KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJAR

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Siti Khadizah Kaimin¹, Mohd Aderi Che Noh ²,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Skdz_diez82@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kaedah pengajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan oleh seorang Guru Pendidikan Islam. Kaedah yang tepat akan memberi
kesan kepada murid dalam memahami ilmu yang disampaikan. Selain penyampaian guru
yang berkesan, murid akan lebih bersemangat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran,
bahkan menimbulkan motivasi dalam kalangan pelajar. Justeru, dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam tidak hanya tertumpu kepada penggunaan kaedah yang
lazim digunakan iaitu kaedah tradisional tetapi penggunaan kaedah melalui media elektronik
seperti audio visual juga sangat berkesan serta membantu murid menguasai pembelajaran.
Artikel ini akan mengupas secara terperinci berkenaan kepentingan dan keberkesanan
penggunaan kaedah media audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam. Metodologi kajian ini dibuat berdasarkan analisa artikel-artikel yang terdapat dalam
buku, jurnal, artikel dan prosiding seminar. Dapatan kajian menunjukkan media audio visual

atau lebih dikenali sebagai alat pandang dengar sangat efektif diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran lain malah memberi
impak yang positif kepada subjek Pendidikan Islam. Melalui media ini, ia dapat menarik
perhatian dan menerapkan nilai-nilai Islam yang boleh dipelajari melalui permerhatian
murid. Maka sangat wajar kaedah pengajaran melalui media audio visual dijadikan suatu
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam agar
ilmu lebih mudah disampaikan dengan lebih berkesan dan mudah diterima oleh murid.

Kata kunci : Guru Pendidikan Islam, Media audio visual.

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

PENGENALAN
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Antara matlamat asas pengajaran Pendidikan Islam
ialah mewujudkan perkaitan antara teori dan praktis. Murid-murid bukan sahaja tinggi

pencapaian dalam peperiksaan tetapi tinggi juga tahap amalan dan penghayatan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2004).
Aspirasi Pendidikan Islam yang tinggi tidak akan tercapai sekiranya pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam masih lemah dan tidak diminati oleh pelajar. Terdapat banyak
faktor yang dikenalpasti yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut antaranya pedagogi
guru yang membosankan, kurikulum yang meliputi buku teks dan strategi pengajaran yang
berunsur tradisional. Begitu juga dengan pengajaran subjek Pendidikan Islam bukan sahaja
melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan dalam disiplin ilmu tetapi lebih banyak
menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari (Hasbullah &
Yusni, 2003). Guru yang tetap berpegang dengan kaedah dan amalan pengajaran dan
pembelajaran cara lama akan ketinggalan dalam arus perkembangan pendidikan.
Guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu, pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif supaya perkara yang dilakukan
oleh mereka sentiasa bersifat relevan dan sesuai dengan masa dan perubahan semasa. Senario
dan keperluan ini, menuntut guru untuk memikirkan sesuatu proses pengajaran yang lebih
sesuai, terbuka dan fleksibel dalam mendepani generasi hadapan. Guru perlu membangunkan
sesuatu situasi pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid dengan menampilkan
sesuatu yang bermutu, berdaya fikir, kreatif dan inovatif.
Terdapat banyak kaedah yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah khususnya dalam matapelajaran pendidikan Islam. Kaedah merupakan aspek penting

dalam penyampaian ilmu kepada pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai dan berjaya.
Kaedah menggunakan bahan bantu dalam pengajaran turut membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat memberi impak yang
berkesan terhadap murid di sekolah.
Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah dengan
menggunakan kaedah audio visual. Media Audio Visual merupakan media yang terdiri dari
audio dan visual. Media ini berkaitan dengan pancaindera manusia iaitu pendengaran dan
penglihatan. Asyhar (dalam Hidayati dkk, 2011, hlm.2) menjelaskan bahawa “Media audio
visual adalah jenis media yang digunakan dalam proses pembelajaran dengan melibatkan
pendengaran dan penglihatan sekaligus dalam satu proses atau kegiatan”. Salah satu contoh
media audio visual iaitu video, televisyen, media filem, media berasaskan computer dan lainlain.
Bagi mendepani cabaran, guru Pendidikan Islam perlu bersedia mengorak langkah ke
hadapan dengan membuat persiapan dan persediaan mengajar dengan kaedah yang lebih
berkesan.

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL
Menurut Kamus Dewan, (2002) Kaedah ialah satu cara atau peraturan membuat sesuatu. Eee

Ah Meng (1991) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik serta
berurutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik iaitu jangka pendek sesuatu
pelajaran . Menurut Zawawi Haji Ahmad (1992) dalam konteks pendidikan kaedah
merupakan satu perancangan yang sistematik untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia
menerangkan cara menguruskan sesuatu dengan menggabungkan teknik-teknik pengajaran,
isi kandungan dan bahan bantuan mengajar agar objektif sesuatu pengajaran dapat dicapai.
Kata media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata
“medium” yang secara harfiah berarti perantara atau pengantar, maksudnya sebagai perantara
atau alat menyapa. Audio visual dalam bidang teknologi maklumat adalah sebarang teknologi
analog atau digital yang menggabungkan bunyi dan grafik atau bunyi dan video. Bidang
pendidikan audio visual disebut sebagai pengajaran menggunakan alat pandang dengar
(http://prpm.dbp.gov.my). Peringkat sekolah lebih di kenali sebagai APD iaitu alat pandang
dengar. Andre Rinanto (1982:21), meyatakan “Media audio visual terdiri dari “software” dan
“hardware”. Sedangkan, Rohani (1997: 97-98) mengemukakan bahawa “Media audio visual
adalah media instruksional moden yang sesuai dengan perkembangan zaman (kemajuan ilmu
pengetahuan dan teknologi), meliputi media yang dapat dilihat dan didengar”. Manakala
Djamarah S.B (2002: 21) menyatakan bahawa “Media audio visual, iaitu media yang
mempunyai unsur suara dan unsur gambar”.
Media audio visual adalah merupakan media perantara atau penggunaan bahan dan
penyerapannya melalui pandangan dan pendengaran sehingga membentuk suasana yang

dapat membuat pelajar mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan, atau sikap.
(Salahudin,1986: 3). Media audio visual merupakan salah satu jenis media pembelajaran
yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Asyhar (2011: 45)
mendefinisikan bahawa media audio visual adalah jenis media yang digunakan dalam
kegiatan pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus dalam satu
proses atau kegiatan. Komunikasi dan informasi yang dapat disalurkan melalui media ini
adalah dalam bentuk komunikasi verbal dan non verbal yang menjurus kepada penglihatan
mahupun pendengaran. Beberapa contoh media audio visual adalah filem, video, program
televisyen dan lain-lain.
Sementara itu Asra (2007: 5−9) mengungkapkan bahawa media audio visual iaitu
media yang dapat dilihat sekaligus dapat didengar, seperti filem bersuara, video, televisyen,
dan sound slide. Manakala, Rusman (2012: 63) menjelaskan bahawa media audio visual iaitu
media yang merupakan kombinasi audio dan visual atau disebut sebagai media pandangdengar. Contoh dari media audio-visual adalah program video atau televisyen pendidikan,
video atau televisyen instruksional dan program slide suara (sound slide). Berdasarkan
penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa kaedah media audio visual merupakan cara dan
medium yang digunakan dalam kegiatan pembelajaran dengan melibatkan pendengaran dan
penglihatan sesuatu proses atau kegiatan.
Terdapat beberapa bentuk media audio visual antaranya ialah i) Media audio visual
gerak seperti televisyen, video tape, filem dan media audio pada umumnya seperti kaset
program, piring hitam dan sebagainya, ii) Media audio visual bunyi contoh, filem bersuara,


Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

slide bersuara, komik dengan suara, iii) Media audio semi gerak contoh, telewriter, mose, dan
media board, iv) Media visual gerak contoh, filem bisu, v) Media visual diam contoh
microfon, gambar, dan grafik, peta globe. vi) Media audio contoh radio, telepon, tape, disk
dan sebagainya. vii) Media cetak seperti televisyen (Soedjarwono, 1997: 175).
Penggunaan CD-ROM, teknologi video dan digital serta kesanggupan kawalan pelajar
telah memberi kepercayaan bahawa inilah persekitaran media teknologi yang serba boleh
untuk pelbagai keperluan dan reka bentuk instruksi dan pelajar. Teknologi ini membenarkan
penggunaan semua teori pembelajaran iaitu dari behavioris, ke kognitivis dan kini
konstruktivis (Ng, 2002).
Keseluruhan penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran
mempunyai kelebihan tersendiri. Guru yang akan berperanan menyampaikan isi pengajaran
dengan menggunakan pelbagai kaedah, strategik dan pendekatan yang sesuai agar mencapai
objektif dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Kaedah ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Seperti firmanNya

dalam Surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud;
“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad)
pada satu malam dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa yang telah
Kami berkati sekelilingnya. Agar Kami memperlihatkan kepadanya
sebahagian tanda-tanda (Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha
Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Usman sl-Qurtuby 2014: 282)
Kesimpulan daripada ayat tersebut, Rasulullah telah dibawa berjalan dari Makkah ke
Baitul Maqdis pada suatu malam, diperlihatkan dan didedahkan kepada pelbagai peristiwa
dan kejadian sepanjang pengembaraannya. Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan itu berkait
rapat dengan ilmu dan pendidikan yang boleh mewujudkan insan yang beriman dan
bertakwa. Justeru, Baginda bukan sahaja diisrak dan dimikrajkan, bahkan diperlihatkan
pelbagai peristiwa menerusi penyaksian pancainderanya yang diinterprestasikan semula oleh
Jibrail dengan kata lain pengembaraan yang merangkumi kisah-kisah serta gambaran yang
menjelaskan kisah tersebut agar dapat menguatkan lagi daya ingatan dan keyakinan
Rasulullah SAW. Kaedah pembelajaran yang dikembangkan seperti itu boleh dinamakan
sebagai kaedah pandang dengar (audio visual) dan kaedah pengembaraan (rihlah). Hasil
daripada dua kaedah yang disepadukan itu sungguh berkesan dalam pengukuhan ilmu dan
pembentukan peribadi umat di zaman Rasulullah SAW(Ahmad Mohd Salleh, 2008).
Secara umumnya terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, terdapat ketidak
selarasan antara amalan sebenar pengajaran guru dengan persepsi mereka terhadap kaedah
yang berkesan dalam pengajaran beberapa bidang Pendidikan Islam. Berdasarkan daripada
dapatan kajian (Ab. Halim et. al. 2004), didapati guru-guru pendidikan Islam mengakui

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

bahawa kaedah yang mereka sering gunakan adalah kuliah/penerangan dalam pengajaran
Tilawah, Hadith, Akidah, Ibadah, Sirah dan Tamadun, serta Adab dan Akhlak. Jika dianalisa
secara perbandingan, umumnya terdapat percanggahan antara apa yang mereka amalkan
dalam pengajaran dengan apa yang sepatutnya dilakukan dalam pengajaran Pendidikan Islam.
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sejak dahulu lebih banyak tertumpu
kepada kaedah pengajaran tradisional. Dalam tradisi keilmuan dan pendidikan Islam, kaedah
pengajaran yang digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. ialah kaedah syarahan, hafalan,
perbincangan, soaljawab (dialog), perdebatan, pengembaraan, kaedah pandang dengar dan
halakah (kumpulan) (Abdullah Ishak,l989). Hassan Langgulung (1995) menambah beberapa
kaedah lagi iaitu kaedah nasihat atau tunjukajar, kaedah bercerita dan kaedah tamsil dan
ibarat.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang diaplikasikan oleh GPI harus

seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Sepertimana menggunakan kaedah media
audio visual, tidak hanya tertumpu kepada alat pandang dan dengar yang biasa seperti
televisyen dan radio sahaja. Melalui penggunaan multimedia dalam pendidikan sudah
menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan bermakna
menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran untuk
menbantu proses P&P. Mohd Arif Ismail dan rakan-rakan (Zamri Mahamod dan Mohamed
Amin Embi. (Ed.). 2008 : 26-42) berpandangan bahawa multimedia merupakan gabungan
teks, grafik, audio dan video serta unsur animasi dalam satu perisian komputer. Azharuddin
Sahil dan Bhasah Abu Bakar (2009:71-76) juga telah membuat tinjauan terhadap pengaruh
positif penggunaan video drama dalam pembelajaran agama Islam di kalangan pelajar
sekolah menengah. Sebuah video drama telah dibentuk untuk membantu guru dan pelajar
sekolah menengah dalam proses pemahaman dan penghayatan agama Islam khasnya puasa.
Menurut Junaidah Mohamed Kassim, Rasyidah Haji Anuar (2006), animasi adalah
satu bidang yang kompleks dan memerlukan pemahaman yang mendalam untuk
menguasainya. Begitu juga dengan penguasaan perisian penyuntingan audio (3.64) dan video
(3.61) berada pada tahap sederhana. Menurut Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat (2007),
elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan
menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan dan penggunaan
video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi perasaan dan
emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Dalam mengaplikasikan teknologi dalam

pendidikan, gabungan audio, video, animasi dan sebagainya telah menarik perhatian para
pelajar dan sekaligus dapat membantu para pelajar memahami input yang diterima dengan
lebih mudah.
Kajian yang terdahulu telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji, menurut
Muhamad Khailani (1993) yang mengkaji penggunaan media pengajaran pembelajaran dalam
pengajaran Feqah (Ibadat) mendapati guru Pendidikan Islam menggunakan bahan media
dalam pengajaran Ibadat dengan kekerapan 48 lebih sepuluh kali satu semester iaitu
video/televisyen (2.4%), OHP (1.2%), papan hitam (68.2%), buku teks (50.6%), nota edaran
(23.5%), papan gulung (17.6%), kad imbasan cantuman (4.7%), radio kaset (12.9%), gambar
foto 3.5%,carta poster (11.8%), slaid (1.2%) dan model (1.2%). Beliau mendapati terdapat

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

44.7% guru Pendidikan Islam yang tidak pernah menggunakan video/televisyen dalam
pengajaran Ibadat dan tidak pernah menggunakan OHP seramai 57.6%. Angka ini memberi
gambaran bahawa penggunaan media dalam pengajaran Ibadat ter1alu kurang. Terdapat guru
yang menggunakan kaedah video dan OHP dalam pengajaran Ibadat tetapi sangat kecil
bilangannya (2.4% & 1.2%). Muhamad Khailani (1993) mengulas lagi sebahagian besar guru
Pendidikan Islam menggunakan papan hitam dan buku teks sebagai media asas. Pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak yang berkesan merupakan isu yang
sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan
“menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya
bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi
& Ab.Halim Tamuri, 2007)
Maimun Aqsha Lubis & Roslan Aspar, (2005) melalui kajian yang dibuat
menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 4 kaedah pengajaran yang kerap dan popular
digunakan oleh guru-guru agama dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Kaedahkaedah tersebut ialah kaedah penerangan (84.5%), soal-jawab (75.6%), nasihat (73.6%) dan
latih tubi (69.6%). Sementara kaedah-kaedah pengajaran yang jarang atau kurang popular
digunakan oleh guru-guru agama ialah kaedah pandang dengar, lawatan, lakonan,
penyelesaian masalah, imlak, demonstrasi/amali, hafalan dan bercerita.
Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (2015) menjalankan
Satu Kajian Kes terhadap Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) di daerah Johor Bharu
berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar melalui 9 elemen iaitu Nota, komputer, ICT,
audio video, animasi, filem, internet dan televisyen merupakan BBM yang sering digunakan
oleh sebahagian besar GCPI dalam P&P. Nota, komputer, ICT dan audio video merupakan
BBM yang sering digunakan oleh GCPI dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sementara animasi, filem, internet dan televisyen digunakan mengikut kekreatifan GCPI itu
sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan responden berpandangan tentang kepentingan
teknologi bahan bantu mengajar bahkan adalah merupakan satu "syarat wajib" untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan (GCPI 7 2011:515).
Zarina Abd Malek, (2004) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran secara
tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah
dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ini
kerana kebanyakkan pelajar kurang berminat dengan teknik pengajaran yang hanya
melibatkan penulisan nota atau pengajaran secara tradisional iaitu hanya menggunakan papan
hitam semata-mata tanpa ada elemen-elemen yang lebih menarik seperti animasi, grafik,
bunyi dan sebagainya.
Jika dibandingkan kesan pengajaran dengan menggunakan radio, pengajaran
menggunakan televisyen,video adalah lebih berkesan (Barrow & Westly, 1970). Kelebihan
televisyen atau video kerana ia melibatkan pendengaran dan penglihatan sekaligus manakala
radio hanya melibatkan pendengaran semata-mata. Pengajaran video juga boleh mengekalkan

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

minat kerana ia mempunyai warna, bunyi, gerak dan cahaya yang dapat mempengaruhi deria
(Romiszowski, 1988; Nairn, 1988).
Jesteru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan audio visual dapat membantu
meningkatkan kefahaman tentang ilmu yang dipelajari oleh pelajar dalam sesi pengajaran di
sekolah. Kaedah tepat yang diaplikasikan oleh guru pendidikan Islam dalam pengajaran
semestinya menghasilkan impak yang terbaik kepada murid. Oleh itu, kaedah audio visual
salah satu kaedah yang bertepatan diaplikasikan dalam mendepani kemajuan abad ke 21 masa
kini.
KESAN PENGGUNAAN
PEMBELAJARAN

AUDIO

VISUAL

DALAM

PENGAJARAN

DAN

Menurut Bandura (2004) dalam Mohammad (2008) menyatakan pengaruh media
dalam mempengaruhi perubahan tingkah laku sosial dan peribadi pengguna media boleh
berlaku melalui dua cara (dual path of influence), iaitu melalui jalan terus dan melalui
intervensi faktor sistem sosial (mediated path of influence). Penggunaan media ke atas sosial
dan individu melalui intervensi sosial bergantung pada efikasi kemahiran kognitif sosial
individu seperti kemahiran pengaturan kendiri (self‐regulatory capability), kemahiran
muhasabah kendiri (self‐reflective capability), kemahiran memahami mesej komunikasi
(symbolic communication capability), dan kemahiran dan kemampuan mempelajari mesej
simbolik (vicarious capability). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh para
pengkaji, menunjukkan penggunaan audio visual dalam pengajaran memberi kesan yang
sangat baik kepada pelajar, bahkan pengajaran yang melibatkan unsur pendengaran dan
penglihatan ini mampu mengubah pemikiran dan sikap pelajar kearah kehidupan yang lebih
bermakna. Abd. Ghafar Md.Din (2003), guru perlulah mencuba berbagai-bagai kaedah serta
teknik pengajaran. Sekiranya guru hanya menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran
sahaja sepanjang masa, pelajar akan berasa jemu dan pengajaran guru menjadi kurang
berkesan. Justeru, kaedah pengajaran Pendidikan Islam perlu dipertingkatkan dari masa ke
semasa sebagai menyahut cabaran era globalisasi ini seterusnya melonjakkan kemajuan
penguasaan ilmu dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa kesan daripada penggunaan
audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah menarik dan berkesan.
Menurut Jamaluddin Harun et al. (2001), CD Pengajaran Berbantukan Komputer
adalah gabungan pelbagai media termasuk grafik, animasi, audio dan sebagainya dan
menjanjikan sebuah persembahan multimedia yang dinamik, menarik dan berkesan kepada
para pelajar. Bagi dapatan data penggunaan komputer sebagai alat pandang dengar bagi
menggalakkan aktiviti P&P mendapati min berada pada tahap sederhana iaitu 3.40. Dapatan
ini disokong oleh kajian Harianti Rokman (2006) yang menyatakan hanya 42.9% responden
sahaja yang menggunakan komputer sebagai alat pandang dengar. Menurut (Rezki Perdani
Sawai, Salhah Abdullah, Dini Farhana Baharudin, & Noranis Ismail, 2011) media yang
bersifat audio visual khususnya televisyen boleh menarik perhatian dan menerapkan nilainilai Islam yang boleh dipelajari melalui permerhatian atau imitasi.
Seorang guru perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam menggunakan
bahan bantu mengajar. Bukan itu sahaja guru mahir menggunakan pendekatan, strategi,

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran agar
penyebaran ilmu kepada murid lebih berkesan. Menurut Kamarul Azmi dan Ab.Halim
(2007), kemahiran dalam pengajaran perlu supaya guru dapat mengendalikan pelajaran yang
tinggi mutunya di samping murid akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan
menyeronokkan.
Penggunaan audio visual juga dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran
murid. Maizurah Omar & Fattawi Mokhtar (2000) dalam kajian Penggunaan Rancangan TVP
dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahawa penggunaan media yang berulang dan dilihat
berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. Video dikatakan
dapat digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan. Penggunaan unsur gerak bunyi,
warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur
ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan
kefahaman dan menghindar salah anggapan dan penafsiran.
Harun & Tasir (2003) yang menyatakan ciri-ciri yang ada seperti animasi, video,
bunyi, teks, audio dan grafik dapat merangsang minda pelajar dan membawa impak yang
besar terhadap komunikasi dan pendidikan. Kewujudan elemen-elemen ini berupaya menarik
perhatian pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seolah-olah ia dapat
berhubung dengan pelajar (Madar, 2009). Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh pendapat Ab.
Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010), penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan
tahap kognitif pelajar dapat memudahkan pembelajaran kendiri berdasarkan keperluan
pembelajaran mereka.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah audio visual ini dapat
menimbulkan minat murid dalam kelas. Andre Rinanto (1982: 53-56) mengemukakan
beberapa manfaat penggunaan media audio visual dalam pembelajaran. Media audio visual
dapat mengatasi keterbatasan pengalaman yang dimiliki oleh murid. Media ini juga dapat
melampaui batasan ruang dan waktu bahkan dengan menggunakan kaedah media audio
visual ini turut membangkitkan keinginan dan minat baru di kalangan pelajar.
Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim dan Zaradi Sudin (2007) yang menunjukkan
penggunaan peralatan media seperti kad suara, audio dan grafik, video, animasi, persembahan
bergambar dan perisian persembahan yang lebih menarik seperti 3D akan memberikan kesan
yang lebih baik kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak berasa bosan dan
pengajaran Pendidikan Islam akan lebih diminati oleh pelajar.
Bahkan, penggunaan bahan bantu yang menarik sekaligus dapat meningkatkan
kefahaman terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Arsyad (2011: 49−50) turut menyatakan
beberapa kelebihan media audio visual dalam pembelajaran melalui penggunaan filem dan
video yang mengandung nilai-nilai positif dapat melahirkan pemikiran dan pembahasan
dalam kalangan murid. Tindakan lanjutan iaitu aktiviti dilakukan untuk memantapkan
pemahaman pelajar tentang bahan yang telah disampaikan menggunakan media audio visual.
Di samping itu aktiviti ini bertujuan untuk mengukur kesan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Kegiatan yang boleh dilakukan di antaranya diskusi, tinjauan, eksperimen,
latihan dan ujian. (2011, Blog.elearning-unesa.ac.id).
Mandasari (2013) mengemukakan beberapa kelebihan menggunakan media audio
visual, kelebihan tersebut antara lain: 1) Perhatian anak-anak dapat dipusatkan pada satu

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

butir tertentu sehingga dapat menyeragamkan pengamatan. 2) Fungsi berfikir penonton
dapat dirangsang dan dikembangkan secara bebas. 3) Program media bersuara dapat menjadi
media yang sangat efektif bila dibandingkan dengan media cetak yang mengandungi gambar
atau tulisan yang sama. 4) Progam bersuara mudah diperbaiki, baik visual mahupun
audionya. 5) Boleh diperlambat atau diulang, sehingga pelajar akan lebih jelas dan faham.
Berdasarkan beberapa pendapat tersebut, dapat disimpulkan bahawa manfaat media
audio visual adalah media perantara atau penggunaan bahan dan penyerapannya melalui
pandangan dan pendengaran sehingga mewujudkan suasana yang dapat membuat pelajar
mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan, atau sikap. Justeru, guru Pendidikan Islam
perlu sentiasa mengemaskini dan meningkatkan kaedah serta teknik dalam setiap pengajaran
yang dilaksanakan terhadap murid di dalam bilik darjah.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu. Media audio visual
dapat membantu guru menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan mudah. Murid juga
dapat menerima pengajaran dengan lebih menarik dan dapat menimbulkan minat mereka
untuk menerokai ilmu. Bagi menimbulkan semangat murid untuk belajar pendidikan Islam,
kaedah media audio visual sangat efektif dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
Justeru, peranan guru Pendidikan Islam dalam memaksimumkan impak pengajaran
dan pembelajaran mestilah sentiasa dipertingkatkan. Usaha dan komitmen perlu digembleng
secara berterusan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran serta mempunyai
nilai moral yang tinggi dalam kehidupan. Guru Pendidikan Islam juga menekankan pelajaran
Pendidikan Islam sebagai salah satu bidang ilmu yang menjadi teras kepada kehidupan
seorang individu muslim. Seterusnya tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam
sebagai subjek yang terpinggir dan ketinggalan.
Oleh itu, segala cabaran dalam era globalisasi tanpa sempadan ini harus dihadapi
dengan kemajuan ilmu, kemahiran dan pengetahuan seorang pendidik. Maka, kaedah
pengajaran, strategik dan pendekatan dengan pelbagai medium dipraktikkan oleh seorang
guru Pendidikan Islam agar pengajaran yang disampaikan mencapai objektif yang hendak
dicapai dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

Abdul Rahman Daud. (1992). Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Penggunaan Alat-Alat
Teknologi Pendidikan Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Perlis.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri et. al. 2004. ”Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam ke atas pembangunan diri pelajar”. Laporan Kajian Fakulti Pendidikan, UKM dan
JAPIM, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ahmad Rizal Madar, Yahya Buntat (2007). Keupayaan Visualisasi Pelajar Melalui Perisian
Animasi Grafik. Kertas Kerja 1st International Malaysian Educational Technology
Convention, Senai Johor Bahru, 2nd-5th November.
Alias Che Nus (1999). Kesan Kaedah Video, OHP, Tunjukcara Dan Amali Bagi Pengajaran
Ibadat (Pendidikan Islam KBSM) Kepada PelaJar Tingkatan Satu. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap
Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan
Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.
Harun, J. & Tasir, Z. (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Bentong:
PTS Publication.
Harianti Binti Rokman (2006). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Zon Skudai Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Hasbullah Abdul Rahman & Yusni Abd Rahman. (2003). Kesediaan Guru-Guru Agama
Menggunakan Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran:
Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri Ke-3) : Pengkaedahan Pengajaran
Pendidikan
Islam: Antara Tradisi Dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan,UKM.
Maimun Aqsha Lubis dan Roslan Aspar. 2005. Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam
di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 141 - 150 141.
Rezki Perdani Sawai, Salhah Abdullah, Dini Farhana Baharudin, & Noranis Ismail. (2011).
Penerapan Nilai- Nilai Islam Melalui Penggunaan Media Dalam Pendidikan. In
Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah
Ramie (Eds.), Representasi Islam Dalam Media. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia

Wacana Pendidikan Islam Siri II, 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 15-16 November 2016

Sulaiman Ngah Razali.(1997).Pedagogi Teori Dan Praktik, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur,
Tesis Dale, E., 1965. Audio-Visual Methods In Teaching. London: Holt, Rinehart And
Winston, 43-50.
Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor (2015). Penggunaan BBM
dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam.
Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia.
Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.