KAEDAH DAKWAH DAN PENGURUSAN PENDEKATAN

KAEDAH DAKWAH DAN PENGURUSAN
(PENDEKATAN DAKWAH JALANAN KEPADA
ORANG AWAM YANG DATANG BERMUSAFIR DI
PANTAI AIR PAPAN MERSING)
Oleh : Mohammad Haziq Bin Mohd Isnin
Abstrak
Islam berkembang ke seantero alam berdasarkan usaha dakwah
yang dilakukan dari zaman baginda Nabi Muhammad SAW serta
zaman para sahabat RA dan seterusnya bergerak tanpa henti
sehingga ke hari ini. Walaupun usaha dakwah ini dilihat telah
bergerak dalam pelbagai cara namun di Negeri Johor sendiri lebih
tertumpu kepada dakwah secara konvensional iaitu secara
ceramah, forum dan kuliah. Kaedah percakapan sehala ini dilihat
agak formal dan terbatas. Secara langsung, ianya berkesan
kepada kumpulan sasaran yang mendengar ucapan dakwah
tersebut. Pendekatan yang utama adalah mewujudkan suatu
kesinambungan atau wasilah dakwah yang bersifat semasa dan
terkini untuk dilaksanakn. Seterusnya dapat menyebarkan dakwah
Islamiyyah secara meluas. Kaedah yang dilaksanakan adalah lebih
tertumpu kepada golongan muslim yang datang bermusafir di
kawasan tesebut. Sementara itu, program seperti ini turut disertai

oleh unit dakwah dan terbiah bahagian dakwah Jabatan Agama
Johor. Diharapkan pendekatan yang dijalankan ini dapat
membantu memperkukuhkan lagi dalam penyebaran syiar
Islamiyyah secara santai yang akhirnya akan membawa minat
bagi golongan muda dalam menyampaikan dakwah.

PENGENALAN
Dakwah

jalanan

merupakan

salah

satu

pendekatan

dakwah


berbentuk kontemporari yang sering dilaksanakan oleh beberapa
badan

berotoritikan

melaksanakan

kerajaan

tugas-tugas

atau

murni

bukan

dalam


kerajaan

konteks

dengan

dakwah

di

Malaysia. Para ulama cendiakiawan melakukan transformasi dengan
melalui gaya penyampaian kepada masyarakat iaitu mengajak atau
menyeru kepada kebaikkan dalam pelbagai aspek. Jika dilihat
terlebih dahulu kegiatan dakwah dilakukan secara tradisional dan
jumud. Tetapi setelah berlakunya era perubahan, manusia secara
trimonologinya berkembang dari sudut pemikiran terutamanya bagi
umat

Islam


mula

sedar

dan

prihatin

dalam

melaksanakan

pembaharuan di medan dakwah sejajar pada konsep masa kini yang

hanya dilihat dakwah dilaksanakan dalam pelbagai hal (Mohd Yunus,
Ahmad Redzuwan. 2001).

PELAKSANA DAKWAH JALANAN (ORANG AWAM)
Melalui kamus dewan edisi ketiga, pelaksana membawa erti badan
yang menjalankan suatu tugasan atau pengerak kerja dalam

sesuatu program yang telah dirancang. Kerja dakwah perlu disertai
oleh golongan yang setia akan kewajaran iaitu sukarelawan dalam
melancarkan sesuatu aktiviti atau program. Dalam konteks dakwah,
pelaksana lebih tetumpu kepada badan penggerak sesuatu progam
tersebut agar ianya dapat membantu dalam memudahkan segala
jua

bidang tugas yang diagihkan (Abu Zaid, Ahmad Mahmud ,

1996).

Namun begitu, sukarelawan perlu diberi penerangan terlebih
dahulu dalam mengetahui cara bagaimana hendak menarik hati
terhadap golongan sasaran. Walhal, perkara ini tidaklah berhenti
setakat ini saja adakalanya. Sewaktu menjalankan tugas

ada

ketikanya menerima tomahan dari sebahagian golongan sasaran
yang enggan menerima sesuatu berupa penyampaian dakwah.

Perbuatan ini boleh diklasifikasikan sebagai golongan anti Islam
(Amat Basri, Muhammad Shakiff. 2016, Disember 9). Sikap rasional
haruslah ditonjolkan dengan baik kerana orang luar sentiasa
memerhatikan tingkah laku dan budaya semasa kerja-kerja dakwah
dijalankan (Hassan, Abdullah. 2007).

Dalam pada itu, golongan pelaksana dakwah jalanan ini turut
disertai oleh beberapa kumpulan tetap oleh sahabat dakwah dan
dibantu oleh rakan muda masjid di daerah Mersing. Tujuan
penglibatanya adalah membantu anggota Pejabat Kadi Daerah
Mersing dalam segala aktiviti dakwah yang dijalankan. Tambahan
pula, hubungan sillaturrahim diantara orang Islam daerah Mersing
dapat lagi dieratkan dengan mengganjurkan program seperti ini.
Sebagai

pelaksana

dakwah

seharusnya


menanamkan

dan

melahirkan nilai-nilai murni dalam diri agar menjadi sebuah insan
yang kamil (sempurna).

Meliputi dari aspek fizikal (jasmani) dan

mental (rohani) individu kerana menjadi kayu ukur keperibadian
apabila berenteraksi dengan masyarakat umum. Tetapi harus
ditegaskan bahawa tidak semua masyarakat mempunyai tanggapan
yang sama dalam melalui proses

penerimaan dakwah jalanan.

Sikap

dijadikan


berlapang

dada

haruslah

titik

tolak

serta

penerimaan segala pendapat dan cadangan dari pelbagai penjuru
kaum yang hadir. Pelbagai persoalan yang sering bermain di minda
mereka tentang agama Islam itu sendiri. Terutamanya

oleh

golongan bukan Islam, apabila diajukan beberapa soalan berkaitan

pandangan secara umum. Ringkasnya, dakwah jalanan memerlukan
persiapan mental dan fizikal yang kuat justeru ia berkembang
samada menerima respon yang positif apatah lagi jika negatif.

KAEDAH DAKWAH JALANAN
Pendekatan dakwah jalanan yang dilaksanakan di Pantai Air Papan
Mersing ini secara langsungnya digunakan dalam pelbagai bentuk
menjurus ke arah konsep masa kini. Antaranya dakwah bil lisan, bil
hal, bit tadwin, fardiah, ammah dan bil hikmah (Amat Basri,
Muhammad Shakiff. 2016, Disember 9). Namun sepekara lagi,
kaedah yang diguna pakai ini haruslah bersesuaian dengan konsep
yang ingin diketengahkan atau disampaikan kepada golongan

sasaran dengan mengikut peredaran masa. Hal ini dibuktikan
melalui firman Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):

    
  
  
    

 
Terjemahanya; dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang
daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
(Surah ali Imran 3: 104)

Menyeru melakukan perkara kebaikkan adalah suatu amalan
yang dituntut di dalam

al – Quran serta suatu syariat Islamiyah.

Malahan dakwah bil lisan membawa erti yang cukup sinonim
dengan jiwa masyarakat disamping terdapat unsur yang berbentuk
pengajaran melalui pengisiannya sendiri. Maka program kali ini tidak
hanya berlalu bergitu sahaja bahkan pengunjung juga turut
dihidangkan dengan persembahan kumpulan busker islamik yang
terkandung lagu-lagu berbentuk sebuah nasihat dan menjurus
kearah konsep ketuhanan, bagi menyerikan suasana dakwah.

Perkara ini tidaklah dianggap semata-mata sahaja tetapi naluri
manusia amat gemar akan hiburan ditambah lagi, dengan unsur
islamik

agar

objektif

yang

dituju

itu

dapat

dicapai

dengan

sempurna.
Dakwah bil hal bererti berdakwah melalui perbuatan atau tingkah
laku manusia seperti suatu contoh teladan yang baik. Ia menjadi
salah satu modul yang boleh diperaktiskan dalam penyampaian
dakwah bagi mencapai kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bil
hal boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan

Islam terhadap Islam itu sendiri. Kemunculan contoh teladan yang
baik dalam kehidupan harian orang Islam merupakan suatu ikutan
atau perkara yang penting dalam berdakwah kerana ianya dapat
mempertonjolkan terhadap kemuliaan agama Islam yang perlu
ditauladani

oleh

semua

lapisan

masyarakat.

Sebagai

contoh

pemberian hadiah berupa belon atau gula-gula kepada golongan
muslim dan “Button Budget dan stiker dakwah” kepada orang bukan
muslim (Mohd Zain, Ab. Aziz. , 2001).
Selain dari itu, dakwah bit tadwin membawa makna berdakwah
melalui tulisan dalam pelbagai bentuk seperti membukukan bukubuku

dakwah,

berdakwah

melalui

media

massa

dan

memperbanyakkan pengeluaran pencetakkan al-Quran serta Hadis
(Mohd Zain, Ab. Aziz., 2001). Kaedah dakwah seperti ini haruslah
diperbanyakkan bagi mengekalkan kesinambungan dakwah dalam
konteks penulisan Islamiyah. Antara contoh dakwah bit tadwin yang
digunakan dalam program kali ini, adalah dengan mengedarkan
nota ringkas mengenai Solat Jamak dan Qasar, borang soal selidik
dan

risalah

yang

berunsurkan

keagamaan

tanpa

menyentuh

sebarang unsur-unsur perkauman.
Dakwah

secara

ammah

dilihat,

merupakan

suatu

bentuk

penyampaian yang memerlukan persedian yang rapi sebelum
melaksanakanya. Kebanyakkan pendakwah pada hari ini, dalam
konteks menyampaikan sesutu mesej atau mengeluarkan hujah
secara membuta tuli. Maka akan memberikan impak yang negatif
terhadap

fahaman

oleh

sesetengah

kelompok

yang

mendengarkannya mengenai isu Agama Islam (Mohd Zain, Ab.
Aziz. , 2001).
Oleh itu, para pendakwah hendaklah mengkaji semula tentang
isi yang ingin disampaikan olehnya dalam penyampaian mesej
berdakwah dengan cara yang betul.

Tujuannya, agar golongan

sasaran tersebut dapat menerima penyampaian dakwah dengan
hati yang terbuka dan berhikmah. Hal ini dibuktikan melalui firman
Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):

   
 
   
      
     
  
Terjemahannya: serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik,
dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu)
Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan
Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang
mendapat hidayah petunjuk
(Surah al – Nahl
16:125)

Secara manhajnya, pengisian pada program ini, pendakwah
yang telah dilantik disarankan menyampaikan penerangan tentang
solat

Jamak

dan

Qasar

kepada

penghujung

yang

hadir

teruatamanya kepada golongan muslim, bagi membantu mereka
dalam menyelesaikan masalah yang sering berlaku terhadap
kehidupan seharian ketika bermusafir. Bagi yang bukan beragama
Islam, para pendakwah hanyalah menceritakan serba ringkas
kepada mereka tentang agama Islam dan bertanyakan persoalan
mengenai pendapat diri mereka keatas orang Islam.

KELEBIHAN DAKWAH JALANAN
Dakwah jalanan dilakukan secara santai dan tidak formal secara
langsung bagi menggalakkan lebih banyak pertubuhan kerajaan
mahupun pihak swasta dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan
seperti ini. Golongan muda seharusnya mengambil peluang dan

ruang tentang perkara ini dalam mempergiatkan lagi usaha dakwah
kearah modenisasi sejagat (Amat Basri, Muhammad Shakiff. 2016,
Disember 9). Penyertaan dari pelbagai ahli dan kumpulan ditambah
lagi

dengan

kehadiran

sukarelawan

sebanyak dapat membantu

secara

langsung.

Sedikit

bagi melancarkan lagi perjalanan

program agar objektif yang dirancangkan akan terlaksana selaras
dengan moto penganjuranya “Ambil Tahu Ilmu, Jangan Keliru.”
Kepelbagaian

kaedah

berdakwah,

dapat

digunakan

dalam

membangunkan institusi dakwah yang berdaya saing secara sihat.
Ia seharusnya dijadikan sebagai manhaj tauladan yang baik kepada
golongan remaja mahupun dewasa (Don, Ghafar Abdul et al. 2000).
Kegiatan dakwah bukanlah hanya di ruang tertutup sahaja bahkan
boleh dilaksanakan dimana-mana tempat. Oleh yang demikian,
persepsi masyarakat hari ini terhadap perkembangan dakwah yang
sebelumnya agak ketinggalan dari pelbagai aspek. Namun perkara
ini tertentu sekali tidak boleh disangkal lagi oleh sesetengah
golongan tertentu, kerana sehingga ke hari ini pelbagai medium
yang boleh digunakan sebagai medan dalam menyampaikan risalah
Nabi Muhammad SAW (Ghafar Don, Abdul & Mohd Ali, Zaleha 2008).
Masyarakat amat gemar menyaksikan bentuk dakwah yang
tidak formal serta santai ditambah lagi dengan pelbagai perisa
jenaka dalam berdakwah (Mohd Zain, Ab. Aziz. 2001). Ini dapat
dibuktikan apabila program ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada orang muslim dan bukan muslim dengan
menyambut baik akan kehadiran program seperti ini. Jelaslah
bahawa dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah
mengikut kesesuian tempat dan keadaan semasa.
Selain itu, pengisianya turut dihiasi dengan pelbagai acuan demi
memberikan kefahaman yang jelas kepada golongan sasaran
tentang hal yang berkaitan Solat Jamak dan Qasar. Maka hasil dari

penelitian tersebut, ia dapat dirumuskan bahawa masih lagi
terdapat ramai golongan muslim yang sebelum ini tidak ambil kisah
tentang kaedah pelaksanaan dalam melakukan Solat Jamak dan
Qasar, maka perkara ini amat membimbangkan. Bagi membantu
menyelesaikan permasalahan ini, program ini turut diserikan oleh
kehadiran seorang pendakwah selebiriti yang turut hadir bersamasama

dalam

menjayakan

program

ini

dengan

memberikan

penerangan serba ringkas tetapi padat dalam memberi panduan
bagi melaksakana kaedah Solat Jamak dan Qasar. Tujuannya adalah
untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan khususnya golangan
umat Islam yang hadir pada hari tersebut.
Seterusnya, golongan bukan muslim yang turut hadir telah
diminta bagi mengutarakan sedikit tentang beberapa pandangan
yang khusus berkaitan agama Islam dan pemikiran mereka tehadap
konsep ketuhanan. Berbekal pemikiran yang terbuka oleh orang
bukan muslim, pelbagai maklum balas yang diberikan oleh mereka
tentang ajaran agama Islam dan konsep ketuhanan. Sejajar itu,
penganut bagi agama meraka menyambut baik serta menghormati
antara satu dan yang lain terhadap Agama Islam. Pendakwah yang
ditugaskan tersebut menerima apa jua kritikan sekiranya ada
dengan hati yang terbuka dan turut diselangi dengan sedikit nasihat
berbentuk pedoman kepada mereka. Tujuan meminta pandangan
dari orang bukan Islam ini ialah dengan melihat persepsi (maklum
balas) orang bukan muslim terhadap orang Islam dan agama Islam
itu sendiri.
Secara keseluruhanya, dakwah yang dilakukan ini haruslah
dilaksanakan dengan baik dan sempurna agar dapat menarik minat
orang awam yang hadir (Mohd Zain, Ab. Aziz. 1997). Walau
bagaimanapun, hidayah bukan berada ditangan manusia sematamata bahkan usaha yang dilakukan itu boleh menjadi asbab kepada
masyarakat dalam memperolehi hidayah dari Sang Pencipta Alam.

PROSPEK DAKWAH JALANAN
Takrifan prospek dalam erti kata lain bermaksud kejayaan atau
kemenangan dalam sesuatu. Walhal apabila ianya diaplikasikan
dalam medan dakwah secara khususnya dalam dakwah jalanan.
Ianya akan menjadi suatu kepuasan serta keinginan yang jelas
dalam melaksanakan tugas – tugas dakwah sekiranya semua angota
yang terlibat ini bekerjasama dalam menjayakan sebuah program
(Mohd. Simpol, Nor Haliza. 2017 , Januari 3). Hal ini dibuktikan
melalui firman Allah (Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. 2006):

    
   ………. 
Terjemahan:

dan

hendaklah

kamu

bertolong-tolongan

untuk

membuat kebajikan dan bertaqwa,
(Surah al Ma’ idah 5 :2)

Sesuatu kejayaan yang diperolehi semasa melaksanakan ruang
aktiviti seperti ini haruslah seiring dengan matlamat serta tujuan
asalnya. Pendekatan ini dapat dilihat dengan mengedarkan borang
kaji selidik kepada golongan sasaran. Maka pada akhirnya dapatan
tersebut dapat dikumpul dan dianalisa secara telus demi melihat
ketepatan objektif yang telah ditetapkan dalam perancangan.
Cabaran semakin getir apabila dakwah yang dirancang tersebut
tidak berjaya atau gagal (Mohd Yunus, Ahmad Redzuwan. 2001).
Tetapi dakwah jalanan ini hanyalah suatu pendekatan yang agak
sinonim dengan hati serta jiwa semua masyarakat, yang ingin
kepada perkara yang dianggap santai ditambah pula mudah
diperolehi (Mohd Zain, Ab. Aziz. 2001). Ringkasnya, sekiranya masih
lagi gagal pada usaha dalam mencapai matlamat. Maka

boleh

dilaksanakan sekali lagi bagi melihat keberkesananya terhadap
umum.

RUMUSAN
Adalah perlu ditekankan bahawa, hasil daripada dakwah tidak akan
membuatkan seseorang yang telah kembali kepada fitrah untuk
menjadi Muslim yang sebenar-benarnya. Tarbiah dan bimbingan
secara berterusan perlu dilakukan kepada mereka. Dan ini adalah
tanggungjawab setiap Muslim di dunia ini. Hal ini kerana, seseorang
itu tidak boleh mendakwahkan manusia menuju akhirat tanpa
perjalanan duniawi yang sempurna. Sekiranya cabaran dakwah
yang dikaitkan diatas dapat dibawa secara umum maka pendekatan
dakwah haruslah diberikan nafas baru, supaya ia dapat diselaraskan
dengan jelas bagi menghasilkan kekesanan yang lebih.

RUJUKAN
Al - Qarni Abdullah, Aidh Dr. (2007). Petunjuk Berdakwah Dengan
Berkesan. Kuala Lumpur, Malaysia: Jasmin Enterprise.
Abu Zaid, Ahmad Mahmud (1996). Pendakwah Masa Kini Sikap Dan
Pendekatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Perpustakaan Negara
Malaysia.

Amat Basri, Muhammad Shakiff. (2016, Disember 9). Kaedah
Dakwah Vs Kelebihan dakwah . [Interview].
Ghafar Don, Abdul, Abdullah, Behanudin & Abd. Ghani, Zulkiple.
(2000). Dakwah Dan Pengurusan Islam Di Malaysia Konsep
Dan Pelaksanaan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ghafar Don, Abdul & Mohd Ali, Zaleha (2008). Dakwah Dan Cabaran
De - Islamisasi Di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Karisma Publications Sdn Bhd.
Hassan, Abdullah. (2007). Teori Dan Teknik Moden Mendorong
Perubahan Tingkah Laku Berdakwah Dengan Efektif.
Selangor Darul Ehsan: Pts Islamika.
Mohd Yunus, Ahmad Redzuwan. (2001). Sejarah Dakwah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.
Mohd. Simpol, Nor Haliza. (2017 , Januari 3). Pandangan Prospek
Terhadap Dakwah Di Malaysia. [Interview].
Mohd Zain, Ab. Aziz. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia.
Mohd Zain, Ab. Aziz. (1997). Penghantar Dakwah Islamiah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia.
Syaikh Abu Bakar, Jabir Al – Jazari. (2006). Tafsir Al – Quran Al –
Aisar. Jakarta Darus Sunnah Jil: 1. Dan 2.