INSTITUSI PEMERINTAHAN EKONOMI DAN SOSIA
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
INSTITUSI PEMERINTAHAN, EKONOMI DAN SOSIAL DI ASIA
TENGGARA
Institusi Pemerintahan di Negara-negara Asia Tenggara
Secara umumnya, pemerintahan tradisional di negara-negara Asia
Tenggara sebelum kedatangan penjajahan Barat terbahagi kepada
dua iaitu sistem pemerintahan Beraja dan sistem pemerintahan
pembesar.
Sistem pemerintahan beraja pada umumnya telah dilaksanakan di
kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Tanah
Melayu, Siam dan Indo-China. Dalam pemerintahan beraja, setiap
kerajaan diketuai oleh seorang raja sebagai pemerintah tertinggi
negara dan dibantu oleh para pembesar.
Selain sistem pemerintahan beraja, sistem pemerintahan yang turut
diamalkan di Asia Tenggara adalah sistem pemerintah pembesar
seperti yang diamalkan oleh Filipina.
Kewujudan sesebuah kerajaan di sesebuah negara di Asia Tenggara
telah
datang
silih
berganti
dengan
jatuh
bangun
banyak
ketamadunan seperti Kesultanan Melayu Melaka yang jatuh apabila
pusat
pentadbirannya
Melaka
diduduki
Portugis,
kemerosotan
Kesultanan Samudra-Pasai di Indonesia dan Dinasti Ayutthaya di
Siam akibat persengketaan dalaman dan perang dan banyak lagi
kerajaan yang muncul dan jatuh pada periode sebelum kedatangan
penjajah di Asia Tenggara.
Pemerintahan Beraja
Kebanyakan negara di Asia Tenggara pada periode pra penjajah
adalah tertumpu kepada sistem pemerintahan beraja.
Menurut David J. Steinberg et al (1971) dalam buku “Mengenali
Sejarah Asia Tenggara Moden”, beliau menjelaskan bahawa antara
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Beraja di Asia
Tenggara sebelum era pra penjajahan termasuklah pemerintahan
Raja-raja Buddha di bawah Dinasti Konbaung di Burma, Dinasti
Chakri
di
Siam
manakala
negara-negara
Indo-China
seperti
1
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Kampuchea di bawah Dinasti Khmer dan Laos tidak lagi mempunyai
Raja yang berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya apabila
kedua-duanya dihimpit oleh perebutan wilayah oleh dua buah kuasa
besar
ketika
itu
iaitu
Dinasti
Ayutthaya
dan
Dinasti
Chakri
kemudiannya di Siam dan Kerajaan Vietnam Bersatu di bawah
Maharaja Vietnam.
Misalnya sewaktu zaman pemerintahan Raja Khmer seperti Raja Ang
Duong dan puteranya Raja Norodom di
Kampuchea (Kemboja)
tarafnya adalah sebagai wakil pemerintah daripada kerajaan Siam
sahaja.
Di Alam Melayu pula, wujud kerajaan Kesultanan seperti Kesultanan
Johor-Riau, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu,
Kelantan dan Kedah yang tidak berpusat. Pusat kerajaan Melayu
sebelumnya yang bernaung di bawah kekuasaan jajahan takluk
Kesultanan
Melayu
Melaka
runtuh
apabila
kerajaan
tersebut
ditewaskan dalam perang menentang Portugis pada tahun 1511.
Menurut Andaya (1982), setelah kejatuhan Melaka satu lagi kerajaan
Kesultanan Melayu telah mula meningkat naik reputasinya di
Kepulauan
Borneo
iaitu
Kesultanan
Brunei
yang
menguasai
sebahagian besar Utara Kepulauan Borneo, dan dari situ pula wujud
Kesultanan Sulu yang memerintah wilayah Selatan Filipina seperti
Mindanao.
Sistem pemerintahan bersultan adalah sistem pemerintahan yang
diketuai oleh Raja beragama Islam berbeza dengan Raja yang
beragama Buddha di negara-negara kebenuaan pada ketika itu
seperti Siam, Burma dan lain-lain.
Sistem Pemerintahan Tradisional di Tanah Melayu
Sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kesemua
negeri di Tanah Melayu terletak di bawah naungan dan jajahan
takluk Kesultanan Melayu Melaka.
Seterusnya, kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka menyebabkan
pengasasan dua buah kerajaan Kesultanan yang baharu oleh putera
2
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Sultan Mahmud Syah iaitu Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan
Perak.
Kemudiannya, apabila kerajaan Johor-Riau terpaksa berhadapan
dengan ancaman Kesultanan Acheh, kerajaan Kesultanan di Negeri
Sembilan telah diasaskan oleh para pembesar di negeri-negeri
tersebut dengan perkenan Sultan Johor.
Oleh itu, para pembesar telah menghadap Yang Dipertuan Besar
Pagar Ruyung bagi merajakan anakandanya sebagai Raja di Negeri
Sembilan,
dan
akhirnya
baginda
telah
memperkenan
untuk
mengangkat anakandanya Raja Melewar sebagai raja di Negeri
Sembilan dengan memakai gelaran Yang Dipertuan Besar.
Selain itu, perpecahan dalam kerajaan Johor-Riau
sejak
pembunuhan Sultan Mahmud Syah II dan permulaan pengaruh
Bugis dalam istana Johor telah menyaksikan beberapa buah
kerajaan Kesultanan baharu diasaskan di beberapa buah negeri
termasuklah Kesultanan Terengganu oleh anakanda Bendahara Johor
(Tun Zainal anak Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana) dan
pengasasan Kesultanan Selangor oleh orang-orang Bugis yang
mengangkat Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah) sebagai Sultan
Selangor yang pertama.
Akhirnya, semasa penjajahan British di Tanah Melayu, terdapat
sembilan buah kerajaan Kesultanan di Tanah Melayu termasuk
Kesultanan
Johor,
Selangor,
Perak,
Kedah,
Perlis,
Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Di negeri-negeri yang mengamalkan pemerintahan Kesultanan,
Sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam sesebuah kerajaan,
dan
kebanyakan
Pembesar
Empat
kerajaan
Lipatan”
tersebut
dalam
menggunapakai
pemerintahan
merupakan warisan Kesultanan Melayu Melaka.
Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989),
pembesar
empat
lipatan,
Sultan
akan
“Sistem
negeri
melalui
dibantu
oleh
yang
sistem
para
pembesarnya iaitu Menteri Empat yang utama dalam lapisan
pertama, pembesar berlapan dalam lapisan kedua, pembesar enam
belas dan pembesar tiga puluh dua.
3
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Empat pembesar terpenting dalam pentadbiran beraja (Menteri
Empat yang Utama) adalah Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana yang mempunyai tugas masing-
masing yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dalam sistem pentadbiran
di sesetengah kerajaan di Tanah Melayu terutamanya di Kelantan
dan Negeri Sembilan.
Di Kelantan misalnya, sistem Jemaah Menteri telah diperkenalkan
ketika pemerintahan Sultan Muhammad II yang mirip sistem
pentadbiran
moden
dengan
memperkenalkan
beberapa
buah
jemaah Menter termasuk Menteri Penasihat Raja, Keadilan, Istana,
Perang,
Dalam
Negeri,
Luar
Negeri,
Perbendaharaan
dan
Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri.
Di Negeri Sembilan pula, sistem pemerintahan berdasarkan Adat
Perpatih
telah
digunapakai
dalam
pentadbiran
negeri
yang
mendukung prinsip demokrasi seperti dalam pentadbiran moden
Malaysia pada hari ini.
Melalui Adat Perpatih, perlantikan pemimpin yang mentadbir negeri
dibuat daripada peringkat terbawah dalam struktur masyarakat
iaiatu Anak Buah melantik buapak, Buapak melantik Lembaga,
Lembaga melantik Undang dan Undang melantik Yang di-Pertuan
Besar.
Di bawah pentadbirannya, Yang di-Pertuan Besar akan dinasihati
oleh “Undang yang Empat” iaitu Undang Luak Sungai Ujong,
Rembau, Johol dan Jelebu.
Sistem Pemerintahan Tradisional di Indonesia
Di Indonesia pula, wujud kerajaan Kesultanan Acheh di Pulau
Sumatera
dan
kerajaan-kerajaan
kecil
lainnya
manakala
di
Kepulauan Jawa pula telah diperintah oleh Raja-raja Jawa. Menurut
David J.Steinberg et al (1971), antara kerajaan Jawa yang terbesar
4
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
pada masa penjajahan Belanda adalah kerajaan Mataram dan
kerajaan-kerajaan kecil lainnya.
Kedatangan Islam ke Pulau Jawa
dalam
abad
ke
15
telah
menyaksikan kemerosotan serius Empayar Majapahit terutamanya
selepas kemangkatan Raja Hayam Wuruk. Kemudiannya muncul
kerajaan-kerajaan Islam di Pulau Jawa seperti kerajaan Banten,
Demak dan Cirebon sebelum sebahagian besar kerajaan kecil
tersebut ditakluk oleh Kesultanan Mataram dalam abad ke 16.
Oleh itu, semasa kedatangan Belanda ke Indonesia, hanya terdapat
dua buah kerajaan besar di Pulau Jawa iaitu Kesultanan Mataram
dan kerajaan Banten.
Selain itu juga, wujud kerajaan-kerajaan Kesultanan di wilayahwilayah lain di Indonesia termasuklah Kesultanan Makasar, Maluku,
Inderagiri,
Pagaruyung,
Siak,
Inderapura
dan
Riau-Lingga
(perpecahan dengan Johor).
Seperti pemerintahan beraja yang lainnya, kerajaan Kesultanan di
Indonesia diketuai oleh seorang Sultan sebagai pemerintah tertinggi
kerajaan dan dibantu oleh para pembesarnya.
Di Pulau Jawa misalnya, pemerintahan Kerajaan Mataram dibantu
oleh “golongan priyayi” iaitu golongan orang-orang besar, yang
taraf mereka hampir setaraf dengan golongan kerabat diraja yang
lain. Golongan priyayi adalah merupakan ahli keluarga para
pembesar yang dilantik oleh Sultan.
Di peringkat wilayah, pentadbiran wilayah di Pulau Jawa diketuai
oleh seorang adipati manakala di peringkat daerah (kabupaten)
pula, pentadbir daerah dikenali sebagai bupati (gelaran yang
digunakan semenjak zaman Majapahit, bhupati).
Seterusnya, pada zaman pemerintahan Amangkurat I selepas
kemangkatan ayahandanya Sultan Agung, baginda telah bertindak
memakai semula gelaran yang digunakan oleh masyarakat Jawa
terhadap Raja pada era Hindu-Buddha iaitu Susuhuran.
Di bawah Susuhuran Amangkurat I, baginda telah bertindak
menaikkan semula tradisi Jawa dalam pemerintahannya termasuk
menghapuskan mahkamah Islam, membunuh para ulama Islam dan
menggantikan kalendar Hijrah kepada kalendar Saka.
5
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Semasa pemerintahan Amangkurat I, kerajaan Mataram telah
mengalami zaman kemerosotannya dan kegagalan baginda untuk
memulihkan Mataram telah menyebabkan baginda disingkirkan
dalam satu pemberontakan dan dihalau keluar dari kraton (istana).
Sistem Pemerintahan Tradisional di Burma
Sebelum kedatangan British di Burma, negara tersebut telah
diperintah oleh Raja-raja daripada Dinasti Konbaung.
Di bawah sistem pemerintahan Dinasti Konbaung, Raja berperanan
sebagai penaung dan pengembang ajaran Buddha, penakluk negeri,
tunggak kekuatan dan berperanan dalam memelihara adat resam
tempatan.
Konsep ajaran Buddha iaitu “Dharma Raja” menjadi asas kepada
pemerintahan seseorang Raja di Burma, di mana Raja seharusnya
menghayati dan melakukan tindakan-tindakan yang baik dalam
pemerintahannya dan rakyat yang mendampinginya akan berada di
jalan yang benar.
Seterusnya, ketaatan rakyat kepada Raja diperkukuh melalui ikatan
daulat. Kedaulatan yang dimiliki oleh Raja di Burma adalah sangat
tinggi dengan diberi sifat ketuhanan dan pelbagai peralatan
kebesaran yang membezakan seorang Raja dengan rakyatnya.
Misalnya, hanya Raja yang dibenarkan menaiki gajah putih kerana
gajah tersebut disifatkan sebagai simbol kedaulatan dan lambang
pengiktirafan kuasa ghaib kepada Raja.
Raja dalam Dinasti Konbaung dibantu oleh golongan Brahmin yang
tinggal di istana. Golongan ini berperanan dalam menasihati Raja
selain sebagai simbol dalam mengukuhkan lagi kedaulatan seorang
Raja yang bersifat ketuhanan.
Dalam struktur pemerintahan
Burma,
baginda
dibantu
oleh
golongan Hluttaw (Majlis Diraja) yang berfungsi untuk mentadbir
Burma dengan kuasa Raja.
Majlis Diraja Hluttaw terbahagi kepada tiga iaitu perbendaharaan,
hal ehwal dalam negeri dan kehakiman.
6
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Seterusnya, para pegawai tinggi kerajaan yang dilantik untuk
menguruskan hal ehwal negeri dikenali sebagai Wun manakala
pegawai diraja dikenali sebagai Ahmudan.
Di peringkat wilayah, pentadbiran wilayah terletak di bawah kuasa
Myothugyi manakala pembesar tradisional dikenali sebagai Athi.
Struktur masyarakat di Burma pula terbahagi kepada empat lapisan
iaitu golongan diraja, Brahmin, pedagang dan rakyat kebanyakan.
Sistem Pemerintahan Tradisional di Indochina
Di Vietnam, sistem pemerintahan oleh Maharaja telah digunapakai
apabila kerajaan Vietnam Bersatu telah ditubuhkan. Menurut Gilbert
Khoo dan Dorothy Lo (1978), dalam abad ke 18, wilayah kekuasaan
Vietnam
telah
terpecah
dua
akibat
daripada
persengketaan
keluarga Trinh dan Nguyen untuk menguasai Vietnam. Oleh itu,
sebagai penyelesaiannya Vietnam terbahagi dua selama hampir dua
ratus tahun di mana wilayah Tonkin diperintah oleh Kerajaan Trinh
manakala wilayah Annam dikuasai oleh Kerajaan Nguyen.
Kerajaan Nguyen yang berwawasan telah menjajah wilayah-wilayah
Kampuchea dan Laos sehingga kedua-dua negara tersebut hampir
lenyap
daripada
pemberontakan
peta
dunia.
“Tayson”
Walaubagaimanapun,
untuk
menguasai
berlaku
Vietnam.
Pemberontakan ini telah berjaya menundukkan Dinasti Trinh di
Tonkin dan Dinasti Ngunyen di Annam dan maharaja kedua-dua
wilayah terpaksa mendapat perlindungan politik di istana Rama I di
bawah Dinasti Chakri Siam.
Pengusiran itu telah menandakan penguasaan Tayson bersaudara ke
atas Vietnam pada tahun 1788. Vietnam yang bersekutu dengan
Dinasti Chakri pada ketika itu tidak mampu membantu menyekat
penguasaan Tayson Bersaudara kerana Perang Siam-Burma yang
berlaku pada ketika itu di antara Dinasti Chakri dan Dinasti
Konbaung di bawah pemerintahan Raja Bodawpaya.
7
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Hanya pada 1802, Vietnam dapat dikembalikan kepada Dinasti
Ngunyen dan Trinh apabila bala tentera Chakri dan tentera Perancis
berjaya
mengusir
Tayson
Bersaudara
turun
daripada
takhta
kerajaan. Sejak itu, Annam dan Tongkin disatukan di bawah
pentadbiran tunggal yang dikenali sebagai Vietnam Bersatu dan
Ngunyen Anh melantik dirinya sebagai Maharaja Gia-Long.
Dalam struktur pentadbiran di Indochina, pengaruh China dalam
pentadbiran agak kuat di mana setiap birokrasi dalam pentadbiran
dikuasai
oleh
golongan
Mandarin
yang
dipengaruhi
sistem
pentadbiran di China.
Golongan Mandarin dipilih melalui peperiksaan dalam bidang
bahasa dan kesusateraan China dan dikehendaki menjalani dua
peringkat utama iaitu peperiksaan rendah di peringkat wilayah dan
peperiksaan tinggi di peringkat negara.
Dua pusat kuasa dalam pemerintahan di Indochina adalah Maharaja
dengan majlis dalamannya dan sebuah birokrasi tetap.
Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri telah ditubuhkan berperanan untuk
menguruskan perbendaharaan kecil yang menyimpan barang ufti
yang diterima oleh Maharaja.
Secara asasnya, susunan pentadbiran kerajaan pusat di Indochina
diketuai oleh enam buah Lembaga (birokrasi) merangkumi Lembaga
Perlantikan,
Kewangan,
Upacara,
Perperangan,
Keadilan
dan
Kerjaraya.
Kemudiannya, beberapa jabatan telah diperkenalkan termasuklah
Pejabat Setiausaha Besar dan Majlis Privy.
Sistem Pemerintahan Tradisional di Filipina
Filipina sebelum kedatangan penjajah Sepanyol ke negara tersebut
telah
melaksanakan
sistem
pemerintahan
berasaskan
kuasa
pembesar. Filipina tidak mempunyai sistem berkerajaan yang
8
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
menguasai negara tersebut di mana pemerintah yang ada di Filipina
hanyalah bersifat ketua kepada sesebuah penempatan.
Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978), bentuk masyarakat
yang terdapat di Filipina adalah “berasaskan tiba dan tinggal”, di
mana apabila sesuatu kumpulan itu tiba di sesebuah kawasan dan
mereka
merasakan
kawasan
tersebut
sesuai
untuk
dijadikan
perkampungan, mereka akan menetap di situ tanpa perlu kepada
kebenaran
daripada
mana-mana
pihak
yang
memperakukan
bahawa sesuatu kawasan berada di bawah naungan dan taklukan
mereka seperti yang terdapat di negara-negara lain di Asia
Tenggara.
Dalam setiap komuniti, kawasan perkampungan tersebut akan
dikenali sebagai barangay. Panggilan barangay itu pada dasarnya
merujuk
kepada
village
(perkampungan).
Hal
ini
bermakna,
pemerintahan yang wujud di Filipina adalah pemerintahan paling
asas dalam pemerintahan di negara lain yang kebiasaannya
melibatkan peringkat yang lebih tinggi daripada pemerintahan di
peringkat kampung. Kebiasaanya, di negara lain di Asia Tenggara
gabungan
kampung-kampung
akan
mewujudkan
daerah,
dan
daripada gabungan daerah-daerah mewujudkan negeri dan negara.
Apabila wujud negara atau negeri, maka wujudlah pemerintahan
beraja sebagai pemerintah tertinggi. Asas ini yang terdapat di
kebanyakan
negara
Asia
Tenggara
walaubagaimanapun
tidak
terdapat dalam sistem pemerintahan di Filipina.
Di setiap barangay tersebut, pembesar paling berkuasa adalah
golongan datu yang kebiasaannya dilantik dalam kalangan mereka
yang paling berumur dan berpengalaman dalam kalangan mereka.
Setiap barangay pula kebiasaannya berskala penduduk dalam
lingkungan 500 orang bagi setiap barangay manakala di barangay
yang besar, jumlah penduduk boleh mencecah seribu orang atau
lebih. Barangay boleh dianggap sebagai sebuah komuniti penduduk
yang berasaskan keluarga. Hal ini kerana, petempatan tersebut
dibuka
oleh
keluarga-keluarga
dan
jumlah
keluarga
mereka
kemudiannya berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain.
9
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Oleh
kerana
tanah
merupakan
asas
terpenting
kepada
pembentukan pemerintahan barangay, maka wujudlah perbezaan
kelas dalam sesebuah barangay iaitu pertama golongan datu dan
kaum kerabatnya, kedua golongan bangsawan, ketiga orang bebas
dan
keempat
hamba-hamba
yang
ditugaskan
mengerjakan
pertanian di sesebuah barangay. Selain itu, terdapat juga golongan
penyewa tanah dalam struktur masyarakat di sesebuah barangay.
Walaubagaimanapun, kedatangan Islam ke Kepulauan Borneo yang
berhampiran dengan Kepulauan Sulu di Filipina telah membawa
kepada pembentukan kerajaan Islam di Filipina di bawah Kesultanan
Sulu.
Kesultanan Sulu adalah merupakan sebuah pemerintahan beraja
Islam, setelah masyarakat di Kepulauan Sulu menganut agama
Islam semenjak abad ke-13 yang dibawa oleh tokoh seperti Tuan
Masya’ika (Syeikh) dan Tuan Maqbalu.
Buktinya, ketika Karim al-Makhdum tiba di Buansa pada 1380 telah
wujud komuniti Islam di sana.
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah dalam buku
“Sejarah
dan
Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional” komuniti tersebut akhirnya
berkembang menjadi sebuah kerajaan yang bersultan apabila
penduduk
Sulu
mengangkat
menantu
kepada
Raja
Baguinda
sebagai pengganti baginda memimpin wilayah Sulu.
Penduduk Sulu telah melantik Sayyid Abu Bakr, seorang ulama Arab
dari Palembang yang berkahwin dengan puteri Raja Baguinda
sebagai Sultan Sulu yang pertama dan memakai gelaran Sultan
Syarif al-Hashim dan memerintah sehingga 1480M.
Kekuasaan wilayah Kesultanan Sulu meliputi Kepulauan Sulu,
Selatan Zamboanga, Palawan dan juga Pantai Timur Sabah di
Kepulauan Borneo.
10
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
SISTEM EKONOMI DI ASIA TENGGARA
Ekonomi Sara Diri
Masyarakat Asia Tenggaral telah mempunyai satu bentuk sistem
ekonomi sara diri sejak awal lagi. Sistem ekonomi sara diri yang
terbentuk cukup untuk menyara hidup tertumpu kepada kegiatan
pertanian,
penternakan
binatang,
pungutan
hasil
hutan,
dan
perlombongan secara kecil-kecilan.
Melalui ekonomi sara diri, para petani menggunakan cara pertanian
yang asas sahaja iaitu penggunaan peralatan tradisional dan tenaga
binatang. Tenaga manusia pula terdiri daripada anggota keluarga.
Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan barang-barang
keperluan yang tidak dapat mereka keluarkan.
Antara tanaman yang terpenting yang menjadi makanan ruji utama
di Asia Tenggara adalah nasi. Oleh itu, penanaman padi merupakan
aktiviti pertanian terpenting bagi mendapatkan beras yang diproses
daripada pokok padi.
Terdapat dua jenis tanaman padi iaitu padi huma yang ditanam di
lereng bukit dan padi sawah yang ditanam di tanah rata yang
mempunyai saliran air.
Di Asia Tenggara, antara kawasan penanaman padi yang utama
mengikut negara termasuklah Pulau Jawa di Indonesia, Utara Tanah
Melayu, kawasan Delta Irrawady di Burma, Luzon di Filipina dan
lembangan Sungai Mekong di Vietnam.
Selain penanaman padi, pertanian sara diri juga mengusahakan
penanaman tanaman lain seperti pisang, jagung, ubi kayu, dan
buah-buahan. Di samping itu mereka juga menjalankan kegiatan
menternak dan memburu binatang, mengumpulkan hasil-hasil
hutan,
menangkap
ikan.
Terdapat
sebilangan
kecil
yang
mengusahakan perlombongan sebagai kerja sambilan.
Ekonomi Dagangan
11
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Sebelum kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara, ekonomi
dagangan
telah
mula
diperkenalkan
oleh
para
pemerintah
terutamanya dalam usaha memenuhi tuntutan para pedagang dari
seluruh dunia.
Misalnya, perkembangan perdagangan di antara China dan India
telah
menyebabkan
berkembangnya
pelabuhan-pelabuhan
di
sepanjang laluan perdagangan tersebut terutamanya di Selat
Melaka.
Oleh itu, aktiviti ekonomi berasaskan sara diri sebelumnya diubah
kepada ekonomi dagangan berdasarkan permintaan dalam pasaran.
Misalnya, di Kepulauan Rempah (Maluku) Indonesia, permintaan
terhadap cengkih dan buah pala telah menggalakkan pengeluaran
bahan-bahan tersebut manakala pengeluaran lada hitam di Siak
juga telah dipertingkatkan untuk perdagangan.
Di Tanah Melayu, hasil galian seperti emas dan bijih timah menjadi
penting untuk perdagangan di pelabuhan semenjak era Kesultanan
Melayu Melaka.
Emas kebanyakannya dilombong di Hulu Pahang manakala wilayah
Pantai Barat Tanah Melayu seperti Sungai Ujong, Kelang dan
Manjung kaya dengan hasil galian seperti bijih timah.
Selain itu di Johor, sistem pengkomersialan tanaman lada hitam
telah diperkenalkan dengan membawa masuk buruh Cina bagi
memajukan perusahaan tersebut di bawah Sistem Kangcu.
Di Burma, aktiviti ekonomi dagangan tertumpu kepada penjualan
kayu jati yang merupakan kayu yang bermutu tinggi bagi membina
kapal, selain penanaman padi yang menjadi sumber aktiviti ekonomi
utama di negara tersebut.
Di Indochina pula, aktiviti perlombongan menjadi aktiviti ekonomi
dagangan yang penting terutamanya perlombongan bijih besi dan
aktiviti pertanian dagangan seperti beras, tembakau, teh dan kopi.
Di Filipina pula, perlombongan seperti arang batu, batu kapur dan
perak menjadi penting dan aktiviti pertanian dagangan seperti
beras, tembakau, teh dan kopi turut dijalankan.
12
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
SISTEM SOSIAL
Sistem Feudal
Sistem feudal pada asasnya merujuk kepada sistem pemusatan
kuasa pemerintahan kepada seseorang individu (kebiasaannya raja)
dan bukannya struktur pemerintahan berpusat seperti dalam dunia
moden hari ini.
Dalam sistem feudal terdapat hierarki masyarakat yang berbeza-
beza dalam sesebuah kerajaan mengikut taraf mereka.
Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah
berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu ciri umum
utamanya.
Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik tanah
yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara. Raja dianggap
sebagai pemilik tanah seperti yang termaktub dalam Undang-
undang Tiga Tera di Siam serta perundangan di Burma.
Raja dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa mutlak
terhadap semua aspek termasuk kehidupan rakyat yang turut
ditentukan oleh raja. Dalam masa yang sama, raja juga bergantung
kepada pembesar daerah terutama dalam melaksanakan segala
keperluan
pemerintahan
ataupun
keperluan
yang
berbentuk
peribadi.
Sebelum kehadiran pihak Barat, sistem feudal yang dilaksanakan di
Asia Tenggara menjelaskan bahawa kuasa pembesar wilayah adalah
cukup besar. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kuasa pembesar
lebih besar daripada raja atau pembesar pusat. Berdasarkan
kelayakan serta pengaruh tertentu, golongan pembesar telah
menerima anugerah yang besar daripada raja termasuk mentadbir
sebuah wilayah.
13
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Di Burma, sistem feudal yang wujud merupakan kesan daripada
kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama Myowun
(gabenor) dan Myosa (pembesar wilayah). Di ibu negeri terdapat
empat orang Myowun yang mengendalikan hal ehwal tempatan,
setiap orang mentadbir sebuah daerah di ibu negeri tersebut.
Myowun yang berada di luar ibu negeri menjalankan kuasa atas
dasar feudal iaitu mereka mempunyai kuasa besar memungut cukai
sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada hasil tahunan rakyat.
Sebahagiannya dihantar kepada raja di pusat dan sebahagiannya
disimpan untuk kegunaan sendiri.
Masyarakat Vietnam pula masih berpegang kepada sistem tradisi.
Sistem pemerintahan di bawah Maharaja Gia Long dan selepasnya
adalah bercorak birokratik yang berasaskan hierarki Mandarin.
Negara dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan
Cochin-China.
Wilayah
Annam
terletak
di
bawah
kuasa
raja
manakala dua wilayah lagi dikuasai oleh wizurai yang mempunyai
kuasa
yang
sangat
besar.
Wilayah-wilayah
ini
kemudiannya
dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil termasuk
Provinci, Phu, Huyen, Tong, dan Kemun di mana setiap bahagian di
tadbir oleh seorang pembesar. Pembahagian ini menyebabkan
kerajaan pusat kurang memberi perhatian dan menyebabkan para
pembesar mengukuhkan kedudukan masing-masing. Walaupun raja
berkuasa mutlak, namun dalam keadaan sebenarnya, pembesar
Mandarin yang menjalankan sistem sosial dan pemerintahan
Vietnam.
Di Pulau Jawa Indonesia misalnya, Raja (Susuhuran/Sultan) sebagai
pemerintah tertinggi negara terletak di kedudukan teratas dalam
struktur politik, diikuti oleh golongan diraja, pembesar dan priyayi di
lapisan kedua, rakyat kebanyakan di lapisan ketiga dan golongan
hamba di lapisan keempat.
Dalam sistem kerajaan Kesultanan di Tanah Melayu pula, Sultan
berada di kedudukan paling atas, diikuti oleh kerabat diraja,
golongan pembesar, ulama dan cendekiawan di lapisan kedua,
14
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
rakyat yang merdeheka di lapisan yang ketiga dan golongan hamba
di lapisan keempat.
Sistem Agama dan Kepercayaan
Terdapat empat agama anutan utama di Asia Tenggara iaitu Islam, Hindu,
Buddha dan Confucianisme.
1. Hindu
Agama Hindu merupakan salah satu daripada agama utama di
dunia yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Malah agama
hindu
adalah
agama
besar
dunia
yang
terawal
Tenggara. Agama Hindu berasal daripada India.
Perkataan Hindu berasal daripada perkataan
di
Asia
‘Sindhu’
yang
berkaitan dengan Sungai Indus. Terdapat dua mazhab yang penting
dalam dalam Agama Hindu iaitu Mazab ‘gairisme’ yang menyembah
Dewa Siva’ dan Mazhab vaishnavisme yang menyembah Dewa
Vishnu.
Penganut hindu percaya kepda jelmaan tuhan. Menurut mereka,
terdapat tiga jelmaan tuahan Dewa Brahma ( Dewa pencipta),
Dewa
Vishnu
(
pemusnah) Dewa
Dewa
pelindung)
jelmaan
dan
Dewa
ini dikenali sebagai
Siva
(
Trimurti
Dewa
(
tiga
penjelmaan).
Selain itu ajaran hindu adalah berasaskan empat kitab atau veda
iaitu Reg veda, yajur veda,Atharva veda dan sama veda (Kitab-kitab
Veda).
Penganut agama hindu percaya kepada hukum karma dan kelahiran
semula. Hukum
karma
ialah
nasib
seseorang
yang
ditentukan berdasarkan perbuatan-perbuatan atau karmanya pada
masa kehidupannya sebelum itu. Sekiranya karma seseorang itu
baik dan mulia, apabila dia mati kelak dia akan menjelma semula
dalam kehidupan baru yang lebih baik dari yang sebelumnya.
15
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Matlamat hidup penganut agama hindu ialah mencapai nirvana iaitu
sesuatu keadaan dimana seseorang itu tidak akan dilahirkan
semula ke dunia ini tetapi akan bercantum dengan alam semesta
atau Dewa Brahma.
Agama Hindu disebarkan oleh ke negara-negara di Asia Tenggara
dari India melalui aktiviti perdagangan di antara kerajaan-kerajaan
awal di India dan Asia Tenggara. Pengaruh agama Hindu tersebar di
Pulau Jawa di bawah kerajaan Majapahit, Srivijaya, kerajaankerajaan awal di Tanah Melayu seperti Kedah Tua dan Gangga
Negara, kerajaan Khmer di Kemboja dan kerajaan Funan di Kemboja
yang merupakan kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara.
Kedatangan pengaruh Hindu ke Asia Tenggara dilakukan oleh para
pedagang (vaisya), pendeta (brahmin) dan tentera (ksyatria), dan
pengaruh Hindu diterima oleh masyarakat Asia Tenggara yang
sebelumnya merupakan masyarakat pagan.
Sesetengah sejarawan berpendapat pengaruh ini merupakan salah
satu proses “indianisasi” ke atas negara-negara Asia Tenggara yang
dilakukan
secara
‘en-bloc’
dalam
pelbagai
aspek
kehidupan
termasuk agama dan pemerintahan.
Raja-raja di Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu sebagai
mengukuhkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah, di bawah
konsep daulat dan sakti yang diamalkan dalam agama Hindu
termasuklah konsep “dewa-raja”, di mana Raja adalah wakil Tuhan
untuk memerintah.
2. Buddha
Agama Buddha adalah sebuah agama berbentuk falsafah yang
diasaskan melalui ajaran Siddharta Gautama yang hidup pada abad
ke-5 S.M.
Ajaran ini kemudiannya telah tersebar ke India dan ke seluruh dunia
terutamanya di Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Terdapat tiga mazhab utama dalam agama Buddha iaitu Theravada,
Mahayana dan Vajyarana dan berpegang kepada empat prinsip
16
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
kebenaran
yang
mulia
iaitu
kebenaran
mengenai
dukkha
(sengsara), sebab-sebab dukkha, kebebaran mengenai tamatnya
dukkha dan cara menghentikan dukkha melalui lapan jalan yang
mulia.
Di Asia Tenggara, agama Buddha tersebar dengan meluas dan
menjadi anutan utama masyarat di bawah dinasti Ayutthaya Siam,
dinasti Ava Burma Hulu,
selain kerajaan Shan dan Lao di timur
Burma.
Berdasarkan ajaran Buddha, setiap pemerintah yang beragama
Buddha dikehendaki menerapkan unsur-unsur nilai dan moral dalam
agama Buddha dalam pemerintahannya.
3. Islam
Kelahiran seorang Rasul (utusan Allah) di Tanah Arab pada abad ke7 masihi yang bernama Muhammad telah berjaya menyebarkan
pengaruh Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Nabi Muhammad bukanlah pengasas agama baharu, akan tetapi
meneruskan ajaran-ajaran para Nabi dan Rasul yang terdahulu yang
diutuskan termasuk Nabi-nabi Bani Israel (Yahudi) dan Nabi Isa
(Kristian).
Ajaran Islam adalah mengesakan Allah, yakni Tuhan itu adalah satu
dan tunggal dan Dialah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.
Asas-asas agama Islam melalui rukun Iman dan rukun Islam telah
berjaya membina tamadun di tengah-tengah kawasan masyarakat
Arab yang jahil dan tidak bertamadun pada ketika itu.
Agama Islam menjadi pilihan dan anutan di seluruh dunia kerana
ajarannya yang menyamaratakan semua manusia di sisi Tuhannya,
konsep
keadilan
yang
tidak
mendiskriminasi
antara
darjat,
keturunan, warna kulit dan gender, telah menyebabkan Islam
tersebar jauh hingga ke China di Timur.
Di Asia Tenggara, peranan para pedagang Arab dan India Muslim
yang menguasai perdagangan di antara Timur dan Barat telah
menyebarkan pengaruh Islam sehinga ke Asia Tenggara.
17
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Antara
kerajaan-kerajaan
yang
menerima
pengaruh
Islam
termasuklah kerajaan empayar Kesultanan Melayu Melaka dan
segala jajahan takluknya di Tanah Melayu dan Sumatera, kerajaan
Kesultanan Samudra-Pasai, kerajaan Kesultanan Acheh, kerajaan
Mataram, kerajaan Banten di Indonesia, Kesultanan Brunei di Borneo
dan Kesultanan Sulu di Filipina.
Pengaruh Islam telah menyebabkan pemerintahan di kebanyakan
Asia Tenggara yang sebelumnya dipengaruhi oleh Hindu-Buddha
beralih kepada pengaruh Islam dalam pemerintahan.
Antara pengaruh Islam dalam pemerintahan
termasuklah
penggunaan gelaran Sultan untuk Raja, selain pengenalan undangundang Islam dalam pentadbiran.
4. Confucianisme
Confucianisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan
ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang
daripada
falsafah
bangsa-bangsa
yang
menganutinya
dan
berkembang di Tanah Besar China.
Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan,
penghormatan,
tatasusila,
kasih
saying,
kepatuhan
kepada
peraturan sosial dan sebagainya dan disanjung tinggi oleh golongan
terpelajar dan pegawai kerajaan
Confucianisme tidak dianggap
sebagai
satu
agama
yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang
baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan
dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan
terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal
pengikutnya
tentang
makna
perikemanusiaan,
dia
menjawab
"kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah
kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan sifat baik."
Di Asia Tenggara, ajaran Confucianisme menjadi ajaran utama di
Indochina terutamanya di Vietnam.
18
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Di bawah Dinasti Nguyen, Maharaja dibantu oleh para pegawai yang
berfahaman Confucianisme dan sistem pemilihan pegawai juga
adalah mengikut amalan yang dilaksanakan di Tanah Besar China.
19