MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR AR

MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA MELALUI KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

Norafidah Noralidin
Jabayan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah
Dan

Juliana Osong
Jabayan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah

ABSTRAK

ABSTRAK : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu usaha pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memenuhi cabaran pendidikan abad ke-21. PBS diperkenalkan dengan
tujuan untuk mewujudkan satu sistem pentaksiran yang autentik, kontekstual dan seterusnya
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.Kajian yang menggunakan
pendekatan kualitatif ini sebenarnya merupakan satu kolaborasi sebelas orang pensyarah di salah
sebuah Institut Pendidikan Guru di Sabah yang mewakili bidang atau subjek Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah melalui
Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (KPP). Antara peserta dalam kajian ini ialah guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah
timbul apabila KPP, perancangan pengajaran dan pembelajaran, KBAT dan rubrik penilaian
didedahkan dan dilaksanakan secara serentak. Oleh itu, penambahbaikan dibuat dengan
melaksanakannya secara berperingkat-peringkat sehinggalah diaplikasikan dalam bilik darjah. Kajian
juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah apabila pensyarah terlalu menitikberatkan
hasil yang sempurna sehingga setiap tugasan yang dihasilkan diubah suai serta diperbaiki dan ini
menyebabkan guru sukar untuk mengaplikasikan idea masing-masing. Masalah juga timbul apabila
jumlah ahli kumpulan yang terlalu ramai melebihi lima orang. Kajian juga menunjukkan bahawa,
guru-guru telah berjaya merancang rancangan pengajaran yang berasaskan tugasan, walau
bagaimanapun semasa proses pengajaran dan pembelajaran didapati guru-guru masih terpengaruh
dengan corak pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dan kurang memberi peluang murid
menggunakan KBAT dalam menyiapkan tugasan mereka. Semasa proses kajian dilaksanakan,
pengkaji juga mendapati bahawa, KPP bukan hanya dapat diterapkan dalam kalangan guru tetapi
secara tidak langsung diaplikasikan juga dalam kalangan pensyarah dan pada akhir kajian juga guruguru telah dapat menyatakan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya
mencadangkan beberapa usul untuk penambahbaikan.
Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Komuniti Pembelajaran Profesional ( KPP),
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Bahasa Malaysia.


1

PENDAHULUAN
Kepentingan menerapkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
kurikulum ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 . Hal
ini adalah kerana hasil Kajian PISA dan TIMSS yang menjadi salah satu input utama dalam
merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Kesedaran pentingnya
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini juga timbul apabila prestasi negara kita
semakin menurun dalam keputusan ' Trends in International Mathematics and Science Study”
(TIMMS) dan PISA .
Jadual 1: Pencapaian Pelajar Malaysia dalam TIMMS
Sumber: (Berita Semasa)
Tahun
Skor Purata
Skor Purata
(Matematik)
(Sains)
1999
492

492
2003
510
510
2007
471
471
2011
426
426

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan
kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Guru perlu melakukan satu
perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, anjakan daripada budaya menghafal
dan kaedah latih tubi yang diyakini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang menekankan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
PERNYATAAN MASALAH
Kurikulum persekolahan di Malaysia telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum terus relevan dan berupaya untuk menyediakan murid menghadapi persekitaran

global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu nilai tambah yang telah
diperkenalkan sejak KBSR sehinggalah KSSR. Namun demikian, beberapa kajian yang
dilaksanakan ( Rafiei Mustafa 1998; Rajendran N. S 2008; dan Sharifah Nor,Nor Adibah,
Mohd Mahzan dan Aliza 2012) menunjukkan bahawa guru mempunyai kesedaran tentang
kepentingan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran, namun mereka kurang pengetahuan
dan kurang kemahiran mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
kajian yang dijalankan di sekolah ini adalah untuk memberikan pendedahan dan strategi
berkaitan aplikasi KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menjadi sasaran utama
dalam kajian dengan harapan, tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan KBAT dalam
aktiviti yang dilaksanakan akan diaplikasikan pula dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.

2

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah :
1. Mengenal pasti strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap
penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa
Malaysia di sekolah yang dikaji.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan yang berikut:
1. Apakah strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap penggunaan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa Malaysia?
TINJAUAN LITERATUR
Kajian -kajian berkaitan penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
menunjukkan ramai dalam kalangan guru yang tahu tentang KBAT namun kurang
berkemahiran tentang cara mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rajendran N. S (2008) berpendapat kekangan guru dalam pengajaran kemahiran berfikir ini
adalah kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini,
ketidaksediaan guru dalam memikul tugasan mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit
dalam mata pelajaran diajar, dasar kurikulum yang lebih kepada peperiksaan sehingga
mengabaikan penerapan kemahiran berfikir dan pendekatan pedagogi pengajaran
pembelajaran yang kurang efektif dalam penerapan kemahiran berfikir. Di samping itu,
Rajendran N.S (2001) dalam kajian ini mendapati bahawa guru-guru mengajar tanpa
menyebatikan KBKK dalam pengajaran dan menurut pengkaji guru masih terikat dengan
paradigma lama dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, hasil kajian Sharifah Nor,Nor Adibah, Mohd Mahzan dan Aliza (2012)
juga menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai kesedaran tinggi tentang kemahiran
berfikir. Walau bagaimanapun mereka kurang pengetahuan untuk mengaplikasikannya dalam

pengajaran dan pembelajaran.
Rafiei Hj. Mustafa (1998) juga telah menjalankan kajian ke atas 657 orang guru
Bahasa Melayu dari 185 buah sekolah di seluruh negara mendapati bahawa pengetahuan guru
tentang KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih rendah. Kebanyakan guru
(66%) tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, walaupun ada yang telah diberi pendedahan secara formal.
Dapatan-dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa guru-guru perlukan satu
pendedahan yang berbentuk praktikal dan bukannya teori untuk menguasai kemahiran
menggunakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, dalam
kajian ini strategi-strategi dalam Komuniti Pembelajaran Profesional akan diaplikasi untuk

3

memastikan pengalaman pengajaran menggunakan KBAT dapat dialami sepenuhnya oleh
para guru.
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merujuk kepada budaya sekolah yang
menggalakkan pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah; budaya di mana mengajar
bukan dianggap kerja masing-masing, tetapi lebih transparen untuk mendapatkan maklum
balas dan melaksanakan penambahbaikan . (Fullan, 2007). Beberapa strategi telah
disarankan apabila mengaplikasikan KPP di sekolah. Antara strategi tersebut ialah :

Jadual 2 : Strategi Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional
Elemen KPP
Dialog Reflektif

Penswastaan Amalan









Fokus Secara Kolektif
Terhadap Pembelajaran
Murid

Kolaborasi


Norma dan Nilai
Dikongsi Bersama















Strategi KPP
Menggunakan Protokol Perbincangan
Kelab Buku

Kumpulan Belajar
Kritikan Video Pengajaran Guru
Jejak Pembelajaran
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing
Instruksi
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran
Harian
Sesi Perkongsian Guru
Analisis Data
Pemetaan Kurikulum
Pentaksiran Serentak
Kumpulan Rakan Kritikal
Pasukan Melintang & Menegak
Induksi Guru Baharu /Pementoran
Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang
Kumpulan Penyelesai Masalah
Aktiviti Visi
Panduan Berasaskan Prinsip
Aktiviti Nilai
Strategi &Tradisi yang Dikongsi Bersama


( Sumber : Modul PLC IPGK IBL)
Komuniti Pembelajaran Profesional dipilih sebagai medium untuk memberikan
pengalaman pengajaran menggunakan Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT) di sekolah.
Hal ini disokong pula dengan kesimpulan yang dibuat berdasarkan dapatan kajian Zuraidah
Abdullah, Rahimah Hj. Ahmad, Muhammad Faizal Ab Ghani dan Hailan Salamun ( 2012)
menunjukkan bahawa KPP boleh i) menilai budaya pembelajaran guru dan sekolah, ii)
menggalakkan dan mewujudkan amalan positif guru-guru, iii) menyediakan tempat dan ruang
kerja guru yang sesuai sebagai tempat untuk berfikir dan berbincang, iv) melahirkan ahli
4

komuniti guru yang berani mengambil risiko untuk mengecapi ganjaran, v) menjadikan
seluruh komuniti guru sebagai sumber rujukan masyarakat sekitar, vi) memastikan kekuatan
pembelajaran ditransformasikan kepada tindakan, vii) menghubung jalin sistem pemikiran
dan perlaksanaan dan viii) memastikan kekuatan dan kemantapan visi dan misi sekolah
adalah berdasarkan perkongsian bersama.
Tuntasnya, penggunaan strategi KPP untuk meningkatkan tahap penggunaan KBAT
dalam pengajaran akan memberikan peluang kepada para guru untuk melibatkan diri secara
total dan praktikal yang akhirnya akan membantu dalam menambahkan lagi kemahiran guru
dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN
Peserta kajian ini sebenarnya terdiri daripada 11 orang pengkaji dan 52 orang guru sekolah
rendah yang terletak dalam bandar Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun , kajian ini hanya
akan memfokuskan peserta kajian yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun 3.
Kajian ini menggunakan model kajian tindakan. Pendekatan kualitatif digunakan
untuk mengumpul data. Sebahagian besar data diperoleh melalui rakaman video dan
gambar semasa aktiviti dijalankan. Data yang diperoleh didokumentasikan untuk catatan
refleksi, penilaian dan seterusnya merancang aktiviti seterusnya. Temu duga separa
berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen juga digunakan untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian. Dapatan kajian akan dianalisis secara kualitatif untuk mengenal pasti corak
dan dapatan-dapatan yang signifikan sebelum kesimpulan atau rumusan hasil kajian
dihuraikan.
DAPATAN KAJIAN
Apakah strategi-strategi KPP yang digunakan untuk meningkatkan tahap penggunaan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Bahasa Malaysia?
Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan perkara pertama yang
dilaksanakan dalam kajian ini. Kumpulan ini bukan sahaja dibentuk dalam kalangan guru,
malah dalam kalangan pensyarah.Pada peringkat awal perancangan, kumpulan pengkaji
hanya terdiri daripada lima orang sahaja, yang dipilih berdasarkan jabatan untuk subjek teras
di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, bilangan ini bertambah sebelas orang apabila guru
besar sekolah yang disasarkan meminta agar program dijalankan dengan melibatkan kesemua
57 orang guru di sekolah tersebut. Sebelum lawatan pertama dijalankan, kami telah
mengadakan beberapa sesi perbincangan untuk memastikan aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Hasil perbincangan dalam kumpulan pengkaji, persetujuan telah dicapai untuk menggunakan
strategi - strategi yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan strategi
berpusatkan tugasan dan guru. Di samping itu, beberapa pendekatan telah ditetapkan
sepanjang aktiviti dijalankan. Antaranya ialah
5





Maklumat yang akan disampaikan perlu lebih kepada praktikal berbanding
teori.
Aktiviti yang dilaksanakan mestilah berbentuk eksperimen, maksudnya
berpusatkan guru untuk memberikan mereka pengalaman berkaitan strategi
KBAT,penilaian formatif dan merancang pengajaran.
Guru-guru perlu diberi kebebasan untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti atau pengajaran mereka tanpa bantuan atau campur tangan daripada
pengkaji. Pengkaji perlu berperanan sebagai fasilitator dan bukannya
mengetuai kumpulan guru-guru berkenaan.

Tugasan pertama yang diberikan kepada para guru ialah :


Pakcik anda yang bekerja di Korea Selatan telah menghantar satu bank draf kepada
anda berjumlah Won Korea 5 juta sebagai hadiah hari jadi. Anda membuat keputusan
untuk pergi melancong semasa cuti Tahun Baru Cina yang akan datang. Anda
bercadang untuk pergi ke tiga lokasi yang berlainan di sebuah negara dengan
menjadikan isu alam sekitar sebagai asas pemilihan tempat. Rancang dan bentangkan.

Setiap kumpulan dikehendaki
merancang percutian yang dinyatakan dalam
tugasan.Penilaian dalam aktiviti ini akan menggunakan rubrik yang disediakan oleh pengkaji.
Rubrik bagi mata pelajaran bahasa Malaysia adalah seperti yang berikut:
Jadual 1 : Rubrik Umum Bahasa Malaysia
Kategori

Bahasa Melayu:
MENDENGAR
BERTUTUR
MEMBACA
MENULIS

6
B6 Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
dengan
Beradab Mithali
Memahami,
menaakul dan
menilai tentang
sesuatu perkara
daripada
sumber yang
didengarditutur, dibaca
dan ditulis
dengan
bertatasusila.

5
B5 Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
dengan
Beradab Terpuji
Memahami,
menaakul dan
memberikan
respons atau
menyampaikan
sesuatu perkara
yang didengarditutur, dibaca
dan ditulis
dalam pelbagai
situasi dengan
betul dan tepat.

Band and Kriteria
4
3
B4 Tahu,
B3 Tahu,
Faham dan
Faham dan
Boleh Buat
Boleh Buat
dengan
Beradab
Mengetahui,
memahami dan
Mengetahui,
memberikan
memahami dan
respons
memberikan
terhadap
respons
perkara yang
terhadap
didengarmaklumat yang
ditutur, dibaca
didengardan ditulis.
ditutur, dibaca
dan ditulis
dalam pelbagai
situasi dengan
betul.

2
B2 Tahu dan
Faham

Mengetahui dan
memahami
perkara yang
didengarditutur, dibaca
dan ditulis.

1
B1 Tahu

Mengetahui
asas
mendengarbertutur,
membaca dan
menulis

Rubrik yang disediakan oleh pengkaji berpandukan band dan kriteria yang digunakan
dalam KSSR untuk bahasa Malaysia.Setiap kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan mereka kepada ahli lain yang bergerak dari kumpulan ke kumpulan lain untuk
aktiviti penilaian rakan sebaya. Ahli-ahli kumpulan tersebut akan membuat penilaian
berdasarkan rubrik yang digunakan. Rakan sebaya yang membuat penilaian akan
mencatatkan cadangan dan komen menggunakan borang yang disediakan seperti berikut:

6

Borang Penilaian Rakan Sebaya

Rajah 1 : Borang Penilaian Rakan Sebaya
Hasil pemerhatian dan analisis dokumen daripada tugasan di atas, beberapa perkara telah
dikenal pasti iaitu:
 Guru-guru memberi maklum balas yang positif, namun disebabkan kekangan masa
tugasan disiapkan dengan kadar yang cepat.
 Komen yang diberi antara guru semasa penilaian didapati terlalu umum dan kurang
membantu sekiranya perlukan penambahbaikan.
 Para guru lebih berminat menggunakan rubrik yang umum seperti rubrik yang
dihasilkan untuk Bahasa Malaysia dan Matematik.
Berdasarkan pemerhatian juga, didapati para guru dalam kumpulan perlu
meningkatkan kerjasama sesama mereka. Mereka juga perlu belajar untuk memberikan
pendapat, penilaian atau cadangan yang bernas terutama apabila membuat penilaian hasil
tugasan rakan yang lain dan semasa membuat refleksi setelah sesuatu aktiviti dijalankan.
Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan penggunaan rubrik semasa membuat
penilaian. Dalam tugasan pertama ini didapati bahawa para guru masih belum mahir dalam
mengubah pedagogi mereka kepada bentuk yang berorientasikan KBAT.
Dalam perjumpaan yang kedua, para guru diminta memberikan maklum balas dan
refleksi hasil tugasan yang pertama. Guru-guru diminta mencatatkan maklum balas mereka
menggunakan borang yang diadaptasi daripada borang penilaian rakan sebaya. Borang ini
telah diperbaiki oleh kumpulan pengkaji dan dinamakan borang NIQS.

7

Apakah satu perkara BARU
(NEW) yang anda pelajari?

Apakah satu perkara
TERPENTING (IMPORTANT) yang
anda boleh aplikasikan?

Apakah satu CADANGAN
(SUGGESTION) yang anda boleh
berikan?

Apakah satu SOALAN
(QUESTION) yang anda ada?

Rajah 2 : Borang NIQS
Ruangan kosong dalam borang di atas digunakan untuk mencatat apa-apa maklumat
yang mungkin tidak dikategorikan dalam empat kategori tersebut. Guru-guru telah diminta
untuk menggunakan teknik pembelajaran Koperatif iaitu 'Think -Pair-Share' dalam
melengkapkan borang NIQS. Perbincangan dalam kalangan guru telah menghasilkan
jawapan yang berikut:
Jadual : Maklum Balas Borang NIQS





Baru
Pembelajaran
berasaskan
tugasan
Tugasan secara
kolaboratif
Penilaian
aktiviti
berdasarkan
rubrik
dan
subjek

Penting
Pembelajara
n koperatif
yang mana
pengajaran
dirancang
bersamasama







Soalan
Bagaimanakah
aplikasi aktiviti
ini
kepada
kumpulan pelajar
yang lemah?
Bagaimanakah
saya
boleh
menerapkan KPP
dalam
bilik
darjah?
Bagaimana pula
modersi markah?

Cadangan
 Setiap
kelas
dilengkapkan
dengan LCD
 Kepelbagaian
kaedah
mengikut subjek

Maklum balas yang diberikan oleh para guru telah dijadikan panduan untuk
merancang aktiviti dan tugasan yang seterusnya. Tugasan kedua ini memerlukan guru-guru
merancang satu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema umum iaitu ' Sambutan Satu
Perayaan dalam Kelas'. Banyak kekangan yang dihadapi oleh guru apabila tema telah
8

ditetapkan. Masalah juga timbul apabila pengkaji sentiasa berusaha untuk membantu dan
memastikan guru mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Perubahan- perubahan yang sering dilakukan menyebabkan tugasan yang diberi
ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Menyedari kelemahan ini, sepatutnya guru
diberi kebebaskan untuk merancang pengajaran mereka.
Pengajaran yang dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan di bilik darjah. Pengkaji
menjadi pemerhati sepanjang pengajaran dilaksanakan. Rakaman video dibuat untuk
dianalisis dan dibincangkan selepas pengajaran dan pembelajaran. Sebelum dan selepas
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru perlu memikirkan soalan-soalan yang
berikut:
Sebelum pengajaran
 Adakah aktiviti dirancang secara bekerjasama? Apakah buktinya?
 Adakah aktiviti yang dirancang berdasarkan silibus dan melibatkan kemahiran
berfikir aras tinggi?
 Adakah anda telah membentuk kumpulan heterogenus untuk tugasan kumpulan?
 Adakah anda telah membentuk rubrik yang akan digunakan dalam menilai kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaranyang dilaksanakan?
 Adakah anda pastikan pelajar memahami rubrik yang disediakan di samping faham
tugas yang sepatutnya mereka laksanakan?
Soalan selepas pengajaran






Adakah anda membuat catatan apabila memerhatikan pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran?
Adakah objektif pengajaran jelas?
Bagaimanakah pencapaian pelajar? Adakah mereka saling membantu? Buktikan
Adakah semua pelajar berpeluang untuk melibatkan diri?
Adakah pelajar sentiasa memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran?
Mengapa ?

Strategi-strategi yang dilaksanakan dalam kajian ini merupakan antara strategi yang
dicadangkan dalam mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah. Oleh
itu, hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut pengkaji dapat melihat perubahan-perubahan
yang ketara dalam kalangan guru yang melibatkan penggunaan kemahiran KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman menghasilkan rancangan pengajaran penting dalam mengaplikasikan
pembelajaran secara koperatif dan berkolaborasi secara profesional. Didapati para guru telah
memberikan idea, berbincang dan akhirnya membuat persetujuan untuk menghasilkan satu
sesi pengajaran yang dibentuk bersama. Pemerhatian yang dibuat sepanjang perbincangan
dibuat jelas dicatatkan dalam refleksi pengkaji yang berikut:

9

" Berlaku perbezaan pendapat tentang aktiviti yang sesuai dijalankan
semasa sesi pengajaran, tiga orang guru mencadangkan aktiviti yang
berbeza dengan teknik yang berbeza...walau bagaimanapun masalah dapat
diselesaikan apabila ketua kumpulan mencadangkan agar aktiviti yang
dicadangkan diperhalusi dan dipilih dengan menjadikan KBAT sebagai
panduan utama"(Refleksi_BM_20/03/2013_NN)
Pengalaman bekerjasama menghasilkan rancangan pengajaran dan menyiapkan
tugasan juga dipersetujui oleh guru-guru yang terlibat.
" kami telah mendapat banyak faedah daripada aktiviti yang dijalankan,
rupanya menghasilkan rancangan pengajaran secara berkumpulan lebih
baik berbanding bersendirian..perbezaan pendapat menjadikan apa-apa
yang
kami
rancang
menjadi
lebih
baik.."(
temu
bual_BM_29/04/2013_GBM)
Kerjasama antara ahli dalam kumpulan dan kumpulan untuk subjek yang lain juga
jelas kelihatan semasa guru melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah.
" Saya dapati, walaupun hanya seorang guru yang diperlukan untuk
mengajar, guru-guru BM yang lain juga telah datang untuk membantu atau
menjadi pemerhati...yang menarik juga ialah guru-guru untuk subjek lain,
seperti Matematik dan Bahasa Inggeris juga turut hadir memberi sokongan
kepada rakan mereka..ini situasi yang sangat menggalakkan"
(Refleksi_BM_26/04/2013_NN)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah berjaya mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang lebih berfokuskan murid. Kumpulan telah dibentuk dan setiap
kumpulan diberi tugasan yang memerlukan mereka berfikir dan seterusnya akan
dibentangkan di hadapan rakan-rakan.Tugasan yang diberikan sememangnya
menggambarkan rancangan guru untuk memberi murid peluang memberikan pandangan dan
pendapat sendiri. Dalam tugasan ini, murid dikehendaki merancang satu aktiviti yang boleh
mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan murid. Aktiviti ini merupakan
kesinambungan daripada aktiviti pertama yang meminta murid memberikan nilai berdasarkan
gambar yang ditunjukkan.Pengkaji mendapati bahawa guru-guru Bahasa Malaysia telah
mengaplikasikan aktiviti KBAT yang diaplikasikan kepada mereka sepanjang kajian
dilaksanakan.
Walaupun dalam pengajaran guru telah berjaya menggunakan strategi pengajaran
yang menerapkan penggunaan kemahiran berfikir dalam kalangan murid, namun saya
berpendapat penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
Bahasa Malaysia masih dalam tahap sederhana,hal ini kerana masih ada keraguan dalam
kalangan guru untuk menggunakan KBAT bagi murid di tahap satu. Ini jelas berdasarkan
temu bual dibawah:

10

"Murid berada di tahap 1 dan aktiviti yang memberikan tugasan untuk
berfikir sendiri kurang sesuai " ( Temu bual_BM_29/04/2013_GBM)
Pengkaji juga mendapati bahawa kebiasaan guru untuk sentiasa cuba memberi
panduan dan petunjuk dalam memberikan jawapan masih berlaku sepanjang proses
pengajaran dijalankan. Sebagai contoh untuk memastikan murid menjawab dengan betul
tentang nilai yang hendak dikemukakan berdasarkan gambar guru memberi petunjuk seperti
yang berikut:
" Apakah pakaian yang dipakai oleh pelajar dalam gambar?"
( BM_PdP01_25042013)
" Kita mestilah amalkan sikap bersopan......( pelajar sambung ...santun )"
( BM_PdP01_25042013)

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar jelas menunjukkan
bahawa guru mahu pelajar memberikan jawapan yang betul dan yang telah ditetapkan dalam
perancangannya. Cara pengajaran guru tersebut menunjukkan bahawa guru masih lagi terikat
dengan cara pengajaran konvensional yang lebih menekankan kepentingan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek ini, guru masih perlu penambahbaikan,
namun didapati guru-guru telah memberikan komen yang positif terhadap pelaksanaan dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang
diperkenalkan di sekolah ini.
" PLC membantu guru lebih kreatif dan hasilnya akan lahirlah murid yang
kreatif. Idea guru dan murid dapat dicungkil untuk hasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang menarik."
( Temu bual_BM_290413_GBM01)
"Membantu guru rancang aktiviti pengajaran yang menarik dan ubahkan
cara tradisional,PLC ini dapat bantu khasnya guru-guru KSSR"
( Temu bual_BM_290413_GBM03)
"PLC program yang bagus, tambah kedayaupayaan guru membina
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan"
( Temu bual_BM_290413_GBM04)
"PLC ini telah mewujudkan satu suasana perbincangan antara guru-guru
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Perkara ini
tidak berlaku sebelum ini. Guru didapati saling membantu untuk
menyediakan satu persediaan pengajaran. Hasil perbincangan ini, akan
memberikan idea yang banyak untuk menghasilkan pengajaran yang baik"
( Temu bual_BM_290413_GBM05)

11

Guru-guru juga berkongsi pandangan tentang bagaimana mereka telah mula
menguasai KBAT melalui KPP ini. Hal ini jelas apabila seorang guru memberikan
pandangan berikut:
"Dalam PLC inilah saya belajar tentang HOTS, rasa susah untuk biasakan
diri tetapi jika diaplikasikan sangat membantu murid"
( Temu bual_BM_290413_GBM02)
Guru juga berpendapat bahawa, murid telah menunjukkan minat dan seronok untuk
belajar apabila KBAT diaplikasikan dalam pengajaran.
" Murid sangat seronok apabila diberi peluang untuk membentangkan
hasil kerja mereka di hadapan, semasa berbincang juga berlaku perbalahan
pendapat yang menunjukkan berlakunya proses perbincangan dan
pembelajaran" ( Temu bual_BM_25042013_GBM)
Perubahan dalam pedagogi pengajaran bukannya sesuatu yang mudah dilaksanakan
terutama dalam kalangan guru. Peranan guru sebagai pembekal ilmu sukar untuk diubah
kepada pembimbing atau fasilitator semata-mata. . Guru juga didapati masih kurang yakin
untuk membezakan tindakan yang membantu atau tidak semasa pengajaran. Hal ini jelas
berdasarkan kenyataan berikut :
" Guru sepatutnya memberi contoh sebelum tugasan diberikan..; Seorang guru lain
pula memberi pandangan "kalau kita beri contoh, saya pasti contoh yang diberi akan
digunakan oleh setiap murid dalam tugasan mereka"
( Refleksi_BM_29/04/2013_NN)
Pelaksanaan KPP di sekolah ini sebenarnya merupakan satu titik permulaan untuk
guru mula menguasai dan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga secara praktikalnya telah didedahkan tentang
perbezaan pengajaran menggunakan KBAT dan penggunaan rubrik dalam penilaian.
Walaupun guru-guru belum menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan namun,
budaya KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya diimplentasikan dalam kalangan
guru dan akhirnya akan diaplikasikan pula dalam kalangan murid semasa proses pengajaran
dilaksanakan.

12

RUMUSAN
Kejayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah ini sebenarnya hasil
daripada sokongan pihak pentabdir sekolah yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan. Hal ini disokong oleh (Sargent & Hannum 2009) yang
berpendapat bahawa KPP akan berjaya sekiranya ada sokongan yang kuat daripada
pengetua/guru besar.
Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan-kekangan yang berlaku khususnya dari
segi penyertaan guru-guru sepanjang program dilaksanakan. Masalah timbul apabila aktiviti
dijalankan setiap hari Isnin selepas waktu persekolahan. Guru-guru didapati terlibat dengan
komitmen lain yang menyebabkan kehadiran mereka agak kurang memuaskan. Kumpulan
pengkaji berpendapat, sekiranya aktiviti dilaksanakan pada masa persekolahan, program ini
akan lebih berjaya dan tidak mengambil masa terluang para guru.
Pengetahuan berkaitan KBAT dalam kalangan guru masih perlu ditingkatkan. Hal ini
kerana terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak jelas cara pelakasanaan KBAT
dalam proses pengajaran. Hal ini ditambah lagi apabila mereka diperkenalkan pula dengan
penggunaan rubrik dalam penilaian. Kepelbagaian kemahiran yang cuba diterapkan didapati
terlalu berat untuk diserap oleh para guru.
Selain itu, strategi-strategi KPP yang dilaksanakan secara praktikal banyak memberi
faedah kepada para guru. Guru-guru walau bagaimanapun perlu lebih peka untuk
mempelajari dan menguasai KBAT sepanjang proses atau aktiviti dilaksanakan dan bukan
hanya berfokus kepada hasil. Bagi pengkaji pula, campur tangan dalam setiap keputusan
semasa guru membuat tugasan perlu dikurangkan atau dihentikan. Guru-guru patut diberi
kebebasan untuk menentukan hala tuju kumpulan masing-masing.
Semasa mengimplentasikan KBAT dalam pengajaran, adalah lebih berkesan
sekiranya isi pelajaran tidak difokuskan. Interaksi antara guru dan murid perlu diberi
keutamaan. Hal ini kerana pelaksanaan KBAT yang dirancang tidak menjamin kejayaan
pelaksanaannya. Guru perlu memberi kebebasan kepada murid untuk memberikan pandangan
tanpa bantuan atau bimbingan. Suasana kelas akan lebih produktif sekiranya murid diberi
peluang untuk memberikan pendapat dan meluahkan buah fikiran.
Jumlah ahli dalam satu kumpulan juga mempengaruhi kejayaan satu-satu
perbincangan. Dalam kajian ini, kumpulan bahasa Malaysia yang terlalu ramai menyebabkan
kesukaran untuk ahli berinteraksi dengan baik. Oleh itu dicadangkan agar ahli kumpulan
ditetapkan dalam 4 - 5 orang sahaja.
KPP yang wujud dalam sekolah yang dikaji sebenarnya secara langsung telah
membentuk KPP tersendiri untuk kumpulan pengkaji di institut pendidikan guru. Hal ini
kerana, sebelum dan selepas pelaksanaan program di sekolah, kumpulan pengkaji akan
bermesyuarat dan berbincang untuk mencari kekuatan, kelemahan dan membuat
penambahbaikan. Perbincangan ini dibuat dengan berpandukan refleksi dan rakaman video
yang diambil semasa aktiviti dijalankan.
Secara kesimpulannya KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran telah berjaya guru
aplikasikan, namun pengalaman yang diberikan hanya merupakan satu titik permulaan
kepada guru-guru untuk lebih mengimplementasikan KBAT pada masa akan datang.
13

Rujukan

Berita Semasa (n.d.) Retrieved April 16, 2013, from Berita Semasa:
http://beritasemasa.com/timms-2011-malaysia-sains-matematik
Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change, 4th Edition. New York: Teachers
College Press
Himmele. W. (2011). Total Participation Techniques: Making Every Student an Active
Learner. Alexandria, VA, USA: ASCD.
Modul PLC, Muat turun daripada
http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/PLC/MODUL%20KOMUNITI%20PEMBELAJ
ARAN%20PROFESIONAL.pdf pada 15 Mei 2014
Rafiei B. Hj Mustafa ( 1998) Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif
(KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Muat turun http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf pada 16
mei 2014
Rajendran N.S ( 2001) Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi : Kesediaan guru Mengendalikan
Proses
Pengajaran
dan
Pembelajaran.
muat
turun
nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf pada 18 Mei 2014.
Rajendran, N. S. (2008). Teaching and Acquiring Higher Order Thinking Skills Theory and
Practice. Perak, UPSI. pp. 53, 59, 60.
Sargent, T., & Hannum, E. (2009). Doing more with less: Teacher professional learning
communities in resource-constrained primary schools in rural China, Journal of
Teacher Education, Vol 60, No.3, 258-276.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis dan Aliza Ali ( 2012).
"Keperihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif". Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012):
19-31.

14