PERANAN OPU BUGIS LIMA BERSAUDARA DI JOH

1

PERANAN OPU BUGIS LIMA BERSAUDARA DI JOHOR: KAJIAN
BERDASARKAN TEKS SILSILAH MELAYU DAN BUGIS, HIKAYAT UPU
DAENG MENAMBUN DAN HIKAYAT NEGERI JOHOR
Alwi Daud*
Universiti Malaya
Abstrak
Makalah ini membincangkan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam politik
Johor sekitar abad kelapan belas berdasarkan tiga teks utama iaitu Silsilah Melayu
dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor. Walaupun
terdapat pengkaji terdahulu antaranya Abdullah Zakaria Ghazali (2002), Ahmad
Farhan Abdullah@Zakaria (2011), Mardiana Nordin (2011) dan Arba’iyah Mohd
Noor (2007) membincangkan mengenai topik ini, tetapi perbincangan mereka kurang
menyeluruh. Abdullah Zakaria dan Ahmad Farhan lebih menumpukan watak
perseorangan dan menggunakan teks berkait rapat dengan Opu Bugis Lima
Bersaudara. Mardiana dan Arba’iyah pula hanya menyentuh perbincangan secara
umum dan tidak menggunakan ketiga teks yang dinyatakan. Oleh itu, makalah ini
bertujuan membuktikan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara yang menyebabkan
perubahan ketara dalam politik Johor berdasarkan teks Silsilah Melayu dan Bugis,
Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor. Makalah ini akan:

mengenal pasti pentadbiran Kesultanan Johor; menganalisis peranan Opu Bugis Lima
Bersaudara keturunan bangsawan diraja Bugis Luwu Sulawesi Selatan dalam politik
Johor; dan menilai peranan mereka sama ada memberi impak atau sebaliknya. Secara
keseluruhannya, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengubah landskap
politik Kesultanan Johor. Antaranya: mengekalkan kuasa keturunan Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah IV sebagai Sultan Johor yang dirampas oleh Raja Kechil; membentuk
jawatan Yang Dipertuan Muda yang tampak lebih berkuasa daripada sultan dan hanya
dipegang oleh suku Bugis; dan mengubah struktur jajahan di Johor. Seterusnya,
legitimasi Daeng Parani dan Daeng Chelak keturunan bangsawan diraja Bugis dari
Luwu Sulawesi Selatan masih mendominasi kerajaan Johor dan Selangor hingga kini
(2016).
Kata Kunci: Opu Bugis Lima Bersaudara, Johor, Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat
Upu Daeng Menambun, Hikayat Negeri Johor.

2

FIVE BUGINISE PRINCES ROLE IN JOHOR: A STUDY BASED ON THE TEXT
OF THE SILSILAH MELAYU DAN BUGIS, HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN,
AND HIKAYAT NEGERI JOHOR
Alwi Daud

University Of Malaya
This paper discusses the role of the Five Buginese Princes in Johor politics around the
18th century based on three main texts, the Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu
Daeng Menambun, and Hikayat Negeri Johor. The previous literature such as Ghazali
(2002), Abdullah @ Zakaria (2011), Nordin (2011) and Mohd Noor (2007) still have
lack discussion, for certain instance, Ghazali and Abdullah @ Zakaria more focus on
the individual character and optimised the relevant texts that associated with the Five
Buginese Princes. Nordin and Mohd Noor, however, briefly and generally discussed
without referring to the named three texts. Therefore, this paper aims to demonstrate
the role of the Five Buginese Princes which caused a significant change in Johor
political landscape. This paper will: identify administrative of Johor Sultanate;
analyse the political role of the Five Buginese Princes; and assess their role either
giving impact or otherwise to Johor political landscape. This paper is fully referred to
the named three texts. Hence, other supplementary texts were also used in this study.
The findings generally suggest that the role of the Five Buginese Princes managed to
change the political landscape of the Johor Sultanate. These include: to preserve the
power of Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV descendants as the Sultan of Johor, which
seized by the Raja Kechil; to establish the post of Yang Dipertuan Muda, who
appeared to be more powerful than the sultan; and to restructure of Johor the colonies.
Hence, the legitimacy of the Daeng Parani and Daeng Chelak descendants still

dominating the Johor and Selangor government until today.
Keywords: Five Buginese Princes, Johor, Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu
Daeng Menambun, Hikayat Negeri Johor.

3

Pengenalan
Opu Bugis Lima Bersaudara merupakan putera aristokrat Bugis yang berasal dari tiga
kerajaan iaitu Luwu, Bone dan Tanete (Barru) Sulawesi Selatan Indonesia.
Kemasyhuran mereka dalam senario politik Melayu telah meninggalkan kesan yang
ketara. Malah legitemasi kekuasaan mereka kekal hingga ke hari ini, khususnya di
Johor dan Selangor. Opu Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Parani (berkahwin
dengan puteri dari kerajaan Johor, Selangor dan Kedah), Daeng Menambun (menjadi
Raja di Pontianak), Daeng Marewah (Yang Dipertuan Muda pertama), Daeng Chelak
(Yang Dipertuan Muda kedua) dan Daeng Kemasi (Raja di Sambas Kalimantan) i .
Kelima mereka merupakan putera Opu Tenriborong Daeng Rilekkek Ibni La
Maddusila putera raja Luwu ke-24 dan 26 [ CITATION muh10 \l 5124 ]. Mereka
meninggalkan tanah Bugis (Sulawesi Selatan) ketika berlakunya perang saudara
antara Gowa-Makassar dengan Belanda, yang dibantu oleh beberapa kerajaan Bugis
iaitu Bone dan Soppeng. Konflik sedekad antara kedua pihak tersebut membawa

kepada penghijrahan besar-besaran orang Bugis ke pelosok Nusantara termasuk Johor,
begitu juga hal nya dengan Opu Bugis Lima Bersaudara yang keluar dari Sulawesi
untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Justeru, makalah ini akan membincangkan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara
dalam politik Johor sekitar abad kelapan belas berdasarkan tiga teks utama iaitu

4

Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri
Johor. Walaupun terdapat pengkaji terdahulu antaranya Abdullah Zakaria Ghazali
(2002), Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria (2011), Mardiana Nordin (2011) dan
Arba’iyah Mohd Noor (2007) membincangkan mengenai topik ini, tetapi
perbincangan mereka tidak menyentuh secara menyeluruh tentang peranan Opu Bugis
Lima Bersaudara di Johor. Abdullah Zakaria dan Ahmad Farhan lebih menumpukan
watak perseorangan dan menggunakan teks berkait rapat dengan Opu Bugis Lima
Bersaudara. Manakala Mardiana dan Arba’iyah pula hanya menyentuh perbincangan
secara umum dan tidak menggunakan ketiga teks yang dinyatakan secara
keseluruhanya. Oleh itu, makalah ini bertujuan membuktikan peranan Opu Bugis
Lima Bersaudara yang memberi kesan ketara dalam politik Johor berdasarkan kepada
tiga teks diatas. Makalah ini akan: mengenal pasti pentadbiran Kesultanan Johor;

menganalisis peranan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam politik Johor; dan menilai
peranan mereka sama ada memberi impak atau sebaliknya.
Pentadbiran Johor
Kerajaan Johor diasaskan pada tahun 1528 oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II.
Baginda merupakan Sultan pertama yang memiliki geneologi kesultanan Melaka
(Nordin 2008: 19). Kerajaan Johor pernah mengecapi era kegemilangan sebagai
sebuah pelabuhan terpenting selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Portugis

5

berjaya menawan Melaka akan tetapi keturunan raja Melaka masih wujud dan
mengasaskan kerajaan Melayu Johor ( Zakaria 1997: 4). Namun kegemilangan
warisan kesultanan Melaka ini, berakhir setelah berlaku suatu detik hitam dalam
Sejarah Melayu, apabila Sultan Mahmud Syah II mati di bunuh. Baginda yang
memerintah dari tahun 1685 hingga 1669 telah dibunuh oleh Megat Seri Rama.
Peristiwa ini menyebabkan berakhirnya waris Kesultanan Melaka dan Raja Seri Teri
Buana, yang dikaitkan dengan pahlawan agung Iskandar Zulkarnain dari Makedonia.
Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara Berdasarkan Teks Silsilah Melayu dan
Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor
Rentetan daripada kemangkatan Sultan Mahmud Syah II (mangkat di julang),

mengakibatkan Johor diperintah oleh Bendahara. Pada 8 Rabiul awal 1111 bersamaan
1 September 1669, Bendahara Tun Abdul Jalil menaiki takhta kerajaan Johor dengan
gelaran Sultan Abdul Jalil Syah IV (Nordin 2008: 21). Baginda memerintah selama
lapan belas tahun (Hassan 2014: 56). Namun setelah itu muncul seorang putera raja
dari Siak Minangkabau ingin menyerang Johor. Beliau adalah Raja Kechil yang
mengaku sebagai waris terakhir Sultan Mahmud Syah II. Beliau yang mendapat
bantuan dari Orang Laut, telah menyerang Johor dan berjaya menyingkirkan Sultan
Abdul Jalil Syah IV dari takhta. Raja Kechil kemudian menaiki takhta kerajaan Johor
dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.

6

Sementara itu Bendahara Tun Abdul Jalil yang mempunyai seorang Putera iaitu
Raja Sulaiman dan tiga orang puteri Tengku Tengah, Tengku Mandak dan Tengku
Kamariah telah berundur ke Terengganu dan kemudiannya ke Kuala Pahang.
Bendahara Tun Abdul Jalil kemudiannya mati dibunuh oleh hulubalang-hulubalang
Nahkoda Sekam atas arahan Raja Kechil ketika sedang menunaikan solat subuh
(Nordin 2008: 23).
Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Raja Sulaiman. Memandangkan
ketidakupayaan baginda untuk memerangi Raja Kechil, baginda meminta bantuan

daripada Bugis. Pakatan Bugis diketuai oleh Opu Bugis Lima Bersaudara berada di
Siantan pada masa tersebut. Mereka bersetuju untuk membantu Raja Sulaiman
merampas kembali takhta kerajaan Johor-Riau.
Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara bermula apabila membantu Raja Sulaiman
merampas kembali takhta kerajaan Johor dari Raja Kechil. Pakatan mereka diiringi
oleh hulubalang Daeng Manompo’, Daeng Massuro dan Daeng Muntu serta seorang
penggawa iaitu Taskuni dan beberapa Anri Guru.
Perang antara Pakatan Bugis diketuai oleh Opu Bugis Lima Bersaudara dengan
Raja Kechil berlangsung selama beberapa hari, akhirnya Raja Kechil dikalahkan dan
berundur ke Pulau Bayan. Beberapa hari berikutnya pertempuran tercetus dan sekali
lagi Raja Kechil dapat dikalahkan.

7

Namun demikian semasa Raja Kecil berundur ke Siak, segala alat kebesaran
seperti bedil kerajaan Lela Majnun, dengan Kendanga emas iaitu periuk emas dan
puan iaitu tempat sirih emas telah dibawa sekali olehnya. Tengku Kamariah adinda
Raja Sulaiman juga yang diperisterikan Raja Kecil kemudian di bawa ke Siak. Untuk
itu suatu perjumpaan telah dibuat antara Opu Bugis Lima dengan Raja Sulaiman.
Dalam Silsilah Melayu dan Bugis (Arenawati (penyelenggara) Silsilah 1973) Raja

Sulaiman menyatakan seperti berikut:
Maka inilah saya sangat benar-benar minta tolong dengan seboleh-bolehnya
kepada Opu-opu yang berlima beradik ini, buangkan arang yang ada
terconteng di muka saya semua orang Riau iniii

Pakatan Opu Bugis Lima bersetuju untuk melanggar Raja Kecil di Siak tetapi
ingin membuat perjanjian terlebih dahulu. Melalui perjanjian ini, peranan Opu Bugis
Lima Bersaudara semakin berkembang. Intipati perjanjian menyebut bahawa jawatan
Yamtuan Muda atau Yang dipertuan Muda akan diberikan kepada Opu Bugis Lima
Bersaudara dan keturunannya. Raja Sulaiman Yang Dipertuan Besar, manakala salah
seorang dari kerabat Bugis pula akan dilantik menjawat jawatan sebagai Raja Tua.
Menurut Andaya, jawatan Yang Dipertuan Muda menyamai dengan jawatan yang ada
dalam kerajaan Bone di Sulawesi Selatan. Ia juga diistilahkan sebagai Tomarilaleng.
Dalam kerajaan Bone, Tomarilaleng tidak pernah menjadi sebagai pewaris takhta

8

kerajaan, tetapi berkuasa untuk menangani seluruh urusan rasmi dan urusan penting.
Malahan dalam kerajaan ia sangat dekat dengan penguasa yakni raja. Tomarilaleng
Lolo dan Tomarilaleng Toa merupakan penasihat atau menteri yang mempunyai

hubungan akrab kepada raja. Model jawatan inilah yang dijadikan paksi kepada
jawatan Yang Dipertuan Muda dan Raja Tua yang menjadi dambaan Opu Bugis Lima
Bersaudara dalam kerajaan Melayu (Andaya 2010: 22). Sementara itu, Daeng Parani
kekanda kepada Opu Bugis Lima yang lain menyatakan dalam Silsilah Melayu dan
Bugis seperti berikut:
Dan lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan saja, jika diberinya
makan maka baharulah ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki-laki. Dan
jika datang satu-satu hal atau apa-apa juga bicara, melainkan apa-apa kata
Yamtuan Muda. Syahdan sekalian perjanjian kita mana-mana yang tersebut
itu, tiada boleh diobahkan lagi. Maka boleh kita semua pakai sampai kepada
anak-cucu-cicit turun-temurun kita kekalkan selama-lamanyaiii
Menurut Andaya lagi, kata-kata ini bersifat spontan dan bukanlah bermaksud
kuasa yang dimiliki oleh Opu Bugis Lima bersaudara melalui Jawatan Yang Dipertuan
Muda itu bersifat Mutlak. Ia bermaksud untuk menyampaikan sumpah dan taat setia
kepada raja, dalam kes ini ia melibatkan Opu Bugis Lima Bersaudara dengan Sultan
Sulaiman (Andaya 2010: 22).
Walau bagaimanapun resolusi ini bakal meluaskan lagi peranan Opu Bugis Lima
Bersaudara. Selesai mengadakan perjanjian Opu Bugis Lima ke Selangor

9


mengumpulkan orang-orang Bugis dan menyediakan kelengkapan perang. Manakala
Raja Sulaiman ke Pahang untuk meminta bantuan dari ayah saudara baginda iaitu
Bendahara Pekok.
Ketika Opu Bugis Lima Bersaudara ke Selangor, Raja Kechil yang berundur ke
Lingga telah datang kembali lalu melanggar Johor-Riau. Konflik ini berjaya diatasi
oleh Raja Kechil. Lantaran itu, Raja Kechil sekali lagi menguasai Johor-Riau dan saki
baki orang Bugis yang tewas, berundur ke Selangor untuk mendapatkan bantuan dari
Opu Bugis Lima Bersaudara.
Sementara itu di Selangor, Opu Bugis Lima Bersaudara mengadakan
perbincangan untuk melanggar Johor-Riau setelah mengetahui Raja Kechil berjaya
mengukuhkan kedudukan dan menawan kembali Johor-Riau. Perbincangan
melibatkan Opu Bugis Lima, penggawa dan Anri Gurunya. Kata sepakat telah dicapai
untuk terlebih dahulu menyerang Linggi. Hal ini disebabkan Linggi mempunyai
kepentingan dan pengaruh yang kuat kepada Raja Kechil. Situasi ini sekali lagi
memperlihatkan peranan yang dibuat oleh Opu Bugis Lima Bersaudara apabila
mereka mengepalai pakatan Bugis untuk melanggar Linggi. Perseteruan ini dimenangi
oleh pakatan Bugis, dan penghulu Linggi menghantar surat kepada Raja Kechil,
dalam Silsilah Melayu dan Bugis berbunyi seperti berikut:


10

Jika tiada lekas Duli Tuanku berangkat ke Linggi ini membantu akan patikpatik semua, niscaya alahlah negeri Linggi ini, dan patik semua bertuankan
Bugislah.iv
Setelah mendapatkan surat tersebut, Raja Kechil mempersiapkan bala tenteranya
untuk menentang pakatan Bugis. Pakatan Raja Kechil ini kemudian memasuki Linggi
menyiapkan kubu dan mengatur penjajap berhadapan dengan kubu pakatan Bugis.
Peperangan meletus dan berlanjutan hingga kemalam hari dan berhenti apabila paluan
gendang dipalu.
Kesempatan ini digunakan oleh Opu Bugis Lima Bersaudara dengan Daeng
Manompo’ dan kerabat Bugis lainnya berbincang bagi memperkemaskan strategi
perang mereka. Di sini peranan Opu Bugis sekali lagi ditonjolkan, apabila strategi
perang mereka berjaya direalisasikan. Dalam teks menyebut seperti berikut:
Maka bersabdalah Opu-opu itu kepada segala mereka itu, “Maka pada
siasatku dan ijtihadku dan fikiran ku, esok hari kita berperang bersungguhsungguh. Adapun kubu-kubu jarang-jarang membedil, dan perahu-perahu
berperang juga sampai undur ke kuala perlahan-lahan, supaya diikut oleh orangorang Siak, kerana disangkanya kita hampir-hampir tewas hingga malam.” Dan
menurut teks Silsilah Melayu dan Bugis lagi,
Apabila malam, maka aku bertiga serta Daeng Manompo’ belayar ke Riau
dengan perahu yang dua puluh buah itu, dan kamu semuapun yang tinggal di sini
berperanglah bersungguh-sungguh hati. Maka apabila dilihatnya aku semua
undur, disangkanya aku alah lari, tiada dapat tiada diikutnya. Maka apabila Raja
Kechil keluar mengikut aku, maka kamu semua rebutlah benar-benar Linggi itu,
nescaya tentulah dapat akan kita Linggi itu.v

11

Strategi ini berjaya dilaksanakan sekali gus mengalahkan Pakatan Raja Kechil
dan Linggi. Sebenarnya baginda Raja Kechil terlalu awal menjangkakan bahawa
pakatan Bugis akan kalah apabila melihat beberapa ghurap Bugis telah berundur ke
Kuala. Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara semakin jauh berundur ke Kuala dan ia
sekali gus memberi keyakinan yang tinggi bahawa Bugis akan kalah.
Situasi ini sebaliknya, Pakatan Bugis yang di ketuai Opu Bugis Lima Bersaudara
sebanyak dua puluh ghurap telah berjaya menawan Riau. Percaturan yang di rancang
oleh Opu Bugis Lima Bersaudara telah membuahkan hasil. Raja Kechil berundur ke
Siak dan yang masih tinggal ialah Penghulu Linggi dan pengikutnya. Tatkala melihat
Raja Kechil berundur ke Siak, beliau lalu berkata kepada pengikut-pengikutnya:
Pasanglah oleh kamu semua bendera putih tanda kita tunduk kepada Bugis
seperti kehendak setengah kamu yang mula-mula itu, kerana yang kita perangkan
ini raja, sekarang raja sudah lari. Kita di tinggalkannya, hendak dijadikan
tawanan orang.vi
Akhirnya Penghulu Linggi akur kepada Opu Bugis Lima Bersaudara dan
mengakui tidak akan menderhaka kepada Bugis.
Dalam pada itu peranan Opu Bugis lima bersaudara diteruskan lagi apabila
mereka bakal melanggar Siak. Dalam pertempuran sebelumnya, Raja Kechil telah
berundur ke Siak bersama alat-alat kebesaran Johor-Riau. Justeru, Opu Bugis Lima
berhasrat mendapatkan alat-alat kebesaran tersebut kerana menjadi simbol kedaulatan

12

kerajaan Johor-Riau. Persiapan telah dilakukan oleh pakatan Opu Bugis Lima
Bersaudara, dan dengan itu mereka melanggar Siak. Pakatan Opu Bugis memasuki
kota pedalaman Siak memaksa Raja Kechil dan pengikutnya berundur ke hulu Siak.
Pakatan Opu Bugis Lima terus menyerang dan mengejar, situasi ini menyebabkan
Raja Kechil berundur ke Sinapalan dan naik ke darat. Pakatan Opu Bugis Lima
termasuk Anri Gurunya dan Daeng-daeng Punggawa melanjutkan serangan memaksa
Raja Kechil berundur ke hutan belantara. Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara
akhirnya berjaya mendapatkan semula alat-alat kebesaran Johor-Riau seperti Lela
Majnun, kendaga emas, periuk emas dan puan tempat sirih. Kejayaan ini secara tidak
langsung berjaya menegakkan kembali kedaulatan Johor-Riau dan pada ketika itu
juga, Raja Sulaiman telah selamat kembali dari Pahang dan bakal ditabalkan sebagai
Sultan.
Seterusnya Opu Bugis Lima Bersaudara mengadakan perbincangan dengan
penggawa Bugis iaitu Taskani, merangkap wakil untuk menghadap baginda Raja
Sulaiman bagi perlantikan Yamtuan Muda atau Yang di Pertuan Muda. Penggawa
Taskani menghadap Raja Sulaiman secara protokol dan mempersilakan Opu Bugis
Lima untuk menghadap baginda Raja Sulaiman. Baginda Raja Sulaiman meminta
keputusan dari Opu Bugis Lima mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Yamtuan
Muda pertama. Opu Bugis Lima menyerahkan segala keputusan tersebut kepada

13

baginda Raja Sulaiman dan baginda berkenan melantik Daeng Parani sebagai
Yamtuan Muda pertama. Bagaimanapun Daeng Parani menolak dengan rela hati
kerana ingin memberi laluan kepada adik-adiknya. Silsilah Melayu dan Bugis
menyebutkan seperti berikut:
Adapun yang seperti saya ini, memohonlah dengan seboleh-bolehnya,
karena yang saya hajati siang dan malam ini hendak mencari kesenangan adikadik saya yang bertiga ini. Dan seperti adik saya Daeng Manambun sudah
tentulah tempatnya, karena ia dibuat menantu oleh Raja Matan. Maka yang
disusahkan lagi adik saya yang bertiga itu. Maka boleh pilihlah lagi oleh
baginda di dalam dianya yang bertiga inivii
Baginda Raja Sulaiman sekali lagi berbincang dengan Opu Bugis Lima dan
akhirnya sebulat suara memilih Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda pertama
dengan gelaran Kelana Jaya Putera. Untuk itu suatu majlis telah dibuat bagi meraikan
pertabalan Daeng Marewah dan perkahwinan kerabat Bugis dan Melayu juga turut
dilangsungkan. Baginda Raja Sulaiman menitahkan Bendahara agar mengarahkan
Temenggung menyiapkan balai untuk istiadat tersebut. Sementara itu, setelah Daeng
Marewah dilantik menjadi Yamtuan Muda, beliau lalu bangkit dan mangngaru di
hadapan Raja Sulaiman dalam bahasa Bugis seperti berikut:
Lihatlah Raja Sulaiman akulah yang menjadi Raja Muda akan mengakui
memangku kerajaan Raja Sulaiman yang boleh kuasa, yang melintang
kubujurkan dan yang bujur kulintangkan, dan yang semak berduri aku cucikan
seboleh-bolehnyaviii

14

Selesai upacara mangngaru, Opu Bugis Lima Bersaudara bermuafakat dan
bangkit lalu berkata seperti berikut:
Pada hari ini Raja Sulaiman menjadi Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah,
Raja Johor, Pahang dan Riau dengan segala takluk daerahnya sekalian.ix
Setelah itu baginda Raja Sulaiman berkenan menikahkan Tun Tipah dengan
Daeng Manompo, Daeng Parani dengan Tengku Tengah (adinda baginda Raja) Daeng
Massuro dengan Tun Kecil (anaknda Marhum Muda) dan Daeng Muntu di nikahkan
dengan Tun Inah (anaknda Marhum Muda) (Md.Nor Silsilah :1984: 89) Daeng Chelak
pula dikahwinkan dengan adinda Raja Sulaiman iaitu Tengku Mandak.
Perkahwinan antara kerabat Bugis dan kerabat Melayu ini mengukuhkan lagi
peranan dan pengaruh Bugis khususnya Opu Bugis Lima Bersaudara dalam kerajaan
Melayu. Upacara pertabalan dan perkahwinan antara kedua mempelai dibuat secara
besar-besaran.
Setelah selesai upacara perkahwinan diraja Bugis dan Melayu, Opu Daeng
Parani menghadap baginda Sultan Sulaiman untuk ke negeri Selangor. Opu Daeng
Parani ke Selangor diiringi oleh Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi.
Dalam Hikayat Upu Daeng Menambun, Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara
dalam kerajaan Johor-Riau dinyatakan ketika Raja Sulaiman memohon bantuan untuk
melanggar Raja Kechil. Sebelumnya Raja Kechil telah berjaya mengalahkan pakatan

15

Raja Sulaiman yang kemudiannya menduduki Johor-Riau. Dengan bantuan Bugis,
Raja Kechil ditewaskan. Walaubagaimanapun Raja Kechil sempat melarikan beberapa
alat kebesaran kerajaan Johor-Riau termasuklah bedil kerajaan Laila Majnun,
gendanga emas dan periuk emas serta puan emas (A.Hamid Hikayat 1980: 34).
Tengku Kamariah adinda Raja Sulaiman juga turut di bawa ke Siak oleh Raja Kechil.
Opu Bugis Lima Bersaudara bersetuju membantu Raja Sulaiman untuk
melanggar Raja Kechil. Walau bagaimanapun mereka sebelumnya telah mengadakan
perjanjian. Dalam perjanjian ini Raja Sulaiman menjadi Yang Dipertuan Besar
manakala salah seorang dari Opu Bugis Lima akan dilantik menjadi Yang Dipertuan
Muda. Setelah mencapai persetujuan dan membuat upacara sumpah setia kepada
perjanjian, pakatan Bugis dan Melayu Johor-Riau bergerak untuk melanggar Raja
Kechil. Dalam peperangan ini pakatan Raja Kechil berjaya di kalahkan. Segala alatalat kebesaran kerajaan telah berjaya didapatkan semula.
Seterusnya Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara menerima ucapan penghargaan
daripada Raja Sulaiman, dan meminta Opu Bugis Lima bermesyuarat bagi memilih
salah seorang daripada mereka untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan
Muda (Zakaria 2002 : 115). Setelah itu Opu Bugis Lima menghadap baginda Raja
Sulaiman dan dalam pertemuaan ini, Raja Sulaiman berkenan untuk melantik Daeng

16

Parani (Daeng Pali) sebagai Yang Dipertuan Muda pertama. Opu Daeng Parani
menolak, dalam teks Hikayat Upu Daeng Menambun menyatakan seperti berikut:
“Saya ini belum boleh jadi Yang Amtuan Muda, kerana saya hendak mencarikan
kesenangan saudara saya yang berempat ini”x
Hasil dari pertemuan ini sebulat suara melantik Daeng Marewah (Kelana Jaya
Putera) sebagai Yang Dipertuan Muda yang pertama. Baginda Raja Sulaiman bertitah
kepada rakyat negeri Johor-Riau untuk patuh kepada Yang Dipertuan Muda Daeng
Marewah demi kesejahteraan negeri Johor-Riau. Sementara itu baginda Raja
Sulaiman mengahwinkan Daeng Chelak dengan adindanya iaitu Tengku Puan.
Perkahwinan ini mengukuhkan lagi cengkaman, peranan dan pengaruh Opu Bugis
Lima Bersaudara keatas kerajaan Johor-Riau. Kemudian Daeng Parani memohon
perkenan baginda Raja Sulaiman untuk belayar ke Selangor. Daeng Parani
kemudiannya berkahwin dengan anaknda Yang Dipertuan Raja Selangor.
Dalam Hikayat Negeri Johor, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara banyak
berkisarkan kepada bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk merampas kembali
takhta kerajaan Johor-Riau dari Raja Kechil. Selepas kematian Sultan Abdul Jalil
Syah IV yang dibunuh oleh Nakhoda Sekam atas perintah Raja Kechil, baginda Raja
Sulaiman dan adindanya telah di bawah ke Riau (Zakaria 2002: 119). Selama enam
bulan Raja Sulaiman berada di Riau, Pakatan Bugis yang diketuai oleh Opu Bugis

17

Lima Bersaudara telah melanggar Riau untuk menyingkirkan Raja Kechil dan
peperangan ini telah dimenangi oleh pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara.xi Baginda
Raja Sulaiman kemudian dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah, Daeng Menampok pula dilantik sebagai Raja Tua dan Daeng
Marewah (Kelana Jaya Putera) menjadi sebagai Yang Dipertuan Muda dengan gelaran
Sultan Alaudin (Hussien 1979: 237). Sementara itu Daeng Parani dan Daeng
Menampok dikahwinkan dengan adinda baginda Sultan Sulaiman iaitu Tengku
Tengah dan Tun Tipah (Taip 2003: 55). Hikayat Negeri Johor juga mencatatkan
bagaimana pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mematahkan serangan
daripada Raja Kechil pada 7 Safar 1736. Seterusnya pada tahun 1748, datang pula
pakatan Raja Alam anaknda Raja Kechil bersama-sama dengan Daeng Mateko dan
Raja Emas untuk menyerang Johor-Riau. Walaubagaimanapun pakatan ini juga
berjaya dikalahkan oleh pakatan Bugis yang diketuai oleh Opu Bugis Lima
Bersaudara.
Impak Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara
Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara meninggalkan banyak kesan kepada kerajaan
Johor. Melalui peranan yang dimainkan mereka, wilayah dan naungan jajahan
kerajaan Johor pada sekitar abad kelapan belas meliputi Riau, Terengganu, Pahang,
Lingga, Selangor, Klang, Linggi, Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau dan Naning.

18

Selain itu, dinasti Bendahara yang wujud selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah
II dapat di kekalkan dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara. Dengan Bantuan
Opu Bugis Lima Bersaudara, putera sulung Bendahara Tun Abdul Jalil telah
ditabalkan menjadi Sultan Johor ke XIII bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam
Syah.
Impak yang terbesar setelah campur tangan Bugis dalam kerajaan Melayu khususnya
Johor-Riau ialah kewujudan jawatan Yang Dipertuan Muda. Jawatan ini merupakan
jawatan yang dicipta dan disandang oleh Bugis bagi membolehkan penglibatan
mereka dalam politik dan urusan pentadbiran kerajaan Johor serta jajahan
takluknya.xiiJawatan Yang Dipertuan Muda dan Raja Tua hanya dipegang dan diwarisi
oleh suku Bugis dan keturunannya. Daeng Marewah menjadi Yang Dipertuan Muda
pertama bergelar Kelana Jaya Putera. Berikutnya Daeng Chelak yang kemudiannya
diteruskan oleh Zuriat Daeng Parani iaitu Daeng Kemboja menjadi Yang Dipertuan
Muda ketigaxiii.Yang Dipertuan Muda ke empat dipegang oleh Raja Haji seterusnya
Raja Ali menjadi Yang Dipertuan Muda ke lima dan Raja Jaafar ke enam. Sementara
itu jawatan Raja Tua disandang oleh Daeng Menampok.
Peranan yang dimainkan oleh Opu Bugis Lima Bersaudara, telah memberi impak
kepada kemakmuran Johor. Begitu juga halnya dengan kekuatan angkatan perang. Ia
mengambil alih tugas yang di pegang oleh Orang Laut sebagai tentera untuk menjaga

19

keamanan kerajaan Johor. Mengikut catatan Belanda, pada tahun 1714, kekuatan
ketenteraan kerajaan Johor dan takluknya meningkat dengan ketara. xivIa menjadikan
Johor sebagai sebuah kerajaan yang masyhur dan menjadi tumpuan aktiviti
perdagangan dengan keamanan yang sedia ada.
Sementara itu, Selangor yang menjadi negeri dibawah naungan Johor telah ditadbir
urus oleh penguasa atau pemangku Raja. Beliau ialah Datuk Suliwatang atau Daeng
Lakani juga dari suku Bugis. Pada tahun 1730, Raja Lumu putera Daeng Chelak
telah dihantar ke Selangor untuk mentadbir negeri dan baginda kemudian ditabalkan
sebagai sultan Selangor pertama dengan gelaran Sultan Salehuddin Riayat Syah Ibni
Daeng Chelak. Untuk mendapatkan gelaran sultan yan berdaulat, Sultan Salehuddin
kemudiannya ke Perak untuk memohon perkenan secara rasmi sebagi Sultan
daripada Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud.
Selain itu, keadaan ekonomi Johor-Riau semakin maju dan meningkat, Tuhfat al-Nafis
menceritakan bagaimana perahu-perahu dagang datang dari barat dan timur.
Perdagangan secara sistem barter dijalankan dengan lancar dan aktiviti perdagangan
dikawal rapi dengan diketuai oleh Yang Dipertuan Muda. Tuhfat juga menyebut
bagaimana Yang Dipertuan Muda berperanan untuk menggalakan aktiviti
penanaman gambir di Riau. Ia meningkatkan ekonomi penduduk Johor pada masa
tersebut. Disamping itu juga menggalakan kedatangan pedagang dan pekerja-pekerja

20

dari luar negeri termasuk dari arab sekaligus menyampaikan dakwah di masjidmasjid. Kekuatan ketenteraan dan diperkuatkan dan kubu-kubu diperkemaskan.
Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengubah
landskap politik Kesultanan Johor. Antaranya: mengekalkan kuasa keturunan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV sebagai Sultan Johor yang dirampas oleh Raja Kechil;
membentuk jawatan Yang Dipertuan Muda yang tampak lebih berkuasa daripada
sultan dan hanya dipegang oleh suku Bugis; dan mengubah struktur jajahan di Johor.
Seterusnya, legitimasi Daeng Parani dan Daeng Chelak keturunan bangsawan diraja
Bugis dari Luwu Sulawesi Selatan Indonesia masih mendominasi kerajaan Johor dan
Selangor hingga kini (2016).“Walaupun muncul penguasaan politik pemerintah baru
iaitu suku Bugis di dalam politik kerajaan Johor, setidak-tidaknya suku Bugis ini
masih membantu dalam mengekalkan institusi kesultanan Johor daripada runtuh dan
menyelamatkan empayar Johor itu sendiri” (Nordin 2008: 62).

Nota

i* Alwi bin Daud merupakan pelajar Sarjana Sejarah Malaysia di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 2013 hingga kini (2016). Beliau boleh dihubungi melalui
emel daeng_putera_bugis@yahoo.com.
CO 439/1 The Administration Report Of The State Selangor, For the Year 1889.
Raja Ali Haji, Silsilah Melayu dan Bugis, Arena Wati, (penyelenggara), Kuala Lumpur: Penerbit
Pustaka Antara, 1973, hlm.67.
iii Ibid.
ii

iv Ibid.,hlm .70.
v Ibid.,hlm.71.
vi Ibid.,hlm.75.
vii Ibid.,hlm.80-81.
viii Ibid.,hlm.87.
ix Ibid.
x Rogayah A. Hamid, (diselenggarakan), Hikayat Upu Daeng Menambun, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm.37.
xi Ismail Hussien (ed), Hikayat Negeri Johor : A nineteenth Century Bugis History Relating events
in Riau and Selangor, R.O Winstedt, A History of Johore, M.B.R.A.S. Reprint No.6, Kuala Lumpur
: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1979, hlm 237.
xii Mardiana Nordin, Penglibatan Keluarga Bugis di Kalimantan Barat pada abad ke-18
berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, dlm Persada Jauhari, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.2012, hlm
211. Hakikatnya juga, jawatan ini tercipta lantaran membalas jasa Bugis kerana sumbangan besar
sehingga tertabalnya Raja Sulaiman ke atas takhta Kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman
Badrul Alam Syah (1722-1761).
xiii SP. 5215/1919. Genealogical Table in Respect of Raja Zainab Binti Raja Sulaiman. Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Politik dan Pentadbiran Johor-Riau 1721 Hingga 1824: Satu Tinjauan
Ringkas, dlm Polemik Sejarah Malaysia, Jil 2, 2009, hlm 94. Kekuatan ketenteraan di Terengganu
seramai 500 perajurit yang berkhidmat dengan sultan. Pahang 600 perajurit dengan 10-12 perahu
kecil dengan satu meriam di haluan dan 3-4 meriam di bahagian tepi. Riau 2000 orang perajurit,
Lingga 500 perajurit 7-8 kapal perang dengan meriam. Begitu juga di daerah-daerah jajahan lain
termasuk Selangor yang memiliki 300 orang perajurit yang berkhidmat untuk raja, hlm 94.
Rujukan
Abdullah Zakaria Ghazali (1997). Istana dan Politik Johor (1835-1885). Yayasan Penataraan Ilmu.
Kuala Lumpur.
Abdullah Zakaria Ghazali, (2002). ‘Daeng Chelak Ibni Daeng Rilekkek, : Menelusuri Maklumat
Daripada Teks Melayu’ , Jurnal Seri Alam, jil.8, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ahmad Fawzi Mohd. Basri, (2009) Politik dan Pentadbiran Johor-Riau 1721 Hingga 1824: Satu
Tinjauan Ringkas, dlm Polemik Sejarah Malaysia, Jil 2, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Haryati Hassan (2014). Peranan Bugis Dalam Kerajaan Johor-Riau pada Awal Abad ke-18, dlm
Warisan Bugis di Rumpun Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Ismail Hussien (ed). (1979). Hikayat Negeri Johor : A nineteenth Century Bugis History Relating
events in Riau and Selangor, R.O Winstedt, A History of Johore, M.B.R.A.S. Reprint No.6: The
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur.
Leonard Y. Andaya. (2010). Diaspora Bugis, Identitas dan Islam di Negeri Malaya, dlm Diaspora
Bugis Di Alam Melayu. Ininnawa, Makassar.
Mardiana Nordin (2012) Penglibatan Keluarga Bugis di Kalimantan Barat pada abad ke-18
berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, dlm Persada Jauhari, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mardiana Nordin,(2008) Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, Johor Baru.
Mohd. Yusof Md. Nor (1984) (Diusahakan), Silsilah Melayu Dan Bugis, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd, Petaling Jaya.
Muhlis Hadrawi. (2010) Menelesuri geneologi “Lima Bersaudara” Berdasarkan Naskhah Lontara.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Raja Ali Haji, (1973). Silsilah Melayu dan Bugis, Arena Wati, (penyelenggara). Penerbit Pustaka
Antara, Kuala Lumpur.
Rogayah A. Hamid, (1980), (diselenggarakan), Hikayat Upu Daeng Menambun, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Rusphin@ Mohd. Asyraf Taip. (2003). Sejarah Politik Negeri Selangor: Kajian Berdasarkan
kepada Teks: Hikayat Negeri Johor (Latihan Ilmiah), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Virginia Matheson (1982) (editor), Tuhfat al- Nafis, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

xiv