ISLAM PATRIARKI DAN TRANSGENDER SATU A

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
School of Communication

ISLAM, PATRIARKI DAN TRANSGENDER:
SATU ANALISA FILEM ... DALAM BOTOL 2011

NAMA

: MUHAMMAD SU’UD ZHARIFF BIN ZAHARIN

MATRIK NO.

: P-KOM 0104/14

KURSUS

: FILM THEORY AND METHODS

KOD KURSUS

: YSF514/4


PROGRAM

: SARJANA KOMUNIKASI – PENGAJIAN SKRIN

MOD KURSUS

: KERJA KURSUS

PENSYARAH

: DR. MAHYUDDIN AHMAD

Abstrak
Islam, Patriarki dan Transgender
Satu Analisis Filem …. Dalam Botol (2011)
Oleh
Muhammad Su’ud Zhariff Bin Zaharin
Pusat Pengajian Komunikasi
Universti Sains Malaysia

Kursus
YSF 514, Filem Teori Dan Kaedah
Transgender ialah suatu keadaan seseorang itu lebih cenderung kepada homoseksual. Istilah
transgender mula dibincangkan dalam tahun-tahun 1970-1980-an. Lipatan sejarah 1800
sebelum Masihi -. Umat Nabi Lut, pada mereka lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita
untuk wanita. Menurut Clements Nolle - transgender terus berkembang dengan istilah
Transwoman (lelaki) dan Transman (perempuan). Istilah Transgender turut merangkumi
penampilan songsang, lesbian, gay, bisexual dan transgender (homoseksual). Filem Thai The
Beautiful Boxer, 2004 adaptasi kisah sebenar pernah ditayangkan di Malaysia arahan Ekachai
Uekrongtham dan dua pengarah muda tempatan Zarith Lokman dan Hairie Othman filem 2
Alam, 2010 yang bertemakan drama keagamaan. Akhir ini, watak songsang lelaki atau
perempuan menjadi perhatian kepada pembinaan naratif dalam filem dan drama di Malaysia.
Pemaparan transgender pada filem juga dilihat cuba merendahkan fungsi sistem patriarki.
Menurut Penim, dalam sistem patriarki masyarakat menempatkan kedudukan dan posisi lelaki
lebih tinggi daripada perempuan dalam segala aspek kehidupan. Jesteru itu, Artikel ini cuba
meneliti pemaparan watak transgender dan bagaimana ia dipaparkan di dalam filem. Kajian
turut menganalisa bentuk-bentuk format dan naratif yang dibina di dalam filem. Kajian cuba
mempersoalkan sistem patriarki apabila seorang lelaki itu menjadi transgender. Serta artikel
ini cuba membincangkan pendekatan islam secara berhikmah terhadap representasi
transgender.


Katakunci: Islam, Sistem Patriarki, Transgender dan Filem Melayu.

PENDAHULUAN
Bermula pada tahun 1970-an, pengiktirafan diberika kepada beberapa penulis yang berstatus
‘authors’, seperti G.Hocquenghem,(1972) telah menjelaskan pandangan beliau terhadap
pendekatan kritikal ‘deconstructionist’ mengenai isu-isu identiti seksual, fokus wacana
discource

melihat

kepada

pembinaan

normatif

sesuatu

ideologi


tentang

konsep

heternormative. Beberapa kritikan dilontarkan oleh sarjana teori queer, suatu usaha bagi
mencabar kesahihan dan konsistensi terhadap wacana heteronormative, serta memberi
tumpuan yang lebih kritikal kepada status seksualiti non-heteronormative dan praktis
seksualiti individu. Manakala, G.Miller,(2006) menerusi tulisan beliau bertajuk ... Male
Gaze... menyatakan pandangan berbeza, situasi penonton lelaki atau wanita akan berada
dalam posisi non-heteroseksual queer - usaha mereka menilai imej persembahan sinema.
Perbahasan dan wacana terhadap persoalan-persoalan teori queer telah membuka
bentuk atau format baru terhadap sexual orientation di dalam naratif persembahan filem.
Pemikir teorist seperti A.Rich,(1980) cuba mempersoalkan adakah bentuk orientasi seksual
merupakan perkara semula jadi atau mengapakah ia sangat penting kepada seseorang
individu, atau ia hanya sekadar satu tanggapan, atau adakah seksualiti merupakan pembinaan
sosial social construction dan apakah subjek itu sentiasa tertakluk kepada perubahan.
Malahan, pemikir teori queer turut memberi tumpuan kepada masalah terhadap
mengklasifikasikan individu itu sama ada lelaki atau perempuan, atau melakukan proses
secara biologi biological basis bagi menentukan status seksual individu tersebut. Usaha-usaha

pemikir teori menganalisa teks dan mencabar tanggapan budaya heteroseksualiti, iaitu jika ia
bertentangan dengan normatif heteroseksualiti, adakah memungkinkan individu itu
berpontensi kepada gay? Sebagaimana Ryan dan Futterman,(1997) menyatakan pandangan
mereka dalam artikel Transgender Youth, terdapat usaha yang bersungguh-sunguh cuba
meletakan potensi diri mereka kepada normatif heteroseksualiti dan menjadikan
heteroseksualiti itu sebagai format seksual kelelakian.
Setelah lebih 10 tahun pergerakan teori queer ini bergerak aktif di seluruh dunia
menerusi wacana-wacana dan penerbitan filem queer (transgender). Pada tahun 1997,
Anugerah Festival Filem Transgender (AFFT) pertama kali dianjurkan bagi memberi
penghormatan yang setaraf dengan anugerah festival filem yang lain. Acara ini dijadikan
annual event sejak ia mula diperkenalkan sehingga kini, malah menurut Joe.Ippolito,(2014) ia
mendapat respond positif dari pengarah-pengarah filem dan penerbit-penerbit filem barat

terhadap filem bergenre tansgender dan anugerah festival yang dianjurkan. Malahan
transgender kini telah mendapat perhatian dan kedudukan tersendiri dibeberapa buah negara
yang meluluskan perkahwinan sivil sesama jenis. Undang-undang yang diluluskan itu
memberikan hak, perlindungan, dan manfaat yang sama kepada pasangan sejenis yang
terlibat, sebagaimana yang diberikan kepada perkahwinan heteroseksual, termasuklah hak
pengambilan anak angkat. - Institut Kefahaman Islam Malaysia,(2012).
. Adapun topik-topik wacana berkaitan transgender amat kurang diperkatakan secara

positif, adil dan bermaruah. Proses identifikasi golongan transgender sering diberikan
gambaran negatif oleh media arus perdana, serta pemaparan transgender di dalam filem. Pihak
autoriti, seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) berperanan meneliti seetiap sudut
pemaparan naratif malahan penumpuan aspek-aspek persembahan visual, bahasa, kostume,
lokasi dan perwatakan yang dipersembahkan di dalam filem menjadi perhatian serius kepada
status kelayakan tayangan. Dalam pada itu, menerusi penulisan ‘konsep gender’ - Mohd
Anuar Ramli,(2012) menyatakan klise umum kepada golongan trasngender sering dikaitkan
dengan aktiviti negatif (seks songsang). Oleh itu, keadaan ini mencetuskan pandangan dan
kritikal yang pelbagai terhadap motif penerbitan filem dan drama yang mempersembahkan
bergenre transgender ini kepada tontonan umum.
Dari sudut syariah islamiah, Islam telah memperjelaskan dengan jelas ciptaan jantina
lelaki dan wanita menerusi muzakarah ulama tempatan serta fatwa dari ulama dunia.
Menyingkap sejarah, menjadi pedoman terhadap kisah nabi Lut A.S dan umatnya yang
terkenal dengan homoseksual dan transgender ini haruslah diambil iktibar sebaiknya.
Malahan, agama yahudi turut sama menceritakan peristiwa ini melalui alkitab, “dikarenakan
oleh dosa-dosa penduduknya, Sodom, Gomorrah, Admah dan Zeboim dihancurkan oleh
sulfur dan api dari Tuhan” (Genesis - 19:24-25). Peristiwa dan sejarah telah menceritakan
kepada kita bagaimana kehidupan penduduk kota sodom dihancurkan, serta penghasilan
filem-filem sejarah dan peristiwa kota sodom dan gommrah itu turut diterbitkan agar ia
menjadi iktibar besar kepada umat manusia hari ini

.

PERSOALAN: REPRESENTASI TRANSGENDER
Istilah transgender merupakan istilah umum kepada pemaparan tingkah laku, ekspresi, dan
suatu usaha mencabar sistem seks binari, namun istilah ini juga digunakan sebagai satu cara
untuk mengenal pasti individu silang jantina yang tidak melibatkan pembedahan ganti

kelamin (trasnsexual). Menurut hujahan Green,(2011) beliau menjelaskan maksud
transgender itu merangkumi individu daripada pelbagai peringkat umur atau jantina yang
menampilkan karekter berbeza atau sikap yang berbeza daripada stereotype umum terhadap
identiti seorang lelaki dan seorang perempuan pada kebiasaanya.
Walaubagaimanapun, SusanStryker,(2004) sarjana teori queer, menyatakan pandangan
positif mereka hasil daripada kajian terhadap seksualiti dan teori feminisme,

dengan

menyatakan teori queer tampil dengan menawarkan kedua-duanya bidang kajian dan hasilnya
lebih dikenali sebagai transgender identiti. Manakala A.Devor,(2006) cuba menggambarkan
kepentingan kajian transgender untuk mengandaikan problematics tentang tubuh dan identiti
serta kepada keperluan semulajadi hubungan seks dikategori dengan status gender. Beberapa

persoalan kritikan mula wujud terhadap konsep heteronormativiti, berdasarkan pemikiran
semulajadi konseptualisasi gender yang dikenali sebagai lelaki atau perempuan, dan kajian
transgender ini memungkin penciptaan bentuk-bentuk baru kepada pengenalan trans dan
identiti. - SusanStryker.(2006).
Wacana-wacana teori feminisme dan queer yang diperbincangkan lebih cenderung
kepada isu dan pemaparan gologan LGBT di dalam naratif sebuah cinema. Persoalan terhadap
pemaparan golongan lesbian, gay, bisexual dan tranvertile (transgender) yang sering disalah
ertikan dan didiskriminasi terhadap realiti sebenar kehidupan mereka di dalam filem.
Persoalan stereotype transgender yang dipersembahkan menerusi naratif sebagaimana ia
dilabel sebagai ‘sex service’, serta‘abnormal’ kepada mereka yang tidak menepati normanorma heteroseksual mengikut apa yang dihujahkan oleh Kauth,(2006). Jesteru itu, persoalan
pemaparan transgender yang cuba dibincangkan di dalam penulisan ini berpandukan satu
analisa terhadap sebuah filem pilihan.
Penulisan ini cuba melakukan penelitian terhadap pemaparan watak transgender dan
bagaimana ia dipaparkan di dalam filem tersebut. Serta usaha bagi menganalisa bentukbentuk format dan naratif yang dibina berdasarkan filem pilihan. Teknik pemaparan dan cara
ia dipaparkan merupakan usaha yang baik dan kreatif. Pelbagai teknik digunakan bagi
menganalisa teks, penulisan memilih kaedah membahagian teks kepada kepada pembahagian
(sub-sub). Penulis telah mengenal pasti terdapat 6 bahagian (sub-sub) akan cuba
dibincangkan, melalui pembahagian (sub-sub) ini proses meneliti dan menganalisa pemaparan
transgender, bentuk format dan pembinaan naratif dapat dinilai dengan lebih baik.
Pembahagian tersebut terdiri dengan pengenalan, permulaan cerita, konflik, luahan, peleraian

dan cabaran.

Kajian (sub-pertama) melihat kepada permulaan naratif dibina, pemaparan watak
seorang lelaki (maskulin) cuba melarikan diri dari sebuah kampung ke kuala lumpur, dengan
menaiki sebuah teksi, memaparkan ekspresi diri dalam keadaan gelisah, menyesali,menangis
dan murung. Opening plot memperkenalkan watak, memaparkan suasana tepi pantai diwaktu
malam dengan dua orang lelaki sedang bermesra (pada kebiasaanya terjadi kepada
heteroseksual) dan berseronok dengan hanya memakai seluar pendek. Klise umum merasakan
ia sebagai adegan yang menjurus kepada aktiviti homoseksual. Menurut Paisley,(2000) beliau
menyatakan apabila suatu keadaan dimana ‘mereka’ sedar bahawa mencintai seseorang
daripada jantina yang sama merupakan satu cabaran kepada norma jantina yang dominan,
jesteru itu, naratif memaparkan aksi berbaring di atas pasir sambil dialog mereka menjelaskan
status hubungan seksual dan identiti gender menjadi pembuka kepada naratif. “ ruby .. i nak
panggil you ruby,bukan robbert lagi.” Dialog salah seorang watak lelaki kepada rakannya
juga sebagai watak lelaki. Jelas, dialog tersebut pembuka kepada turning point naratif dengan
terucapnya dialog tersebut penonton dapat mengidentifikasikan ‘mereka’ adalah pasangan
homoseksual.
Pada bahagian penceritaan (sub-kedua), kajian cuba meneliti plot yang memaparkan
seorang lelaki berpakaian seperti wanita. Naratif memperlihatkan perwatakan ini
dipersembahkan sebagaimana seorang wanita berpakaian, memakai kasut tumit tinggi, skirt,

baju wanita yang menampakan bahagian atas dada, solekan dan berambut panjang.
Pemaparan identiti sebegini dapat diidentifikasi sebagai transgender menurut apa yang
diperbahaskan oleh Green,(2000) dalam tulisan beliau bertajuk - Introduction to Transgender
Issues.
Berdasarkan pembinaan naratif, konflik (sub-ketiga) merupakan suatu keadaan
pembuka kepada isu, cabaran, atau persengketaan. penelitian kepada naratif mendapati,
konflik awal antara pasangan homoseksual berlaku apabila menyedari pasangan mereka telah
melakukan pertukaran kelamin. Menurut perbahasan Green,(2000) individu yang menjalani
pembedahan menukar jantina transsexual, prosedur yang mereka perlu lalui antaranya
menjalani rawatan hormone therapy dan sex reassignment surgeries. Berdasarkan maklumat
perubatan antarabangsa, bagi menjalani proses pertukaran kelamin memakan kos yang sangat
tinggi. Menurut pendokong kepada kumpulan transgender, Sharan,(2013) menjelaskan
bahawa golongan transgender tidak semestinya menjurus kepada transeksual dan ia dianggap
sebagai pilihan. Berdasarkan pemaparan naratif, dari segi gerak tubuh ghaus (pasangan Ruby)
lebih cenderung kepada orientasi seksual seorang lelaki. Perkara ini mengidentifikasikan
Ghaus adalah seorang ‘gay’. Penyusunan naratif dilihat konsisten terhadap pemaparan ghaus

sebagai gay, ia dikukuhkan lagi dengan pertembungan ruby melihat ghaus sedang melayani
kehendak nafsu seks bersama seorang lelaki rakan sekerjanya.
Penambahan kepada konflik yang dibina berdasarkan naratif diteruskan keatas Ruby,

dengan beliau bakal di saman oleh Mr.Wong. walaubagaimana pun, naratif tidak
menceritakan dengan jelas apakah hubungan dan perkaitan saman itu dengan perwatakan
Ruby. Jika ia melibatkan kedudukan pekerjaan seorang trasngender/transeksual ia telah
diperjelaskan oleh Mulvey,(2006) berlaku diskriminasi paksaan terhadap golongan trans,
malahan kebebasan aktiviti, kebolehan juga terbatas dengan memaksa golongan trasn
melakukan aktiviti yang bertentangan illigel activities. Juga terdapat hujahan berkaitan
hubungan intim transgender yang menyatakan walaupun sambungan ini kuat, ada juga sebabsebab sejarah berasaskan salah faham dan ketidakpercayaan antara gay dan orang transgender.
Shannon,(2000)
Seterusnya, penelitian kepada proses pembinaan naratif plot - luahan (sub-keempat)
yang memaparkan situasi untuk meluahkan tekanan dan masalah yang dihadapi. Plot luahan
ini dilihat memperkenalkan sikap dan hubungan Ruby dengan rakannya yang membawa
perwatakan lelaki lembut. Walaupun begitu, rakan Ruby dikenali sebagai Jem
dipersembahkan dengan personaliti lelaki maskulin tetapi bersifat lelaki lembut. Perkaitan
pemaparan identiti lelaki lembut juga terdapat dalam perbincangan sarjana, seperti yang
dinyatakan oleh Maesarah,(2004) menerusi tulisanya berkaitan lelaki lembut juga boleh
digambarkan kepada suatu kedudukan identiti individu berkenaan yang berada pada
persimpangan antara identiti seks (tubuh dan alat kelamin) dan identiti gender.
Merujuk kepada kajian (sub kelima) teknik penyusunan peleraian dalam naratif, lebih
meneliti kepada bagaimana isu dipaparkan bagi menghadapi situasi peleraian. Pembentukan
naratif (peleraian) bermula apabila Ruby mendapati Ghaus berlaku curang dengan
menjalinkan hubugan (homoseks) bersama rakan sekerja. Disini naratif memperlihatkan
fungsi perasaan dan emosi (cemburu atau dipermainkan) mula mendominasi penceritaan.
Visual persembahan memaparkan penyesalan Ruby, seakan sama seperti wanita normal.
Dapat dilihat, turning point kepada proses mengembalikan identiti sebenar bermula.
Pemaparan babak mandi, menjadi persoalan terhadap pemaparan sexual orientation tubuh
badan (figure) tidak seperti wanita, bagaimanapun ia kelihatan seperti lelaki maskulin (solid).
Selepas berita kematian ayah Ruby, memaparkan watak kembali menjadi lelaki normal
seterusnya bersama jemaah masjid memandikan jenazah ayahnya. Pemaparan ini sekali lagi
menjadikan penyususan fakta naratif dilihat lemah. Prose pengisafan mula mendominasi
perwatakan, dengan pemakaian dipersembahkan sebagai lelaki (maskulin) normal dengan

kehidupan di kampung. Kajian turut mendapati kesukaran ruby mengadaptasi peranan dan
identiti sebagai lelaki sejati. Keadaan ini turut dikongsikan oleh Miller.(2006) sebagaimana ia
menjadi kesukaran (transgender) menjalani hubungan sosial dalam komuniti yang berbeza.
Pada bahagian terakhir, kajian melihat kepada cabaran yang dihadapi oleh Ruby
selepas berlakunya proses penyesalan itu. Kewujudan watak Dina sebagai pendorong besar
kepada masalah identiti terbesar yang bakal dihadapi oleh Ruby. Perkenalan mereka
membawa kepada pembinaan naratif cuba menghuraikan konfrontasi emosi dan perasaan
(transgender) untuk kembali menjadi lelaki yang lebih dikenali dengan ideologi patriarki.
Disini naratif dipersoalan adakah pemaparan konfrantasi emosi dan perasaan mewakili semua
(transgender). Diketuahui umum, sangat sukar unutk memahami emosi dan perasaan
seseorang. Disimpulkan, perkenalan mereka membawa kepada persetujuan untuk berkhawin.
Kehadiran Ghaus dan Jem dihari perkhawinan Ruby menjadikan keadaan lebih dramatik,
kehadiran ghaus bersama sebotol yang mengandungi benda (anu) – tidak dipersembahkan.
Menjawab segala persoalan kepada keadaan sebenar identiti Ruby. Ruby mengambil
keputusan melarikan diri serta majlis perkhawinan tidak dapat dilangsungkan. Kajian
mendapati antara masalah atau isu yang dihadapi secara realiti oleh golongan transgender ini,
mereka terikat dengan isu identiti mereka sendiri. Personal kepada status polisi, legal, dan
medical issues. Perkara ini dibangkitkan dalam tulisan Transgender Equality oleh Genny
Beemyn (2014). Persoalan dan hujahan berkaitan isu hak transgender akan dibincangkan pada
sub-topic lain.
Dapat dijadikan rumusan, pemaparan transgender menerusi filem

... dalam botol

(2011) adalah suatu usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat terhadap kewujudan
golongan transgender serta proses pengingsafan juga berlaku dikalangan mereka. Persoalan
seterusnya adakah masyarakat bersedia menerima kembali golongan ini didalam sistem
kehidupan heteronormatif.

PERSOALAN: ‘RIGHTS’ DAN TRANSGENDER
Penggunaan istilah atau label ini adalah bagi menggambarkan kedudukan identiti individu
berkenaan yang berada pada persimpangan antara identiti seks (tubuh dan alat kelamin) dan
identiti gender (biologikal dan tertanam dalam minda sejak dalam kandungan). Pelbagai
istilah lain turut digunakan di pelbagai negara. Di beberapa negara, termasuk Filipina,
label/istilah yang digunakan adalah “gay” tanpa melakukan klasifikasi sama ada homoseksual,

biseksual, lesbian, transgender atau sebagainya. Istilah binari yang biasa digunakan apabila
merujuk kepada gender adalah “lelaki” (male) dan “perempuan/wanita” (female).
G.Miller,(2013). Dalam keadaan ini, masyarakat lupa bahawa gender bukan berciri binari
(dua) kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa gender tidak hanya terikat kepada “lelaki”
dan “perempuan”. Atas sebab itulah mana-mana individu yang tidak termasuk – atau tidak
memenuhi sepenuhnya kriteria konvensional dalam masyarakat – bagi kategori “lelaki” atau
“wanita” diletakkan di bawah label “transgender”.
Istilah-istilah homoseksual, heteroseksual, biseksual dan sebagainya hanyalah label
yang digunakan orang. Identiti gender tidak ada apa-apa kaitan dengan orientasi seks
seseorang. Sudah terbukti secara saintifik bahawa setiap lelaki, pada salah satu peringkat
hidupnya (khususnya pada usia remaja), dia akan tertarik kepada sebilangan wanita dan
sebilangan lelaki. Hujahan Sharan,(2013) adalah sebagai memperkuatkan dakwaan yang
menyatakan individu lelaki itu tidak semestinya tertarik secara seksual kepada lelaki lain.
Tambahannya lagi, cuma hubungannya dengan individu yang dia tertarik (attracted) itu lebih
intim berbanding dengan individu atau jantina lain.
Bagaimanapun, norma kehidupan masyarakat yang menjadi penghalang dan
membuatkan remaja heteroseksual berkenaan terpaksa memendamkan terus perasaan tertarik
itu, walaupun dia bukannya tertarik secara seksual kepada rakannya itu. Norma dalam
masyarakat menetapkan bahawa seorang lelaki hanya boleh tertarik kepada perempuan dan
begitu juga sebaliknya. Kononnya kasih-sayang hanya boleh dikongsikan dengan orang yang
kita cintai dan tertarik secara seksual – iaitu individu daripada jantina yang berlainan.
Pandangan seperti ini sebenarnya berasaskan pendirian yang dikenali sebagai the big other,
suatu tanggapan dominan yang distruktur oleh masyarakat.
Isu transgender turut mendapat perhatian dari badan hak asasi manusia cawangan
Malaysia. Tindakan menghalang golongan trans daripada meletakkan kebolehan dan
kemahiran mereka untuk kegunaan yang membina, malahan tekanan masyarakat sering
memaksa mereka ke dalam aktiviti menyalahi undang-undang dalam usaha untuk terus hidup.
Hak transgender adalah hak asasi manusia, berdasarkan kesedaran kepada isu transgender ini
adalah perlu kepada kita menghormati hak sensitiviti dan maruah transgender tanpa mengira
penampilan atau pilihan mereka mengenai cara untuk menguruskan hidup mereka. Keadaan
ini menjadikan peranan kumpulan Human Rights lebih relevant dalam konteks masyarakat
malaysia selari dengan keputusan mahkamah rayuan membenarkan kewujudan golongan
transgender dalam masyarakat malaysia - Court Victory for Transgender Rights,(Human
Rights;2014). Menurut tulisan seorang pembela hak kumpulan minoriti Uthaya,(2013) yang

bertajuk Transgender dan Agama. Beliau menyatakan pendirian “ transgender are born,not
made..” yang membuka perbahasan dari sudut agama. Menurut beliau lagi, perkataan
“mukhannathun” atau “mukhannas” dari hadis, ia mewakili seorang individu (lelaki) yang
menyerupai wanita. Beliau menghuraikan hujahannya berdasarkan tulisan beliau yang lain;
“... Ada dua jenis “mukhannathun” dirujuk di mana salah satu
adalah lelaki (identiti seks) yang benar-benar memiliki identiti
gender wanita dan mempunyai adab serta tingkah-laku yang sama
seperti wanita secara semula jadi (bukan dibuat-buat)...”
(Sharan Suresh, transgender dan agama; 2013)
Beliau menambah hukum terhadap zina, dosa dan maksiat itu sama juga bagi golongan
heteroseksual. Menurut pandangan beliau lagi, apa yang ditegah dalam agama Islam, Quran
dan Hadis adalah apabila seorang individu dengan identiti gender lelaki dan identiti seks
lelaki – iaitu “lelaki sejati” – mahu mengubah keadaan itu. Di sinilah muncul kelompok lelaki
yang suka berpakaian seperti wanita cross-dressing walaupun mereka bukannya transgender.
Malangnya, akibat kejahilan dan kerana tidak cukup maklumat serta pengetahuan, pihak
tertentu menganggap transgender sama dengan cross-dresser. Akibatnya, golongan
transgender yang tidak berdosa selalu menjadi mangsa.

PERSOALAN: KEDUDUKAN SISTEM PATRIARKI

Umum mengetahui, lelaki diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam ini
dengan sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita sebagai
tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki. Ia dinyatakan dalam firman Allah S.W.T.
dalam surah al-Nisa’:34. Mafhumnya, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa lelaki diberikan
beberapa kelebihan, keistimewaan dan berperanan sebagai ketua keluarga serta diberikan hak
untuk melafazkan cerai kepada isteri dan bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri
juga menyara ahli keluarga. Olahan kebertanggungjawab lelaki menurut Maesarah,(2004)
beliau berkata, begitu besar bebanan lelaki dan memang tidak dinafikan lelaki ini mempunyai
jiwa yang kental lagi kuat berbanding kaum perempuan yang lembut dan banyak bergantung
kepada kaum lelaki. Meletakkan sesuatu pada tempatnya merupakan asas keadilan dalam

Islam. Di antara ayat al-quran yang dijadikan dasar dalam pemisahan tugas lelaki dan
perempuan adalah sebagai berikut:
Maksudnya: “… dan kaum laki-laki mempunyai satu tingkat lebih tinggi dari
mereka (kaum perempuan). dan Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”
(Surah Al-Baqarah ayat 228).
Budaya masyarakat melayu juga terkenal dengan sistem patriarki yang diamalkan.
Sistem ini sekian lama telah dipraktiskan dan menjadi amalan dominan bagi masyarakat
melayu sehingga kini. Secara dasarnya kedudukan lelaki dan perempuan telah ditentukan dan
dipengaruhi oleh ideologi budaya dan agama, ia telah diserap dan dihadam sejak wujudnya
praktis kepada ideologi ini. Patriarchy order muncul sebagai bentuk kepercayaan atau
ideologi bahawa lelaki lebih tinggi kedudukannya dibandingkan perempuan dan perempuan
harus dikuasai bahkan dianggap sebagai harta milik lelaki. Sistem patriarki meletakkan
kedudukan lelaki adalah sebagai ketua keluarga dapat diterima oleh semua masyarakat.
Namun dominasi ini dicabar, menerusi sistem politik, ekonomi, sosiologi-budaya melayu
dilihat telah melakukan toleransi terhadap kedudukan kaum wanita sejak ideologi feminisme
menyerap masuk.
Menyingkap kepada gerakan pembaharuan intelektual “Renaissance” di barat telah
memberi pengaruh yang kuat terhadap gerakan feminisme dan kesamaan gender.
Kesinambungan dari itu, feminisme telah menyusup masuk malahan mendapat sambutan baik
di kalangan masyarakat, golongan yang tertindas menurut keterangan Ariffin,(2013).
Gerakan ini membawa ideologi golongan wanita yang sering kali didiskriminasi. Oelh itu,
beberapa usaha dilakukan bagi menghentikan diskriminasi tersebut. Ideologi feminisme tegas
mempersoal dan memperjuang hak sama taraf, status dan kuasa turut diberi peluang dan
kepercayaan kepada kaum wanita untuk seiring dengan kaum lelaki. Pengaruh dan dominasi
dari sistem ekonomi sosialis dan kapitalis di barat memberikan kesedaran baru terhadap
kedudukan dan hak-hak wanita. Oleh demikian, kaum wanita merasakan kedudukan dan hakhak mereka haruslah sama taraf seperti kedudukan lelaki. Mereka menolak anggapan wanita
berstatus lemah berbanding lelaki.
Feminisme melihat orientasi seksual lelaki adalah lambang kepada kelelakian dengan
sistem patriarchal order itu sendiri jelas menampakan perbezaan diskriminasi antara lelaki
dan wanita – G.Miller,(2006) menjelaskan dalam artikel beliau ‘Male Gaze’. Oleh itu, filem
bergenre transgender adalah satu usaha feminism mempersoalkan status phallus kepada watak

transgender. Menerusi kajian filem ini, pemaparan hubungan antara pasangan homoseksual
masih memegang teguh kepada sistem patriarki. Terdapat plot-plot satu hubungan yang
mengharap, dipimpin dan yang memimpin. Sekalipun watak transgender itu cenderung
kepada homoseksual namun ia masih mempunyai phallus maka ia masih dianggap sebagai
pendukung sistem patriarki seperti hujahan freud berkenaan phallocentrism.
Realitinya, feminisme sedar akan kekuatan sistem patriarki yang wujud di dalam
budaya dan masyarakat. Mulvey,(1999) menerusi artikel beliau, memetik berkenaan kajian
‘Freudian philosophy on phallocentrism’ – beliau berusaha mengumpul kajian bagaimana
untuk memecahkan penindasan kepada femininiti. Berpandukan apa yang dijelaskan oleh
Freud tentang ‘phallus’ itu adalah lambang semula jadi lelaki bermaksud kepada ‘power’ dan
‘patriachy order’ terus kekal sebagai sistem keatas golongan lelaki. Berdasarkan naratif filem
ini menceritakan watak transgender telah melakukan pembedahan ganti kelamin sexual
orientation dengan itu menjadikan ia tergolong sebagai transexual. Ini secara langsung
menafikan phallus yang dimaksud oleh freud terhadap kelelakian.
Dalam pada itu, sarjana-sarjana feminisme terus berhujah terhadap kajian freudian
bagaimana untuk mengelak dan melemahkan phallus yang menjadi lambang power jesteru
mengembalikan nilai kehormatan kewanitaan kepada tahap yang lebih baik. Berbalik kepada
teks, melihat kepada konflik yang dihadapi oleh watak tersebut apabila beliau (trasngender)
akan berkahwin dengan seorang gadis. Telah berlaku konfrantasi dalam diri tentang status
phallus beliau, ini kerana transexual telah menafikan hak asal gender mereka untuk seumur
hidup. Penyusunan naratif turut memaparkan penyesalan oleh watak. Perasaan itu terus
meruntun naratif sehingga membawa kepada tanggapan klise penonton bahawa perkahwinan
itu tidak akan berlaku, ia disebabkan naratif dimulakan dengan penyesalan dan flash back
kisah kehidupan watak protagonis.
Berdasarkan rasional feminism hubungan dan keadilan gender perlu kepada taraf yang
sama. Penerimaan pemikiran dan analisis gender barat hanya bersandarkan rasional akal
kemanusiaan semata-mata tanpa mengambilkira nilai keagamaan dan tradisi budaya tempatan
adalah tidak tepat dalam memperjuangkan keadilan sosial di kalangan lelaki dan wanita. Ini
kerana tidak semua perbezaan menggambarkan ketidakadilan dan tidak semua persamaan
menggambarkan keadilan. Kepastian disini adalah kejadian wanita itu dari rusuk lelaki.
Namun naluri dan azali kejadian wanita itu berbeza dengan naluri lelaki. Hanya wanita yang
mampu hamil, melahirkan, dan menyusu dan lelaki dijadikan sebagai khalifah kepada kaum
wanita. Iaitu mereka bertanggungjawab memelihara kemaslahatan dan keselamatan kaum
wanita.

PERSOALAN: ISLAM DAN TRANSGENDER

Berpandukan penulisan berkaitan maksud trasngender, mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi
mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita Wan Halim Othman, (1987).
Kewujudan pelbagai istilah kepada transgender ini kerana kepelbagaian persepsi yang negatif
yang diberikan oleh masyarakat khususnya dalam membuat penilaian kepada golongan
minoriti ini. Sebahagian masyarakat melihat golongan transgender lazimnya terjebak dalam
gejala negatif seperti homoseksual, skandal dan masalah sosial.(Najibah,2003).
Fenomena ini dapat diimbas semula dalam sejarah kenabian, khususnya di dalam alquran yang menunjukkan masalah dan keadaan ini telah berlaku sejak 1800 sebelom masihi zaman Nabi Lut a.s. ketika masyarakatnya menjalani kehidupan yang menyimpang dan
melanggar batasan-batasan fitrah kehidupan yang sebenar. Mereka melakukan hubungan
sejenis dan akhirnya mereka dimurkai oleh Allah S.W.T. dengan azab yang dahsyat. Keadaan
ini dinukilkan dalam firman Allah S.W.T. dalam surah al-a’raf: 81.
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu mendatangai lelaki untuk memuaskan
nafsu syahwat kamu dengan meniggalkan perempuan,
bahkan ini adalah kaum yang melampaui batas.”
(Surah Al-A’raf: 81)
Dalam surah Hud, telah diceritakan azab yang ditimpakan kepada kaum yang mendustakan
perintahan Allah. Allah berfirman didalam surah hud: 82
Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum
Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah,
dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang
terbakar dengan bertubi-tubi.”
(Surah Hud ayat 82)
Huraian dari dua surah berkaitan ayat-ayat yang telah menceritakan asbab dan azab yang
menimpa manusia yang mendustakan terintah allah. Berdasarkan surah al-araf, diceritakan
keadaan manusia yang mempunyai kecenderungan sexual desire sesama jantina. Jelas disini,

sexual desire sesama jantina bukan terjadi secara azali, tetapi ia terjadi disebabkan manusia
hilangnya petunjuk dan bisikan hawa nafsu yang keterlaluan. Huraian peristiwa itu
diperjelaskan lagi berkaitan balasan dan azab yang Allah turunkan kepada kaum yang ingkar.
Peristiwa yang terkandung di dalam al-quran, turut telah disahkan oleh saintis-saintis dan
sejarawan antarabangsa berkaitan peristiwa yang menimpa kota soddom.
Pelbagai kerangka teori dan wacana telah diperbincangkan berkenaan golongan
transgender ini. Usaha-usaha mengenalpasti identiti, naluri dan keinginan seks golongan
trasngender ini turut diberi perhatian serius. Penglibatan aktif baik dari industri filem,
akademik, pendakwah, pihak kerajaan dan majlis fatwa kebangsaan membincangkan isu yang
menjadi pendebatan masyarakat umum. Pendekatan berhikmah menjadi integrasi islam dalam
membincangkan sesuatu isu. Kesepakatan mufti-mufti dan ulama mencapai kata sepakat
dalam menyelesaikan isu transgender ini sangat memberi kesan kepada institusi-institusi yang
terlibat. Setiap kemaslahatan itu perlu diurus dengan cermat dan kesepakatan kepada
penyelesaian dicapai berasaskan al-quran, as-sunah dan ijma’ yang menjadi rujukan utama
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 2012, memandang berat terhadap isu seks
songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) yang hebat dipromosi
dan disokong oleh beberapa pihak di negara ini. Malahan ia turut di jadikan genre sesebuah
filem yang memaparkan tentang golongan trasngender. Oleh demikian, muzakarah
menegaskan bahawa isu LGBT ini secara qat’ie dan jelas telah diharamkan oleh Islam dan
tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan. Oleh itu, sebagai sebuah negara yang
berpaksikan Islam, adalah wajib bagi umat Islam menentang dan menghapuskan amalan
seksual songsang yang telah jelas diharamkan oleh Islam.
Perbahasan trasngender ini turut mendapat perhatian ulama’ luar dan dalam negara.
Ramai ulama’ menghasilkan bahan bacaan, diskusi, wacana dan sebagainya dalam usaha
menerangkan peranan islam bag menghadapi golongan transgender ini di seluruh dunia.
Jesteru itu, majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti
lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh,
karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili,(2008) menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai
wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Menerusi hadis daripada
Ibn Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
‫ ﻟﻌﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﻤﺨﻨﺜﻴﻦ ﻣﻦ‬: ‫ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﺍﻟﻤﺘﺮﺟﻼﺕ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺴﺎء‬، ‫ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ‬

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata ‘Rasulullah SAW melaknat
mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki
dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan
wanita’.
(Hadis Riwayat al Bukhari)
Huraian hadis, maksud ‘menyerupai’ dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada
aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
Manakala Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin,(2005) menerusi bukunya Fatawa wa
Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita. Beliau
menghuraikan persamaan itu samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara
berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga
sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.
Sabda Rasulullah S.A.W:
‫ ﻟﻌﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻳﻠﺒﺲ‬: ‫ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﺭﺿﻲ ﷲ ﻋﺘﻪ ﻗﺎﻝ‬
‫ ﻭﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﺗﻠﺒﺲ ﻟﺒﺴﺔ ﺍﻟﺮﺟﻞ‬، ‫ﻟﺒﺴﺔ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ‬
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a berkata : ‘Rasulullah SAW
telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.’
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Menurut Najibah Hassan,(2013) beliau meminta masyarakat membezakan antara lelaki yang
dilahirkan lemah lembut dan mengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejati dengan golongan
lelaki lembut yang melanggar norma-norma masyarakat atau perlakuan mereka yang
menyinggung masyarakat. Isu lelaki lembut ini sesuatu yang sensitif dan memerlukan
kefahaman masyarakat. Beliau menegaskan:
“... Yang menjadi isu sekarang ini adalah kewujudan identiti baru sebagai
transgender yang menyerupai perempuan. Mereka mula mempamerkan
penampilan yang laru daripada norma seorang lelaki dengan mengukuhkan
kelembutannya dengan memakai pakaian menyerupai perempuan, memakai
gincu dan mencabur bulu kening serta dikuatkan lagi dengan lenggang
lenggoknya yang lemah gemalai dan bersuara seperti seorang perempuan.”

(Najibah Hassan, Utusan Malaysia: 20 Julai 2003)
Konsep dakwah cuba meneliti dan menasihatkan mana-mana individu dan pengamal media
supaya menghentikan sikap suka mendedahkan perkara-perkara keji yang didakwa atau
menyampaikan sesuatu isu yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara terbuka kerana
perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan
seksual amat ditegah oleh agama Islam. Sehubungan itu, Allah berfirman di dalam al quran
surah al hujaraat ayat 6:
Maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(Al Quran, Surah Al Hujuraat; ayat 6)
Dengan ini, syariat menyatakan tiada istilah lelaki lembut (transgender) dalam Islam. Islam
menekankan manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dikurniakan akal
sebagai suatu kelebihan berbanding makhluk yang lain. Allah S.W.T. membincangkan
tentang kejadian lelaki mahupun perempuan dalam perbahasan berkaitan kejadian manusia.
Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-hujuraat: 13.
Maksudnya:“Wahai

umat

manusia!

Sesungguhnya

kami

telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra
dengan yang lain). sesungguhnya semulia-mulia kamu di ..
.. sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan keturunan atau bangsa). Sesungguhnya
Allah

Maha

Mengetahui

lagi

Maha

Mendalan

Pengetahuannya.”
(Al-Quran, Surah Al-Hujuraat: 13)

Namum begitu, Islam tidak terus menghukum sesuatu keadaan itu secara direct. Terdapat
beberapa keadaan yang islam telah perbincangkan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi
berkenaan dengan status gender. Islam sedia maklum terhadap status gender dan identiti
manusia ialah seperti lelaki, wanita dan khunsa. Persoalan terhadap misrecognition identity
telah diperbincangankan dengan jelas bagaimana harus dihadapi dan di tangani terutama oleh
umat islam.

KESIMPULAN

Kajian melihat kepada suatu usaha positif dalam pemaparan isu transgender ini kepada
masyarakat melalui filem. Pemaparan transgender didalam filem ... dalam botol(2011) juga
tidak melampaui batas agama dan garis panduan (LPF) berbanding adegan filem-filem ganas
dan seksi yang lain. Islam telah menghuraikan keadaan ini sejak zaman berzaman. Tidak
dinafikan wujud identiti transgender ini sejak dilahirkan, semula jadi. Malahan islam telah
menggariskan kaedah dan usaha-usaha bagi mengatasi kecelaruan identiti ini.

ISLAM, PATRIARKI DAN TRANSGENDER

BIBLIOGRAPHY
Mulvey, Laura. (1999). Visual Pleasure and Narrative Cinema. Film Theory and
Criticism. Eds. Leo Braudy and Marshall Cohen. New York:
Introductory Readings.
Joe. Ippolito, (2014). San Francisco Transgender Film Festival, Roxie Theater,
San Francisco, 7.9.2014. Dipetik dari: http://www.sftff.org/.
Bell Hooks, ( ... ), Understanding Patriarchy. Louisville Anarchist Federation
Federation. Dipetik dari: http://ImagineNoBorders.org.
Jamison Green, (2011), Transgender Activis, Stories of LGBT History. Dipetik
dari: www.adl.org/education.
Jamison Green, (2000), Introduction to transgender Issues. Stories of LGBT
History.
Genny Beemyn.(2014), Transgender Terminology, National center for transgender
equality. 20005 (202) 903-0112. Washington, DC. Dipetik dari:
www.nctequality.org
Mohd Anuar Ramli, (2012), Konsep Gender: Satu Pentakrifan; Jabatan Fiqh &
Usul. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Paisley Currah,Shannon Minter, (2000), Winning Civil Rights for Transgendered
People, National Center for Lesbian Rights, and the National Gay and
Lesbian: Task Force Policy Institute.
Califia, Pat. (1997). Sex Changes: The Politics of Transgenderism. San Francisco:
Cleis Press.
John Money,(1990), Gay, Straight and in-Between: The Sexology of Erotic
Orientation. New York: Oxford University Press.
Mohd Anuar Ramli, (2012), Gender Analysis in Islamic Jurisprudence ; Jabatan
Fiqh & Usul. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Yuenmei Wong, (2012), Journal of Lesbian Studies, Islam, Sexuality, and the
Marginal
Positioning of Pengkids and Their Girlfriends. USA:
University of Maryland.

Clements-Nolle, (2006), Transgender, Gender Identity, and Gender Expression;
GLBT
Health.
Access
Project
2000,
Dipetik
dari:
www.apa.org/about/policy/transgender.pdf.
Charles McDaniel, (2003). Islam and the Global Society: A Religious Approach to
Modernity, Vol 2003 BYU L. Rev. 507. Dipetik dari:
http://digitalcommons.law.byu.edu/lawreview/vol2003/iss2/4
Hocquenghem, Guy. (1972). Homosexual Desire. Trans. Daniella Dangoor. 2nd
ed. Series Q Ser. Durham: Duke UP,1993.
Ryan & Futterman, (1997), Transgender Youth: Invisible and Vulnerable - by
Grossman - 2006. California: page: 199
Uthaya. (2013). Transgender dan agama, Kuala Lumpur: Human rights.
Michael R. Kauth (2006), Sexual Orientation and Identity. Page; 11
Lerner, Gerda. (1988). Women and history: the creation of patriarchy. United
Kingdom: Oxford University Press.
Susan A. Basow. (1992). Gender Stereotype and roles. [3rd edition]. California:
Publication Pasific Grove.
Institut Kefahaman Islam Malaysia. (2012). Mahu LGBT diiktiraf: Apabila
manusia hilang kewarasan. Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan
Politik (IKIM), Kuala Lumpur: terbitan Utusan Online.
Matthew, Ambrose and Lisa Ladewski (2005). Lesbian, Gay, Bisexual and
Transgender Health Awareness. Medical School: University of
Michigan.
Seth T. Pardom, (2008). Growing Up Transgender. Research and Theory. New
York: Cornell University.
Gina.Miller. (2006). The Consequences of the “Male Gaze” and Sexual
Objectification. Rhetorical Theories and Professional Communication.
Susan Stryker. (2008). Transgender History. Fourth Streest Berkeley C.A: Seal
Press.
Adrienne Rich. (1980). Compulsory Heterosexuality and Lesbian Existence.
United States: Hopkins University Press. doi: 10.1353/jowh.2003.0079

David Wilkerson (2012). Deliverance from Sodom. 260 Lindale : World
Challange Inc:.
Genesis - 19:24-25.
Al-Quran, Surah Hud versus 82. Surah Al-Araf versus 83, Surah Al Hujuraat
verus 6&13.
Dr. Wahbah al-Zuhaili, (2008). Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 8 juz, Damsyik:
Darul Fikr.
Al Bukhari,Abu Daud, ‘larangan menyerupai jantina lain’. Hadis daripada Ibn
Anas r.a. & Abi Hurairah r.a, : Hadis Riwayat al Bukhari & Hadis
Riwayat Abu Daud.
Al-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin, (2005), Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa".
Riyadh: Darul Syiria.
Najibah Hassan, (2003), Lelaki Lembut, Petikan Akhbar, Kuala Lumpur: Utusan
Muhammad Ariffin Bin Ismail, (2013), Gerakan Feminisme, Persamaan Gender
Dan Pemahaman Agama. Panel Jawatankuasa Pemikir. Kuala Lumpur:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Maesarah, (2004). Psikologi lelaki lembut beragama Islam di Universiti Malaya.
Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Asmungi Mohd Sidek, (2001). Kecenderungan Gender Dari Perspektif Agama
Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

APPENDIX

... dalam botol 2011

SINOPSIS

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta
sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah
identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby,
identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby
itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti
seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby dari hidupnya. Keadaan bertambah
sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin
kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis
yang baik budi. Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen
kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.

Sumber: http://www.zoommovie.com/malay-movie/dalam-botol/dvd-6070