SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DAN JEPU

1

SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DAN JEPUN DI SEMENANJUNG
TANAH MELAYU 1909 - 1911

THE HISTORY OF BRITISH AND JAPANESE RUBBER INVESTMENT IN
MALAY PENINSULA 1909 – 1911

ABSTRAK

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British dan Jepun di
Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan
adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di
perpustakaan dan arkib negara. Kajian ini akan melihat faktor-faktor yang menyumbang
kepada pelaburan British dan Jepun, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam
menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan British
dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor getah di Semenanjung Tanah
Melayu. Kajian menunjukkan bahawa ledakan harga getah tahun 1909-1911 telah
menimbulkan minat pelabur British dan Jepun untuk melabur.

Kata Kunci : Pelaburan Getah, British, Jepun, Syarikat Perdagangan, Rumah Agensi


ABSTRACT

This study will examine and analyze the British and Japanese rubber investments in the
Malay Peninsula in 1909-1917. The research is based on the research method of the

2

resources available at the library and national archives. This study will examine the
factors that contributed to the British and Japanese investment, as well as the parties
involved in making this investment. In addition, this study will also look at the policy of
the British government in helping their dominance on the rubber sector in the Malay
Peninsula. Studies show that rubber price boom in 1909-1911 has raised interest in
British and Japanese investors to invest.

Keywords: Rubber Investment, British, Japanese, Trading Company, Home Agency

PENDAHULUAN

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British dan Jepun di

Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan
adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di
perpustakaan dan arkib negara. Sumber-sumber tersebut akan dikumpul dan dipilih dari
awal tahun kajian ini iaitu pada tahun 1909 sehingga tahun 1911, iaitu bersesuaian
dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang
kepada pelaburan British dan Jepun, pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
pelaburan, dan dasar kerajaan British dalam membantu penguasaan pelaburan mereka di
Semenanjung Tanah Melayu.

3

KAJIAN LEPAS

P.J. Drake dalam tulisan Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast
Asia,1 beliau menyatakan pembangunan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga tahap. Pertama ialah tahap pertumbuhan dan perkembangan
pesat industri sumber asli seperti getah dan bijih timah yang bermula pada pertengahan
abad ke-19 sehingga tahun 1914. Kedua ialah tahap pengembangan sumber asli dalam
tempoh Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ketiga ialah tempoh penggabungan dan
penyeragaman industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas

tahun 1945.2 Beliau juga mengkaji tentang kesan pendudukan British terhadap kegiatan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu, dan juga kesan sosial terhadap masyarakatnya.
Kajian ini penting kerana ia membantu pengkaji untuk memahami sejarah ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu terlebih dahulu khususnya semasa zaman kolonial British.

Mengenai sejarah penglibatan British dalam sektor penanaman getah di
Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1909-1911, ia ada disentuh sepintas lalu oleh
beberapa orang penulis. Antara kajian yang dilihat penting ialah Poroor Radhakrishnan
dalam tulisan The Role of Rubber in the West Malaysian Economy,3 Voon Phin Keong
dalam tulisan Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-19214 dan J.H.
Drabble dalam tulisan Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922.5
Kesemua sumber-sumber ini membantu dalam penghasilan kajian.

Lee Sheng-yi dlm. tulisan The Monetary and Banking Development of Singapore
and Malaysia6, beliau membincangkan mengenai sejarah perkembangan sistem

4

kewangan dan perbankan di Malaysia dan Singapura, evolusi sistem lembaga
matawangnya dan kesan evolusi ini terhadap kegiatan perdagangan semasa zaman

kolonial British. Bank-bank British adalah perintis perbankan di Semenanjung Tanah
Melayu. Perniagaan awal mereka adalah kebanyakannya dalam pertukaran, pada
mulanya emas dengan perak, dan kemudian sterling dengan dolar tempatan. Sejarah
sistem kewangan Semenanjung Tanah Melayu bermula dengan Ordinan Wang Kertas
1899 dan Reformasi Mata Wang 1903-1906,7 yang telah menubuhkan sistem Lembaga
Mata Wang8 dan taraf pertukaran Sterling.

Perundangan berikutnya seperti Ordinan Mata Wang 1938, dan Perjanjian Mata
Wang Semenanjung Tanah Melayu dan British Borneo tahun 1950 dan 1960 bertujuan
membuat pindaan kepada sistem Lembaga Mata Wang.9 Kajian ini juga memberi
perhatian terhadap perkembangan bank-bank asing dan tempatan di Malaysia dan
Singapura. Di samping itu, permasalahan terhadap sektor kewangan dan kadar
pertukaran asing juga dibincangkan. Kajian ini membantu pengkaji untuk memahami
dengan lebih mendalam lagi terhadap sistem kewangan Malaysia dan Singapura yang
membentuk struktur ekonomi negara supaya pelaburan asing dapat dibawa masuk untuk
pembangunan negara.

Yuen Choy Leng dalam tulisan Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya,
1900-194110, beliau menyatakan gelombang pertama pelaburan Jepun di Semenanjung
Tanah Melayu adalah dalam bidang penanaman getah dan bidang perlombongan bijih

besi.11 Kajian ini mengkaji perkembangan minat Jepun terhadap dua industri ini dan
melihat bagaimana minat ini menyumbang kepada kepentingan Semenanjung Tanah

5

Melayu terhadap kegiatan perindustrian Jepun. British dilihat akan mengenakan
halangan apabila terdapat percanggahan kepentingan antara mereka dengan Jepun di
dalam industri getah, dan memberi galakan apabila tidak terdapat percanggahan
kepentingan12 seperti di dalam industri perlombongan bijih besi.13 Sikap British ini telah
menyebabkan Jepun membuat keputusan untuk menakluki Semenanjung Tanah Melayu
semasa Perang Dunia Kedua, bagi menguasai sumber bahan mentah di negara ini.
Kajian ini dipilih kerana ia membincangkan mengenai pelaburan Jepun di Semenanjung
Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.14 Yuen Choy Leng juga membuat kajian
yang sama ini dalam tesisnya, Expansion of Japanese Interest in Malaya 1940-41.15

PELABURAN GETAH BRITISH

Pada zaman kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, pelaburan asing tertumpu
dalam sektor getah dan bijih timah.16 Pelaburan British tertumpu kepada kerja
pengekstrakan dan pengeluaran komoditi utama17 kerana ekonomi Semenanjung Tanah

Melayu ketika itu bergantung kepada penghasilan komoditi utama. Semenanjung Tanah
Melayu ketika itu diperintah oleh dua lapisan kerajaan, metropolitan dan tempatan.18
Pejabat Kolonial adalah jabatan utama kerajaan imperialis pusat di Britain dan
mempunyai kuasa tertinggi untuk menjalankan kuasa penuh ke atas hal ehwal luar
negeri di dalam empayar British.19 Sumber utama modal bagi sektor getah datangnya
dari pasaran modal British.

Perubahan dalam revolusi pengangkutan di Eropah telah membawa kepada
penemuan dan penciptaan motokar. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan

6

berlakunya permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan sebagai tayar
berangin bagi kenderaan tersebut.20 Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,21
syarikat getah British meraih keuntungan besar yang membolehkan mereka untuk
membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.22 Dividen besar ini menimbulkan minat
pelabur British untuk melabur dalam syarikat getah di pasaran modal British.23

Terdapat pertubuhan perdagangan yang memainkan peranan dalam mempengaruhi
pembuatan keputusan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1910, Agensi

Maklumat Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat
tentang peluang perniagaan dan menyelesaikan isu berhubung perdagangan dan
pelaburan antara British dan Semenanjung Tanah Melayu.24 Pertubuhan British
Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1920 bagi menjaga kepentingan
British di Petempatan Selat dan Negeri-negeri Melayu. 25 Pertubuhan Penanaman Getah
ditubuhkan pada tahun 1907 untuk mengawal industri getah Semenanjung Tanah
Melayu.26

SYARIKAT PERDAGANGAN

Syarikat-syarikat

perdagangan

British

memainkan

peranan


penting

dalam

mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat
perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie
and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby27 telah terlibat dalam
perdagangan eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad
sebelum pengenalan getah lagi. Syarikat-syarikat ini telah membina reputasi dalam

7

integriti kewangan di British dan Semenanjung Tanah Melayu.28 Tambahan lagi, mereka
juga mempunyai jaringan dengan komuniti penanaman Eropah, pegawai-pegawai
kerajaan, dan berpengalaman dalam sektor ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu.

Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing,
pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung
Tanah Melayu. Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di
Semenanjung Tanah Melayu.29 Rumah-rumah agensi mengapungkan syarikat-syarikat

kecil di London Stock Exchange dan pasaran saham yang lain seperti Mincing Lane Tea
dan Rubber Brokers Association. Integriti dan reputasi syarikat-syarikat ini menjamin
keselamatan dan kestabilan kepada pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu.
Pengapungan ini diterima baik oleh pelabur British, dan jumlah modal yang besar
mengalir dari Britain ke Semenanjung Tanah Melayu.

Semua dana ini pada mulanya digunakan untuk memperolehi ladang getah bagi
orang Eropah. Kemudian, dana ini telah digunakan untuk memperolehi tanah yang
sudah ditanam getah oleh orang Asia dan untuk membuka kawasan hutan bagi tujuan
penanaman. Lebih daripada separuh ladang-ladang getah yang berkeluasan 100 ekar,
iaitu 1.1 juta ekar, dimiliki oleh syarikat-syarikat British.30 Selain pelabur British,
pelabur dari Eropah turut melabur ketika harga getah melambung, malah termasuk juga
syarikat industri Barat yang berasaskan getah, walaupun penglibatannya kurang ketara.31
British juga telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Semenanjung
Tanah Melayu bagi membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun
1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri

8

Melayu Bersekutu. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar ini telah membolehkan

pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

RUMAH AGENSI

Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung
Tanah Melayu.32 Ejen pengurusan bertanggungjawab untuk menjalankan hal ehwal
syarikat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mengupah pengurus dan kakitangan
yang sesuai untuk estet syarikat, membekalkan input yang diperlukan oleh ladangladang,

memasarkan

getah

yang

dihasilkan,

dan

memastikan


dana

tidak

disalahgunakan33. Untuk perkhidmatan ini, rumah agensi mendapat bayaran bagi
kawasan yang diuruskan dan komisen atas input-input yang dibekalkan dan pemasaran
getah. Biasanya, rumah agensi diwakili dalam lembaga pengarah syarikat dan sering
kali rumah agensi akan memegang saham dalam syarikat-syarikat yang mereka uruskan.

Sistem rumah agensi juga menyeragamkan sumber pengurusan yang terhad di
Semenanjung Tanah Melayu dengan membenarkan sumber-sumber ini dikongsi oleh
sebilangan besar syarikat-syarikat kecil.34 Seterusnya, rumah-rumah agensi telah
berkembang dan mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu
untuk muncul sebagai salah satu institusi yang paling penting dari segi pemilikan dan
kawalan dalam ekonomi.35 Menjelang akhir tahun 1910, kawasan getah Semenanjung
Tanah Melayu adalah 541,000 ekar, yang mana 337,000 ekar adalah milik orang Eropah
dan 164,000 ekar milik orang Asia.36 Dianggarkan menjelang tahun 1922, kira-kira 580

9

juta dolar modal Eropah telah dilaburkan dalam industri getah Semenanjung Tanah
Melayu.37

PELABURAN GETAH JEPUN

Ledakan harga getah pada tahun 1909-1911 telah mendorong Jepun untuk memperoleh
tanah di Semenanjung Tanah Melayu.38 Sebelum ini, terdapat hanya beberapa estet milik
Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Keluasan ladang getah di bawah pemilikan Jepun
meningkat daripada hanya 92 ekar pada tahun 1907 kepada 83,750 ekar pada tahun
1911.39 Kebanyakan ladang-ladang ini diperolehi pada tahun 1910 dan 191140 apabila
harga getah berada pada tahap tertinggi.41 Kepentingan Jepun pada getah membawa
kepada penubuhan Japanese Planters’ Association di Singapura pada tahun 1912.42
Terdapat juga Japanese Rubber Planters Association di Selangor.43 Johor menjadi
negeri utama pelaburan getah Jepun kerana dasar pajakan tanah selama 999 tahun.44
Senarai ladang-ladang getah Jepun di Johor yang disusun oleh Setiausaha Persatuan
menyatakan keluasan yang ditanam oleh ahlinya adalah sebanyak 23,180.25 ekar
berbanding yang ditanam oleh bukan ahli sebanyak 1,270 ekar. Apabila angka ini
dibandingkan dengan keluasan 114,116 ekar getah yang ditanam di Johor, 45 dapat dilihat
Jepun menguasai satu perlima dari keluasan ekar getah di Johor. 46 Pengambilalihan
tanah bagi tujuan penanaman getah oleh Jepun berterusan pada awal tahun Perang
Dunia Pertama walaupun terdapat penurunan ketara dalam penjualan tanah kepada
orang Eropah di Johor.47

10

Sementara orang Jepun di Semenanjung Tanah Melayu membeli tanah untuk
penanaman getah,48 rakan-rakan mereka di Jepun telah memasuki industri perdagangan
getah dengan pembuatan tayar basikal dan kasut getah.49 Industri perdagangan getah
tidak wujud di Jepun sebelum tahun 1900, ia hanya mula berkembang dengan pesat
selepas tahun 1909 apabila Syarikat Dunlop membina kilang mereka di Kobe bagi
pembuatan tayar basikal.50 Walaupun import getah Jepun meningkat sepanjang tahun
hasil industri pembuatan, perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai
pengeluaran getah Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Tiada sebarang angka dapat
menunjukkan sumbangan pengeluaran getah Jepun di Semenanjung Tanah Melayu
terhadap penggunaan bahan mentah di Jepun.51 Walau bagaimanapun, dapat
disimpulkan daripada merosotnya jumlah pengeluaran getah Jepun di Semenanjung
Tanah Melayu dan peningkatan import oleh Jepun bahawa sumbangan ini tidak begitu
ketara.

SISTEM PENGANGKUTAN

Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan 52
untuk memastikan hasil getah dapat dieksport. Sebelumnya, sungai telah digunakan
untuk mengangkut bijih timah ke pantai dan bekalan kepada pelombong. Tetapi
pengembangan besar dan pesat industri perlombongan telah membawa kepada lalu
lintas sibuk, yang seterusnya memberikan bebanan terhadap kapasiti sistem sungai.
British mendapati landasan keretapi ialah pengangkutan yang lebih cekap.

11

Antara tahun 1885 dan 1895, empat landasan telah diletakkan, setiap satunya
menyambungkan sebuah pelabuhan pantai dengan lombong bijih timah di Utara-Barat
atau Barat-Tengah Semenanjung Tanah Melayu.53 Menjelang tahun 1903 landasan
Utara-Selatan telah menghubungkan bandar-bandar perlombongan, dan menjelang
tahun 1910 landasan ini yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, telah menghubungkan Prai dan Johor Bahru.54 Pembinaan landasan keretapi
terus menggalakkan penanaman getah dengan mengurangkan kos. Ia memberikan
pendapatan besar kepada kerajaan dalam bentuk duti eksport getah serta pendapatan
mereka sendiri.

Rangkaian pengangkutan yang maju di sepanjang pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu bagi penghantaran bijih timah dari lombong di Perak dan Selangor55 ke
pusat pemprosesan di Pulau Pinang dan Singapura telah memenuhi keperluan syarikatsyarikat getah Jepun. Mereka telah membuka tanah di kawasan-kawasan yang memberi
mereka akses kepada kemudahan ini. Industri getah menambah satu dimensi baru
kepada perdagangan entrepot di Pulau Pinang dan Singapura, dan mengesahkan
peralihan pusat ekonomi kepada kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.56

Apabila aktiviti eksport British semakin meningkat, ini menyumbang kepada
peningkatan bilangan bank British dan ini membawa kepada suatu corak kawalan ke
atas bidang perdagangan dan pelaburan demi memenuhi keperluan British, seterusnya
kelahiran suatu corak penjajahan dari segi pelaburan asing.57 Daripada 11 buah bank
asing58 yang beroperasi di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu,59 tidak kurang
tujuh daripadanya adalah bank milik British atau dibawah kawalan British.60 Antaranya

12

ialah Chartered Bank of India, Australia and China, Hong Kong and Shanghai Banking
Corporation dan Mercantile Bank of India.61 Singapura menjadi pusat bagi kegiatan
kewangan dan perbankan di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu. 62 Ia juga
merupakan pelabuhan utama dan pusat pentadbiran British di Semenanjung Tanah
Melayu. Laluan keretapi telah dibina untuk mengangkut barangan mentah seperti getah,
timah dan minyak mentah dari Semenanjung Tanah Melayu ke Singapura untuk
diproses dan hasil keluaran akan dihantar ke Britain dan pasaran antarabangsa yang lain.
Pada zaman kolonial British, pelabuhan Singapura memainkan peranan penting.63

KESIMPULAN

Ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan minat pelabur British dan Jepun
untuk melabur. Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk
mengawal industri getah Semenanjung Tanah Melayu Kepentingan Jepun pada getah
membawa kepada penubuhan Japanese Planters’ Association di Singapura pada tahun
1912. Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam
mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British dan Eropah. Rumah agensi
dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah Melayu.
Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan
untuk memastikan hasil getah dapat dieksport. Apabila aktiviti eksport British semakin
meningkat, ini menyumbang kepada peningkatan bilangan bank British dan ini
membawa kepada suatu corak kawalan ke atas bidang perdagangan dan pelaburan demi
memenuhi keperluan British, seterusnya kelahiran suatu corak penjajahan dari segi

13

pelaburan asing. Pada zaman kolonial British, pelabuhan Singapura memainkan peranan
penting.

RUJUKAN

Allen, G.C. & Donnithorne, A.G. 1962. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a
study in economic development. London: Allen and Unwin.

Allen, G.C. 1962. A Short Economic History of Modern Japan, 1867-1937. Ed. ke-2.
London: Praeger.
Bauer, P.T. 1948. The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly. London:
Longman.

Caldwell, M. 1977. The British “Forward Movement”, 1874-1914. Dlm. Mohamed
Amin & Malcolm Caldwell (pnyt.), Malaya: The Making of a Neo-colony, hlm. 1337. London: Spokesman Books.

Callis, Helmut G. 1976. Foreign Capital in Southeast Asia. New York: Arno Press Inc.

Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

Chew, E. 1974. Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal
of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5: 165-178.

14

Ding, C.H. 1978. History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915.
Singapore: National Museum.

Drabble, J.H. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm.
Paper presented at the International Conference on Asian History. Ogos 1968.
Kuala Lumpur.

Drabble, J.H. 1972. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922. Journal
of Southeast Asian Studies 3 (2): 247-261.

Drabble, J.H. 1973. Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Drabble, J.H. 1991. Malayan Rubber: The Interwar Years. London: Macmillan.

Drake, P.J. 2004. Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia.
Hampshire: Ashgate Publishing Limited.

Emerson, R. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR
5469/1913. 1913. Permission to open a ‘Japanese Rubber Planters Association’, 29
Oktober 1913.

15

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR
5469/1913. 1913. Rules of the Japanese Rubber Planters Association, 30 Disember
1913.

Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR
1441/1915. 1915. Enquiry whether Companis registered in Japan under Japanese
Law are accepted in the Federated Malay States for Registration as proprietors of
land under the Registration of Titles Enactment, 15 Mac 1915.

Figart, D.M. 1925. The Plantation Rubber Industry in the Middle East. Washington,
D.C.: Government Printing Office.

George Juris, N. 1988. British Management of the Japanese Problem in Malaya During
the Tenure of Governor Shenton Thomas, 1934-1942. Journal of the South Seas
Society 52: 98-136.

German, R.L. 1937. Handbook to British Malaya. London: Malay States Information
Agency.

Gullick, J.M. 1964. Malaya. London: Ernest Benn.

Gullick, J.M. 1992. Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States,
1870-1920. Singapore: Oxford University Press.

16

Hajime Shimizu. 1993. The Pattern of Economic Penetration of Prewar Singapore and
Malaysia dlm. Saya Shiraishi & Takashi Shiraishi (pnyt.), The Japanese in colonial
Southeast Asia, hlm. 63-86. Ithaca, NY: SEAP Publications.

Harper, T.N. 1999. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge:
Cambridge University Press.

Hla Myint. 1984. Export and Economic Development of Less Developed Countries
dlm. Carl K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World.
Baltimore: The Johns Hopkin University Press.

Huff, W. G. 1993. The Development of the Rubber Market in Pre-World War II
Singapore. Journal of Southeast Asian Studies 24 (2): 285-306.

Huff, W.G. 1994. The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the
Twentieth Century. Cambridge: Cambridge University Press.

Iwao Hino & Raja Singam. 1927. Straits Settlements Police Journal. t.tp.: t.pt.

Iwao Hino & S. Durai Raja Singam, 1944. Stray Notes on Nippon-Malaisian Historical
Connections. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Meseum.

Kamarudin bin Othman, Rosman bin Mahmood & Mohamad Shukri bin Johari. 2006.
Hubungan Eksport Terhadap Peningkatan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia:

17

Satu Kajian Granger Causality. Projek Penyelidikan, Februari 2006. Dungun: Universiti
Teknologi MARA Cawangan Terengganu.

Kanapathy, V. 1971. Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects.
Singapore: Nanyang University.

Kassim Thukiman. 1992. Penglibatan Orang-orang Jepun dalam Sektor Ekonomi di
Negeri Johor pada awal abad ke-20. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics
and Strategic Studies 20: 57-73.

Kee Yeh Siew. 1965. The Japanese in Malaya before 1942. Journal of the South Seas
Society 20: 48-88.

Kratoska, Paul H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and
Economic History. St Leonards, Australia: Allen & Unwin.

Lee Sheng-yi. 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and
Malaysia. Singapore: Singapore University Press, National University Of
Singapore.

Li Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. Ed. ke-2. Petaling Jaya:
Institute of Social Analysis.

Lim Chong Yah. 1967. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

18

Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff. 1988-1989. Kepentingan Ekonomi
Jepun di Malaysia dan Hubungan Jepun-Malaya Dari Pespektif Sejarah. Ilmu
Masyarakat 14: 28-46.

Mehmet Sami Denker. 1990. Internationalization of the Malaysian Economy: Role of
Japan. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Mohamad Isa Othman. 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945
(Tumpuan di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Subang Jaya:
Mika Cemerlang Sdn. Bhd.

Nurkse, R. 1954. International Investment To-Day in the Light of Nineteenth Century
Experience. The Economic Jurnal 64: 744-758.

Ooi Loy Mui. 1997/1998. Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar
Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan
Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an. Tesis Sarjana Muda Sastera.
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Poroor Radhakrishnan. 1974. The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy.
Tesis Doktor Falsafah. California: Stanford University.

19

Puthucheary, J.J. 1960. Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore:
Eastern Universities Press.

Ramakrishna, K. 2001. ‘Transmogrifying’ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer
(1952-54). Journal of South East Asian Studies 32 (1): 79-92.

Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling. 2007. Sektor Kewangan. Dlm. Sieh Lee Mei Ling
(pnyt.). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian Economy. London:
Routledge.

Stahl, K.M. 1951. The Metropolitan Organization of British Colonial Trade. London:
Faber and Faber.

Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union
Experiment, 1942-48. Kuala Lumpur: Malayan Branch of Royal Asiatic Society.

Stockwell, A.J. 1993. “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the
Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency. Journal of
Imperial and Commonwealth History 21 (3): 66-88.

20

Sumafiiatiee binti Sulong. 2003. Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke
Atas Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi. Universiti Utara
Malaysia.

Thio, E. 1969. British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910. Volume 1: The
Southern and Central States. Singapore: University of Malaya Press.

Thompson, V. 1941. Japan Frozen Out of British Malaya. Far Eastern Survey 10 (20):
238-239.

Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 18761921, Kuala Lumpur: University Malaya Press.

White, N.J. 1996. Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Wong Lin Ken. 1965. The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona
Press.

Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in Malaya
1920-29. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yoji Akashi. 2008. The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45.
Dlm. Yoji Akashi & Mako Yoshimura (pnyt.). New Perspectives on the Japanese

21

Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, hlm. 21-32. Singapore: NUS
Press.

Yoshimura Mako. 2002. Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya. Sejarah
-Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya 10: 21-51.

Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji &
Yoshimura Mako (pnyt.). 2008. New Perspectives on the Japanese Occupation in
Malaya and Singapore, 1941-1945. Singapore: NUS Press.

Yuen Choy Leng. 2001. Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941.
Dlm. Wolf Mendl (pnyt.). Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration
to 1945, hlm. 126-148. London: Routledge.

Yuen Choy Leng. 1973. Expansion of Japanese Interest in Malaya 1940-41. Tesis
Sarjana Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

Nota Hujung

1

P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing
Limited, 2004.

2

Ibid., hlm. 15. Lih. juga Kamarudin bin Othman, Rosman bin Mahmood & Mohamad Shukri bin Johari,

Hubungan Eksport Terhadap Peningkatan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Granger Causality,
Projek Penyelidikan, Februari 2006, Dungun, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, 2006, hlm. 10-14.

3

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

Stanford University, California, 1974.

4

Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, Kuala Lumpur:

University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976.

5

J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the

International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968.

6

Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore
University Press, National University of Singapore, 1974.

7

Lih. ibid., 1974, hlm. 28-29. Kajian ke atas perdagangan dan pelaburan asing di Semenanjung Tanah Melayu

pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 menunjukkan bahawa penubuhan Lembaga Mata Wang tahun 1899 dan
Reformasi Mata Wang tahun 1903-1906, bersama-sama faktor lain telah mengalakkan perkembangan ekonomi,
perdagangan dan pembangunan. Faktor-faktor lain itu ialah peningkatan permintaan dunia terhadap getah dan bijih
timah, kawalan British ke atas Negeri-negeri

Melayu Bersekutu yang mengeluarkan bijih timah, peningkatan keadaan buruh, dan polisi tanah lombong British.
Selepas Reformasi Mata Wang, pelaburan British dan negara Eropah lain dalam sektor getah dan bijih timah telah
meningkat dengan ketara. Reformasi Mata Wang berlaku ketika tahap pengembangan industri getah Semenanjung
Tanah Melayu, dan ia menjamin pelabur asing akan kestabilan nilai pelaburan modal mereka dalam sektor getah dari

segi pound sterling. Lih. juga Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry to 1914, Tucson, University of Arizona Press,
1965, hlm. 211-239.

8

Lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,

Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 29. Aktiviti utama Lembaga Mata Wang
adalah menguruskan pengagihan keuntungan mata wang, peratusan rizab mata wang, dasar pelaburan, memudahkan
urusan akaun pada tempoh awal, peraturan-peraturan mengenai bahagian duit syiling atau cecair, dan pergerakan terhad
ke atas kadar pertukaran dolar dan sterling, seperti perbezaan di antara kadar membeli dan menjual bagi Pesuruhjaya
British.

9

Ibid., hlm. 27.

10

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),
Japan And South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001.

11

Ibid., hlm. 126. Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45 dlm.

Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore,
1941-1945. Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 21-32. Beliau menyatakan Nanyo Kyokai memainkan peranan penting
dalam kemasukan ekonomi Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu semasa pentadbiran British.
12

Untuk maklumat lanjut, sila lih. N. George Juris, British Management of the Japanese Problem in Malaya
During the Tenure of Governor Shenton Thomas, 1934-1942 dlm. Journal of the South Seas Society 52, 1988, hlm. 98136.
13

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),
Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm. 141.

14

Lih. Kee Yeh Siew, The Japanese in Malaya before 1942 dlm. Journal of the South Seas Society 20,

1965/66, hlm. 48-88.

15

Yuen Choy Leng, Expansion of Japanese Interest in Malaya 1940-41, Tesis Sarjana Sejarah, Jabatan

Sejarah, Universiti Malaya, 1973.

16

Ibid., hlm. 1. Lih. juga Sumafiiatiee binti Sulong, Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke Atas

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, Tesis Sarjana Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 2003, hlm. 10.

17

V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Nanyang University, Singapore,

1971 hlm. 2.
18

Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7. Pentadbiran
kolonial British mengambil pelbagai bentuk di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk Petempatan Selat, sila lih. R.
Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1964. Untuk
Sistem Residen, sila lih. J.M. Gullick, Malaya, Ernest Benn, London, 1964, hlm. 41. Lih. juga J.M. Gullick, Rulers and
Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford University Press, Singapore, 1992. Untuk
Negeri-negeri Melayu Bersekutu,

sila lih. E. Chew, Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society 5, 1974, hlm. 165-178. Untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, sila lih. Shakila Yacob,
The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 8, 73. Untuk Persekutuan Tanah Melayu
1948, sila lih. C.H. Ding, History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915, National Museum, Singapore,
1978. Lih. juga W.G. Huff, The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century,
Cambridge University Press, Cambridge, 1994. Lih. juga T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya,
Cambridge University Press, Cambridge, 1999, hlm. 376. Untuk ancaman komunis, sila lih. K. Ramakrishna,
‘Transmogrifying’ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952-54) dlm. Journal of South East Asian Studies 32,
2001, hlm. 79. Lih. juga A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment,
1942-48, Malayan Branch of Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1979. Lih. juga A.J. Stockwell, “A Widespread and
Long-concocted Plot to Overthrow the Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency dlm. Journal
of Imperial and Commonwealth History 21, 1993, hlm. 66-68.
19

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lih. E. Thio, British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910, Volume 1:
The Southern and Central States , University of Malaya Press, Singapore, 1969, hlm. xii-xv.

20

P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate

Publishing Limited, 2004, hlm. 34, 56. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore
and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 41.

21

Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako

(pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore,

1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 121. Lht. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di
Malaysia, Subang Jaya, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, 2009, hlm. 11.

22

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Ph.D., Stanford

University, 1974, hlm. 35. Lih. juga D. M. Figart, The Plantation Rubber Industry in the Middle East, Washington,
D.C., Government Printing Office, 1925, hlm. 93.

23

Lih. P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate

Publishing Limited, 2004, hlm. 34. Ladang-ladang getah bagaimanapun tertumpu di kawasan barat-pusat dan selatanbarat Semenanjung Tanah Melayu, di mana terdapat pengangkutan yang cekap dan rangkaian komunikasi sudah wujud,
lantas memudahkan dan mengurangkan harga bagi eksport getah dan import bekalan dan buruh. Lih. juga Lim Chong
Yah, Economic Development of Modern Malaya, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1967, hlm. 108-109. Beliau
mengkaji berasingan mengenai pengeluaran primer, penduduk, pengurusan kewangan dan infrastruktur.

24

K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade, London, Faber and Faber, 1951, hlm.

71-73.

25

Lih. ibid., hlm. 76-78. Lih. juga Yeo Kim Wah, The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in

Malaya 1920-29, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 340.

26

Lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.

Ahlinya adalah Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka, Indonesia, Burma, Niferia dan Ghana, mengawal 1.75 juta
hektar ladang getah menjelang tahun 1950-an. Agensi getah lain ialah United Planting Association of Malayayang yang
ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1934. Lih. juga N.J. White, Business, Government, and the End
of Empire: Malaya, 1942-1957, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 30-33.
27

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Ph.D., Stanford
University, California, 1974, hlm 35. Lih. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Subang
Jaya, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, 2009, hlm. 12. Lih. juga P. J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth
in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 56, 57.

28

Lih. ibid., hlm. 56, 57. Syarikat-syarikat perdagangan ini sudah mempunyai pengetahuan pemasaran,

pembiayaan dan jaringan perhubungan yang kuat di British, dan mempunyai pengalaman dan agensi dalam perkapalan
dan insurans. Tambahan pula, mereka dalam beberapa tahun telah terlibat dengan pembukaan Semenanjung Tanah
Melayu untuk pertanian komersil berskala besar. Apa paling penting, imej baik mereka dalam jaringan perdagangan
London memberikan jaminan untuk masyarakat British melabur dalam syarikat-syarikat getah baru yang ditubuhkan
dengan bantuan syarikat-syarikat perdagangan.

29

Lih. ibid., hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah kerana syarikat-

syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang biasa dengan
keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Untuk maklumat lanjut tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung
Tanah Melayu, sila lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,
Singapore University Press, National University Of Singapore, 1974, hlm 46-79.

30

Lih. Malcolm Caldwell, The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed Amin & Malcolm

Caldwell (pnyt.), Malaya : The Making of a Neo-colony. London, Spokesman Books, 1977, hlm. 39. Ladang getah
orang Eropah bertambah dari 168,000 ekar pada tahun 1907 kepada 1,050,000 ekar pada tahun 1918, manakala ladang
getah milik orang Asia meningkat dari 2,000 ekar kepada 836,000 ekar dalam tempoh yang sama.

31

Voon Phin Keong, Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-1921, Kuala Lumpur, University of
Malaya Press, 1976, hlm. 150. Daripada 1,034 orang pengarah syarikat getah di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun
1914-15, seramai 1,025 orang daripada mereka adalah warganegara British, sementara Sembilan orang pengarah yang
lain terdiri daripada warganegara Belgium dan Perancis.
32

Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate
Publishing Limited, 2004, hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah kerana
syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang biasa
dengan keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Lht. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise
in Indonesia and Malaya: a study in economic development, London, Allen and Unwin, 1962. Untuk penjelasan lanjut
tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking
Development of Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University Of Singapore,
1974, hlm 46-79. Lih. juga K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade: four regional studies,
London, Facer & Faber, 1951.

33

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

California, Stanford University, 1974, hlm. 36, 37. Lih. juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of
Singapore and Malaysia, Singapore, Singapore University Press, National University Of Singapore, 1974, hlm. 54.
Memandangkan rumah agensi Barat menguasai sebahagian besar eksport getah dan bijih timah dan import barangbarang pembuatan di zaman British, bil-bil perdagangan ini biasanya akan pergi melalui bank-bank Barat dan kerana itu
bank-bank Barat menyediakan kebanyakan pinjaman dan pendahuluan. Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk buku
J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore, Eastern Universities Press, 1960.
34

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
California, Stanford University, 1974, hlm. 37. Lih. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise in
Indonesia and Malaya, London, George Allen and Unwin, 1957, hlm. 53. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit and
Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate Publishing Limited, 2004, hlm. 35.
35

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,
California, Stanford University, 1974, hlm. 37. Lih. juga Lih. J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the Malayan
Economy, Singapore, Eastern University Press, 1960, hlm. xiii.
36

J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the
International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968, hlm. 253.

37

Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah,

California, Stanford University, 1974, hlm. 37. Lih. juga J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c.
1900-1922 dlm. Journal of Southeast Asian Studies 3(2), 1972, hlm. 260.

38

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, , 2001, hlm. 126, 127, 132. Pada
masa ini Jepun telah memasuki industri perdagangan getah dengan menghasilkan tayar basikal dan kasut getah. Lih.
juga Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah), Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 78. Lih. juga juga Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun:
Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di
Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
1997/1998, hlm. 3.

39

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),
Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, , 2001, hlm 126. Lih. juga
Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New
Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 121.
Lih. juga Iwao Hino & S. Durai Raja Singam, Stray Notes on Nippon-Malaisian Historical Connections, Kuala
Lumpur, Kuala Lumpur Meseum, 1944, hlm. 123. 92 ekar ini terdiri dari empat estet dan 83,750 ekar terdiri dari 81
estet.

40

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm. 126.

41

Lih. jadual harga getah dlm. J. H. Drabble, Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry, Kuala
Lumpur, Oxford University Press, 1973, hlm. 213.

42

Untuk maklumat lanjut mengenai Japanese Planters’ Association, sila lih. R. L. German, Handbook to

British Malaya, London, Malay States Information Agency, 1937, hlm. 100. Lih. juga V. Thompson, Japan Frozen Out
of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 238. Ia ditubuhkan semula sebagai United Society of
Johore Planters pada tahun 1934. Lih. juga W. G. Huff, The Development of the Rubber Market in Pre-World War II
Singapore dlm. Journal of Southeast Asian Studies 24(2), 1993, hlm. 285-306.

43

Lih. surat dari The Secretary to Resident, Selangor kepada S. Matsuda, Kuala Lumpur dlm. fail Setiausaha

Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR 5469/1913, Permission to open a ‘Japanese Rubber
Planters Association’, 29 Oktober 1913. Permohonan untuk menubuhkan persatuan ini hendaklah diajukan kepada
Registrar of Societies (Protector of Chinese). Lih. juga surat dari S. Matsuda kepada The Resident of Selangor bertarikh
28 Oktober 1913 dlm. fail ibid. Lih. juga surat dari

Registrar of Societies, Selangor, Acting Protector of Chinese, Selangor and Negeri Sembilan kepada The Secretary to
Resident, Selangor dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR 5469/1913, Rules
of the Japanese Rubber Planters Association, 30 Disember 1913. Keanggotaan persatuan ini dalah terbuka kepada
mana-mana penanam Jepun di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, manakala perjumpaan persatuan akan diadakan di
Kuala Lumpur pada hari ke 10 jam 10 pagi setiap bulan. Objektif persatuan adalah mengkaji penanaman getah, terlibat
dalam aktiviti menoreh pokok getah, terlibat dalam pembuatan lateks, menganjurkan pertukaran idea antara ahli-ahlinya
bagi mempromosi kepentingan mereka di dalam industri getah. Bagi menyertai persatuan ini, bakal ahli hendaklah
menghantar maklumat mengenai tempat kelahirannya, tempat kediaman terkini dan tempat di mana terletak ladang
getahnya kepada presiden persatuan yang akan membawa perkara itu kepada jawatankuasa untuk keputusan mereka.
Setiap ahli akan membayar yuran keahlian bulanan sebanyak $
1.20 kepada Bendahari sebelum hari ke 10 setiap bulan bagi memgekalkan keahlian mereka. Jika yuran keahlian tidak
dibayar selama 3 bulan, ahli itu dianggap sudah berhenti dan namanya akan dialihkan dari senarai nama ahli.

44

Yoshimura Mako, Japanese Occupation and Economic Policy in Malaya dlm. Sejarah-Jurnal Jabatan

Sejarah Universiti Malaya 10, 2002, hlm. 28.

45

Lih. Department of Agriculture, Planters' Association of Malaya & Federated Malay States, The Agricultural
bulletin of the Federated Malay States 20, 1914, t.tp., t.pt. hlm. 42.

46

Lih. Kassim bin Thukiman, Penglibatan Orang-orang Jepun Dalam Sektor Ekonomi Di Negeri Johor Pada

Awal Abad Ke-20 dlm. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies 20, 1992, hlm. 57. Johor
menjadi pilihan pelaburan getah Jepun disebabkan kedudukan geografinya yang strategik, berhampiran dengan
pelabuhan Singapura yang merupakan penghubung jalan perdagangan di antara Timur dan Barat. Tambahan pula, Johor
mengamalkan dasar tanah yang liberal dan sistem hak milik diperkenalkan sejak tahun 1910.

47

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan and South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm 126.

48

Hajime Shimizu, The Pattern of Economic Penetration of Prewar Singapore and Malaysia dlm. Saya

Shiraishi & Takashi Shiraishi (pnyt.), The Japanese in colonial Southeast Asia, Ithaca, New York, SEAP Publications,
1993, hlm. 81. Pada awal abad ke-20, kebanyakan orang Jepun di Semenanjung Tanah Melayu bekerja dalam sektor
getah. Pada kemuncak industri pada tahun 1917, terdapat seramai 1,776 orang Jepun bekerja dalam sektor getah di
Semenanjung Tanah Melayu.
49

Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga
Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana
Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 3. Lih. juga Mehmet Sami Denker,
Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 63. Lih. juga
Mehmet Sami Denker & Sharifah Mastura Alsagoff, Kepentingan Ekonomi Jepun di Malaysia dan Hubungan JepunMalaya Dari Pespektif Sejarah dlm. Ilmu Masyarakat 14, Januari 1988-Jun 1989, hlm. 34.

50

G. C. Allen, A Short Economic History of Modern Japan, 1867-1937, Ed. ke-2, London, Praeger, 1962, hlm.

87.

51

Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941 dlm. Wolf Mendl (pnyt.),

Japan And South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945, London, Routledge, 2001, hlm. 127. Lih. juga V.

Thompson, Japan Frozen Out of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 238.

52

P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited,
Hampshire, 2004, hlm. 41.
53

Ibid., hlm. 27.

54

Ibid.,hlm. 27. Lih. juga Chai Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Kuala Lumpur,

Oxford University Press, 1967, hlm. 71.

55

Lih. surat dari Sd. O. F. Stonor, Secretary to Resident , Selangor kepada The Under Secretary, F.M.S., Kuala

Lumpur bertarikh 24 Mac 1915 dlm. fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor No. SECRETARIAT SELANGOR
1441/1915, Enquiry whether Companis registered in Japan under Japanese Law are accepted in the Federated Malay
States for Registration as proprietors of land under the Registration of Titles Enactment, 15 Mac 1915. Mengikut
peruntukan “The British and Foreign Companies Enactment”, Nombor 9 tahun 1912, syarikat yang didaftarkan di Jepun
mengikut undang-undang Jepun perlu didaftarkan semula di Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah peruntukan ini
sebagai pemilik tanah di Selangor.

56

Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945: A Social and Economic History,

London, C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd, 1998, hlm. 21.

57

V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Singapore, Nanyang University,

1971, hlm. 3. Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan pelaburan asing antarabangsa pada kurun ke-19 dan 20, sila
lih. R. Nurkse, The Problem of International Investment Today in the Light of Nineteenth Century Experience dlm.
Economic Jurnal 64, 1954, hlm. 744-758. Lih. juga Helmut G. Callis, Foreign Capital In Southeast Asia, New York,
Arno Press Inc, 1976, hlm. 51.

58

Lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,
Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 39. Bank asing ditubuhkan bagi tujuan
pembiayaan dan menggalakkan perdagangan antara negara-negara Barat dengan Semenanjung Tanah Melayu, dengan
mendorong aliran modal dari negara-negara Barat ke Seme