HUBUNGAN DI ANTARA KOMITMEN DAN TAHAP KE

HUBUNGAN DI ANTARA KOMITMEN DAN TAHAP KEPUASAN KERJA
GURU DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KAWASAN PEDALAMAN
DAERAH KOTA MARUDU

SAIMAH BINTI KIWAL
PT20117218C

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL (SPPS)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2013
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi secara formal yang berperanan
besar ke arah pembangunan insan, masyarakat dan negara. Sehubungan
itu, tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu kepada
pelajar, malah menentukan maju mundur negara (Sabaruddin Yusof, 1993).
Kemajuan negara ditentukan oleh kualiti pelajar yang dihasilkan. Pelajar yang

cemerlang, kreatif dan inovatif akan menyumbang ke arah pembangunan,
kemakmuran dan kestabilan negara.
Dalam bidang pendidikan, Coladarci (1992), mendefinisikan komitmen
sebagai unsur-unsur psikologi guru yang berkait rapat dengan profesion
perguruan. Tingkahlaku guru yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat
terhadap nilai dan matlamat, bersemangat sukarela untuk berusaha
meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan untuk terus kekal di
dalam organisasi sekolah. Manakala dalam konteks masyarakat moden,
perkataan guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu
yang melibatkan diri mereka sama ada secara formal atau tidak formal
bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang
perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru (Atan Long, 1984).
Dari segi tanggungjawab, guru merupakan golongan profesional kerana
profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan
dan merasa kebertanggungjawaban dalam semua tindakan dan keputusan
yang dibuat (Sufean, 1993).
Guru harus mempunyai komitmen, berkualiti dan jati diri yang tinggi
agar murid mempunyai keyakinan diri dan kefahaman tinggi terhadap apa
yang diketengankan oleh guru, (Kamaruddin, 1989). Dalam organisasi
pendidikan, bilangan guru adalah ramai. Selain itu, proses pertukaran guru


2

juga mudah dan sering berlaku. Menurut Ong Chon Sooi (1995), komitmen
guru kepada organisasi adalah rendah berbanding komitmen guru kepada
profesion. Tanda-tanda seperti peningkatan bilangan guru yang memohon
persaraan pilihan merupakan tanda kemorosotan komitmen kepada
organisasi. Guru yang berkesan menunjukkan komitmen yang lebih tinggi
kepada organisasi sekolah berbanding dengan guru-guru yang kurang
berkesan (Rosenholtz,1989). Guru yang berkesan ini didapati sentiasa
menghabiskan masanya bersama-sama para pelajamya. Menurut Rosenholtz,
sekolah yang mempunyai guru yang tinggi komitmennya akan turut
menyumbang pencapaian akademik sekolah yang tinggi.
1.1

Latar Belakang Kajian

Sekolah merupakan satu organisasi pendidikan di Malaysia yang melatih
murid-murid untuk mencapai prestasi yang cemerlang samada dalam
bentuk kurikulum mahupun kokurikulum sebagai persediaan untuk

menduduki tahap pendidikan yang lebih tinggi. Guru pula merupakan
individu penting yang berperanan besar untuk membentuk sahsiah dan
keperibadian yang mulia dalam kalangan pelajar melalui usaha-usaha
serta komitmen kerja yang tinggi untuk memenuhi keperluan sistem
pendidikan di negara kita. Sebagai seorang guru, mereka memainkan
peranan yang penting dan mencabar dalam melahirkan murid-murid
yang berprestasi tinggi khususnya dalam bidang akademik.
Di samping mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam dan luar bilik darjah, mereka juga bertanggungjawab untuk
mengendalikan

pelbagai

program

dan

aktiviti

yang


sesuai

untuk

mencapai visi pendidikan guru iaitu memberi pendidikan bertaraf dunia.
Untuk menjayakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang
tersebut, seseorang guru perlu melalui pelbagai desakan dan cabaran.
Misalnya dalam usaha memberi pendidikan bertaraf dunia, desakan
mereka tidak hanya terikat kepada proses pengajaran dan pembelajaran
semata-mata,

seperti

membuat

perancangan

pembelajaran,


mengimplementasikan

rancangan

pengajaran
tersebut

dan

dengan

berkesan dan membuat penilaian pelajar yang berlainan perwatakan,

3

kebolehan,

kehendak

dan


latar

belakang.

Sejajar

dengan

hasrat

menjadikan pendidikan bertaraf dunia tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggariskan beberapa langkah untuk menangani
cabaran tersebut. Salah satu daripada langkah tersebut ialah pendidikan
guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa
dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap, nilai dan falsafah
pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme
perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang
celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat
futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan

profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia
menjelang abad ke 21 tidak seharusnya dibataskan di atas andaian dan
pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan
menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan
masyarakat dan negara.
Seseorang guru pada masa kini juga perlu mengharungi cabaran
dari semua aspek yang lain seperti memain peranan aktif dalam semua
mesyuarat yang dihadiri, membuat kerja-kerja perkeranian, memperolehi
ilmu

untuk

melaksanakan

kegiatan

ko-kurikulum

yang


dipertanggungjawabkan dan pelbagai kerja peningkatan kualiti seperti
ISO, 5S, aktiviti inovasi, penandaarasan dan penyelidikan. Untuk
menjalankan tugas dan kerja yang pelbagai dengan berkesan, institut
memerlukan guru yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu kajian lepas melaporkan bahawa komitmen
mempunyai pertalian dengan kepuasan kerja (Chua, 2008; Kimball &
Nink, 2006; Whitecare, 2006).
Guru juga perlu mengalami kepuasan kerja untuk membolehkan
mereka menjadi lebih komited supaya mereka mampu melahirkan guruguru yang professional dan berkesan dalam melaksanakan tugas mereka
di sekolah kemudian. Kajian-kajian yang dilaksanakan pada tahun 2008
dan 2010 dalam kalangan pensyarah institut melaporkan bahawa mereka
amat komitmen dan amat berpuashati dengan kerja mereka (Chua, 2008;

4

Chua 2010).
1.2

Pernyataan Masalah


Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai
budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran
organisasi

yang

kaya

dengan

idealogi,

penyertaan

bersama

dan

kepimpinan berkarisma. Guru atau pendidik merupakan tunjang dan
pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan

pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Wan Mohd Zahid, 1994). Oleh itu, guru patut didedahkan dengan
budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat
yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan
melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.
Yaakob

(2007),

menyatakan

kejayaan

sesebuah

organisasi

mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen
guru. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara
terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan

bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya.
Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak
akan

kesampaian

merupakan

staf

jika
yang

guru-

gurunya

memainkan

tidak

peranan

berkesan.
yang

Guru-guru

penting

bagi

memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai.
Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai
sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen . Ahmad Jawahir Tugimin
(2009), menyatakan bahawa dalam memperkasa sistem pendidikan ini
sudah tentulah peranan sekolah dan institusi pendidikan semakin
mencabar dan perlu berdaya saing. Untuk mendukung dan menggalas
tanggungjawab

ini

maka

cirri-ciri

pendidik

seperti

berkredibiliti,

beriltizam, berkepimpinan serta bermujahadah perlu sekali diterapkan
dan disuburkan dalam kalangan mereka. Dalam mengurus sekolah
menengah, sudah pastilah kita tidak dapat lari daripada membabitkan
fungsi dan peranan pengetua, barisan guru penolong kanan, guru dan

5

warga staf yang lain.
Kepuasan kerja dalam dunia pendidikan menjadi aspek kajian yang
semakin penting dan amat panas diperkatakan masyarakat. Hal ini
demikian kerana ia amat relevan dalam bidang pengurusan psikologi
modal

insan

dan

organisasi

hari

ini

(Rosli,

1998).

Kajian

yang

bersangkutan dengan kepuasan kerja telah bermula dengan kajian
Howthorne yang dijalankan oleh Elton Mayo di Amerika Syarikat dalam
tahun 1920-an. Diikuti oleh beberapa kajian yang lebih terperinci
daripada pelbagai aspek kerjaya telah dihasilkan bukan sahaja di
Amerika Syarikat dan Eropah, malah di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin
ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai
tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari berbagai peringkat
dalam KPM (Azizi, 2007). Tekanan kerja atau bebanan tugas guru selain
daripada tugas hakiki sebagai mengajar murid di dalam bilik darjah juga
boleh menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru tersbut.
Bebanan tugas guru yang sering menjadi tekanan tugas mereka
termasuklah tugas-tugas perkeranian dan juga tugas-tugas lain selain
daripada tugas hakiki mereka sentiasa menjadi alasan dan juga faktor
yang

menyebabkan

guru-guru

menjadi

tidak

produktif

dalam

menjalankan tugas mereka seharian. Norani Mohd Noor & Ruzilayati
Rameli (2009), dalam kajian mereka iaitu mengenalpasti faktor-Faktor
yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan Guru Teknikal
Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, menyatakan bahawa
kemungkinan terdapatnya pengaruh faktor kepuasan kerja dari aspek
kepimpinan

pengetua,

hubungan

rakan

sekerja,

beban

kerja,

persekitaran kerja dan disiplin pelajar. Guru-guru yang merasa tidak puas
terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif seperti
ponteng

kelas,

kurang

beri

tumpuan

kepada

pengajaran

dan

pembelajaran dan tidak minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996).
Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan
kerja guru-guru mesti diberi keutamaan oleh pengetua. Guru-guru yang
mempunyai

kepuasan

kerja

yang

6

tinggi

akan

berasa

seronok

melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen
mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi
(Andermant, Belzer & Smith, 1991).
Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di
Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada
responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut
penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa
diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan,
dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. Dalam kajian Lim
(2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami
perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan
untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini
disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap
kerja dan beban kerja yang tinggi.
Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo (1999)
mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan
guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru- guru tidak
puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru
juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan
aktiviti yang lebih kreatif. Dalam kajian beliau, Castillo juga mendapati
bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan
kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan
adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika
mendapat pilihan lain.
Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan
individu menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh
yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan
menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami. Kebolehan penyesuaian
juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja
mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan
pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat

7

dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana
ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan
bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan
pengkhususan pengajaran di sekolah. Contohnya, guru-guru yang
mengikuti

pengajian

pendidikan

di

peringkat

Institusi

Perguruan

mengambil pengkhususan dalam mata pelajaran lain tetapi apabila
ditempatkan di sekolah, pentadbir sekolah iaitu Guru Besar atau
Pengetua mengarahkan guru tersebut mengajar dalam mata pelajaran
yang lain yang bukan dalam bidang pengkhususan atau kepakaran guru
tersebut.
Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin
kepuasan

kerja

seseorang.

Konflik

dalam

kalangan

guru

akan

menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus
bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran (Markandan, 1984). Sekiranya masalah ketidakpuasan
guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami
masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional
malahan

akan

seterusnya

kehilangan

akan

tenaga

menjejaskan

pengajar

produktiviti

yang

dan

berkualiti

kualiti

dan

Pendidikan

(Ruhland, 2001). Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini
merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang
optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan
tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu
membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka,
semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti
kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan.
Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999)
menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang
tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas yang
dijalankan.• Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang
menyatakan

bahawa

kepuasan

kerja

merupakan

penentu

kepada

komitmen terhadap pekerjaan. Guru yang mempunyai kepuasan tinggi

8

adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih
bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler,
1992).
1.3 Kepentingan Kajian
Pengkaji mendapati kajian ini penting dan perlu diperincikan. Penilaian aspek
komitmen profesional guru secara soal selidik merupakan mekanisme
pemantauan berdokumentasi yang dapat menjelaskan kemenjadian guru serta
murid, secara tidak langsung mengupas sebab munasabah keadaan berjaya
atau tidak, fungsi sesebuah organisasi sekolah khususnya terhadap lokasi
kajian. Maklumbalas ini sangat penting untuk mengetahui sejauh mana guruguru memahami dan mengaplikasikan Kurikulum Perguruan serta pengamalan
terhadap Etika Profesion Perguruan di sekolah khususnya di kawasan
pedalaman. Hasil kajian juga diharap akan menjadi asas kepada pihak
pentadbir dan pihak berkepentingan dengan sekolah untuk mengatur langkah
penambahbaikan,

pemurnian

atau

pengawalan

tingkahlaku

terhadap

tindakbalas guru. Aspek seperti komitmen, kepuasan kerja, konflik peranan,
peluang

berinteraksi,

kesungguhan,

kestabilan

disiplin,

komunikasi

interpersonal dengan rakan sejawat dan pentadbir sekolah adalah sangat
penting dalam menjayakan kerjaya guru dalam meningkatkan pencapaian
prestasi sekolah (Maznah, 1989).
1.4 Tujuan Kajian
Para pendidik di abad Ke-21 menghadapi pelbagai perubahan pesat dengan
anjakan paradigma dalam pendidikan. Dalam menghadapi perubahan
tersebut mereka perlu membuat keputusan sama ada mendiamkan diri atau
turut serta menyahut cabaran, mencari jalan penyelesaian sekurangkurangnya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Tranformasi pendidikan kini
serta merta mengubah haluan dan peranan guru. Kajian tinjauan ini dijalankan
untuk mengukur sejauh mana tahap komitmen dan tanggungjawab guru yang
bertugas di sekolah rendah di kawasan pedalaman untuk meningkatkan
prestasi pencapaian murid dan sekolah. Kajian ini juga mengukur
keprihatinan guru terhadap amalan etika dalam profesion perguruan.

9

1.5 Objektif Kajian
Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru-guru yang
bertugas di sekolah rendah di kawasan pedalaman bertanggungjawab
melaksanakan amalan Etika Profesion Perguruan yang disarankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara khusus, kajian ini adalah untuk
meninjau:
a) Mengenal pasti tahap kepuasan berkerja dalam kalangan guru yang
bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu.
b) Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap
komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah
Kota Marudu berdasarkan jantina.
c) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap pencapaian muridnya.
d) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan.
e) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap masyarakat dan negara.
f) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap ibu bapa murid.
1.6 Persoalan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan berikut:
a) Apakah tahap kepuasan berkerja dalam kalangan guru yang bertugas
di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu?
b) Adakah terdapat perbezaan tahap komitmen guru yang bertugas di
sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu berdasarkan jantina
terhadap pencapaian muridnya?
c) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap pencapaian muridnya?
d) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan?
e) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah

10

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap masyarakat dan negara?
f) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah
pedalaman daerah Kota Marudu terhadap ibu bapa murid?
1.7 Hipotesis Kajian
Bentuk hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini adalah berbentuk hipotesis
nul, iaitu ramalan atau jangkaan terhadap penemuan penyelidikan bagi
objektif kajian yang keenam. Antara hipotesis nul yang terlibat dalam
kajian ini ialah:
Ho1

:

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara
tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas
di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap
pencapaian muridnya.

Ho2

:

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara
tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas
di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap
rakan sejawat.

Ho3

:

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara
tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas
di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap
masyarakat.

Ho4

:

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara
tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas
di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap
ibu bapa murid.

Ho5

:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap
komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di
sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu

1.8 Batasan Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kekangan ataupun halangan
yang tidak dapat dielakkan. Dalam kajian ini, pengkaji menghadapi
beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya termasuklah
ruang lingkup kajian ini iaitu sampel kajian yang agak kecil iaitu seramai

11

150 orang guru sahaja. Oleh yang demikian, mungkin banyak pihak yang
akan mempertikaikan kesahihan data yang dianalisis tersebut serta
mempersoalkan adakah data yang dianalisis itu boleh mewakili kepada
situasi ataupun keadaan yang sebenar di seluruh negara. Sampel kajian
tersebut diambil daripada 23 buah sekolah rendah daripada 33 buah
sekolah rendah di daerah Kota Marudu. Jumlah sampel yang agak kecil ini
mungkin tidak dapat mewakili keadaan sebenar yang berlaku dalam
kalangan guru-guru di negara kita.
Selain daripada ruang lingkup tersebut, satu lagi batasan kajian
yang sangat ketara dihadapi oleh pengkaji ialah jarak sekolah-sekolah
pedalaman di daerah Kota Marudu serta keadaan geografi sekolah
tersebut yang agak sukar untuk dihubungi. Di daerah Kota Marudu,
terdapat 4 buah sekolah pedalaman yang agak sukar dihubungi dengan
jalan udara dan menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan
responden daripada sekolah-sekolah tersebut.
1.9 Definisi Operasional Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep yang digunakan seperti yang
dijelaskan di dalam definisi operasional kajian di bawah.
1.9.1 Komitmen Kerja
Mowday, Steer dan Porter (1979), menjelaskan komitmen sebagai
tingkah laku individu yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat
terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela untuk
meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan yang kuat untuk
terus berada dalam organisasi. Mowday, Porter dan Steers (1982),
komitmen organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai faktor positif di
antara pekerja dengan organisasi, pekerja yang mempunyai komitmen
yang tinggi merasakan dirinya selamat, dipunyai dan mempunyai
kepuasan terhadap pekerjaan dan prospek organisasi. Pekerja yang
mempunyai komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi kerja yang
tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai komitmen yang
rendah. Oleh yang demikian, dalam kajian yang dijalankan ini, komitmen

12

kerja merujuk kepada komitmen kerja dalam kalangan guru-guru di
sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di daerah Kota Marudu, Sabah
dan bagaimana komitmen kerja mereka tersebut dapat mempengaruhi
peningkatan prestasi akademik murid-murid di sekolah.
1.9.2 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja.
Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan
penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya
seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip,
1994). Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan
keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi
mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan
satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati
nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Locke (1976)
mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara
langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang.
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja.
Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan
penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya
seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip,
1994). Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan
keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi
mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan
satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati
nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Locke (1976)
mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara
langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang.
Oleh yang demikian, dalam kajian yang dijalankan ini, kepuasan kerja
merujuk kepada kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah-

13

sekolah di kawasan pedalaman di daerah Kota Marudu, Sabah dan
bagaimana komitmen kerja mereka tersebut dapat mempengaruhi
peningkatan prestasi akademik murid-murid di sekolah.
1.10 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1.1 di bawah menunjukkan tentang kerangka konsep kajian yang terlibat
dalam kajian ini.

Pencapaian murid

Komitmen Kerja Guru

Rakan sejawat
Masyarakat
Ibu bapa

Kepuasan Kerja Guru

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

1.11 Rumusan
Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria
tertentu seperti

berkeikhlasan, berkeazaman, berkreativiti, berdedikasi dan

berintegriti terhadap tugasnya. Kemampuan para guru mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan dan berhadapan serta mengawal
keadaan ekstrim yang sering berlaku di bilik darjah dan di sekolah,
memerlukan guru-guru yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
profesion dan aspirasi sekolah. Kejayaan sekolah mengubah status
pendidikan di kawasan pedalaman akan menzahirkan hasrat kerajaan
melalui

Kementerian

Pelajaran

Malaysia untuk mengecilkan jurang

perbezaan pendidikan antara murid bandar, luar bandar dan di kawasan
pedalaman. Mengikut kajian awal oleh Sergiovanni (1976), cadangan
Polland (1990) dan McGaw et.al (1992), komitmen guru-guru terhadap kerja
dan terhadap kebajikan murid-murid merupakan satu aspek penting untuk

14

melahirkan murid bermodal insan yang berkualiti. Oleh itu, guru-guru
bertanggungjawab

untuk

merancang

persediaan

mengajar,

menyampaikan ilmu dan kemahiran dengan penuh dedikasi, bertindak
sebagai pengurus, pembimbing, pengawal tingkahlaku murid dan sentiasa
berperawakan mulia.

15