IDA 152 BAB 2 PERKEMBANGAN PERADABAN ISL

Bab 2
PERKEMBANGAN
PERADABAN ISLAM
Disediakan oleh :
AHMAD HISHAM AZIZAN

2.0 Perkembangan Peradaban Islam

2.1

• Peradaban Islam di zaman awal
Islam

2.2

• Zaman Bani Umayyah dan
Abbasiyyah

2.3

• Zaman Kerajaan Uthmaniyyah


PENDAHULUAN
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan
Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam
berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan
Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar
Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang
terkuat dan terbesar di dunia.
Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam
yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul
dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke
tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah
iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

3


Skop Perbincangan

Zaman Perkembangan Peradaban Islam

Zaman
Perkembangan
Zaman Khulafa‘
ar-Rasyidin

Zaman
Kecemerlangan
Zaman kerajaan Bani
Umayyah, Abbasiyah
dan Uthmaniyah

Zaman Awal
Zaman Nabi Muhammad

Semenanjung
Arab Sebelum

Kedatangan
Islam

4

Semenanjung Arab Sebelum Kedatangan Islam

Lokasi
Negara-negara semenanjung Arab ialah Arab Saudi, Kuwait,
Bahrain, Turki, Syria, Yaman dan (Lihat peta).
Keadaan masyarakat
Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat Arab Hadhari
dan Arab Badwi
Hidup berpuak-puak dan sangat mementingkan perkauman
dan
keturunan
Diketuai oleh Sheikh Qabilah (Ketua Suku).
Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh mewarisi
harta dan boleh dijual beli atau dijadikan hamba seks)
Mengamalkan budaya tilik nasib

Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian dan sastera
seperti sajak, puisi dan pidato.
Sikap positif :- menghormati tetamu dan menepati janji
5

Sambungan….

Kepercayaan
Menyembah berhala dan lain-lain kepercayaan
Menganut agama yang telah diselewengkan dari agama asal
Nabi Ibrahim iaitu agama Tauhi
Ekonomi
Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai sumber
ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman
Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang
ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.
Perdagangan secara sistem barter

6


2.1 TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN AWAL –
(NABI MUHAMMAD)
ISLAM DI
MEKAH

PERISTIWA
HIJRAH

ISLAM DI
MADINAH

Keperibadian
Nabi Muhammad

7

Perkembangan Islam di Mekah dan Madinah

Madinah
(622-632

Masehi)

Mekah
(610
-622Masehi)

HIJRAH

8

ISLAM DI MEKAH
LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH NABI
MUHAMMAD

AQIDAH

Mengubah
kepercayaan
kepada
konsep

keesaan
kepada Tuhan
Membasmi
amalan
khurafat

AKHLAK

Menggalakkan amalan nilai
murni – tolong menolong,
hormat menghormati
Menentang
sikap
kepada suku kaum

fanatik

9

HIJRAH:

Perpindahan [hijrah] Rasulullah
s.a.w. dari Makkah ke Madinah
demi menegakkan Islam sebagai
ad-Din dan daulah [negara]

HIJRAH KE MADINAH

PERISTIWA
HIJRAH
Tahun HIJRAH - 622 Masihi
Nabi Muhammad berumur 53 tahun
Faktor penghijrahan
Jemputan dari masyarakat Arab Yathrib/Madinah
Selepas berlakunya perjanjian Aqabah
Setelah mendapat wahyu dari Allah
Setelah melihat umat Islam ditekan dan dipulau oleh
masyarakat Arab Mekah
Antara sahabat yang berhijrah bersama Nabi ialah Saidina
Abu Bakar as-Siddiq
Masjid berperanan sebagai tempat ibadah dan penyebaran

agama Islam.
Hikmah Peristiwa Hijrah
Konsep ukhuwwah – pencetus kedamaian Madinah
11

ORGANISASI
TENTERA
EKONOMI

POLITIK
SOSIAL

DAKWAH

PENDIDIKAN
SENIBINA

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DI MADINAH:
PERUBAHAN & SUMBANGAN


ASPEK SOSIAL
 Menyatukan golongan Muhajirin
(pengikut Rasulullah s.a.w. yang
berhijrah
dari
Makkah
ke
Madinah) & Ansar (penduduk asal
Madinah yang telah memeluk
Islam)
 Mengangkat golongan wanita
yang sebelum ini ditindas &
dipandang hina oleh masyarakat
Arab Jahiliah
 Mewujudkan institusi masjid yang
memainkan peranan penting
dalam membina kecemerlangan
umat Islam

ASPEK POLITIK


NABI MUHAMMAD s.a.w.
DILANTIK MENJADI

KETUA NEGARA

piagam
Madinah
 Membentuk
[sahifah al-Madinah]
 Melantik gabenor, pemungut cukai
&
hakim
untuk
melicinkan
pentadbiran wilayah Islam
masyarakat
baru
 Melahirkan
dikenali
sebagai
ummah
&
merubah prinsip suku bangsa
 Mengasaskan sistem syura iaitu
suatu
sistem
permesyuaratan
dalam
kerajaan
Islam
yang
berpandukan al-Quran & al-Hadith
– dikenali sebagai Majlis Syura atau
Majlis Penasihat
 Pembentukan NEGARA ISLAM

PERTAMA

PERLEMBAGAAN
MADINAH /SAHIFAH AL-MADINAH
perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia

• Tujuan utama digubal : Mewujudkan keadilan dan kesaksamaan kepada
semua suku kaum yang berada di Madinah.
• Mengandungi 47 fasal yang menjamin hak asasi
dan kedudukan masyarakat Madinah yang
berbilang kaum.

15

PIAGAM MADINAH [SAHIFAH ALMADINAH]
Mengandungi 10 bab & 47 fasal iaitu:
Bab 1: Pembentukan ummah [Fasal 1-2]
Bab 2: Hak Asasi manusia [Fasal 3-10]
Bab 3: Perpaduan seagama [11-15]
Bab 4: Perpaduan seluruh warganegara [Fasal 16-23]
PIAGAM MADINAH

Perlembagaan bertulis
pertama di dunia

Bab 5: Golongan minoriti [Fasal 24-35]
Bab 6: Tugas warganegara [Fasal 36-38]
Bab 7: Melindungi negara [Fasal 39-41]
Bab 8: Pemimpin negara [Fasal 42-44]

47 FASAL:

23 Fasal – Hubungan
Sesama Umat Islam

Bab 9: Politik perdamaian [Fasal 45-46]
Bab 10: Penutup [Fasal 47]

23 Fasal – Hubungan
Dengan Bukan Islam

1 Fasal - Penutup

MADINAH menjadi Pusat Pemerintahan Islam
Pertama

Penerimaan ajaran Islam oleh kaum Ansar di Madinah (puak Aus
dan Khazraj) di peringkat awal kedatangan Nabi Muhammad dan
para sahabat baginda ke Madinah.
Perjanjian Kebebasan yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad
-Setiap manusia yang hidup dijamin hak asasi mereka
Perjanjian keadilan dan keamanan
– jenayah diharamkan, menghalang penceroboh/perampas
Persefahaman di kalangan penduduk
- Yahudi dan Muslim adalah warganegara Madinah.
- Memberikan peluang kepada orang Yahudi/bukan Islam
menyumbang idea/pendapat/tenaga kerja/penglibatan dalam
organisasi/aktiviti
ekonomi Madinah.
Sistem Organisasi yang amat kukuh berlandaskan prinsip Syura
Termaktub dalam sebuah perjanjian
17

ASPEK EKONOMI
 Memperkenalkan dasar percukaian tersendiri
iaitu zakat, jizyah, kharaj, fai’ dan ‘usyur.
 Menghapuskan amalan riba
 Menggunakan emas [dinar] & perak [dirham]
sebagai mata wang – suatu yang telah
disunnahkan oleh Nabi s.a.w.
 Memperkenalkan dasar-dasar berhubung
pasaran iaitu mengiktiraf pasar bebas
individu & mengadakan pasar kawalan
kerajaan
 Penubuhan BAITULMAL – Hanzalah dilantik
sebagai setiausaha untuk memastikan urusan
sentiasa berjalan dengan baik
orang
Islam
untuk
 Menggalakkan
menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
 Mengasaskan sistem penguatkuasaan –
mengelakkan penipuan & penyelewengan
 Memberi perhatian kepada bidang ternakan
& pertanian – pekerjaan utama rata-rata
penduduk Madinah

SUMBER KEWANGAN NEGARA ISLAM MADINAH
ZAKAT – kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu
yang mencukupi nisab
JIZYAH – cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendiami
negara Islam
KHARAJ – cukai tanah milik orang bukan Islam atau cukai ke atas tanah milik orang
Islam yang diperolehi melalui peperangan
FAI’ – harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian daripada pihak musuh setelah
pihak musuh menyerah kalah
‘USYUR – 1/10 cukai yang dikenakan ke atas perniagaan atau komoditi orang bukan
Islam
GHANIMAH – harta rampasan perang 4/5 [80%] daripadanya diberi kepada para
pejuang Islam
KHUMUS – Kadar 1/5 ke atas harta karun, harta benda dan sebagainya
SADAQAH – sedekah yang diberikan oleh penduduk Madinah

ASPEK DAKWAH
 Rasulullah s.a.w. memberi perhatian
serius kepada bidang dakwah & secara
kasarnya tertumpu kepada:
 Membina & menyusun masyarakat
serta negara Islam
 Memelihara & mempertahankan
masyarakat dan negara Islam

 Mengirim para pendakwah ke seluruh
pelusuk Semenanjung Tanah Arab &
negara-negara yang berjiran mengajak
mereka kepada Islam – Rasulullah s.a.w.
memberi latihan insentif kepada mereka
agar Islam dapat disebarkan dengan baik

ORGANISASI TENTERA

TUJUAN PEPERANGAN:
Bersifat mempertahankan agama
& penyebarannya, nyawa, harta
benda dan maruah umat Islam dan
bukannya atas dasar kepentingan
politik, ekonomi dan sosial sematamata

 Tiada satu organisasi tentera yang khusus
ditubuhkan. Sebarang pengambilam,
pemerintahan dan gerakan ketenteraan
adalah bersifat SUKARELA.
 Ketua Panglima Tentera negara Islam
yang pertama di Madinah ialah
RASULULLAH S.A.W.
 Taktik peperangan Nabi s.a.w. banyak
bergantung kepada keadaan persekitaran
medan peperangan & musuh yang
dihadapi. Antaranya:
 Membuat perjanjian perdamaian
dengan pihak musuh
 Menguasai tempat strategik
 Penyamaran
 Menggunakan kepintaran untuk
mengetahui jumlah musuh
 Menggali parit

ASPEK SENIBINA
 Titik permulaan senibina Islam ialah
terdirinya masjid pertama iaitu
Masjid Quba’
 Rasulullah s.a.w. membina rumahnya
sendiri di Madinah [100 hasta
persegi]
 Terlibat secara langsung dalam
penggalian parit sebagai kubu di
dalam perang Khandak
 Rasulullah s.a.w. telah terlibat dalam
pembinaan semula Kaabah apabila ia
runtuh dilanda banjir

ASPEK PENDIDIKAN
 Menubuhkan institusi pendidikan
Islam – ilmu pengetahuan disebarkan
ke seluruh ceruk rantau wilayah Islam
 Mempunyai 9 buah sekolah (masjid) –
yang terpenting ialah sekolah (masjid)
Kaabah
 Menghantar guru untuk mengajar di
seluruh
wilayah
Islam
di
Semenanjung
Tanah
Arab

menjadikan semua kabilah Badwi &
yang lainnya berilmu & berpendidikan
khususnya di dalam memahami alQuran

Keperibadian Nabi Muhammad

Individu

Keluarga

Masyarakat

Negara/antaraban
gsa

Medan perang
24

Individu
Perkara

Huraian

Keturunan

Bani Quraisy- salasilah daripada Nabi
Ibrahim

Gelaran /
Keperibadian

al-Amin pada usia remaja – oleh
masyarakat Mekah
Salah seorang Nabi Ulul al-Azmi
Seorang yang zuhud

Dilantik menjadi
Rasul

Ketika berusia 40 tahun

Perkahwinan

Pada usia 25 tahun dengan Saidatina
Khadijah (usahawan terkenal) yang
berusia 40 tahun
Berlangsung selama 20 (kerana
Saidatina Khadijah wafat)

Pekerjaan yang
dilakukan

Pengembala kambing
Ahli perniagaan

25

Keluarga
Perkara
Pemimpin keluarga

Huraian
Bersifat penyayang dan pemurah,
bertimbang rasa, ringan tulang –
membantu kerja-kerja rumah
Sangat dihormati dan disayangi termasuk
bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak
sempat memeluk Islam)

26

Masyarakat

 





Mewujudkan kemesraan tidak kira masyarakat muslim atau
bukan muslim dengan akhlaknya
Konsep persamaan taraf sesama manusia. Antara strategi
yang dilakukan untuk menghapuskan konsep perhambaan :- membeli hamba
- melaksanakan konsep kaffarah
Menjadi pendamai bagi puak yang bertelagah contoh
peristiwa: meletakkan batu Hajr al-Aswad.

27

Negara/antarabangs
a

Sistem kepimpinan - sebagai Ketua Negara:Berdasarkan wahyu Allah SWT
Konsep Syura (dengan beberapa proses perbincangan dan
permuafakatan) sama ada dalam sistem organisasi Negara atau
sistem pertahanan Negara.
Melaksanakan dasar turun padang sebagai contoh teladan kepada
masyarakat.
Memberikan jaminan Hak Asasi kepada rakyat
Membebaskan negara dari penjajahan Rom dan Parsi
Strategi dalam mewujudkan hubungan antarabangsa
Sebagai diplomat - menghantar perwakilan ke negara luar seperti
Mesir, Parsi dan Byzantine
28

Medan perang

PERKARA

HURAIAN
Pasukan pejuang ditubuhkan bertujuan untuk
pertahankan agama Islam
Menjadi Panglima Tentera

Perjuangan
secara
berkualiti

Akhlak dalam peperangan :
• Membalas serangan daripada pihak musuh
• Melarang keras membunuh/memerangi kanakkanak, wanita dan orang tua.
Strategi
Lebih banyak mengadakan jalan
diplomasi/perdamaian
Tidak menceroboh pihak lawan
Membahagikan harta rampasan perang dengan adil

29

Zaman Perkembangan:
Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
 Dipimpin oleh empat orang Khalifah :
o Abu Bakar al-Sidiq (632M – 634M)
o Umar bin al-Khattab (634M – 644M)
o Uthman bin Affan (644M – 656M)
o Ali bin Abu Talib (656M – 661M)

 Pusat Pentadbiran di Madinah
 Perlantikan khalifah melalui sistem syura

KHALIFAH PERTAMA:
ABU BAKAR AL-SIDDIQ
[11-13H/632-634M]

RIWAYAT HIDUP
ABU BAKAR AL-SIDDIQ:
 Nama sebenar: Abdullah bin Abi Quhafah
 Dilahirkan di Makkah pada tahun 572M, 2 tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
 Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy iaitu Bani Tamim
 Lelaki dewasa PERTAMA memeluk Islam
 Digelar ABU BAKAR: orang yang mula-mula menerima dakwah
Rasulullah s.a.w.
 Digelar AL-SIDDIQ: sentiasa meyakini & membenarkan setiap
perkataan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. – contoh yang
terbesar iaitu peristiwa ISRA’ & MIKRAJ
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM PERTAMA selepas kewafatan
Nabi s.a.w.
 Meninggal dunia pada tahun 13H ketika berumur 63 tahun &
dikebumikan bersebelahan makam Nabi Muhammad s.a.w.

PELANTIKAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ MENJADI KHALIFAH
 Rasulullah tidak menetapkan atau mewasiatkan khalifah pengganti baginda
sebelum baginda wafat
 Perbincangan antara Muhajirin & Ansar telah memutuskan untuk melantik Abu
Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah.
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam
pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2
tahun 3 bulan (Secara persetujuan ramai umat Islam)
 Antara sebab Sayidina Abu Bakar dipilih
 Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & merupakan sahabat baik baginda
 Beliau yang diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam
sewaktu baginda sakit
 Rasulullah telah memilih beliau untuk mengetuai rombongan haji pertama
umat Islam
 Peristiwa perlantikan Abu Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang
ditunjukkan oleh umat Islam. Mereka sanggup mengenepikan soal keturunan demi
menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara

SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM
 Menghapuskan nabi-nabi palsu, golongan murtad & enggan membayar zakat
 Mengirim tentera ke Qudha‘ah & Abna di Syria serta mempertahankan Madinah
daripada ancaman Parsi & Rom Timur
 Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah,
Taif, Yaman dan melantik Amir (ketua) mentadbirnya
 Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang-undang tanah, hak golongan mawali
(golongan non-Arab)
 Memerintahkan Zaid bin Thabit mengumpulkan tulisan al-Quran pada batu, kayu,
kulit binatang kerana ramai hafiz al-Quran syahid. Salinan al-Quran ini disimpan
oleh Umar al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi s.a.w.) dan Uthman bin Affan

KHALIFAH KEDUA:
UMAR AL-KHATTAB
[13-23H/634-644M]

AB
T
T
A
H
K
N AL
I
B
R
A
A UM
N
I
D
I
A
S

Keturunan Quraisy dari suku Bani Adi
Diberi gelaran al-Farooq (Pembeza antara kebenaran
dan kebatilan) oleh Nabi Muhammad kerana
kepribadiannya yang menyerlah
Pemilihan sebagai khalifah – dicadangkan oleh Abu
Bakar as-Siddiq dan dipersetujui oleh ahli Syura
Tempoh pemerintahan selama 10 tahun (634M –
644M)
Melaksanakan dasar syura dalam pemilihan pemimpin
dan gabenor-gabenor wilayah
Menggunakan dasar turun padang – melihat keadaan
rakyat

36

SAIDINA UMAR BIN ALKHATTAB

GA
N
A
B
SUM

N

Politik

Ekonomi

Sosial

37

Sistem pentadbiran – pengasingan kuasa
(separation of power)
Membahagi wilayah pemerintahan kepada 8
bahagian dan diantik gabenor bagi setiap
wilayah
Mewujudkan Jabatan-jabatan kerajaan Cth :
Jabatan Persuratan (Diwan al-Barid), Jabatan
Pemungut Cukai(Diwan al-Kharaj), Jabatan
Ketentaraan
Ketenteraan – tentera sepenuh masa dan
tentera sukarela (dari kalangan orang awam),
membayar gaji tetap,mewujudkan kategori
ketenteraan ch : pasukan tentera berkuda,
pasukan pemanah, pasukan penunggang kuda,
pasukan berjalan kaki
Meluaskan kuasa politik sehingga ke Syam, Mesir
dan Parsi
Berjaya mengambil alih kuasa Rom Timur
Mencipta Takwim Hijrah
38

Sistem ekonomi – Penubuhan Baitul Mal
(Perbendaharaan Negara)
Mewujudkan sistem penyeliaan kewangan –
memisahkan orang yang mengutip cukai
daripada tugas kepimpinan dan eksekutif
Mewujudkan jabatan cukai – terbahagi kepada
empat kharaj, jizyah, zakat dan usyur
Penduduk bukan Islam yang fakir dan miskin tidak dikenakan cukai jizyah dan diberi bantuan
khas kepada yang tidak mampu bekerja
Mewujudkan skim simpanan untuk tentera –
menjamin kehidupan keluarga
Memperkenalkan mata wang Islam
Memperkenalkan konsep hisbah – menjaga
kepentingan pengguna

39

Memberi jaminan keamanan kepada semua rakyat –
tanpa pengecualian dan diskrimani kaum dan agama.
Rakyat bukan islam bebas mengamalkan agama dan
mencari harta
Memberi jaminan kepada ahli keluarga tentera yang
keluar berperang
Golongan hamba dipelihara daripada ditindas
Memberi galakan kepada rakyat menuntut ilmu :- menyediakan guru dan guru diberi gaji yang lumayan
- menubuhkan lebih banyak sekolah di masjid – untuk
ilmu pengajian Islam – seperti kuttab (untuk pra
sekolah)
- menggalakkan menghafal al-Quran

40

KHALIFAH KETIGA:
UTHMAN BIN AFFAN
[23-35H/644-656M]

RIWAYAT HIDUP
UTHMAN BIN AFFAN:
 Nama sebenar: Uthman b. Affan b. Abu al-’As b. Umaiyah
 Dilahirkan di Makkah pada tahun 576M
 Berketurunan Bani Umayyah, seorang bangsawan dari golongan
Quraisy
 Antara 10 orang yang terawal memeluk Islam
 Digelar ZUNNURAIN [dua cahaya]: menikahi dua orang puteri
Rasulullah s.a.w. iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM KETIGA selepas kewafatan
Umar al-Faruq
 Meninggal dunia pada 8 Zulhijjah tahun 35H sambil memeluk alQuran yang dibacanya

PELANTIKAN UTHMAN BIN AFFAN MENJADI KHALIFAH
 Dilantik daripada 6 cadangan calon di mana undi sama banyak telah diterima oleh
Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Tinjauan persetujuan orang ramai &
jawatankuasa syura yang ditubuhkan oleh Umar sebelum ini memillih Uthman bin
Affan sebagai khalifah
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Uthman menjadi Khalifah Islam
ketiga pada tahun 23H dan memerintah Negara Islam selama 12 tahun
[pemerintahan yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa al-Rashidin]

SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
 Bidang Ketenteraan – banyak melakukan perluasan kuasa dan berjaya menakluki
Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa
buah negara lagi – bertanggungjawab menubuhkan angkatan tentera laut Islam
pertama [Abdullah bin Qays Harith merupakan panglima tentera laut Islam
pertama]
 Pembukuan al-Quran & Menyeragamkan penulisan al-Qur‘an (sumbangan
terbesar) – mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru & digunakan secara
rasmi untuk seluruh umat Islam – dikenali dengan nama Mushaf Uthmani
 Pembesaran Masjid Nabawi – telah membeli tanah bagi memperluaskan kawasan
tersebut dan telah diluaskan pada tahun 29H
 Menyebarkan Dakwah Islam – melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga
melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat
 Membina jambatan, jalan raya & rumah rehat pengembara

KHALIFAH KEEMPAT:
ALI BIN ABI TALIB
[656-661M]

RIWAYAT HIDUP
ALI BIN ABI TALIB:
 Nama sebenar: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
 Dilahirkan di dalam Kaabah, Makkah pada tahun 601M, 9 tahun
sebelum Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi Rasul
 Berketurunan Bani Hasyim & sepupu Rasulullah s.a.w.
 Sejak kecil diasuh & dididik oleh Rasulullah s.a.w. & berkahwin
dengan Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w.
 Kanak-kanak pertama memeluk Islam
 Digelar KARRAMULLAHU WAJHAH: orang yang dimuliakan Allah
wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir
 Digelar juga ABU AL-HASSAN & ABU TURAB
 Dilantik sebagai KHALIFAH ISLAM KEEMPAT selepas kewafatan
Uthman bin Affan
 Meninggal dunia di Kufah pada 17 Ramadhan, 41H/661M

PELANTIKAN ALI BIN ABI TALIB MENJADI KHALIFAH
 Menjadi khalifah setelah didesak oleh segelintir masyarakat. Pada mulanya menolak
pelantikan tersebut tetapi atas keputusan ahli syura & persetujuan sokongan suara
terbanyak, Ali bin Abi Talib menerima jawatan tersebut
 Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Ali menjadi Khalifah Islam
keempat [khalifah terakhir dalam Khulafa al-Rashidin] pada tahun 35H dan
memerintah Negara Islam selama 5 tahun

SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
 Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah & bermusuhan
[menerima jawatan khalifah dalam suasana negara huru-hara]
 Menubuhkan pasukan polis yang diberi nama as-Syurtah
 Beliau melengkapkan angkatan berkuda Islam
 Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki
 Menubuhkan badan perisik
 Membina markas tentera di Parsi dan Syria
 Bermulanya perkembangan ilmu sains dan matematik
 Meneruskan cukai jizyah kepada kafir Zimmi

2.2 Zaman Kerajaan Bani
Umayyah dan Abbasiyyah
-Bani Umayyah di Damsyik (661M750M)
-Bani Umayyah di Andalus (756M1031M)
-Kerajaan Abbasiyyah (750M–1258M)

Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik
• Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada
tahun 661M
• Pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria
• Bermula zaman kegemilangan ketika zaman
Khalifah al-Walid bin Abdul Malik hingga Yazid
bin Abdul Malik
• Kerajaan berakhir pada 750M oleh gerakan
Abbasiyyah
50

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Khalifah ke -8 kerajaan Bani Umayyah pada tahun
717M/99H
Keturunan Khalifah Umar al-Khatab (dari sebelah
ibunya)
Dianggap sebagai khalifah ke-5 Khulafa’ ar-Rasyidin
Mempunyai keperibadian yang tinggi – amanah, zuhud
dan taat kepada Allah dan Rasul
Sebelum menjadi khalifah :
- pernah dilantik menjadi Gabenor di beberapa
wilayah termasuk Madinah
Tempoh pemerintahan selama 2 tahun 5 bulan

51

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

SUMBA
N

Politik

Ekonomi

GAN

Sosial

52

Politik








Mengembalikan semula demokrasi syura
Menghapuskan sistem feudal amalan perwarisan dalam
pemilihan pemimpin
Menyusun semula pentadbiran – memilih gabenor,
hakim, dan pegawai kerajaan yang berilmu dan
berintegriti
Pemimpin yang zalim dan gagal melaksana tugas
dengan sempurna akan dipecat
Menggunakan pendekatan diplomasi dalam meluaskan
wilayah Islam – melalui pendekatan dakwah
Pelaksanaan hukum yang adil

53

Ekonomi






Meletakkan asas –harta milik Allah dan kegunaannya
untuk memenuhi keperluan.
Golongan pembayar zakat meningkat dan kemiskinan
berjaya dihapuskan
Lebihan wang zakat diberikan sebagai subsidi sosial
(pembiayaan perkahwinan bagi yang memerlukan)
Menegah orang-orang Arab memiliki tanah di negaranegara yang dibuka
Jizyah dihapuskan kepada bukan Arab setelah mereka
memeluk Islam, diganti dengan kharaj.

54

Sosial





Tidak mewujudkan diskriminasi antara orang Arab
dan bukan Arab
Memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik –
memiliki keperluan asas hidup
Mengambil berat tentang penyebaran ilmu
pengetahuan Islam

55

Stesen
Madinah

keretapi

di

57

58

Sistem pergantian Khalifah melalui garis
keturunan – tidak melalui Majlis Syura

Golongan Mawali (bukan Arab) –
tidak berpuas hati – wujud jurang
status

Latar belakang terbentuknya Dinasti
Bani Umayyah – masih berlaku
penentangan daripada golongan Syiah
& Khawarij – tidak dapat menyatukan
golongan ini

Pertentangan etnik antara suku – Wujud semangat
kabilah seperti yang diamalkan pada zaman
jahiliyah – tidak dapat mewujudkan kesatuan

FAKTOR
KEJATUHAN
KERAJAAN
BANI
UMAYYAH DI
Kelemahan
DAMSYIK

Kemunculan kekuatan baru
– kerajaan Abbasiyah

pemerintah kerajaan Bani
Umayyah – khalifah lalai terhadap
tanggungjawab kepada rakyat

Zaman Kecemerlangan:
Zaman Bani Umayyah (Andalus)





Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil(Abdul Rahman I) tahun 756M
Berpusat di Cordova, Andalus
Terbahagi kepada 2 zaman pemerintahan :1. Era pemerintahan amir (756-929) – tidak menggunakan gelaran khalifah
sebagai menghormati kehebatan khalifah Abbasiyyah di Baghdad
 2. Era pemerintahan khalifah (929- 1031) – menggunakan gelaran khalifah
selepas Andalus semakin kuat dan kerajaan Abbasiyyah semakin lemah
• Zaman pemerintahan khalifah merupakan zaman keemasan terutamanya
ketika era pemerintahan Abdul Rahman III dan al-Hakam II.
• Menguasai hampir keseluruhan semenanjung Iberia
• Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus berakhir pada tahun 1031M

• Peta wilayah Kerajaan Umayyah di Andalus

BIODATA

KESELAMATAN
NEGARA

KEILMUAN

Khalifah al
Hakam II

HUBUNGAN
DIPLOMATIK

PEMBANGUNAN
DAN SENIBINA

Biodata
• Nama: al-Hakam bin Abdul Rahman an-Nasir
• Lahir pada tahun 915M dan meninggal dunia
pada 976M
• Khalifah ke-2 Bani Umayyah di Andalus dari
961M hingga 976M
• Seorang yang bijaksana, adil,cinta ilmu, warak
dan seorang penyair

Keilmuan
• Membina
Perpustakaan
Umawi
yang
dianggap
perpustakaan terbesar pada zaman pertengahan(lebih
400,000 buah buku)- faktor minat Al-Hakam yang
mendalam pada ilmu dan mengumpul buku
• Terdapat 70 buah perpustakaan lain seluruh Andalus
• Menggalakkan penterjemahan buku-buku astronomi,
perubatan, dan lain-lain ke Bahasa Arab
• Menggaji guru-guru bagi mengajar anak-anak orang miskin
• Terdapat 27 buah sekolah percuma- 3 di Masjid Besar
Cordova dan 24 sekitar Cordova

samb
• Muncul ramai sarjana ilmu seperti Al-Zahrawi
(Abulcasis) dalam bidang perubatan
• Menubuhkan Universiti Cordova- universiti
terulung dunia zaman tersebut
• Memberi upah kepada pensyarah universiti
dan biasiswa kepada pelajar

Pembangunan dan senibina
• Memperluaskan Masjid Besar Cordova - memasang
mosaic
• Melengkapkan pembinaan Al-Madinah al-Zahra`pusat pentadbiran baru kerajaan-transformasi
• Memperbesarkan jalanraya dan membina pasarpasar- membaiki jambatan besar Qordova
• Menerangi jalan-jalan sekitar Qordoba dengan
lampu pada waktu malam- penempatan bersistem

Masjid Besar Cordoba

Kitab al-Tasrif karangan alZahrawi
Madinah Al-Zahra`

Hubungan diplomatik
• Hubungan yang neutral dengan Abbasiyyah
• Khalifah menjadi orang tengah menyelesaikan
konflik negeri-negeri Kristian.
• Utusan dari wilayah Kristian seperti Castille,
Barcelona, Salamanca, Kerajaan Byzantine,
dan Maharaja Jerman,datang ke Cordoba
untuk berdamai dan menghantar utusan/dutatradisi perutusan sejak zaman nabi
• Kebebasan beragama -agama lain bebas untuk
diamalkan –tradisi sejak zaman nabi

Keselamatan negara
• Menguatkan angkatan laut; Almeria merupakan
pangkalan utama
• Mematahkan serangan dari laut oleh orang
Norman(Denmark) pada tahun 966,970 dan 971M
• Mengalahkan kerajaan Syiah Fatimiah di utara
Maghribi tahun 974M
• Memberi naungan terhadap negeri-negeri Kristian
di utara Andalus (Navarre, Castile dan Leon)

Kelemahan pemerintah – boros, tidak
melaksanakan syiar Islam yang sebenar
Ketenteraan – mengambil tentera asing –
tiada kesatupaduan & mudah dikalahkan
Perbalahan &
sesama sendiri

permusuhan

Bentuk fizikal yang bergunung
ganang

menyukarkan
perhubungan
&
kawalan
pentadbiran

FAKTOR
dalam
KEJATUHAN Perpecahan
masyarakat
KERAJAAN
BANI
UMAYYAH DI
Peribadi pegawai kerajaan – tamak
ANDALUSIA
& gilakan kuasa

Zaman Kecemerlangan:
Zaman Bani Abbasiyyah
• Diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin
Abdullah bin al-Abbas pada tahun 750M
• Berpusat di Baghdad, Iraq
• Mempunyai 37 orang khalifah
• Zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan Khalifah
Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Harun al-Rasyid dan
Khalifah al-Makmun
• Berakhir pada tahun 1258M apabila Baghdad ditakluki
tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan

Peta empayar Bani Abbasiyyah

Manuskrip zaman Kerajaan
Abbasiyyah

BIODATA

PERTAHANAN
NEGARA

Khalifah
Harun
al-Rasyid

HUBUNGAN
LUAR

KEILMUAN

Biodata
• Nama- Harun bin Muhammad bin Abdullah bin
Muhammad
• Lahir di Rayy pada tahun 763M dan meninggal dunia di
Tus tahun 809M.
• Khalifah kelima Bani Abbasiyyah dari tahun 786M
hingga 809M
• Khalifah terulung Bani Abbasiyyah
• Pemurah, bertaqwa, mencintai ilmu, bijaksana
• Setiap tahun berjihad atau pergi haji secara selang-seli

Keilmuan
• Zamannya dianggap zaman kegemilangan ilmu
sains, agama, kesenian dan lain-lain.
• Menubuhkan Baitul Hikmah - pusat pendidikan
dan penterjemahan
• Antara tokoh-tokoh ulama: saintis seperti Ibn Hayyan dalam bidang kimia,
Muhammad bin Hassan al-Syaibani,Imam Malik
dan Imam Syafie dalam bidang fiqh
Al-Jahiz- sastera dan syair

Samb..
• Kesenian dan kebudayaan- Kisah Aladdin,Ali Baba
dan Sindbad dalam Kisah 1001 Malam (kisah
rekaan), Jenaka Abu Nawas banyak dikaitkan
dengan dengan Khalifah Harun al-Rasyid, Kisah
Laila Majnun
• Cluster ilmu:Kufah dan Basrah- sastera dan fiqh
Baghdad- sains dan matematik
 Madinah- ilmu hadith

Hubungan luar
• Hubungan neutral dengan Kerajaan Bani Umayyah di
Andalus
• Konflik dengan Empayar Byzantine-berjaya memenangi
banyak peperangan
• Hubungan diplomatik dengan Maharaja Charlemagne
dari kerajaan Franks. Khalifah menghadiahkan jam air
automatik diperbuat dari tembaga
• Hubungan diplomatik dengan Dinasti Tang di China
• Memberi kebebasan beragama – agama lain bebas
untuk diamalkan

Pertahanan negara
• Memadamkan pemberontakan orang Arab di
Syria dan Mesir, golongan Khawarij dan Syiah
dan pemberontakan di wilayah Khurasan
• Kemerdekaan wilayah lain seperti kerajaan
Adarisah di Maghribi (788) dan kerajaan
Aghalibah di Tunisia (788)
• Memimpin tentera ke Asia Minor memerangi
tentera Byzantine hingga ke pinggir Kota
Konstantinople

biodata

Reformasi
ekonomi

Pentadbiran

Sultan
Salahuddin
al-Ayyubi

Keilmuan

Peperangan

Pembangunan
dan senibina

Biodata
• Nama – Salahuddin Yusof bin Ayyub dari bangsa Kurdis
• Lahir pada tahun 1137M di Tikrit dan meninggal dunia
pada tahun 1193M di Damsyik. Tidak meninggalkan
apa-apa melainkan 36 dirham dan 1 dinar selepas
kematiannya.
• Seorang yang bijaksana, warak, bertoleransi
• Berjaya menyatukan dunia Islam bagi menghadapi
serangan tentera Salib
• Menjadi pemerintah Mesir pada 1171M selepas
kematian Khalifah Fatimiah terakhir di Mesir.

Pentadbiran
• Mewujudkan jawatan naib sultan untuk
memerintah ibu kota ketika ketiadaan sultan
• Membahagikan negara kepada wilayah
berasingan seperti Mesir, Syam,Iraq Yaman dll.
• Menetapkan
polisi
negara
manakala
pelaksanaan diberi kebebasan kepada gabenor
wilayah (desentralisasi)

Peperangan
• Bagi menyatukan dunia Islam, beliau menguasai
banyak wilayah di Syria dan Iraq.
• Berjaya mengalahkan tentera Salib di dalam Perang
Hittin tahun 1187M.
• Pada 2 Oktober 1187, Baitul Maqdis berjaya dikuasai
oleh orang Islam
• Siri peperangan dengan tentera Salib berterusan
sehingga diadakan perjanjian perdamaian- Perjanjian
Ramla tahun 1192M antara Sultan Salahuddin dan
Raja Richard dari England

Masjid al-Aqsa

Kubu Salahuddin, Kaherah Mesir

Samb
• Ketika memasuki Baitul Maqdis, tidak
membunuh penduduk Kristian di dalamnya.
• Orang Kristian yang miskin dan tua tidak perlu
membayar wang tebusan.
• Membahagikan tentera kepada:
 Tentera berkuda
 Tentera pejalan kaki
pembantu
seperti
bahagian
 Tentera
manjenik,perisikan,pembawa bekalan dll.
 Tentera sukarela

Pembangunan dan senibina
• Membina banyak kubu pertahanan sekitar
Kaherah, Fustat dan lain-lain untuk
berhadapan serangan luar.
• Kubu yang terkenal ialah Kubu Salahuddin di
Kaherah
• Membina sekolah,madrasah, hospital dan lainlain

Keilmuan
• Menubuhkan 24 buah sekolah di Kaherah (al-Maqrizi) antaranya:Madarasah Salahiyah dan Madrasah Masyhad al-Husayni.
• Menukar pengajian Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada 972 M)
yang bermazhab Syiah ke mazhab Ahli Sunnah selepas Salahuddin
al-Ayyubi berkuasa di Mesir.
• Pengajian perubatan di hospital spt:Hospital al-Nasiri di Kaherah dari bekas istana, Hospital
Iskandariah dan Hospital al-Salahi di Baitul Maqdis. Ciri-ciri
hospital ini:-Bahagian khas untuk lelaki dan perempuan,bilik khas
untuk penyakit tertentu seperti demam,penyakit mata dll,bilik
ketua
doktor,dewan
kuliah
untuk
pembelajaran,
perpustakaan,dapur masak, farmasi dll

Reformasi ekonomi
• Mementingkan pertanian untuk elak kebuluran
terutamanya pasa masa peperangan
• Mesir menjadi pusat perdagangan timur dan
barat
• Industri pembuatan senjata,tenunan, kain,sutera,
pembuatan kaca,seramik,kapal dll.
• Menghapuskan cukai dan duti eksais seperti:
Yuran haji bagi umat Islam dari Maghreb Islami,
pedagang Yaman

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH

Kelemahan pemerintahan kerajaan
Abbasiyah yang bermula semasa
pemerintahan
Al-Wathiq
(227232H/842-847M) – tidak melakukan
sebarang pembaharuan

Kegawatan
ekonomi

aktiviti perdagangan kurang
akibat pemberontakan dan
rusuhan sering berlaku

Jawatan khalifah menjadi
rebutan – perebutan
kuasa berlaku

Perselisihan
aliran
fahaman
agama

pemberontakkan
puak
Syiah dan Khawarij yang
menuntut jawatan khalifah

Perpecahan wilayah-wilayah di
bawah kekuasaan Abbasiyah yang
menuntut
kemerdekaan

pembentukan kerajaan & pengaruh
sendiri oleh bangsa Turki & Parsi

Serangan musuh dari luar – dari
orang Georgia dan Armenia – tentera
salib – tentera Moghul

Kezaliman terhadap musuh –
bertindak kejam – hukuman yang
dikenakan melampau

2.3 Zaman Kerajaan Turki
Uthmaniyyah

Diasaskan oleh
Uthman bin
Ertughrul bin
Sulaiman Shah pada
tahun 1299M

Ibu-ibu kota kerajaan
Uthmaniyyah:1. Sogut (1302-1326)
2. Bursa ( 1326- 1365)
3. Edirne (1365-1453)
4. Istanbul ( 1453-1924)

Mempunyai 37
orang
sultan/khalifah

Zaman
kegemilangan
sewaktu
pemerintahan
Sultan
Muhammad alFateh, Sultan
Salim I dan
Sultan Sulaiman
al-Qanuni

Berakhir pada
tahun 1924M
apabila sistem
khalifah
dimansuhkan

Empayar Turki Uthmaniyyah

biodata

Ketenteraan

keilmuan
Sultan
Muhammad
al-Fateh

Peluasan
wilayah

Senibina dan
pembangunan

Biodata
• Nama penuh – Mehmet bin Murad Khan
• Lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh
• Lahir pada tahun 1432M di Edirne dan meninggal dunia pada tahun
1481M
• Merupakan sultan ke-7 kerajaan Bani Uthmaniyyah
• Memerintah dari tahun 1451M-1481M
• Seorang yang bijaksana, warak, pemimpin yang tegas dan askar yang
berani
• Menguasai pelbagai bahasa: Turki, Arab, Parsi, Hebrew, Greek,
Hebrew dan Latin
• Memberi kebebasan beragama di dalam negara- pentadbiran gereja
Ortodoks dan Katholik untuk pengikutnya dan golongan Yahudi

Keilmuan
• Membina banyak sekolah dan kolej di seluruh
negara seperti Universiti Istanbul pada tahun
1453 dan Masjid Fatih di Istanbul (1470)
• Melakukan transformasi pendidikan di dalam
pembinaan kurikulum- sekolah mempunyai
peringkat dan peperiksaan
• Memberi gaji guru dan biasiswa kepada pelajar
• Menjadikan sistem pendidikan percuma di
seluruh empayar

Universiti Istanbul

Masjid Fatih

Samb…
• Menghormati ulama dan memberi gaji kepada
mereka supaya terus berkhidmat
- jawatan Syeikhul islam-memberi fatwa rasmi
galakan
kepada
bidang
• Memberi
kesusasteraan khususnya penyair seperti
Ahmad Basha Mahmud, Mahmud Basha,
Kasim Basha
• Memberi gaji bulanan sebanyak 1000 dirham
kepada sasterawan

Samb…
• Memerintahkan penterjemahan buku-buku dari
bahasa Yunani,Latin, Arab dan Parsi ke bahasa
Turki.
• Cth kitab al-Tasrif oleh al-Zahrawi dan Parallel
Lives (Paralel Hayatlar) oleh Plutarch
• Antara tokoh ilmuan – Ali Qusyji (1474M)
bidang astronomi, manakala bidang matematik
seperti Maula Lutfi (1494M) Marm Jalbi
(1525M)

Pembangunan dan senibina
• Banyak membina masjid, sekolah, istana, hospital, tempat
mandi awam, pasar besar- Istana Topkapi, Masjid Hagia Sophia
• Berusaha menjadikan kota Istanbul menjadi kota tercantik di
dunia dan pusat ilmu serta kesenian
• Membina rumah rehat untuk musafir dan pedagang dengan
makan secara percuma maksimum 3 hari
• Membuat sistem yang teratur di hospital dari segi rawatan,
pemberian ubat, doktor dan kakitangan hospital
• Rawatan dan ubat adalah percuma
• Sistem penyaluran air yang moden ke penempatan
• Membina jalanraya yang baik terutama di laluan perdagangan

Peluasan wilayah
• Berjaya menguasai kota Konstanstinople pada
tahun 1453M
• menguasai banyak wilayah di timur Eropah
seperti Bosnia(1463M), Serbia, Greece,
Empayar Trebizond, Wallachia, Albania dll.
• Menguasai Laut Mediterranean dan Laut Hitam
• Laluan Sutera, pintu masuk barangan ke eropah

Ketenteraan
• Membina banyak pusat latihan tentera dan
perindustrian berasaskan persenjataan.
• Tentera elit Janissary
• Teknologi senjata
- Meriam besar dan termoden (meriam Urban)
setiap peluru seberat 300 kg dan mampu
menembak sejauh 1 batu.

Laluan Sutera

Meriam Urban

PERANAN KERAJAAN
UTHMANIYYAH

1) Kesatuan Umat & Dunia
Islam – mempertahankan
agama tauhid dan syariat
Islam dari ancaman luar

8)
Pembangunan
Sosial – menjaga
kebajikan rakyat –
pembinaan pelbagai
kemudahan

2)
Mempertahankan
negara umat Islam &
ajaran Islam – menyekat
kemaraan tentera salib
selama 600 tahun [713M]

7) Membina jaringan
keretapi – tanah
Syam ke Madinah –
memudahkan urusan
ibadah haji

3)
Mempertahankan
Tanah Suci Islam [Mekah,
Madinah, Palestin]

6) Meneruskan usaha
dakwah

4) Amalan Syura

5)
Pembentukan
Pemerintahan
Berasaskan
Akidah
yang satu

9) Hubungan
masyarakat
Islam terjalin
baik

dengan
bukan
dengan

10) Penguasaan Tiga
[3] Lautan Utama –
Laut Mediterranean,
Laut Merah & Laut
Hitam – dikenali
sebagai Lautan Islam

KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
Di akhir kurun ke-18 Masihi, kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan
sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas
daripada penguasaan mereka kepada kuasa Eropah atau kepada serpihan
kerajaan Islam lain. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun
akhirnya telah runtuh apabila sultan terakhirnya, Sultan Abdul Hamid telah
digulingkan daripada pemerintahannya oleh kumpulan belia Turki pimpinan
Jeneral Mustaffa Kamal Artatuk dan seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki
seumur hidup

1) Masalah dalaman &
luaran

masalah
peperangan
yang
berlarutan dalam tempoh
yang lama

2) Perjanjian Passarowitz –
cuba
memajukan
kota
sekitar Balkan [Russia] –
gagal bersaing & ketinggalan

3) Pemodenan &
Reformasi Sistem –
tiada persepakatan

6)
Perebutan
kuasa

5)
Konsep
Raja
Berpelembagaan

terpengaruh
dengan
idea
barat
tetapi
mampu
bertahan
dalam tempoh yang
singkat sahaja

4) Nasionalisme –
pemberontakan etnik
berlaku

7)
Keruntuhan
moral
bangsa
turki

8) Keterbelakangan
dalam bidang ilmu –
perlu
belajar
daripada barat

9) Keterbelakangan
dalam
bidang
persenjataan – tidak
dapat
pertahan
negara sendiri

KESAN KETIADAAN PEMERINTAHAN
KHALIFAH

1) Tiada Penerapan Sistem
Islam – hukum Islam tidak
lagi digunakan sebaliknya
undang-undang
ciptaan
manusia

6) Kaum Muslimin
semakin lemah –
maruah
umat
Islam jatuh

2) Penyebaran Islam Tidak
Dilaksanakan – leka &
terpengaruh dengan barat

5)
Eksploitasi
kekayaan Muslimin –
bergantung
kepada
kuasa asing untuk
mendapatkan
teknologi
walaupun
negara Islam kaya
dengan sumber alam

3)
Tiada
Kuasa
Perlindungan

mengharapkan
barat
untuk mempertahankan
Islam

4)
Perpecahan
Muslimin dan wilayah
Islam

7) Kekacauan berlaku
akibat
ketiadaan
khalifah

8)
Dunia
Islam
mengekori Eropah
dalam semua bidang
khususnya
ilmu
pengetahuan

Garis masa kerajaan dan tokoh

Zaman Nabi
Muhammad
(610-632)

Zaman Bani Umayyah (Damsyik)
(661-750)
-Khalifah Umar bin Adul Aziz
(717-720)
Zaman Bani Umayyah (Andalus)
(756-1031)
-Khalifah al-Hakam II (961-976)

Zaman Khulafa`
ar-Rasyidin (632-661)
-Khalifah Umar bin Al-Khattab
(634-644)

Zaman Kerajaan
Uthmaniyyah
(1299-1924)
Sultan Muhammad alFateh
(1451-1481)

Zaman Bani Abbasiyyah
(750-1258)
-Khalifah Harun Al-Rasyid
(786-809)
-Sultan Salahuddin al-Ayyubi
(1171-1193)

Kesimpulan
• Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan-kerajaan
banyak memberi sumbangan kepada manusia
sejagat samada dari aspek spiritual dan fizikal.
• Kemajuan dunia banyak ditunjangi oleh pemerintah
yang penuh dengan sifat positif seperti adil,
bijaksana, tqawa dll.
• Kemajuan umat Islam masa silam seharusnya
menjadi motivasi untuk maju pada hari ini.

Rujukan
1. Alfazlur Rahman (1990). Muhammad SAW Panglima Tentera. Selangor : Penerbitan Hizbi.
2. Al-Sallabi,Ali Muhammad.(2008).Salah al-Din al-Ayyubi.Beirut:Dar al-Ma`rifah.
3. _______________(terj.). (2011). Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz. Kuala Lumpur: Al-Hidayah House of
Publishers Sdn. Bhd.
4. Inalcik,Halil. (2002) .Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyyah. Beirut: Dar al-Madar al-Islami.
5. Hanif Md Lateh@ Junid et al. (2011) .Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor. Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Mahayudin Yahya. (1993). Sirah nabi Muhammad SAW (Zaman Makkah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
7. Anan,Muhammad Abdullah. (1997) .Daulah al-Islam fi al-Andalus. Kaherah:Maktabah al-Khanji.
8. Albayyumi,Muhammad Rajab. (2000) .Harun al-Rasyid.Damsyik: Dar al-Qalam.
9. ____________________. (1998) .Salah al-Din al-Ayyubi. Damsyik: Dar al-Qalam.
10. Muhammad Syaari Abdul Rahman. (2012) .Kuasa kepimpinan al-Fateh. Bangi:PTS Millennia.
11. Ramawan bin Ab. Rahman (peny.). (2011). Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam. Shah Alam : UPENA.
12. Mustafa,Syakir.(1998).Salah al-Din.Damsyik: Dar al-Qalam.
13. Abu Khalil,Syauqi.(1999).Harun al-Rasyid Amir al-Khulafa`.Damsyik:Dar al-Fikr.
14. Oztona,Yilmaz. (1988) .Tarikh al-Daulah al-Uthmaniyyah. Istanbul:Muassasah Faisal li al-Tamwil
15. Zulkifli Dahlan et.al. (2009). Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. Shah Alam: UPENA.

PERKEMBANGAN PERADABAN ISLAM ZAMAN KERAJAAN
ISLAM
TAMAT