaan IRC dan kemudahan-kemudahan
sepertinya termasuk Discussion Group atau Forum. Hakikatnya, IRC bukan
direkabentuk khusus untuk guru dan pelajar semata-mata. Ia adalah untuk semua
lapisan masyarakat dan falsafah rekabentuknya berasaskan nilai komersil. Dengan itu
suasana yang disediakan oleh IRC lebih berbentuk sensasi (glamour) dimana,
contohnya, tajuk-tajuk perbualan yang disediakan lebih kepada yang berbentuk hiburan.
Dengan itu, pengguna dengan tidak secara langsung akan terpanggil untuk melawati

Muka surat 8/11

sidang perbincangan yang mungkin pada masa itu tidak langsung bermanfaat
kepadanya.
Isu kedua juga tentang kebergunaan IRC kepada pelajar, lebih-lebih lagi pelajar
di peringkat menengah atau yang lebih rendah. Walaupun tajuk perbualan yang
ditawarkan di IRC secara umumnya berkait dengan pelajar, contohnya fizik, terdapat
kemungkinan topik yang dibincangkan terlalu mendalam dan terperinci sehingga pelajar
tidak termampu memahami apa yang dibincangkan apatah lagi untuk menyertainya.
Dalam konteks ini, kebergunaan IRC dan Discussion Group atau Forum kepada
pengajaran dan pembelajaran boleh dipertikaikan.
Isu ketiga adalah mengenai Telnet. Kemudahan yang Telnet sediakan boleh
dianggap khusus sehingga pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang berkaitan
dengan keselamatan data dan sebagainya. Adakah pelajar memerlukan kemudahan
seperti ini sedang syarat-syarat yang dikenakan mungkin membebankan pelajar itu
sendiri atau mereka langsung tidak memahaminya? Mungkin ya bagi sekumpulan kecil
pelajar diperingkat pasca ijazah. Namun kumpulan terbesar pelajar yang memerlukan
bimbingan pengajaran dan pembelajaran berbantukan media adalah diperingkat rendah
dan menengah. Jelas bahawa Telnet juga tidak direkabentuk dengan memikirkan pelajar
bawahan sebagai penggunanya.
Isu keempat adalah mengenai kebergunaan FTP bagi pelajar-pelajar rendah dan
menengah. Permasalahannya adalah, seperti juga Telnet, kumpulan pengguna yang
menjadi sasaran kemudahan itu ialah pelajar di peringkat tinggi, terutama nya pelajarpelajar di tahun-tahun akhir pengajian di universiti. Dengan itu suasana yang disediakan
bagi pengguna FTP tidak benar-benar user friendly. Protokol bagi FTP untuk kegunaan
umum disediakan masih menggunakan low level programming language yang
membuatkan ia tidak user friendly dan dengan itu tidak mampu digunakan untuk
pengguna-pengguna yang mempunyai pilihan lain selain FTP. Dalam kes ini, pelajar
rendah dah menengah akan secara automatik tidak merasa layak menggunakan FTP.
Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan
pembelajaran. Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman
web memerlukan pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa
menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di lamannya. Ini memberikan
masaalah dari segi carian. Search engine masa kini masih tidak mampu untuk
mensisihkan laman-laman web yang kurang relevan semasa carian dibuat dan
pemaparan iklan melambatkan carian. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang
kurang sirius akan terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu
yang diiklankan semasa proses carian. Ini juga membuktikan bahawa laman web bukan
ciri internet yang sewenang-wenangnya boleh dianggap baik untuk pengajaran dan
pembelajaran.

6.0

KESIMPULAN

Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat
mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran.
Pertama, jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri
yang membolehkan ia menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah

Muka surat 9/11

E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet,
Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) dan File Transfer Protocal (FTP).
Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran, bagi
guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma kepada semua
lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan, jelas bahawa
kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri ini mungkin
tidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu
pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha
kearah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu
pertama-tamanya menangani isu-isu asas ini. Kebergunaan ciri-ciri internet dengan itu
bergantung kepada pengaplikasian yang bijak yang boleh menjawab permasalahanpermasalahan ini.

RUJUKAN :
Abbas, K., (1989); Pusat Sumber Sekolah Struktur dan Organisasi, Utusan Publication
&
Distributors Sdn. Bhd; Kuala Lumpur.
Bier, M. et. al. (1996). "Personal Empowerment in the Study of Home Internet Use by
Low-Income Families". Journal of Research on Computing in Education.
Volume 28 (5).
Crumlish, C. (1996). The ABCs of the Internet. Singapore: Tech Publications Pte Ltd.
Hu, Chun et.al, 2001. Multipoint Desktop Videoconferencing For Teacher Training : A
Singapore Experience. Multimedia Desktop Video Conferencing On
Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunication. Proceeding .
(13th, Tampere, Findland. June 25-30).IR 012 194.
Ismail, M. A, dan Razali, N. (2003), Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Perspektif Dalam Mata Pelajaran Kimia
SPM; Universiti Kebangsaan Malaysia.
J.Maki. 2001. Is It Possible To Teach Music In A Classroom From Distance of
1000km?
Learning Environment of Music Education Using ISDN-Video Conferencing. EDMedia Advancement of Computing In Education Multimedia, Hypermedia and
Telecommunication. Proceeding . (13th, Tampere, Findland. June 25-30).IR 012 194
Kang, W. C. (1995). The effects of internet sessions on student’s attitudes towards
the internet: A case study. Tesis Sarjana Pendidikan. UM
Telekom Malaysia Berhad (1998). Mengenali dan Mengguna Internet. Kuala Lumpur:
Federal Publications.
Tengku Zawawi b. Tengku Zainal (1999), Buletin JASA, Jil 2 Bil 2.

Muka surat 10/11

Zoraini Wati Abas (1996). “ Internet untuk pendidikan “. Kertas yang
dibentangkan dalam Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bahru. MPTI

Muka surat 11/11