KEPERLUAN DAN PEMUASAN KEHENDAK GOLONGAN
1st National Conference on Communication Research & Exhibition [2015]) KUIS,
4 Mac 2015
KEPERLUAN DAN PEMUASAN KEHENDAK GOLONGAN MUDA TERHADAP
RANCANGAN BUAL BICARA BERBAHASA INGGERIS (HELLO ON TWO)
Hazlin Falina Rosli
Wan Amizah Wan Mahmud
Faradillah Iqmar Omar
Nurzakira Afnee Zakaria
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
[email protected], [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Televisyen merupakan media yang paling berkesan dalam mempengaruhi
kehidupan masyarakat. Kesan ini telah melahirkan intipati penonton terhadap
rancangan bual bicara yang menggabungkan unsur-unsur pengetahuan, pemikiran
dan hiburan sebagai satu pilihan alternatif penonton yang dahagakan sumber
informasi yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan dan
kepuasan golongan muda terhadap rancangan bual bicara berbahasa Inggeris –
Hello On Two. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perkaitan atau hubungan
keperluan dengan tahap kepuasan penontonan. Kaedah tinjauan digunakan untuk
mengumpul data dengan seramai 173 orang golongan muda yang terdiri dari
pelbagai latar belakang telah dijadikan sebagai responden kajian. Dengan
menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan, hasil kajian menunjukkan bahawa
golongan muda menonton rancangan bual bicara Hello On Two untuk memenuhi
keperluan interaksi sosial dan mereka merasa kurang puas dengan rancangan
Hello On Two kerana kurang memperoleh maklumat terkini dan isu semasa.
Kata Kunci – Keperluan, Kepuasan penontonan, Kegunaan dan Kepuasan.
PENGENALAN
Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat dalam proses pembangunan masyarakat. Realiti
televisyen hari ini membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh McLuhan (1964) bahawa
dunia elektronik, seperti televisyen, yang saling bergantungan telah melahirkan semula dunia
dalam imej komunikasi yang dapat membantu membuka dimensi baru kepada penonton yang
bukan sahaja mahukan maklumat dan berita tetapi juga inginkan hiburan daripada media massa.
Sejak tahun 1946 lagi fungsi radio dan televisyen di Malaysia adalah untuk menyalurkan
maklumat serta pendidikan kepada orang ramai. Dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawab
ini, Radio Televisyen Malaysia atau lebih dikenali dengan nama RTM dalam apa juga cara
penyaluran maklumat yang sesuai dengan khalayak perlu digunakan termasuklah memulakan
siaran pagi. Bermula 1hb. Januari 1987 siaran pagi bermula pada jam 8.00 pagi dimulai siaran
Berita Pagi, Selamat Pagi Malaysia, Kartun, Dokumentari, Sukan dan lain-lain. Memandangkan
negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu cuti umum pada hari Jumaat manakala negeri
Johor, Pahang, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak mengamalkan cuti pada hujung minggu maka RTM telah
52 |

mengambil inisiatif memulakan rancangan pada waktu pagi pada 4hb Julai 1987 dan bersiaran
pada hari Sabtu (Laporan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia, 1994).
Kemudian pada 1hb Mac 1994, siaran TV pagi mula bersiaran dari jam 6.00 pagi dan
kandungannya berbentuk berita dalam dan luar negeri. Ini kerana RTM melihat penerbitan
segmen rancangan-rancangan berbentuk Wawasan Suci, rancangan Cergas dan Cerdas, Sarapan
Malaysia, Kita Pengguna, Kesihatan, Lakukan Sendiri dan sebagainya mendapat sambutan yang
begitu menggalakkan sebelum ini dengan penerbitan siaran sebelah pagi (Laporan Penyelidikan
Kementerian Penerangan Malaysia, 1994).
Tujuannya supaya penonton mendapat manfaat dari rancangan-rancangan yang berbentuk
maklumat dan pendidikan. Tiada rancangan berbentuk hiburan disiarkan pada waktu ini. Faktor
peningkatan jumlah penonton telah membawa RTM agar meningkatkan kualiti persembahannya
dari masa ke semasa.
Selaras dengan perkembangan itu serta perubahan gaya hidup yang berlaku, masyarakat kian
dahagakan lebih banyak rancangan yang berbentuk kekeluargaan dan mendidik masyarakat
menggunakan bahasa Inggeris pada sebelah pagi selain berita dan dokumentari. Susulan itu,
RTM melalui Unit Ehwal Semasa Televisyen, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah
menyediakan satu-satunya rancangan bual bicara berbahasa Inggeris Hello On Two yang telah
memulakan siarannya pada 2 Mei 2005.
Secara dasarnya, Hello On Two atau dikenali dengan nama ringkasnya HOT merupakan satu
rancangan bual bicara dalam Bahasa Inggeris yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat di
TV2, jam 9.00 pagi – 10.00 pagi. Kemudian pada tahun 2008, Hello On Two di tukarkan ke
saluran TV1 atas dasar tidak mahu mencampur-adukkan saluran antara informasi dan hiburan.
Kemudian pada tahun 2009, atas permintaan penonton Hello On Two kembali bersiaran semula
di TV2 hingga kini. Kini siaran Hello On Two ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis melalui
saluran dunia ria TV2 pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Objektif rancangan Hello On Two ialah untuk memberi dan menyampaikan maklumat yang
terkini dalam bahasa Inggeris kepada penonton. Bahasa Inggeris yang digunakan juga adalah
ringkas dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan penonton terutamanya golongan muda. Lapan
orang pengacara yang ditugaskan mengendali rancangan bual bicara Hello On Two ini secara
bergilir-gilir mengikut hari siaran.
Golongan muda dirasakan amat sesuai menonton rancangan Hello On Two kerana ia
memaparkan isu-isu terkini dan penuh dengan informasi yang boleh menjana minda golongan
muda supaya dapat berfikir dengan lebih serius dan matang untuk mendukung cabaran negara
pada masa akan datang. Rancangan Hello On Two disiarkan selama satu jam dan diadakan
secara langsung di studio Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri.
Konsep rancangan ini menekankan satu isu pada satu hari dengan kupasan menyeluruh dan
membabitkan penyertaan penonton secara interaktif seperti penggunaan e-mel, sistem pesanan
ringkas (sms), facebook, panggilan telefon dan pendapat awam (vox-pop). Kupasan isu juga
dibuat dengan tetamu yang berkaitan dengan isu perbincangan pada hari yang sama di studio
untuk mendapatkan maklum balas segera.
Selain daripada itu rancangan bual bicara Hello On Two juga menyelitkan unsur-unsur hiburan,
pelancongan, makanan, haiwan peliharaan, permotoran, teknologi, perubatan dan isu-isu semasa
terkini bagi memenuhi citarasa penonton. Hello On Two juga sentiasa menampilkan imej segar
dari segi persembahan dan penyampaian mesej kepada penonton. Rancangan Hello On Two
53 |

terbahagi kepada beberapa segmen atau slot di samping di selitkan juga iklan, video klip dan
lintas langsung dari lokasi. Setiap hari terdapat empat atau lima segmen akan disiarkan
bergantung kepada tajuk yang diutarakan pada hari tersebut antara slotnya ialah ‘HOT NEWS
BRIEF’,‘HOT COFFEE BREAK’,‘HOT SHOT’, ‘HOT AND HAPPENING’,‘HOT WHEEL’
‘HOT HEALTH’,‘HOT PET’ ,‘HOT TRAVEL’dan‘HOT FOOD’,
Kesemua segmen tersebut mempunyai kekuatan dan daya tarikan tersendiri di mata peminat dan
penonton Hello On Two. Setiap segmen dikendalikan oleh beberapa pengacara yang telah
ditugaskan untuk membuat liputan tersebut. Pada kebiasaannya setiap penonton mempunyai
citarasa yang berbeza antara satu sama lain dan meminati segmen mereka masing-masing.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kandungan penonton yang menonton bual bicara mempunyai keperluan tersendiri yang ingin
dipenuhi oleh mereka. Keperluan penonton adalah pelbagai dan berbeza antara seorang
penonton dengan penonton yang lain. Setiap penonton mempunyai motif yang tersendiri apabila
mendedahkan diri mereka kepada media. Ia sama ada untuk memenuhi keperluan kognitif,
keperluan perasaan, keperluan peribadi, keperluan sosial ataupun keperluan melepaskan
perasaan.
Bagi memenuhi keperluan ini, penonton akan sentiasa mencari bahan media di televisyen bagi
memenuhi citarasa masing-masing yang akhirnya berupaya memberi kepuasan kepada mereka.
Tambahan pula, pemilihan sesuatu program televisyen oleh penonton juga mempunyai kaitan
dengan kandungan bahan media tersebut.
Merujuk rancangan Hello On Two pada awal kemunculannya hanya mempunyai sejumlah
20,000 orang penonton sahaja yang setia menonton rancangan tersebut, tetapi setelah dibuat
beberapa pembaharuan serta pertambahan segmen-segmen yang lebih menarik maka kadar
audien yang menonton rancangan Hello On Two semakin meningkat sehingga mencecah kadar
50,000 ke 100,000 orang bergantung kepada topik yang dibincangkan (AC Nielsen, 2010). Ini
menunjukkan rancangan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Jumlah penonton yang menonton rancangan ini bergantung kepada topik yang diutarakan dalam
setiap episod atau slot dalam sesuatu rancangan. Biasanya jika topik itu menarik ia akan
mengundang jumlah penonton yang ramai dan begitu juga dengan sebaliknya. Merujuk kepada
kajian ini, permasalahannya adalah untuk melihat hubungan di antara media iaitu program
televisyen bual bicara berbahasa Inggeris Hello On Two dengan keperluan dan kepuasan
golongan muda terhadap rancangan tersebut.
Pada umumnya, penonton mempunyai sebab tertentu mengapa mereka mendedahkan diri
mereka kepada media. Seseorang penonton akan menggunakan isi kandungan media untuk
keperluan. Malah penonton juga dikatakan sebagai entiti yang selektif, berasaskan latar
belakang, idea, citarasa, kehendak dan keperluan mereka. Oleh yang demikian penonton
berkuasa untuk menentukan pilihan mereka terhadap media agar mendapat kepuasan yang
diingini.
PERSOALAN KAJIAN
Berpandukan teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification) oleh Katz dan Blumler
(1974), kajian ini ingin menyelidik tahap keperluan yang mendorong penonton mengikuti
rancangan Hello On Two dan mengenalpasti tahap kepuasan rancangan bual bicara berbahasa
Ingggeris terhadap golongan muda. Oleh yang demikian, persoalan kajian dalam kajian ini
adalah:
54 |

Apakah tahap kepuasan yang diperolehi oleh penonton golongan muda apabila
menonton rancangan ini?
Apakah keperluan yang mendorong penonton mengikuti rancangan ini?
TEORI KEGUNAAN DAN KEPUASAN
Teori Kegunaan dan Pemuasan (Uses and Gratifications Theory) diadaptasi dari tradisi Teori
Fungsionalis yang diperkenalkan oleh para sosiologis termasuk Jay Blumler dan Elihu Katz
(1974). Jika ditelusuri sejarah Teori Kegunaan dan Pemuasan ini, ia mula diperkenalkan pada
awal tahun 1940an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942) dan Berelson
(1949). Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974, dalam Samsuddin A. Rahim 2003)
kebanyakan kajian mengenai komunikasi tertumpu pada sejauh mana sesuatu maklumat yang
disebarkan melalui media dapat mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang ramai. Tumpuan
yang sedemikian menunjukkan seolah-olah tidak ada fungsi lain untuk komunikasi massa selain
daripada tujuan pembujukan.
Oleh itu, Blumler dan Katz (1974), mencadangkan bahawa menurut Teori Kegunaan dan
Pemuasan pengguna media (khalayak) memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan
menggunakan media. Menurut kenyataannya, pengguna media mengambil bahagian dalam
proses komunikasi secara aktif dan menjadi sasaran media. Blumler dan Katz menyatakan
bahawa pengguna media mencari bahan atau program yang disiarkan yang mampu memberikan
kepuasan kepada pengguna media. Hal ini bermakna Teori Kegunaan dan Pemuasan
mengandaikan bahawa penonton mempunyai hak untuk memilih dalam memberikan kepuasan
kepada kehendak mereka.
Berdasarkan penjelasan tersebut, Katz lebih menjurus kepada kesan komunikasi. Perkara ini
disebabkan pada ketika itu banyak kajian menunjukkan media tidak begitu berpengaruh untuk
mengubah sikap dan tingkah laku khalayaknya. Contohnya, kajian Lazarsfeld yang
kemudiannya mencadangkan hipotesis sebaran dua peringkat setelah mendapati media tidak
begitu berpengaruh untuk memujuk orang ramai mengundi seseorang calon dalam pilihan raya
Presiden Amerika Syarikat. (Samsuddin A. Rahim 2003).
Kemudian melalui kajian yang dilakukan oleh Herta Herzog terhadap rancangan games show di
radio yang bertajuk ‘Professor Quiz – Gratifications Study’ pada tahun 1942 yang berpandukan
kepada teori uses and gratifications (Mason 1994).
Herzog menjalankan kajian mengenai cerita sedih bersiri di radio yang bertajuk ‘What We
Really Know About Daytime Serial Listeners’ (Lazarsfeld dan Stanto 1942) dengan
berlandaskan model uses and gratifications. Hasil kajian tersebut menunjukkan kebanyakan
pendengar wanita yang mendengar siaran bersiri itu menganggapnya sebagai alat melepaskan
perasaan dan ‘peluang untuk menangis’. Mereka juga turut terhibur kerana berpeluang
meluahkan perasaan agresif mereka. Ada yang menganggap kepuasan yang diperolehi sebagai
sumber nasihat kerana cerita-cerita itu seolah-olah ‘menerangkan sesuatu’.
Berelson (1949) juga menjalankan kajian berdasarkan model uses and gratifications yang
bertajuk ‘What Missing Newspaper Means’. Berelson telah mengadakan temuramah dengan
pembaca untuk mendapatkan maklum balas kerana mogok di New York pada masa itu
mengakibatkan orang ramai tidak mendapat bekalan surat khabar.
Keputusan itu memeranjatkan seperti kajian Herzog. Ramai pembaca mengatakan mereka
berasa sedih dan kurang selesa kerana merasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Mereka
menganggap surat khabar sebagai alat untuk mendekatkan persekitaran yang jauh. Tanpa surat
55 |

khabar, mereka berasa kejanggalan dan merasakan diri telah dipisahkan daripada dunia serta
seolah-olah tidak bersama dengan dunia ini.
Teori uses and gratifications mengandungi persekitaran sosial di mana pengguna media
dikategorikan berdasarkan ciri demografi, ahli kumpulan dan ciri personaliti. Faktor-faktor ini
akan menentukan keperluan dan kehendak mereka sama ada berbentuk keperluan kognitif,
perasaan, keperluan peribadi, keperluan sosial atau keperluan melepaskan tekanan dan perasaan.
Keperluan dan kehendak ini boleh dicapai melalui sumber bukan media seperti keluarga, kawan,
komunikasi interpersonal, tidur, hobi serta sumber media seperti pendedahan media, jenis
media, isi kandungan media dan konteks sosial ketika pendedahan media.
Berdasarkan teori ini, kajian menumpukan aspek keperluan dan kepuasan audien yang terdiri
daripada golongan muda yang menonton rancangan tv bual bicara. Ianya akan membincangkan
beberapa aspek seperti keperluan, kepuasan, tabiat dan persepsi penonton televisyen terhadap
rancangan tv bual bicara Hello On Two.
SOROTAN KAJIAN
Rancangan bual bicara dikatakan mempunyai kepelbagaian corak penyampaian dimana tetamu
jemputan dan penonton dapat saling berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, idea,
perdebatan, gosip dan sebagainya tentang sesuatu isu yang di bahaskan. Bentuk dan
pengisiannya pula berbeza dengan rancangan TV yang lain ini kerana rancangan ini lebih
tertumpu kepada perbincangan tentang pelbagai topik samada bercorak serius, santai mahupun
kontemporari. Di sini hubungan audien dan televisyen di lihat sangat intim kerana wujudnya
interaksi dua hala antara pengacara, tetamu dan penonton.
Carroll J. Glynn, et al. (2007) melihat bual bicara merupakan sumber penyampaian maklumat
atau orang tengah kepada kerajaan dalam memainkan peranannya dalam menyampaikan
ideologi politik dan sokongan bagi penglibatan kerajaan dalam masalah sosial masyarakat.
Selain itu, melalui kajian ini juga menunjukkan bahawa bual bicara turut memainkan peranan
penting dalam pembentukan pendapat melalui pendedahan dan persepsi penonton.
Manakala Bernadette Casey, et al. (2008) pula menyatakan bahawa rancangan bual bicara dapat
dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk rancangan TV dimana ia merupakan satu genre yang
khusus secara jelas melibatkan konsep perbualan, dialog dan wacana antara pengacara, tetamu
dan audien.
Manakala Marshall dan Werndly (2002) pula melihat bual bicara terbahagi kepada dua bentuk
perbincangan iaitu perbincangan secara langsung dan perbincangan tidak langsung.
Perbincangan tidak langsung merujuk kepada genre dialog, penceritaan monolog dan ‘voiceover’ misalnya di dalam drama, soap opera dan komedi. Berbeza pula dengan perbincangan
yang dijalankan secara langsung merujuk kespontanan dan skrip yang digunakan oleh pengacara
di dalam rancangan-rancangan yang bercorakkan berita, dokumentari, rancangan realiti dan
rancangan ‘lifestyle’.
Haarman (2001) mengikut kajiannya ada tiga jenis ciri-ciri bual bicara iaitu perbincangan
dengan penonton, perbincangan yang berorentasikan isu dan sembang-sembang. Manakala,
Timberg dan Erler (2002) menyatakan bentuk genre bual bicara meliputi perbualan mengenai
isu berita, hiburan dan situasi sosial yang berlaku pada masa itu. Walaupun kajian telah
dilakukan namun, bual bicara juga merupakan satu genre yang umum serta memiliki ciri-ciri
format tertentu seperti pengacara menemuramah tetamu, selebriti dan lain-lain. Timberg dan
56 |

Erler berpendapat bahawa ‘the television talk shows has been host – centered and defined,
forged in the present tense, spontaneous but highly structured, churned out within the strict
formulas and measured segments of costly network time and designed to air topics appealing to
widest possible audience’.
Secara umumnya, rancangan yang berkonsepkan bual bicara ini mula di ketengahkan di
Amerika dan British sekitar tahun 1950-an. Ia bermula dengan rancangan seperti Parkinson,
Late Show with David Letterman dan So Graham Norton. Rancangan ini berbentuk
perbincangan dengan meletakkan selebriti sebagai tarikan utama untuk mempromosikan filem
terbaru, album, rancangan TV dan buku kepada para penonton. Kemudian pada tahun 1980-an
dan 1990-an muncul rancangan seperti Oprah, Donahue dan Kilroy yang menjadi kegilaan baru
penonton di seluruh dunia. Susulan itu, corak penampilan rancangan ini nampak lebih berani
dengan menonjolkan kepelbagaian pengisian mengenai kisah-kisah hidup masyarakat dari
pelbagai latar belakang dan budaya.
Malaysia dilihat menggunakan kandungan yang sama dalam penyiaran bual bicara seperti di
barat cuma diglokalkan mengikut citarasa tempatan. Siaran pagi dimulakan pada 1 Mac 1994
siaran TV RTM jam 3.50 petang pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala hari Khamis pada
jam 12.00 tengahari, sementara itu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad siaran dimulakan pada jam 8.00
pagi. TV3 pula memulakan siaran pada pukul 9.00 pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 1.30
tengahari Khamis dan 4.20 petang pada hari Isnin hingga Rabu. RTM dan TV3 menamatkan
siaran sebelah malamnya lebih kurang jam 12.00 malam. Kemudian mulai 1 Mac 1994, siaran tv
telah dimulakan pada pukul 6.00 pagi setiap hari oleh rangkaian RTM1 dan TV3. Ini bermakna
penonton TV Malaysia dapat menonton selama 18 jam sehari mulai tarikh ini.
Menurut Tony Wilson (2007) rancangan TV bual bicara di Malaysia di percayai meresap masuk
akibat pengaruh barat ke atas Asia, secara tidak langsung mendapat perhatian apabila mula
diperkenalkan dan membuka tirai di Malaysia. Rancangan ini dianggap istimewa pada ketika itu
kerana membawa suasana kombinasi perbahasan dan perbincangan isu semasa kepada audien di
Malaysia. Rancangan-rancangan yang disiarkan lebih berbentuk maklumat dan pendidikan di
samping hiburan bagi menjurus ke arah matlamat memaklumatkan penonton televisyen di
samping mencapai hasrat kerajaan membentuk masyarakat bermaklumat sejajar dengan
Wawasan 2020.
METODOLOGI
Berdasarkan kajian ini, kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat
yang berkesan ialah dengan mengedarkan borang kaji selidik mengenai rancangan Hello On
Two. Sebanyak 250 borang kaji selidik telah diedarkan kepada golongan muda yang berumur
antara 15-30 tahun dan hanya 173 yang dikembalikan kepada pengkaji. Secara khususnya,
pemilihan responden adalah terdiri daripada mereka yang menonton rancangan Hello On Two di
TV2 setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Rancangan ini
bersiaran secara langsung selama 1 jam.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan
merupakan salah satu jenis persampelan bukan kebarangkalian. Dalam persampelan ini,
pengkaji perlu menggunakan pertimbangannya sendiri untuk memilih responden yang paling
sesuai dengan kajiannya. Lazimnya individu yang dipilih itu akan meningkatkan nilai maklumat
yang diketahui oleh pengkaji terhadap situasi dan perilaku individu yang dikehendaki oleh
pengkaji. Dalam hal ini, individu yang dipilih pengkaji untuk ditemubual atau diperhatikan
mempunyai maklumat perspektif, atau apa sahaja tujuan yang hendak dikaji oleh pengkaji.
Dalam kajian ini responden terdiri daripada mereka yang menonton rancangan tv bual bicara
57 |

Hello On Two. Kaedah ini digunakan kerana memandangkan penonton yang dipilih adalah
terdiri daripada penonton yang hanya menonton bualbicara Hello On Two sahaja.
Pemilihan golongan muda ini dilakukan kerana untuk melihat sejauh mana kepuasan yang
diperolehi mereka selepas menonton rancangan TV ini sekaligus membantu mereka dalam
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seharian.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dimensi kajian ini akan menjurus kepada lima angkubah iaitu jantina, umur, kaum, pekerjaan
dan penguasaan bahasa Inggeris. Sebanyak 250 borang kaji selidik telah diedarkan kepada 125
orang responden lelaki dan 125 orang responden perempuan. Kemudian, hanya 173 orang
responden sahaja yang telah mengembalikan borang soal selidik ianya terdiri daripada golongan
muda lelaki dan perempuan berumur 15-30 tahun telah diuji dalam tinjau selidik tersebut. Jadual
1 menerangkan bahawa daripada 173 orang responden, majoriti responden terdiri daripada
perempuan iaitu sebanyak 119 (68.8%) manakala sebanyak 54 responden (31.2%) pula ialah
lelaki.
Jadual 1 : Taburan responden mengikut jantina
Jantina
Jumlah (%)
Lelaki
54 (31.2%)
Perempuan
119 (68.8%)
Keseluruhan
173 (100%)
58 |

Jadual 2 : Min Item Keperluan Penontonan (n = 173)
Pemboleh ubah
Tidak melakukan
apa-apa kegiatan
pada waktu itu
Untuk melegakan
rasa sunyi di rumah
*Tidak terdapat
banyak maklumat yang
berkaitan dengan
masyarakat masa kini
Peratus
-----------------------------------------1
2
3
4
24.9
38.2
27.2
9.8
Min
S.P
2.22
.933
17.9
2.41
.970
2.66
1.12
22.5
39.9
17.3
25.4
31.2
16.8
28.9
Ahli keluarga turut
sama menonton
rancangan tersebut
21.4
31.2
22.5
24.9
2.51
1.08
*Tidak sukakan
pengacaranya
31.2
13.3
23.1
32.4
2.57
1.23
*Tidak membantu
membebaskan diri
dari tekanan dan masalah
10.4
16.8
50.9
22.0
2.84
.885
Ingin mempelajari
tentang dunia orang dewasa
11.6
34.1
42.2
12.1
2.55
.852
Isu yang dikupas dan
dipaparkan berkait
dengan hidup saya
9.2
29.5
51.4
9.8
2.62
.788
*Tidak membantu
meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris saya
20.2
16.2
21.4
42.2
2.86
1.175
Isu yang dipaparkan oleh
Hello On Two menjadi
topik utama ketika berbual
dengan jiran atau rakan
11.0
19.7
39.3
30.1
2.88
.964
*Segmen-segmennya
27.2
15.0
21.4
36.4
2.67 1.22
tidak menarik minat saya
Nota : Min skor keseluruhan = 2.61, Sisihan Piawai = 1.07
* Skor bagi item-item negatif ini telah dikodkan semula, dimana respons “Tidak Setuju” dan
“Sangat Tidak Setuju” kepada penyataan negatif diberi skala yang tinggi.
59 |

Min skor keseluruhan analisis keperluan penontonan adalah 2.61 manakala sisihan piawai =
1.07 (Jadual 4.5.1). Berdasarkan jadual 2, majoriti responden menyokong kenyataan “Isu yang
dipaparkan oleh Hello On Two menjadi topik utama ketika berbual dengan jiran atau rakan”
(Min=2.88, SP=.964) manakala kenyataan “Tidak melakukan apa-apa kegiatan pada waktu itu”
mendapat sokongan paling sedikit daripada responden (Min=2.22, SP=.933).
Jadual 3 : Min Item Kepuasan Penontonan (n = 173)
Pemboleh ubah
*Hasil penyampaian
yang tidak jelas,
tepat dan padat serta
tidak begitu meyakinkan
oleh pengacara dalam
rancangan Hello On Two
Berasa terhibur setelah
menonton Hello On Two

15.6
11.0
26.0
47.4
Min
S.P
3.05
1.10
8.1
44.5
35.3
12.1
2.51
.811
*Segmen serta topik yang
11.6
dipaparkan amat mebosankan
12.1
27.7
48.8
3.13
1.02
Bantu untuk berehat setelah
melakukan pelbagai kerja
7.5
42.2
43.4
6.9
2.50
.736
*Kurang memperoleh
maklumat terkini
dan isu semasa
6.9
16.8
29.5
46.8
3.16
.945
Bantu melepaskan
tekanan yang dialami
8.7
27.2
32.9
31.2
2.87
.958
*Tidak membantu
merapatkan hubungan
saya dengan ahli keluarga,
rakan dan jiran semasa
menonton Hello On Two
11.6
20.2
39.9
28.3
2.85
.965
Menjadi sebahagian
daripada rutin harian
16.2
22.0
34.7
27.2
2.73
1.03
Merangsang minda
dan pemikiran
12.1
48.6
30.6
8.7
2.36
.806
49.7
3.03
1.14
*Bahasa yang digunakan
16.8
13.3
20.2
di dalam rancangan
ini sukar untuk difahami
Nota : Min skor keseluruhan = 2.81, Sisihan Piawai = 1.10
60 |

“Sangat Tidak Setuju” kepada penyataan negatif diberi skala yang tinggi
Min skor keseluruhan analisis kepuasan penontonan adalah 2.81 manakala sisihan piawai = 1.10
(Jadual 4.6.1). Berdasarkan jadual 3, majoriti responden menyokong kenyataan “kurang
memperoleh maklumat terkini dan isu semasa” (Min= 3.16, SP=.945) manakala kenyataan
“merangsang minda dan pemikiran” mendapat sokongan paling sedikit daripada responden
(Min=2.36, SP= .806).
KESIMPULAN
Bagi kajian mengenai keperluan dan kepuasan golongan muda terhadap rancangan bualbicara
Hello On Two, kajian ini menggunakan teori uses and gratifications yang dinyatakan oleh Katz,
Gurevitch dan Haas (1973). Menurut mereka, sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media
akan dapat mempengaruhi sikap atau tingkahlaku khalayak merupakan faktor atau kunci utama
yang dapat menerangkan tentang tingkahlaku seseorang di dalam teori ini tetapi ia menjadi
sangat relevan dengan kajian ini.Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkahlaku golongan muda
terhadap rancangan bualbicara Hello On Two dipengaruhi oleh keperluan, kepuasan dan
persepsi penontonan. Secara tidak langsung, kajian ini telah membantu menambahkan lagi
alasan lain mengapa seseorang penonton itu menonton sesuatu program di televisyen.
Selain itu, program Hello On Two ini disiarkan bertepatan dengan saranan yang dibawa oleh
kerajaan supaya rakyat dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi kedua. Ini menunjukkan bahawa program ini dilahirkan tidak sia-sia malah
membawa misi kerajaan bagi memantapkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat sekaligus
melahirkan generasi pemikiran minda kelas pertama.
Melalui hasil kajian ini juga ianya dapat memberi cadangan, gambaran serta kesedaran kepada
badan-badan penyiaran tertentu untuk memantapkan lagi rancangan bual bicara berbahasa
Inggeris bagi menarik lebih ramai audiens terutama golongan muda untuk menonton rancangan
tersebut. Selain itu, dapat membantu pihak penerbitan RTM dalam menjalankan dasar
penerbitan bagi menghasilkan rancangan bual bicara yang berkualiti, bermutu tinggi,
berinformatif, menepati kehendak sasaran dan keperluan semasa.
Kesimpulannya audien merupakan ejen yang penting kepada industri media massa. Tanpa
mengira jenis dan bentuk media, media massa seperti televisyen tidak mampu berkembang
hingga ke hari ini dan pergi lebih jauh jika tiada audien. Audien dalam konteks kehidupan
moden kini menggunakan televisyen dalam kehidupan seharian mereka. Ini menyebabkan
pengamal media dan pihak penaja berusaha memaksimumkan keuntungan dengan menawarkan
program yang mampu memberi keseronokan kepada audien. Lebih dari itu banyak kajian
dijalankan menjurus kepada sesuatu yang diminati atau tidak. Oleh yang demikian audien perlu
lebih bersikap rasional dalam membuat pilihan sama ada untuk meneruskan aktiviti penontonan
mahupun tidak. Audien nyata boleh mengawal kehendak dan mempunyai pilihan dalam
memuaskan kehendak masing-masing.
CADANGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN
Hasil kajian yang telah dilakukan ke atas seramai 173 responden yang terdiri daripada golongan
muda menunjukkan bahawa responden memperoleh kepuasan serta mempunyai keperluan
tertentu apabila menonton rancangan bual bicara Hello on Two. Untuk kajian lanjut, sampel
kajian boleh dilanjutkan kepada pelbagai peringkat umur seperti golongan dewasa yang
61 |

mungkin turut sama menonton rancangan seumpama ini. Pengkaji juga berpendapat bahawa
kajian berbentuk kualitatif seperti kumpulan fokus boleh dijalankan pada masa hadapan untuk
mendapatkan hasil kajian yang lebih memberangsangkan. Selain itu, ia juga membantu pengkaji
mendapatkan pelbagai maklumat mengenai persepsi dan sikap terhadap penontonan bual bicara
di samping mengenal pasti gelagat dan perilaku penonton ketika ditemubual oleh pengkaji.
Penyelidik di masa hadapan juga boleh mengkaji kandungan atau kesesuaian pengisian program
televisyen bual bicara seumpama ini bagi melihat kesannya kepada khalayak.
Rujukan
Berelson, B. 1949. What “missing the newspaper” means. Dlm. P. F. Lazarsfeld & F. N. Stanton
(pnyt.). Communication research 1948–1949. hlm. 111–129. New York: Harper.
Blumbler, J.G. & E. Katz. 1979. The Uses of Mass Communications:Current perspectives on
Gratifications Research. London : Sage Publications.
Haarman, L. 2001. Television Talk shows : Discourse, Performance, Spectacle. Dlm. A. Tolson
(pnyt.). Performing Talk, hlm. 31-64. Hillsdale, NJ : Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Katz, R., Gurevitch, M. & Haas, H. 1973. On the use of mass media for important things.
Studies of Broadcasting 9 : 31-65.
Katz, R., Gurevitch, M. & Blumber, J.G., 1974. Utiization of mass communication by the
individual. Dlm. J.G. Blumber & e. Katz (pnyt.). The uses of mass communications:
Current perspectives on gratifications research. hlm. 19-32. Beverly Hills, CA : Sage
Publication.
Kerlinger, F.N. 1973. Foundations of behavioral research. London : Holt, Rinehart & Winston.
Laporan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia. 1994. Kajian Siaran TV Pagi.
Cawangan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, 1-14 Jun.
Lazarsfeld, P. F., & Stanton, F. 1942. Radio research, 1942–1943. New York: Duell, Sloan &
Pearce.
Marshall, J. & Werndly, A. 2002. The Language of Television. London & New York :
Routledge.
McLuhan, M. 1964. Understanding Media. New York: McGraw-Hill
McQuail, D., Blumler, J., Brown. 1972. Why Do People Watch Television. Dlm. McQuail, D.
(pnyt.). The television audience: A revised perspectives. Harmondsworth: Penguin.
Mersham, G. & C. Skinner. 1999. Uses, gratifications and dependency theory.
http://www.comsi.co.za/gdependencytheory.htm. [19 Julai 2010]
Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Samsudin A. Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Acting with and for Youth.
http://www.unesco.org/new/en/social-and-human-sciences/themes/socialtransformations/youth/ [7 Januari 2011]
62 |