PRINSIP PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERUN

NOTA SKPS6023
PRINSIP PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN
ALAM SEKITAR
1. Undang-undang
Suatu ketetapan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa
berdasarkan sumber tertentu bertujuan mengatur uruskan
kehidupan dalam hubungan antara manusia dengan manusia,
manusia dengan alam sekeliling dan manusia dengan Tuhan.
2. Tujuan Undang-undang
 untuk mengatur-uruskan perlakuan (behaviour).
 mengatur-uruskan hubungan individu dengan individu;
 mengarur-uruskan hubungan individu dengan masyarakat;
 mengatur-uruskan hubungan individu dengan alam sekeliling;
 mengatur-uruskan hubungan manusia dengan tuhan;
 mengatur-uruskan kehidupan di dunia ini;
3. Definisi Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
s.2 “termasuklah faktor-faktor fizikal (udara, tanah, air, cuaca iklim ,
biologi (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan estetika” faktor-faktor
fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air,
udara, iklim, bunyi, bau, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang

dan tumbuh-tumbuhan dan faktor sosial estetika.
a. Faktor fizikal yang dimaksudkan ialah atmosfera, biosfera,
litosfera dan hidrosfera yang meibatkan tanah tanih, air, udara,
cuaca atau iklim, bunyi, bau dan rasa.
b. Manakala faktor biologi pula melibatkan persekitaran manusia,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta lain-lain organisma.
c. Faktor sosial estetika adalah bagaimana masyarakat itu
berinteraksi dengan persekitarannya iaitu persekitaran
gubahan manusia seperti pembentukan kawasan pertanian,
kawasan perindustrian, bangunan dan kawasan petempatan
serta jaringan perhubungan dan pengangkutan.

4. Undang-Undang Alam Sekitar
 “environmental law constitutes a body of common law and
statutory rules relating to:
i. land use, planning and control;
ii. pollution and control;
iii. environmental impact assessment; and
iv. nature conservation.
Perundangan ini merupakan kawalan terhadap apa-apa

aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada manusia
atau kesan terhadap alam sekitar.
5. Adakah Undang-undang Alam Sekitar Mampu menangani
masalah alam sekitar
Keberkesanan Undang-Undang
Kesemua undang-undang bertulis yang berkaitan dengan alam
sekitar tidak akan memberikan sebarang kebaikan dan faedah
kepada usaha menangani masalah persekitaran khususnya
pencemaran melainkan:
i. disokong oleh agensi penguatkuasaan yang kuat
(supported by strong enforcement
ii. disokong oleh agensi teknikal yang kuat )strong technical
agencies);
iii. tenaga kerja yang mencukupi dan berkelayakan
(adequate and qualified manpower);
iv. sumber kewangan yang mapan (sustainable financial
resources);
v. kepedulian politik di setiap peringkat (political concern at
all levels);
vi. dasar alam sekitar negara yang seiring dengan strategi

pembangunan dan agencies);
vii. pertumbuhan negara dalam memulihara kualiti
persekitaran (good national policy – consistent with the
national strategies for growth and development)

6. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Pengenalan AKAS

Alam sekitar dan isu perundangan mula menjadi perbincangan
umum penting awal 1970an dan isu-isu berkaitan dengannya masih
diperkatakan sehingga hari ini.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) cuba untuk
mewujudkan suatu keseimbangan dalam pertelingkahan yang
berlaku antara keperluan perlindungan alam sekitar dan yang
berkaitan dengan pembangunan persekitaran dalam konteks
kemajuan negara.
Objektif Akta
i.
mencegah;

ii.
menghapus;
iii.
mengawal pencemaran; dan
iv.
membaiki alam sekeliling.
 Keempat-empat objektif ini pada dasarnya cukup untuk menangani
sebarang isu mengenai alam sekitar di negara ini.
 Akta 127 berorentasikan kawalan dan menjadikan perlesenan
sebagai suatu mekanisma mengawal pencemaran di samping
langkah-langkah penguatkuasaan dan kerjasama semua agensi
yang berkaitan ini bukan suatu yang mudah untuk dicapai.
Kandungan Akta 127
Akta 127 ini dibahagikan kepada 8 Bahagian adalah seperti berikut:
BAHAGIAN I
 Bahagian Permulaan - pemakaian Akta 127 di seluruh Malaysia
 Takrif/definisi,melibatkan dua seksyen iaitu seksyen-seksyen 1 dan
2.
BAHAGIAN II
 Berkaitan dengan pentadbiran.

 seksyen 3 hingga seksyen 9 mewujudkan suatu struktur organisasi
khas bagi menangani isu pengurusan dan pentadbiran alam
sekitar.
 Jawatan Ketua Pengarah telah diwujudkan
 Penubuhan JAS di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam
Sekitar.
 Menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Kualiti Alam
Sekeliling - penasihat Menteri di Kementerian Sumber Asli Dan

Alam Sekitar mengenai Akta ini.
BAHAGIAN III
 Bahagian ini pula berkaitan dengan perlesenan. Bermula dengan
seksyen 10 hingga ke seksyen 17. Ia melibatkan perkara2 seperti:
i. kuasa mengeluarkan, kuasa mengubah, membatalkan
permohonan,
memindahmilik,
membaharui,
penamatan
pindahmilikan, syarat & kadar-kadar bayaran lesen
BAHAGIAN IV

 Larangan dan kawalan mengenai pencemaran.
 seksyen-seksyen 18, sehingga seksyen 34A.
 Sekatan-sekatan mengenai:
i. pencemaran udara;
ii. bunyi bising,
iii. tanahtanih,
iv. pencemaran air (termasuk perairan daratan & perairan);
v. buangan
BAHAGIAN IVA.
 satu seksyen - s 34B yang mengenai larangan terhadap
penempatan, perletakan dan sebagainya apa yang disebutkan
sebagai ‘buangan terjadual’.
BAHAGIAN V.
 Bahagian V memperuntukan perkara mengenai rayuan dan
pembentukan Lembaga Rayuan.
BAHAGIAN VA
 Peruntukan yang baru dimasukkan melalui pindaan AKAS
(Pindaan) 1996, (A953) - pembayaran ses & kumpulan wang alam
sekeliling.
 Peruntukan s 36A, 36B, 36C, 36D dan 36E - melibatkan

pembayaran ses, penubuhan jawatankuasa, penggurusan dan
penggunaan dan caruman ke dalam tabung kumpulan wang.
BAHAGIAN VI
 merangkumi pelbagai perkara: pengurusan, pentadbiran,
perlaksanaan dan penguatkuasaan Akta berkenaan bagi
mengwujudkan suatu kesempurnaan.
 Bermula dengan seksyen 37 hingga ke seksyen 51.
 Seksyen-seksyen
- peruntukan kuasa-kuasa menjalankan
siasatan, memeriksa, menahan, mengeledah, menyita dan

perlucutan hak kenderaan atau kapal, kuasa perwakilan, kuasa
mengkompoun kesalahan-kesalahan dan kuasa membuat
pendakwaan.
 ruang yang amat luas kepada Menteri untuk membuat apa-apa
peraturan baru sebagai tambahan kepada Akta ini dalam usaha
menangani masalah alam sekeliling.
Peruntukan Penting
i. Pengurusan Dan Pentadbiran
 Badan penasihat iaitu Majlis Alam Sekitar dan Jabatan Alam

Sekitar
 Kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mentadbir dan mengurus
 Tugas-tugas dan kewajipan Ketua Pengarah - perengganpereggan khusus menurut seksyen 3(1) (a)-(o) Akta.
ii. Peruntukan Mengenai Pencegahan & Kawalan Pencemaran;
 Akta memperuntukan lima perkara yg menjadi tumpuan utama
a.pencemaran udara
b.pencemaran bunyi bising
c. pemcemaran air;
d.pencemaran tanah tanih; dan
e.kawalan buangan terjadual
 Penetapan syarat-syarat / kadar - jenis, bilangan, jumlah serta
kekerapan pelepasan bahan-bahan cemar sebelum lesen di
keluarkan.
 Tindakan pencemaran - kebenaran terlebih dahulu daripada
pihak berkuasa.
iii. Kuasa Menteri Dan Perwakilan Kuasa;
 Kuasa Menteri yang dimaksudkan terbahagi kepada
a.
kuasa menetapkan syarat-syarat; kuasa menahan,
memasuki, menaiki, menyiasat, memeriksa, mengelidah

premis, kenderaan atau kapal termasuk menyita; kuasa
untuk memeriksa orang yang mengetahui kes atau sesuatu
kesalahan di bawah Akta
b.
kuasa untuk mengenakan hukuman kompaun
c.
kuasa membuat undang-undang kecil sebagai
tambahan
 Kuasa perwakilan atau penurunan kuasa daripada Ketua
Pengarah memudahkan pengurusan Akta ini.

iv.

v.

vi.

vii.

 Ketua Pengarah boleh mewakilkan mana-mana daripada

kuasa,
Tanggungan Individu Dan Pengguna;
 Mana-mana orang yang terlibat secara langsung dengan apaapa aktiviti yang mencemarkan persekitaran yang berlawanan
dengan peruntukan undang-undang yang ada, jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman.
 Ia juga melibatkan konsep tanggungan pendudukan
(occupier’s liability) dan tanggungan beralih (tanggungan
vikarius).
 Dalam kedua-dua konsep tanggungan - ada kemungkinan
orang yang terlibat secara tidak langsung akan turut sama
dipertanggungjawabkan.
 Mana-mana orang perseorangan, agen atau penjawat/pekerja
yang melakukan kesalahan di bawah Akta 127 boleh
menyebabkan tanggunganya beralih kepada syarikat, firma,
pertubuhan atau lain-lain kumpulan orang.
Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA)
 Perkara ini cuma ditimbulkan sepuluh tahun kemudian melalui
Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 1985 (A636). – 34A
 Menteri boleh membuat ketetapan terhadap apa-apa aktiviti
yang mungkin mempunyai kesan terhadap persekitaran supaya

dibuat suatu laporan lengkap sebelum aktiviti itu diluluskan atau
dilaksanakan.
 Sehingga kini terdapat 19 aktiviti yang disenaraikan di bawah
Perintah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987
Hukuman Dan Penalti;
 Hukuman - melibatkan denda dan penjara
 Kadar denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
 Hukuman penjara - tidak melebihi lima tahun.
 Mengenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
 Pihak yang bersalah boleh diperintahkan
membayar
pampasan ke atas kerosakan atau kerugian
Pendakwaan.
 Seksyen 44 Akta 127 memperuntukan bahawa
‘Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan

di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya”.
 Pendakwaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada Jabatan Peguam Negara.
 Pindaan kepada selsyen 44 ini adalah selari dengan seksyen
376 Kanun Acara Jenayah yang memperuntukan bahawa
Peguam Negara hendaklah menjadi Pendakwaraya dan
mempunyai kuasa dan arahan bagi semua pendakwaan dan
tatacara jenayah di bawah Kanun tersebut.
 Pindaan yang dilakukan terhadap seksyen 44 Akta 127 ini
menjadikan
ianya
seiring
dengan
Perkara
145(3)
Perlembagaan dan juga seiring dengan keperluan seksyen 376
Kanun Acara Jenayah. Kini sebarang pendakwaan tanpa
keizinan bertulis Peguam Negara ianya adalah tidak sah dan
terbatal dengan sendirinya.
Perkembangan Dan Pencapaian
a.
Pindaan-Pindaan Terhadap Akta 127 sehingga 2013.
Siri pindaan yang berlaku adalah seperti berikut:
i. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1985 (Akta A636)
 Pindaan pertama kali dilakukan dalam tahun 1985 lebih kurang
sepuluh tahun setelah ianya dikuatkuasakan. Ia melibatkan
pindaan kepada:
a. peruntukan seksyen 34A - (EIA),
b. pertambahan kepada bilangan dan komposisi keahlian
dalam Majlis Alam Sekitar,
c. mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat
terhadap kegagalan pematuhan peruntukan; dan
d. kuasa untuk menguji dan meneriksa kenderaan.
ii. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996 (Akta A 953)
 Pindaan kali kedua ini melibatkan empat perkara:
a. Pengurusan dan kawalan produk serta buangan terjadual
b. memperkenalkan audit alam sekeliling
c. perintah pembayaran ses & kumpulan wang alam
sekeliling.
d. hukuman yang semakin berat di atas keengkaran atau
pelanggaran daripada seratus ribu kepada lima ratus ribu.

iii.

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1998 (Akta A 1030)
 Pindaan melalui Akta A1030 ini melibatkan isu jerebu dan
kemerosotan kualiti udara persekitaran
 Soal pengurusan sumber asli dan kesedaran terhadap
pelepasan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling
- seksyen 30A yang memberi kuasa kepada Menteri untuk
mengawal penggunaan benda-benda berbahaya dan
dikurangkan penggunaannya atau mensyaratkan keperluan
mengitar semula.
 Pengguna turut diberikan pendidikan dan kesedaran
terhadap pengenalan pelabelan berkaitan dengan
penggunaan, rekabentuk, penjualan benda atau keluaran
yang
diperakukan
sebagai
tidak
memudaratkan
persekitaran. Peruntukan baru ini memberi kuasa kepada
Menteri menetapkan keperluan peratusan kandungan
benda-benda
berbahaya
dalam
setiap
keluaran
pengilangan.
 Seksyen 44 yang asal dibuat memandangkan kuasa yang
diberikan kepada Ketua Pengarah melakukan pendakwaan
bertentangan
dengan
Perlembagaan
Persekutuan.
Pindaan baru memasukan peruntukan yang memberi kuasa
pendakwaan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk
membuat keputusan sama ada perlu atau tidak memulakan
sesuatu kes bagi setiap kesalahan di bawah Akta 127.
iv. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 (Akta A1120)
 Dua pindaan dilakukan:
i. memasukkan takrifan ‘pihak berkuasa tempatan’ dalam s.2;
ii. pengertian ‘pembakaran terbuka’ dengan tambahan kepada
s 29AA yang baru. Ekoran daripada pindaan-pindaan ini
suatu Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang
Diisytiharkan)(Pembakaran Terbuka) 2003 telah diluluskan.
v. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Akta A1441)
PINDAAN TERBAHARU YANG DIKUATKUASAKAN PADA 12
JANUARI 2013 (PU(B)429/2013







Isu Semasa Dan Cabaran Masa Depan.
Isu alam sekitar ada yang bersifat sejagat menyeluruh dan
melampaui sempadan mendatangkan kebimbangan.
Pelbagai pendekatan mengekalkan persekitaran semulajadi yang
selamat dan berterusan untuk generasi yang akan datang.
o Menyatupadukan
perancangan
pembangunan
dengan
pertimbangan alam sekitar,
o penggunaan teknologi lebih bersih,
o galakan kewangan dan pelepasan cukai,
o pendidikan & kempen-kempen kesedaran serta
memperkukuhkan perundangan dan peraturan.
Pendekatan
perundangan
bukanlah
satu-satunya
jalan
penyelesaian kepada masalah alam sekitar di Malaysia.
Tindakan perundangan memerlukan penguatkuasaan dan
kejayaan penguatkuasaan undang-undang banyak bergantung
kepada soal sosial budaya dan kemanusiaan. Bermula dengan
kuasa yang ada di bawah Menteri, Ketua Pengarah, Timbalan
Pengarah,
o Pengarah dan pegawai serta kakitangan hinggalah kepada
setiap individu maka setiap bahagian itu mempunyai peranan
masing2
o Ketegasan daripada pihak kerajaan, komitmen yang tinggi di
peringkat pengurusan
o kecekapan dan kemahiran tenaga kerja
o peruntukan kewangan yang kukuh untuk meneruskan
penyelidikan, dan kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar
yang membawa kepada perubahan sikap
o Budaya dan amalan masyarakat terhadap alam sekitar mampu
menjayakan apa sahaja yang diharapkan.

7. Pencemaran Air
Pencemaran
Air dianggap tercemar berdasarkan 2 pertimbangan:
1. Kandungan air:
-

-

Kandungan kimia -kandungan dua atom hidrogen dan satu atom
oksigen dan air yang dimaksudkan ini hanya akan diperolehi dalam
persekitaran makmal.
Kandungan biologiFizikal - Warna

2. Unsur pencemar

 Penanda aras cemar yang diletakkan sebagai pengukur kepada
tahap cemar kandungan air termasuklah:
i. BOD-Permintaan Oksigen Biokimia (Biological Oxygen
Demand
ii. COD Permintaan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen Demand )
iii. SS Jum kdgn Pepejal Terampai (Total Suspended Solids)
iv. pH - Nilai pH (pH value)
v. NH3-N - Ammonia Nitrogen (Ammoniacal Nitrogen)
vi. DO Oksygen Terlarut (Dissolved Oxygen)
 Penanda aras ini merujuk kepada sudut kandungan kimia dalam air
sedangkan penilaian umum kualiti air harus juga mengambil kira
unsur-unsur lain seperti biologikal, kandungan nuterien dan nilalinilai estetik.

Agensi-Agensi Berkaitan Air
Persekutuan / Negeri/Persendirian:
i. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN);
ii. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
iii. Jabatan Bekalan Air (JBA),
iv. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP),
v. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH),
vi. Kementerian Perdagangan dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDN&HEP),
vii. Pejabat Tanah Dan Galian (PTG),
viii. Puncak Niaga, Indah Waters,
ix. Badan-badan pengurusan air di peringkat negeri-negeri:

Pengurusan Air Selangor (PUAS), (SYABAS), dll.
Undang-Undang Berkaitan Air
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Seksyen: s. 21, 25, 27, 28, 29, 34A, 34B, 47, 48, 51.
Seksyen-seksyen ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
 perairan daratan (seksyen-seksyen 21,25, 28)
 perairan Malaysia (seksyen-seksyen 21, 27, 28 dan 29) dan
 peruntukan umum –
 Kuasa untuk menentukan syarat-syarat pengeluaran , pelepasan dsb
Seksyen 21: syarat2 pengeluaran, pelepasan atau perletakan benda
berbahaya kepada alam sekeliling
 Sekatan pencemaran perairan daratan
Seksyen 25(1) : melainkan jka dilesen, tiada seseorang boleh
mengeluar, melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya
kepada alam sekeliling (langgar syarat s.21)
Seksyen 25(2): seseorang disifatkan sebagai mengeluar, melepas atau
meletakkan buangan2 ke dalam perairan daratan jika ia mengakibatkan
buangan itu masuk ke mana2 perairan
Seksyen 25(2)(c)- seseorang itu hendaklah disifatkan mengeluar,
melepas @ meletakkan buangan2 ke dlm perairan daratan
menyebabkan suhu perairan naik @ turun sebanyak lebih daripada had
 Sekatan pencemaran perairan Malaysia
Kawalan mencemarkan perairan dengan bahan-bahan buangan,
minyak atau benda-benda bebahaya kepada alam sekeliling. Ini
tergambar melalui seksyen-seksyen 21, 27, 29 dan 34A.
Seksyen 27(1):melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau
campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia
(langgar syarat s.21)
Seksyen 29(1)
Melepaskan benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling,
pencemar atau buangan-buangan ke dalam perairan Malaysia
Seksyen 34A:
Laporan EIA disediakan. Menurut Perintah Kualiti Alam Sekeliling
(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)
1978, Bahagian Jadual dalam Perintah tersebut ada menyentuh

mengenai:
 saliran dan pengairan,
 perikanan,
 perhutanan,
 pelabuhan,
 petroleum,
 penjanaan dan pemancar kuasa,
 rekreasi dan peranginan,
 pengolahan dan pelupusan buangan
 bekalan air.
Keperluan Lesen
Seksyen-seksyen 25(1), 27(1) dan 29(1) sekurang-kurangnya
mengandungi ungkapan ‘melainkan jika dilesen atau melainkan ia
telah diberi lesen…”
 Peraturan & Perintah di bawah AKAS1974
1. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak
Kelapa Sawit Mentah), 1977;
2. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Getah
Asli Mentah) 1978;
3. Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1978
5. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009
6. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen
Perindustrian) 2009.
7. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan
Pencemaran Marin), 1993
8. EQA (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station and
Landfill) Regulations 2009
9. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan
Ke Atas Kawalan Hakisan Dan Kelodakan) 2012.
 Kesalahan di bawah AKAS 1974
i. Kesalahan mencemar perairan daratan.
s.25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Langgar s 25 (1) denda x > RM100, 000.00 @ penjara selama x > lebih
5 tahun atau kedua-duanya. Denda tambahan x > RM1, 000.00 sehari

bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas notis yang diberi
oleh KP menghendakinya memberhentikan perbuatan

ii. Kesalahan melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia.
s.27(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Langgar s27(1) - denda x > RM500, 000.00 atau penjara x > lima tahun
atau kedua-duanya. Ini khusus bagi kesalahan melepaskan minyak ke
dalam perairan Malaysia.
iii. Kesalahan melepaskan benda berbahaya, pencemar, buangan ke
dalam perairan Malaysia
s.29(2) denda x > RM500, 000.00 atau penjara x > lima tahun atau
kedua-duanya kerana melepaskan benda berbahaya kepada alam
sekeliling, atau pencemar apa-apa buangan ke dalam perairan
malaysia.
 Pembelaan Terhadap Dakwaan di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. ( S.28)
Kesalahan seksyen 27 - pembelaan baginya membuktikan
bahawa pelepasan atau penumpahan itu adalah –
a) bagi maksud menjamin kselamatan vesal
b) bagi maksud menyelamatkan nyawa manusia
c) langkah
telah
diambil
mengelak,
menghenti
@
mengurangkan pertumpahan itu
d) tidak adanya kecermatan, langkah munasabah telah diambil
untuk menghenti atau mengurangkan kebocoran itu
e) akibat suatu pengaliran yang disebabkan oleh kerja pembersihan
minyak, dan bahawa segala langkah yang munasabah telah
diambil untuk menghapuskan minyak itu dari pengaliran itu dan
bahawa melupuskan pengaliran itu dengan apa-apa cara yang
lain daripada melepas atau menumpahkannya ke dalam perairan
Malaysia tidak boleh dipraktikkan dengan munasabah,
i.

Undang-undang lain yang berkaitan
Perlembagaan Persekutuan
 Sungai di negara ini diletakkan di bawah bidang kuasa Negeri
 Enakmen Air (Bab 59) - semua sungai dalam negeri adalah di
bawah kuasa Sultan.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.
vii.

viii.
ix.

x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.

Akta Air 1920 (Disemak 1989(Akta 418)
 Kawalan terhadap sungai-sungai dan tali air. Ia menyediakan
peruntukan khas kawalan pencemaran di bawah s 7A.
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)
 Mengenai dan mengawal selia perkhidmatan air dan
perkhidmatan pembetungan dan bagi perkara-perkara yang
bersampingan dengannya Seksyen 121. Kesalahan mengenai
pencemaran air
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
 Seksyen 69- kacauganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran
dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit
awam atau lain-lain alurair
 Seksyen 70, Seksyen 71
Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
 Seksyen 53, 54 dan 55 - pembinaan, penyelengaraan dan
memelihara mana-mana parit air permukaan dan parit hujan
lebat, pembetung, salur dan alur air.
Akta Kapal Dagang (Pencemaran Minyak) 1994 (Akta 515)
Ordinan Kapal Dagang 1952
 Mengawal aktiviti kapal-kapal dagang yang melalui perairan
negara.
Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750)
 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi laut wilayah
Malaysia dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan
dengannya
Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654)
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (Akta 311).
Baselines of Maritime Zones Act 2006 (Act 660)
Kanun Keseksaan (Akta 574)
 Seksyen 277: mengotor atau membusukkan air mana-mana
matair atau kolam awam sehingga menjadikannya kurang layak
bagi maksud yang ia biasanya digunakan, hendaklah diseksa
dengan penjara - tiga bulan, atau dengan denda RM1,000, atau
dengan kedua-duany

8. Pencemaran Tanah Tanih
Pencemaran Tanahtanih
‘apa-apa perubahan langsung atau tak langsung kepada sifat-sifat fizikal,
haba, kimia atau biologi alam sekeliling amnya dan secara khususnya
menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah tanahtanih tersebut yang
menyebabkan berbahaya kesihatan, keselamatan kebajikan awam’.
Tafsiran
Akta Tafsiran 1967
tanah’ termasuklah:
a) permukaan bumi & semua benda2 yg mbentuk permukaan tersebut;
b) Tnh di bwh permukaan & semua benda2 yg wujud di tmpt tersebut;
c) semua tumbuhan dan lain-lain hasil semula jadi, sama ada atau
tidak memerlukan penggunaan pekerja untuk keluarannya, dan
sama ada di atas atau di bawah permukaan;
d) semua benda-benda yang terlekat di bumi atau terikat secara tetap
kepada apa-apa benda yang terlekat di bumi sama ada di atasau di
bawah permukaan; dan
e) tanah diliputi air.
Undang-Undang Berkaitan Tanahtanih
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Seksyen 24 , Seksyen 34A.
 Larangan melakukan pencemaran
Seksyen 24(1) mencemar atau menyebab atau membenar dicemarkan
mana-mana tanah tanih atau permukaan mana2 tanah
 Perilaku yang dikata mencemar tanahtanih itu?
Seksyen 24(2)
(a) ia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di
dalam atau di atas mana-mana tanahtanih atau di sesuatu tempat di
mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana tanahtanih;
(b) ia mengadakan di atas mana-mana tanah suatu tempat melonggok
sampah-sarap, tempat membuang kotoran, tempat membuang tanah
tanih dan batu-batan, tempat meletakkan enap cemar, lobang pancitan
buangan atau guna tanah untuk tempat melonggok buangan pepejal
atau cecair sehingga mencela atau mengganggu manusia atau
mengganggu air di bawah tanah atau menjadi mudarat kepada apa-apa
kegunaan berfaedah akan tanahtanih atau permukaan tanah itu.

Seksyen 34A:
Laporan EIA disediakan. Menurut Perintah Kualiti Alam Sekeliling
(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kpd Alam Sekeliling) 1978,
Peraturan di bawah Akta 127
a.
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan)
2009
b.
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen
Perindustrian) 2009
c.
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Pencemaran Daripada Sistem Pemindahan Sisa Pepejal dan
Kambus Tanah) 2009.
d.
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)
(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)1989
(Kerja-kerja berkaitan dengan guna tanah: Perintah - Butiran
18(a), 18 (b), 18 (c)
 Apakah seksaan bagi kesalahan mencemarkan tanah tanih?
Kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 24(3) berikut:
Denda x . RM100,000 @ penjara x > 5 tahun atau kedua-duanya dan
denda tambahan x > RM 1000.00 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan
Undang-undang lain yang berkaitan
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 ss 81, 82, 110,
Seksyen 81. Kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil
atasnya di bawah Akta ini
Seksyen 82. Notis menghendaki kacau ganggu dihapuskan
Seksyen 110. Kuasa untuk memasuki premis
ii. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
Seksyen.2 - "kerja tanah" termasuklah apa-apa perbuatan mengorek,
merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas
mana-mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau
mengganggu mana-mana tanah;
Seksyen18(1) Penggunaan tanah dan bangunan
Seksyen20- . Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan
kebenaran merancang
iii. Akta Pemuliharaan Tanah 1960
Seksyen. 5 Prohibition of short-term crops except under permit.
Seksyen. 6 - Restrictions on clearing and cultivation of hill land.
iv. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Seksyen.70 (1) – semua kerja tanah (bangunan) - kelulusan PBT

Seksyen.70(2) – pelan dan spesifikasi kerja tanah mesti diserahkan

9. Buangan dan Pepejal
Pencemaran Buangan & Pepejal
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
‘buangan’ ditakrifkan sebagai:
termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai
buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam
bentuk pepejal, separuh pepejal, atau cecair, atau dalam
bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau
diletakkan dalam alam sekeliling dalam apa-apa isipadu,
komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran’. (s 2)
Jenis & Kategori Buangan
JENIS / KATEGORI BUANGAN
a. sampah
b. buangan isirumah (domestic waste);
c. buangan perbandaran (municipal waste);
d. buangan perdagangan (commercial waste);
e. buangan pepejal (solid waste)
f. buangan industri (industrial waste);
g. buangan institusi (institutional waste);
h. buangan pertanian / ternakan (agriculture/animal waste);
i. buangan sisa perlombongan dan kuari (waste from mines and
quarries);
j. kumbahan (sewage sludge);
k. buangan daripada janakuasa (waste from power stations);
l. buangan berbahaya (hazardous waste)
m. buangan toksid (toxic waste)
n. buangan terjadual (schedule waste).
Undang-Undang Berkaitan Buangan & Pepejal
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
 Larangan-Larangan Terhadap Buangan Dan Buangan Terjadual.
 Larangan terhadap perbuatan-perbuatan seperti berikut:
i. melepaskan,
ii. meletakkan atau
iii. mengeluarkan
apa-apa buangan ke dalam alam sekeliling (udara, atas tanahtanih atau
dalam tanah, atau ke dalam air)

i. Larangan Melepaskan Atau Mengeluarkan Buangan Ke Udara
Seksyen 22(1) -mengeluar atau melepaskan apa-apa benda berbahaya
kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam udara
dengan (Langgar s 21)
ii. Larangan Meletakkan Buangan Ke Atas Tanah Tanih.
Seksyen 24(2): mencemarkan sesuatu tanahtanih atau permukaan
sesuatu tanah jika ia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair,
pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanahtanih atau
disesuatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana
tanahtanih.
iii. Larangan Mengeluar, Melepas Atau Meletakkan Buangan Ke Dalam
Perairan
Seksyen 25 perairan daratan; mengeluar, melepas atau meletakkan
buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika ia meletakkan apaapa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau disuatu
tempat di mana buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana
perairan.
Seksyen 29 – perairan Malaysia. larangan melepaskan buangan ke
dalam perairan Malaysia.
iv. Larangan terhadap penempatan, peletakan, mentransit dan sebagainya
buangan terjadual. (khusus untuk buangan terjadual)
Seksyen 34B:
(1). Tiada seorang pun boleh a) menempatkan, meletakkan atau melupuskan atau
menyebabkan atau membenarkan ditempatkan,
diletakkan atau dilupuskan, kecuali dipremis yang
ditetapkan sahaja, apa-apa buangan terjadual di
daratan atau ke dalam perairan Malaysia;
b) menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau
membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan
terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau
c) mentransit atau menyebabkan atau membenarkan
ditransit buangan terjadual,tanpa terlebih dahulu
mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua
Pengarah.

Peraturan-peraturan di bawah AKAS 1974
a. Peraturan2 Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;
b. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan)
(Buangan Terjadual) 2005;
c. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)
(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989
d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)(Kemudahan
Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989;
e. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;
f. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak
Kelapa Sawit Mentah) 1977;
g. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Getah Asli Mentah) 1978;
h. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli
Mentah) 1978;
i. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009
j. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009
k. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan
Pencemaran Daripada Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal
Dan Kambus Tanah) 2009
Undang-undang lain yang berkaitan
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976
a. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan
Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah) Seluruh Malaysia
ii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
iii. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam
2007 (Akta 673)
iv. Atomic Energy Licensing Act 1984 [Act 304]
Undang-undang yang mengawai buangan industri
i. Getah
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli
Mentah) 1978
b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Getah Asli Mentah) 1978

ii.

Kelapa sawit
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak
Kelapa Sawit Mentah) 1977;
b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang
Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977
iii. Efluen industri
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. EQA (Industrial Effluent) Regulations 2009
iv. Kumbahan (sewerage)
1. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655
2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133)
3. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. EQA (Sewage) Regulations 2009;
v. Buangan terjadual (schedule waste)
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)
2005;
b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang
Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan
Terjadual)1989;
c. Perintah Kualaiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan)
(Buangan Terjadual) 2005;
d. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)
(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual)1989.
vi. Buangan pepejal (solid waste)
a. Akta Kerajaan Tempatan 1976
a. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan
Sampah Sarap (Majlis-Majils Daerah) Seluruh Malaysia
b. Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672)
c. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 673)
vii. Air larut-resapan (leachate)
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
a. EQA Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station &
Landfill) Regulations 2009

10. Pencemaran Bunyi

Pencemaran Bunyi
 Gelombang terhasil oleh getaran yang kemudiannya dapat didengar
oleh telinga manusia disebut sebagai bunyi.
 Bunyi yang dapat didengari oleh telinga manusia adalah hasil
perubahan pantas pada tekanan udara di sekitar sesuatu nilai malar
yang dikenali sebagai tekanan atmosfera.
 Bunyi boleh terhasil apabila udara terganggu sama ada secara semula
jadi seperti desiran tiupan angin, air terjun, ribut petir dan ombak atau
secara buatan sama ada oleh manusia atau binatang
 Punca bunyi bising
 Bunyi bising persekitaran
 Bunyi bising kenderaan dan lalulintas
 Bunyi bising kapal terbang
 Bunyi bising industri, pembinaan dan pembangunan
 Bunyi bising komuniti– (residential -55 dB(A) siang; 45 dB(A) mlm)
Tahap bunyi bising dan tindak balas pendengaran diukur menggunakan
unit desibel ini dapat digambarkan seperti di bawah:
Sumber Bunyi

dB(A)

Jet di landasan

Bunyi jentera
Jalan raya / jalan awam
dan bunyi kenderaan berat
Pengucapan /suara bila bercakap
Suasana sebuah pejabat
Suasan dalam ruang tamu
Perpustakaan
Keadaan dalam bilik tidur
Bilik penyiaran radio

Kriteria Tindakbalas
--150
--140
bingit
--130
tersangat bising
--120
--110
--100
sangat bising
--90
--80
agak bising
--70
--60
--50
--40
--30
--20
--10
--0

sederhana bising
Senyap
Sangat Senyap

Sunyi sepi.

Undang-undang mengawal bunyi

i. KENDERAAN
1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127),
 Seksyen 23(1): bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau
kualitinya dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang
ditentukan di bawah seksyen 21.
 Seksyen 23(2) Melanggar seksyen kecil (1) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan denda X > RM100,000.00 atau
penjara X > 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak
lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00] sehari bagi tiap-tiap hari
kesalahan
 Seksyen 48A(2) kuasa menguji & melarang penggunan kenderaan.
 Undang-Undang Kecil di Bawah Akta 127.
a. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising
Kenderaan Motor) 1987
Sila lihat Peraturan-Peraturan berkenaan.
 Pemakaian
 Syarat pemakaian Peraturan-Peraturan – Peraturan utk siapa?
 Tafsiran ‘kenderaan motor’  Pengecualian pemakaian – Peraturan 3
 Tahap bunyi – 3 – maximum sound level standard; Std A,B,C.
b. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perlesenan) 1977.
 Peraturan 3 - mengarahkan supaya suatu permohonan lesen
dibuat mengikut Borang 2 Jadual yang mengatakan lesen
diperlukan sebagai dikehendaki oleh s.23(1)
2. Akta Pengangkutan Jalan 1987
i. Kaedah-kaedah.
Seksyen. 66
66 (1) Bahagian ini dan pada amnya mengenai pembinaan,
penyenggaraan, penggunaan, usia dan kelengkapan kenderaankenderaan motor dan syarat-syarat yang menurutnya kenderaankenderaan motor itu boleh digunakan, dan selainnya bagi maksud
menguatkuasakan Bahagian ini dan khususnya, tetapi dengan tidak
menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang terdahulu,
boleh membuat kaedah-kaedah (c) - bagi melarang bunyi yang berlebihan disebabkan oleh
rekabentuk atau keadaan kenderaan-kenderaan motor atau
disebabkan oleh penggunaan atau muatannya;

ii. Kuasa untuk menghadkan kenderaan
Seksyen.71.
(1) Tanpa menjejaskan seksyen 70, -melarang atau menghadkan
pemanduan atau penggunaan mana-mana kelas atau perihalan
kenderaan atau kenderaan dengan sekian bilangan penumpang yang
ditentukan.
ii. PERSEKITARAN DAN KOMUNITI - KACAUGANGGU
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
Seksyen.80 – kuasa PBT memberhentikan, memusnahkan &
menghapuskan segala kacauganggu dari jenis awam;
Seksyen.81- tindakan terus terhadap sebarang kacauganggu
Seksyen.82 – hantar notis menghendaki kacauganggu dihapuskan.
Seksyen.84 – kuasa mengambil tindakan terhadap kacauganggu
walupun di luar kawasan PBT.
2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Seksyen.2- takrif kacauganggu – termasuk sesuatu yang bising –
boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan harta
3. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)
MINOR OFFENCES ACT 1955 (REVISED - 1987)
Seksyen.13 Excessive Noise – bunyi bising yang keterlaluan.
iii. KAPAL TERBANG.
Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3)
Akta turut menyentuh bunyi bising oleh pesawat udara
berdasarkan Chicago Convention on International Civil Aviation 1944
Seksyen 20(2) Tiadalah apa-apa tindakan boleh diambil berkenaan
dengan kemudaratan semata-mata oleh sebab bunyi dan getaran yang
disebabkan oleh kapal udara disesebuah padang terbang.
iv. INDUSTRI
Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139)
Seksyen 24 – mengenai perlindungan keselamatan terhadap pekerja
dengan menyediakan alat-alat khas bagi menghindar bunyi bising,
haba, gas dan bahan beracun.

11. Pencemaran Udara
Pencemaran Udara

Udara Terbentuk daripada keseimbangan beberapa unsur penting
 Atmosfera ialah lapisan udara yang melingkungi yang terdiri daripada
bahan-bahan gas dan di antara gas-gas tersebut sebagai contohnya
termasuklah nitrogen (78 %), oksygen (20%) dan karbon dioksida
(0.03%);
 Melakukan sebarang gangguan terhadap keseimbangan ini akan
memberi kesan terhadap udara persekitaran Terdapat lebih kurang 7
jenis unsur dalam kandungan udara yang diguna-sukat bagi
menentukan tahap pencemaran udara:
i. particulate matter – bahan terampai
ii. sulfur oxides; sulphur dioksida (SO2)
iii. carbon monoxides; karbon monoksida (CO)
iv. nitrogen dioxide; nitrogen dioksida (NO2)
v. ozone; ozon (O3)
vi. hydrocarbon;
vii. lead.;plumbum
Punca Pencemaran
a. Punca setempat / Tetap (Stationary Sources)
 Aktiviti perindustrian dianggap sebagai penyumbang kepada
pencemaran udara
-mencemarkan udara dengan melakukan pelepasan benda-benda
asing/cemar ke udara seperti carbon dioxide, oxides of nitrogen,
sulphur dan lain-lain
 Punca ‘stationary’ yang dimaksudkan:
i. Industri Kimia ( baja & racun serangga, asid, cat dan varnish,
plastik, sabun dan bahan pencuci);
ii. Industri berasaskan pertanian dan makanan (makanan
haiwan, kilang minyak sawit, kilang padi, getah, rumah asap);
iii. Industri logam (besi dan keluli, aluminium, tin smelting);
iv. Industri petroleum (kilang penapisan minyak dan gas);
v. Industri galian (asbestos, asphalt & concrete batching, batu
bata dan tanah liat, simen, kaca, batu marma dan kuari);
vi. Industri berasaskan kayu (arang, kertas, pembalakan dan
kayu gergaji/ kilang papan);
vii. Pembakaran bahan api( stn janakuasa, boiler & furnace );
viii.
Tapak pembuangan sisa pepejal dan insinerator (Solid

Waste disposal sites, incinerator)
b. Punca bergerak (Mobile Sources)
 Kenderaan motor.
CO, NO2, SO2, hidrocarbon, organic compounds dan lead
compounds dikatakan berpunca daripada pelepasan ke udara oleh
kenderaan motor.
Undang-Undang Berkaitan Udara
Akta Kuliti Alam Sekeliling 1974
 Sekatan mengenai pencemaran udara.
Seksyen.22. (1), tiada seseorang boleh mengeluar atau melepaskan
benda-benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau
buangan ke dalam udara dengan (langgar syarat s.21)
Seksyen.22 (2).Tanpa menghadkan kelulusan seksyen kecil (1),
seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar atau melepaskan
buangan-buangan ke udara jika –
i. ia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana benda itu
boleh dilepaskan ke dalam udara ;
ii. ia menyebabkan atau membenar dilepaskan bau-bau yang, oleh
sebab keadaan, kepekatan, isipadu atau takatnya, adalah
mencela atau mengganggu ;
iii. ia membakar apa-apa buangan tred, proses @ perindustrian ; @
iv. ia menggunakan apa-apa kelengkapan membakar bahan api
yang tidak dilengkapi dengan sesuatu alat atau kelengkapan
kawalan yang dikehendaki dipasang pada kelengkapan itu.
Seksyen.22 (3). Denda X > (RM100, 000.00) atau penjara X > 5 tahun
atau kedua-duanya dan denda tambahan X> RM1,00 sehari bagi tiaptiap hari kesalahan.
Undang-Undang Kecil Di bawah Akta 127:
1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978
2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) 1985
3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996
4. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996
5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan)
(Pembakaran Terbuka) 2003

6.

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Pelepasan daripada Motorsikal) 2003
7. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioxin dan
Furan) 2004
8. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Diisytiharkan)
(Pembakaran Terbuka) 2003
9. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun
Kesalahan-Kesalahan)(Pembakaran Terbuka) 2000
10. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun
Kesalahan-Kesalahan) 1978
11. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan
Kandungann Petrol Dan Diesel) 2007
12. EQA (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station
and Landfill) Regulations 2009
Undang-Undang Lain Berkaitan
AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN 1994
 Peraturan-Peraturan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
(Penggunaan dan Standard Pendedahan Kimia berbahaya Terhadap
Kesihatan) 2000
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (AKTA 333)
Seksyen 66(1)(b) Langkah-langkah kawalan pencemaran udara di
peruntukkan di bawah seksyen 66 Akta berkenaan.
mengenai pembinaan, penyenggaraan, penggunaan, usia dan
kelengkapan kenderaan-kenderaan motor dan syarat-syarat
yang menurutnya kenderaan-kenderaan motor itu boleh
digunakan, dan selainnya bagi maksud menguatkuasakan
(b). bagi mengawal, berhubungan dengan penggunaan
kenderaan-kenderaan motor, pengeluaran asap, benda
berminyak, abu, air, stim, wap boleh Nampak, wasap
berbahaya, bunga api, bara mati gas atau kersik;
Seksyen 71 sekatan kemasukan kenderaan ke dalam bandar.
Selain dapat mengurangkan kesesakan pd waktu2 puncak di jalanjalan utama dalam bandar, peruntukan ini sekurang-kurangnya dapat
mengurangkan pelepasan asap kenderaan dalam bandar KL
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
Seksyen 278‘Barang siapa dengan sengaja mengotorkan udara di
mana-mana tempat hingga menjadikannya berbahaya kepada

kesihatan orang-orang amnya yang tinggal atau menjalankan urusan
dalam kawasan yang berhampiran atau yang melalui jalan awam,
hendaklah diseksa dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit’.
Pembakaran Terbuka
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
i. LARANGAN ATAS PEMBAKARAN TERBUKA.
Seksyen.29A
(1) Walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini,
tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan
pembakaran terbuka di mana-mana premis.
(2) didenda tidak melebihi denda X > RM100,000.00 atau penjara X >
5 tahun atau kedua-duanya.
(3) Bagi maksud subseksyen (1) –
“pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran atau
pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke
udara bebas itu melalui serombong atau cerobong, tetapi tidak
termasuk apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan
ii. TIDAK TERMASUK SEBAGAI “PEMBAKARAN TERBUKA”
Seksyen.29AA
(1) Perintah itu bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang
ditakrifkan dalam dan bagi maksud seksyen 29A selagi aktiviti itu
dijalankan mengikut @ di bawah syarat2 yang dinyatakan dlm
perintah itu dan tidak di dalam tempat @ kawasan yang ditentukan
dalam perintah itu.
(2) Walaupun apaa-apa kebakaran, pembakaraan atau pembaraan
tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah
subseksyen (1) atau bahawa ia adalah bagi maksud apa-apa aktiviti
yang ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1),
tiada seorangpun boleh membenarkan atau menyebabkan kebakaran,
pembakaran atau pembaraana. kualiti udara di kwsn itu telah mencapai tahap yg tidak sihat; dan
b. bahawa kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud
apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditentukan dalam
pemberitahuan itu akan merbahayakan alam sekeliling.
(3). Sebagai tambahan dalam subseksyen (2) tiada seorang pun
boleh menyebabkan apa-apa kebakaran, pembakaran atau

pembaraan walaupun kebakaran, pembakaran atau pembaraan itu
tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah
subseksyen (1)atau bahawa ia bagi maksud apa-apa aktiviti yang
ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
iii. PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB
BAGI PEMBAKARAN TERBUKA
Seksyen.29B
Jika pembakaran terbuka berlaku di mana-mana premis –
(a).pemunya; atau (b) penduduk
premis itu yang mempunyai kawalan atau premis itu adalah disifatkan
telah melanggar subseksyen 29A(1) melainkan dibuktikan selainnya.
iv. PEMBELAAN
Seksyen.29C Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen 29A atau 29B, adalah
menjadi pembelaan jika orang, pemunya atau penduduk premis itu
membuktikan(a) bahawa pembakaran terbuka itu berlaku di luar kawalannya atau
tanpa pengetahuan atau pembiaran atau persetujuannya; atau
(b) bahawa dia –
(i) mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang
munasabah; atau
(ii) menjalan segala usaha yang wajar,
untuk mencegah perlakuan kesalahan yang sepatutnya diambil
dan dilaksanakan olehnya dengan mengambil kira jenis
tanggungjawabnya atau sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
v. PEMUNYA ATAU PENDUDUK PREMIS BERTANGGUNGJAWAB
BAGI PEMBAKARAN TERBUKA
 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan)
(Pembakaran Terbuka) 2003.
 Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun KesalahanKesalahan)(Pembakaran Terbuka) 2000
 Kaedah2 Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan2) 1978
Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313): Seksyen.82
Akta Perlombongan Petroleum 1966 (95): Seksyen.12
Kanun Keseksaan (Akta 574) :Seksyen 278.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

 Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan
dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan
dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undangundang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai
terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun.
 Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja
walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti
pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
 Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya
lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan
daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak
mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka.
 Kurang pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam
sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal
berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.
 Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik
dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan
Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama
daripada orang ramai.
 Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul
yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan
namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.
 Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa
sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah
masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .
p/s Soalan biasanya berkisar mengenai pencemaran (air, buangan, bunyi,
tanah tanih, udara) , pengurusan dan kawalan pencemaran di bawah
undang-undang bertulis khususnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. Minta tolong bagi tau kawan-kawan skop berkenaan.