Kedudukan wanita menurut agama islam kri

PENGENALAN
Wanita berasal dari Bahasa Sanskrit, iaitu Sva yang membawa maksud sendiri
dan Nittha adalah suci. Manakala Svanittha pula bermaksud ‘mensucikan diri’
dan kemudian berkembang menjadi maksud tentang manusia yang berperanan
luas dalam Dharma atau pengamal Dharma. Dari sini juga berkembang
perkataan Sukla Svanittha yang berrmaksud “bibit” atau janin yang dikandung
oleh manusia, yang merupakan peranan seorang perempuan. Wanita sangat
diperhatikan sebagai penerus keturunan dan sekaligus “sarana” terwujudnya
Punarbhava atau re-inkarnasi, sebagai salah satu kepercayaan atau keyakinan
Hindu.
Dari segi bahasa, perkataan wanita digunakan untuk mengertikan lawan
kepada lelaki. Mengikut Kamus Dewan (1985), perkataan wanita adalah suatu
ungkapan halus yang memberikan erti orang perempuan, iaitu lawan bagi lelaki.
Mengikut kamus al-Munjid (t.t), al-untha ialah kata tunggal yang memberi erti
lawan kepada perkataan lelaki. Pada asalnya perkataan al-untha ini adalah
pecahan dari kata kerja anutha yang bererti lembut dan tidak keras. Oleh yang
demikian apbila perkataan al-untha digunakan untuk memberi erti orang
perempuan atau wanita, lawan kepada lelaki, ia mungkin berdasarkan kepada
kelembutan dan kehalusan kejadian kaum wanita itu sendiri.”
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah

melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab
itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara
diri".Ayat tersebut menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam.
Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran
sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan
nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita.
Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan
sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang
berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hal ini membuktikan pandangan Islam
yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh
Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan
wanita.Menyedari peranan wanita dalam pembinaan pembangunan umat Islam
1

itu sangat penting, musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk
merosakkan wanita dengan pelbagai cara dan strategi. Atas nama kebebasan,
mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan pelbagai tipu daya
dan godaan supaya mereka jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sedangkan
Islam meletakkan wanita dalam kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding

agama yang lain. Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan
wanita Islam adalah semata-mata untuk menjaga maruah dan kemuliaan
mereka. Wanita mempunyai hak dan harus dilayan sesuai dengan ftrah dan
kejadian mereka. Layanan istimewa ini bukan sahaja terhadap wanita Islam
malah terhadap wanita bukan Islam.

2

WANITA MENURUT PANDANGAN ISLAM
Agama islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Islam juga diturunkan untuk membawa kebaikan, kedamaian dan kesejahteraan
bagi penduduk bumi. Justeru, agama islam menitik beratkan soal kedudukan dan
martabat wanita dalam agama ini. Hal ini jelas dilihat apabila Dr Tareq AlSuwaidan menjelaskan bahawa perkataan wanita dan lelaki disebut sama
banyak iaitu sebanyak 24 kali di dalam Al Quran 1. Prinsip ketersamaan dalam
agama islam antara manusia samada lelaki dan wanita mengangkat kedudukan
wanita sama seperti lelaki. Prinsip ini dapat dilihat apabila Allah berfrman di
dalam Al Quran dalam surah al-hujurat

ayat 13 dengan mahfumNya “Wahai


seluruh manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (terdiri) dari
lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersukusuku agar kamu saling mengenal, sesungguhnya yang termulia di antara kamu
adalah yang paling bertakwa .”2
Selain itu, kewujudan surah An-nisa di dalam Al Quran yang bermaksud
perempuan-perempuan/wanita-wanita menunjukan betapa tingginya martabat
seorang wanita dalam konteks agama islam .Surah ini menerangkan beberapa
isu mengenai wanita antaranya sejarah kewujudan wanita dari tulang rusuk
lelaki, hak wanita yatim piatu , hak wanita mengenai mahar perkahwinan, hak
wanita

dalam

harta

warisan,

aurat

dan


batas

pergaulan

wanita

serta

tanggungjawab suami kepada isteri. Agama islam juga jelas menerangkan
tentang keadilan dan kesamarataan jantina di dalam Surah An Nahl ayat 97,
mahfumNya “Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki
mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka
kerjakan.3 Sehubungan dengan itu, penetapan dasar persamaan antara lelaki
dan wanita pada ganjaran ialah apabila adanya persamaan pada amalan.
Seseorang lelaki tidak melebihi wanita semata-mata dia lelaki, dan seseorang
wanita itu tidak kurang semata-mata dia wanita, yang membezakan cuma
amalan dan taqwa setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita.
1 Dr. Tareq Al-Suwaidan,2013,Great Women In Islam,Kuwait:CreateSpace Independent

Publishing
2 Abdul Hadi Awang,2009,Islam Adil Untuk Semua,Kuala Lumpur:Al Hidayah Publication
3 Ibid,hlm 15

3

Mulianya seorang wanita itu di dalam agama islam sehinggakan syurga
itu di gambarkan di bawah telapak kaki ibu. Hal ini dapat dibuktikan melalui
hadis Rasullah “ Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata,
“Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata,
‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi
shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali
bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab,
‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau
menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’
Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’ (HR. Bukhari
Muslim)”4. Hadis ini jelas menunjukan kedudukan wanita sebagai ibu mendapat
darjat yang tinggi di sisi agama islam. Pengorbanan seorang ibu dalam mendidik
dan melahirkan anak menjadi pengukur kepada martabat wanita di dalam
agama islam.

Selain itu, antara hadis lain yang menerangkan tentang kedudukan
wanita dalam pandangan islam, Rasullah bersabda “sesungguhnya wanitawanita itu saudara kandung bagi lelaki”. 5 Hadis ini menjelaskan persamaan yang
tabii ataupun fzikal berdasarkan penciptaan lelaki dan wanita. Pada hadis ini
terkandung kehalusan bahasa Rasullah, baginda menyatakan dalam hadis ini
berkaitan hubungan antara lelaki dan wanita dengan perkataan syaqaiq iaitu
dari segi bahasa didefnisikan sebagai separuh dari sesuatu. Lelaki tidak
sempurna melainkan jika digandingkan dengan wanita dan begitulah sebaliknya.
Kedua-duanya saling menyamai dalam menyempurnakan fungsi antara satu
sama lain.
Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat
yang mulia.Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan
yang tinggi, asli dan harmoni. Maruah dan kehormatan wanita akan terjaga jika
mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama islam.Allah
telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun
kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah
4 Sheikh Abdul-Majid Subhi,2008,Kedudukan Wanita dalam Islam,Kuala Lumpur:Al
Hidayah Publication
5 Ibid, hlm 44

4


semua.

Dalam

pembentukan

sebuah

institusi

kekeluargaan,

tidak

akan

sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.Pembentukan masyarakat dan pembinaan
peradaban Islam belakang lelaki.
Kedudukan wanita dalam pandangan ajaran Islam tidak sebagaimana

yang dipraktikan oleh masyarkat kini. Ajaran Islam pada hakikatnya memberikan
kedudukan yang sangat tinggi serta kehormatan kepada wanita. Muhammad AlGhazali, salah seorang ulama besar Islam kontemporari Mesir, menulis: "Kalau
kita mengembalikan pandangan ke masa seribu tahun yang lalu, maka kita akan
menemukan wanita islam menikmati keistimewaan dalam bidang material dan
sosial yang tidak dikecapi oleh wanita di kelima benua di dunia. Keadaan mereka
ketika itu lebih baik dibandingkan dengan keadaan perempuan-perempuan Barat
ketika ini "6Hal ini jelas menerangkan situasi peradaban wanita pada zaman
kedatangan islam lebih baik jika dibandingkan dengan peradaban wanita pada
masa kini. Kedatangan islam sebagai agama rahmatan fl alamin memberikan
nafas baru kepada kedudukan dan martabat wanita yang selama ini dianggap
sebagai satu simbolik pemuas nafsu.
Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam
Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim.Wanita akan
menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang soleh dan
berkualiti, selagi mana berpegang dengan Al-Qur’an dan Hadis Nabi. Peranan
wanita dikatakan penting karana banyak tugas-tugas berat yang harus dipikul
oleh seorang ibu, bahkan tugas-tugas yang seharusnya dipikul oleh lelaki. Oleh
karena itu, menjadi kewajiban bagi setiap individu muslim untuk berterima kasih
kepada ibu, berbakti kepadanya, dan besopan santun dalam melayaninya.
Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan

ayah. Ini disebutkan dalam frman Allah, mahfumNya“Dan Kami perintahkan
kepada manusia (agar berbuat baik)
mengandungnya

dalam

keadaan

kepada ibu-bapaknya; ibunya telah

lemah

yang

bertambah-tambah,

dan

menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang
ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14) 7

Justeru, syariat agama islam ini datang untuk menempatkan lelaki dan
wanita pada satu lingkungan dan menjelaskan bahawa tabiat semula jadi
6 Muhammad Al-Ghazali,1964, Al-Islam wa Al-Thaqat Al-Mu'attalat,Kairo:Dar Al-Kutub
Al-Haditsah,
7 Dr. Tareq Al-Suwaidan,2013,Great Women In Islam,Kuwait:CreateSpace Independent
Publishing

5

manusia, lelaki dan wanita hampir sama. Sehubungan dengan itu, jelaslah
kedudukan dan martabat wanita dalam pandangan agama islam begitu tinggi
dan adil. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi,

atau

agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam
melayan wanitanya.

WANITA MENURUT PANDANGAN HINDU
Pada permulaan adat – istiadat agama menentukan kedudukan wanita dalam

masyarakat. Pada zaman Indo-Arya wanita diletakkan pada kedudukan yang
sangat tinggi dan diberi hak yang sama seperti lelaki dalam bidang pelajaran,
politik, falsafah dan membuat keputusan dalam isu-isu yang berkaitan dengan
masa hadapan mereka. Namun pada zaman Baudhayana kemerosotan
kedudukan wanita mulai kelihatan dan amat dirasai ketika zaman Manu. Pada
abad yang berikutnya kedudukan kaum wanita semakin tertindas sehinggalah
kedatangan kuasa kuasa Barat ke India.
Pada zaman Veda iaitu 4000 sebelum masihi, wanita sentiasa memegang
peranan penting dalam kehidupan. Dalam kitab Manawa Dharmasatra ada
menyatakan kedudukan wanita itu sangat dimuliakan, perkara ini ada
dinyatakan di dalam bab iii seloka 55 yang berbunyi:
“Pitrbhir bhratrbhic
Caitah patribhir dewaraistatha,
Pujya bhusayita wyacca
Bahu kalyanmipsubhih”.
Maksudnya :“Wanita harus dihormati dan disayangi oleh ayahnya, kakakkakaknya, suami dan ipar-iparnya yang menghendaki kesejahteraan sendiri”.
Seloka tersebut jelas menunjukkan betapa masyarakat Hindu pada zaman Veda
amat memuliakan kaum wanita.
Kedudukan wanita dalam masyarakat juga dapat dilihat dari aspek
sambutan yang diberikan apabila bayi perempuan dilahirkan dalam sebuah
keluarga Hindu. Rig Veda (R.V: VII 2,5, X: 168,2) ada menyebut bahawa gadis
6

remaja dibenarkan bergaul dengan masyarakat dalam upacara perayaan agama
(Ibid:2)

Peranan wanita sebagai isteri di zaman Veda dikatakan mempunyai
tanggungjawab berkongsi suka duka dan turut serta dalam upacara keagamaan
bersama suaminya (R.V: VIII 31,5 & 6). Kaum wanita pada zaman Veda juga
boleh memilih suami mereka sendiri. Hal ini kerana, wanita pada ketika itu
berkahwin dalam berumur lingkungan 16 tahun. Mereka juga diberi peluang
pendidikan oleh bapa mereka tentang ajaran agama. Budaya ini melahirkan
ramai tokoh wanita yang bijak dan berpengetahuan dalam ilmu Veda. Mereka
juga menikmati status sosial yang tinggi dan standing dengan kaum lelaki.
Mereka juga bebas keluar rumah dan berhak ke atas harta benda ayah mereka.
Kedudukan wanita pada zaman Veda mempunyai kegemilangan dan
kemerosotan. Wanita dipandang mulia dan disanjung tinggi apabila menunaikan
segala tanggungjawab sebagai isteri, ibu dn anak perempuan.
Zaman Manu merupakan zaman kemunduran dan kemerosotan kaum
wanita Hindu. Terdapat beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh Manu (Ibid:
9-10) terhadap wanita, antaranya perkahwinan antara kasta adalah dilarang,
perkahwinan kanak-kanak sah di sisi undang-undang, adat Niyoga ( wanita yang
kematian suami boleh berkahwin semula untuk tujuan melahirkan anak) dilarang
dan kaum lelaki dibenarkan kahwin lagi. Selain itu, wanita yang sudah berkahwin
tidak boleh bebas keluar tanpa pengetahuan suami, wanita hanya boleh makan
selepas suami tidak kira apa jua keadaan dan undang-undang Sati ( wanita
dibakar hidup-hidup dalam upacara kematian suami) diperkenalkan pada masa
ini.
Zaman ini jelas menunjukkan bahawa wanita tidak mempunyai kebebasan
dan terpaksa ikut telunjuk kaum lelaki dalam segala hal yang berkaitan dengan
kehidupan mereka. Zaman ini boleh dianggap sebagai zaman era ‘gelap’ dalam
sejarah wanita India kerana kedudukan wanita dan status mereka menurun
secara mendadak terutamanya apabila amalan ‘Sati’ mula diamalkan.
Pada abad ke-19, komposisi keluarga terdiri daripada tiga generasi iaitu
nenek, anak dan cucu. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan masingmasing. Ketua keluarga biasanya akan diketuai oleh lelaki yang paling tua dalam
keluarga tersebut. Jika anak lelaki sudah berkahwin, si isteri bertanggungjawab
7

untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, sembahyang, menjaga anak
dan mengemas rumah. Apabila seorang suami kembali dari bekerja, isteri harus
melayan suami dan memastikan anak-anak tidak mengganggu ketika suaminya
sedang berehat. Wanita Hindu tidak dibenarkan menceraikan suami. Suami
ibarat ‘tuhan’ dan harus diberi layanan istimewa walaupun kadang-kadang suami
bertindak kejam atau curang ( Margaret Cormack 1961:17).

Di India, seorang wanita mencapai status yang paling tinggi apabila
menjadi seorang ibu. Walhal, penghormatan itu diberikan ketika wanita itu
dketahui mengandung. Mereka menganggap wanita yang mengandung itu
membawa tuah kepada keluarga tersebut (Margaret Cormack, 1961:3). Namun,
ibu dilarang untuk berbicara mengenai anak yang bakal dilahirkan dan dilarang
untuk membuat persiapan rapi. Jika seorang wanita melahirkan anak lelaki,
status beliau akan menjadi lebih tinggi. Bayi perempuan pula dianggap beban
kerana si ayah terpaksa mencari harta untuk dijadikan hantaran apabila bayi
perempuan itu dewasa kelak. Anak lelaki dianggap tuah kerana bukan sahaja
akan mencari nafkah malah akan membawa harta isterinya ke rumah (Margaret
Cormack, 1961:5).Tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak anak dipikul
oleh ibu kerana suami sibuk mencari nafkah hidup.
Kanak-kanak perempuan dianggap kurang istimewa, berbanding dengan
kanak-kanak lelaki yang diberikan layanan istimewa sejak kecil lagi. Kanak-kanak
perempuan biasanya hanya dimanjakan oleh ayah mereka sehingga mereka
berumur 3 atau 4 tahun. Kanak-kanak perempuan tidak bebas untuk keluar
rumah atau bermain di kawasan padang. Mereka juga dilarang keluar rumah
tanpa diiringi oleh adik atau abang lelaki atau orang dewasa. Sejak berusia 7
tahun mereka diajar untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mereka juga jarang
diberi peluang pendidikan seperti saudara lelaki mereka kerana ibu bapa
beranggapan pelajaran tidak berguna bagi anak perempuan yang bakal
membuat kerja rumah dan melayan suami serta anak mereka di rumah mertua.
Kedatangan kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan British
menyebabkan wanita dikawal ketat oleh kaum lelaki agar tidak mudah
dipengaruhi budaya Eropah. Kuasa Barat seperti

British menonjolkan satu

budaya yang amat berbeza dengan budaya Hindu. Budaya British memberikan
8

lebih kebebasan kepada wanita dari segi pergaulan dan dalam memberikan
pendapat.

WANITA MENURUT PANDANGAN BARAT
Wanita barat telah berjuang kuat terhadap pandangan rendah oleh masyarakat
pada zaman yang lalu. Kedudukan wanita adalah berbeza mengikut budaya dan
adat resam mereka, tetapi kebanyakannya etnik mengamalkan budaya lelaki
lebih berkuasa berbanding dengan perempuan.
Gerakan feminisme iaitu suatu gerakan yang meminta persamaan hak
wanita dan lelaki atau juga yang dikenali sebagai gerakan kesamarataan janita
berasal dari pandangan masyarakat Barat. Menurut The New Encyclopedia of
Britanica disebutkan bahawa “Feminism is the belief, mostly originating in the
West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented
worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s
rights and interests”. (Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat
berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan
perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak
atas nama hak wanita).8
Dalam negara Amerika Syarikat, gerakan feminism bermula dengan
terbitnya buku The Feminine Mystique yang ditulis oleh Betty Friedan pada
tahun 1963.9 Selepas penerbitan buku ini, banyak pihak bertampilan untuk
mengeluarkan pendapat tentang hak wanita yang tidak sama rata dengan lelaki
pada zaman itu. Banyak pembaharuan telah dibuat supaya wanita menikmati
hak yang sama dengan lelaki.

8 http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_
PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf tarikh pencapaian 28 Nov 2015
9 http://www.ilalang.org/article/detail/feminisme-ideologi-pembebasan-perempuan-dariliberal-sampai-radikal-part-1--51.html tarikh pencapaian 20 Nov 2015

9

Wanita di seluruh dunia mengalami penindasan dalam segi pekerjaan,
pendidikan mahupun seksualiti pada zaman dahulu mahupun zaman ini. Tetapi
bagi wanita barat pada zaman ini, mereka telah mendapat hak yang agak sama
dengan lelaki barat. Mereka boleh mengadakan perniagaan sendiri, memegang
jawatan politik, mengundi untuk mana-mana parti politik, memberikan
pendidikan yang asas dan bebas untuk melanjutkan perbelajaan. 10
Yang pertama sekali, orang barat tidak melihat wanita sebagai status
sosial yang lebih rendah. Janita tidak membezakan status seseorang dalam
masyarakat barat. Yang membezakan mereka ialah kemampuan dan keupayaan
seseorang.
Wanita barat mempunyai hak yang sama dengan lelaki, ataupun, hak
yang telah dilindungi oleh undang-undang mereka. Hak wanita di negara barat
telah banyak dikaji dan diperjuang oleh banyak pihak supaya wanita barat dapat
mengemukakan pendapat mereka secara bebas.
Wanita barat juga bebas memakai pakaian seksi seperti bikini, crop-top
ataupun singlet yang boleh menayang tubuh. Lelaki barat pun tidak berasa apaapa melihat wanita memakai pakaian terdedah kerana itulah budaya mereka.
Undang-undang barat lebih berpihak kepada wanita jika berlakunya ganguan
seksual.
Wanita barat sekarang berada di kedudukan sosial yang sama tinggi
rendah dengan lelaki barat. Mereka bukan sahaja menjaga rumahtangga, tempat
kerja mereka juga sangat aktif dalam memainkan peranan mereka sebagai
pekerja, pengarah atau pengurus syarikat tersebut. Kurang penindasan terhadap
wanita semasa bertanding dengan lelaki untuk mendapat jawatan tinggi jika
berbanding dengan negara yang konservatif.
Sebagai peranan ibu, mereka memainkan peranan yang sangat baik
dalam mendidik anak mereka. Ayah dan ibu dua-dua orang mempunyai
tanggungjawab yang samarata terhadap pertumbuhan anak mereka. Dalam
pendidikan, barat telah menunjukan contoh yang amat baik kepada negara yang
lain. Kanak-kanak barat mempunyai pemikiran yang matang, dan inilah kejayaan
ibu bapa. Budaya barat yang begitu terbuka membentuk personaliti kanak yang
mempunyai pemikiran yang bebas.
10 http://www.studentpulse.com/articles/395/western-feminism-in-a-global-perspective
tarikh pencapaian 20 Nov 2015

10

Pelajaran mereka sangat berbeza dengan negara kita, mereka diberikan
kebebasan untuk mempunyai pemikiran sendiri yang berbeza, tidak mengacuan
dengan pembelajaan dalam sekolah. Selepas mereka membesar, mereka perlu
berpindah ke rumah lain untuk belajar berdikari. Perempuan juga tidak
dikecualikan untuk berpindah keluar dari rumah. Oleh itu, wanita barat sangat
berdikari dan tahu bagaimana melindungi diri sendiri. Mereka sangat proaktif
dan pandai berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini banyak menjayakan
pekerjaan mereka dan inilah salah satu faktor wanita barat lebih berjaya dalam
pekerjaan berbanding dengan wanita negara yang lebih konservatif.

Dalam politik juga, mereka mendapat peluang yang lebih banyak untuk
mengambil jawatan dalam dewan atau wakil rakyat. Sebagai contoh, Hillary
Diane Rodham Clinton yang merupakan ahli politik Amerika, setiausaha ke-67 di
bawah kepimpinan presiden Barack Obama dari 2009 tahun hingga 2013 tahun.
11

Selain itu, wanita barat juga mengaktifkan diri dalam bidang kesukanan
seperti lelaki yang selalu melibatkan diri. Sebagai contoh, selalunya orang yang
mempunyai pendirian bahawa wanita tidak tahu bermain bola sepak tetapi Alex
Morgan telah mewakili wanita barat yang menunjukkan kebolehannya dalam
bola sepak. Alex Morgan ialah pemain bola sepak, seorang pemenang pingat
emas dalam Olympics, dan juara Piala Dunia Wanita FIFA (FIFA Women’s World
Cup).12 Serena Jameka Williams merupakan contoh lain yang beraktif dalam
tenis. Beliau seorang pemain tenis tempat pertama dalam wanita perseorangan
tenis dunia.13
Walaubagaimanapun, wanita barat yang memainkan pelbagai peranan ini
akan menerima tekanan dari pelbagai aspek. Sepanjang hari, mereka akan sibuk
untuk mengurus kerja dan keluarganya. Tekanan dari pengurusnya di tempat
kerja, kerja rumah yang tidak habis-habisan, pelajaran anank yang perlu
diperhatikan dan banyak lain perlu diselesaikan oleh seorang ibu yang
mempunyai pekerjaan. Wanita barat juga mendapat tekanan daripada
11 www.biography.com/people/hillary-clinton-9251306 tarikh pencapaian 28 Nov 2015
12 alexmorgansoccer.com/ tarikh pencapaian 28 Nov 2015
13 http://www.biography.com/people/serena-williams-9532901 tarikh pencapaian 28 Nov
2015

11

masyarakat barat yang mengharapkan wanita boleh menjaga rumahtangga dan
kerjanya dengan seimbang dan baik. Tetapi hakitatnya, keseimbangan
rumahtangga dan kerjaya sangat susah untuk dicapaikan.
Wanita merupakan manusia yang hebat dalam dunia ini. Mereka perlu
menjaga rumahtangga semasa menguruskan pekerjaan mereka. Wanita barat
telah memperjuangkan hak mereka dan kesamarataan janita, tetapi mereka juga
menghilangkan konsesi lelaki dan keselesaan mereka. Dengan kedudukan
wanita yang sama dengan lelaki, wanita perlulah berusaha menambah baik
sendiri kerana wanita dibawa lahir lebih lemah daripada lelaki dari segi fzikal
atau mental.

KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, isu tentang kedudukan wanita sebenarnya telah
lama menjadi isu yang hangat dibahaskan samada zaman moden kini mahupun
zaman dahulu kala. Isu wanita ini sebenarnya adalah persoalan bagi masyarakat
itu sendiri,samada di zaman sekarang mahupun zaman lampau. Pandangan
sesebuah masyarakat terhadap wanita itu sendiri menjadi pengukur status
martabat dan kedudukan mereka. Sebagai contoh,wanita

menurut

dua

pandangan ini iaitu pandangan Islam menurut Al Quran dan pandangan Hindu
menurut kitab veda yang meletakan wanita sebagai satu gender yang istimewa.
Kedudukan wanita di letakan pada kedudukan yang tinggi bagi setiap
pandangan ini. Namun biarpun peranan wanita itu jelas di dalam kitab veda
namun pada zaman Manu, kedudukan wanita itu dalam keadaan yang mundur
dan

merosot.

Hal

ini

jelas

menyatakan

bahawa

kedudukan

wanita

itu

digambarkan melalui pandangan setiap zaman dan masyarakat itu sendiri.
Berbeza dengan kedudukan wanita menurut pandangan Barat,pada
asalnya wanita dianggap sebagai satu kelemahan dalam sistem sosial peradaban
barat. Namun gerakan feminisme iaitu suatu gerakan yang meminta persamaan
hak wanita dan lelaki atau juga yang dikenali sebagai gerakan kesamarataan
janita berasal dari pandangan masyarakat Barat meletakan kembali status
wanita pada tempat yang sepatutnya. Gerakan ini sebenarnya menjadi pencetus
12

kepada kedudukan dan kesemarataan status wanita pada hari ini. Namun jika
kita lihat kembali pada hak dan kedudukan wanita pada pandangan islam
merupakan perjuangan dan tuntutan gerakan feminisme ini. Terdapat beberapa
persamaan dalam pandangan islam dan gerakan ini antaranya hak menuntut
ilmu dan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita. Cuma yang menjadi
perbezaan hanyalah kedudukan wanita dalam islam merupakan ajaran agama
dan pegangan setiap individu muslim. Manakala gerakan feminisme hanyalah
satu gerakan yang menuntut kebebasan wanita pada ketika itu dan ianya boleh
berubah di setiap peredaran zaman.
Konklusinya, peranan wanita pada era globalisasi ini begitu penting
dalam mencorakan sistem sosial mahupun sistem politik negara. Sesungguhnya,
wanita ialah modal insan yang amat penting bagi pembinaan keluarga bahagia
dan pembangunan sesebuah negara. Jika wanita dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, mereka boleh menyumbang kepada
arus perdana kehidupan dan memberi sumbangan bermakna dalam proses
pembangunan sesebuah Negara
RUJUKAN
Abdul Hadi Awang.2009.Islam Adil Untuk Semua.Kuala Lumpur:Al Hidayah
Publication
Dr.

Tareq

Al-Suwaidan.2013.Great

Women

In

Islam.Kuwait:CreateSpace

Independent Publishing
Muhammad Al-Ghazali.1964. Al-Islam wa Al-Thaqat Al-Mu'attalat,Kairo:Dar AlKutub Al-Haditsah
Sheikh Abdul-Majid Subhi.2008.Kedudukan Wanita dalam Islam.Kuala Lumpur:Al
Hidayah Publication
http://kebangkitan-hindu.blogspot.com/2012/09/peranan-wanita-didalam-hindudan-weda.html#ixzz3tHveOcFd
http://stitidharma.org/wanita-dalam-pandangan-hindu/
http://majalahhinduraditya.blogspot.com/2012/04/ardanareswari-dalamhindu.html
http://www.scribd.com/doc/96275318/Peranan-Wanita-Dalam-Agama-Hindu
13

14