PENGARUH PERADABAN ARAB ISLAM TERHADAP P

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK

Pengaruh Peradaban Arab-Islam terhadap
Pemikiran Perubatan Masyarakat Melayu
Berdasarkan MSS1292 Kitab Tibb
ROZIAH SIDIK @M AT SIDEK

Pendahuluan
Bab ini secara umumnya meneliti pengaruh peradaban Arab-Islam
terhadap pemikiran perubatan masyarakat Melayu berdasarkan MSS1292
Kitab Tibb. MSS1292 Kitab Tibb ialah sebuah manuskrip Melayu
berkaitan perubatan yang terdapat dalam Pusat Manuskrip Melayu,
Perpustakaan Negara Malaysia. Manuskrip ini merupakan sebuah
manuskrip yang disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi tanpa disebut nama
pengarang asal. Manuskrip setebal 142 halaman ini selesai disalin pada
bulan Januari 1820. Manuskrip ini memuatkan 694 kaedah rawatan untuk
mengubati 13 jenis penyakit seperti penyakit kepala, mata, mulut, hidung,
telinga, perut, dan pinggang (MSS1292 Kitab Tibb). Menerusi kaedah
analisis kandungan, penulis mengesan kewujudan pengaruh Arab-Islam
dalam manuskrip ini, khususnya dari segi pemikiran perubatan
masyarakat yang digambarkan dalam manuskrip ini, iaitu masyarakat

Melayu. Pengaruh peradaban Arab-Islam terhadap pemikiran perubatan
masyarakat Melayu dalam manuskrip ini jelas kelihatan menerusi
pengubatan menggunakan wafak, pengubatan berasaskan kepercayaan
agama Islam dan pengubatan yang menyepadukan antara sains dan
agama.

 53 

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT
MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

Pengaruh Peradaban Arab-Islam Menerusi
Pengubatan Menggunakan Wafak
MSS1292 Kitab Tibb mendedahkan bahawa peradaban Arab-Islam
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu menerusi pengubatan
menggunakan wafak. Apa yang dimaksudkan dengan wafak atau disebut
juga sebagai wifik ialah huruf-huruf, angka-angka atau ayat-ayat yang
merupakan wirid dan doa dengan sebahagiannya dalam bentuk diagram
dan rajah (http://malaysiafx.org/component/option,comfireboard/Ite
mid,41/func,view/catid,17/id...). Terdapat 46 wafak semuanya dalam

MSS1292 Kitab Tibb. Namun hanya 22 wafak sahaja yang boleh
disahkan sebagai pengaruh daripada peradaban Arab-Islam. Manakala
bakinya tidak dapat disahkan. 22 wafak yang boleh disahkan sebagai
pengaruh peradaban Arab-Islam digunakan untuk mengubati penyakit
kepala pening, kepala ngilu, mata patikan, batuk, perut kayap, perut
buang air akan darah, perut bergelang-gelang, cika, badam, sakit badan,
melemahkan zakar lelaki dan juga menguatkan zakar lelaki. Secara
terperincinya, satu wafak digunakan untuk mengubati kepala pening,
iaitu:

(MSS1292: 19), satu wafak digunakan untuk mengubati ngilu kepala,
iaitu:

(MSS1292: 20) satu wafak digunakan untuk mengubati mata patikan,
iaitu:

 54 

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK


(MSS1292: 29), dua wafak digunakan untuk mengubati batuk, iaitu:

(MSS1292: 58), dan (MSS1292: 58), satu wafak digunakan untuk
mengubati perut kayap, iaitu:

(MSS1292: 77) satu wafak digunakan untuk mengubati sakit perut buang
air akan darah, iaitu:

 55 

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT
MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

(MSS1292: 78), satu wafak digunakan untuk mengubati penyakit pada
perut yang bernama gelang-gelang, iaitu:

(MSS1292: 83), dua wafak digunakan untuk mengubati cika, iaitu:

(MSS1292: 85), dan


(MSS1292: 85).
 56 

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

Satu wafak digunakan untuk mengubati badam, iaitu:

(MSS1292: 96), satu wafak digunakan untuk mengubati sakit badan, iaitu:

(MSS1292: 120), satu wafak turut digunakan untuk melemahkan zakar
lelaki, iaitu:

(MSS1292: 123), manakala
menguatkan zakar lelaki, iaitu:

sembilan

(MSS1292:125),

(MSS1292: 125),


 57 

wafak

digunakan

untuk

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT
MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

(MSS1292: 125),

(MSS1292:125),

(MSS1292: 126),

(MSS1292: 126),


 58 

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

(MSS1292: 126),

(MSS1292: 126), dan

(MSS1292: 131),
Pengaruh peradaban Arab-Islam menerusi pengubatan berasaskan
kepercayaan MSS1292 Kitab Tibb turut mendedahkan bahawa peradaban
Arab-Islam mempengaruhi pemikiran perubatan masyarakat Melayu,
menerusi kewujudan pengubatan berasaskan kepercayaan agama Islam.
Pengubatan berasaskan kepercayaan agama ini ketara menerusi
kewujudan ungkapan dan gesaan yang menunjukkan kewujudan elemen
Islam, ayat al-Quran dan doa dalam kaedah merawat penyakit.

Ungkapan dan Gesaan yang Menunjukkan
Kewujudan Elemen Islam dalam Pengubatan
Ungkapan dan gesaan yang menunjukkan kewujudan elemen Islam

dalam pengubatan terbukti menerusi kewujudan ungkapan seperti insya
Allah, ya Qadiya al-hajat dan ya Ghafur serta tasbih ayat al-kubra.
Ungkapan insya Allah misalnya, digunakan untuk merawat penyakit
kepala (MSS1292: 17), mata patikan (MSS1292: 29), mata dagingdagingan (MSS1292: 31), sakit gigi (MSS1292: 54) dan batuk atau esak
 59 

PENGARU H PERADABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERU BATAN M ASYARAKAT
MELAYU BERD ASARKAN M SS1292 KITAB TIBB

(MSS1292: 58). Ungkapan ya Qadiya al-hajat pula disebut dalam
merawati penyakit pinggang (MSS1292: 90). Manakala ungkapan seperti
ya Qhafur digunakan untuk merawati pening kepala (MSS1292: 19) dan
tasbih ayat al-kubra pula digunakan dalam merawati pitam (MSS1292:
21).
Ungkapan-ungkapan lain yang turut memperlihatkan pengaruh
peradaban Arab-Islam dalam pemikiran perubatan masyarakat Melayu
ialah ungkapan Tuhan, Allah, Muhammad dan Rasulullah. Ungkapan ini
boleh dilihat menerusi petikan-petikan seperti, “afiat olehnya dengan
tolong Tuhan sarwa sekalian alam” (MSS1292: 36), “tiadalah menderita
ghalib zakarnya itu dengan anugerah Allah Tacala dan berkat Muhammad

Mustafa (s.a.w.)” (MSS1292: 124), “dengan anugerah Allah keras
olehnya” (MSS1292 : 128) dan “jikalau ada melihat cahaya matahari atau
suluh jikalau sedikit lalu jua pun dengan kurnia Allah dan dengan syafaat
Rasulullah…”(MSS1292: 27).
Beberapa gesaan yang boleh dikaitkan dengan Islam turut dikesan
wujud dalam pemikiran perubatan masyarakat Melayu. MSS1292 Kitab
Tibb mendedahkan kewujudan gesaan agar berwuduk dan seterusnya
mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat untuk menghilangkan
perasaan marah (MSS1292: 42), gesaan agar membaca doa atau ayat alQur'an dalam merawat batuk (MSS1292: 58) dan gesaan agar membaca
selawat kepada Nabi (s.a.w.) ketika menelan ubat mani (MSS1292: 92).

Ayat al-Qur’an dalam Pengubatan
Pemikiran perubatan masyarakat Melayu didapati tidak terpisah daripada
ayat al-Qur’an yang menjadi pegangan seluruh umat Islam. MSS1292
Kitab Tibb mendedahkan kewujudan pemikiran perubatan masyarakat
Melayu yang dikaitkan dengan ayat al-Qur’an. Ini menunjukkan secara
jelas tentang kewujudan pengaruh peradaban Arab-Islam terhadap
pemikiran pengubatan masyarakat Melayu. Perkara ini boleh dibuktikan
menerusi penggunaan surah al-Fatihah yang dibacakan untuk mengubati
cika (MSS1292: 84) serta surah al-Ikhlas yang dibacakan untuk

mengubati sakit kepala (MSS1292: 17) dan pening kepala (MSS1292:
19). Perkara ini turut terbukti menerusi penggunaan ayat-ayat berikut:
1. Ayat 130, surah al-Shu'ara’ dan ayat 45, surah al-Baqarah untuk
mengubati kepala pening (MSS1292: 19),
2. Ayat 37, surah al-Hajj, ayat 1-4, surah Maryam dan ayat 70, surah
Yasin untuk mengubati ngilu (MSS1292: 20-21).
 60 

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK

3.
4.
5.
6.
7.

8.

Ayat 196, surah al-Baqarah digunakan dalam mengubati ngilu atau
sakit kepala sebelah (MSS1292: 20),

Ayat 66, surah Yasin dan ayat 111, surah Taha untuk mengubati
sakit mata (MSS1292: 34),
Ayat 25, surah al-Nazi’at untuk mengubati esak atau batuk
(MSS1292: 59),
Ayat 66, surah al-Nahl, ayat 8, surah Ali ‘Imran atau ayat 35, surah
Sad untuk mengubati sakit hati (MSS1292: 65).
Ayat 91, surah al-Anbiya’ atau ayat 12, surah al-Tahrim turut
digunakan dalam perubatan masyarakat Melayu, iaitu untuk
mengubati penyakit perut bergelang-gelang (MSS1292: 84).
Ayat 17, surah al-An’am digunakan untuk mengubati sakit dingin
(MSS1292: 117).

Doa dalam Pengubatan
Doa yang merupakan pengaruh peradaban Arab-Islam turut wujud dalam
pemikiran perubatan masyarakat Melayu. Berdasarkan MSS1292 Kitab
Tibb, doa yang disebutkan ialah doa yang dibaca pada kepala yang sakit
(MSS1292: 17), doa yang ditulis pada kertas untuk dijadikan tangkal bagi
merawat ngilu kepala (MSS1292: 20) dan doa yang ditulis pada mangkuk
sabun untuk dijadikan tangkal bagi merawat penyakit yang sama
(MSS1292: 20-21), doa untuk merawat mata lukup hayaman (MSS1292:

36), doa yang ditulis pada mangkuk putih untuk mengubati sakit hati
(MSS1292: 66), doa yang dibaca pada kapur untuk mengubati perut
senak (MSS1292: 74), doa yang dibaca untuk mengubati penyakit
muntah, sakit mata, barah, bisul, banyak keluar peluh, luka atau tumpah
darah (MSS1292: 86), doa untuk mengubati barah buntut (MSS1292:
105), doa ketika tergeliat (MSS1292: 106), doa untuk menguatkan zakar
serta doa untuk membesar dan memanjangkan zakar (MSS1292: 125),
doa supaya tidak memberi uzur kepada lelaki (empat doa diberikan)
(MSS1292: 126) dan doa untuk mengubati zakar lemah (MSS1292: 128).
Doa yang dibacakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit ini
jelas mempunyai pengaruh peradaban Arab-Islam. Apatah lagi,
sesetengah doa yang dinyatakan itu merupakan ayat al-Qur’an. Ini boleh
dilihat menerusi doa yang digunakan untuk mengubati perut senak ialah
ayat 82, surah al-Isra’ (MSS1292: 74). Doa untuk mengubati barah
buntut pula dikesan melibatkan ayat 1-2, surah al-Qalam, ayat 27, surah
al-Takwir atau ayat 87, surah Sad atau ayat 104, surah Yusuf, serta ayat

 61 

PENGARU H PERADABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERU BATAN M ASYARAKAT
MELAYU BERD ASARKAN M SS1292 KITAB TIBB

29, surah al-Takwir (MSS1292: 105). Manakala doa ketika tergeliat pula
melibatkan ayat 1-2, surah al-Qadr (MSS1292: 106).
Begitu juga dengan doa yang dibaca untuk mengubati penyakit
muntah, sakit mata, barah, bisul, banyak keluar peluh, luka atau tumpah
darah, dan doa untuk menguatkan zakar. Doa yang pertama
menggunakan ayat 137 dari surah al-Baqarah sebagai sebahagian
daripada kandungannya (MSS1292: 86). Manakala doa yang kedua pula
menggunakan ayat 1-2, surah al-Rahman (MSS1292: 125).

Pengaruh Peradaban Arab-Islam Menerusi
Pengubatan yang Menyepadukan antara
Sains dan Agama
Apabila perubatan Melayu tidak hanya terbatas kepada penggunaan
elemen sains sebagai kaedah rawatan penyakit tetapi turut memberi ruang
yang luas kepada penggunaan elemen agama Islam, maka ia
menunjukkan kewujudan satu bentuk pengubatan yang menyepadukan
antara sains dan agama. Penyepaduan ini membuktikan bahawa sains
yang corak pemikirannya berdasarkan akal adalah terbatas sifatnya dan
tidak dapat memenuhi keperluan kerohanian manusia. Keperluan ini
bagaimanapun boleh dipenuhi menerusi agama. Justeru, penyepaduan
antara sains dan agama adalah amat wajar dan perlu dilihat sebagai saling
melengkapi. Berdasarkan MSS1292 Kitab Tibb, pemikiran perubatan
masyarakat Melayu turut memperlihatkan kewujudan penyepaduan
antara sains dan agama yang terserlah menerusi kombinasi kaedah
rawatan yang ditawarkan.
Dalam konteks ini, aspek sains ialah maklumat mengenai
kepelbagaian kaedah rawatan yang ditawarkan untuk merawat sesuatu
penyakit. Manakala aspek agama pula ialah kaedah rawatan yang
ditawarkan itu turut melibatkan penggunaan ayat al-Qur'an, bacaan yang
boleh dikaitkan dengan agama, doa ataupun selawat ke atas Nabi
Muhammad (s.a.w.). Penelitian ke atas MSS1292 Kitab Tibb,
mendedahkan bahawa kaedah rawatan untuk mengubati pitam, mata
lukup hayaman, batuk dan esak serta ubat yang bernama mani merupakan
antara kaedah rawatan yang menyepadukan antara sains dan agama.
Kaedah rawatan pertama yang ditawarkan untuk mengubati pitam
misalnya, melibatkan penggunaan tumbuhan seperti batang lenggundi
dan daun gandarusa yang digabungkan dengan bacaan tasbih ayat alkubra (MSS1292: 21). Kaedah rawatan untuk mengubati mata lukup
 62 

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK

hayaman pula melibatkan penggunaan tumbuhan seperti daun keladi
yang digandingkan dengan bacaan yang berbunyi Allahumma salli ‘ala
Muhammad wa ‘ala ali Muhammad ya shafi la shafi illa ghayruk ishfi
‘abdak fa la…(MSS1292: 36). Begitu juga dengan kaedah rawatan untuk
mengubati batuk turut melibatkan penggunaan doa atau ayat al-Qur'an
yang digandingkan dengan penggunaan tumbuhan seperti daun tembaga
suasa (MSS1292: 58). Manakala kaedah rawatan untuk mengubati esak
pula menyarankan penggunaan tumbuhan seperti lada dan digandingkan
dengan penggunaan ayat 25, surah al-Nazi’at (MSS1292: 59).
Penyepaduan antara sains dan agama dalam konteks pemikiran perubatan
ini menunjukkan bahawa sains dan agama sebenarnya saling melengkapi
(Azizan 1995: 92; Azizan 2006: 23-29).
Bibliografi
Azizan Baharuddin. 2006. Satu perspektif lokal hubungan sains dengan agama.
Dlm. Mohd Hazim Shah (Pnyt.). History, Philosophy and Social Studies of
Science: Essays in Honour of Ungku Aziz. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Azizan Baharuddin. 1995. Science and Belief: Discourses on New Perceptions.
Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
http://malaysiafx.org/component/option,com_fireboard/Itemid,41/func,view/cati
d,17/id...
MSS1292 Kitab Tibb

 63 