LANGKAH LANGKAH DALAM MEMILIH DAN MENGEN

1
1.0 PENGENALAN
Sejarah sememangnya merupakan disiplin sosial yang sangat penting sebagai satu bidang
ilmu pengetahuan untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang sudahpun berlalu. Kata dasar
“sejarah” ini berasal dari bahasa melayu yang mengambil suku kata bahasa arab iaitu
“sadjarah”. Bermacam-macam definisi yang telah dikemukakan mengenai maksud
perkataan ini seperti “pohon, keturunan, asal-usul dan juga diidentitikan dengan riwayat
dan salasilah.1 Selain itu, Carr. E.H mendefinisikan sejarah sebagai satu proses
perhubungan tidak putus-putus antara ahli sejarah dengan bahan-bahannya. Pendapat
Carr ini menyatakan bahawa sejarah ini merupakan satu penyelidikan yang memerlukan
pertimbangan fakta dan tafsiran berdasarkan maklumat yang diperoleh.2 Secara
keseluruhannya, sejarah ini boleh dianggap sebagai kajian terhadap satu peristiwa yang
lampau melalui pembuktian kukuh dengan menggunakan sumber-sumber sejarah yang
tepat.
Dalam satu penyelidikan sejarah, kajian yang dijalankan semestinya akan disudahi
dengan penulisan sejarah. Sumber sejarah sangat memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan sebuah penulisan sejarah kerana ianya sedikit sebanyak membantu seorang
penyelidik untuk mendapatkan kebenaran akan sesuatu peristiwa. Kesahihan sesuatu
peristiwa sejarah amat sukar untuk dipercayai kerana sering dikaitkan dengan unsur-unsur
dongeng, mitos dan juga khalayan semata-mata. Oleh itu, betapa pentingnya sumbersumber sejarah untuk betindak menjadi bukti penyelidikan satu peristiwa sejarah.
Terdapat pelbagai sumber-sumber sejarah yang boleh digunakan dalam penyelidikan dan

penulisan sejarah. Penggunaan sumber dalam penulisan sejarah sangat penting untuk
memastikan sebuah penulisan tersebut mempunyai mutunya tersendiri. Sumber sejarah
ini dapat membuktikan satu penulisan sejarah supaya ianya dapat diakui dengan
ketepatannya dan tidak mungkin akan berlaku penyelewangan fakta kepada sesuatu karya
pensejarahan.

1

2

Drs. Sidi Gazlba, Pengantar Sedjarah sebagai ilmu, Bhratara Djakarta, 1966, Hlm., 1

Muhd Yusof B. Ibrahim, Pengertian Sejarah,, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Kuala Lumpur,
1971, Hlm., 3

2
Setelah sumber-sumber sejarah diperoleh, sejarawan seterusnya harus memillih dan
mengendalikan sumber sejarah tersebut dengan tepat, kerana ianya dapat menghasilkan
penulisan sejarah yang objektif. Secara umumnya, konsep penulisan objektif ini
menjelaskan persembahan kajian sejarah yang tepat, yakni tiada penambahan atau bias

dan sebagainya.3 Selain itu, pengasas kepada aliran sejarah objektif iaitu Leopold Van
Ranke menyatakan bahawa konsep penulisan objektif merupakan satu kajian
pensejarahan yang memaparkan fakta-fakta tulen dan sahih berasaskan kepada kajian
ataupun penyelidikan yang mendalam terhadap sesuatu perisitwa-peristiwa yang telah
berlaku.4 Hal ini bermakna seorang penulis sejarah akan cenderung kepada ketepatan
sesuatu fakta tanpa membuat sebarang bantahan walaupun sesuatu sumber itu tidak
menepati kehendak yang diingini olehnya. Menyentuh perbincangan asal mengenai
pemilihan dan pengendalian sumber sejarah yang tepat, seorang penulis atau penyelidik
sejarah perlu mengikuti metod pengendalian sumber yang tepat mengikut proses-proses
penelitian yang betul. Setelah mengikuti metod tersebut, maka seorang penulis sejarah
akan dapat menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang objektif.

3

Ishak Saat, Penulisan Sejarah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2010, Hlm., 94.

4

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah,Penerbitan Multimedia, Selangor, 2012, Hlm., 21.


3
2.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMILIH DAN MENGENDALIKAN
SUMBER-SUMBER SEJARAH
Dalam memastikan sebuah penulisan sejarah yang objektif, sumber sejarah yang telah
diperoleh haruslah melalui proses pemilihan dan pengendalian sumber sejarah yang tepat.
Setelah sumber-sumber ini dapat dipilih dan dikendalikan dengan baik, maka barulah
seorang penulis itu dapat menghasilkan sebuah penulisan yang objektif iaitu hanya
mementingkan ketepatan fakta tanpa membuat sebarang percanggahan. Antara langkah
yang perlu dilakukan dalam pemilihan dan pengendalian sumber sejarah adalah heuristik,
kritikan, interprestasi dan historiografi. Langkah-langkah ini juga dikenali sebagai metod
penyelidikan sejarah.
2.1 PROSES HEURISTIK
Bagi memulakan satu penulisan sejarah, seorang penulis itu tidaklah akan terus
memulakan penulisan tanpa merujuk sebarang sumber rujukan. Oleh itu, bagi memulakan
satu penyelidikan sejarah, seorang penyelidik seharusnya menjalani proses heuristik
terlebih dahulu. Salah satu teknik yang membantu dalam pencarian kesan-kesan
peninggalan bukti sejarah digelar heuristik dan perkataan ini berasal daripada perkataan
greek “heuriskein” yang bermaksud mencari.5 Terdapat juga pendefinisian terhadap
proses heuristik sebagai satu teknik atau cara untuk menemukan sumber yang boleh
didapati melalui carian kepustakaan, pengamatan secara langsung melalui kajian

lapangan dan melalui wawancara untuk sejarah kontemporari.6 Proses heuristik ini
memerlukan seorang penyelidik bertindak untuk mencari sumber-sumber sahih yang
dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam penulisan yang akan dilakukan. Dalam
proses ini, penulis haruslah mengenali sumber yang bakal digunakan, sama ada sumber
tersebut sesuai serta menepati skop penulisan sejarah objektif. Untuk memastikan
sumber-sumber tersebut sesuai ataupun sebaliknya untuk digunakan, seorang penulis
5

6

G.J. Renier, History Its Purpose and Method, George Allen & Unwin LTD, London, 1961, Hlm., 106.

Drs. Alian, M. Hum, Metodologi Sejarah dan Implemetasi dalam Penelitian,Indonesia,
Jurnal, 2012, Hlm., 8.

4
perlu mengenalpasti sumber dari empat aspek iaitu jenis sumber, kesahan sumber, usia
dan tarikh sumber dan sifat sumber.7 Dengan membuat penilaian terhadap keempat-empat
aspek ini barulah proses pencarian sumber dapat dipastikan kebenarannya.
Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau “source” bermaksud sebuah karya

dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau
asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau hal-hal tersebut. 8 Dalam konteks sejarah,
sumber dapat didefiniskan sebagai bahan kajian yang sangat rapat dengan usaha
penyelidikan sejarah dan ianya merupakan bahan yang sangat penting iaitu menjadi
bahan asas bagi penyelidikan sejarah.9 Di samping itu, Yusof Ibrahim juga memberikan
pendefinisian terhadap sumber sebagai suatu ilham, iaitu sesuatu penulisan yang boleh
menjadi punca kepada sesuatu kelahiran pemikiran ataupun penulisan.10 Hal ini
bermakna, sumber akan berfungsi sebagai kumpulan maklumat bagi penulis menjana idea
untuk mencetuskan satu idea penulisan yang baharu. Secara tidak langsung perkara ini
akan meningkatkan tahap kebergantungan para penulis terhadap sumber. Secara
umumnya, sumber sejarah terdiri daripada empat jenis iaitu sumber primer, sumber
sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan.11 Maka, perkara ini sangat penting bagi
seorang penulis untuk mengenal pasti jenis-jenis sumber sejarah yang hendak digunakan
dalam penulisan sejarah.
a) Sumber Primer
Sumber primer merupakan sumber utama yang digunakan oleh para sejarawan yang
mana boleh memenuhi keperluan mereka untuk memahami sesuatu perisitiwa sejarah.
Tahap “reliable” sumber primer ini adalah sangat tinggi kerana ianya merupakan sumber
yang masih mentah lagi iaitu satu sumber yang belum mengalami proses tafsiran ataupun
7


P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 50.

8

R. Suntharalingam, Pengenalan kepada sejarah, Marican & Sons (M) Sdn, Bhd, Kuala Lumpur, 1985, Hlm., 28.

9

Ishak Saat, 2010, Hlm., 6-7.

10

Muhd Yusof Ibrahirn, 1997, Hlm., 155.

11

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012,Hlm., 35.

5

analisis. Sumber primer terdiri daripada sumber-sumber yang boleh didapati dalam
bentuk catatan, rekod-rekod kerajaan, fail-fail rasmi, surat menyurat, tulisan dan saksi
utama kejadian ataupun peristiwa lampau12 yang boleh diperoleh melalui keterangan
lisan. Kebiasaanya sumber-sumber yang berbentuk bertulis dan dokumen lebih mudah
untuk diperoleh di perpustakaan, jabatan muzium dan arkib. Sumber primer ini
sememangnya boleh dianggap sebagai satu sumber yang boleh dipercayai kerana ianya
melibatkan melibatkan keterangan saksi atau diri sendiri yang terlibat dalam sesuatu
perkara atau kejadian.13 Oleh itu, sumber ini dikatakan sumber yang mempunyai validity
yang tinggi berbanding dengan sumber sekunder iaitu sumber kedua.
b) Sumber Sekunder
Di samping itu, sumber sekunder juga dapat dijadikan sebagai sumber maklumat
tepat bagi sebuah penulisan sejarah yang objektif. Sumber sekunder atau sumber kedua
memberi maksud sumber yang terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui
pembacaan bahan bertulis iaitu maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. 14 Selain
itu, sumber sekunder juga dianggap sebagai kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan
yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesebuah kumpulan tentang sesuatu
peristiwa, tokoh dan sebagainya.15 Sumber ini merangkumi segala maklumat yang
diperoleh daripada buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan
jabatan dan blog.16 Sumber sekunder dianggap sebagai sumber kedua kerana ianya
merupakan tafsiran terhadap sumber primer yang telah diniliai oleh sejarawan. Sumber

ini tidak semestinya mengandungi maklumat yang tulen dan asli seperti sumber primer
kerana sumber ini sudah diproses menjadi satu bahan maklumat. Disebabkan sumber ini
merupakan sumber yang sudahpun dihasilkan melalui satu penyelidikan, penulis sejarah
seharusnya menitikberatkan ketepatan fakta dalam maklumat ini kerana sekiranya penulis
12

Ibid, Hlm., 36.

13

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Hlm., 74.

14

Ishak Saat, 2010, Hlm., 15.

15

Muhd Yusof Ibrahim, 1996, Hlm., 67.


16

Ishak Saat, 2010, Hlm., 15.

6
tidak mengendalikan dan memilih sumber ni dengan tepat, maka penulisan sejarah yang
bersifat objektif tidak dapat dihasilkan. Dikatakan juga, sumber bertulis yang terdapat
dalam sumber sekunder tidak mempunyai ketepatan fakta yang tinggi. Apatah lagi
sekiranya, sesuatu sumber bertulis itu terdiri daripada lebih daripada seorang penulis.
c) Sumber Arkeologi
Bagi sumber arkeologi pula, ianya juga membantu sedikit sebanyak dalam
pengendalian dan pemilihan sumber yang tepat. Perkataan arkeologi berasal daripada
perkataan Greek iaitu “arkhaiologia” yang membawa maksud barang-barang purba17 dan
bahan-bahan ini boleh dianggap sebagai sebuah artifak. 18 Artikfak ini merupakan sumber
sejarah yang hanya peninggalan kejadian manusia menjadi serpihan seperti tembikar, duit
syiling, manuskrip, buku, potret, setem, rambut dan bahan arkeologi dan antropologi
yang lain.19 Sumber ini masih tergolong dalam sumber primer dan tahap
kebolehpercayaan terhadap sumber ini masih boleh dipertimbangkan. Bukti-bukti
arkeologi juga didakwa sebagai testimoni sejarah yang lebih dipercayai (reliable)
daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertaluk kepada ruang dan waktu tertentu.20

Sumber arkeologi ini biasanya terdiri daripada tapak-tapak warisan ataupun bahan-bahan
peninggalan sejarah yang sudah berusi bekurun lamanya. Sumber sebegini sangat
memainkan peranan yang penting dalam meneliti tinggalan seumpama monumen, candi,
kuil, masjid, istana, tembikar, prasati dan lain-lainnya. 21 Tahap kebergantungan seorang
penyelidik sejarah terhadap sumber ini adalah sangat tinggi apabila sejarawan tersebut
membuat satu kajian mengenai sejarah zaman kuno. Sebagai contoh, kajian dokumen
berkaitan dengan penemuan arkeologi adalah mengenai batu bersurat di Terengganu yang
dianggarkan berusia lebih kurang 700 tahun.22 Batu ini dikatakan ditemui oleh seorang
17

Paul Bahn, Archaeology: A Very Short Introduction, Oxford University Press, t.tp, 2012, Hlm., 2.

18

Artifak ialah bahan yang dibuat oleh manusia dan masyarakat. Lihat P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar
Sejarah,, Penerbitan Multimedia, Selangor, 2012, Hlm., 83.
19

Louis Gottschalk, Understanding History a Primer of Historical Method Second Edition, Alfred A. Knopf, INC.,
1969, Hlm., 43.

20

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 90.

21

Ibid, Hlm., 90.
Ishak Saat, 2010, Hlm., 9.

22

7
ahli perniagaan iaitu Saiyed Husin Ghulam al-Bukhari yang menjumpai batu bersurat ini
separuh tenggelam selepas banjir surut di Tebih Sungai Tersat di Kuala Berang Hulu
Terangganu pada tahun 1899.23 Selepas penemuan batu ini ianya telah menjadi bukti
kedatangan agama islam di Terengganu pada tahun 1303 Masihi.24 Jadi dapat dilihat
sumbangan sumber arkeologi ini yang dapat menghasilkan satu kajian terhadap peristiwa
masa lampau dengan bukti catatan, peninggalan, tulisan dan sebagainya.
d) Sumber Lisan
Selain itu, sumber lisan juga boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh membantu
dalam penulisan sejarah yang objektif. Sumber lisan ini merupakan maklumat-maklumat
yang diperoleh melalui penceritaan mereka yang terlibat dalam sesuatu peristiwa tertentu.
Terdapat empat langkah dalam proses pengkajian sejarah lisan iaitu, penciptaan,
pemprosesan, pengumpulan dan penggunaan.25 Kebiasaanya sumber lisan ini diperoleh
melalui sumber-sumber daripada individu yang mempunyai pengalaman berharga dalam
satu perisitiwa lampau yang boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang
lain. Sumber tersebut boleh disampaikan dalam bentuk keterangan lisan melalui satu
proses wawancara yang diadakan. Wawancara tersebut akan dijalankan secara individu
ataupun berkelompok dengan menyediakan soalan-soalan yang berstruktur ataupun tidak
berstruktur. Akan tetapi, perkara ini akan dikhuatiri menjadi satu penyelewengan dalam
maklumat yang diturunkan kerana maklumat tersebut bukanlah diperoleh daripada
sumber saksi mata yang benar-benar menyaksikan satu perisitiwa sejarah. Walaupun
sumber ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dengan sumber
sekunder yang diperoleh melalui buku, majalah, blog dan sebagainya, namunya ianya
memberikan kesulitan kepada para penyelidik untuk memperolehinya jika dibandingkan
dengan sumber sekunder tersebut yang boleh dicapai dengan mudah melalui carian
kepustakaan atapun secara atas talian.

23

Ibid, Hlm., 10.

24

Ibid, Hlm., 10.

25

Willa K. Baum, Transcribing and Editing Oral History, American Association for State and local History, Nashiville,
1997, Hlm., 5.

8

Sumber lisan ini melibatkan pelaku persitiwa tersebut sama ada seorang saksi mata,
seorang pendengar atau seorang pemegang tradisi yang akan menceritakan peristiwa
berdasarkan ingatan, diari dan gambar.26 Dikatakan sumber lisan yang diperoleh secara
terus melalui keterangan saksi kejadian mempunyai tahap validity yang tinggi. Bahkan
ianya sendiri dapat menampung keperluan sumber bertulis. Hal ini kerana, kuantiti
sumber bertulis tidaklah banyak untuk digunakan dan tidak akan dapat memenuhi
kehendak maklumat yang diinginkan oleh seorang penulis. Perkara ini dapat dibuktikan
ketika zaman Rom lagi dengan kaedah yang digunakan oleh bapa sejarah dunia iaitu
Herodotus. Sebagai contoh, beliau telah melakukan pengembaraan ke Parsi semata-mata
untuk menjalankan kajian mengenai kebangkitan Empayar Parsi.27 Berdasarkan
pengembaraan Herodotus ini, dia telah mendapat maklumat yang banyak hasil dari
keterangan lisan berbanding dengan sumber bertulis. Sememangnya, hal ini dapat
dijadikan sebagai contoh terbaik bahawa keterangan lisan ini berkeupayaan untuk
menampung sumber bertulis malah kesahihan sesuatu sumber itu akan terjamin.
Setelah mengenalpasti sumber-sumber yang bakal digunakan dalam penulisan
sejarah yang berbentuk objektif, penulis haruslah mengesahkan kesahihan sumber
tersebut kerana ianya sangat mempengaruhi mutu sebuah penulisan sejarah. Penyelidik
terlebih dahulu seharusnya meneliti sumber tersebut sama ada boleh digunakan ataupun
sebaliknya. Perkara ini patut dilakukan jika menginginkan sesuatu fakta itu tepat, dan
penggunaan jenis sumber yang terbaik sangat penting untuk mengukur tahap kebenaran
sesuatu fakta tersebut. Selepas itu, dalam mengesahkan sesuatu sumber itu sama ada tepat
ataupun sebaliknya, penulis harus memahami dan meneliti usia dan tarikh sesuatu
sumber. Penyelidik harus memastikan kerangka masa sesuatu sumber adalah sesuai dan
tidak lari dari fokus penyelidikan yang telah ditetapkan. Ketepatan tarikh sesuatu
peristiwa sejarah amat penting bagi ahli-ahli sejarah terutamanya dalam melihat susunan
sesuatu kejadian sejarah.28 Akan tetapi terdapat beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh
26

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 85.

27

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan Kotokohan dan Karya, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1998, Hlm., 38.
28

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 52.

9
penyelidik sejarah setelah mengenalpasti sumber sejarah seperti bahasa. Selain itu,
ketepatan tarikh sesuatu sumber sejarah juga memberi ruang untuk ahli-ahli sejarah
melihat kesinambungan dalam perjalanan sesuatu peristiwa sejarah dan mencari
ketepatan fakta berkait sesuatu kejadian ataupun peristiwa sejarah. 29 Setelah itu, barulah
penyelidik boleh mengenalpasti sifat sumber-sumber yang bakal digunakan dengan
menilai keaslian sumber, sudut kandungan dan juga bentuk sumber sejarah. 30 Setelah
melaksanakan proses heuristik ini iaitu tindakan mencari dan mengenalpasti sumber,
barulah penyelidik sejarah boleh melaksanakan tindakan yang seterusnya. Keaslian fakta
sangat penting terutama sekali sekiranya melibatkan penulisan sejarah yang berbentuk
kronologi peristiwa untuk memastikan ianya mengikut satu turutan yang betul.
2.2 PROSES KRITIKAN SUMBER
Selepas menjalani proses heurisitik, langkah pemilihan dan pengendalian sumber yang
tepat perlu dikuti dengan proses kritik. Seorang manusia itu, sememangnya tidak boleh
lari daripada sifat ragu-ragu. Disebabkan oleh keraguan inilah yang mendorong manusia
menjadi seorang pengkritik supaya tidak menerima kebenaran sesuatu perkara itu dengan
mudah. Dalam falsafah, sikap kesangsian ini disebut sebagai skeptisme, yakni aliran
faham yang meragui setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu. 31 Dalam konteks sejarah,
Marc Bloch menerangkan kesangsian tersebut merujuk kepada keterangan yang diberikan
oleh saksi-saksi lampau menyebabkan proses dalam kalangan ahli sejarah tidak tepat. 32
Oleh itu, penulis akan membuat pengujian terhadap sumber yang telah dipilih yang telah
melahirkan proses kritikan. Penulis akan menilai sesuatu sumber tersebut adalah benar,
valid, mantap, dan di sini penulis akan menggunakan pengujian sumber iaitu melalui
kritikan dalaman (internal critic) dan kritikan luaran (external critic)33 dalam memastikan
sumber yang digunakan tepat untuk menghasilkan penulisan sejarah yang objektif. Proses
29

Ibid. Hlm., 53.

30

Ibid. Hlm., 53.

31

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 76.

32

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 60.

33

Anon, Bab 3 : Metodologi Penyelidikan, Universiti Malaya, http://studentsrepo.um.edu.my/905/6/BAB_3.pdf, Jurnal,
Hlm., 64. [22 Novermber 2015].

10
ini sangat penting bagi mengesan pemalsuan terhadap sumber supaya segala maklumat
dapat dijaga kesempurnaannya daripada penyelewengan fakta.
a) Kritikan Dalaman
Kritikan dalaman adalah usaha untuk menentukan keaslian sumber dengan
mengenalpasti kerangka masa dalam sesuatu sumber dan antara persoalan yang timbul
adalah (1) Bolehkah sumber itu dipercayai? (2) Adakah individu tersebut berada di
tempat peristiwa yang diceritakannya atau dia mendengarnya daripada orang lain dan (3)
Adakah keterangan-keterangan sumber mengenai perlakuan orang-orang yang terlibat itu
manasabah?34 Kritikan dalaman ini merujuk kepada isi-isi kandungan yang terkandung
dalam dokumen-dokumen yang telah dipilih. Setiap dokumen-dokumen yang diperoleh
haruslah ditafsir tanpa sebarang pengecualian jika menginginkan ketepatan fakta sumber
diketahui. Peraturan ini ditegaskan oleh Profesor Kitson Clark dengan menegaskan “tidak
ada dokumen, dan tidak ada pernyataan, rasmi atau bukan rasmi yang tidak boleh
disangsi.35 Maksud penegasan ini adalah, walaupun seorang sejarawan bertindak untuk
mentafsir keaslian sesuatu bahan seperti dokumen, surat-surat rasmi dan sebagainya,
namun ianya tidaklah boleh dianggap sebagai sumber yang salah semata-mata. Melalui
kritikan dalaman ini selalunya penulis akan menilai hasil tulisan atau sumber tersebut.
Bukan itu sahaja kritikan dalaman ini juga mementingkan kemunasabahan
(credibility) atau kewarasan sesuatu sumber itu.36 Selain itu, kritikan dalaman ini perlu
memastikan segala sumber yang diperoleh adalah tidak bersifat (bias) dan berat sebelah.
Penulis perlu memastikan peniliaian penulis tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
boleh menjejaskan ketepatan sesuatu fakta seperti emosi, persekitaran, budaya dan
politik.37 Dengan mengambil contoh penyertaan politik, seorang penulis yang “partisan”
atau beraliran politik tertentu akan meletakkan sumber tertentu sebagai benar dan
penting, sedangkan penulis yang beraliran politik yang lain akan menganggap sumber
34

Ibid, Hlm., 64.

35

R. Suntharalingam, 1985, Hlm., 41.

36

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 81.

37

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 68.

11
berkenaan sebagai tidak benar dan tidak penting, walaupun pada hakikatnya sumber
tersebut adalah tepat.38 Dalam mengejar matlamat sebuah penulisan sejarah yang objektif
penulis harus bersifat adil, bertolak ansur dan rasional dalam peniliaian fakta. Penulis
tidak boleh terbawa-bawa dengan pengaruh-pengaruh yang tidak profesional dalam etika
penulisan sejarah objektif sehingga mengetepikan sumber yang tepat dan tulen sematamata kerana ianya tidak sesuai dengan kehendak penulis.
b) Kritikan Luaran
Seterusnya, penulis juga akan membuat penilaian sejarah melalui kritikan luaran.
Bagi kritikan luaran (external critic) pula, ianya membawa maksud usaha-usaha yang
dijalankan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengesahkan sesuatu sumber primer yang perlu
dilakukan akibat daripada perbuatan memalsukan sumber-sumber primer.39 Di samping
itu, terdapat juga pendefinisan terhadap kritikan luaran ini sebagai usaha untuk
menentukan keaslian sumber seperti dokumen, rekod, kesan sejarah lama (relic) dan
sebagainya dengan mencari jawapan kepada beberapa persoalan dan antaranya persoalan
tersebut adalah (1) Adakah ia tulen atau tiruan? (2) Adakah ia yang asal atau satu
daripada set salinan? dan (3) Siapakah yang menulis, merekod atau mengucapkannya? 40
Kebiasaanya kritikan luaran ini akan lebih memfokuskan kepada kerangka waktu sesuatu
sumber sama ada ianya tepat mengikut zaman atau tempoh masa sesuatu peristiwa itu.
Segala maklumat-maklumat yang diperoleh tidak boleh hanya dinilai dengan membuat
penilaian sendiri, malah penulis perlu menjalankan ujian melalui ujian kimia dalam
makmal, tulisan, bahasa dan bahan.
Semestinya kritikan luaran ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan
kerana ianya melibatkan artifak dan bahan peninggalan sejarah yang boleh didapati
melalui sumber arkeologi. Kebiasaanya tugas ini akan dilakukan oleh pakar kimia yang
akan bekerjasama dengan penulis sejarah untuk menilai keaslian sumber primer tersebut.
38

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 83.

39

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 60.

40

Anon, Bab 3 : Metodologi Penyelidikan, Universiti Malaya, http://studentsrepo.um.edu.my/905/6/BAB_3.pdf, Jurnal,
Hlm., 64. [22 Novermber 2015].

12
Pakar kimia akan mengambil kira keadaan kertas, dakwat dan cap dalam sesuatu
dokumen tersebut akan berubah mengikut peredaran waktu dan juga zaman. 41 Sebagai
contoh, dokumen yang berasal dari tahun 1700-an adalah berbeza dan tidak sama sekali
dengan kertas yang dihasilkan pada tahun 1900-an. 42 Ujian kimia ini adalah sangat
penting untuk dilakukan kerana ujian ini dilakukan ke atas bahan yang sudah mempunyai
usia yang sudah lama dan salah satu cara untuk mengetahui ketulenan sumber tersebut
adalah dengan menguji bahan tersebut di dalam makmal.
Selain itu terdapat juga bukti akan betapa pentingnya kritikan luaran ini supaya tidak
lari daripada matlamat asal iaitu penghasilan penulisan sejarah yang objektif. Bukti
tersebut adalah mengenai pemalsuan Buku Harian Hitler. Sumber mengatakan bahawa
jika kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, boleh dikatakan bahawa sumber ini
adalah palsu kerana pada masa itu hanya kulit kambing sahaja yang digunakan sebagai
kertas dokumen.43 Bukan itu sahaja, Buku Harian Hitler ini juga dikatakan dicetak pada
tarikh 1350 M, sedangkan teknik percetakan hanya dikeluarkan pada abad ke 15. 44
Walaupun penemuan manuskrip ini mengandungi setiap tandangan Hitler pada setiap
lembaran, namun bukti kimia telah membuktikan bahawa dokumen ini adalah palsu.
Dalam ujian kimia yang dijalankan ini jugalah membuktikan bahawa betapa pentingnya
ujian kimia yang merangkumi penelitian terhadap tulisan, bahasa dan bahasa dalam ujian
makmal.
Secara keseluruhannya, kritikan dalaman dan luaran adalah proses yang dijalankan
selepas proses heuristik dengan membuat ujian dan penilian ke atas sumber-sumber yang
telah dipilih. Dapat dilihat kritikan dalaman berfungsi untuk menilai hasil tulisan atau
sumber tersebut manakala kritikan luaran pula berfungsi untuk membuat penilaian
terhadap keadaan fizikal sesuatu sumber. Penilaian sebegini tidak sepatutnya terlepas
daripada pandangan seorang penulis kerana di zaman yang begitu canggih pada hari ini
41

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm. 62.

42

Ibid, Hlm., 62.

43

R. Suntharalingam, 1985, Hlm., 38.

44

Ibid, Hlm., 38.

13
ianya memudahkan lagi penyelewengan fakta dilakukan kepada sesuatu sumber. Jika
perkara ini diambil ringan oleh penulis, maka matlamat utama untuk menghasilkan
penulis yang objektif akan gagal walaupun telah mengenalpasti dengan baik sumbersumber dalam proses heuristik sebelum ini. Selepas selesai melaksanakan proses
heurisitik dan kritikan, maka penulis akan bergerak ke proses seterusnya iaitu proses
interprestasi sumber.

14

2.3 PROSES INTERPRETASI
Proses ketiga merupakan proses interprestasi sumber yang dilakukan selepas proses
heurisitik dan kritikan sumber. Menurut kamus dewan edisi keempat, interpretasi ini
dapat dimaksudkan sebagai tafsiran dan penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan
sebagainya yang merujuk terhadap satu peristiwa. 45 Dalam proses interprestasi ini,
sumber-sumber maklumat yang telah diperoleh sebelum ini akan ditafsir semula oleh
penyelidik tentang fakta-fakta yang mungkin boleh terjadi bergantung kepada sudut
pandangan sesorang untuk mentafsir sesuatu peristiwa sejarah selagi ianya tidak lari
daripada ketepatan fakta. Para sarjana berpendapat tafsiran ini mempunyai hubunganhubungan sebab yang membolehkan penjelasan terhadap kejadian manusia atau
penyataan dan pertimbangan daripada pengarang atau penyelidik. 46 Apa yang
dimaksudkan di sini adalah tindakan mentafsir ini telah menemukan penyelidik kepada
sebab-sebab satu kejadian yang membawa kepada pertimbangan mereka terhadap
peristiwa tersebut, sama ada ianya boleh diterima ataupun sebaliknya. Akan tetapi
bagaimanakah jika seseorang itu tidak berupaya untuk membuat tafsirannya sendiri?
Perkara ini sepatutnya dielakkan kerana sebagai seorang penulis sejarah, golongan ini
seharusnya tahu dan mempunyai kemahiran dalam mentasifr sesuatu sumber sejarah.
Kemahiran yang baik dalam pentafsiran bahan mungkin dapat mengelakkan perdebatan
antara golongan sejarawan dan matlamat dalam penulisan objektif turut akan tercapai.
a) Tafsiran
Dalam menjalankan metod tafsiran ini, kebiasaanya sumber yang ditafsir adalah
sumber yang terdiri daripada sumber primer dan semestinya bukanlah sumber sekunder.
Pelbagai aspek penting yang perlu ditekankan oleh penulis sejarah jika hendak
melakukan proses interpretasi seperti aspek bahasa. Aspek bahasa ini sangat memainkan
45

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008-2015,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=interpretasi [ 24 November 2015].
46

Robert Jones Shafer, A Guide to Historical Method, The Dorsey Press, Georgetown, Ontario, United States, 1980,
Hlm., 190.

15
peranan yang penting dalam proses intepretasi kerana dikhuatiri akan memesongkan fakta
yang sebenar apabila ditafsir melalui penterjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang
lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui puisi dalam bahasa Perancis yang diterbitkan pada
akhbar The New York Times tahun 1940 yang menunjukkan kekaguman rakyat Perancis
terhadap Hitler dan memberikan penghinaan kepada pihak Inggeris. 47 Akan tetapi setelah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ianya memberikan maksud yang sangat berbeza
dengan mengagumi pihak Inggeris dan mengeji Hitler. Hal ini bermakna, ahli-ahli
sejarawan itu perlu memiliki kemahiran yang tinggi berhubung pengaplikasian bahasa
mengikut situasi.48 Bukan itu sahaja, penelitian terhadap penggunaan bahasa akan
membolehkan ahli-ahli sejarah memahami perkembangan sesuatu zaman dan juga dapat
mengetahui punca sesuatu sumber itu diperoleh. 49 Maka, jelaslah di sini akan pentingnya
kemahiran tafsiran melalui penguasaan bahasa seorang sejarawan dalam mentafsir
sesuatu sumber sejarah.
b) Penjelasan
Setelah penafsiran maklumat dilakukan, penyelidik akan memberikan penjelasan
terhadap tafsiran peristiwa yang dinyatakan dengan memberikan sebab dan akibat
kejadian peristiwa tersebut. Penjelasan ini memberikan ruang dan peluang kepada
sejarawan untuk mengutarakan pendapat melalui sudut pandangan mereka selagi ianya
tidak tersasar jauh dari fakta yang sebenar. Kebiasaanya, pandangan yang baru muncul
adalah disebabkan oleh kemunculan bukti-bukti baru. Seperti yang dinyatakan oleh
Profesor M.M Postan iaitu “bukti baru muncul serentak dengan kemunculan pandangan
yang baru”.50 Sebagai contoh, beliau ada menyebut bagaimana piagam-piagam yang
dikeluarkan dalam zaman pertengahan di Britain telah membantu kajian yang dijalankan
baru-baru ini untuk mendapatkan bukti mengenai pengumpulan modal, satu perkara yang
tidak terlintas dalam pemikiran ahli sejarah yang menggunakan sumber ini pada tahun
47

Louis Gottschalk, 1969, Hlm., 134.

48

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 56.

49

Ibid, Hlm., 56.

50

R. Suntharalingam, 1985, Hlm., 54.

16
1980-an.51 Hal ini bermakna, walaupun ahli sejarah bertindak untuk mengubah fakta yang
terkandung dalam sumber sebelum ini, ianya masih dianggap relevan sekiranya terdapat
idea-idea baru yang dikemukan selagi ianya tidak lari dari fakta yang sebenar. Ketetapan
fakta tersebut yang telah mencetuskan idea baharu semestinya perlu dibuktikan dengan
penemuan sumber-sumber sahih. Oleh itu, penulis boleh melontarkan idea-idea
baharunya dengan sokongan sumber-sumber yang boleh diakui. Setelah selesai
memberikan tafsiran dan penjelasan dalam proses ini, penulis akan beralih ke tindakan
yang terakhir iaitu proses historiografi.

51

Ibid, Hlm., 55.

17
2.4 PROSES HISTORIOGRAFI
Penulisan sejarah dianggap sebagai hasil laporan sesuatu kejadian 52 dan proses
historiografi merupakan proses penulisan sejarah iaitu sebagai langkah terakhir dalam
mengendalikan dan memilih sumber yang tepat. Proses ini dilakukan selepas proses
heuristik, kritikan sumber dan interpretasi. Historiografi ini merupakan satu kisah pada
masa lampau yang disusun semula oleh sejarawan berdasarkan fakta yang ada. 53 Selain
itu, terdapat juga pendefinisian terhadap historiografi sebagai penulisan daripada masa
lampau yang boleh digambarkan berdasarkan data yang diperoleh melalui beberapa
proses54 iaitu heurisitik, kritikan dan interprestasi. Hasil penyelidikan yang diperoleh
melalui proses pemilihan dan pengendalian sumber, segala-galanya akan ditulis dengan
menggunakan bahasa yang betul dan sistematik. Penulisan sejarah akan berkait rapat
dengan kronologi sesuatu peristiwa dan menjadi satu kepentingan untuk penulis sejarah
memastikan susunan kronologi sesuatu peristiwa itu mengikut susunan yang betul.
Penulisan sejarah mengikut kronologi yang betul akan dapat mengelakkan kekaburan
sekiranya susunan peristiwa tersebut teratur. Sususan peristiwa tersebut disusun
berdasarkan segala fakta-fakta yang diperoleh setelah melalui proses kritikan sumber
dengan mengenal pasti kerangka masa yang dijalankan dalam ujian kimia, bahasa, tulisan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kronologi peristiwa yang tepat dalam sebuah penulisan
sejarah adalah bertujuan untuk memberikan bukti akan kebenaran sesuatu peristiwa
tersebut benar-benar wujud dan bukanlah hanya rekaan semata-mata.

Dalam sebuah penulisan sejarah, seorang penulis itu perlu mengetahui tujuan dan
objektif sebenar penulisan yang akan dihasilkan. Penyataan tujuan penulisan boleh
memudahkan penulis untuk melontarkan segala idea-idea penulisan yang boleh
disumbangkan ke dalam karya pensejarahannya. Memandangkan sejarah merupakan
konteks ilmu sosial yang berkait rapat dengan peristiwa lampau, maka penulis sejarah
52

Drs. Hariyono, M.Pd., Mempelajari Sejarah Secara Efektif, Pustaka Jaya, Jakarta Indonesia, 1995, Hlm., 132.

53

Ibid, Hlm., 102.

54

Drs. Alian, M. Hum, Metodologi Sejarah dan Implemetasi dalam Penelitian, Indonesia, 2012, Jurnal, Hlm., 12.

18
sememangnya akan mengeluarkan hujah penulisan berkaitan masa lalu. Oleh itu,
penghujahan masa lalu ini bukan juga hanya semata-mata merujuk kepada peristiwa yang
sudah berlalu pada masa lampau tetapi ianya juga boleh dikira sebagai pandangan
terhadap peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang kesan daripada peristiwa
lampau tersebut. Hujahan masa lalu dilakukan berdasarkan kemungkinan dan
kebarangkalian melalui peristiwa sebelumnya dan kemungkinan serta kebarangkalian
dengan diikuti satu tanggapan.55 Hal ini bermakna, sesuatu kejadian lampau itu boleh
memberikan kesan pada masa yang akan datang. Sesuatu kenyataan itu besar
kemungkinan boleh menutup kesalahan individu tetapi berdasarkan peristiwa
sebelumnya, yang kebiasaanya akan menghasilkan kesimpulan yang berbeza.56 Walaupun
penulisan yang dihasilkan boleh mencetuskan andaian yang akan berlaku pada masa akan
datang, namun penulis sejarah tidak boleh terlalu ghairah dalam memberikan pandangan
dan andaian mereka sehingga menimbulkan konflik dan percanggahan yang menonjolkan
kepentingan diri sendiri. Sememangnya perkara ini seharusnya dielakkan jika masih
menginginkan sebuah penulisan sejarah yang objektif akan dihasilkan.
Tindakan terakhir yang akan dilakukan oleh penulis adalah dengan menyusun
struktur penulisan yang bakal dihasilkan. Tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis
perlu mempunyai kerangka yang jelas dengan tatabahasa yang baik supaya idea yang
disampaikan menunjukkan idea yang tetap dan mempunyai fakta yang dihuraikan dengan
jelas.57 Bahasa yang digunakan perlulah difahami oleh para pembaca dan penulis harus
memainkan perananya dalam penggunaan bahasa untuk memberikan kefahaman kepada
orang lain dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Memandangkan
penulisan yang ingin dihasilkan berpegang dengan konsep objektiviti, maka setiap isi
kandungan yang terdapat dalam buku haruslah mempunyai hubungkait dengan topik
utama yakni tidak lari daripada perbincangan asal supaya ianya tidak tersasar daripada
ketepatan fakta. Kebiasaanya, perenggan dalam penulisan akan mempunyai pengenalan

55

Ishak Saat, 2010, Hlm., 89.

56

Ibid, Hlm., 89.

57

Drs. Hariyono, M.Pd., 1995, Hlm., 135.

19
dan kesimpulan yang akan terletak pada awal dan akhir perenggan. 58 Tujuannya adalah
untuk menyatakan kepada pembaca tentang apa yang dilihat dan kemudian
mengingkatkan tentang kepentingan penulisan yang dibaca.59 Penulisan sejarah tersebut
boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk artikel, esei sejarah, buku dan sebagainya.
Struktur penulisan sejarah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian
awal, isi dan akhir.60 Pada bahagian awal, penulis akan menyenaraikan isi kandungan,
senarai singkatan, senarai jadual, lampiran dan gambar jika ada. Selepas itu, pada
bahagian isi pula penulis boleh membahagikan bahagian isi kepada lima bahagian iaitu
pendahuluan, latar belakang, isi-isi perbincangan yang merangkumi dua bahagian serta
kesimpulan di bahagian terakhir pada bahagian isi. Akhir sekali, pada bahagian akhir
penulis akan menyenaraikan senarai lampiran, bibliografi, dan senarai rujukan.61 Setelah
selesai membahagian pembahagian penulisan tersebut, maka penulis telah berjaya
menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang objektif yang tetap berpegang dengan
ketepatan fakta bermula dari proses heuristik sehingga ke proses historiografi.

58

Ibid, Hlm., 135.

59

Ibid, Hlm., 135.

60

Ishak Saat, 2010, Hlm., 108.

61

Ibid, Hlm., 108-109.

20
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, memandangkan matlamat utama penulisan adalah untuk menghasilkan
sebuah penulisan yang objektif, maka penulis harus melaksanakan proses heuristik, kritik,
interpretasi dan historiografi yang bergantung sepenuh dengan ketepatan dan kesahihan
sesuatu sumber. Oleh itu, untuk memilih dan mengendalikan sumber yang tepat itu
proses-proses tersebut harus dilaksanakan kerana, tindakan yang dilaksanakan sepanjang
proses ini adalah sangat teliti dan sentiasa berpegang dengan konsep ketetapan fakta
seperti yang diperlukan dalam sebuah penulisan objektif. Setelah mengikuti proses
pengendalian dan pemilihan sumber yang tepat maka, penulis akan berjaya dalam
menghasilkan sebuah penulisan sejarah objektif.