IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR,
SUHARTO DAN LEE KUAN YEW: IKTIBAR UNTUK PEMIMPIN
MASA DEPAN 1
Oleh:
Lutfan Jaes2
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia
[email protected]
ABSTRAK

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan idea
kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan pemimpin dalam menerajui proses pembangunan
negara. Mahathir, Suharto dan Lee Kuan Yew (LKY) masing-masing negarawan unggul Asia
Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik demi mencapai misi dan visi
yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya
cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan masingmasing berjaya membawa masyarakat berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain
dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Karl Marx
dalam The German Ideology (1945) berpandangan “Idea Kepemerintahan” (ruling ideas) adalah
milik golongan borjuis untuk mempengaruhi pola fikir golongan proletariat sehingga segala
penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu.
Hujah Karl Marx berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik material

dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Namun demikian idea kepemerintahan di
Asia (Malaysia, Indonesia dan Singapura) seharusnya dipertimbangkan dalam acuan latar sejarah
1 Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Ketahanan Nasional III anjuran bersama Institut Pemikiran
Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (IPDM-UUM) dan Yayasan Melaka pada 3-5
Disember 2012.
2 Lutfan bin Jaes merupakan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kini
sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di UUM. Beliau boleh dihubungi: (H/P) 019-7788034.
(Fax) 07-4536090

1

politik, ekonomi dan sosial tersendiri. Abdul Rahman (2009) mendefinasikan “Idea
Kepemerintahan” sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam
memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang
sama mempersiapkan untuk hari depan. Dalam hal kepemerintahan ini, penerapan nilai di dalam
“gaya kepimpinan” mereka dilihat sebagai fomular kejayaan utama pembangunan. Nilai yang
dimaksudkan ialah “nilai Asia” yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam
(Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY). Nilai Asia berdasarkan
kepercayaan bahawa negara-negara di Asia mempunyai satu set lembaga dan ideologi unik
mencerminkan budaya daerah dan sejarahnya tersendiri. Terdapat sekelompok nilai dan

kepercayaan bersama yang diikuti oleh kebanyakan orang Asia sebagai panduan hidup di dunia.
Nilai-nilai yang dikongsikan ini bolehlah dipanggil sebagai “nilai Asia”, sepertimana kelompok
nilai bersama yang boleh dipanggil sebagai “nilai Barat” (Mahathir, 1999; hal 79). Akhir sekali
Michael Vatikiotis (1995), dalam bukunya Indonesian Politics Under Suharto menjelaskan
bahawa jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia.
Suharto berkuasa pada saat Singapura diperintah LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir.
Kestabilan negara besar Indonesia secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan
menyebabkan Malaysia dan Singapura digelar East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Diharapkan
dengan melihat kembali idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, Suharto dan LKY,
satu iktibar diperoleh untuk pemimpin generasi akan datang.

Kata Kunci : Idea Kepemerintahan, Gaya Kepimpinan, Mahathir, Suharto, LKY

PENDAHULUAN

2

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan

“idea


kepemerintahan” dan “gaya kepimpinan” berkesan pemimpin dalam menerajui proses
pembangunan negara. Mahathir, Suharto dan Lee Kuan Yew (LKY) masing-masing negarawan
unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik demi mencapai
misi dan visi yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun
pelaksanaannya

cukup

terbatas

mengikut

acuan

sendiri.

Mereka

berjaya


membawa

masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan sukar ditandingi
oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Dalam hal ini, penerapan dan
manipulasi nilai di dalam idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan mereka dilihat sebagai
fomular kejayaan utama dalam memastikan pembangunan bersama di Asia Tenggara. Nilai yang
dimaksudkan ialah “nilai Asia” yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam
(Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY).
Sehubungan dengan itu, penulisan ini secara umum cuba menyorot dua (2) perkara iaitu i) asas
tindakan dan idea kepemerintahan Mahathir, Suharto dan LKY ii) gaya kepimpinan berkesan
Mahathir, LKY dan Suharto.
Vatikiotis (1996, hal 29) dalam Hilley (2008, hal 46) menyatakan:
Kesemua ideologi politik moden yang didukung oleh negara Asia Tenggara sezaman,
adalah berasaskan tradisi tetapi memperlihatkan dirinya sebagai moden, dan berfikir ke arah masa
hadapan. Pancasila di Indonesia Prinsip Asas di Singapura dan Rukun Negara di Malaysia,
kesemuanya menyokong prinsip masyarakat awam Barat seperti kebebasan, keadilan dan
kehormatan manusia. Ia juga menekankan tradisi dan juga masyarakat kolektif: keperluan untuk
bersikap toleransi, kesedaran komuniti yang teguh, disiplin bersama, menghormati pemimpin dan
kerohanian.


Penulisan ini juga cuba mempromosi dan memahami dengan lebih baik nilai-nilai Asia yang
terbukti berjaya dimanipulasi dengan berkesan oleh pemimpin untuk berkuasa serta mencetuskan
perubahan dalam pembangunan. Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan ketiga-tiga pemimpin
ini mungkin berbeza-beza tetapi dilihat mempunyai pelantar asas yang sama iaitu manipulasi
nilai-nilai Asia terpilih. Mungkin satu panduan umum dalam merencana idea kepemerintahan dan
gaya kepimpinanan Asia boleh dihasilkan seterusnya dijadikan panduan pemimpin akan datang.

3

IDEA KEPEMERINTAHAN DI ASIA
Idea kepemerintahan dikenali sebagai “ruling ideas”; digunakan oleh Karl Marx dalam The
German Ideology (1945). Menurut Marx,3 “ruling ideas” adalah milik golongan borjuis untuk
mempengaruhi pola fikir golongan proletariat sehingga segala penindasan yang dilakukan oleh
mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu. Konsep asalnya dinyatakan oleh
Marx seperti berikut:
“The ideas of the ruling class are in every epoch the ruling ideas, i.e. the class
which is the ruling material force of soceity, is at the same time its ruling intellectual
force. The class which has the means of material production at its disposal has control at
the same time over the means of mental production, so that thereby, generally speaking,

the ideas of those who lack the means of mental production are subject to it. The ruling
ideas are noting more then the ideal expression of the dominant material relationships, the
dominant material relationships grasped as ideas; hence of the relationships which make
the one class the ruling one, therefore, the ideas of its dominance”.

Hujah Karl Marx adalah berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik
material dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Kelas pemilik material melakukan
penguasaan dengan cara mengeksploitasi buruh, demi menambahkan lagi kekayaan material dan
intelektual mereka.
Dalam hubungan ini, keadaan masyarakat di Malaysia, Indonesia dan Singapura tidaklah seketat
seperti yang dianalisis oleh Marx kerana pemimpin-pemimpin yang muncul, baik semasa
pemerintahan kesultanan mahupun setelah mencapai kemerdekaan, kuat dipengaruhi oleh amalan
budaya dan ajaran agama (Hindhu, Budhha, Islam). Mereka memimpin masyarakat dengan tujuan
untuk memberikan keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih baik. “Ruling Ideas” di
Malaysia, Indonesia dan Singapura seharusnya dilihat dalam acuan sendiri dengan latar sejarah
politik, ekonomi dan sosial serta pertimbangan gaya nilai peradaban Nusantara, Melayu-Islam
dan Rukun Negara/Pancasila. Mungkin ada beberapa perbezaan di Singapura apabila nilai
peradaban dari luar Nusantara wujud (Konfucius) bagi panduan hidup masyarakat Cina. Namun
begitu ia masih merupakan kelompok nilai-nilai Asia malah mewakili kelompok terbesar dari
nilai Asia Timur.

3 http://wwsword.blogspot.com/2008/06/ideas-of -ruling-are-in-every.html

4

Sehubungan dengan itu “Ruling Ideas” hanya perlu dipinjam istilahnya sahaja (dari Barat) untuk
mengupas dan memahami idea pelaku-pelaku utama. Ini kerana idea-idea pelaku utamalah yang
menggerakkan pemerintahan. Abdul Rahman (2009, hal 3) mendefinasikan “Ruling Idea” atau
“Idea Kepemerintahan” sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin
dalam memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam
masa yang sama mempersiapkan untuk hari depan. Sebuah hadis Rasullah SAW mengingatkan
manusia mestilah dipimpin dengan penuh rasa tanggungjawab.
Semua kamu adalah pengembala dan semua kamu bertanggungjawab atas
gembalaannya. Imam bertanggungjawab atas rakyatnya. Lelaki pengembala ahli
rumahnya, dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Perempuan pengembala rumah
suaminya dan bertanggungjawan atas rakyatnya. Khadam pengembala harta benda
tuannya dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Bahkan seluruh kamu adalah pengembala
dan bertanggungjawab atas rakyat gembalaannya.
(Hadis riwayat Bukhari-Muslim, dipetik daripada Hamka, 1977; hal 4)

Fitrah kehidupan manusia memperlihatkan wujudnya dua golongan utama dalam masyarakat –

golongan yang memimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan yang memimpin itu tercorak
oleh budaya kelas sosial yang selalunya lebih tinggi daripada golongan yang dipimpin. Bagi
orang Melayu pepatah ada menyebut, “Pemimpin itu mestilah yang didulukan selangkah, yang
ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekutu”. Dalam rumpun
Melayu; ungkapan Jawa mengatakan hakikat kepimpinan itu “Ing Ngarsa Sung Tulada, Ing
Madya Mangun Karsa, Tut Wuri Handayani” (Ghazali Shafie, 2001; hal 155-156). Maksudnya,
yang di hadapan menjadi teladan, yang di tengah membangun kehendak, yang dibelakang
membimbing atau mempengaruhi.
PEMIMPIN DAN GAYA KEPIMPINAN DI ASIA4
Kepemimpinan diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Bagi menghadapi cabaran dan
mewujudkan perubahan, sudah pasti memerlukan gaya tindakan untuk mencapai matlamat yang
disasarkan. Pemimpin yang bermatlamat akan mendorong masyarakat ke arah pencapaian dan
kejayaan dalam sebarang tindakan yang dilakukan (Clark, 1999: hal 116). Sehubungan itu,

4 Dalam hal ini penulis tidak berhasrat untuk membincangkan gaya kepimpinan dalam konteks definisi dan istilah
pengurusan. Begitu juga dengan pelbagai teori gaya kepimpinan masa kini seperti Fiedler’s Contigency Leadership
Model atau Hersey-Blancard Situational Leadership Model.

5


pemimpin yang hebat seharusnya mampu memikir dan mengemukakan nilai-nilai, norma-norma
dan aspirasi yang boleh mengekal serta merubah golongan yang dipimpinnya (Mohd Ali, 1998:
hal 29).
Kejayaan penerapan nilai-nilai Asia melalui gaya kepimpinan berkesan khususnya di Malaysia,
Singapura dan Indonesia dibuktikan melalui kejayaan pembangunan ekonominya. Pembangunan
ekonomi Asia Timur merupakan salah satu perkembangan paling penting di dunia pada separuh
kedua abad ke 20. Proses ini bermula di Jepun pada tahun 1950 an, sebuah negara bukan Barat
yang telah berjaya memodenkan dirinya dan menjadi maju dalam bidang ekonomi. Proses
pembangunan ekonomi ini berbangkit pula kepada “Empat Harimau” (Hong Kong, Taiwan,
Korea Selatan dan Singapura) dan kemudiannya merebak pula ke China, Malaysia, Thailand dan
Indonesia dan kini sudah mula bertapak di Filipina, India dan Vietnam. Pengembangan
perdagangan yang mendadak juga telah berlaku, pertamanya antara Asia dengan bahagian lain
dunia dan kemudiannya antara negara-negara Asia sendiri. Prestasi ekonomi Asia ini sangat
berlawanan dengan pertumbuhan sederhana ekonomi Eropah dan Amerika dan kebantutan yang
sedang melanda sebahagian besar negara dunia yang lain (Huntington, 2008: hal 135-136).
Salah satu daripada nilai-nilai Asia yang terserlah di dalam gaya kepimpinan Asia berkesan tidak
kira dalam mana-mana bentuk organisasi ialah elemenb nilai Father Leadership dan Paternalistic
Leadership. Ia mungkin dianggap tidak releven di era pasca modenisasi dan globalisasi ini tetapi
kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa ia masih boleh kembali semula malah masih begitu
kukuh. Di India, sebagai contoh, terdapat amalan "paternal authoritative-ness” (Brislin, 1993, hal

275; Kumar dan Saxena, 1983; Sinha, 1980). Ia suatu keadaan di mana pihak berkuasa perlu
mampu menjangka kehendak rakyatnya dan memupuk kepercayaan tentang keperluan dan
layanan hidup sebagai sebuah keluarga seperti ahli keluarga pemimpin. Untuk itu, kualiti seorang
pemimpin yang diperlukan ialah arif dan berpengetahuan tentang apa yang perlu dilakukan dalam
pelbagai situasi untuk kebaikan rakyatnya. Pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab untuk

6

memastikan kestabilan politik tetapi juga untuk memberi nasihat yang baik dan menawarkan
bantuan kepada rakyat. Keputusan yang sama dilaporkan oleh Yao (1987) di Republik Rakyat
China yang menyokong konsep “paternal authoritative-ness”; di mana pemimpin perlu kuat,
berkesan dan berpengetahuan. Sistem nilai negara Cina dan gaya kerjanya masih didominasi oleh
sistem nilai tradisional (Low, 2006; hal 90).
Di negara Jepun juga konsep father leadership juga digunapakai dengan mengamalkan "oyabun"
atau "Bapa Kepimpinan" (Hanada & Yoshikawa, 1991; hal 36). Begitu juga di Indonesia secara
umumnya pekerja taat dan cenderung mengharapkan majikan menyediakan kemudahan seperti
pengangkutan, makanan, bekalan air minuman. Konsep Sumonggo Dawuh kukuh diamalkan
dalam konteks pemimpin perlu menjadi contoh ikutan kepada yang dipimpin. Dalam latihan
kakitangan, bimbingan dan mentor menjadi kritikal. Pengurus seperti bapa menjaga kepentingan
dan keperluan kanak-kanak. Sumonggo dawuh boleh ditafsirkan sebagai jalan dalam kakitangan

mengaku beliau penyelia sebagai contoh untuk diikuti (Low, 2005; hal 32). Begitu juga dengan
kerajaan Singapura yang mempunyai penguasaan ketat terhadap politik Singapura serta didokongi
oleh sistem birokrasi awam yang "cekap" dan berpengaruh (Gale,1999; hal 2-3) Dalam hal yang
lain pula negara Singapura sering dilabel sebagai “Negera pengasuh” dan “mendokong” terlalu
banyak sektor dalam negara sebagai alasan utama kestabilan politik (Tay, 2001; hal 24).
Mahathir, Suharto dan LKY dilihat berjaya dengan cara mereka tersendiri tetapi di dalam
kerangka gaya kepimpinan berkesan yang berteraskan nilai-nilai Asia. LKY dan Mahathir
nampak lebih menjuarainya di pentas antarabangsa. Manakala Suharto menterjemah sepenuhnya
melalui sistem nilai dalam gaya kepimpinan yang ditonjolkan. Kebersamaan mereka telah
menjadikan rantau Asia Tenggara aman dan makmur secara bersama.
NILAI ASIA : SATU PERBINCANGAN
Perbincangan berkenaan “nilai Asia” di kesan oleh penulis selewat tahun 1976 apabila Universiti
Singapura mengadakan satu seminar bertajuk Asian Values and Modenization. Antara lain,
seminar bertujuan melihat dan mengenalpasti perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku

7

kepada masyarakat di Asia kesan daripada proses modenisasi dan industrilisasi. Turut
dibincangkan ialah bagaimana untuk mengimbangi hal-hal berkaitan tradisi, pembangunan dan
pembaratan dalam masyarakat di Asia. Manakala Metzger (2009; hal 6) menyatakan
kemungkinan permulaaan perbicaraan nilai-nilai Asia ini berpunca daripada penerbitan karya
Orientalism oleh Edward Said pada tahun 1978. Sebenarnya pada tahun-tahun 1980an,
perbincangan tentang nilai-nilai Asia hebat sekali oleh sebab ada pihak yang menyokong kuat
nilai-nilai tersebut dan ada pula beberapa pemerhati yang menentang nilai-nilai itu atau yang
tidak memberi perhatian yang seimbang kepada nilai-nilai yang dibincangkan itu.
Nilai Asia adalah merujuk kepada semua orang Asia tanpa mengira budaya, etnik, geografi,
sejarah dan perbezaan agama tetapi berkongsi beberapa falsafah kehidupan yang sama. Asia
adalah kumpulan yang menekankan kepada elemen spiritual dan kurang materialistik berbanding
Barat. Dalam hubungan sesama manusia, terdapat kecenderungan mendalam untuk menilai moral
seseorang berbanding status dan kuasanya. Nilai Asia menekankan sifat tolak ansur, tidak ganas,
tidak militan, tidak agresif dalam konteks hubungan sesama manusia. Orang Asia juga selalu
digambarkan sebagai sangat mencintai keamanan sesama manusia dan sanggup menyelesaikan
konflik secara persetujuan bersama daripada berperang atau mengambil tindakan undang-undang
(Seah & Ho, 1977: hal 11)
Mahathir (1999) dalam bukunya bertajuk Kebangkitan Semula Asia berpendapat nilai Asia yang
pertama dan terpenting ialah berorientasikan masyarakat dan kekeluargaan 5. Masyarakat di Asia
lebih menghargai keluarga serta keperluan dan kepentingan masyarakat berbanding dengan
individu dan hak untuk kebebasan perseorangan yang mutlak. Memenuhi tanggungjawab
terhadap keluarga dan masyarakat adalah lebih diutamakan daripada menuntut manfaat individu.
Seterusnya Mahathir berhujah nilai Asia juga termasuk perasaan hormat bagi pihak berkuasa.

5 Elemen “kekeluargaan” cenderung dilihat Barat sebagai satu bentuk Nepotisme serta menidakkan keupayaan
seseorang individu yang lebih berbakat.

8

Pihak berkuasa dianggap sebagai penjamin kestabilan untuk seluruh masyarakat. 6 Tanpa
kepercayaan atau perasaan hormat terhadap pihak berkuasa, sebarang masyarakat walau sebuah
masyarakat Barat sekalipun yang mengagungkan hak individu akan reput menjadi anarki.
Manakala Kishore Mahbubani (1998) pula, “nilai Asia” ialah sebuah set pengajaran moral dan
sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia sejak
beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah menjadikan keluarga sebagai sebuah
institusi, penghormatan kepada kepentingan masyarakat, berjimat cermat, konservatif dalam adat
istiadat sosial dan hormat kepada pihak berkuasa. Seterusnya, asas-asas “nilai Asia” dalam
konteks sosiologi pula adalah hidup saling bantu membantu dikalangan masyarakat, perhubungan
ibu bapa-anak dan kehidupan keluarga yang bersatu padu, pola persahabatan dan ideologi
normatif dan konsep nilai (Seah & Peter, 1977; hal 30-37).
Pada mulanya perbincangan tentang “nilai Asia” lebih sinonim dengan ajaran Konfucius.
Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep
“Demokrasi Konfucius” mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat, keperluan dalam
keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam
konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat “kebaikan
bersama” sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah
(Hung, 1993).
Nilai Asia berkaitan dengan konsep tidak mementingkan diri, disiplin diri dan pengorbanan
peribadi demi kebaikan bersama kumpulan. Ini adalah penting untuk persepsi moral keharmonian
awam dan dinamika sosial. Dengan kepimpinan yang betul, ia adalah satu rangka kerja untuk
"kemakmuran ekonomi, kemajuan, perhubungan yang harmoni di antara rakyat, dan undangundang dan perintah". Nilai budaya khusus negara-negara Asia Timur dapat dilihat dengan jelas
dari bawah ke atas melalui radas sosial dan politiknya. Bermula dengan ciri utama masyarakatnya
6 Dalam hal ini, penulis berpendapat Korea Utara dan China berada dalam senarai paling hadapan diikuti oleh Korea
Selatan, Jepun dan lain-lain. Namun persoalannya ialah adakah negara bersistem Komunis boleh dikategorikan sebagai
negara bernilai Asia tinggi?

9

yang berorientasikan kumpulan; kepentingan masyarakat dirasakan datang sebelum individu.
Malah, kadang-kadang berhujah sebagai communitarian, mungkin neo-Hegelian, seseorang perlu
diiktiraf dalam sesebuah institusi dan berinteraksi dalam unit yang besar. Dalam lain perkataan
juga bahawa individu itu bukanlah makluk yang terpencil, tetapi seorang ahli keluarga nuklear
dan lanjutan kepada sesuatu puak, kejiranan, masyarakat, negeri dan negara. Masyarakat Asia
Timur percaya bahawa apa sahaja yang mereka lakukan atau perkatakan hendaklah
mengambilkira kepentingan orang lain. Setiap individu Asia perlu mengimbangi kepentingannya
dengan keluarga dan masyarakat (Tommy Koh, 1993, hal 6).
Oleh yang demikian Takashi dan Edward (1997) menyatakan bahawa masyarakat Asia Timur
adalah kumpulan yang lebih sedar daripada mereka yang liberal, bekerja untuk kebaikan
masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri dan menerima bahawa perpaduan dan kestabilan
masyarakat adalah lebih penting mengatasi hak individu. Kelakuan dan adab diri merupakan
motivasi berbentuk “kebimbangan” dalam diri setiap individu dan perlu diseimbangkan dengan
tugas dan tanggungjawab. Sememangnya ini adalah benar dengan hanya melalui masyarakat yang
teratur dan tidak mementingkan diri sahaja barulah semua anggota masyarakat boleh hidup
dengan selamat dan bermakna. Tidak ketinggalan juga, Goh Chok Tong (1994, hal 417)
menyifatkan “nilai Asia” melibatkan rasa masyarakat dan kenegaraan, manusia berdisiplin dan
rajin, nilai-nilai moral yang kukuh dan hubungan keluarga.
Agama pula merupakan

komponen terpenting dalam penerapan nilai budaya Asia Timur.

Beberapa pemimpin Asia Timur berhujah bahawa pemisahan gereja dan negara di Barat dan
proses akibat sekularisasi menyumbang kepada keruntuhan moral dalam kehidupan awam dan
menyerlahkan impuls negatif individualisme. Di Asia Timur, walaupun kepelbagaian agama
terutamanya Buddha, Islam dan Kristian serta proses sekularisasi, namun agama masih
memainkan peranan dalam kehidupan seharian dan masih menyumbang kepada orientasi identiti
dan kumpulan (Takashi & Edward, 1997).

10

Mahathir berkeyakinan bahawa faktor nilai-budaya memainkan peranan terhadap
kejayaan atau kemunduran sesebuah masyarakat. Begitu juga, LKY, percaya dan yakin
bahawa zaman awal kanak-kanaknya telah mendedahkan beliau kepada pegangan moral
yang kuat untuk mengharungi kehidupan sehingga zaman dewasa (Barr, 2000: hal 162).
Justeru, faktor persekitaran adalah penyumbang kepada kemajuan kerana faktor ini
membolehkan individu menghadapi cabaran bagi membentuk daya tahan dalam
kehidupan mereka.
IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR
Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir sangat dipengaruhi oleh latarbelakang sosial
dan kerjayanya. Ia diterjemahkan melalui penulisan-penulisan seawal membicarakan sistem
budaya dan nilai masyarakat Melayu dalam akhbar The Straits Times dan The Sunday Times.
Dalam menggambarkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, “seteru politik”
beliau iaitu LKY merupakan tokoh yang selayak memberikan pendapat. 7 Malah idea
kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir dalam pandangan LKY banyak tercatat dalam
pelbagai peristiwa dan insiden yang melibatkan hal antara kedua-dua negara Malaysia dan
Singapura. LKY menyatakan;
He (Mahathir) was different from his predecessors. The Tunku, Razak and Hussein Onn
were from the aristocracy or the traditional ruling families associated with the sultans. Like me.
Mahathir is a commoner-a trained profesional doctor and self-made politician. I believed I had
satisfied him that I was not interested in outmanoeuvring him, that I wanted a businesslike
relationship. It was as well I initiated this dialogue and developed a working relationship. Had we
carried our old antagonisms into the future, both countries would have suffered.
(LKY, 2010; hal 276-7)

Dalam satu siri ucapan LKY sempena kemerdekaan Singapura beliau mengucapkan;
He (Mahathir) understands the ideal state: peace, freedom, nutrality
Not everybody in Malaysia has got the courage of Dr Mahathir (and) also the sense of
reality.
(Seow, 2010; hal 313)

LKY dalam satu temubual dengan The Washington Post pula dipetik berkata;
7 Mahathir dalam Tom Plate (2012; hal 110) sinis menyatakan bahawa “orang memandang Lee Kuan Yew sebagai
intelek dan bukan sebagai ahli politik biasa, beliau sering dijemput berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara
malah ke peringkat beliau dilihat lebih besar dan penting daripada Singapura!”.

11

He (Mahathir) is a leader with a graps of the realities of superpower politics.
(Seow, 2010; hal 313)

Mahathir seorang yang tidak suka berselindung dalam menyuarakan pendapatnya. Beliau berani
berterus terang walaupun dalam banyak keadaan melukakan hati dan perasaan orang yang
ditegurnya. Malah Mahathir sering menegur khususnya sikap orang Melayu yang mempunyai
perasaan malu yang tidak bertempat. Tulisan beliau dalam buku pertamanya The Malay Dilemma
pada tahun 1970 antara lain membincangkan tentang ciri-ciri budaya Malayu seperti takdir dan
kemajuan yang terikat dengan nilai orang Melayu. Beliau berpegang pendapat bahawa orang
Melayu hanya boleh berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang progresif. Nilai-nilai ini
termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta mengamalkan pakaian yang sopan,
kelakuan yang baik serta amalan keagamaan, bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga,
kerja dan sifat-sifat yang bermoral (Sivamurugan, 2005; hal 36).
Demi kepentingan negara, Mahathir sangat berterus terang menyatakan hasratnya. Ini diingati
oleh LKY apabila Mahathir di awal pemerintahannya sebagai Perdana Menteri bersikap terlalu
berterus terang meminta LKY memindahkan ketumbukan SAF (Singapore Arm Forces) dari
pembentungan bekalan air dari Johor ke Singapura 8. Mahathir juga meminta meminta LKY
supaya memutuskan hubungan dengan pemimpin Cina di Malaysia khususnya dari DAP
(Democratic Action Party). Mahathir amat bersahaja dan berterus terang dalam menyatakan antiSingapura nya.
Mahathir was candid about his deep anti-Singapore feelings. He recounted how, as a
medical student in Singapore, he had directed a Chinese taxi driver to the home of a lady friend,
but had taken to the servants’ quaters of this house. It was an insult he did not forget. Singapore
Chinese, he said, looked down upon the Malays.
(LKY, 2010 ; hal 276)

Malah cara Mahathir yang lantang dalam mengemukakan pendapat dan mengurus krisis
kewangan yang melanda sekitar 1997-1999 juga menjadi ingatan kekal oleh LKY.
Prime Minister Mahathir of Malaysia was diminished by the Western media headlining
his denunciations against currency speculators and Jews like George Soros.
(LKY, 2010; hal 384)
8 LKY menyatakan bahawa keperluan meletakkan askar Singapura di pembetungan bekalan air Johor –Malaysia bagi
tujuan kotigensi di kemudian hari jika Malaysia tiba-tiba dikuasai oleh golongan pelampau dan Ultra Melayu.

12

As the crisis spread, in July Malaysian Prime Minister Mahathir denounced George
Soros as the speculator responsible. Then Bank Negara Malaysia announced changes limiting the
amout of Malaysian ringgit that could be swapped into foreign currencies.
In September 1997, at an IMF/World Bank meeting of international bankers in Hong
Kong, Mahathir said. “Currency trading is unnecessary, unproductive and totally immoral. It
should be stop. It should be made illegal.” Another sell-out of all Asean currencies and stocks
followed
(LKY, 2010; hal 386)

Kegagalan mengamalkan nilai-nilai era globalisasi dikatakan membawa kesan kepada
permasalahan ekonomi negara-negara Asia khususnya sekitar tahun 1997. Ekonomi Asia yang
begitu berjaya hingga mampu menyaingi Barat mengalami kehancuran dan tuduhan dilakukan
disebabkan mereka mengamalkan kronisme, pemerintahan dan gaya kepimpinan yang tidak telus.
Mahathir (1999, hal 123) dalam bukunya Kebangkitan Semula Asia menangkis tuduhan ini dan
berhujah secara lantang bahawa Asia dibinasakan oleh sistem pasaran bebas yang tidak di kawal
selia dimana pedagang matawang dibenarkan memanipulasikan sistem kewangan untuk mengaut
keuntungan besar daripada penderitaan rakyat Asia.
LKY mengakui tidak ada pemimpin lain sehebat Mahathir (di Malaysia) terutamanya dalam
keadaan yang paling sukar.9 Keberanian dan kelantangan Mahathir di peringkat antarabangsa
dalam memperkata serta memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya amat dikagumi. Sebagai
contoh, LKY mengingati perkara-perkara ini dalam pengalamannya berurusan dengan
kepimpinan di Australia dan New Zealand.
.......when Australia and New Zealand wanted to join the Asia side of the Asia Europe
Meeting (ASEM) of heads of government in Bangkok in 1996, Prime Minister Mahathir objected,
saying they were not a part of Asia. It was his visceral reaction, one not shared by most of the
other leaders.
(LKY, 2010; hal 445)

LKY mula mengenali dan membaca pemikiran Mahathir dan menjangkakan gaya kepimpinan
berbeza dengan pemimpin Malaysia sebelumnya tetapi mewarisi idea kepemerintahannya yang
sama dengan Perdana Menteri Malaya sebelumnya. Ia terkait dengan idealisme mempertahankan
9 Dalam hal ini LKY merujuk kepada pemecatan dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim

13

kedaulatan hagemoni Melayu yang dituduh LKY sebagai lantang, agresif dan ultra. Beliau
mencatatkan bahawa pertemuan susulan dan timbal balik lawatan antaranya dan Mahathir diharap
positif walaupun tidak mampu mengelak perasaan syak wasangka.
I expected Mahathir to succeed Hussein as Prime Minister and wanted to put our old
antagonism behind us. I knew he was a fierce and dogged fighter. I had seen the way he had
fought the Tunku when the Tunku was at the height of his power. He had been expelled from
UMNO but that did not deter him from carrying on the fight. I was not unwilling to clash with him
when we were in Malaysia, but feuding between two sovereign states was different. I initiated this
dialogue to clear away the debris of the past.
(LKY, 2010; hal 275)

Konsistensi Mahathir dalam memperjuangkan hagemoni Melayu 10 mendapat perhatian LKY
dalam catatannya;
In May that year (1999) Malaysian opposition leader, Lim Kit Siang, revived the concept
Malaysian Malaysia. Mahathir reacted sharply to say it was a threat to their (Malay) identity,
becuse Malaysia was previously called Tanah Melayu (Malay land).
(LKY, 2010; hal 286)

Mahathir belajar daripada semua orang. Beliau tidak pernah rasa malu untuk belajar walaupun
dengan “seteru nya” sendiri. Ini dilakukan demi yang terbaik untuk agama, bangsa dan
negaranya. LKY mengenangkan perkara ini dengan menyatakan;
“He (Mahathir) had asked his ministers and officers to learn from Singapore. No other
Malaysia prime minister or minister had ever publicly said they had anything to learn from
Singapore; Mahathir did not suffer from this inhibition. This open minded attitude of learning
from anyone whose success he wanted to duplicate in Malaysia distinguished him from his
predecessors.”
(LKY, 2000; hal 277)

Dalam masa yang sama, kesanggupan Mahathir yang sanggup meminta bantuan dan belajar dari
“musuh”nya11 dalam membangunkan ekonomi orang Melayu agak membingungkan LKY.
Mahathir dalam hal ini telah meminta Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry
Malaysia membantu golongan usahawan bumiputera yang kerugian untuk membangunkan
semula perniagaan mereka.12

10 Isu yang terkait dengan kedaulatan dan hagemoni Melayu dalam penulisan ini merupakan sesuatu yang abstrak
sahaja. Isu ini sebenarnya memerlukan satu wacana lainnya yang lebih khusus untuk dibincangkan.
11 Dalam hal ini LKY menganggap Mahathir menidakkan peluang sama rata khususnya kepada kaum Cina dalam
bidang perniagaan.
12 LKY mendedikasikan hal ini di autobiografinya. Sila baca lebih lanjut Lee. K. Y. (2000). From Third
World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish

14

Pemikiran dan usaha Mahathir yang saintifik dan pragmatik demi menyedarkan bangsa
Melayunya agar bangun berusaha mengaplikasikan sains dan teknologi serta tidak terperangkap
dengan amalan agama yang kabur juga di lihat LKY sebagai sesuatu yang luar biasa;
“He (Mahathir) had pushed the Malays towards science and technology and away from
obscurantism. He had the courage to say in public that lady doctor using a pencil to examine a
male patient (which the Muslim religious leaders wanted) was not the way to treat patients.....he
had educated younger Malays, open their minds with the vision of the future based on science and
technology, especially computers and the internet......The majority of the Malays and all the
Chinese and Indians in Malaysia want this future, not a turn towards extreme Islamic practices.”
(LKY, 2000;hal 290)

Mahathir berpendapat bahawa kemunduran orang Melayu adalah disebabkan faktor baka dan
alam sekitarnya yang mudah. Oleh yang demikian Mahathir menyarankan perkahwinan campur
dan penghijrahan ke penempatan bandar. Seterusnya Mahathir berpendapat kemunduran orang
Melayu adalah disebabkan oleh tatasusila dan sistem nilai. Mahathir menjelaskan bahawa
tatasusila dan sistem nilai menentukan kemajuan serta perkembangan sesuatu bangsa.
Sehubungan itu beliau menyarankan orang Melayu mengenali diri sendiri dan mengkaji dengan
lebih terperinci tentang sifat-sifat mulia yang membawa kepada kejayaan dan kemajuan. Sifatsifat

yang

perlu

untuk

menghadapi

hidup

iaitu

kesederhanaan,

kebaranian

dan

kebijaksanaan/kesabaran (Rumaizuddin, 2011; hal 143-145).
Penulisan beliau dalam Revolusi Mental (1971) telah mengemukakan punca kemunduran kaum
Melayu berpunca daripada kemiskinan jiwa bukannya kemiskinan wang. Saranan beliau dalam
bukunya untuk mengubah nasib kaum Melayu, mereka mesti mengubah cara berfikir atau
merevolusikan mental (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2006; hal 163). Bukunya The Way Forward
(1998) pula menyatakan bahawa tanpa wujudnya reformasi dalam budaya tempatan, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) akan gagal. Mahathir juga menganggap keunggulan bangsa Melayu
sebagai “Melayu Baru” banyak bergantung kepada DEB serta struktur budaya dan nilai-nilai baru
untuk bersaing dengan komuniti lain di peringkat antarabangsa. Kewujudan dasar baru, tidak
mungkin berjaya tanpa adanya perubahan dan penyesuaian dengan nilai baru. Ini akan

15

memudahkan masyarakat Melayu berhadapan dengan komuniti yang lebih maju berbanding
hanya sekadar menjadi petani dan petty trader (Sivamurugan, 2005; hal 45).
Dalam bukunya “the challenge” (1986) Mahathir menjelaskan tiga aspek utama bagi orang
Melayu menghadapi cabaran iaitu i) Islam sebagai sumber dalaman (intrinsic) untuk
membangunkan orang Melayu; ii) perlunya orang Melayu memperbaiki sistem nilai-budaya
untuk mencapai kemajuan; dan iii) perlunya orang Melayu mempunyai organisasi yang
berdisiplin (Ahmad Fawzi & Abdul Rahman, 2004) dalam (Ramlah Adam, 2004; hal 25).
Kemajuan bangsa Melayu hendaklah selari dengan agama Islam. Mahathir berpendapat bahawa
mana-mana pihak yang ingin membawa kemajuan bangsa Melayu dengan membelakangkan nilainilai agama tidak akan berjaya (Rumaizuddin, 2011; hal 145). Kedudukan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia membolehkan kerajaan melakukan perkara-perkara bersifat Islam dan
agama lain diberikan kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Mahathir
menyatakan bahawa:
.....Malaysia is an Islamic country based on the accepted interpretation that Islam is the
official religion. The fact that ours ia a multi-racial country with a Muslim majority, and the fact
that many leaders of the country, including ministers, comprise non-Muslims, does not detract
from that fact (The Star, 18 September 2002).

Mahathir menyedari bahawa dalam mana-mana masyarakat sistem nilai akan berubah. Beliau
menyeru agar sistem nilai orang Melayu di kaji dan diambil sistem nilai yang dianggap terbaik
untuk dijadikan teras yang serasi dengan tuntutan Islam dan orang Melayu. Melalui nilai-nilai
budaya itulah, orang Melayu akan berupaya bergerak bersama-sama dengan bangsa lain untuk
maju kehadapan. Budaya sesebuah masyarakat itu menentukan sama ada ia berjaya atau gagal.
Budaya yang menentukan prestasi sesuatu kaum atau masyarakat iaitu sistem nilai yang mereka
yakini dan pegang pada suatu masa (Rumaizuddin, 2011; hal 148-149).
Mahathir juga menganjurkan aspek “organisasi dan disiplin” sebagai unsur penting pembinaan
bangsa. Kekal atau tidak masyarakat manusia bergantung kepada organisasi dan kesanggupan ahli
masyarakat mematuhi arahan dan sekatan yang ditetapkan oleh masyarakat. Ketinggian tamadun

16

hanya di capai apabila masyarakat itu berorganisasi dan berdisiplin (Rumaizuddin, 2011; hal
150). Sehubungan dengan itu, tindakan eksekutif Mahathir ialah dengan menjadikan Jepun
sebagai role model untuk Malaysia dengan mewujudkan Dasar Pandang ke Timur (DPT). Faktor
sejarah turut menjadi faktor penarik mengapa Mahathir condong ke arah mereka. Mohamed
Rahmat (2009; hal 114) menyatakan:
“Mahathir terkenal dengan sifatnya yang tidak akan mengubah pendiriannya. Malah saya
ingat lagi apabila beliau menjelaskan alasan mengapa kontraktor Jepun yang diambil (membina
bangunan DayaBumi). Alasannya ialah orang Jepun mesti melatih orang Malaysia dalam semua
bidang, sama ada penggunaan steel frame atau pengurusan projek. Niatnya ialah Malaysia
sepatutnya mendapat pemindahan teknologi Jepun.”

Dalam hal berkaitan demokrasi, Mahathir berpendapat ia sepatutnya memberi kepentingan
majoriti beserta dengan undang-undang dan sekatan-sekatan tertentu.
...a democracy is guided by the views and the consensus of the majority. A pressure group
is minority. Clearly, therefore, a pressure group is not effective outside the lobby of the assembly
hall unless it uses undemocratic weapons (Mahathir, 1983) .

Beliau juga mengaitkan demokrasi dengan tradisi. Demokrasi di katakan hanya akan berjaya
sekiranya pengamalnya tahu batasan-batasan yang wujud dalam sistem tersebut. Dalam
pandangan beliau, pemimpin-pemimpin di Asia perlu tahu hakikat sebenar sebagai seorang
pemimpin, mempunyai inisiatif dari segi idea dan pemikiran serta mendapat kehormatan daripada
rakyatnya. Beliau berpandangan bahawa sesetengah negara "suffer from to much democracy",
dengan parti-parti politik yang terlalu banyak dan apabila pemimpin dipilih, mereka tidak boleh
menyelesaikan kerja mereka atau hasil dalam tempoh yang singkat (Todays Managers, 2004/2005
; hal 18).
Kegemilangan Mahathir tergambar dengan membentuk Wawasan 2020 sebagai matlamat untuk
mencapai status negara maju sebuah negara Islam. Ia dianggap landasan untuk membentuk
masyarakat yang mampu bersaing dalam ekonomi dan teknologi setanding dengan negara maju
yang lain tanpa mengabaikan kepentingan Islam. Ini bersesuain dengan agenda Mahathir untuk
mempromosi agenda ekonomi dan modenisasi untuk kesejahteraan rakyat bersesuaian dengan
kehendak keagamaan. Konsep Islam berasaskan kepada model pembangunan kapitalis ini juga
dijadikan strategik oleh Mahathir sebagai salah satu elemen ligimitasi politik beliau. Mahathir

17

lazimnya menggunakan sejarah kegemilangan Islam untuk mengukuhkan legimitasi beliau kerana
agama dan bangsa dianggap saling melengkapi (Sivamurugan, 2005; ha1 74-175).
IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN SUHARTO
Satu kajian yang di adakan pada 25 April hingga 4 Mei 2011 oleh lembaga survei berpengaruh di
Indonesia menemukan dapatan yang sangat menarik dan signifikan. Kajian dengan tajuk umum
“Evualuasi 13 Tahun Reformasi dan 18 Bulan Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono(SBY)Boediono” dengan sub tajuk kajian “Order Terbaik Dalam Pemerintahan Indonesia”
menghasilkan beberapa dapatan penting berikut:
a) Suharto merupakan pemimpin yang paling disukai rakyat (36.5%), disusuli SBY
(20.9%) dan Sukarno (9.8%) - daripada 6 Presiden yang telah memimpin
Indonesia.
b) Suharto merupakan pemimpin yang paling berjaya (40.5%), disusuli SBY
(21.9%) dan Sukarno (8.9%) - daripada 6 presiden yang telah memimpin
Indonesia.
c) Majoriti rakyat menyatakan bahawa era Order Baru di bawah zaman Suharto
adalah lebih baik (40.9%) jika dibandingkan era reformasi-masa kini (22.8%) dan
era Order Lama di bawah Sukarno (3.3%).
(Sumber : Indo Barometer, 2011)
Suharto mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi untuk melaksanakan nilai-nilai
pembudayaan dan falsafah Jawa didasarkan pada kepercayaan bahawa tidak sulit bagi bangsa
Indonesia untuk memperbaiki kesedarannya sebagai suatu bangsa Indonesia dalam kehidupan
negara, kerajaan dan sosial berasaskan Pancasila sekiranya mereka faham tentang nilai-nilai
pembudayaan Jawa (Totok, 2010; hal vii). Di bawah Presiden Suharto, Indonesia secara beransuransur pulih daripada kekusutan ekonomi yang telah jatuh di bawah Sukarno. Sehingga 1998,
Suharto selama 32 tahun mengerahkan tenaga rakyat kepada satu matlamat, membawa kestabilan
politik dan kemakmuran kepada Indonesia (Low, 2006; hal 93).
Indonesia merupakan sebuah negara gabungan budaya tradisional Jawa, pengaruh Islam dan
orientasi ketenteraan “Order Baru” bekas Presiden Suharto. Walaupun sistem nilai Indonesia
ditakrifkan oleh golongan elit namun ia diyakini rakyatnya. Elemen Pancasila yang dipengaruhi

18

besar oleh budaya tradisional Jawa serta diharmonikan dengan nilai-nilai asas Islam dan “Order
Baru” telah mewujudkan semangat kolektif, communitarisme, ketenteraman sosial dan
keharmonian, menghormati mereka yang lebih tua, penghormatan kepada pihak berkuasa
kerajaan yang memberi faedah kepada negeri dan rakyat. Ia diterima baik oleh golongan kelas
pertengahan demi kestabilan dan pembangunan (Han, 1999; hal 121). 13
Selama pemerintahannya, Suharto menggunakan dan memanipulasikan nilai-nilai pembudayaan
dan falsafah Jawa sebagai panduan sama ada untuk kepentingan peribadi atau didalam
melaksanaka pemerintahan. Beliau percaya bahawa beberapa pemikiran Jawa tradisional yang
berbentuk panduan atau “pituduh” dan larangan atau “wewaler” apabila dilaksanakan akan
menjadikan bangsa Indonesia “berbudi bowo leksono” iaitu berperilaku bijak dan bermurah hati
atau “becik sajatining becik” iaitu baik dalam makna yang sesunguhnya. Suharto mempunyai
komitmen penuh untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa. Beliau percaya
bahawa tidak sukar bagi bangsa Indonesia untuk hidupan bernegara, berkerajaan dan bersosial
dengan berasaskan Pancasila sekiranya mereka faham tentang nilai-nilai pembudayaan Jawa
(Totok Sarsito, 2010).
Di dalam kehidupan peribadi pula, amalan nilai budaya Jawa membawa makna agar beliau
menjadi orang Jawa yang baik yang mempunyai martabat untuk menerima “wahyu” atau
panduan dari Tuhan tertamanya dalam melaksanakan pemerintahan negara. Dalam melaksanakan
pemerintahan, amalan budaya Jawa bermaksud untuk meyakinkan rakyat bahawa semua
keputusan yang telah diambil secara sosial adalah adil dan secara fasafah adalah benar kerana
telah diasaskan oleh falsafah yang tinggi iaitu falsafah Jawa. Maka rakyat wajib menerimanya
(Totok Sarsito, 2010).
Mohamed Rahmat (2009; hal 52) yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Indonesia
(bertaraf Menteri) dari 1982 hingga 1984 dalam bukunya yang bertajuk “UMNO: Akhir Sebuah
Impian” halaman 52 mencatatkan:
13 Namun demikian dikatakan “Order Baru” ini telah sampai ke kemuncaknya kerana berlakunya perubahan nilai-nilai
di dalam kelas menengah dan kesukaran sistem nilai ini dalam menghadapi globalisasi.

19

“Saya ingat lagi sewaktu mengadakan kunjungan selamat tinggal kepada Presiden
Suharto di Istana Merdeka di Jakarta, pemimpin Indonesia itu telah berkongsi falsafah Jawa
dengan saya. Katanya, “Kenapa kita mahu bertinju dengan Barat? Kan orang Barat itu besar
tubuhnya dan kuat pula. Kalau sekali dia tumbuk kita, pasti kita KO. Kenapa kita tak gunakan silat
kita? Kalau silat, orang tumbuk kiri, kita elak ke kanan; kalau tumbuk kanan, kita elak ke kiri.
Apabila kakinya lemah atau goyang, kita kaitkan saja kakinya. Sudah tentu dia akan jatuh. Itukan
cara kita orang Timur.”14

Servas Mario Patty (1994, hal 10-31) menyatakan falsafah pengurusan Suharto bersumberkan
budaya bangsa Indonesia iaitu ajaran “Hasta Brata”. “Hasta Brata” bermaksud Lapan Sikap yang
diaplikasikan dalam lakon wayang Wahyu Mahkota Rama di mana pemimpin harus mengerti
bersikap baik. Sikap tersebut terdiri daripada Surya/Matahari (sumber kehidupan), Chandra/Bulan
(tenang dan motivator), Kartika/Bintang (pedoman dan tauladan), Angkasa/Langit (luas dan
penampung aspirasi rakyat), Marut/Angin (memahami dan menyerap aspirasi rakyat),
Samodra/Laut/Air (sejuk, adil, arif dan bijaksana), Dahana/Api (berwibawa, tegas dan
menegakkan kebenaran) dan Bumi/Tanah (murah hati, jujur).
Suharto menerapkan “Pengurusan Kekeluargaan” dalam memimpin bangsa dan negara. Bagi
Suharto “Pengurusan Kekeluargaan” merupakan salah satu inti dan kekuatan Nasional yang
majmuk. Pengurusan kekeluargaan merupakan terjemahan daripada sila ke empat pancasila dan
merupakan pegangan teguh kepada Undang-Undang Dasar 1945. Semangat kekeluargaan
menyelaraskan hak dan kewajiban, antara perasaan dan fikiran, antara kepentingan peribadi
dengan kepentingan rakyat. Melalui semangat kekeluargaan, semua golongan atau kelompok
bangsa di Indonesia memiliki kesamaan kedudukan, hak dan kewajipan sebagai warga negara
Indonesia dan bertanggungjawab ke atas setiap usaha pembangunan di segala bidang (Servas
Mario Patty,1994, hal 67-69).
Keperibadian Suharto di ingati oleh LKY seperti berikut;
I saw him a careful, thoughtful man, the exact opposite of Sukarno. He was no extrovert.
He did not set out to impress people with his oratory or his medals, although he had many. He
maintained a humble, friendly appearance, but was clearly a tough-minded man who would brook
no opposition to what he set out to do.
(LKY, 2010; hal 302)
14 Pandangan Suharto ini merupakan sebagai maklum balas kepada tindakan Mahathir yang di awal pemerintahannya
dikatakan terlalu berani dan terbuka dalam menentang Barat dan ideologinya.

20

One man, his attitude, his approach, his philosophy of development changed the history
of Southeast Asia. He was not interested in building an empire.
(Seow, 2010; hal 317)

Dalam satu siri ucapan sempena hari kemerdekaan Singapura pada 26 Ogos 1990 LKY
menyatakan;
It is our singular good fortune that President Suharto took over from President Sukarno. It
would have been totally different Southeast Asia, had we had a second Sukarno.
(Seow, 2010; hal 317)

LKY juga mengingati Suharto sebagai seorang pendengar yang baik, sangat faham sejarah dan
berperilaku Jawa (quite central Javanese ways). Mereka banyak berkongsi pendapat yang sama
khusus melibatkan isu-isu serantau dan antarabangsa. 15 LKY sempat mencatatkan Suharto yang
mempercayai “kuasa ghaib” (supernatural) yang di dalam banyak hal memberikan satu keyakinan
terhadap dirinya dan apa juga keputusan yang dilakukannya. 16 Suharto selesa berbahasa Indonesia
dengan LKY, jarang mengambil nota dan gemar berbincang dengan konsep “empat mata” dalam
apa juga hal.
When we meet, we talked directly and simply, no beating about the bush. It’s a four-eyes
meeting, that the purpose of a four-eyes meeting.
(Seow, 2010; hal 317)

Transisi pemerintahan antara Sukarno kepada Suharto dinukilkan oleh LKY sebagai sesuatu yang
begitu seni, unik dan sesuai dengan tradisi Asia. LKY menukilkan dengan panjang lebar;
Suharto played it out slowly and subtly, like an Indonesian wayang kulit, a performance
with puppets shown in silhouette as shadows on the screen. So carefully was this shadow play
choreographed, so gradual the moves to strip Sukarno of authority, for some time we did not see
that power had already shifted away from Sukarno to Suharto.
(LKY, 2010; hal 296)

.

In March 1966 Sukarno signed a presidential decree that gave General Suharto power to
take all necessary steps to guarantee security and preserve stability. I was still not sure that
Sukarno was out, such was his charismatic hold on his people
(LKY, 2010; hal 296)

15 Khususnya campur tangan Amerika di Vietnam dan Cambodia serta isu selat Melaka .
16 Sila rujuk Lee. K. Y. (2010). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000.
Singapore : Marshall Cavendish hal 298-299

21

Suharto seorang yang misteri. Penampilan tradisonalnya dibayangi oleh kekuatan tersembunyi
yang berlatarbelakangkan ketenteraan. LKY tahu kekuatan sebenar Suharto yang tidak “terduga”.
Dalam satu seminar anjuran Persatuan Politik Universiti Nasional Singapura pada 24 Julai 1990,
LKY menyatakan bahawa;
Whoever meets him (Suharto) cannot doubt the strength in the men. Behind the gentle,
smiling appearance is decisiveness and determination. And it is not necessary for him to carry a
big stick because his key ministers and his Armed Forces chief do not allow their President’s
rulings to be flouted.
(Seow, 2010; hal 317)

Pada 13 Januari 2008 ketika LKY menziarahi Suharto di hospital Jakarta, Channel News Asia
melaporkan (bagi menggambarkan pendiriannya terhadap Suharto di era kejatuhan Suharto)
I feel sad to see a very old friend with whom I had worked closely over the last 30 years,
not really getting the honours that he deserves. He deserves recognition for what he did. The
younger generations – both in Indonesia and in the world – do not remember where Indonesia
started. I do. That’s why I came here to visit him.
(Seow, 2010; hal 317)
Yes, there was corruption. Yes, he gave favours to his family and his friends. But there
was real growth and real progress. I think the people of Indonesia are lucky. They had a general in
charge, had a team of competent administration – including a very good team of economist to built
up the country.
(Seow, 2010; hal 317)
I’m very sad to see his life come to an end without the full glory that he deserves. There’s
very few people of his age and my age who can remember the past. And if they can remember the
past, they will know that in the 1960s, Indonesia was in very dire economic difficulties –
hyperinflation like today’s Zimbabwe.
(Seow, 2010; hal 317)
If President Suharto’s successors are like him, following the same basic principles and
policies, the Asea