KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJAR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014 (SMP KHAS)

HBML 4303 (SMP)

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

:

740917115031002

NAMA

:

KHAIRILIZZAK B. MAZHAR


NO. KAD PENGENALAN

:

740917-11-5031

NO. TELEFON

:

019-9245135

E-MEL

:

keriezz74@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN


:

PPW PAHANG

TUTOR

:

EN. JAMAL RIZAL BIN RAZALI

HBML 4303

740917115031002

SEKAPUR SIRIH

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini. Ini merupakan tugasan saya di dalam semester September 2014 ini. Jutaan
berterima kasih saya ucapkan kepada tutor kami En. Jamal Rizal bin Razali kerana telah

memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan
tugasan ini. Tanpa nasihat daripada beliau pasti saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini
mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Di sini beliau telah memberikan
banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya amat berharap agar tugasan saya ini memberikan impak yang amat bermakna
kepada saya dan guru-guru dalam membantu para pelajar dalam menguasai kemahiran mereka
bentuk pengajaran supaya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Harapan saya agar tugasan saya ini boleh dijadikan sebagai panduan yang amat
bermakna kepada bakal-bakal guru dan rakan-rakan guru lain untuk membantu para pelajar.
Tidak dilupa ucapan terima kasih ini juga kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memberi
semangat dan dorongan kepada saya.

2

HBML 4303

740917115031002

KANDUNGAN MUKA SURAT


BAB

TAJUK

MUKA SURAT

Muka Depan Kertas Kerja

1

Sekapur Sirih

2

Kandungan Muka Surat

3

1.0


Pengenalan

4–6

2.0

Definisi dan Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

3.0

dan Kritis

6 – 12

Aplikasi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12 – 19

.


4.0

Kesimpulan

20 – 21

5.0

Rujukan

22 – 23

6.0

Lampiran 1 – Rancangan Pengajaran

24 – 25

1.0


PENGENALAN
3

HBML 4303

740917115031002

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Definisi yang sesuai untuk
kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang
berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya
kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses
menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan pelajar melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala
Dewey ( 1910 ) pula menegaskan bahawa kemahiran berfikir adalah pemikiran yang
dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran

merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah
fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak pelajar dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa istilah yang
digunakan untuk mengelaskan kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah dan
aras tinggi. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan
mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat.
Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contohnya,
kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan merancang. Perkataan ‘kemahiran berfikir’ yang biasa digunakan
bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.

4

HBML 4303

1.1


740917115031002

Sejarah Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

(KBKK)

Kemahiran KBKK di dalam kurikulum sekolah mula diperkenalkan pada awal tahun
1989 iaitu semasa era peralihan daripada KLSM ( Kurikulum Lama Sekolah Menengah)
kepada KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Selaras dengan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah merintis projek
percubaan perlaksanaan kemahiran berfikir merentas kurikulum pada awal tahun 1992/1993.
Ini selaras dengan objektif KBSR itu sendiri iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai
Kemahiran Berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala, objektif KBSM
iaitu mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikirian rasional kritis dan
kreatif. Secara amnya, konsep KBKK itu sendiri bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang
berdayasaing, maju, berfikiran rasional serta dapat mencungkil bakat serta kreativiti pelajar itu
sendiri. Suasana dan gaya pembelajaran yang kreatif dan kritis dapat menggalakkan pelajarpelajar berfikir lebih daripada pengetahuan yang diperolehinya.

Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah. Seramai
3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel
Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah maktab
perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari UniversitiKent, Ohio, Amerika Syarikat
( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK bercirikan “ penyebatian” iaitu
ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam keseluruhan mata pelajaran
seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dansebagainya. Wilen (1995) menjelaskan
bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan-soalan yang baik selain daripada
kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian dengan pelajar bagi
menggalakkan pemikiran yang tinggi. Guru perlu memiliki pengetahuan yang meluas dan
kemahiran yang tinggi bagi menggunakan teknik-teknik penyoalan yang berkesan .Bertitik
tolak dari sejarah kemahiran berfikir, maka kemahiran berfikir dapatlah ditafsirkan sebagai
satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi,
analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan,
5

HBML 4303

740917115031002

pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi. Dalam menggalakkan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif seperti yang di ketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
kurikulum KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) telah dibahagikan kepada
dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir
secara kreatif.

2.0

DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN

KRITIS

Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik. Bagi
mencapai hasrat itu, kemahiran-kemahiran ini perlu dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di
sekolah. Oleh itu, KBKK ini perlu diajar secara eksplisit dan diterapkan dalam pengajaran
pembelajaran bagi setiap mata pelajaran di sekolah.

2.1 Definisi Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bermaksud kemahiran membuat penilaian
tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat
analisis data atau maklumat itu seperti membanding dan membeza, menyusun atur,mengelas
dan mengenalpasti sebab dan akibat. Ia adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak ,
pelbagai dan baru dan kemahiran merekacipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan dibawah
kemahiran berfikir secara kreatif.

Kemahiran berfikir secara kreatif ialah sejenis pemikiran di mana seseorang dapat
memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana pemikiran kreatif di kalangan
pelajar-pelajarnya dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah
apabila pelajar-pelajarnya mengeluarkan idea yang unik dan kreatif. Guru-guru boleh
menyemai kemahiran berfikir secara kreatif dengan cara-cara seperti melatih pelajar-pelajar
dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan
mengikut darjah soalan yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula dengan
6

HBML 4303

740917115031002

soalan mudah dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan secara spontan,
guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran pelajar dengan soalan yang
unik, pelajar mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak dan guru-guru perlu
memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah agar
menjana pemikirna kreatif.

Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan
pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah untuk menjana
pemikiran kreatif. Selain itu, banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima
pelbagai jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus
memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan
debat agar pelajar-pelajar dapat melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.

Kemahiran pemikiran secara kritis pula berlaku dalam situasi yang memerlukan
seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang
dihadapinya. Ia adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa
kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Selain itu,
pemikiran kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu idea, data atau
maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu perkara
ataupun idea. Ia juga boleh dirujuk sebagai satu bentuk pemikiran reflektif.

Pemikiran kritis membenarkan pelajar-pelajar mengenalpasti isu-isu yang tidaj selari
dengan struktur skema ( cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas) dan mencari
cara- cara untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak
sesuatu maklumat melalui proses penaakulan. Ciri-ciri pelajar yang berfikir secara kritis
adalah membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai
maklumat menyelesaikan masalah, menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui
cabaran aktif dan penglibatan dalam kurikulum, boleh menganalisa hujah,menjana tafsiran,
mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang lain.

7

HBML 4303

740917115031002

Guru-guru boleh menerap kemahiran pemikiran kritis di kalangan pelajar seperti
menggunakan strategi berpusatkan pelajar, mengurus fakta secara sistematik dan tersusun,
memberi soalan- soalan yang lebih sukar kepada pelajar yang bijak, menggalakkan
perbincangan dan aktiviti menyelsaikan masalah, mengarah pelajar-pelajar membanding isiisi yang kuat dan lemah dan mengarah pelajar-pelajar membuat pertalian yang signifikan serta
mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar. Pemikiran kritis juga
memerlukan individu berfikir secara sempurna. Apa yang dimaksudkan sempurna adalah
melihat idea ataupun isu itu secara meneyeluruh yang memerlukan penelitian menyeluruh
pada idea atau perkara supaya dapat memperolehi kesimpulan atau hujah yang bernas.

2.2 Ciri-ciri Pemikiran Secara Kreatif
Pemikiran kreatif juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang
kepada beberapa cara penyelesaian dari satu idea utama. Pemikiran kreatif adalah satu usaha
secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap
suatu konsep atau pendekatan. Kreativiti merupakan kebolehan menjana sesuatu idea yang
baru serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi. Kreativiti juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat
kreatif yang semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti
ataupun persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai
orang yang boleh menerima atau mendapat idea-idea dan pengalaman yang baru. Mereka juga
merupakan individu atau kumpulan yang sanggup mengambil risiko serta melakukan
kesilapan. Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan,
dan penghuraian.

a) Keaslian
Keaslian membawa maksud bahawa idea-idea yang terhasil adalah luar biasa dan
asli, tidak ditiru atau diciplak dari mana-mana idea lain. Keasliannya tetap
dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama.
Idea terhasil dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita atau melalui
pengalaman kita sendiri. Contohnya melihat kesukaran ayah atau ibu kita mengupas
kelapa. Oleh itu tercetus idea untuk menghasilkan mesin pengupas kelapa semi
8

HBML 4303

740917115031002

automatik. Idea dan penciptaan ini boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana
masih belum dicipta oleh sesiapa.
b) Kelancaran
Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula
yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada
individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.

Idea sangat penting kepada pelajar kerana dengannya pelajar boleh
membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan
pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan
semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru.
Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat tentang perkara yang
hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat
diterbitkan antaranya:

a) Proses menyoal
Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu.
Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan
membuka minda kita dengan lebih luas.

b) Proses tidak sengaja
Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian
persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.

c) Pengalaman
Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses
tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan
berjaya.

9

HBML 4303

740917115031002

d) Proses kesilapan
Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan
eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan
dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai
formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan
kajiannya. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melahirkan
pemikiran kreatif di kalangan pelajar iaitu di antaranya :

a) Teknik sumbangsaran - pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa
menjalankan undian atau kritikan terhadap idea yang diberikan walaupun tidak logik
seterusnya perbincangan bersama akan dijalankan untuk menentukan idea yang akan
diguna pakai.
b) Teknik peniruan: meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga
mendapat satu idea baru yang diinginkan .
c) Teknik peta minda : melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk
menjana idea secara berkaitan. Ciri utama ialah memori visual, kata kunci,
penglibatan secara sedar, pengelompakan dan perkaitan.

2.2

Ciri-ciri Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima
sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula
dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.
Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih
sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya. Kemahiran berfikir secara
kritis adalah kemahiran

berfikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu data atau

maklumat. Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu:

10

HBML 4303

740917115031002

a) Pemikiran Kritis Rendah
Kategori ini melibatkan proses kognitif yang sederhana . Antara kemahirankemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan membezakan, membuat kategori,
membuat sequens atau urutan, meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan
dan menerangkan sebabnya.

b) Pemikiran Kritis Tinggi
Ia melibatkan proses kognitif dan metakognitif. Pemikiran tahap ini juga
menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan. Di antara
kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian, membuat
inferensi, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari

sebab

serta membuat kesimpulan.

Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang
berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Buah
fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini
ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap
peristiwa yang berlaku.

Berfikiran secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap
sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari
setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan bilai yang mereka jadikan
panduan hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama manakala yang tidak
beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan.

Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas fakta dan alasan yang
munsabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan
pengalaman seseorang tersebut. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah
11

HBML 4303

740917115031002

diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan. Asasnya, pemikiran kritis
menjadikan

kita

lebih

terbuka

dalam

menerima

sesuatu,

di

samping

cuba

mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai
sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.
Ilmu pemikiran kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat
atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan
sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah
dengan lengkap. Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji
sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia
dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun
konteks struktur penyataannya adalah betul. Pemikiran kritis juga mampu membuka minda
kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih
berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

3.0

APLIKASI KBKK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dilakukan
menggunakan alat-alat berfikir yang bersesuaian dengan objektif sesuatu pengajaran. Alat-alat
berfikir merupakan alat yang dapat membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak
dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran pelajar lebih tersusun, luas, jelas dan kita
tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat
diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini. Alat-alat berfikir membolehkan pelajar
melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Pelajar juga dapat
meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan
bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang
bermakna. Ia membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Alat-alat berfikir ialah instrument yang membantu pelajar berfikir dan mengurus proses
pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah soalan dan penyoalan,
peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT ( Cognitive Research Trust ). Alat-alat ini digunakan
12

HBML 4303

740917115031002

oleh pelajar untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu
kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping
itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau

jenis, dan juga soalan-soalan.

Kebiasaannya, soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh
digelar sebagai Pengurusan Lisan. Kertas ini akan menerangkan beberapa alat berfikir yang
biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Penyerapan ciri-ciri kemahiran berfikir dapat dilakukan dengan alatalat berfikir yang sesuai berdasarkan ciri-ciri kemahiran berfikir itu sendiri.

a)

Ciri-ciri kemahiran berfikir mengitlak, membanding dan membeza,

mengenalpasti benar salah, sebab akibat, idea utama dan sokongan,membezakan
fakta dengan pendapat dan menyelesaikan masalah.

Alat berfikir CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan
“Cognitive Research Trust”. Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1
diperkenalkan oleh Edward De Bono. Sebenarnya, CoRT menggalakkan individu
untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort. Antaranya termasuklah:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

PMI : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting)
CAF : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors)
C & S : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal)
AGO : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives)
FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities)
APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and

vii.

Choices)
OPV : Pandangan orang lain (Other People’s Views)

Kesimpulannya bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunyai
kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang pelajar biasa lakukan serta memilih
alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.
Penggunaan alat berfikir CoRT ini merupakan alat yang digunakan di dalam rancangan
pengajaran bahasa Melayu seperti di Lampiran 1 yang disertakan. Guru akan mewujudkan

13

HBML 4303

740917115031002

satu soalan atau situasi untuk menjana kemahiran berfikir pelajar menggunakan alat berfikir
CoRT ini. Berikut merupakan contoh soalan yang dikemukakan kepada pelajar.
Soalan :
Aplikasikan PMI ( Plus, Minus, Interesting) atau (Kebaikan, Keburukan, Menarik) ke atas
idea menonton televisyen mesti membayar mengikut jam.
PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang
dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau
isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas
padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi.
P (Plus)
M (Minus)
I (Interesting)

-Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
-Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
-Perkara yang menarik tentang sesuatu idea

yang

tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus. Dalam membuat keputusan pelajar sesuatu
perkara idea itu baik atau tidak, adalah lebih baik pelajar mencari perkara-perkara yang baik,
tidak baik dan menarik tentang idea itu dahulu. Kemudian barulah pelajar buat keputusan
sama ada hendak menerima atau menolak idea itu. Antara kebaikan, keburukan dan perkara
menarik yang boleh pelajar hasilkan menggunakan CoRT bagi menjawab soalan ibu yang
meletak tabung wang syiling dia atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti
membayar mengikut jam adalah seperti berikut :
Kebaikan :
 Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.
 Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi
masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen.
 Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. ·

Keburukan:
 Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran
aktiviti kesukaan mereka disekat .
 Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar
menonton televisyen.
14

HBML 4303

740917115031002

 Duit simpanan anak-anak semakin berkurang semata-semata untuk membayar tabung
menonton televisyen.
 Menghalang perkembangan otak anak-anak dengan tanpa melihat dunia luar melalui
televisyen.
 Menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
 Anak-anak dikhuatiri bertambah ‘liar’ apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak
dituruti.
Menarik:
 Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton


televisyen secara berlebihan.
Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin. ·
Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam
menangani masalah anak-anak.

Keputusan:
 Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan
daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat atau kaedah
terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh
mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah
lain. Tamsilnya, menghadkan rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anakanak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan
seperti rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak
yang berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.
b)

Ciri-ciri kemahiran berfikir membuat perkaitan dan hubungan, analogi,

inferens, kesimpulan dan menginterpretasi
Alat berfikir yang sesuai digunakan untuk menyerap ciri-ciri kemahiran berfikir ini
ialah CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua
aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita
menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih manamana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
Soalan :
Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, masalah ini semakin serius dari tahun ke
15

HBML 4303

740917115031002

tahun. Dengan menggunakan gaya pemikiran kreatif dan alat-alat berfikir yang
sesuai untuk mencadangkan penyesuaian kepada masalah ini.
Pelajar perlu menghasilan gaya pemikiran kreatif untuk mencari jalan
penyelesaian serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Disamping itu juga pelajar menggunakan alat berfikir dalam
membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini iaitu alat berfikir CAF
(Consider All Factor) atau Pertimbangan Semua Faktor, FIP (First Important
Priorities) atau Perkara-perkara Penting yang Menjadi Keutamaan dan OPV (Other
People’s Views) atau Pandangan Orang Lain.
Gaya pemikiran dan alat berfikir ini perlu dijana oleh pelajar sebagai alternatif
dalam menyelesaikan kemalangan jalan raya. Dalam mencari jalan penyalesaian
kepada fenomina ini, pelajar boleh menjalankan “3P” ” iaitu pendidikan,
perundangan, dan penyelidikan. Bagi pendidikan, ia memainkan peranan yang
terpenting dengan membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan
berlakunya salah laku jalan raya.
Untuk tujuan mengurangkan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya,
pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan
raya, dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan
raya. Pendidikan untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu,
semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka
pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu melalui sekolah dasar
dalam mata pelajaran moral, melalui sekolah memandu, melalui komunikasi awam
seperti televisyen. Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan
moral di sekolah untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya ialah
memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam
penggunaan jalan raya.
CAF boleh menjadikan persepsi pelajar lebih luas dan telus. Pelajar tidak
sekadar memfokuskan hanya kepada faktor-faktor yang berdekatan dengan mereka,
tetapi juga terhadap perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial. Hal ini sangat
penting kepada semua pihak. Tujuan untuk meninjau semua aspek situasi dengan
16

HBML 4303

740917115031002

lengkap dan menyeluruh. Mengelak daripada terlupa faktor penting. Pelajar-pelajar
perlu senaraikan seberapa banyak yang mungkin idea tentang sesuatu perkara. Ideaidea yang disarankan itu perlulah difikirkan daripada pelbagai sudut dan perspektif.
c)

Ciri-ciri kemahiran berfikir mengkategori, menilai, menyusun atur,

menjana idea, merumus dan meringkas.

Ciri-ciri kemahiran berfikir seperti di atas boleh diterangkan secara ringkas beserta
contoh seperti berikut :

i)

Mengkategori

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing adalah berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini
adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat
banyak item atau maklumat dan item atau maklumat tersebut tidak tersusun.

Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:






Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
Beri nama kepada kumpulan item itu.
Kenal pasti ciri lain.
Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.

Contoh:
Dengan diberikan item-item seperti berikut:
papan kekunci (keyboard), Tetikus (Mouse), Mikrofon, Scanner, Speaker , Monitor,
Printer, mesin Fax.

17

HBML 4303

740917115031002

Kemudian kelaskan item-item tersebut dengan menggunakan carta organisasi seperti
berikut:

ii)

Menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan
berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Kemahiran ini digunakan untuk membuat
keputusan bagi memilih sesuatu, dan menerima atau menolak sesuatu idea.

Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:






Perhatikan idea atau pilihan.
Senaraikan ciri positif (kebaikan).
Senaraikan ciri negatif (kelemahan).
Beri wajaran kepada setiap ciri.
Bandingkan wajaran secara keseluruhan.

Contoh:
Semasa ingin membuat permohonan agar dipasangkan talian telefon tetap, mereka
memberikan pilihan sama ada ingin menyambung talian internet atau talian telefon
sahaja kerana promosi pada waktu itu dilakukan secara besar-besaran. Adakah ingin
menerima atau menolak permintaan tersebut?
Pelajar boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnya
membuat keputusan.

iii)

Menjana Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.
Kemahiran ini digunakan apabila mencari idea baru dan mencari alternatif.

Langkah penggunaannya adalah seperti berikut:



Tetapkan tajuk perbincangan.
Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
18

HBML 4303





740917115031002

Renung kembali idea yang dikemukakan.
Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.
Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Contoh:
Di sekolah terdapat banyak bahan buangan pepejal. Bagi memupuk minat mereka, satu
permainan berkomputer (game) perlu dibangunkan suapaya pelajar-pelajarnya akan
lebih didedahkan dengan konsep kitar semula serta memahami tujuannya secara
mendalam seterusnya terus menyokong program ini memandangkan pelajar-pelajar
masa kini lebih cenderung kepada permainan berkomputer yang interaktif.

4.0

KESIMPULAN

Amalan KBKK dalam pengajaran masih lagi pada tahap sederhana. Persepsi guru-guru
menunjukkan mereka masih lagi perlu didedahkan secara lebih meluas terhadap konsep ini,
terutama dari aspek pengendalian KBKK dalam bilik darjah. Mereka juga didapati masih lagi
memerlukan kursus-kursus yang banyak menekankan aspek amali dalam melaksanakannya.
Oleh sebab konsep KBKK memerlukan penguasaan yang baik maka persediaan guru
terhadap kefahaman dan pengendaliannya perlulah lebih memberikan manfaat.

Kefahaman guru terhadap KBKK akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
Bahasa Melayu dalam bilik darjah.

Dapatan kajian menunjukkan yang guru-guru Bahasa

Melayu perlu diberikan pendedahan mendalam dengan berpandukan modul-modul atau bahanbahan mengajar yang mudah dikendalikan.

Dengan ini pelajaran Bahasa Melayu akan

menjadi lebih berkesan dan pemikiran pelajar juga akan terarah dengan baik.

19

HBML 4303

740917115031002

Pelaksanaan dalam bilik darjah memerlukan komitmen yang mendalam di kalangan
guru-guru. Guru sudah pasti tidak mahu terbeban dengan gesaan agar pelaksanaan KBKK
tidak mengganggu kelas-kelas peperiksaan.

Walau bagaimanapun keadaan ini boleh diatasi

dengan merasionalkan pemikiran guru bahawa pengajaran KBKK secara penyebatian adalah
sangat sesuai dengan apa juga jenis kelas sama ada kelas peperiksaan ataupun tidak. Ini juga
memohon komitmen guru dalam menyediakan dirinya untuk menjadi pemikir yang baik.

Walaupun masalah-masalah wujud dalam pelaksanaan KBKK di sekolah, namun
peranan pihak Jabatan Pendidikan , Pejabat Pendidikan Daerah serta Pusat Perkembangan
Kurikulum perlulah lebih proaktif dalam menegaskan kepentingan pelaksanaan KBKK dalam
Bahasa Melayu. Penegasan dari atas ke bawah boleh membantu meningkatkan moral dan
sikap guru dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBKK. Pihak PPK juga perlulah dapat
memberikan satu panduan yang lebih jelas dari segi pelaksanaan yang dapat memudahkan
guru menterjemahkan kemahiran tersebut dalam bilik darjah. Pentadbir sekolah pula perlu
memberikan

sokongan yang

kuat

dalam

membantu

guru mengendalikan pengajaran

Bahasa Melayu menggunakan KBKK. Pentadbir yang memberikan sokongan yang kuat serta
pemantauan yang bersistem untuk membantu guru mengendalikan pengajaran dengan baik.
Di samping itu aspek pemantauan terhadap perjalanan KBKK juga perlu diberikan perhatian.
Pentadbir perlu melakukannya melalui sesi pencerapan pengajaran yang boleh dilakukan oleh
guru bidang atau ketua panitia mata pelajaran. Pemantauan yang berkesan boleh memberikan
kesan terhadap pelaksanaan KBKK.

Kesimpulannya, penggunaan KBKK dalam pengajaran sangat penting dalam konteks
pendidikan bahasa kini. Orientasi ke arah menjadikan pelajar berdaya fikir secara kritis dan
kreatif seharusnya diberikan penekanan dalam kurikulum. Guru-guru sebenarnya berpeluang
untuk menerapkan amalan berfikir dalam pengajarannya. Oleh itu, dengan penggunaan
KBKK dalam pengajaran akan dapat memperkasakan meningkatkan lagi mutu pendidikan
negara.

( 4,170 patah perkataan )

20

HBML 4303

5.0

740917115031002

RUJUKAN

Abdul Hadi Mohamad. (1997). Amalan penyebatian kemahiran
pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu KBSR.
Kertas
Pendidikan ke-4, MP Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

berfikir dalam
kerja Wacana

Alvino,J. (1990). Building better thinkers. Learning, Feb 90, Vol.18 Issue 6, p40.
Beyer, B.K. (1987). Practical Strategies for the teaching of thinking. Boston: Allyn
Bacon.
Chambers. (1988). Thinking in the classroom. New York: Teachers College Press,
Columbia University.
Chance, P. (1986). Thinking in the classroom. New York: Teachers College Press
Columbia University.
Clasen, D.R. , dan C. Bonk. (1990). Teachers tackle thinking. Madison, Wis: Madison
Education Extension Program.
De Bono.E . (1976). The direct teaching of thinking in education and CoRT method.
21

HBML 4303

740917115031002

Dlm McLure . S. dan Davies . P. Learning To Think . New York: Pergamon Press.
Ghazali Mustapha (1997). An investigation into teacher's question and task to develop
reading comprehension: The application of the Cogaff Taxonomy in developing
critical thinking in Malaysia. Tesis PhD.
Johari Yusuf . (1997). Aras kognitif soalan kefahaman ujian Bahasa Melayu tahun 6
sekolah rendah di negeri Terengganu: Hala Tuju UPSR, Dalam Kertas Kerja
Wacana Pendidikan ke-4, MP Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Alat-alat berfikir. Unit Kurikulum, Bahagian
Pendidikan Guru, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmodel pengajaran dan pembelajaran. Unit Kurikulum , Bahagian Pendidikan Guru,
Kuala Lumpur.
Leming, J.S. (1989). "Some critical thought about teaching of critical thinking." Social
Studies, Vol. 89 Issue 2.
Lee Lai Guan. (1995). Kajian keberkesanan Kursus kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darul Aman.

Kertas kerja

Seminar Penyelidikan Pendidikan , Sarawak.
Laman Web

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Dicapai pada Oktober 20, 2014 daripada
http://mahirkbkk.tripod.com/

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir. Dicapai pada Oktober 20, 2014
daripada http://mahirkbkk.tripod.com/strategi.htm

Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Kbkk). Dicapai pada
November 03, 2014 daripada
http://faizahothman.wordpress.com/2011/12/04/pembentangan-seminar-serantau-ke-52011-diriau-indonesia-bertajuk-kepentingan-penyebatian-kbkk-dalam-proses-pp/

22

HBML 4303

740917115031002

Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dicapai pada November 03,
2014 daripada
http://asyshakor.wordpress.com/2011/03/31/pengintegrasian-kemahiran-berfikir-secara-kritisdan-kreatif-dengan-penggunaan-komputer-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaranpendidikan-islam/

Kemahiran Berfikir - Just Another Story. Dicapai pada November 03, 2014 daripada
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html

LAMPIRAN 1
Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Alat CoRT
Tahun: 6 Taufik
Hari : Selasa
Pendekatan

: Koperatif

Kaedah

: Perbincangan

Teknik: Permainan Bahasa
Bahan: Petikan cerita dan Multimedia
Alat CoRT1 : CAF dan C & S
KBKK : Menegnalpasti benar salah, sebab akibat

23

HBML 4303

Langkah
Set induksi
(5 minit)

740917115031002

Cara penyampaian

ABM

a) Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan.

Video ‘Akibat
Menonton TV
Berlebihan’

b) Guru memaparkan sebuah video mengenai ‘Akibat
Menonton Televisyen Berlebihan’.
c) Guru bersoal jawab mengenai video tersebut dan
mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah 1
(15 minit)

a) Guru memperdengarkan rakaman suara bacaan petikan
tentang menonton televisyen secara berlebihan kepada




pelajar sebanyak 2 kali.

Rakaman
suara
Kertas
warna

b) Guru mengarahkan pelajar menjawab satu soalan
menggunakan CoRT CAF bagi meninjau semua aspek yang
terdapat dalam soalan iaitu :
Aplikasikan PMI ( Plus, Minus, Interesting) atau
(Kebaikan, Keburukan, Menarik) ke atas idea menonton
televisyen mesti membayar mengikut jam.

Langkah 2
(15 minit)

a) Guru mengarahkan pelajar untuk menyenaraikan Kertas warna
kebaikan, keburukan dan perkara menarik tentang

idea

menonton tv mengikut jam dengan menngunakan alat
CoRT C & S.
b) Wakil daripada setiap kumpulan diarahkan untuk
menyebutkan kebaikan, keburukan dan perkara menarik
tentang idea menonton tv mengikut jam hasil penggunaan
C&S.
c) Guru juga menyemak jawapan yang dihasilkan oleh
setiap kumpulan.

24

HBML 4303

740917115031002

Langkah 3

a) Guru mengadakan aktiviti kuiz berkaitan dengan petikan Powerpoint

(10 minit)

(watak, latar tempat, pengajaran, peristiwa penting yang

-Kuiz

terdapat dalam petikan). – Permainan bahasa

Penutup
(15minit)

a) Guru akan merumuskan pelajaran pada hari ini dan
bertanya beberapa soalan.
b) Guru memberi teks cerpen dan latihan kefahaman kerja
kelas.

25