ANTARA BARAT DAN ASIA PERBANDINGAN ISU I

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)
“Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”
Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016

ANTARA BARAT DAN ASIA: PERBANDINGAN ISU-ISU
DALAM PELAKSANAAN KOMUNITI PENGAMAL
(COMMUNITIES OF PRACTICE)
Nurul Syaida Md Zukia, Fariza Khalid a
a

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Komuniti pengamal merupakan salah satu daripada pendekatan yang terbukti memberikan kesan kepada
peningkatan profesionalisme dalam diri seseseorang individu. Malah pendekatan ini juga bukan sahaja dapat
diaplikasikan dalam peringkat industri pekerjaan tetapi juga dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
Kertas projek ini mengandungi analisis sorotan kajian lepas secara sistematik yang memberi fokus kepada
perbandingan antara isu-isu yang melingkari pelaksanaan komuniti pengamal di antara negara-negara Barat
dan juga negara-negara di Asia. Antara aspek utama yang membezakan pelaksanaan komuniti pengamal

antara kedua-dua zon utama dunia adalah berkaitan rapat dengan budaya (cultural). Di samping itu juga,
kertas kerja ini turut membincangkan aspek-aspek kajian berkaitan komuniti pengamal di negara-negara yang
terpilih.
Kata Kunci: Perbandingan; Barat; Asia; Komuniti Pengamal; e-pembelajaran

1. Pendahuluan
Kemajuan sesebuah negara terletak kepada sistem pengurusan negara yang bersistematik dengan
pelaksanaan pelbagai pendekatan dalam sistem pengurusan merangkumi bidang ekonomi, politik dan sosial.
Matlamat utama sesebuah negara juga adalah bagi menghasilkan masyarakat berpengetahuan (K-Masyarakat)
yang mana ianya memainkan peranan sebagai sumber utama atau kunci untuk membentuk perkembangan
ekonomi negara melalui kehadiran pekerja berpengetahuan (Oblinger, 2012). Menurut Demir et al. (2015)
masyarakat berpengetahuan didefinisikan sebagai
individu dalam masyarakat yang mementingkan
pengetahuan dengan menjalani proses pembelajaran secara berfikir, menilai, menaakul, membaca dan
melakukan pemerhatian. Masyarakat berpengetahuan meletakkan kedudukan pengetahuan adalah sebagai
produk intelektual.
Kesediaan dalam menambah pengetahuan sedia ada dan berkongsi pengetahuan antara satu sama lain
adalah bertujuan meningkatkan serta menambah baik kehidupan. Fasa masyarakat berpengetahuan adalah
peralihan yang dikenal pasti daripada fasa masyarakat industri (Demir et al., 2015). Peralihan ini adalah hasil
daripada perkembangan ilmu pengetahuan seperti dalam bidang sains dan teknologi serta teknologi maklumat.

Fasa peralihan ini juga turut membuka peluang dalam perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan dan
mengubah sosio-ekonomi setempat.
Pelaksanaan komuniti pengamal (Communities of Practice) atau disebut selepas ini KoP dilihat mampu
untuk memudahkan proses pengembangan pengetahuan dalam masyarakat. Penggunaan pendekatan komuniti
pengamal boleh diterapkan secara formal dan tidak formal (Jeon et al., 2011). Pendekatan ini tidak terbatas

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

650

kepada pelaksanaan secara bersemuka atau langsung semata-mata malah turut dapat dilaksanakan dalam
bentuk maya. Penerapan pendekatan komuniti pengamal yang telah dikemukakan oleh Wenger pada tahun
1998 sesuai untuk diaplikasi dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang mengaplikasikan konsep komuniti
pengamal adalah perniagaan, reka bentuk organisasi, kerajaan, pendidikan, persatuan profesional, projekprojek pembangunan, dan kehidupan sivik. Melalui proses perkongsian pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman dalam komuniti pengamal, profesionalisme seseorang individu dapat ditingkatkan. Ini pastinya
dapat menambah nilai kecekapan individu tersebut terhadap kerjaya sedia ada atau di masa hadapan.
2. Komuniti Pengamal (Communities Of Practice)
Komuniti pengamal telah memberikan kesan kepada organisasi kerana melalui pendekatan komuniti ini
membolehkan ahli-ahlinya berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara sukarela (Jeon et al., 2011).
Menurut Nistor et al. (2015) dan Wenger (1998), KoP adalah sekumpulan individu yang berkongsi minat atau

semangat, serta keinginan yang sama bagi meningkatkan pengetahuan mereka melalui perbincangan dan
berkongsi pengalaman serta melaksanakan aktiviti bersama. KoP boleh berkembang secara semulajadi kerana
kepentingan bersama ahli-ahli dalam domain atau ianya boleh diwujudkan secara bertujuan bagi menambah
ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tertentu (Bates & O’Brien, 2013).
KoP turut menyokong pembelajaran secara timbal balik sebagai satu proses sosial, dan berfungsi sebagai
alternatif kepada sumber pengetahuan berorientasikan pelaksanaan pengurusan maklumat (Swan et al, 2000;
Lesser & Storck, 2001; Wenger & Snyder, 2000). Justeru, peluang untuk memajukan diri secara peribadi dan
profesional dapat dilakukan melalui proses perkongsian maklumat dan juga pengalaman antara ahli-ahli
dalam KoP (Bates & O’Brien, 2013; Lave & Wenger, 1998). Hasil daripada perkembangan pengetahuan dan
pengalaman serta kemahiran seterusnya dapat melahirkan masyarakat dan pekerja berpengetahuan.
Terdapat tiga elemen dalam membentuk KoP yang berkesan iaitu domain, komuniti dan pengamal (Lave &
Wenger, 1998). Namun menurut Skalicky & West (2011), terdapat tiga lagi elemen yang tersembunyi iaitu
motivasi, mandat, dan struktur tidak formal. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai elemen utama dan
elemen tersembunyi yang membentuk KoP.
i.
Domain (domain)
Domain adalah persefahaman dan semangat identiti bersama. Melalui domain ini, kecekapan dan
pengetahuan setiap ahli dibangunkan dan dikongsi untuk kepentingan bersama.
ii.


Komuniti (community)
Komuniti meliputi setiap ahli yang terlibat dalam aktiviti dan perbincangan, membantu antara satu
sama lain, dan berkongsi pengetahuan. Ahli-ahli dalam komuniti juga membina hubungan yang
membolehkan mereka untuk belajar antara satu sama lain.

iii.

Amalan (practice)
Amalan pula merujuk kepada unsur amalan pengetahuan yang dipelajari melalui pelbagai sumber,
pengalaman, cerita, peralatan, dan juga cara sesuatu masalah diselesaikan.

iv.

Motivasi (Motivation)
Motivasi merupakan elemen penting yang membangunkan sifat kekitaan dalam komuniti iaitu untuk
membangunkan kemahiran individu selain mendapatkan bantuan daripada ahli komuniti yang lain.

v.

Mandat (Mandate)

Kepercayaan atau jangkaan hasil daripada penglibatan yang mana pihak pentadbiran meletakkan
sesuatu jangkaan atau hasil daripada komitmen individu dalam komuniti.

vi.

Struktur Tidak Formal (Informal Structure)
Komuniti pengamal melibatkan hubungan atau batasan yang tidak formal antara satu organisasi atau
kumpulan.

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

651

KoP turut mempunyai tiga struktur asas iaitu kumpulan teras (core group), kumpulan inner circle dan
kumpulan outer circle. Rajah 2 menunjukkan struktur asas yang terdapat dalam KoP yang mana kumpulan
teras (core group) mempunyai ahli yang terdiri pakar, fasilitator atau orang belakang yang kuat. Manakala
kumpulan inner circle pula terdiri daripada ahli yang aktif dan menyumbang dalam KoP dan seterusnya outer
circle terdiri daripada ahli yang mempunyai minat untuk mengetahui dan mempelajari domain KoP tersebut.

Rajah 2: Struktur asas dalam komuniti pengamal. (Sumber: Skalicky & West 2011).

Selain itu, The Swiss Agency for Development of Cooperation (SDC) (2009) telah mencadangkan enam
peringkat dalam membangunkan komuniti amalan iaitu:
i. Pembentukan
Pada fasa ini, faedah/keperluan untuk berinteraksi antara dengan rakan-rakan dalam komuniti diberi
penekanan agar setiap ahli faham tujuan pembentukan komuniti.
ii. Pembangunan
Fasa ini melibatkan permulaan perbincangan kecil dengan kumpulan teras untuk saling mengenali dan
mengenalpasti kekuatan setiap ahli.
iii. Perkembangan
Untuk mencapai fasa perkembangan ahli dalam komuniti, langkah proaktif dilakukan seperti
menghubungi orang lain yang berpotensi atau berminat untuk turut serta sebagai ahli sama ada melalui
telefon, e-mel atau secara tidak rasmi di bengkel, persidangan dan lain-lain.
iv. Fokus matlamat
Fasa ini melibatkan proses mereka bentuk proses interaksi samada dari segi masa atau tempat serta
mengenalpasti peranan ahli misalnya sebagai pemudahcara, pakar, ahli serta kedudukan mereka dalam
komuniti.
v. Pengoperasian
Fasa ini melibatkan usaha pemupukan komuniti melalaui penganjuran bengkel atau bermesyuarat secara
bersemuka untuk perbincangan tentang topik utama komuniti.


International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

652

vi. Sambutan
Pada fasa terakhir ini iaitu selepas setiap usaha dalam fasa-fasa seblum ini berjaya dilaksanakan atau
dicapai, para ahli meraikan apa yang telah dicapai.

Rajah 3: Peringkat pembangunan KoP.
Oleh yang demikian, KoP dilihat sangat relevan untuk digunakan dalam pelbagai bidang pada masa kini
kerana penglibatan kumpulan pakar, aktif dan penyumbang dalam KoP dapat membantu meningkatkan
profesionalisme ahli-ahlinya dari segi pengetahuan, pengalaman dan juga kemahiran (Donnell & Tobbell,
2007; Bates & Brien, 2013).
3. Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan melihat isu yang berkaitan dengan konteks pelaksanaan KoP, budaya masyarakat dan
elemen motivasi yang terdapat dalam persekitaran pelaksanaan KoP di negara-negara Barat dan juga di
negara-negara Asia yang mempengaruhi kepada peningkatan prestasi organisasi dan juga perkembangan
profesionalisme individu yang terlibat dalam KoP. Hasil daripada sorotan kajian ini dapat memberikan
pendedahan kepada pembaca mengenai pelaksanaan KoP yang telah dilaksanakan di negara-negara Barat dan
Asia.

4. Metodologi
Dalam kajian ini sebanyak 30 buah artikel jurnal serta prosiding yang berkaitan dengan kajian tentang
komuniti pengamal telah dirujuk. Analisis kajian yang dijalankan terhadap sorotan kajian adalah
menggunakan analisis perbandingan.
5. Sorotan Kajian
5.1. Konteks Pelaksanaan KoP
Komuniti pengamal merupakan pendekatan yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai bidang secara
semulajadi atau secara bertujuan. Bukan itu sahaja, KoP juga mudah diaplikasikan kerana ia tidak terikat
dengan batasan masa dan tempat. Hasil daripada sorotan kajian lepas mendapati bahawa KoP di negaranegara Asia seperti Malaysia (Ming et al., 2012; Khalid et al., 2013; Khalid et al., 2014), Singapura (Retna &
Ng, 2011), Iran (Jassbi et al., 2014; Akhavan et al., 2015), China (Zhang & Watts, 2008; Tong & Mitra, 2009;
Cheng & Lee, 2013; Yan et al., 2014) dan Republik Korea (Jeon et al., 2011; Lee et al., 2014) banyak
diaplikasikan dalam bidang pendidikan, pengurusan dan industri sepertimana yang dilaksanakan di negaranegara Barat seperti United Kingdom (Fearon et al., 2012; Macpherson & Antonacopoulou, 2013), Australia
(List, Warland & Smith, 2014), New Zealand (Weil et al., 2013), The Netherland (Brouwer et al., 2011),

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

653

Perancis (Bardon & Borzillo, 2016), Sepanyol (Borzillo et al., 2012), Sweden (Schenkel & Yeigland, 2008),
Jerman (Nistor et al., 2012), USA (Bandow & Gerweek, 2015), Itali (Scarso et al. 2009; Impedovo & Manuti,

2016) dan Afrika (Jawitz, 2009; Singh, 2011).
Pelaksanaan KoP di negara-negara tersebut tidak hanya memfokuskan pelaksanaannya secara bersemuka
sahaja tetapi turut dilaksanakan secara maya. Ini berikutan daripada kepesatan kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi dunia. KoP dibangunkan dengan menggunakan platform atau aplikasi yang terdapat dalam
Web 2.0 (Zhang & Watt, 2008; Nistor et al., 2012; Yan et al., 2014; List, Warland & Smith, 2015).
Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Weebly, Facebook, BlogSpot, Padlet, Edmodo dan lain-lain lagi telah
membantu KoP yang dibina untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat dengan lebih mudah. Namun
begitu, ada segelintir ahli KoP dalam talian memilih untuk berinteraksi secara bersemuka dengan ahli-ahli
yang lain (List, Warland & Smith, 2015). Selain itu juga, kekurangan masa turut memberi impak kepada
keberkesanan pelaksanaan KoP secara dalam talian (List, Warland & Smith, 2015). Kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi juga boleh menjadi penentu kepada keberkesanan pelaksanaan komuniti maya
(Khalid et al., 2013).
Di samping itu, dapatan sorotan kajian yang dilakukan dalam kajian ini mendapati bahawa KoP yang
dibangunkan bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan prestasi organisasi tetapi juga memberi manfaat
kepada pengembangan profesionalisme kerjaya seseorang individu (Jawitz, 2009; Fearon et al., 2012; Cheng
& Lee, 2013; Kriner et al., 2015; Peyman et al. 2015). Modul-modul yang bersesuaian dengan perkembangan
profesionalisme kerjaya individu dirangka dengan teliti oleh organisasi supaya modul-modul tersebut dapat
dilaksanakan secara berkesan dalam KoP yang dibangunkan (Sutherland et al, 2013; Gur, 2013).
5.2. Budaya Masyarakat dalam Persekitaran KoP
Menurut Brouwer et al. (2012), komuniti adalah persekitaran di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan

berhubung antara satu sama lain. Komuniti yang dibentuk mempunyai keahlian yang terdiri daripada individu
yang memiliki identiti yang pelbagai. Kepelbagaian identiti yang terdapat pada seseorang individu dilihat
boleh memberi pengaruh terhadap tahap komunikasi serta hubungan antara setiap ahli-ahli komuniti tersebut
(Khalid, 2015; Trent, 2013). Terdapat empat dimensi identiti yang mendasari keberkesanan KoP tersebut
(Khalid, 2015). Empat dimensi identiti tersebut adalah identiti peribadi, identiti profesional, identiti pelajar
(learners) dan identiti ahli (members). Empat dimensi identiti tersebut saling berkait rapat antara satu sama
lain bagi mencapai penglibatan individu dalam KoP yang berkesan.
Namun, penglibatan individu dalam KoP boleh dibatasi oleh batasan budaya masyarakat setempat yang
akhirnya mempengaruhi tahap penglibatan, keterbukaan malah keberkesanan peranan mereka sebagai ahli
dalam KoP (Ardichvili et al., 2006). Sorotan literatur yang dijalankan mendapati bahawa, masyarakat di
negara-negara Asia berpegang kuat kepada budaya negara mereka iaitu kesedaran hierarki, kesopanan, dan
kehormatan (Tong & Mitra, 2009; Retna & Ng, 2011; Khalid et al., 2014). Kesedaran hierarki antara ketua
dan staf misalnya telah mewujudkan perasaan hormat terhadap ketua atau orang atasan dan secara tidak
langsung membina satu ‘tembok’ yang menghadkan perkongsian maklumat serta pengalaman antara ahli
daripada hierarki yang berbeza (Tong & Mitra, 2009). Malah identiti individu sebagai pekerja bawahan turut
menyebabkan mereka ragu-ragu untuk melontarkan pendapat mereka. Ini menyebabkan proses perkongsian
maklumat dalam KoP tidak mencapai tahap optimum.
Budaya masyarakat Asia juga mementingkan nilai kesopanan yang mana sifat rendah diri telah
menyebabkan masyarakat Asia cenderung untuk tidak menunjuk terlalu banyak pengetahuan yang ada dalam
diri mereka (Zawawi, 2008). Hal ini pastinya memberi kesan kepada KoP yang dibina. Bukan itu sahaja,

menurut Khalid et al. (2014) dalam kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa individu yang terlibat
dalam KoP berpendapat mereka terikat dengan budaya masyarakat sehingga menghalang mereka untuk
berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka kerana bimbang dikatakan mahu menunjuk-nunjuk.
Namun berbeza pula dapatan kajian mengenai KoP di negara-negara Barat. Ahli pengkaji mendapati
bahawa sifat keterbukaan dalam menerima dan memberi membolehkan perkongsian kepakaran dan
pengetahuan dapat dilakukan dengan baik dalam KoP (Ardichvili et al., 2006; Fichman & Sanfilippo, 2013;
Nemati et al., 2014). Sifat keterbukaan amat perlu bagi membolehkan individu dalam KoP dapat
mengoptimumkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman mereka dalam KoP yang telah dibina (Nazari et

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

654

al., 2011). Oleh yang demikian, KoP yang dibangunkan mestilah menolak unsur negatif berkaitan budaya
masyarakat sesuatu tempat agar matlamat pembinaan KoP dapat dicapai dengan baik dan berkesan.
5.3. Motivasi dalam Persekitaran KoP
Elemen motivasi dalam KoP memainkan peranan bagi membina KoP yang berkesan. Motivasi diperlukan
bagi merangsang penglibatan individu dalam komuniti yang mana motivasi dapat diberikan melalui pelbagai
cara. Menurut Jeon, Kim & Joon (2011), faktor motivasi dapat memberikan kesan positif terhadap tingkah
laku perkongsian pengetahuan dan pengalaman seseorang individu dalam komuniti pengalaman. Motivasi
boleh diwujudkan daripada sokongan ahli-ahli KoP dan juga sokongan organisasi (Ardichvili et al., 2003;
Cheng & Lee, 2014; Akhavan et al., 2015; Impedovo & Manuti, 2016).
Berdasarkan kepada sorotan literatur yang dijalankan didapati bahawa faktor motivasi sememangnya
mempengaruhi kepada pelaksanaan KoP yang dibina. Sokongan antara ahli-ahli komuniti penting kerana
melalui sokongan tersebut, motivasi dalam diri ahli komuniti dapat dibina. Perjumpaan secara bersemuka
sama ada secara formal atau tidak formal perlu bagi membina keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli komuniti
(Sechenkel & Teigland, 2008). Menurut Bardon & Borzillo (2016) pula, aktiviti komuniti pengamal yang
dilakukan secara tidak formal dapat membina hubungan yang erat antara ahli-ahli KoP tersebut. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti tidak formal seperti riadah, minum petang, makan malam dan perjumpaan,
ahli-ahli komuniti bebas dan tidak terikat dengan budaya kerja dan ini membolehkan mereka untuk mengenali
dengan lebih rapat lagi ahli-ahli komuniti.
Hubungan yang erat antara ahli-ahli KoP memberi impak kepada keberkesanan pelaksanaan KoP yang
mana setiap ahli dapat melibatkan diri secara aktif untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka
apabila wujud rasa keyakinan dan kepercayaan terhadap ahli-ahli komuniti (Pastoors, 2007; List, Warland &
Smith, 2015). Kewujudan keyakinan dan kepercayaan ini membolehkan proses pemindahan pengetahuan atau
pengalaman dan kemahiran dapat dilakukan dengan baik antara sesama ahli komuniti. Malah hal ini turut
membolehkan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran dipindahkan tanpa mengira hierarki seseornag
individu dalam suatu organisasi.
Di samping itu, sokongan daripada organisasi serta kepimpinan juga menjadi motivasi kepada ahli-ahli
KoP (Cheng & Lee, 2014; Retna & Ng, 2011; Tong & Mitra, 2009). Pihak organisasi turut memainkan
peranan bagi memastikan KoP yang dibina dalam organisasi dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya.
Berdasarkan kepada sorotan kajian lepas di negara-negara Barat dan Asia, sokongan motivasi oleh pihak
organisasi terhadap KoP yang dibina telah meningkatkan prestasi organisasi dan prestasi ahli komuniti
(Scarso et al., 2009; Tong & Mitra, 2009; Retna & Ng, 2011; Impedovo & Manuti, 2016). Ini secara tidak
langsung telah menyebabkan perkembangan profesionalisme ahli KoP.
Bagi meningkatkan prestasi organisasi dan mengembangkan profesionalisme ahli-ahli KoP yang dibina,
pihak organisasi hendaklah memupuk dan menyokong pelaksanaan KoP dalam amalan kerja melalui aktivitiaktiviti yang dilaksanakan oleh KoP sejajar dengan matlamat organisasi tersebut (Bardon & Borzillo, 2016).
Oleh itu, organisasi perlu melantik atau mengiktiraf ketua KoP yang mempunyai kepakaran agar dapat
membimbing dan mengurus ahli-ahli KoP (Tong & Mitra, 2009; Bardon & Borzillo, 2016). Selain itu,
menurut Retna & Ng (2011) pula, untuk membolehkan ahli-ahli KoP meningkatkan keupayaan mereka untuk
memperoleh dan menggunakan pengetahuan, beberapa latihan softkill patut dipertimbangkan oleh kepimpinan
organisasi. Hal ini turut disokong hasil dapatan kajian Khalid et al. (2013) yang mana ahli komuniti
menyatakan bahawa latihan dan seminar yang dianjurkan dapat menolong mereka untuk mendapatkan
pengetahuan baru dan kemahiran yang berkaitan.
Penajaan atau ganjaran daripada organisasi turut dapat mewujudkan motivasi kepada pelaksanaan KoP. Ini
dapat meransangkan penglibatan individu dalam KoP kerana mereka merasa pentingnya melibatkan diri
secara aktif dalam KoP yang telah dibina (Jeon et al., 2011). Sokongan organisasi secara tajaan atau ganjaran
turut dapat melancarkan proses penukaran pengetahuan dan kemahiran kerana pelbagai aktiviti dapat dirangka
dan dilaksanakan dengan adanya tajaan atau ganjaran. Menurut Cheng & Lee (2014), penajaan atau ganjaran
yang diberikan oleh pihak organisasi dapat membentuk daya tumpuan yang lebih jelas terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran ahli komuniti. Daya tumpuan yang telah diberikan dapat meningkatkan tahap

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

655

pengetahuan dan kemahiran individu dalam komuniti dan proses penukaran maklumat akan sentiasa berjalan
seiring dengan keperluan KoP yang dibina.
Selain itu, pihak organisasi juga perlu menyediakan infrastruktur persekitaran KoP yang dapat menyokong
aktiviti atau program yang dilaksanakan (Akhavan et al., 2015). Infrastruktur persekitaran yang kondusif
dapat membantu ahli komuniti pengamal untuk menambah dan mengembangkan pengetahuan serta
kemahiran mereka (List, Warland & Smith, 2015). Secara keseluruhannya, sorotan literatur yang dijalankan
mengenai motivasi ahli komuniti dan motivasi organisasi terhadap KoP mendapati bahawa hanya wujud
sedikit perbezaan dari segi aspek sokongan infrastruktur teknologi dan rangkaian antara negara Barat dan Asia
di mana aspek tersebut mempengaruhi kepada motivasi ahli-ahli KoP yang dibina dalam talian.
Hasil sorotan literatur mendapati bahawa persediaan infrastruktur teknologi dan rangkaian oleh pihak
organisasi di beberapa negara Asia masih kurang dititikberatkan. Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian
yang dijalankan oleh Analisa et al. (2015) yang mendapati bahawa ahli komuniti tidak dapat melibatkan diri
dalam komuniti maya kerana sukar untuk mendapatkan sambungan internet yang mana menurut mereka
kelajuan internet yang diberikan sangat terhad. Oleh itu, pihak organisasi perlu menyediakan prasarana
teknologi dan rangkaian seperti makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan komputer yang lengkap
dan menyediakan persekitaran internet yang berkelajuan tinggi. Ini supaya, dengan sokongan infrastruktur
fizikal yang baik maka KoP yang dilaksanakan secara dalam talian berlangsung dengan baik (Habibah &
Vasugiammai, 2011).
6. Perbincangan
Berdasarkan daripada pembacaan dapatan lepas mengenai KoP, penulis mendapati pembangunan KoP
perlu mengikut konteks dan keperluan organisasi. Malah perancangan yang baik dan juga penilaian
keberkesanan KoP turut diperlukan. Dapatan lepas mendapati bahawa KoP di negara-negara Barat dan Asia
dilaksanakan secara bersemuka dan juga secara maya. KoP yang dibina secara bersemuka dapat membantu
ahli-ahli KoP meningkatkan prestasi organisasi dan juga mengembangkan profesionalisme individu melalui
kemahiran yang ditunjukkan dan pengetahuan yang dibincangkan secara lebih jelas. Manakala, pemindahan
pengetahuan dan kemahiran bagi KoP yang dibina dalam talian ataupun maya, dapat dilaksanakan dengan
bantuan penggunaan aplikasi Web 2.0. Namun, perjumpaan secara bersemuka antara ahli-ahli KoP dalam
talian perlu supaya wujud kepercayaan dan keyakinan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran masingmasing.
Hasil sorotan literatur yang dijalankan mendapati bahawa perbezaan yang terdapat antara pelaksanaan
komuniti pengamal di negara-negara Barat dan Asia adalah berkaitan dengan budaya. Budaya masyarakat
Asia yang mementingkan kesopanan, kehormatan dan kesedaran hierarki menyebabkan wujud batasan untuk
perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara ahli komuniti. Manakala budaya masyarakat Barat yang
lebih bersifat terbuka menyebabkan mereka bebas untuk mengeluarkan pendapat mereka dan menunjukkan
pengetahuan dan kemahiran mereka kepada ahli komuniti. Oleh itu, bagi mengatasi perbezaan ini maka
hubungan rapat di antara ahli-ahli KoP yang dibentuk perlu dibina sebelum sesuatu topik dibincangkan secara
lebih mendalam atau sebelum suatu tugas dilaksanakan dalam KoP. Hubungan rapat ini boleh dibina dengan
melaksanakan perjumpaan atau aktiviti tidak formal antara ahli-ahli komuniti. Hubungan rapat atau
interpersonal dilihat dapat mengurangkan sebahagian pengaruh negatif daripada beberapa karakter budaya
masyarakat.
Selain itu, pemilihan tajuk perbincangan dalam KoP juga haruslah dapat menarik minat setiap ahli
komuniti untuk terlibat tanpa mengira identiti individu dalam KoP yang dibentuk. Malah bukan itu sahaja,
pemilihan tajuk perbincangan juga tidaklah semestinya berkaitan objektif pembentukan komuniti bahkan
pelbagai tajuk yang bersesuaian dengan ahli komuniti turut boleh dibincangkan. Fasilitator dalam KoP juga
turut memainkan peranan dalam memastikan ahli-ahli komuniti sentiasa bergerak dan berkongsi pendapat
bagi topik tertentu secara aktif tanpa memikirkan budaya masyarakat sedia ada. Peranan fasilitator dalam
menjemput setiap ahli komuniti untuk memberi pendapat dan berkongsi pengetahuan dapat membuatkan
ahli-ahli KoP merasakan tidak wujud jurang perbezaan identiti seseorang individu itu dalam KoP yang
dibentuk. Oleh yang demikian, walaupun budaya masyarakat merupakan satu elemen yang mempengaruhi

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

656

tahap keterbukaan seseorang individu dalam berkongsi pengetahuan, namun ia tidak bermakna masyarakat
Asia tidak boleh mendapat manfaat daripada KoP.
Akhir sekali, motivasi merupakan elemen yang diperlukan untuk membina komuniti pengamal yang
berkesan. Elemen motivasi yang dibahagikan kepada dua iaitu motivasi dari ahli komuniti dan motivasi dari
organisasi dilihat menjadi pemangkin kepada semangat ahli-ahli komuniti pengamal untuk menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam komuniti. Prestasi yang cemerlang dalam komuniti pengamal pastinya
membawa kesan positif kepada organisasi dan juga perkembangan profesionalisme individu dalam KoP
tersebut. Sorotan literatur mendapati bahawa wujud sedikit perbezaan motivasi dari organisasi yang berkaitan
dengan kemudahan infrastruktur teknologi dan komunikasi antara Asia dan Barat. Masalah kelajuan internet
yang terhad di beberapa negara Asia telah menyebabkan keterbatasan penglibatan ahli komuniti terhadap KoP
yang dibentuk dalam talian. Namun, masalah ini dapat diatasi jika pihak organisasi menambah baik
infrastruktur teknologi dan rangkaian sedia ada bagi merangsang motivasi ahli komuniti maya. Selain itu,
masalah ini juga tidak menjadi halangan kepada KoP yang dibentuk dalam talian jika ahli komuniti dalam
talian sentiasa mengadakan perjumpaan secara bersemuka bagi membincangkan sesuatu topik dan
melaksanakan tugas yang diberikan bersama-sama.
7. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelaksanaan komuniti pengamal di negara-negara Barat dan Asia dapat
dilaksanakan dengan mengikut konteks dan keperluan organisasi. Malah halangan untuk melaksanakan
komuniti pengamal berkesan yang berkaitan dengan budaya masyarakat dapat diatasi jika ahli-ahli komuniti
dan pihak organisasi menolak unsur-unsur negatif yang berkaitan dan membina hubungan interpersonal yang
kuat antara ahli-ahli komuniti. Motivasi yang diberikan oleh ahli komuniti dan organisasi terhadap
pelaksanaan komuniti pengamal pastinya memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan
profesionalisme individu dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi.

Rujukan
Alexander Ardichvili, Vaughn Page & Tim Wentling. (2003). Motivation and Barriers to Participation in Virtual Knowledge-Sharing
Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 7(1): 64 – 77.
Alexandre Ardichvili et al. (2006). Cultural Influences On Knowledge Sharing Through Online Communities of Practice. Journal of
Knowledge Management, 10(1): 94 – 107.
Allan Macpherson & Elena Antonacopoulou. (2013). Translating Strategy into Practice: The role of Communities of Practice. Journal of
Strategy and Management, 6(3): 265 – 285.
Analisa Hamdan et al. (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika Journal.
5(1): 51–59.
Andrew Schenkel & Robin Teigland. (2008). Improved Organizational Performance Through Communities of Practice. Journal of
Knowledge Management, 12(1): 106 – 118.
Bridget A. Kriner et al. (2015). From Students to Scholars: The Transformative Power of Communities of Practice. Adult Learning
Journal, 26(2): 73-80.
Colm Fearon et al. (2012). Using Student Group Work in Higher Education to Emulate Professional Communities of Practice. Education
Plus Training Jurnal, 54(2/3): 114 – 125.
Diane Bandow & Joseph T Gerweck. (2015). Support Your Local Communities of Practice. Development and Learning in
Organizations: An International Journal, 29(5): 7 – 9.
Enrico Scarso, Ettore Bolisani & Luigi Salvador. (2009). A Systematic Framework for Analysing The Critical Success Factors of
Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 13(6): 431 – 447.
Eric C.K. Cheng & John C.K. Lee. (2014). Developing Strategies for Communities of Practice. International Journal of Educational
Management, 28(6): 751 – 764.
Hamid Nemati, Jeffrey D. Wall, Anthony Chow. (2014). Privacy Coping and Information-Sharing Behaviors in Social Media: A
Comparison of Chinese and U.S. Users. Journal of Global Information Technology Management, 17(4): 228-249.
Hsiu-Ling Chen, Hsueh-Liang Fan & Chin-Chung Tsai. (2014). The Role of Community Trust and Altruism in Knowledge Sharing: An
Investigation of a Virtual Community of Teacher Professionals. Educational Technology & Society, 17 (3): 168–179.
Jamal A. Nazari. (2011). Organizational Culture, Cimate and IC: An Interaction Analysis. Journal of Intellectual Capital, 12(2): 224-248.
Jeff Jawitz. (2009). Academic Identities and Communities of Practice in A Professional Discipline. Teaching in Higher Education, 14(3):
241-251.

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia

657

Jin Tong & Amit Mitra. (2009). Chinese Cultural Influences on Knowledge Management Practice. Journal of Knowledge Management,
13(2): 49 – 62.
Kala S. Retna & Pak Tee Ng. (2011). Communities of Practice: Dynamics and Success Factors. Leadership & Organization Development
Journal, 32(1): 41 – 59.
Katja Pastoors. (2007). Consultants: Love-Hate Relationships with Communities of Practice. The Learning Organization Jurnal, 14(1):
21 – 33.
Khalid, F., Joyes, G., Ellison, L. & Daud, M.D.. (2014). Factors Influencing Teachers’ Level of Participation in Online Communities.
International Education Studies, 7(13): 24-32.
Khalid, F., Joyes, G., Ellison, L. & Karim, A.A.. (2013). Teachers' Involvement in Communities of Practice: An Implication with Regard
to the Current Approach of Teachers’ Professional Development in Malaysia. Asian Social Science, 9(16); 102-111.
Khalid, F.. (2015). The Dimensions of Identities and its Roles in Shaping Teachers’ Effectiveness. Mediterranean Journal of Social
Sciences, 6(3): 306-314.
Maria Antonietta Impedovo & Amelia Manuti. (2016). Boundary Objects as Connectors Between Communities of Practices in The
Organizational Context. Development and Learning in Organizations: An International Journal, 30(2): 7 – 10.
Nicolae Nistor, Beate Baltes & Monika Schustek. (2012). Knowledge Sharing and Educational Technology Acceptance in Online
Academic Communities of Practice. Campus-Wide Information Systems, 29(2): 108 – 116.
P. Bates & W. O’Brien. (2013). ‘It’s More Than Stick and Rudder Skills’: An Aviation Professional Development Community of
Practice. Teaching in Higher Education, 18(6): 619-630.
Patricia Brouwer et al. (2012). Communities of Practice in The School Workplace. Journal of Educational Administration, 50(3): 346 –
364.
Penny Singh. (2011). Oral Assessment: Preparing Learners for Discourse in Communities of Practice. Syst Pract Action Res, 24: 247–
259.
Peyman Akhavan et al. (2015). Identifying The Success Factors of Communities of Practice (CoPs). VINE, 45(2): 198 – 213.
Pnina Fichman, Madelyn R. Sanfilippo. (2013). Multiculturalism and Information and Communication Technology. Synthesis Lectures
on Information Concepts, Retrieval, and Services, 5(5): 1-101.
Sarah S. List, Jane Warland & Colleen Smith. (2015). The Challenges of Creating An Online Undergraduate Community of Practice.
Journal of Applied Research in Higher Education, 7(1): 99 – 112.
Steffen Kanzler et al. (2012). Knowledge Sharing in Academic R&D Collaborations: Does Culture Matter?. Journal of Chinese
Entrepreneurship, 4(1): 6-19.
Stefano Borzillo, Achim Schmitt & Mirko Antino. (2012). Communities of Practice: Keeping The Company Agile. Journal of Business
Strategy, 33(6): 22 – 30.
Sidney Weil et al. (2013). Using Asynchronous Discussion Forums To Create Social Communities of Practice in Financial Accounting.
Pacific Accounting Review, 25(1): 30 – 57.
Suchul Lee, Euiho Suh & Modeum Lee. (2014). Measuring The Risk of Knowledge Drain in Communities of Practice. Journal of
Knowledge Management, 18(2): 382 – 395.
Suhwan Jeon, Young-Gul & Kim Joon Koh. (2011). An Integrative Model for Knowledge Sharing in Communities-of-Practice. Journal
of Knowledge Management, 15(2): 251 – 269.
Thang Siew Ming, Hazita Azman & Lee Yi tSim. (2012). Menjejaki Perkembangan Komuniti Pengamal dalam Kalangan Guru Sekolah
Bestari. Malaysian Journal of Communication, 28(2): 73-94.
Thibaut Bardon & Stefano Borzillo. (2016). Communities of Practice: Control or Autonomy?. Journal of Business Strategy, 37(1): 11 –
18.
Victoria L. O'Donnell & Jane Tobbell. (2007). The Transition of Adult Students to Higher Education: Legitimate Peripheral Participation
in a Community of Practice?. Adult Education Quarterly, 57(4): 312-328.
Wei Zhang & Stephanie Watts. (2008). Online Communities As Communities of Practice: A Case Study, Journal of Knowledge
Management, 12(4): 55 – 71.
Wenger, E. (1998). Communities of practice: Learning, meaning and identity. Cambridge: Cambridge University Press.
Yalan Yan, Xianjin Zha & Ming Yan. (2014). Exploring Employee Perceptions of Web 2.0 Virtual Communities from The Perspective of
Knowledge Sharing. Aslib Journal of Information Management, 66(4): 381-400.