ARTIKEL HOMONIM DAN PERUBAHAN MAKNA ANTA

BML 3083
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
ARTIKEL : HOMONIM DAN PERUBAHAN MAKNA ANTARA
BAHASA MELAYU BAKU DAN DIALEK MELAYU
BRUNEI/SUBDIALEK KEDAYAN

NURUL SARIZAN BINTI SALLEH
D20111047610
GROUP D

PENSYARAH:
ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF
JABATAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 1 SESI 2013/2014

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian
makna. Oleh sebab makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga
menjadi sebahagian daripada linguistik. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek
lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis simbol oleh

komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.
Kajian makna kata dalam bahasa Melayu menurut sistem penggolongan semantik
adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, asal
usul, perkembangannya dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna dalam sejarah
bahasa. Dalam kajian bahasa, kajian dari segi makna atau semantik adalah yang paling
penting kerana tanpa makna, bahasa tidak memberi erti apa-apa kepada penuturnya.
Bahasa bukan sahaja dari segi pertuturan sebaliknya bahasa isyarat, bahasa badan sama
ada dari segi gaya duduk, menggeleng kepala malah ekpresi muka turut memberi makna
tertentu.
Akan tetapi makna bagi sesuatu perkara mungkin sekali berbeza mengikut budaya
setempat dan perspektif masyarakat serta individu. Biasanya apabila merujuk kepada
sesuatu, tanpa disedari kita akan mengikut kod universal yang boleh difahami oleh
semua. Hal ini juga bagi mengelakkan wujudnya salah faham antara penutur dengan
penerima mesej.
Homonim merupakan suatu aspek yang terkandung dalam sistem makna. Menurut
Kamus Dewan keempat, homonim dapat dimaknakan sebagai perkataan yang sama bunyi
atau ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Bentuk homonim ini bukan
sahaja wujud dalam satu bahasa masyarakat yang sama, tetapi turut dijumpai dalam
beberapa bahasa yang berlainan latar belakang penuturnya.
Oleh itu, artikel ini tertumpu kepada bentuk istilah yang sama ejaan dan sama

sebutannya dalam dialek Melayu Brunei dengan bahasa Melayu baku. Artikel ini turut
menunjukkan pengguguran huruf vokal dan konsonan serta perubahan bunyi-bunyi vokal
yang seterusnya membawa kepada perubahan makna kepada masyarakat itu sendiri.
Sebelum itu, dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan dituturkan oleh
masyarakat Melayu Brunei dan etnik Kedayan. Masyarakat ini menggunakan dialek yang

hampir sama kerana berasal dari pusat bahasa yang sama iaitu negara Brunei Darussalam.
Menurut Jaludin Chuchu(2003): “..walaupun [bahasa ini] terdapat beberapa subdialek,
semua penutur ini tergolong dalam masyarakat dialek yang sama, iaitu Dialek Melayu
Brunei(dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan).
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
mengandungi istilah-istilah baku yang mantap dan teratur dari segi ejaan, sebutan,
tatabahasa dan penggunaannya. Menurut Kamus Dewan keempat, baku merujuk yang
menjadi pokok, yang sebenarnya, yang digunakan sebagai ukuran. Oleh itu, bahasa baku
dapatlah dikatakan bentuk bahasa yang betul dan dijadikan sebagai ukuran dalam hal
penggunaan bahasa.
Data-data dalam artikel ini diambil dari Kamus Dewan Bahasa keempat dan juga
data yang dikumpul oleh penulis melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada rakan
yang berketurunan Melayu Brunei/Kedayan dan menggunakan bahasa ibunda dialek
Melayu Brunei/subdialek Kedayan.

Penelitian ini mendapati bahawa terdapat kosa kata yang sama ejaan dan sama
sebutan dalam bahasa Melayu baku yang sememangnya mempunyai persamaan dan juga
perbezaan makna dalam dialek Melayu Brunei/subdialek Kedayan. Kadang-kadang
terdapat istilah yang mengalami perluasan dan penyempitan makna bergantung kepada
penggunaannya dalam ayat.
Jadual 1 menunjukkan beberapa perbendaharaan kata dalam dialek Melayu
Brunei/subdialek Kedayan yang berhomonim dengan bahasa Melayu. Jadual ini turut
memuatkan perbendaharaan kata yang berkonotasi dengan kosa kata bahasa Melayu.
Dialek

Melayu Makna dalam konteks Makna dalam bahasa Melayu baku

Brunei/subdialek

masyarakat

Melayu

Kedayan
Ibun

Mengayau

Brunei/etnik Kedayan
Bergurau
Fros(istilah geografi)
Melepak tanpa tujuan, Membanjiri,mengenangi/kayau

Luan

merayau-rayau
Terlampau, sangat

Bahagian perahu(sampan/kapal) yang paling
hadapan/ haluan (istilah marin)

Bayi

Babi(konotasi negatif)

bayi I anak kecil yg baru dilahirkan;


Pulang

Pula

bayi II babi(istilah Brunei)
1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah,
balik, kembali:

Gali

Perasaan geli

2. terserah kpd, tertanggung atas
gali I; bergali Ph = menggali mengorek
(kubur);
menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn
menggunakan alat,
mesin, dll
2. ki menyelidiki, mendalami:

gali II sj kapal yg digerakkan oleh dayung
atau layar yg digunakan pd
zaman dahulu atau pd zaman pertengahan
sbg kapal perang atau

Jajal
Gugur

Sikap degil
Terjatuh

kapal dagang.
Mencuba(istilah Jakarta)
1. jatuh, luruh (buah dll):
2. jatuh sebelum masak (buah-buahan);
3.lahir sebelum cukup bulan (anak kecil):
4. runtuh (tanah dll);
5.mati(terkorban) dlm pertempuran:

Tani


Kita

6. hilang, habis (hak dll)
tani I; orang (kaum) ~ = petani orang yg
pekerjaannya bercucuk tanam
1. perihal bertani (tanam-menanam);
2. Perusahaan bercucuk tanam:
tani II ark tali-temali pd perahu utk
meneguhkan tiang, temberang.
tani III pintu ~ sl pintu gerbang di sebelah

Binasa

Rosak

luar istana.
1. habis rosak atau hancur sama sekali,
musnah:


Kumuh

Renyuk(pakaian)

2.ki mengalami bencana atau keburukan
1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak
bersih (ikhlas) hatinya;
2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan
oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan,

Tagar

Karat

kotoran
tagar I (bunyi) guruh (Huntur)

Bual

Bohong


tagar II Br; bertagar berkarat
1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata
air (air mendidih dll),
buak, gelegak;
2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau
air mendidih)

Bagas
Ambung

Bekas orang

3. omong kosong, borak
1.(bkn angin) kencang, kuat:

Sombong

2.(bkn badan) tegap, kuat
Ambung I keranjang atau karung yg

digunakan utk membawa barang di atas
belakang;
Ambung

II;

mengambung,

mengambungkan
1. melambungkan, melemparkan ke atas:
2. mengumbang-ambingkan:
a) menghempaskan diri;
b)

meninggikan

diri,

3.mengambung-ambungkan
angkat,


menyombong;
mengangkat-

menyanjung-nyanjung,

memuja-

muja:
Tinting

Berjengket

ambung III mencium(Jw).
tinting I; meninting
1. mengetuk (menghempaskan) wang logam
hingga berbunyi (kerana hendak menguji
palsu atau tidak);

2.menggoncang-goncang nyiru
3.ki meneliti (menapis, menimbang
tintingan tapisan, ayakan (pengayak).
tinting II -tingting I.
Biut

tinting III; burung
biut I ark tidak mahu sembuh-sembuh

senget

(penyakit).
biut II ark; biang-~ geliang-geliut, incangincut.
Jadual 1

Perbezaan ini mungkin kerana bahasa Melayu baku dibuat yang diselaraskan
dengan bahasa Melayu Riau manakala dialek Melayu Brunei pula ada yang mengambil
istilah-istilah daripada kaum lain dan kosa kata tradisi.
Selain itu, terdapat juga perbendaharaan kata dalam dialek ini mengalami
perubahan makna apabila berlaku perubahan seperti pengguguran konsonan dan vokal
dalam kosa kata tersebut. Hal ini mungkin kerana sifat penutur masyarakat ini yang cepat
dari segi kelajuan cara pertuturan sehingga menggugurkan beberapa huruf namun tetap
boleh difahami oleh anggota masyarakat yang lain. Jadual di bawah menunjukkan
beberapa kosa kata yang mengalami proses pengguguran dan perubahan makna yang
berlaku.

1 ) Pengguguran huruf vokal dan konsonan dalam perbendaharaan kata.
Kosa kata asal dalam BM

Hasil pengguguran

Makna dalam konteks dialek

Selipar

Slipar

Selipar

Telefon

Tlepun/tlipun

Telefon

Kerusi

Krusi

Kerusi

Trial

Triak

Teriak

Hempas

Ampas

Pukul

Kalah

Alah

Mengalah

untuk

tidak

memanjangkan persengketaan.
Hitung

Itung

Kira

Seorang

Surang

Seorang

Hambur

Ambur

Tabur
Jadual 2

Selain daripada berlaku pengguguran huruf vokal dan konsonan, perubahan
makna juga boleh berlaku apabila huruf-huruf vokal dalam kosa kata tersebut berubah.
Hal ini disebabkan kosa kata dalam dialek ini terikat dengan sebutan tradisi yang banyak
menggunakan /a/, /i/ dan /u/. Hal ini bertepatan dengan penyataan Jaludin Chuchu(2003)
bahawa dalam dialek Melayu Brunei, terdapat pengurangan bunyi vokalnya kepada tiga
saja, iaitu /a/, /i/, /u/.
Jadual 3 menunjukkan perubahan makna yang terjadi apabila huruf-huruf vokal
berubah. Namun begitu, perubahan ini dapat diperhatikan apabila hanya vokal tertentu
sahaja yang berubah dan ada yang dikekalkan.
a) Perubahan vokal /o/ kepada /u/.
b) Perubahan vokal /e/ kepada /a/.
c) Perubahan vokal /e/ kepada /i/
2) Perubahan vokal dan perubahan makna
Kosa

kata

asal

bahasa Melayu baku

dalam Hasil

Makna dalam konteks dialek

Telur

Talur

Bodoh/telur

Bola

Bula

Bola

Sekelumit

Sakalumit

Sedikit

Penat

Panat

kebas-kebas/letih

Boleh

Bulih

Boleh

Rembat

Rambat

Jala

Pening

Paning

Pening

Telefon

Talipon/tlepun

Telefon

Jadual 3

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kajian tentang perubahan makna kosa
kata antara bahasa Melayu baku dan dialek bahasa Melayu Brunei dalam pengkhususan
subdialek Kedayan masih banyak yang belum diterokai. Kebanyakan kajian sebelum ini
banyak mengkhususkan dialek Melayu Sarawak yang sama sekali jauh berbeza daripada
dialek ini. Kajian tentang dialek Melayu Brunei juga turut dijalankan namun dikaji
menjurus kepada pembakuan dialek ini kepada bahasa Melayu Brunei Standard dan amat
sedikit menjurus kepada bahasa Melayu baku itu sendiri.
Jika diperhatikan, penggunaan dialek Melayu Brunei kini sudah semakin kurang
digunapakai kerana persaingan penggunaan bahasa Inggeris di pusa penyebaran bahasa
iaitu negara Brunei Darussalam. Selain itu, penduduk luar dari kawasan ini pula terdedah
kepada bahasa etnik lain dan variasi dialek Melayu yang lain seperti dialek Melayu
Sarawak dan dialek Melayu Sabah yang mempunyai perbezaan yang agak ketara sama
ada dari segi kosa kata malah sebutan dan makna yang berbeza. Antara faktor lain juga,
terdapat generasi muda yang mendapat pendidikan yang tinggi, kemudian terdedah
kepada istilah baku dan membiasakannya dalam pertuturan seharian.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini didapati bahawa terdapat banyak istilah
kosa kata baku daripada bahasa Melayu baku diserapmasuk ke dalam dialek ini namun
mengalami pengubahsuaian sehingga berlaku perubahan makna sama ada dari segi

perluasan dan penyempitan makna. Keadaan ini jelas menunjukkan bahasa Melayu itu
sendiri secara keseluruhannya bersifat dinamik dan tidak terhad kepada mana-mana
bahasa tertentu sahaja.

Rujukan

Abdullah Hassan (1992). Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan
pragmatik Bahasa Melayu. Pustaka Salam : Kuala Lumpur.

Chong Shin(2009). Dialek-dialek melayu di Lembah Baram. Latihan ilmiah, Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi. Diambil dan diperoleh pada Nov 15, 2013 daripada
http://journalarticle.ukm.my/1173/1/SARI27%5B2%5D2009_%5B03%5D.pdf
Hj Jaludin Hj Chuchu. Peranan dialek dan bahasa sukuan dalam mencirikan bahasa
Melayu Brunei Standard di Brunei. Dalam PURIH, Kumpulan Esei Mengenai
Brunei Darussalam. Brunei Darussalam : Universiti Brunei Darussalam.
Ibrahim Ahmad et. al (Ed)(2005). Kamus Dewan edisi Keempat. Kuala Lumpur Dewan:
Bahasa dan Pustaka.
Nur Syakimah binti Rabaha & Prof. Madya Dr. Hj Jaludin bin Hj Chuchu. Penggunaan
Kata Sapaan ’Kau’ Dulu dan Sekarang: DalamKonteks Puak Melayu Kedayan.
Prosiding Setaling II. Diambil dan diperoleh pada Nov 15, 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/6753121/Kk5-Nur-Syakimah
Pengenalan kepada semantik. Diambil dan diperoleh pada Nov 15, 2013 daripada
http://www.slideshare.net/shamrina85/bab-1modul-pjj