PERKEMBANGAN SEJARAH ISLAM DI CINA DALAM

KURSUS :
ISEU2106

SEJARAH ISLAM DI
ASIA DAN NUSANTARA

SEMESTER/SESI :
1, 2014/2015

TAJUK :
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA DALAM ASPEK PENDIDIKAN

PENSYARAH :
DR. NORHAYATI BINTI HAJI HAMZAH

NAMA PELAJAR :
MUNIFAH BT MUSTAPA
IET130005
1

ISI KANDUNGAN


1. PENDAHULUAN………………………………………………………….2
2. SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ………..3
3. INSITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI CINA
3.1. MASJID………………………………………………………………...6
3.1.1. ALIRAN-ALIRAN DALAM PENGAJIAN ISLAM………….7
3.1.2. TAHAP RENDAH (SEKOLAH RENDAH)……………………8
3.1.3. TAHAP TINGGI ( UNIVERSITI)………………………………8
3.1.4. SISTEM PENDIDIKAN UNTUK BAKAL IMAM…………....9
3.2. SEKOLAH AGAMA…………………………………………………..10
3.2.1. PENGAJIAN TAHAP RENDAH………………………………10
3.2.2. PENGAJIAN DI UNIVERSITI ………………………………...12
3.2.3. SISTEM PENDIDIKAN DI BEIJING………………………...13

4. SUMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM
TERHADAP KEMAJUAN UMAT ISLAM DI CINA………………..14

5. KESIMPULAN…………………………………………………………….15
6. BIBLIOGRAFI…………………………………………………………….18


2

PENDAHULUAN
China dalam bahasa Mandarin ialah “Zhong Guo” yang bermaksud Negara Tengah.
Jumlah keluasan negeri China dalam lingkungan 9.6 juta kilometer persegi.Negeri China bukan
sahaja sebuah negara yang besar tetapi juga mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai.
Di antara 56 kumpulan etnik manusia yang beragama Islam, etnik Han merupakan yang paling
besar iaitu sebanyak 93.3% dari jumlah keseluruhan penduduk di China yang melebihi 1.3
billion. Terdapat 10 golongan etnik minoriti iaitu golongan Hui, Uygur, Kazakh, Tajik, Uzbek,
Dong Xiang, Salar, Bonan, Tartar dan Kirgiz.
Di China,terdapat lebih dari 4 bahasa bertulis di China selain bahasa Cina sendiri dan
juga bahasa etnik Ughur yang menggunakan abjad Arab. Berdasarkan rekod sejarah, Islam mula
diperkenalkan di China pada tahun 613-614 masihi,walau bagaimanapun sebelum abad pertama
lagi telah wujud hubungan China dan Negara Arab dan kini penganutnya sudah melebihi 20
juta.1
Penyebaran agama Islam di China bermula apabila Rasulullah s.a.w telah mengutuskan
para sahabatnya supaya berdakwah di sana. Diantaranya ialah Saad bi Abi Waqqas, Qais bin
Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman, dan Abu Qais bin al-Harith.
Pada zaman kontemporari, negeri china mengamalkan dasar “Pintu Terbuka” dan
seterusnya umat Islam Cina dapat menikmati kebebasan beragama.2


1

Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Muslim di China, Kuala Lumpur : Jabatan
Muzium Dan Antikuiti, 2002,13 dan 21.
2
Haji Yusuf Liu Baojun, Perkembangan masyarakat China Muslim di dunia ,Kuala Lumpur : Pusat Penyelidikan
Ensiklopedia Malaysia, 1999,1-4.

3

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun ke negara China . Di
dalam bahasa Indonesia China bermaksud Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di
sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa Siam
Melayu ia digelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’ dan ‘Na’ ialah Datuk.
Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang
memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus.3

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI CINA
DINASTI MING (1368-1644CE)

Pada dinasti ini juga tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh
para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Pada saat orang
Eropah masih mempercayai dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah maju kedepan
sebagaimana dilakukan oleh langsamana Cheng Ho yang menjelajah laut sebanyak 7 kali
mendahului orang Eropah.
DINASTI YUAN(1279-1368)
Pada Dinasti Yuan, menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian
bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang
berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau
Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjemahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke
bahasa Cina. Jamaludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai
Wan Nein Li dan akhirnya menjadi takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan.Terdapat juga dinasti

3

China ,Empayar Islam yang telah disembunyikan, dicapai Khamis, 28 Februari 2013,
http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2013/02/china-empayar-islam-yang-di-sembunyikan_28.html

4


yang menggunakan kepakaran ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan
meramalkan cuaca kerana mereka telah maju dalam bidang tersebut.
Dalam bidang sastera pula, pengaruh ilmu Islam dapat dibuktikan pada pengkhasilan karyakarya falsafah dan sastera yang berkualiti tinggi. Antaranya ialah Shih Ching atau Classic of
songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis
oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besar dalam bahasa Cina.4
DINASTI MANCHU(1644-1911CE)
Pada dinasti ini merupakan zaman kejatuhan Islam seiring dengan pendidikan di mana
segala kegiatan orang Islam disekat dan ini menjadikan pendidikan Islam terbatas dan tidak
berkembang. Kesannya,pengetahuan tentang ilmu agama Islam semakin berkurangan dan terhad
kepada asas sahaja.
REPUBLIK CHINA(1912-1949)
Pada saat ini berlaku kebangkitan pendidikan Islam di sana apabila negara tersebut
memggunakan corak pendidikan barat dan sistem pendidikan Islam diketepikan. Implikasinya,
pendidikan Islam di sana bangkit dan proses pemulihannya berlaku secara sederhana dan terus
berkembang sehingga ke hari ini.

4

Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012, http://azctu551.blogspot.com/2012/05/tamadun-islam-di-china.html.


5

Faktor Kebangkitan pendidikan Islam di China5
Faktor utama kenapa berlakunya kebangkitan ini, pemimpin agama, guru-guru, pelajar
dan ahli-ahli masyarakat memetik dua sebab utama: keinginan untuk membina semula apa yang
telah diambil daripada mereka, dan harapan bahawa kepercayaan agama yang kuat akan
membantu melindungi masyarakat mereka daripada pelbagai masalah sosial yang kini melanda
China dalam tempoh pembangunan ekonomi yang pesat.
Selepas sedekad peristiwa yang dikenali sebagai Revolusi Kebudayaan (1966-1976),
penganiayaan intensif terhadap umat Islam di China dan serangan ganas oleh kuasa-kuasa
kerajaan di mana segala bentuk ungkapan agama telah diharamkan dan beratus-ratus pemimpin
agama telah dipenjarakan, umat Islam di seluruh China perlahan-lahan memulihkan institusi
agama mereka dan menghidupkan semula aktiviti keagamaan mereka. Penubuhan semula
institusi pendidikan yang sedang berkembang dari semasa ke semasa.

5

https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/17351/ISIM_4_Resurgence_of_Islamic_Education_in_C
hina.pdf?sequence=1


6

ABAD 16
Pendidikan Islam di China mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-16. Pada awalnya
pendidikan diajar di Masjid yang dicetuskan oleh Encik Hu Dengzhou seawal tahun 1522-1579
lagi.Kemudian,pendidikan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit seiring dengan arus
masa dan zaman dan kini wujudnya sistem pendidikan di Sekolah Agama.

Pendidikan di masjid

Sistem pendidikan di masjid ini sangat relevan pada masa dahulu dan menjadi pilihan dihati
masyarakat Cina-Muslim disebabkan beberapa faktor iaitu, :


Lokasi masjid yang strategik iaitu dibina di kawasan-kawasan yang penduduknya Islam.
Ini bermaksud di mana sahaja ada masjid adanya penempatan orang Islam tetapi tidak

semestinya adanya orang Islam ada masjid.









Kaedah pendidikan yang terbuka kepada semua orang Islam
Disediakan kemudahan penginapan yang percuma.
Pengajaran yang diajar secara percuma oleh imam.
Budaya dan tradisi pendidikan yang hampir sama antara cina dan negara-negara Arab
amnya,dan Islam khususnya.



Sesuai dengan suasana sosial dan kedudukan masyarakat Islam kerana mempunyai unsurunsur cina

7

Aliran-aliran Dalam Pengajian Islam6


A. Pada peringkat awal, mazhab (sect) Shanxi oleh Feng Yangwu dan Zhang Shaoshan
menfokuskan pada ilmu Kalam dan Tafsir.
B. Mazhab Shandong oleh Chang Zhimei,Li Yanling dan She Qiling member tumpuan
kepada ilmu Sufi dan pengajian 13 kitab bahasa Arab dan Parsi.
C. Mazhab Yunnan memperkenalkan cara baru iaitu mengajar kitab dalam bahasa Arab dan
juga bahasa Cina.
D. Mazhab Hezhou di Linxi Hezhou dan di barat daya Cina membawakan kitab Mishkat alMasabih dan Ihya ulum al-Masabih sebagai panduan pembelajaran disana.

E. Masjid besar di Xinjiang menggunakan kaedah pendidikan yang sama di Asia Tengah.
Ini kerana telah wujud hubungan yang rapat antara umat Islam di Xinjiang dengan umat
islam di Asia Tengah.
Kaedah pendidikan di Masjid dulu dan kini


Dulu
Pelbagai masalah yang dihadapi pada masa dahulu antaranya bilangan kitab yang tidak
mencukupi dan jumlah pelajar yang tidak ramai menyebabkan lokasi pembelajaran hanya
berlangsung di kediaman tenaga pengajar sebelum sepenuhnya beralih ke masjid.




Kini
Dua atau tiga abad yang lalu, baru diperkenalkan sistem pendidikan yang berperingkat
peringkat dan lebih teratur dengan kelas-kelas yang tetap.

6

Ann Wan Seng, Mencari Islam Di China, Kuala lumpur: Must read Sdn Bhd, 2010,196

8

Tahap pendidikan di masjid


Tahap pertama di peringkat sekolah rendah


Tempoh pembelajaran antara 3 atau 4 tahun.




Ilmu asas yang diajar
o Membaca ayat-ayat al-Quran
o Ilmu tauhid
o Asas solat



Tahap kedua di peringkat Universiti Islam


Tenaga pengajar ialah para imam



Imu yang dituntut untuk belajar ialah
o

ilmu keagamaan

o

perinsip-perinsip akhlak



Tempoh pembelajaran antara 6 ke 7 tahun lamanya



Kursus-kursus yang ditawarkan :
o Asas
 Bahasa Arab dan Parsi
 Penggunaan bahasa retorik dan logik
o Professional
 Ilmu al-Tafsir
 Ilmu al-Kalam
 Hadis

9

 Syariah
 Falsafah Sufi
o 13 kitab yang digunakan

Peringkat pengajian di masjid ini ditamatkan dengan mendapat kelulusan daripada guru-guru
mereka iaitu imam-imam di masjid dan seterusnya berpeluang menyandang jawatan sebagai
imam.
Sistem pengajian untuk bakal imam.
Kelas pengajian al-quran telah lama wujud untuk melatih bakal-bakal imam,dimana
masjid dijadikan tempat untuk belajar dan imam-imam menyampaikan ilmu agama dan juga
kelas tilawah al-quran untuk golongan yang baru belajar.
Untuk peringkat awal,pelajar akan belajar bahasa Arab dan asas pengajian ilmu Islam
sebelum memasuki “kolej” di peringkat yang lebih tinggi untuk belajar membaca 30 juzuk alquran.
Apabila tamat,mereka akan memakai uniform iaitu jubah labuh menandakan mereka
adalah garaduan dalam pendidikan agama. Sistem pengajian tradisional ini masih diamalkan di
bebarapa masjid sehingga hari ini.7

7

,Islam in Beijing, Brunei Darussalam : Islamic Da'wah Centre Ministry of Religious Affairs, 1990?,

35.

10

Pendidikan di Sekolah Agama/ Insitusi
ABAD 20
Pada tahun 4 Mei 1919, telah muncul satu pergerakan yang mempengaruhi konsep
budaya baru oleh intelek dan aktivis sosial muslim dan seterusnya memperkenalkan sistem
pendidikan Islam yang moden iaitu pendidikan di sekolah dan menubuhkan sekolah - sekolah
agama antaranya di Beijing,Shanghai,Sichuan,Jinan,Yunnan,Ningxian Wuzkong Chinese dan
Arabic Normal School.Perkembangan ini tidak berhenti dengan membina sekolah-sekolah agama
sahaja tetapi meningkatkan sistem pendidikan dengan mengambil tenaga pengajar yang mahir
dalam dalam ilmu agama,fasih berbahasa arab dan juga ilmu saintifik.8
Persatuan Islam china memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan ilmu
agama Islam. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1953 dan berhasil munubuhkan sebanyak 420
buah persatuan Islam di Negara ini. Persatuan ini ibarat sumber ilmu kerana persatuan inilah
yang menyediakan dan mengeluarkan kitab-kitab agama,tafsir Al-Quran,terjemahan hadith yang
telah berhasil menerbitkan 6 buah buku termasuklah Bukhari dan Muslim. Semua ilmu ini
menjadi rujukan dan digunakan di institusi-institusi.
Pengajian tahap rendah
Pada umumnya, Peringkat Pengajian kebangsaan bagi semua rakyat di china adalah
sama iaitu 6 tahun di sekolah rendah dan 6 tahun di sekolah menengah. Pengajian agama
berpusat di sekitar masjid untuk semua golongan dan pada masa cuti sekolah disediakan kursus
intensif. Ceramah agama selama sejam sebelum khutbah jumaat yang menjadi amalan di semua

8

Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Muslim di China,67-70.

11

masjid di Negara tersebut merupakan salah satu intensif untuk meningkatkan tahap pemahaman
ilmu agama kepada masyarakat.9

.

Bermula era 1920 ke 1930an kaedah pendidikan di sekolah mula diwujudkan, dan pada

tahun 1955,iaitu pada zaman Republik Rakyat China telah ditubuhkan sekolah-sekolah
menengah agama ( Chinese Islamic Institute) di bawah sokongan dan pengawasan kerajaan
rakyat.10

Pengajiann tahap tinggi
Institusi terbahagi kepada dua jenis institut iaitu yang pertama, Institut Islam China
yang terbuka kepada semua pelajar Islam di seluruh Negara. Institut ini di bawah kelolaan
persatuan Islam china ini sendiri dimana proses pembelajaran mengambil masa selama 4 tahun
dan berupaya melahirkan ramai imam,guru,pengurus syarikat,pemimpin persatuan.
Kedua,institut Islam di ibu kota yang penduduk Islam yang majorit dan penawaran
kursus yang lebih lama iaitu dalam tempoh 5 tahun.11 Sekarang, banyak institut yang berhasil
ditubuhkan antaranya 9 institut sahaja di
Beijing,Urumqui,Shenyang,Xining,Lanzhou,Zhengzhou,Kunminng,wilayah Hebei dan wilayah
autonomi Ningxia Hui.Institut ini tidak lain melainkan bertujuan menghasilkan pemimpinpemimpin Islam yang dapat menguasai ilmu agama dengan tahap terbaik,menguasai bahasa Arab
dan Cina dengan fasih, mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan berprinsip sosialis.

9

Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan, dicapai 30 April 2010,
http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/04/kajian-islam-di-china-sistem-dan.html
10
Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Muslim di China,67-70
11
Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan, dicapai 30 April 2010,
http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/04/kajian-islam-di-china-sistem-dan.html

12

Cirri-ciri Institut




Institut ini menawarkan 2 kursus iaitu kursus Islam dan kursus kesusasteraan.
Syarat Kemasukan institut ialah Islam, lulus ujian sekolah menengah dan juga
berdasarkan kelulusan menduduki ujian khas.



Jenis pengajian ditawarkan ialah kursus peringkat ijazah, ijazah politeknik,kelas-kelas
penyelidikan,kelas bimbingan imam,kelas tambahan bagi penuntut luar negeri.





70% kuliah agama iaitu Al Quran,Hadith,Tauhid,Feqah,Sirah dan Bahasa Arab
30% ilmu kenegaraan antaranya geografi,politik,undang-undang,bahasa inggeris,bahasa
Cina, sejarah islam di zaman dinasti-dinasti cina dan subjek sains social yang lain,kitabkitab juga turut dipelajari oleh penuntut.



Matlamat institut ini seperti, setiap pelajar yang tamat pengajian disini dapat menguasai
urusan-urusan di masjid,luar Negara, menguasai ilmu teori dan budaya untuk
membolehkan mereka menjawat jawatan yang penting seperti pegawai kanan agama dan
seterusnya berbakti kepada masyarakat

Pengajian Di luar Negara

Universiti tempatan menjalinkan hubungan kerjasama dengan universiti luar Negara dari
tahun 1930an lagi12. Di mana lulusan di universiti tempatan berpeluang menyambung pengajian
di university Al-Azhar,Mesir,Libya,Pakistan dan Malaysia. Dari sudut kos pengajian, bukan
sahaja persatuan Islam china yang menaja bahkan juga di Malaysia ditawarkan biasiswa
Yayasan Al-Bukhari untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
12

Islam in China,laman sesawang Islamic education in China, dicapai 28 ogos 2010, http: //www. Islamhk.
com/en/?p =12&a=view&r=50

13

Paling penting, peranan mereka dalam bidang ilmu agama dan kajian ilmiah sangat penting
untuk disebarkan dan untuk dimanfaatkan dibumi mereka kelak.13

Beijing
Pada Dinasti Qing,beberapa jenis pendidikan agama yang baru di perkenalkan buat
pertama kali di Beijing pada tahunn 1900. Pendidikan baru yang di perkenalkan bukan sahaja
belajar tentang cina tetapi belajar bahasa arab,sains dan pengetahuan agama,ini menjadikan
pelajar serba boleh dan tidak hanya terhad kepada ilmu tertentu sahaja.
Antara institusi-instiusi di china


Institut Peking ditubuhkan pada tahun 1949 untuk golongan Hui dan melebihi 1000
pelajar yang berdaftar.



Institut Sinkiang yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran diri sebelum menceburi
dalam bidang kerja-kerja pembinaan di Sinkiang, dimana pelajarnya melebihi 800 orang
dan kebanmyakkannya orang Islam.



Sekolah Menengah Tunhua di Shanghai hanya untuk pelajar Hui.14

Kesimpulan,kebangkitan pendidikan Islam di Cina memberi sumbangan yang penting
kepada pemahaman kita terhadap masyarakat Islam di China.

13
14

Ibid.
China Islamic Association, Moslems in China, Peking : Foreign Languages Press, 1953.

14

SUMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI CINA
MATEMATIK (Dinasti Tang dan Sung)




Diperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu),
kaedah 60 darjah, algebra dan trigonometri

PERUBATAN ( Dinasti Tang & Dinasti Sung)




Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu
perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.

PEMBINAAN




Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian
keadaan di situ.
Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).

PELAYARAN




Sumbangan Islam dalam mencipta dan memajukan pelbagai peralatan pelayaran seperti
kompas dan kaedah ukuran air, dan meramalkan cuaca.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.15

IMAM ABAD 20-21



Lebih 50000 imam telah dilahirkan
Berperanan mengembangkan dan memelihara ilmu agama di negara tersebut

EKONOMI 20-21




Lulusan yang memiliki ilmu agama sekarang serba boleh dan boleh memasuki pelbagai
bidang kerja
Perniagaan makanan halal dikawal oleh orang Islam

15

Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012, http://azctu551.blogspot.com/2012/05/tamadun-islam-di-china.html.

15

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan islam di china dalam aspek pendidikan menyentuh
mengenai kepercayaan agama,nilai dan pandangan,etika dan prinsip moral serta budaya dan
pengetahuan tentang islam.
Berdasarkan kajian penulis, penulis mendapati kaedah dan sisitem pendidikan di masjid
dulu dan kini berbeza dan Institut di china jauh lebih hebat daripada di Malayisa dan setanding
dengan universiti-universiti di negara-negara Islam.
Sejarah telah memperlihatkan kita dunia pendidkan merupakan cara yang penting dan
berkesan untuk meningkatkan kedudukan umat Islam ke peringkat yang jauh lebih tinggi dan
mampu mengubah dunia dan membawa kepada peradaban yang moden.

16

Pendidikan islam di masjid

Masjid Xian

Masjid Nancheng di Kunminng

17

Pendidikan islam di Institut
Institut Islam Xinjiang

18

Bibliograpi

1- Ann Wan Seng, Mencari Islam Di China,kuala lumpur: must read sdn bhd 2010
2- China,Empayar Islam yang telah disembunyikan, dicapai Khamis, 28 Februari 2013,

http://kedahcybersyburi.blogspot.com/2013/02/china-empayar-islam-yang-disembunyikan_28.html
3- China Islamic Association, Moslems in China , Peking : Foreign Languages Press,

1953.
4- Haji Yusuf Liu Baojun, Perkembangan masyarakat China Muslim di Dunia,Kuala

Lumpur : Pusat Penyelidikan Ensiklopedia Malaysia.
5- https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/17351/ISIM_4_Resurgence_o

f_Islamic_Education_in_China.pdf?sequence=1
6- Islam in China,laman sesawang Islamic education in China, dicapai 28 ogos 2010,
http://www.islamhk.com/en/?p=12&a=view&r=50
7- Islam In China by Yusuf Abdul Rahman

http://www.teachislam.com/dmdocuments/182/ISLAM%20IN%20CHINA.pdf
8- Kembara bahasa, Kajian Islam di China: Sistem dan Perkembangan Pendidikan,

dicapai 30 April 2010, http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/04/kajian-islam-dichina-sistem-dan.html
9- Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Muslim di China,

Kuala Lumpur : Jabatan Muzium Dan Antikuiti, 2002.

10- Penulis tidak diketahui,Islam in Beijing, Brunei Darussalam : Islamic Da'wah Centre

Ministry of Religious Affairs, 1990
11- Pusat pemikiran dan kefahaman islam,Ustaz Abd Aziz bin Harijn, dicapai 25 Mei 2012,
http://az-ctu551.blogspot.com/2012/05/tamadun-islam-di-china.html.

19