Teknologi e Quran Dalam Meningkatkan Pen

TEKNOLOGI e-QURAN DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
TAJWID DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Khairiah Binti Razali
Jabatan Asas Pendidikan,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
khairiah.razali@yahoo.com
Co-Author: Ahmad Johari bin Sihes
Jabatan Asas Pendidikan,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
p-joha@utm.my
ABSTRAK

Artikel ini mengupas tentang teknologi e-Quran dalam Pendidikan Islam iaitu dari sudut
keperluan kurikulum masa kini dan kaedah mempelajari Tajwid menggunakan teknologi dari
segi hukum dan amalan pelaksanaan yang diharuskan. Matlamat utama kajian adalah untuk
mencari jalan penyelesaian bagi masalah penguasaan tajwid murid melalui pembelajaran
maya al Quran. Kepentingan kajian ini dilakukan untuk memastikan objektif pelaksanaan
kurikulum standard tercapai menerusi pembelajaran maya sepertimana yang dihasratkan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Gabungan kaedah yang digunakan
adalah eksperimen kuasi dan analisis kualitatif temu bual kumpulan fokus. Hasil kajian
mendapati, teknologi e-Quran membantu meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan
murid sekolah kebangsaan. Penemuan penting melalui kajian ini ialah, pengajaran guru
melalui kaedah Talaqqi Musyafahah melalui penggunaan teknologi e-Quran boleh
dilaksanakan berdasarkan teknik tertentu tanpa melanggar hukum agama.

Kata Kunci: e-Quran; e-pembelajaran; kurikulum pendidikan Islam; bidang al Quran;
bidang Tajwid.

PENGENALAN

Transformasi dunia pendidikan menuntut satu kajian teliti berhubung kaedah, pendekatan,
strategi dan teknik pengajaran terkini yang mampu memberi impak kepada pembelajaran
murid secara menyeluruh. Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dipersetujui dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dengan wajaran 100% oleh guru yang mengajar telah dimulakan bagi murid
Tahun 1 sekolah kebangsaan (SK) seluruh Malaysia. PBS adalah pentaksiran yang dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilaporkan oleh guru yang mengajar. Transformasi ini

meliputi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam yang kini diletakkan sebagai mata
pelajaran teras KSSR.

Kurikulum Pendidikan Islam khususnya kandungan kurikulum Tahun 3 dalam bidang
Tajwid agak sukar bagi murid berusia sembilan tahun. Pentaksiran bidang Tajwid secara
merentasi Program Khatam al Quran memerlukan murid menguasai sepenuhnya bacaan al
Quran. Namun, faktor penguasaan al Quran yang masih lemah terutamanya bagi murid yang
masih membaca Iqra’ secara langsung menjejaskan penguasaan bidang Tajwid dalam
kalangan murid. Laporan tahun pertama pelaksanaan bidang Tajwid pada tahun 2013
mendapati hanya 420 orang dari 3603 murid Tahun 3 di sebuah daerah di negeri Johor
mencapai Band 6. Ini bermakna hanya 11.6% murid menguasai tahap tertinggi bidang Tajwid
semasa tahun pertama pentaksiran bidang Tajwid diperkenalkan dalam KSSR. Lontaran
permasalahan yang ditimbulkan oleh para guru memerlukan satu kajian segera dan terperinci
dilakukan agar pencapaian penguasaan tajwid yang lemah tidak menjejaskan penguasaan
murid secara keseluruhan dalam bidang al Quran amnya dan mata pelajaran Pendidikan Islam
khasnya.
Situasi ini memerlukan guru lebih kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan
bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan kepelbagaian murid berpandukan bidang,
band dan deskriptor yang ditetapkan agar murid benar-benar menguasai standard yang
ditetapkan. Permasalahan lebih berat timbul apabila wujud segelintir guru yang masih kurang

memahami tugas mereka sebagai pentaksir dengan menyediakan soalan ujian yang sama
kepada semua murid tanpa meneliti latar belakang murid. Secara ironiknya, murid masih
dinilai berpandukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan tidak ditaksir mengikut
kehendak KSSR. Menurut Fatmawati et.al (2012), penilaian dan pentaksiran harus dipandang
sebagai salah satu faktor penting yang menentukan keberhasilan proses dan hasil belajar,
bukan sebagai cara menilai hasil belajar semata-mata. Berdasarkan pandangan ini, maka
keperluan memahami dan menyediakan BBM yang tepat dengan kandungan dokumen yang
standard amat diperlukan bagi memastikan objektif PBS dalam bidang pendidikan tercapai.
Konsep pelaksanaan bidang Tajwid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
memerlukan setiap topik diajar secara merentasi Program Khatam al Quran. Justeru itu,
permasalahan timbul apabila terdapat murid yang masih membaca Iqra’ 1 hingga 3 sedangkan
pelaksanaan pentaksiran tajwid memerlukan murid boleh membaca kalimah, potongan ayat
dan ayat al Quran dalam surah tertentu serta betul pada tajwidnya bagi membolehkan mereka
menguasai band yang ditetapkan. Penetapan tajwid hukum Mad dalam kurikulum Pendidikan
Islam yang dianggap tinggi seawal usia sembilan tahun merupakan cabaran yang harus
didepani oleh para guru. Penggunaan BBM seperti carta dan lembaran kerja dilihat kurang
mampu memenuhi keperluan murid. Justeru itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk
membina satu perisian e-Quran yang menepati kandungan kurikulum Pendidikan Islam
Tahun 3 sebagai satu usaha menyelesaikan permasalahan dalam peningkatan penguasaan
bidang Tajwid dalam kalangan murid Tahun 3. Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam

pengajaran al Quran yang diamalkan sekian lama perlu ditambah baik dengan pendekatan
pengajaran yang lebih fleksibel dan praktikal bagi murid generasi Z. Saidina Ali r.a pernah
berkata;
“Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya”
Maka penggunaan teknologi e-Quran menjadi pilihan penyelidik berdasarkan tuntutan
keperluan pendidikan tanpa mengabaikan hukum agama dalam pelaksanaannya. Berdasarkan
penyataan ini, maka kajian berhubung penggunaan teknologi e-Quran dalam meningkatkan
penguasaan bidang Tajwid kalangan murid Tahun 3 sekolah kebangsaan perlu dilakukan bagi
membantu murid menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan seterusnya mencapai
band tertinggi dalam bidang Tajwid.

METODOLOGI
Memandangkan usia murid yang menjadi responden kajian adalah murid yang berusia
sembilan tahun, maka kajian berbentuk eksperimen-kuasi diikuti dengan temu bual kumpulan
fokus dilakukan. Pemilihan eksperimen-kuasi adalah supaya responden merasakan mereka
belajar dalam suasana pembelajaran sebenar tanpa menyedari mereka merupakan responden
dalam kajian ini. Temu bual kumpulan fokus menggunakan kaedah fenemonologi pula
dilakukan untuk mendapatkan pandangan responden berhubung apa dan bagaimana
pengalaman yang mereka lalui menggunakan teknologi e-Quran. Dapatan ini penting dalam
proses penambahbaikan terhadap teknologi e-Quran dari sudut pengguna pertama.

Kerangka Teoritikal
Kerangka teoritikal yang digunakan dalam kajian ini bertujuan menjelaskan
pendekatan menggunakan teknologi e-Quran terhadap peningkatan penguasaan bidang
Tajwid secara merentasi program Khatam al Quran dalam matapelajaran Pendidikan Islam.
Kerangka teoritikal ini merupakan gabungan konsep kurikulum standard Pendidikan Islam
KSSR (BPPDP,2010), Teori Taksonomi Bloom Revised (Peggy Dettmer, 2006: sila rujuk
lampiran 2: Developing Human Potential in Four Domains for Learning and Doing) , Model
Reka bentuk Instruksional Dick & Carey (Dick W./Carey L., 1996) dan elemen kemahiran
membaca al Quran berasaskan Model Pengajaran Rasulullah S.A.W (Syeikh al Muhaddith al
Faqih, 2011). Kerangka teoritikal kajian ini adalah seperti rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Kajian
Kerangka Konseptual
Manakala Kerangka konseptual kajian ini berdasarkan Model Reka bentuk Instruksional
Dick & Carey (sila rujuk lampiran 3). Kerangka konseptual kajian ini melibatkan pembelajaran
tajwid menggunakan teknologi e-Quran sebagai pemboleh ubah tidak bersandar (bebas),
manakala pemboleh ubah bersandar merujuk kepada kemahiran membaca kalimah dan potongan
ayat al Quran mengandungi bacaan tajwid hukum Mad serta Mim dan Nun Syaddah. Oleh kerana
kajian ini berbentuk eksperimen-kuasi maka ujian pra dan ujian pos lebih sesuai digunakan.
Menurut Sulaiman Masri (2005), reka bentuk korelasi atau perkaitan digunakan untuk kajian

pengamatan tanpa pengubahsuaian terhadap keadaan eksperimental. Pengukuran dilakukan
melalui pengamatan, soal selidik dan catatan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik
pengukuran atau dalam istilah PBS didefinasikan sebagai pentaksiran. Temu bual kumpulan
fokus dijalankan selepas esperimen-kuasi bagi mendapatkan data untuk mengukuhkan hasil
dapatan dalam eksperimen yang telah dilakukan. Model reka bentuk Dick & Carey digunakan
dalam penyelidikan ini sebagai panduan dalam melaksanakan penyelidikan. Kerangka konseptual
kajian ini boleh dirumuskan seperti rajah 2 di bawah:

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian
Jika dilihat pada susunan struktur kerangka teoritikal dan kerangka konseptual maka
hubungan yang wujud antara kedua-dua kerangka kajian ini membolehkan data murid
berhubung penguasaan bidang tajwid merentasi bidang al Quran yang diperolehi yang
menjadi bahan utama kajian perlu diklasifikasikan dengan tepat.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara pemboleh ubah dalam eksperimen-kuasi yang
bakal dijalankan. Pemboleh ubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar dan
kawalan (Sulaiman Masri, 2005). Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara
fizikal pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. Maka eksperimen kuasi dianggap
sesuai kerana murid sebagai responden belajar dalam suasana pembelajaran sebenar.


Penggunaan kaedah eksperimen kuasi dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian
pra dan ujian pos non-ekuivalen (non-equivalent pre-test and post-test control group design )
(Creswell, 2012) dan disokong oleh kaedah squential explanatory design menggunakan
temubual kumpulan fokus (focus group interview). Menurut Creswell (2009), kaedah
squential explanatory mempunyai dua tahap iaitu pada tahap pertama dilakukan
pengumpulan data dan analisis data kuantitatif diikuti dengan pengumpulan data serta analisis
data kualitatif pada tahap kedua. Data kualitatif ini digunakan untuk menguatkan hasil
penelitian kuantitatif yang dilakukan pada tahap pertama. Dalam kajian ini, kumpulan
kawalan dan kumpuan eksperimen dipilih tanpa dilakukan pengelompokan secara rawak
(Ruseffendi, 2005).Ini bermakna dua kumpulan murid dipilih sebagai responden kajian. Satu
kumpulan dijadikan kumpulan kawalan manakala satu kumpulan lagi diberikan rawatan
(treatment) atau disebut sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran kepada kumpulan eksperimen
dan pembelajaran secara konvensional kepada kumpulan kawalan. Kajian berbentuk
eksperimen kuasi menurut Creswell (2008) merupakan kajian empirikal yang digunakan
untuk menganggarkan kesan sebab dan akibat intervensi terhadap populasi sasaran.
Jadual di bawah menunjukkan reka bentuk eksperimen-kuasi bermula dari ujian pra,
pelaksanaan kaedah rawatan dan pelaksanaan ujian pos.

Kumpulan Eksperimen


Ujian Pra (O1)

(X*)

Ujian Pasca (O2)

Kumpulan Kawalan

Ujian Pra (O3)

(Y*)

Ujian Pasca (O4)

X* : Pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran selama empat minggu
Y* : Pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional selama empat minggu.

Jadual 1: Reka bentuk Asas Eksperimen-Kuasi


Jadual 1 menunjukkan ujian pra (O1 dan O3) dilakukan kepada kedua-dua kumpulan
iaitu kumpulan eksperimen (X*) dan kumpulan kawalan (Y*) sebelum rawatan atau
eksperimen dijalankan. Tujuan ujian pra adalah untuk mengetahui tahap penguasaan tajwid
kalangan murid sebelum eksperimen dijalankan. Seterusnya dilakukan ujian pos (O2 dan O4)
selepas kedua-dua kumpulan selesai memperolehi rawatan iaitu pembelajaran menggunakan
teknologi e-Quran pada kumpulan eksperimen dan pembelajaran konvensional al Quran pada
kumpulan kawalan. Tujuan ujian pos ini dilakukan untuk mengetahui sama ada berlaku
peningkatan tahap penguasaan tajwid ataupun tidak. Seterusnya, hasil ujian pra dan ujian pos
dianalisis mengikut objektif kajian ini.
Fasa Pertama Kajian – Eksperimen Kuasi
Dinamakan eksperimen-kuasi (Quasi-Experimental) kerana penyelidikan yang
dilakukan menyerupai reka bentuk eksperimen, kecuali tiada pembahagian secara rawak
dilakukan. Ini adalah kerana dalam eksperimen-kuasi pembentukan kumpulan adalah
menggunakan kumpulan sedia wujud (intact group). Menurut Chua (2006), reka bentuk
eksperimen kuasi digunakan menggantikan reka bentuk eksperimen tulen apabila dalam
pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik.
Model eksperimen yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Pretest Posttest Control
Group Design. Analisis Ujian SPANOVA digunakan untuk membuat perbandingan
penguasaan Bidang Tajwid melalui bacaan al Quran antara ke dua-dua kumpulan. Dalam
model ini, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diberi

Ujian-Pra untuk mengukur penguasaan tajwid sedia ada (01). Selepas itu, kumpulan
eksperimen akan mempelajari al Quran dan Tajwid menggunakan teknologi e-Quran (X),
manakala kumpulan kawalan tidak diberi pendekatan e-Quran sebaliknya menggunakan
kaedah pengajaran konvensional. Selepas itu, kedua-dua kumpulan akan ditaksir penguasaan
Tajwid dalam bacaan al Quran mereka sebagai Ujian-Post (02). Secara umum model kajian
eksperimen-kuasi yang digunakan adalah seperti rajah 2 di bawah:__________________
E = Kumpulan Eksperimen
E:
01 X
03
K = Kumpulan Kawalan
K:
02
04
Jadual 2: Model Ujian-Pra dan Ujian-Post Eksperimen Kuasi

Dengan gambaran modul di atas, pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran
ditunjukkan oleh perbezaan (01 -03) pada kumpulan eksperimen dengan (02 – 04) pada
kumpulan kawalan. Analisis Ujian SPANOVA digunakan untuk membuat perbandingan
penguasaan Bidang Tajwid antara kedua-dua kumpulan.


Fasa Kedua Kajian – Temu bual Kumpulan Fokus
Temu bual kumpulan fokus dipilih dalam fasa kedua kajian ini. Kaedah kualitatif menggunakan
reka bentuk fenemonologi bagi mengetahui APA yang dialami responden dan BAGAIMANA
mereka mengalaminya. Menurut Dayang Tiawa dan Abdul Hafidz Omar (2009), reka bentuk
fenemonologi digunakan bagi membolehkan penyelidik mengkaji sesuatu yang penting mengenai
sesuatu aspek atau perkara dengan menggunakan penerangan secara tektual dan struktural. Temu
bual kumpulan fokus dipilih bagi memudahkan penyelidik mentadbir responden yang ramai
dalam satu-satu kumpulan. Item temubual ditetapkan supaya dapatan data temu bual menjurus
kepada pengalaman pembelajaran murid menggunakan teknologi e-Quran dan sekali gus
membantu mengenalpasti masalah-masalah dalam pembelajaran al Quran menggunakan
teknologi. Kegunaan kumpulan fokus dalam penyelidikan ini adalah untuk mengukuhkan dapatan
data kuantitatif yang diperolehi dalam fasa pertama kajian. Temubual kumpulan fokus boleh
menyediakan dapatan yang bernilai dan menghampiri tujuan penyelidikan. Analisis data kualitatif
ini akan menggunakan NVIVO 8 dengan perisian Relationship Node bagi mendapatkan
pandangan responden berhubung keberkesanan teknologi e-Quran dalam eksperimen yang telah
dijalankan. Fungsi Relationship Node dalam analisis data ini seperti kontena untuk mengumpul
idea yang dicipta menerusi data yang diperolehi dan hubungannya dengan keberkesanan dua item
iaitu pendekatan instruksional media elektronik al Quran dan Modul Tajwid Murid sebagai
koding yang dibina dalam kajian ini. Rajah berikut menunjukkan hubungan antara nodes
menggunakan reka bentuk Symmetrical Relationship :Keberkesanan
Pendekatan
Instruksional Digital

Perisian Instruksional
Digital Al Quran

Modul Tajwid
Murid
SymmetricalRelationship

Rajah 3: Hubungan Antara Nodes Menggunakan Reka Bentuk Symmetrical Relationship

Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada 105 orang murid yang berada di tahun 3 SK Taman Mutiara
Rini, Johor Bahru. Penyelidik telah memilih kaedah persampelan Kredjie R. V. dan Morgan
D.W. iaitu setiap murid tahun 3 yang belajar di SK berkenaan mempunyai peluang untuk
dipilih sebagai responden kajian. Maka, seramai 70 orang murid daripada populasi telah
dipilih berdasarkan purata minima setiap kumpulan seramai 35 orang. Jumlah ini melebihi
dari jumlah sampel minima iaitu seramai 66 orang dan mencukupi untuk tujuan mendapatkan
data.

Memandangkan pelaksanaan PBS menggunakan konsep pembelajaran Masteri maka
latar belakang responden tidak diambil kira dalam kajian ini. Kelas dalam kumpulan kawalan
mengikuti pembelajaran al Quran secara konvensional manakala kelas kumpulan eksperimen
akan mengikuti pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran. Kajian ini dijalankan dari
bulan Januari hingga bulan Mac 2014 dan jumlah pencerapan yang dilakukan ialah 8 kali bagi
setiap kelas. Manakala sampel bagi temu bual kumpulan fokus pula dipilih melalui kaedah
persampelan bertujuan (purposive sampling).
Penggunaan persampelan bertujuan adalah untuk memastikan pengetahuan responden
yang dipilih boleh dipercayai untuk memberi maklumat bagi tujuan khusus kajian (Fraenkel
dan Wallen, 2006). Tujuan pemilihan sampel dalam temu bual kumpulan fokus ialah untuk
memastikan murid yang dipilih berada pada tahap kemampuan tinggi, kemampuan sederhana
dan kemampuan rendah. Kumpulan sampel sebegini dijangka dapat memberi maklumat yang
jelas tentang topik yang dibincangkan. Oleh itu, keseluruhan sampel yang terlibat sebagai
responden kumpulan temu bual berfokus seramai 9 orang yang terdiri daripada 3 murid
berkemampuan tinggi, 3 murid berkemampuan sederhana dan 3 murid berkemampuan rendah
Pemilihan responden temu bual kumpulan berfokus ini dilakukan berdasarkan pencapaian
responden ketika Ujian Eksperimental Kuasi dijalankan iaitu tiga responden yang
memperolehi Band 5 dan 6, tiga responden yang memperolehi Band 3 dan 4 serta tiga
responden yang memperolehi Band 1 dan 2. Kumpulan fokus ini turut melibatkan penyelidik
sebagai pengerusi dan seorang guru Pendidikan Islam. Keseluruhan ahli kumpulan fokus ini
seramai 11 orang.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian dilakukan di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru sebanyak 8 kali pencerapan
selama 3 bulan bagi menguji kandungan teknologi e-Quran yang dijadikan bahan bantu
mengajar dalam kumpulan eksperimen. Penguasaan responden yang terlibat dalam kajian ini
diukur dengan menggunakan analisis Ujian Pra dan Ujian Pos yang ditaksir guru
menggunakan band dan deskriptor yang telah ditetapkan dalam Dokumen Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid. Perlu diingatkan, penguasaan murid dalam bidang
tajwid menyumbang kepada penguasaan murid dalam komponen Bidang al Quran yang lain.
Berikut adalah carta hasil dapatan kajian yang menunjukkan tahap penguasaan bidang tajwid
responden yang terlibat:

Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan
Eksperimen
20
15
10
5
0
BAND
6

UJIAN PRA
UJIAN POS

BAND
5

BAND
4

BAND 6
7
20

BAND
3

BAND
2

BAND
1

BAND 5
10

BAND 4
8

BAND 3
6

BAND 2
4

BAND 1
0

12

3

0

0

0

Rajah 4: Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan Eksperimen

Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan
Kawalan
12
10
8
6
4
2
0
BAND 6

BAND 5

BAND 4

UJIAN PRA

BAND 6
1

BAND 5
4

UJIAN POS

1

3

BAND 3

BAND 4
10
8

BAND 2

BAND 1

BAND 3
11

BAND 2
6

BAND 1
3

12

7

4

Rajah 5: Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan Kawalan
Berdasarkan dapatan data eksperimen di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa
murid dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan penguasaan bidang tajwid
sebanyak 48.6% iaitu bersamaan 20 orang mencapai tahap tertinggi band 6. Manakala murid
kumpulan kawalan tidak menunjukkan peningkatan antara ujian pra dan ujian pos dalam
bidang tajwid dengan hanya seorang murid kekal menguasai band 6 dalam kedua-dua ujian
pra dan ujian pos. Bagi band 1, 2 dan 3 pula kumpulan eksperimen berjaya menunjukkan
peningkatan penguasaan tajwid yang ketara apabila kesemua responden menguasai sekurangkurang band 4 dalam bidang tajwid. Melalui dapatan ini, secara ringkas dapat dirumuskan
bahawa penggunaan teknologi e-Quran dalam pembelajaran boleh meningkat penguasaan
bidang tajwid dalam kalangan murid tahun 3 sekolah kebangsaan.

KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi e-Quran dalam
meningkatkan penguasaan bidang tajwid kalangan murid tahun 3 sekolah kebangsaan.
Memandangkan pembelajaran maya telah dimulakan pada tahun 2012 menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, maka kajian ini amat diperlukan bagi membantu murid
menguasai bidang tajwid melalui teknologi. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu
guru pendidikan Islam dalam memenuhi tuntutan penyediaan bahan digital Pendidikan Islam
khususnya Bidang Al Quran dan Bidang Tajwid. Hasil penyelidikan diharapkan mampu
membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sesuai
dengan perkembangan era media elektronik dan teknologi maklumat ini, maka pendidikan
murid di sekolah harus berubah dan berkembang selari dengan perkembangan dunia murid.
Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkualiti dapat membantu proses
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dengan lebih sempurna dan berkesan sekali gus
membantu mencapai matlamat transformasi pendidikan negara.
RUJUKAN
Al Quran Al Karim.
Abdul Halim El Muhammady. (1990). Pendidikan Islam, Falsafah Disiplin dan
Peranan Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.
Abin Syamsuddin Makmun (2003), Psikologi Pendidikan. Bandung: Rosda Karya Remaja.

Alex Thio (2003), Sociology:A Brief Introduction, Boston :Pearson Education Inc.
Allan C. Ornstein & Francis P. Hunkins (1988), Curriculum : Foundations,
Principles and Issues. United States: Pearsons Education. Inc.
Al- Qardhawi, Yusof (2000). Pengantar Pengetahuan Islam, Prinsip, Keunikan,
Matlamat,Sumber, Terjemahan Mohammad Zaini Yahya. Selangor: as Syabab
Media.
Ariffin, Zaenal (2009), Evaluasi Pembelajaran (Prinsip, Teknik, Prosuder) Bandung:
PT Remaja Rosdakarya.
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (1997), Kenegaraan Malaysia ,
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Bloom, B.S. (1971).Mastery learning. In. J. H. Block (Eds.). Mastery learning:
Theory and practice, 47–63. New York: Holt, Rinehart & Winston
Carnegie Forum, (1986). A Nation Prepared: Teachers for the 21st Century. The
Report of
the Task Force on Teaching as a Profession, Carnegie
Forum on Education and the
Economy, : Hyattsville, Carnegie
Corporation.
Caroll, J.B. (1963). A model of school learning. Washington: Teacher College Record.

Chin Yee Mun (2006), Malaysia : Ilmu, Persepsi dan Integriti. Petaling Jaya :
Pearson Hall Malaysia Sdn Bhd.
Chua Yan Piaw (2011), Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia :
McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.
Creswell, J.W. (2002), Educational Research: Planning, Conducting and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Upper Sadle River,
NJ: Prentice Hall.
Creswell, J.W. (2003), Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed
Mathod Approaches. . Thausand Oak: SAGE Publications.

Creswell, J.W. (2008), Educational Research: Planning, Conducting and
rd
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. (3 Edition)
Upper Sadle River, NJ: Prentice Hall.
Creswell, J.W. (2012), Educational Research: Planning, Conducting and
rd
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. (4 Edition)
Lincoln: Pearson.
Dayang Hjh Tiawa Awang Hj Ahmad, Abdul Hagidz Omar (2009), Analisis
Data Kualitatif. Johor Bahru : Nasmax Sdn. Bhd.
Fatmawati, Zainul Akhyar, Mariatul Kiptiah (2012), Kemampuan Guru melakukan
Penilaian Dalam Pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan (PKN) Di
SMA Negeri Banjarmasin, Banjarmasin: Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan
Indonesia.
Jerome Branche, JohnMullennix,Ellen R.Cohn (2007), Diversity Across The
Curriculum: A Guide For Faculty In Higher Education. Massachusetts :
Anker Publishing Company, INC.
Khodori Ahmad (2012), Kepimpinan Pentaksiran Holistik Memacu Modal Insan
Kreatif dan Inovatif, Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Institut Aminuddin Baki: Genting Highland.
Mary E. Lunz (2001), Examination Development Guidelines, Chicago : Measurement
Research Associates Inc.
Muhammad Fauzan Abdul Wahid, (2006). Meningkatkan Kemahiran Membaca alQuran Menerusi Latihan Amali & Tasmik al-Quran. Institut Perguruan
Bahasa-Bahasa Antarabangsa: Kuala Lumpur.
Muhyiddin bin Yassin, (2013). Dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.
Mohd Salleh Lebar (1998), Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan ,
Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Najeemah Md. Yusof (2006), Konsep Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Professional
Publications.
Ruseffendi (2005), Dasar-Dasar Penelitian Pendidikan dan Bidang Non Eksata,
Bandung: Tarsito.
Salina Binti Sa'don. (2006). Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Universiti 1 Terhadap Pembelajaran Tilawah al-Quran.UTM: Skudai.
Sapon Ibrahim (2011), Nota Kuliah UTHM : Kaedah Pengajaran. UTHM:Batu Pahat.
Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri, (2010) Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam
Pengajaran j-QAF . Bangi : Journal of Islamic and Arabic Education.

Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Esei, Proposal,
Thesis), Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (1996), Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah ,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Syeikh al Muhaddith al Faqih : Penterjemah Shuhadak Mahmud (2011), 40 Teknik
Rasulullah SAW Mengajar. Seremban : Al Azhar Media Enterprise..
Wan Khairuddin Wan Yahya & Ab Halim Tamuri. 2008. Aplikasi ICT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah dalam buku Pengintegrasian
ICT dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam :
Karisma Publications SDN. BHD.
Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu (2003), Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5
For Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

LAMPIRAN 1

Senarai Band Pentaksiran Bidang Tajwid KSSR Pendidikan Islam Tahun 3
BIDANG
TAJWID
Memahami Bacaan Mad:
 Mad Asli
Silah
 Mad




Qosirah
Mad Badal
Mad ‘Iwad
Mad Tamkin

Bacaan Mim dan Nun
Syaddah

BAND
1

2

DESKRIPTOR
Menyebut kalimah yang mengandungi
bacaan Mad Asli (Mad Tabi’i) dengan
bimbingan.
Membaca potongan ayat yang mengandungi
bacaan Mad Silah Qosirah dan Mad Badal
dengan bimbingan.

3

Membaca potongan ayat yang mengandungi
bacaan Mad Silah Qosirah dan Mad Badal
dengan betul.

4

Membaca potongan ayat yang mengandungi
bacaan Mad ‘Iwad dan Mad Tamkin dengan
betul.

5
6

Membaca ayat yang mengandungi bacaan
Mim dan Nun Syaddah dengan betul.
Membaca ayat-ayat yang mengandungi
bacaan Mad, Mim dan Nun Syaddah dengan
betul dan berterusan.

Sumber: Dokumen Panduan Penguasaan Pembelajaran Murid,
Pendidikan Islam Tahun 3.