PENULISAN ILMIAH GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093

PENGENALAN
Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah
malah turut ditimbulkan oleh media massa. Perkara yang menggambarkan wujudnya tekanan di
kalangan guru kerap disiarkan oleh media massa. Basinun (1995) telah memetik kata-kata
bekas Menteri Pendidikan iaitu Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud yang mengatakan antara
masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja
guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid, guru juga perlu berdepan dengan
tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi
meningkatkan kualiti pengajaran guru.
Muhammad (1995) dalam kertas kerjanya iaitu Mewujudkan Kerja Guru Yang Menarik
telah menggambarkan tentang beban tugas guru. menurut beliau, kajian Kongres Kesatuan
Guru-Guru dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) telah menunjukkan guru
mencemuh terhadap kerja-kerja seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal,
mingguan dan harian. Menurut beliau lagi, tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam bilik
darjah tetapi banyak tugas dan tanggungjawab tambahan yang dibebankan kepada guru.
Bilangan murid yang ramai juga menimbulkan kecemuhan kaum guru dan kurang minat untuk
mendidik.
Secara tidak langsung, tanggungjawab dan beban tugas di sekolah telah memberikan
tekanan. Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah di dalam kehidupan manusia.

Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang selalunya berpunca daripada situasi dan
persekitaran individu tersebut. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung
kepada ciri-ciri dan sikap individu itu sendiri. Menurut kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati pekerjaan guru
merupakan golongan keempat yang peratusan tertinggi selepas polis, pegawai penjara dan
bomba iaitu sebanyak 45.8 peratus.

1

Rajah 1 : Peratusan kadar stres mengikut pekerjaan di Malaysia

EDU 3093

Stres yang berterusan dan stres yang melibatkan terlalu banyak tekanan akan
memberikan kesan secara fizikal dan psikologi sehingga menyebabkan seseorang guru
mengalami Burnout. Istilah ‘teacher burnout’ digunakan pertama kalinya oleh ahli psikologi iaitu
Freudenberger (Wood, 2000). Menurut Hashim Salleh Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya
Universiti Malaya (2000) di dalam akhbar Utusan Melayu, burnout ialah satu fenomena atau
sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa
kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan

ketara. Perkara ini di sokong oleh Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & dll (2010) yang
mengatakan

burnout

akan

mengurangkan

produktiviti

dan

melemahkan

semangat,

menyebabkan seseorang individu tersebut berasa tidak berupaya, tidak berguna, bersifat sinis
dan berperasaan marah. Akhirnya individu tersebut akan berasa tidak boleh berfungsi lagi.
Antara ciri-ciri individu yang mengalami burnout mengikut Hashim Salleh Ketua Seksyen

Kaunseling dan Kerjaya Universiti Malaya (2000) di dalam akhbar Utusan Melayu ketika
membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Burnout di Kalangan Pekerja dan Pendekatan
Kaunseling Dalam Menangani Burnout pada Seminar Kaunseling ialah wujudnya kebosanan di
kalangan pekerja dan tidak boleh menampung beban kerja sehingga mengakibatkan kelesuan
serta letih. Seseorang yang turut dikaitkan dengan burnout ialah wujudnya perasaan rendah diri
dan sering membuat perbandingan dengan orang lain, sensitif dengan masa, mudah penat,
gelisah, insomnia, mengalami masalah kesihatan, kemerosotan kualiti perhubungan dengan
orang lain di samping cenderung berkelakuan luar biasa.

CIRI-CIRI
BURNOUT

PERSONALITI

PENCAPAIAN KENDIRI

Kelesuan
Keletihan
Gelisah
Sukar bangun pagi

Kelakuan luar biasa
Jejas kualiti perhubungan
sosial
Tiada sensitiviti
Emosi tidak stabil
Perasaan rendah diri

Sensitif pada masa
Tidak boleh fokus pada
tugasan
Tidak mengajar
Tidak membuat
persediaan
mengajar
Tidak menghadiri
aktiviti di sekolah

KESIHATAN

2


Darah tinggi
Sakit jantung
Kematian
Sakit mental
Sakit kepala
Migrain
Sakit perut
Insomnia
Penyakit kulit

Rajah 2 : Ciri-ciri Burnout Menurut Hashim Salleh (2000)

EDU 3093

Ramai yang tidak menyedari stres yang berterusan atau lebih dikenali sebagai burnout
boleh menjejaskan seluruh badan dan minda sehingga menyebabkan berlakunya perubahan
personaliti dan mengakibatkan seseorang itu berkelakuan luar biasa. Kelakuan guru yang luar
biasa boleh membahayakan keselamatan sekolah khususnya kepada rakan sejawat Ini
dapat dibuktikan melalui petikan akhbar Berita Terkini bertarikh 24 Januari 2011 ditulis oleh

Hassan Omar yang bertajuk ‘Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’. Kejadian ini telah berlaku di SK
Sabur, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kes ini, guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai
dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa
menyembunyikan diri di dalam hutan paya bakau selama kira-kira 11 jam. Walaupun tiada
sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang
waras telah mengancam keselamatan murid dan warga sekolah. Sumber berkata bahawa
suspek tersebut mendakwa terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak
beberapa minggu yang lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.
Melalui pandangan masyarakat setempat guru tersebut telah diganggu oleh makhluk
halus. Namun begitu dalam kes ini, guru tersebut sebenarnya telah mengalami tekanan emosi
yang berterusan dan akhirnya tidak dapat mengawal tekanan tersebut yang dikenali sebagai
salah satu simpton burnout. Perkara tersebut telah menyebabkan beliau tidak dapat berfikir
dengan waras dan mendakwa dirinya dapat mendengar bisikan misteri yang menganggu
ketenteramannya serta melakukan perbuatan di luar kawalannya.
Menurut sumber lagi suara misteri itu mengarahkan guru tersebut mencederakan orang
disekelilingnya selain memarahinya kerana terus berkhidmat di sekolah tersebut sedangkan
beliau sudah berkhidmat selama 8 tahun sedangkan sepatutnya sudah dibenarkan berpindah
ke bandar. Suara berkenaan juga dikatakan menghasut guru itu agar berpindah kerana sekolah
tersebut tidak lagi sesuai dengannya.

Sekolah SK. Sabur merupakan sekolah yang hanya mampu dikunjungi menggunakan
perahu atau bot serta tiada kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Ini merupakan
punca utama mengapa guru tersebut mengalami tekanan dan tekanan ini berlarutan selama
lapan tahun sepanjang beliau berkhidmat di sekolah tersebut. Perkara
ini di sokong oleh Mohd
3
Salleh (1994) yang mengatakan stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat
daripada sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup.

EDU 3093

Selain membahayakan keselamatan rakan sejawat, kesan stres yang terlampau
seorang guru juga boleh mengancam keselamatan murid di sekolah. Emosi yang tidak stabil
dan tidak dapat di kawal akan mengakibatkan guru tersebut melakukan perbuatan di luar
kawalan. Penyataan ini dapat dibuktikan melalui keratan akhbar Utusan (2011) melalui kes
yang bertajuk ‘Guru Pukul Murid Sampai Mati Hadapi Tuduhan Membunuh’. Kes ini berlaku di
Kangar dan bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan Jejawi. Apa yang agak
memeranjatkan ialah guru tersebut merupakan seorang guru agama. Pegangan agama yang
kuat guru itu langsung tidak dapat membantu beliau menangani masalah tekanan akibat
bebanan kerja di sekolah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan

membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Sopfidee di asrama Putra pada 31 Mac 2011.
Tertuduh yang juga merupakan warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu di
dalam bilik warden asrama Putra Sekolah Agama milik persendirian berkenaan antara jam 6
petang dan 12 tengah malam. Sebagai seorang guru yang berfikiran waras rasanya tidak
tergamak untuk memukul murid khususnya murid Tahun Satu sehingga mati. Bebanan kerja di
sekolah dan tugas tambahan sebagai seorang warden mungkin telah mengakibatkan guru
tersebut mengalami tekanan emosi yang serius. Guru tersebut mungkin tidak menyedari beliau
telah mengalami tekanan emosi yang juga di kenali sebagai stres. Ini adalah kerana pada
kebiasaannya guru lelaki tidak mudah meluahkan perasaan (Dr. Nor Hamidah n.d, Akhbar
Utusan, 2011)
karenah pihak pentadbir di sekolah dan masalah disiplin murid di asrama menjadi punca
perdana mengapa guru tersebut mengalami stres. Ini bersesuaian dengan kata-kata Dr. Nor
Hamidah n. d. Akhbar Utusan (2011) iaitu desakan hidup dan persekitaran menjadi penyebab
utama stres. Stres yang berlarutan dan dipendam tanpa diselesaikan menyebabkan guru
tersebut mengalami burnout sehingga memudaratkan orang disekelilingnya. Oleh kerana beliau
warden maka mangsa utama ialah murid yang tinggal asrama. Beliau telah melempiaskan
kemarahan dan tekanan yang dialami kepada murid yang melakukan kesalahan di asrama.
kesan stres yang mengakibatkan seseorang guru mengalami burnout juga boleh
menyebabkan guru tersebut berasa kekosongan, mudah berputus asa, berlaku kemerosotan
motivasi dan harapan. Selain daripada itu guru juga akan suka mengasingkan diri dan

4
mengalami kemurungan serta merasakan hidup ini sudah tidak bermakna
lagi. Aspek-aspek ini

akan mempengaruhi pencapaian kendiri guru di sekolah. Penyataan ini bersesuaian dengan

EDU 3093

pendapat pendidik April (2010) kemurungan yang melampau boleh menyebabkan seseorang
bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat.
Ini boleh memberi kesan kepada pencapaian murid dalam bidang akademik kerana
guru tidak mahu masuk ke kelas untuk mengajar dan selalu mengambil masa untuk berehat
secara sengaja semasa hari sekolah. Di samping itu, murid akan merasa bosan dan
sekaligus menghilangkan minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
guru tersebut kerana guru tidak membuat persediaan yang rapi sebelum mengajar, sering
memarahi murid, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tanpa
memikirkan kehendak murid. Kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar juga sudah
ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian dengan peredaran pendidikan masa kini.
Perkara ini bukanlah omongan kosong tetapi banyak berlaku di sekolah-sekolah. Saya
dapat melihat sendiri ketika menjalani praktikum di sebuah sekolah X di mana ada sesetengah

guru veteran yang mempraktikkan perkara di atas semasa mengajar di sekolah. Mereka juga
sering tidak hadir dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, aktiviti dan
kegiatan kokurikulum, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang
muhasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Kelakuan seperti ini
menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan
terbantut. Menurut majalah Pendidik, September (2010) guru terbeban dengan hal-hal
persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi,
lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga guru merasa tertekan, depresi, kurang minat
mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang
tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen
dalaman. ini memberi penjelasan mengapa guru tersebut berkelakuan sedemikian di sekolah.
Antara bukti lain yang turut menyumbang kepada pendapat yang dinyatakan di atas
ialah keratan Akhbar Utusan (2000) yang bertajuk ‘Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti
Kerja’. Pelbagai persoalan yang timbul mengapa guru tidak hadir ke sekolah. Setiap daripada
mereka mempunyai alasan tersendiri sama ada sakit, masalah keluarga, masalah kewangan
mahupun masalah stres. Namun begitu apabila sebulan tidak menghadirkan diri ke sekolah
berkemungkinan adalah disebabkan masalah stres.
5

EDU 3093


Mengancam
keselamatan rakan
sejawat

Program sekolah
terbantut

Mengancam keselamatan murid

KESAN STRES GURU
KEPADA SEKOLAH

Pencapaian murid
merosot

Murid bosan

Berlaku masalah
disiplin guru
Murid hilang
minat belajar

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bersesuaian dengan kata pepatah
“Sediakan payung sebelum hujan”. Maka tanda-tanda awal stres harus ditangani sebelum
menjadi suatu keadaan mental iaitu burnout yang sukar diubati. Ramai penyelidik berpendapat
bahawa adalah lebih mudah untuk mencegah burnout guru jika dikesan. Setiap daripada kita
ada ketikanya melalui atau mengalami fasa tekanan ini. Ini terjadi apabila kita diselubungi
perasaan tidak tenteram dan kita merasakan tiada yang kita lakukan menjadi seperti yang
dijangkakan dan berlaku sesuatu di luar dugaan. Sebagai seorang guru yang sentiasa ingin
berusaha memperbaiki diri maka guru tersebut hendaklah mempelajari cara-cara untuk
mengenali tanda-tanda yang menunjukkan guru mengalami tekanan.
Perhatikan petanda-petanda awal seperti perasaan mudah marah, jarang ketawa dan
menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu tugasan ataupun tandatanda fizikal seperti perut yang memulas seolah-olah berasa gugup (nervous). Jika simptomsimptom ini berlaku maka guru tersebut mengalami masalah stres.
Menurut Akhbar Utusan(2001) pesakit stres hendaklah melakukan banyak kegiatan
fizikal kerana ini mungkin adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Jangan duduk
terlalu lama di meja kerja, bergeraklah dari masa ke masa. Pada waktu petang, bawalah teman
atau anak-anak berjalan-jalan di taman dan anggaplah ia bersenam sambil mengeratkan ikatan
silaturahim. Guru dapat menentang tekanan sekiranya senaman6dijadikan sebahagian daripada
cara hidup.

EDU 3093

Kurangkan berat badan terutamanya jika berat badan melebihi had yang ideal. Berat
badan yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan. Amalkan pemakanan yang sihat dan
katakan tidak kepada makanan berlemak. Selain daripada itu, jangan abaikan waktu makan
atau mengurangkan waktu tidur. Adalah amat mustahak untuk seseorang itu mengambil berat
tentang keperluan asas tubuh supaya ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Cuba
amalkan pengambilan vitamin untuk menggantikan zat-zat yang hilang ketika badan mengalami
tekanan tetapi ini tidak bermakna seseorang itu harus mengabaikan pemakanan yang sihat dan
berkhasiat. Dapatkan tidur yang cukup dan jadikan kamar tidur sebagai tempat untuk
beristirahat dan bukannya tempat untuk bekerja.
Berehatlah apabila mula berasa keletihan. Contohnya, berjalan-jalan selama 5 minit,
melakukan senaman regangan, mendengar lagu-lagu kegemaran ataupun meminum air sejuk
yang menyegarkan. Belajar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya
beberapa minit untuk setiap dua jam. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang baik
walaupun mungkin hanya dapat melakukan sekejap. Teknik-teknik beristirahat seperti yoga
ataupun meditasi boleh diamalkan.
Ubah sikap sekiranya guru seorang yang agresif, elakkan daripada bertikam lidah. Dan
sekiranya guru dilabel sebagai seorang superwoman/man, belajarlah untuk menolak atau
mengatakan tidak terhadap sesuatu apabila guru sedar ia di luar kemampuan. Guru hanyalah
manusia dan bukannya mesin. Ketawalah selalu walaupun ada masanya itu bukanlah apa yang
ingin lakukan. Kajian menunjukkan bahawa setiap kali kita ketawa, sejenis bahan penenang
dibebaskan dalam otak kita untuk mengurangkan tekanan.
Cari teman selain daripada teman sepejabat kerana ini memberi peluang untuk guru
mengenali sesuatu yang berlainan di mana ia boleh membawa kegembiraan. guru juga boleh
berbicara dengan teman-teman melalui telefon, internet atau adakan sesi sembang-sembang
dengan jiran-jiran. Kenali diri sendiri dan pastinya guru akan tahu apa yang paling mustahak
yang perlu lakukan terlebih dahulu. Apa yang penting adalah apa, di mana dan bagaimana guru
mengendalikan atau menjalankan keutamaan di dalam kehidupan. Sayangi diri sendiri supaya
mudah menyayangi orang lain.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 7Akhbar Berita semasa (2013)
mengatakan beliau memberi jaminan bahawa masalah beban tugas guru akan diatasi
sebaiknya. Beliau serta Tan Sri Muhyiddin sedang berganding bahu dan berusaha keras untuk
membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani oleh guru di Malaysia. Datuk Seri Najib

EDU 3093

berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian
segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Antara
cadangan beliau untuk mengurangkan beban guru adalah dengan mengurangkan bilangan
murid di dalam bilik darjah. Sebenarnya kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 –
28 orang murid. Sistem penyampaian guru akan lebih berkesan dan murid berada di dalam
keadaan terkawal. Selain itu, boleh juga diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. ini
sangat membantu meringankan tugas guru di sekolah.
Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya
akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru. Menurut Pahrol Mohamad Judi
dalam majalah Solusi Jun (2013) sentiasalah mendekatkan diri dengan Allah kerana ia akan
menimbulkan rasa tenteram dan damai dalam jiwa sekaligus menghilangkan keraguan dan
prasangka buruk. “When God is your friend then who will become your enemy?”. Apabila kita
merapatkan diri dengan Maha pencipta maka tidak akan ada sesiapa yang berani memusuhi.
Dalam erti kata lain diri akan menjadi lebih berani, gagah dan sabar menghadapi segala
cabaran yang datang.
Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan
stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang sentiasa mengingatiNya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang
bermaksud, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga
berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi
penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "AlQuran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga
pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka,
cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai
kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani 8stres. Mereka yang mengalami
stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa
berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu
menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

EDU 3093

Sepertimana yang kita ketahui bahawa guru adalah golongan yang tidak lari daripada
mengalami stres di sekolah walaupun tahap stres yang dialami adalah berbeza antara satu
sama lain. Maka sebagai seorang guru yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan hendaklah
berusaha mengenal diri sendiri dan memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara menangani
stres di samping mendekatkan diri kepada Allah agar menjadi seorang yang ikhlas dan sentiasa
bertawakal kepadaNya. Pihak sekolah, rakan sejawat dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga
perlu mengambil perhatian serius tentang strategi mengurangkan beban tugas guru di sekolah.
Sesungguhnya kualiti pengajaran yang berkesan adalah datangnya dari guru yang cemerlang,
terbilang dan bebas daripada stres.

9

EDU 3093

PROGRAM PENGURUSAN STRES
Sesi temubual dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca stress dan kesannya
terhadap guru. Seramai 10 orang guru yang terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 5 orang
guru perempuan telah ditemubual. Sesi temubual juga merangkumi cara guru mengatasi
masalah stres yang dialami oleh mereka.
Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah
perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003). Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari, Esah Sulaiman (2003).
Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri,
ketandusan

emosi,

lebihan

kerja,

hubungan

interpersonal

dan

persekitaran

kerja.

Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara
melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Kejayaan
diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya
mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran. Ketandusan emosi pula merujuk kepada
perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat
sentimental. Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian
mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat
kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.
Selain itu, hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi
masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa
mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan
pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi
borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi
memajukan pelajarnya.
Hasil daripada temubual, saya mendapati bahawa para guru sentiasa menghadapi
cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan
sekolah dan kementerian. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalahmasalah seperti masalah murid dan bebanan telah menyebabkan
10 tekanan stres di kalangan
guru.

EDU 3093

Memang tidak dinafikan bahawa peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru
bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas
tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah
sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program, agen perubahan,
penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke
penghujungnya pada setiap tahun,

guru sekolah perlu mendapat semakin banyak

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah,
tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain
melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban
dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.
Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang
dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat
pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan
kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu
kerja.
Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru.
Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting
bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas
dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu
lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Kelakuan dan perangai murid dalam kelas
yang sentiasa menjadi cabaran kepada seorang guru juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk
menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada
emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres.
Menurut Kyriacou (1987) stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal
serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana
stres menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Prestasi guru dan komitmen
adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi
kejayaan.
11

Ramai guru termasuk guru yang saya temubual gagal mengawal stres yang dialami oleh
mereka. Mereka tidak didedahkan cara pengurusan stres oleh pihak pengurusan sekolah.
Akibatnya, ada guru yang gagal mengawal diri daripada stres dan menjadi seorang yang

EDU 3093

pemarah, malas bekerja, murung dan selalu ponteng kelas untuk mengajar. Ini akan memberi
kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan
yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa
negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.
Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk
menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan
Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat
dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu
lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua
sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan
sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid
untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru
sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam
organisasi itu.
Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan
berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan
Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung
oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk
menyelesaikan bebanan guru.
Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul
Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu
guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar
pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas
seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh
pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan
ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.

12

Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan
kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan suasana

EDU 3093

persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan
guru dapat dikurangkan.
Antara program yang boleh dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini adalah
mewujudkan program pengurusan stres di tempat kerja. Program ini bertujuan untuk :
 Memahami kenapa pengurusan masa begitu penting dalam hidup seorang guru.
 Mengurus masa guru dengan lebih sistematik di sekolah supaya produktiviti dapat
dipertingkatkan lagi.
 Mempelajari teknik-teknik menghindari gangguan di sekolah.
 Mengaplikasi pengurusan stress di sekolah dan di dalam kehidupan seharian.
 Mencegah dan menangani stress sama ada di sekolah atau di dalam kehidupan seharian.
Antara isi kandungan program ialah :

13

EDU 3093

Modul 1
MEMAHAMI KONSEP PENGURUSAN MASA
Modul 2
MENGENALPASTI GAYA PENGURUSAN MASA ANDA
Modul 3
PENGGUNAAN KONSEP MASA YANG BETUL
Modul 4
ALAT PENGURUSAN MASA YANG SESUAI
Modul 5
MENGENALPASTI MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI
Modul 6
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN MASA
Modul 7
MENGATASI DAN MENGELAKKAN GANGGUAN DI TEMPAT KERJA
Modul 8
SIKAP KITA TERHADAP PENGURUSAN MASA
Modul 9
STRESS
Modul 10
SIKAP MENTAL
Modul 11
MENANGANI STRESS
Modul 12
MENCEGAH STRESS

14

EDU 3093

Selain daripada itu, pihak kerajaan juga boleh menjalankan kursus pengurusan stres
dengan menghantar guru yag dikenalpasti mengalami masalah stres di sekolah. Kursus
tersebut haruslah dijalankan seelok-eloknya dalam jangka masa 3 hari.
Antara isi kandungan kursus ialah :

Modul 1
MENGENAL STRES DAN LATIHAN PERNAFASAN ASAS
Modul 2
HADITH PSIKILOGI-HADITH ‘HIMAR’, HADITH ‘BADWI’ DAN
HADITH ‘ASMA’.
Modul 3
TERAPI KETAWA
Modul 4
TEKNIK RELEKSASI REGANGAN “Stretchings”
Modul 5
LATIHAN TERAPI KETAWA
Modul 6
HADITH PSIKOLOGI - HADITH ‘BERWAJAH MURAM’, HADITH
‘SEBAKUL KURMA’ DAN HADITH ‘12 MALAIKAT’.
Modul 7
TEKNIK RELAKSASI “Applied Relaxation”
Modul 8
PELAN TINDAKAN

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja
kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru
semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru
menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan
sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh15itu, diharap kerajaan akan
mewujudkan program dan kursus berkaitan pengurusan tekanan emosi dan kemahiran yang
mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam

EDU 3093

kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan
sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.
Selain

itu,

pihak

berkenaan

juga

harus memberi sokongan dan

membantu

mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru.
Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan
karier diri sebagai seorang guru.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Al Ghazali. (1982). Ihya Ulumidin Jiwa Agama. Menara Kudus Indonesia: Perc. Menara Kudus.
Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem. Singapura : Time
Books International.
Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah
Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Basinun (1995) Abang Mat Ali bin Abang Masagus,Strategi Menangani Tekanan Di kalangan
Guru-Guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan Sarawak : Satu
Tinjauan
16

Beban Tugas Guru Di Malaysia, http://www.beritaterkini.my/beban-tugas-guru-di-malaysia di
akses pada 31 Julai 2013

EDU 3093

Beban Tugas Guru Malaysia, http://www.beritaterkini.my/beban-tugas-guru-malaysia di akses
pada 1 Ogos 2013
Beban Tugas Guru Malaysia Semakin Bertambah? Benarkah? Senaraikan? Datuk Seri Najib
Mahu Selesaikan, http://www.beritasemasa.com.my di akses pada 1 Ogos 2013
Bisikan Misteri Arah Guru Amuk, http://www.bharian.com.my/articles/
Bisikanmisteriarahguruamuk/Article/ diakses pada 31 Julai 2013
Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA : Houghton Mitlin Co.
40
Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur :
Penerbitan Fajar Bakti.
Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd. 2008
Cara Tangani Stress,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0403&pub=utusan_malaysia&se
c=Pendidikan&pg=pe_03.htm di akses pad 1 Ogos 2013
Dr Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah
Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas Projek Bacelor Sains:
Serdang. Universiti Putra Malaysia.
Danial Zainal Abidin. (2009). Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada
Teropong Sains. Kuala Lumpur: Pts Millennia Sdn Bhd
17

Dr. Nor Hamidah, kesan stress terhadap daya kerja,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0304&pub=utusan_malaysia&se
c=Kesihatan&pg=kn_03.htm di akses pada 31 Julai 2013

EDU 3093

Fatimah Ibrahim Et All. (2008) Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur. University
Malaya.
Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Faktor Penentu Stress Di Kalangan Guru, e-journal.um.edu.my/filebank/.../Bil1_2_Artikel1.pdf di
akses pada 31 Julai 2013
Guru Dan Stress, http://alumniksm.blogspot.com/2010/11/normal-0-false-false-false-en-us-xnone.html di akses pada 31 Julai 2013
Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=utusan_malaysia&se
c=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm di akses pada 1 Ogos 2013
Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut Aminudin
Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50.
Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja. Buletin
PKPSM Perak, 1 (3), 15-17.
Hashim Salleh d. ll, Emosi Beban Keterlaluan Punca Burnout,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=utusan_malaysia&se
c=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm#ixzz2cWtpSNya di akses pada 31 Julai 2013
Isu Tekanan emosi guru akibat bebanan,http://pismppcpjmu.blogspot.com/2012/09/isu-tekananemosi-guru-akibat-bebanan.html diakses pada 31 Julai 2013
Isu Keguruan, http://kamigurumalay.blogspot.com/2012_08_01_archive.html di akses pada 31
18

Julai 2013
Khn, Wolfe & Resenthel. ( 1964 ). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New York.

EDU 3093

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And Satisfaction. Volume 21 (
2 ), 89-96.
Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational Review, Volume 53
(1), 27-35.
Kesan Pengiktirafan ISO 9002 Terhadap Psikologi Dan Situasi,
eprints.utm.my/.../Kertas_Kerja_2_(MS_ISO_9002).p. di akses pada 31 julai 2013
Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja, journalarticle.ukm.my/1619/1/sofian010.pd di
akses pada 31 Julai 2013
Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (
Stress ) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara.
Selangor
Muhamad (1995) K. Kamaruddin, Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah
Mohd Salleh (1994) Definisi Stress, http://jurnal-sdm.blogspot.com/2011/02/stres-kerja-definisikategori-dan.html di akses pada 31 Julai 2013
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru (2010), Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor
Pahrol Mohamad Judi, Solusi, Isu 56, Jun (2013), Telaga Biru Sdn, Bhd. Kuala Lumpur
Polis Lebih Stress Berbanding Guru,
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article di
akses pada 31 Julai 2013
Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru Sekolah,

19

www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/.../98_Razali.pdf di akses pada 31 Julai 2013
Stress Kerja Guru Punca Kesan Dan Cara Menangani,

EDU 3093

ddms.usim.edu.my/.../Stres%20Kerja%20Guru%20-%. di akses pada 31 Julai 2013
Stress Di Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Lembah Kelang,
http://bhasahabubakar.blogspot.com/2009/05/stres-di-kalangan-guru-wanitasekolah.html di akses pada 31 Julai 2013
Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance.
London : University of Wisconsin.

Wood, T. & Mccarthy, C. (2000), ‘Understanding and Preventing Teacher Burnout’,
http://www.ericdigests.org/2004-1/burnout.htm di akses pada 31 Julai 2013
Zuria Mahmud et. al . ( 1999 ). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia
Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.

20

EDU 3093

REFLEKSI

Setelah menjalankan projek EDU 3093 dapat saya rumuskan bahawa profesion perguruan
adalah satu profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa
bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stress
kepada guru-guru.

Stress merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental. Dr. Hans
Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai
suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang
menimpanya. Menurut Mohd Salleh (1994), stress adalah reaksi fizikal dan mental emosi
seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan
hidup.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru
bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan
21

pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam
Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu

EDU 3093

memastikan tanggungjawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar secara fizikal, dan emosi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Tekanan atau stress yang diakibatkan oleh beban tugas di sekolah dikaitkan dengan
kemungkinan seseorang menghadapi burnout. Seseorang yang turut dikaitkan dengan burnout,
amat sensitif pada masa sehingga mereka tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang
tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri.

Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan mengalami
tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan
pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Antara kesan burnout yang biasa dialami
ialah masalah kesihatan seperti darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin teruk seperti
jerawat, psoriasis, ekzema, serangan jantung, sinus/resdung, hilangan fungsi seksual dan
pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migrain,
gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala serta kemurungan.

Ini dapat dilihat daripada daya tahan emosi mereka yang merosot dan tidak terkawal
sehingga menjejaskan kualiti hubungan dengan orang lain. Pemikiran yang tidak bermakna juga
merupakan ciri-ciri individu yang burnout. Mereka sering berpandangan dan berkata so what,
why bother? apabila bercakap dengan orang lain.

Walau apapun tanda-tandanya, cara seorang guru menanganinya adalah penting kerana
22

inilah yang boleh membawa kepada perubahan yang terbaik untuk dirinya. Antara cara yang
boleh dilakukan supaya bebanan tekanan dapat dikurangkan ialah memperbanyakan kegiatan
fizikal. Jangan duduk terlalu lama di meja kerja, bergeraklah dari masa ke masa. Pada waktu

EDU 3093

petang, bawalah teman atau anak-anak berjalan-jalan di taman dan anggaplah ia bersenam
sambil mengeratkan ikatan silaturahim.

Kurangkan berat badan terutamanya jika berat badan itu melebihi had yang ideal. Berat
badan yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan. Namun begitu, jangan abaikan waktu
makan atau mengurangkan waktu tidur. Dapatkan tidur yang cukup dan jadikan kamar tidur
sebagai tempat untuk beristirahat dan bukannya tempat untuk bekerja.

Berehatlah apabila mula berasa keletihan. Belajar untuk meluangkan masa untuk diri
sendiri sekurang-kurangnya beberapa minit untuk setiap dua jam. Ini sedikit sebanyak dapat
memberi kesan yang baik walaupun anda mungkin hanya dapat melakukan sekejap. Teknikteknik beristirahat seperti yoga ataupun meditasi boleh diamalkan.

Kita semua perlu melakukan tugasan mengikut waktu yang dijadualkan. Oleh itu, seorang
guru haruslah bijak mengatur masa. Adalah tidak mustahil ada di antara kita mempunyai jadual
yang terlalu padat. Ini berlaku apabila kita tidak tahu bagaimana untuk membahagikan masa
untuk melakukan tugasan itu. Anda dinasihatkan supaya jangan mengamalkan tabiat merokok,
memakan ubat-ubatan, meminum minuman beralkohol atau berkafein untuk menangani
masalah yang anda hadapi. Menggunakan bahan-bahan tersebut hanya akan mengurangkan
tekanan untuk sementara waktu. Apa yang pasti, pengambilan yang berlebihan adalah
memudaratkan.

Ketawa selalu, walaupun ada masanya itu bukanlah apa yang kita ingin lakukan. Kajian
menunjukkan bahawa setiap kali kita ketawa, sejenis bahan penenang
dibebaskan dalam otak
23
kita untuk mengurangkan tekanan. Kenali diri kita dan pastinya kita tahu apa yang paling
mustahak yang perlu lakukan terlebih dahulu. Apa yang penting adalah apa, di mana dan
bagaimana kita mengendalikan atau menjalankan keutamaan di dalam kehidupan.

EDU 3093

Boleh dikatakan stress dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stress tersebut. Pengurusan stress amat
kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan

mereka sentiasa bersedia untuk

menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang.
Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

LAMPIRAN
24

EDU 3093

25