Kemasukan buruh buruh dari negeri China

1.0 PENGENALAN
Sebelum abad ke-19,penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada
golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu,
terdapat juga penduduk yang berasal dari negara China dan India yang menetap di Tanah Melayu
atas tujuan aktiviti perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka namun masih dalam
bilangan yang kecil. Pada abad ke-19,berlakunya fenomena penghijrahan secara beramai-ramai
imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Fenomena ini dikaitkan dengan kedatangan British ke
Negeri-Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka
(1824),Perak (1874) dan negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun yang berikutnya.
Kedudukan British di Tanah Melayu semakin kukuh setelah termeterainya Perjanjian
Pangkor pada 20 Januari 1874. Tujuan campur tangan kuasa Eropah ke atas bumi melayu ini
bertujuan untuk menguasai kekayaan hasil bumi yang sedia ada. Perkembangan perlombongan
timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan
British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran. 1 Justeru,
tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan
ladang-ladang bagi menjayakan agenda yang telah dirancang. Disebabkan masyarakat Melayu
pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang dan lebih
berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan perkampungan maka
kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi mengusahakan kawasan lombong
bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah.
Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan

China,terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien. 2 Sementara, buruh India pula
kebanyakannya datang dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras. Justeru,
perbincangan ini bermula dengan sebab kedatangan buruh Cina dan India dari faktor penolak
dari negara asal masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi dan yang mempengaruhi
kedatangan

mereka

ke

tanah

melayu.

Kemudian,

diikuti

dengan


bagaimana

cara

1 Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor : Karisma Publication Sdn.Bhd.
Hlmn 242.
2 Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya. Hlmn 19.

1

kemasukan,kesan kemasukan serta sumbangan buruh-buruh asing dari aspek ekonomi, sosial dan
politik.

2.0 FAKTOR PENOLAK
Buruh Cina
Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan
ekonomi yang teruk yang telah berlaku di China, masalah yang dihadapi di China adalah seperti
bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar yang telah menghancurkan industri
pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China. 3

Kejadian bencana alam seperti gempa bumi,banjir dan kemarau yang melanda China telah
menyebabkan masyarakat Cina yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup berorientasikan
pertanian telah mengalami masalah seperti berlakunya krisis ekonomi serta masalah kebuluran.
Faktor penolak kemasukan buruh Cina turut dipengaruhi oleh dasar kerajaan China sendiri yang
turut menggalakkan rakyatnya berhijrah ke negara lain.
Selain itu, pertambahan penduduk atau lebihan penduduk di China yang tidak terkawal
telah menyebabkan permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti penawaran pekerjaan
oleh kerajaan China. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah
bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu juga turut
mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani
tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani
kehilangan tanah.4
Keadaan politik di China yang tidak stabil juga telah menggalakkan kedatangan orangorang Cina ke Tanah Melay lebih-lebih lagi Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun
1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina
yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan
3 Mohd Isa Othman.(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications. Hlm 107.
4 Ibid, Hlm 107.

2


Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864).
Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi pemberontakannya itu telah menemui
kegagalan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Disebabkan oleh peristiwa pemberontakan
tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan lebih tegas dan kejam untuk memadamkan
perasaan tidak puas hati rakyat. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina terpaksa melarikan
diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Masyarakat Cina daripada negara
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh kemiskinan dan penderitaan. 5 Oleh itu,
mereka dengan rela hati datang ke Tanah Melayu kerana British pada masa ini menjanjikan
peluang pekerjaan yang penuh kepada orang Cina.

Buruh India
Faktor penolak kedatangan orang India ke Tanah Melayu juga dikaitkan dengan keadaan
sosial dan ekonomi yang tidak stabil di tempat asal mereka. Sebagai contoh, masalah yang
dihadapi oleh orang India ini adalah seperti bencana alam yang sering berlaku di India. Kejadian
bencana alam yang berlaku ini telah menimbulkan penderitaan yang teruk kepada penduduk
India yang berada di kawasan itu. Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan contohnya, sering
mengalami bencana alam seperti kemarau yang akan merosakkan hasil-hasil tanaman. Keadaan
yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi serta sumber bekalan
makanan mereka semakin merosot. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peristiwa kebuluran

masyarakat India pada pertengahan abad ke-19 di India.6
Selain itu, faktor penindasan Tuan Tanah terhadap masyarakat India turut mempengaruhi
kedatangan buruh India . Negara India merupakan sebuah wilayah yang luas, namun begitu tidak
kesemua rakyatnya yang mempunyai tanah sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan petanipetani di Tanah Melayu, petani-petani di Tanah Melayu mempunyai tanah sendiri untuk
diusahakan walaupun masyarakat di Tanah Melayu berada dalam keadaan yang miskin.
Kebanyakan petani di India pula terpaksa mengusahakan tanah yang dimiliki oleh tuan-tuan
tanah yang sering mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Sebagai contoh, terdapat tuan
5 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur Fajar Bakti. 1983. Hlm 156.
6 A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, 2003, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Hlm 211.

3

tanah yang meletakkan 80% daripada hasil tanaman mereka sebagai bayaran sewa tanah tersebut.
Hal ini telah menyebabkan golongan masyarakat di India semakin menderita.
Pertambahan penduduk yang tinggi juga faktor penolak kedatangan buruh India. Sebagai
contoh, pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta
pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk juga berlaku di India. Penindasan kasta ini juga
turut mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya
Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari

India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah terdiri daripada kasta-kasta yang rendah.
Dalam sistem kasta ini, Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir
sekali Sundra.7 Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri daripada
golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas dan banyak di Tanah Melayu terutamanya
dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.
Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan
sebagainya adalah merupakan faktor utama kemasukan orang India ke Tanah Melayu.

3.0

FAKTOR PENARIK

Buruh Cina
Bagi faktor penarik pula, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah
mendorong kedatangan buruh Cina ke Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan
mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri-negeri Melayu dan bekerja di sektor
perniagaan,pertanian dan perladangan seperti di ladang-ladang gambir,lada hitam dan tebu. 8
Faktor ekonomi adalah faktor utama yang mendorong kemasukkan buruh asing terutamanya bagi
menjayakan perusahaan bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangcu. Di bawah Sistem
Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam. 9

Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kehadiran modal asing dalam perusahaan getah dan
bijih timah adalah faktor terpenting kepada penigkatan buruh asing ke Tanah Melayu.
7 Ibid, Hlm 211.
8 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford
Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.
9 Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1974. Hlm. 180

4

Galakkan daripada kerajaan British juga merupakan faktor penarik kemasukan buruhburuh Cina. British menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan
keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain itu, kerajaan British telah
memperkenalkan

undang-undang

dan

peraturan


emigresen

di

Tanah

Melayu

bagi

mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar. 10 Keadaan ini mewujudkan banyak peluang
pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu.

Buruh India
Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah
menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang telah
mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong kedatangan imigran asing ini ke
Tanah Melayu secara besar-besaran.11 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk
menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar,kasut,penebat barangan elektrik di Eropah dan
Amerika Syarikat12 telah menggalakan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara

besar-besaran.13Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk
berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang
getah.Selain itu, permintaan buruh India semakin banyak, akibat daripada Revolusi Perindustrian
di Eropah yang menginginkan bekalan mentah yang banyak.
Galakan daripada Kerajaan British juga merupakan faktor penarik bagi buruh India ke
Tanah Melayu. Hal ini kerana, buruh dari India sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang
rendah. Selain menjadi buruh di ladang-ladang , mereka juga diambil bekerja untuk membina
10 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.
11 Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala
Lumpur, Fajar Bakti. 1990. Hlm 172
12 Mohd.Amin bin Hassan.(1992). ‘Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan Getah’ Malaysia :
Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 154.
13 Azmah Abdul Manaf.(2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

5

jalan raya dan jalan kereta api. Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula
diambil menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang-ladang.14

Di samping itu, imigran India ada juga dilantik dalam bidang profesional sebagai
profesional sebagai guru, doktor, kerani dan sebagainya. Kebanyakan golongan terpelajar ini
datangnya terdiri daripada kaum Tamil Ceylon (Sri Lanka). Pada tahun 1920-an kestabilan
politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya
koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah
memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang
lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang
India.

4.0

CARA KEMASUKAN BURUH CINA DAN INDIA

Buruh cina
Berhubung dengan sistem penghijrahan yang diamalkan, terdapat beberapa cara atau
sistem yang diamalkan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab. Antaranya ialah melalui
sistem kredit yang merupakan sistem terawal dalam membawa imigran dari China ke Tanah
Melayu. Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh
seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga
hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka

menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka. Ejen atau orang
tengah akan menggunakan pelbagai cara sekalipun untuk membawa seberapa banyak rakyat
China datang ke Tanah Melayu dan ini menjadikan komisen mereka meningkat sekali gus
memperoleh keuntungan yang besar.
Selain itu, terdapat juga buruh Cina datang ke Tanah Melayu melalui cara persendirian
iaitu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai
yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat
penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Sistem Kangcu pula telah diperkenalkan oleh
Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di
14 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 64.

6

Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada
hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.15
Buruh India
Sementara buruh India pula datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama lagi dan
dipercayai mereka datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah
Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas.16 Pada awal abad ke-19 pula orang India yang
berhijrah ke Tanah Melayu adalah ekoran pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura
(1819). Penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 telah menyebabkan British membawa
masuk buruh-buruh dan banduan-banduan dari India untuk membina bangunan awam dan jalan
raya di Negeri-negeri Selat. Namun jumlah mereka ini tidaklah terlalu besar kerana mereka
hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti
membina jalanraya dan jalan kereta api. Sebaliknya penghijrahan kaum India secara besarbesaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 ekoran perkembangan dalam bidang
pertanian khususnya tanaman getah. Secara jelas, kebanyakan imigran India yang berhijrah
masuk ke Tanah Melayu adalah berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras
(Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.17 Oleh itu, jumlah masyarakat India telah meningkat
secara mendadak di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan berkembang dengan mendadak pada
abad ke 20.
Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India dan
dengan adanya hubungan di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di
India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang
India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna
juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai lagi orang India ke Tanah Melayu pada
masa itu.18
15 Institute Pentadbiran Awam Negara .(1980). Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 113.
16 Hairi Abdullah, 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm
59.
17 Ibid, Hlm 59.

18 Roff, W.R. (1967). The Origin Of Malaya Nationalism. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Hlm 67.
7

Selain itu, buruh-buruh India dibawa masuk untuk bekerja di Tanah Melayu adalah
melalui sistem buruh kontrak. Sistem ini dapat disamakan dengan sistem yang digunakan untuk
mengambil orang Cina iaitu sistem kredit. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan itu untuk
satu tempoh masa tertentu,biasanya lima tahun. 19 Selain melalui sistem ini, buruh India juga turut
diambil bekerja melalui sistem Kangani. Sistem ini akan dikawal oleh seorang Kangani yang
bekerja dengan majikan dan akan menjalankan proses merekrut pekerja yang didapati
berkebolehan. Sistem Kangani berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai tenaga buruh India
dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.20 Berlaku juga unsur penindasan apabila majikan
akan menyerahkan gaji kepada Kangani untuk diserahkan kepada pekerja dan Kangani akan
mengambil kesempatan terhadap pekerja. Terdapat banyak persamaan dalam pengambilan buruh
Cina dan India. Pertamanya wujud orang tengah yang memainkan peranan penting. Keduanya
terdapat unsur penindasan sama ada dari majikan atau orang tengah terhadap buruh dan
ketiganya dari segi keterikatan buruh dengan para majikan.

5.0

KESAN KEMASUKAN BURUH CINA DAN INDIA

Kesan Positif
Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya
sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia maklum, masyarakat
Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan
perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila
British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang
lebih komersial,ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih maju dan moden. Kemasukan buruh asing
19 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 64.
20 Ibid, Hlm 65.

8

iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu meningkatkan hasil ekonomi
Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan didalam ‘tanah’. Pada akhir pertengahan
abad ke-19 berlaku peningkatan hasil ekonomi Tanah Melayu terutama dalam hasil bijih timah.
Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah menjadi pengeluar
bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi
lombong bijih timah terpaksa dibuka. Ini berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan
gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.
Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta,
Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850
– 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi
perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang
terletak di kawasan perlombongan.21 Maka, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu ini
semakin meningkat oleh sebab kedatangan golongan imigran ini serta turut menyebabkan Tanah
Melayu ini menjadi sebuah pengeluaran bijih timah yang tertinggi di dunia pada ketika itu oleh
sebab permintaan yang tinggi dari negara luar.
Selain itu, kehadiran buruh-buruh asing ini telah memberi kesan positif terhadap
pemikiran masyarakat peribumi khususnya. Orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan
sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk
sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh
kaum Imigran seperti India dan Cina. Orang Melayu mula menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28
Julai 1946 yang bertujuan utama untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kampung
seperti barang kesenian,kraf tangan,pemilihan biji benih padi, kelapa serta mengubah suai kedai
runcit dan kedai kopi di kampung-kampung. Jabatan yang ditubuhkan ini juga bertujuan untuk
menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari diceroboh oleh bangsa lain. 22 Dengan
semangat bersaing yang semakin memuncak inilah jurang pendapatan yang pada asalnya sangat
jauh menjadi semakin rapat antara orang Melayu, India dan Cina.
21 Hairi Abdullah, 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm
71.

22ShamsulAmri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,ShahAlam,Penerbit UITM, Hlm103.

9

Dari aspek sosial, dapat dilihat bahawa adanya kepelbagaian budaya di kalangan
penduduk setelah buruh-buruh dibawa masuk pada abad ke-19. Amalan-amalan seperti
berpakaian, makanan, bahasa pertuturan dan agama adalah mengikut budaya masing-masing.
Bagi aspek berpakaian contohnya, pakaian yang digunakan adalah seperti negara asal yang mana
kaum perempuan cina memakai ceongsam dan kaum perempuan India memakai sari. Manakala
dari aspek bahasa dan pertuturan pula, masyarakat imigran Cina lebih gemar bertutur dalam
bahasa hokkien, mandarin dan kantonis, manakala masyarakat India dalam bahasa tamil dan
malayalam.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai ini juga telah mendorong kepada
pembentukan masyarakat majmuk dan pertambahan penduduk di Malaysia. Kemasukan buruh
Cina dan India yang dibawa masuk oleh pemodal Cina dan eropah untuk bekerja di sektor
perlombongan dan perladangan telah mewujudkan kepelbagaian etnik. Menurut J.S. Furnivall,
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok mengikut kaum
dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa,
pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri.

23

Masyarakat Peribumi meningkat sebanyak 34.9

peratus, Cina naik sebanyak 83.4 peratus dan India peningkatannya mencecah 188.8 peratus.

Kesan Negatif
Kesan negatif hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu pada ketika itu ialah wujudnya
daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi yang sama masih berlaku
sehingga pada hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampungkampung tradisional sehingga ke hari ini. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan
tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan
ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah ‘pekan cina’ dan ianya diguna
pakai sehingga ke hari ini. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di

23Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin, Nazarudin Zainun. (2006). Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia dan
Indonesia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Hlm 102.

10

ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini.24 Pengkelasan ini nyata sangat tidak
berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada.
Kesan negatif kemasukan buruh Cina dan India dari aspek sosial, wujudnya pertubuhan
kongsi gelap berorientasikan negara asal mereka. Masalah sosial yang berlaku antaranya ialah
pelacuran dan ketagihan. Pelacuran berlaku kerana biasanya buruh yang berhijrah ke Tanah
Melayu adalah lelaki dan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membawa masuk
wanita-wanita dari cina untuk dijadikan pelacur. Pelbagai langkah telah diambil bagi
membendung masalah ini antaranya dengan menggalakkan pengambilan buruh wanita yang
membolehkan mereka datang dengan suami untuk bekerja di Tanah Melayu. Ketagihan juga
ketara berlaku yang mana buruh cina dengan candunya dan buruh India dengan todinya.
Kemasukan buruh asing Cina dan India juga secara langsung telah mengasaskan sistem
persekolahan dan penerapan budaya masing-masing di Tanah Melayu. Pendidikan merupakan
asas kepada pembentukan perpaduan25. Pada awalnya seperti yang kita tahu, sistem pendidikan
di Tanah Melayu adalah bersifat tidak formal dan tumpuan banyak kepada pendidikan agama.
Tumpuan pembelajaran lebih kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa
Arab, hukum hakam agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, setelah
penguasaan Inggeris di Tanah Melayu sistem vernakular diperkenalkan dimana turut dipengaruhi
oleh golongan imigran atau buruh. Sistem pendidikan ini telah mengekalkan masyarakat Melayu
berada di kawasan pedalaman dan kampung. Sekolah Melayu yang ditubuhkan oleh British
kepada orang melayu adalah berfokuskan untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan
mengira sahaja. Keadaan ini telah menyekat perkembangan pemikiran

bagi golongan

bumiputera di Tanah Melayu.26 Sekolah Cina yang pertama di bina adalah pada 1815 oleh
William Milne dari Persatuan Mubaligh London. Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan
mengajar kurikulum Confucius. Kebanyakkan sekolah Cina ini dibina oleh persatuan saudagar
Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina
mempengaruhi perkembangan sekolah Cina ini di Tanah Melayu. Sementara sekolah Tamil pula
merupakan usahasama Mubulaligh Kristian dan Mubaligh Tamil. Antara vernakular Tamil yang
24 ShamsulAmri Baharuddin.(2007). Modul Hubungan Etnik. ShahAlam : Penerbit UITM . Hlm 103.
25 Mohammad Redzuan Othman. ( 2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Hlm 126.
26 Malaysia Kita. (1991). Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm 428.

11

dibina ialah Singapore Free School(1834), St Francis Xavier Malabar School di Melaka (1850).
Namun begitu sekolah ini tidak kekal lama.
Kesan segera dasar penjajah yang memberi keutamaan kepada kaum imigran selepas
menguasai politik orang-orang melayu adalah terlepasnya penguasaan para pembesar melayu
terhadap perusahaan melombong bijih timah.27 Sebagaimana yang diketahui mereka merupakan
golongan yang berkuasa di Tanah Melayu sebelum kedatangan British dan menguasai hasil
ekonomi di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Amalan sistem pentadbiran yang bercorak
feudal iaitu masyarakat Melayu yang berajakan Sultan dan menghormati kepimpinan ketua
seperti penghulu telah mendorong British untuk berbaik dengan Sultan dan ketua orang
Melayu.28Campur tangan British telah memperkenalkan Sistem Residen untuk menjamin
kepentingan mereka di Tanah Melayu tanpa mengabaikan kuasa Sultan yang masih berperanan
dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Rentetan itu, kuasa Sultan dan penghulu yang
dikekalkan menyebabkan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman khususnya tidak merasai
sangat kedatangan British. Hal ini disebabkan oleh British yang meneruskan dasar berbaik-baik
dengan Raja-raja Melayu dan campur tangan yang minimum dengan kaum petani Melayu.
Kesannya, masyarakat Melayu kekal menjadi masyarakat tani dan tinggal di kampung kerana
dasar berbaik-baik British. Dengan bertapaknya penjajahan British ini di negeri-negeri yang kaya
dengan hasil bumi peranan ini telah diambil alih oleh pemodal China dari negeri-negeri Selat dan
Syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Selain itu golongan pembesar tradisional juga turut kehilangan
kuasa memungut cukai dan hilang punca pendapatan mereka. Sebelum ini Sultan dan Pembesar
Melayu berkuasa memungut cukai berkaitan perlombongan dan perniagaan jajahan takluk
mereka. Namun semua ini berubah dengan ketara selepas pengenalan sistem Residen.
Keruntuhan sistem ekonomi tradisional yang menjadi tunjang kekuasaan pembesar Melayu itu
telah menyebabkan kelemahan sistem politik bumiputera.29

6.0 SUMBANGAN BURUH CINA DAN INDIA
27Ibid. Hlm 426.
28Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid (1983). Sejarah Malaysia sepintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hlm 67.
29Malaysia Kita. (1991). Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm 426.

12

Kemasukan buruh Cina dan India dapat dilihat telah mewarnai kepelbagaian dialek
bahasa di Tanah Melayu. Hal ini dibukitkan melalui tiga kawasan asal mereka yang utama iaitu
Kwantung, Funchien, dan Kwangsai.30 Walaupun mereka datang dari wilayah yang sama, namun
mereka berasal dari daerah yang berlainan dan mempunyai dialeknya tersendiri seperti Kantonis,
Hokkien, Hakka, Toechew,Hainan dan lain-lain. Begitu juga dengan buruh India yang bertutur
dalam pelbagai dialek seperti Tamil, Telegu dan Malayalan. Secara tidak langsung disebabkan
berlainan bahasa ini maka negara Malaysia mempunyai kepelbagaian corak bahasa. Justeru,
bahasa Melayu digunakan bagi memudahkan proses interaksi sesama kaum.
Sumbangan buruh Cina dan India juga dapat dilihat dari aspek pembentukan masyarakat
baharu. Contohnya seperti peranakan Cina, India-Muslim, Melayu-Cina dan lain-lain.
Disebabkan rata-rata buruh yang datang ke Tanah Melayu terus menetap di Tanah Melayu, jadi
satu institusi kekeluargaan perlu dibina. Satu entiti masyarakat baharu akan terbentuk dalam
perkahwinan campur apabila buruh Cina dan India berkahwin dengan masyarakat tempatan. Kini
kesan daripada kemasukan buruh asing ini, terdapat masyarakat Malaysia yang mempunyai
darah kacukan Melayu-India, melayu-Cina dan lain-lain.
Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta,
Lembah Klang dan Sungai Ujong. Orang Cina telah membuka lombong-lombong di Larut,
LembahKinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. 31 Mereka juga memperkenalkan kaedah
perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam.32 Mereka juga turut
memperkenalkan kaedah penggunaan stim. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport
dari 6500 tan pada tahun 1850 kepada 43000 tan dalam tahun 1905 dan terus meningkat kepada
77000 tan pada tahun 1937.

Lonjakkan ekonomi dari eksport bijih timah ini akhirnya

melonjakkan nama Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar dunia. 33 Dari segi
perniagaan pula, banyak kedai yang telah dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di bandar30 Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1974. Hlm 172.
31 Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 310.
32 Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin.(2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Hlm 218.
33 Zainal Abidin Abdul Wahid.(1996). Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1996. Hlm 223.

13

bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga turut
berkembang melalui sistem Kangcu.
Kemasukan buruh Cina dan India ini juga telah memberi sumbangan dalam
perkembangan serta kemajuan sistem perhubungan di Tanah Melayu. Penglibatan Inggeris dalam
pentadbiran Tanah Melayu turut menjadi tulang belakang kepada perkembangan ini. Dapat
dilihat bahawa sungai dan pelabuhan adalah alat perhubungan di Tanah Melayu. Namun ianya
berubah setelah pembinaan jalan-jalan raya dan kereta api giat dijalankan. Pembinaan sistem ini
telah memudahkan pergerakkan masyarakat dari satu tempat ke satu tempat walaupun pada awal
pembinaannya lebih tertumpu dalam menghubungkan tempat di dalam negeri sahaja dan bersifat
pendek. Kemudian, setelah tertubuhnya Persekutuan 1896, usaha-usaha dalam membina jalan
raya dan jalan kereta api dijalankan lebih panjang dan meluas melewati satu negeri ke satu
negeri.
Selain itu, kemasukan buruh Cina turut membawa sistem perubatan tradisional mereka ke
Tanah Melayu. Kemasukan tabib-tabib Cina yang turut membawa ubat-ubatan tradisional dari
tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan. Hal ini telah memberi suntikan baru dalam kepelbagaian
ubatan di Malaysia pada hari ini. Meskipun mungkin ianya dilihat hanya memberi manfaat
kepada kaum mereka sahaja tetapi hakikatnya kedatangan sistem perubatan Cina ini telah
membuka mata penduduk tempatan untuk lebih terbuka dalam mencuba sistem perubatan lain
kerana pada asalnya mereka lebih mengutamakan perubatan tradisional seperti pawang
berbanding pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.34

7.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan setelah kemasukan buruh Cina dan India pada abad ke-19 yang
disebabkan oleh faktor penolak dan faktor penarik, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum di Malaysia. Kedatangan imigran Cina, India dan imigran ke
Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya
34 Choon Lee Chai. (2008). ‘Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal Rationalization in
Malaysia’. Department of Sociology University of Saskatchewan : Tesis PhD. Hlm 139.

14

yang berbeza.Justeru wujud masyarakat yang berlainan kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kedatangan golongan ini juga telah mengubah corak dan sistem sosial Tanah Melayu dan
masyarakat melayu pada ketika itu. Selain itu datangnya buruh-buruh asing ini telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa, latar belakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan ini juga telah menyebabkan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

15