KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA

KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN
PROGRAM j-QAF DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
DAN SEKOLAH KEBANGSAAN
DI MALAYSIA

Dr. Ghazali bin Darusalam
Rahimi bin Mat Saat
Jabatan Asas Pendidikan Dan Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Dr. Zaidah binti Mustafa
Unit Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
2008
1

KANDUNGAN

Muka Surat


Abstrak
Pengenalan
Latar Belakang Program j-QAF
Rasional Program j-QAF
Impliksi Program j-QAF
Fokus Program j-QAF
Konsep Program j-QAF
Objektif Program j-QAF
Sasaran Program j-QAF
Pelaksanaan Program j-QAF
Pemutusan Pelaksanaan Program j-QAF
Rasional Kajian
Pembinaan Bahan Kurikulum
Buku Panduan
Bahan Bantu Mengajar
Kokuriklum Program j-QAF
Penyertaan Sekolah 2005-2007
Bilangan Murid 2005 – 2007
Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2005- 2007

Pencapaian Murid Tahun 1 Tahun 2006
Peruntukan Kewangan
Fungsi Bahagian-Bahagian Di Kementerian Pelajaran Malaysia
Isu dan Cabaran
Permasalahan Kajian
Tujuan Kajian
Persoalan Kajian
Reka Bentuk Kajian
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Analisis Data
Profil Responden
Kajian Lampau
Ujian Rintis
Dapatan Kajian
Bahagian A : Latar Belakang Sampel (Demografi)
Bahagian B : Latar Belakang Akademik
Bahagian C : Latar Belakang Pengalaman Kerja
Bahagian D : Latar Belakang Pekhidmatan Sekarang
Bahagian E : Persepsi Guru Terhadap Program j-QAF

Kerja
Masalah kerjaya
Pembelajaran j-QAF
Kepuasan Program Latihan
Kepuasan Pengajaran Pensyarah
Bahagian F : Kebaikan Program j-QAF
Bahagian G : Kelemahan Program j-QAF
Bahagian H : Cadangan Penambahbaikan Program j-QAF
Rumusan

2

2
3
3
4
5
6
6
6

6
13
14
14
15
15
15
16
16
16
17
18
18
19
19
20
20
20
20
20

21
21
21
28
30
34
39
42
48
48
54
55
56
57
58
61
64
66

Penutup

Bibliografi

69
70

ABSTRACT
Islam education curriculum is increasing steadily from time to time with the sparked of several
proposals and changes for the purpose of comprehensive improvement. J-QAF program for
example is manifestation of strength for the Islamic Education system through Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). J-QAF program was firstly introduced in the year 2005 and
yet very little studies about it. Purpose of this study was to see several impact of its
implementation either in Institution of Teacher Education or in school by especially. The forms
of this survey use the quantitative method through questionnaires as primary data and support
with qualitative study through data which are glean from open ended question. Five research
questions proposed which include aspects; career perception, problems, learning satisfaction,
satisfaction of implementation training program and satisfaction for lecturer’s teaching beside
see the strength and weakness of j-QAF's program from the sight of j-QAF’s teacher. The study’s
location cover the entire Malaysia, sample number n=497 election was made with the stratified
random sampling technique. Quantitative research data are analyzed using descriptive statistics
(measure of central tendency) while data which are collected via qualitative study are analyzed

by theme and category. Research finding showed, above 97 percent impetus of j-QAF’s teacher
selects profession in teaching field is because of their own desire, more than 86 percent also said
their purpose for choosing to be a teacher is caused by desire to get job satisfaction, want to
serve as government employees and want to get a more secure job, above 88 percent of j-QAF’s
teachers have known the undeceive objective of j QAF’s program. From the aspects of
management and relationship among j-QAF teachers with the school parties and community,
have been discovered that above 80 percent of j-QAF teachers can cooperate with the school
parties. From the aspect of student’s achievement, above 98 percent of j-QAF teachers always
prioritizing student’s achievement/control, more than 94 percent of j-QAF teachers were proud
becoming j-QAF teachers, happy with their duty as j-QAF teacher and get satisfaction from work
those carried out. From the aspect of learning management implementation, pedagogy and
evaluation, study found above 84 percent of j-QAF teachers using various education’s method /
approach. From the aspect of implementation co curriculum in j-QAF’s program, have been
discovered that above 82 percent school administrator always give encouragement and support to
j-QAF co curriculum activity. From the aspect of ICT's implementation in the j-QAF's program,
finding research showed over 80 percent of j-QAF teachers already use the information
technology and communications facility in education session. From the aspect of support from
the administrator, it was discovered that more than 79 percent school administrator always
provide guidance and encouragement for j-QAF teachers and from the aspects of the use of
teaching and learning material and source, above 88 percent of j-QAF teachers always use

teaching resource in their education's session in j-QAF classes. Lastly from the aspect value
added in the j-QAF's program, study found over 69 percent of j-QAF teachers has made
additional program/activity to j-QAF students. Teacher’s perception for j-QAF’s program from
the aspect of career problem, study found 55 percent of j-QAF teachers mention the main
problem is the burden replacing other teacher’s class and existence of obstacle from the school
administrator to apply additional allocation to achieve activities for j-QAF’s program. Teacher’s
perception for j-QAF’s program from the aspect of learning interaction in Teaching Institutes,
research finding showed over 72 percent of j-QAF teachers mentions that module content is
useful to become an effective teacher. Teacher’s satisfaction from the aspect of training program
3

discover above 71 j-QAF teachers feel very satisfied for all the course program which have been
carried out. Teacher’s satisfaction for j-QAF's lecturers teaching, finding research showed above
93 percent of j-QAF teachers feel satisfied for their interaction with lecturers in IPG from the
aspect of theoretical knowledge transfer, practical knowledge, emphasis on application,
innovation practical activity and creativity elements in their education. Finding from qualitative
data also show the main good or advantage of j-QAF’s program is j-QAF’s teacher have gotten
experience especially from the aspect of knowledge input, real teaching in classroom, overcome
students problems and can build self-confidence. They also said that curriculum objective of jQAF’s program as those desired by Ministry of Education Malaysia have been achieved in
producing students who acquire the religion knowledge, skilled in recitation and writings Jawi

documentation, able to read Quran and adopt basic things of Fardhu Ain, especially Solat and
pupils afford to understand and use simple words of Communication Arabic Language. On the
other hand, the most important weakness in the j-QAF's program is from the aspect of material
and source for education and learning. Most of the j-QAF teachers mention that there is shortage
of BBM and if there is, it did not reach to their hand. In addition, there are also weakness in the
aspect of lacking cooperation and monitoring of officers from District Education Office (PPD)
and State Education Department (NRD). J-QAF's teachers also not satisfied about their
settlement in school without taking into account their family and less cooperation from the
school administrator that stems from the school management who less understand the real idea of
j-QAF’s program. This study suggests adding financial allocation especially in Kem Bestari
Solat activity, the necessary of frequent monitoring by officers in PPD, NRD, JAPIM, BPG and
IPG, ensure material and source for j-QAF’s program reaches to the hands teacher, and facilitate
j-QAF teacher’s settlement with take into account family, security and settlement distance inland.

4

ABSTRAK
Kurikulum Pendidikan Islam semakin hari semakin mantap dengan tercetusnya beberapa
cadangan dan perubahan bagi maksud penambahbaikan menyeluruh. Program j-QAF sebagai
contohnya adalah manifistasi pemerkasaan sistem Pendidikan Islam melalui Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan. Program j-QAF telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan
sehingga kini amat sedikit kajian-kajian yang mengenainya. Tujuan kajian ini dibuat adalah
untuk melihat beberapa impak pelaksanaannya samada di Institut Pendidikan Guru mahu pun di
sekolah secara khususnya. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal
selidik sebagai data primer serta disokong dengan kajian kualitatif melalui data-data yang
dipungut daripada ‘open-ended question’. Lima persoalan kajian dikemukakan yang mencakupi
aspek; persepsi kerjaya, permasalahan, kepuasan pembelajaran, kepuasan pelaksanaan program
latihan dan kepuasan terhadap pengajaran pensyarah disamping melihat kekuatan dan kelemahan
Program j-QAF daripada pandangan para guru j-QAF. Lokasi kajian meliputi seluruh Malaysia,
bilangan sampel n = 497 pemilihannya dibuat dengan menggunakan teknik ‘stratified random
sampling’. Data-data kajian kuantitatif dianalisis secara menggunakan statistik deskriptif
(measure of central tendancy) manakala data-data yang dipungut melalui kajian kualitatif di
analisis secara tema dan kategori. Hasil dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 97 peratus
dorongan guru j-QAF memilih kerjaya dalam profesyen perguruan adalah disebabkan oleh
kehendak diri mereka sendiri, lebih 86 peratus pula menyatakan tujuan mereka memilih
profesyen guru adalah disebabkan oleh ingin mendapat kepuasan kerja, ingin berkhidmat sebagai
kakitangan kerajaan serta ingin mendapat kerja yang lebih terjamin, lebih daripada 88 peratus
guru-guru j-QAF telah mengetahui matlamat program j-QAF yang sebenar. Daripada Aspek
pengurusan dan hubungan antara guru-guru j-QAF dengan pihak sekolah dan komuniti, didapati
lebih daripada 80 peratus guru-guru j-QAF dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah.

Daripada aspek pencapaian pelajar, lebih daripada 98 peratus guru-guru j-QAF sentiasa
mengutamakan pencapaian/penguasaan pelajar, lebih daripada 94 peratus guru-guru j-QAF
bangga menjadi guru j QAF, gembira dengan tugas sebagai guru j QAF dan mendapat kepuasan
daripada kerja yang dijalankan. Daripada aspek pelaksanaan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran, pedagogi dan penilaian, dapatan kajian mendapati lebih daripada 84 peratus guruguru j-QAF menggunakan pelbagai kaedah/pendekatan pengajaran. Dari aspek pelaksanaan
kokurikulum program j-QAF didapati lebih daripada 82 peratus pentadbir sekolah sentiasa
memberi galakan dan sokongan kepada aktiviti kokurikulum j QAF .
Dari aspek pelaksanaan ICT dalam program j-QAF, dapatan kajian menunjukkan lebih 80
peratus guru-guru j-QAF telah menggunakan kemudahan tekologi maklumat dan komunikasi
dalam sesi pengajaran Dari aspek sokongan daripada pihak pentadbir, mendapati lebih 79 peratus
pentadbir sekolah sentiasa memberi bimbingan dan galakan terhadap guru-guru j-QAF dan dari
aspek penggunan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran, lebih daripada 88 peratus
guru-guru j-QAF sentiasa menggunakan sumber pengajaran dalam sesi pengajaran mereka di
kelas-kelas j-QAF. Akhir sekali daripada aspek nilai ditambah (value added) dalam program jQAF hasil kajian mendapati lebih 69 peratus
guru-guru j-QAF telah mengadakan
program/aktiviti tambahan untuk pelajar j QAF. Persepsi guru terhadap program j-QAF dari
aspek masalah kerjaya, dapatan kajian mendapati 55 peratus guru-guru j-QAF menyatakan
masalah utama adalah disebabkan oleh beban menggantikan kelas guru lain serta wujudnya
halangan daripada pihak pentadbir sekolah untuk memohon peruntukkan tambahan bagi
menjayakan aktiviti-aktiviti program j-QAF. Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek
interaksi pembelajaran di Institut-Institut Perguruan, dapatan kajian menunjukkan lebih 72
5

peratus guru-guru j-QAF menyatakan kandungan modul berguna untuk menjadi guru yang
berkesan. Kepuasan guru daripada aspek program latihan mendapati lebih daripada 71 guru-guru
j-QAF amat berpuas hati terhadap semua program kursus yang dijalankan. Kepuasan guru
terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 93
peratus guru-guru j-QAF merasa berpuas hati terhadap interaksi mereka dengan para pensyarah
di IPG dari aspek pemindahan pengetahuan teori, pengetahuan praktikal, penekanan kepada
aplikasi, aktiviti amali inovasi dan unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran mereka. Dapatan
daripada data kualitatif pula menunjukkan kebaikan atau kelebihan Program j-QAF yang paling
utama adalah para guru j-QAF telah mendapat pengalaman khususnya daripada aspek input ilmu,
pengajaran sebenar di bilik darjah, mengatasi permasalahan pelajar dan dapat membina
keyakinan diri. Mereka juga menyatakan bahawa matlamat kurikulum Program j-QAF seperti
yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah dapat dicapai dalam melahirkan
insan pelajar yang celik agama, berkemahiran dalam pembacaan dan penulisan Jawi, boleh
membaca al-Qur’an dan boleh mengamalkan perkara-perkara asas dalam Fardhu Ain, khususnya
Solat serta murid-murid mampu memahami dan menggunakan perkataan-perkataan mudah
Bahasa Arab Komunikasi. Manakala kelemahan yang paling utama dalam program j-QAF adalah
daripada aspek bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian besar guru-guru jQAF menyatakan terdapatnya kekurangan BBM dan jika ada pun tak sampai ke tangan mereka.
Seperkara lagi aspek kurangnya kerjasama dan pemantauan daripada pegawai-pegawai di Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Guru-guru j-QAF juga tidak
berpuas hati mengenai penempatan mereka di sekolah tanpa mengambil kira soal keluarga dan
kurangnya kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah yang berpunca daripada pihak
pengurusan sekolah yang kurang memahami konsep sebenar Program j-QAF. Kajian ini
mencadangkan agar menambah peruntukan kewangan khususnya dalam aktiviti Kem Bestari
Solat, perlunya pemantauan yang kerap oleh para pegawai di PPD, JPN, JAPIM, BPG atau IPG,
memastikan bahan dan sumber Program j-QAF sampai ke tangan guru, dan memudahkan urusan
penempatan guru-guru j-QAF dengan mengambil kira soal keluarga, keselamatan dan jarak
penempatan di pedalaman.

6

Pengenalan
Pada hari ini kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang seperti yang
dihasratkan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini
diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara, antaranya melalui penyemakan kurikulum baru,
impak daripada Akta Pendidikan 1996. Tujuan penyemakan ini adalah untuk memartabatkan
sistem pendidikan negara, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran semasa dalam menghadapi abad ke 21.
Sehubungan dengan itu, Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan
Islam dalam pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan
hasil idea YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang
berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan
pendidikan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain diamalkan dan pelajaran Jawi
diperkukuhkan bermula dari sekolah rendah. Pelaksanaan program j-QAF menggunakan
kurikulum, model dan modul tersendiri serta menggunakan peruntukan waktu sedia ada yang
diajar oleh tenaga guru yang dilantik khusus.
Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pelajaran Islam dan Moral.(JAPIM)
kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
Pelbagai jenis model dalam program j-QAF telah dicadangkan seperti kelas pemulihan
Jawi, Model Tasmik, khatam Al-Qur’an model 6 bulan, peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan
model Bestari Solat yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005
secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini seperti yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran.
Latar Belakang Program j-QAF
Dari segi latar belakangnya, idea projek j-QAF adalah manifistasi dan inspirasi Y.A.B Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi semasa lawatannya ke
7

Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003 yang lalu. Perdana Menteri telah
menyarankan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengambil usaha bagi
membolehkan murid-murid khatam al-Qur'an di sekolah rendah dan mewajibkan Bahasa Arab
diajar di peringkat persekolahan berkenaan.
Program j-QAF dilaksana hasil cetusan idea Y.A.B Perdana Menteri ketika melawat
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003.. Atas saranan Y.A.B Perdana Menteri,
beberapa siri mesyuarat di peringkat Jabatan Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran
Malaysia bil. 178/2004 pada 13 Januari 2004 telah bersetuju dan mengambil tindakan susulan di
atas kenyataan bahawa pendidikan agama tidak boleh dijadikan sistem berasingan dan usaha
perlu dilakukan agar semua sekolah agama dijadikan institusi Pendidikan Islam di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ini diikuti dengan mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Bil. 1/2004 pada 7
Januari 2004 telah memutuskan supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia diberi tanggungjawab membuat perancangan dan melaksanakannya dalam
kadar segera.
Seterusnya mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 2/2004 pada 21
Januari 2004 telah dimaklumkan dan bersetuju bahawa projek ini diberi nama singkatan j-QAF
iaitu "j" bermaksud Jawi, "Q" bermaksud al-Qur'an, "A" bermaksud Bahasa Arab dan "F"
bermaksud Fardhu Ain. Hasrat murni ini juga telah diperhalusi di peringkat KPM dalam seminar
j-QAF 3 – 5 Mac 2004. Sehubungan dengan itu satu projek rintis dijalankan selama 3 bulan di 36
buah sekolah seluruh negara. Dalam Majlis Taklimat KPM kepada Y.A.B Perdana Menteri pada
6 Ogos 2004 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Tan Sri Murad dan Laporan Projek
Rintis j-QAF bahawa Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju Program ini dilaksana mulai tahun
2005.
Rasional Program j-QAF
Dari segi rasional pelaksanaan j-QAF, ia bertujuan untuk memperkasakan lagi tiga subjek teras
Pendidikan Islam iaitu menguasai kemahiran bacaan dan tulisan Jawi, khatam pembacaan alQur'an, penguasaan asas Bahasa Arab komunikasi dan pemantapan amalan-amalan ibadah fardhu
ain.
8

Implikasi Program j-QAF
Pelaksanaan projek j-QAF yang sedang dirancang sudah tentunya akan memberi pelbagai
implikasi terhadap sistem Pendidikan Islam itu sendiri termasuklah kuikulum, jadual waktu dan
perjawatannya. Dari segi kurikulumnya projek j-QAF lebih bersifat penambahbaikan terhadap
silibus Pendidikan Islam itu sendiri. Penambahan terhadap berberapa kemahiran dan amalan
Islam ini membawa kepada implikasi penambahpadatan jadual waktu dan seterusnya
memerlukan kepada penambahan keperluan tenaga guru dan guru pembimbing kerana program
yang akan dilaksanakan ini tidak boleh dibebankan kepada guru Pendidikan Islam yang sedia
ada. Oleh itu jawatan secara hakiki perlu diwujudkan secara berasingan. Keperluan tanaga
pengajar tambahan ini sangat penting untuk mengisi keperluan perjawatan yang akan
diwujudkan khususnya guru Bahasa Arab, Guru pemulihan jawi dan guru berkemahiran alQu'ran. Semua idea dan isu ini sudah tentunya memberi impak terhadap program latihan
perguruan yang dipertanggungjawabkan kepada Institut-Institut Pendidikan Guru Malaysia yang
dipilih bagi melatih guru-guru projek j-QAF.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga berfungsi sebagai agensi latihan yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan guru terlatih secara berperingkat melalui Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Oleh itu
BPG akan melaksanakan tindakan-tindakan berikut :
a) Menyediakan kurikulum, model dan modul latihan guru
b) Menguruskan pemilihan calon guru
c) Melaksanakan latihan KPLI Mod LPBS di Institut Pendidikan Guru dan di
sekolah-sekolah
d) Menguruskan dan mengesahkan pensijilan guru
e) Menyediakan bajet latihan.
Sebanyak 24 daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia pula telah dipilih untuk
melaksanakan projek j-QAF. Penglibatan para pensyarah khususnya di Jabatan Pengajian Islam
bukan sahaja berfungsi sebagai fasilitator dan berperanan sebagai key-personal melatih bakalbakal guru j-QAF dan guru pembimbing j-QAF.

9

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang program j-QAF dengan matlamat
untuk memperkasakan pendidikan Islam di sekolah rendah dalam sistem pendidikan Negara.
Perubahan inovasi baru pendidikan Islam dalam arus perdana ini memerlukan komitmen yang
tinggi di kalangan pelaksana di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Institut perguruan,Malaysia
dan pentadbir sekolah. Pelaksana program j-QAF ini perlu memahami dan mematuhi garis
panduan yang ditetapkan bagi mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.
Fokus Program j-QAF
Program j-QAF ini berfokus kepada Jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk
membolehkan murid dapat khatam Al-Qur’an pada tahun 6 sekolah rendah, di samping dapat
meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi, menghayati amalan fardhu ain dan boleh
berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah bahasa Arab. Atas usaha dan inisiatif tersebut
satu garis panduan Pelaksanaan Kurikukum dan Kokurikulum program j-QAF digubal untuk
menjadi panduan kepada sekolah dan guru dalam melaksanakan projek ini dengan jayanya.
Konsep Program j-QAF
Program j-QAF merupakan suatu usaha memperkasakan sistem Pendidikan Islam (PI) melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program j-QAF ini bertujuan untuk
memperkasakan lagi tiga subjek teras Pendidikan Islam iaitu Kemahiran Jawi, Pembacaan AlQur'an, penguasaan Bahasa Arab Komunikasi dan pemantapan amalan-amalan ibadah Fardhu
Ain. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum, model dan modul yang tersendiri. Oleh
itu latihan perguruan perlu dirangka untuk membolehkan guru-guru ini dapat melaksanakan
proses pemulihan, bimbingan, penguasaan kemahiran, pengukuhan dan penghayatan murid.
Pelaksanaannya adalah menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
Objektif Program j-QAF
Jika dilihat dari segi objektifnya, projek j-QAF adalah untuk meningkatkan :
i.

Membimbing dan memulih murid-murid yang keciciran dalam Jawi secara
berterusan agar dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi,

ii.

melahirkan murid Islam yang khatam al-Quran sebelum menamatkan pengajian di
sekolah kebangsaan,

iii.

membolehkan semua murid mempelajari bahasa Arab komunikasi, dan
10

iv.

pemantapan serta penghayatan amalan-amalan asas fardhu ain.

Sasaran Program j-QAF
Sasaran program ini ialah murid-murid di sekolah rendah dan peringkat awal dimulai oleh
murid tahun 1/ 2005 di sekolah-sekolah yang terpilih. Murid-murid yang lain akan meneruskan
pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Majlis Khatam al-Qur’an bersama-sama murid
tahun 1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai 194,440 orang murid
akan terlibat pada tahun 2005 ini.
Pelaksanaan Program j-QAF
Projek j-QAF yang telah dilaksanakan diperingkat percubaan kepada 38 buah sekolah
kebangsaan (sekolah rendah) terpilih di seluruh negara sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun
2005 secara berperingkat-peringkat telah melibatkan tiga agensi pelajaran ; Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral, Bahagian Pendidikan Guru dan Institut-Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Ketiga-tiga agensi pelajaran ini memainkan peranannya mengikut fokus masing-masing.

Dari segi pelaksanaan projek j-QAF Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah menggubal kurikulum, modul-modul dan modelmodel alternatif yang difikirkan sesuai bagi tujuan pelaksanan projek j-QAF di mana
pelaksanaan projek j-QAF hendaklah berpandukan kepada bahan-bahan berikut mengikut
subjeknya :
i.

program kemahiran jawi – p&p berpandukan kepada Buku Panduan
Pelaksanaan Jawi dan Buku Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Jawi

ii.

program khatam al-Qur'an - p&p berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan
Model al-Quran dan Buku Panduan Rekod Tasmik al-Quran.

iii.

program Bahasa Arab Komunikasi – p&p berpandukan kepada Buku Panduan
Pelaksanaan Bahasa Arab dan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.

11

iv.

Program Fardhu Ain – p&p berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model
Bestari Solat.

Penjadualan Program j-QAF
Kelas pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa
dalam tempoh 6 bulan pertama dan diajar sebanyak 2 waktu seminggu. Selepas itu Pendidikan
Jawi ini diajar sebanyak 1 waktu seminggu kepada murid-murid tahun 1. Bagi peluasan
pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) ia akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan
BAK sebagai bahasa tambahan di Sekolah Kebangsaan pada masa ini, iaitu selama dua waktu
seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa China Komunikasi dan Bahasa
Tamil Komunikasi.
Model 6 bulan khatam al-Qur’an akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 waktu dalam
tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum
menguasai bacaan al-Qur’an akan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua pengajaran alQur’an menggunakan 3 waktu untuk tahun 1, dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6. Bagi model
Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan. Bagi model bestari solat akan
dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.
Bahan Dan Kemudahan
Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah seperti; pelaksanaan buku panduan
dasar dan pengurusan kurikulum j-QAF, buku-buku panduan pelaksanaan model-model
pengajaran j-QAF dan bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan
jawi. Selain itu mushaf al-Qur’an, buku aktiviti jawi, buku teks bahasa Arab komunikasi, buku
aktiviti bahasa Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempat-empat
komponen j-QAF, bahan-bahan bacaaan tambahan, tafsir al-Qur’an, kamus bahasa Arab, buku
latihan khat jawi, makmal j-QAF, bilik khas j-QAF dan peralatan ICT amat diperlukan bagi
pengukuhan dan pengayaaan program j-QAF supaya

dapat meningkatkan

keberkesanan

pelaksanaannya.
Pentaksiran
Penilaian dan pentaksiran dibuat berasaskan sekolah. Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil
khas yang akan diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
12

Tugas-Tugas Lain Guru j-QAF
Semua guru yang bertugas di sekolah tertakluk kepada tanggungjawab sampingan yang
sememangnya wujud di sekolah. Tugas sampingan adalah untuk memantapkan pelaksanaan
pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Tugas-tugas ini adalah tugas yang selain dari tugas
kurikulum dan kokurikulum seperti terlibat dengan jawatankuasa PIBG, jawatankuasa komuniti
masyarakat, jawatankuasa surau atau masjid, jawatankuasa keselamatan kampung dan
sebagainya. Oleh itu guru-guru j-QAF juga tidak akan terlepas dari fenomena dan
tanggungjawab ini seperti mana guru-guru lain khususnya guru pendidikan Islam.
Pemantauan Dan Bimbingan
Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara
berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini.
Laporan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.
Amalan Program j-QAF Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan
Dari segi pelaksanaan program j-QAF, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah menggubal kurikulum, modul-modul dan modelmodel alternatif yang bersesuaian dengan tujuan pelaksanan projek j-QAF. Pelaksanaan program
j-QAF hendaklah berpandukan kepada bahan-bahan yang telah disediakan oleh pihak
kementerian. Dari segi model-model program j-QAF untuk perlaksanaan 2005 lima model telah
dikenal pasti iaitu empat model pengajaran dan

satu model kokurikulum. Model-model

berkenaan adalah seperti berikut :
i.

Model kelas pemulihan jawi
Diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelakasanaan Model Kelas Pemulihan Jawi.
P&P berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Jawi dan Buku Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan Jawi
dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa. Pihak sekolah hendaklah
menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi. Pengajarannya juga akan dilaksanakan
oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid yang lemah jawi. Satu ujian
‘Pengesanan Khas’ akan dibuat melalui kumpulan-kumpulan kecil dengan
13

bilangan murid seramai antara 6 hingga 10 yang belum mengenal huruf tunggal
atau suku kata terbuka. Murid akan dipulihkan supaya dapat mengenal, menyebut
dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan tertutup serta membina
perkataan-perkataan mudah.
ii.

Model tasmik al-Qur’an
Ia dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan
keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru
pembimbing yang terdiri daripada guru-guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, guruguru mata pelajaran lain yang berkebolehan atau pembimbing luar yang
bersesuaian yang dilantik oleh pihak sekolah. Guru j-QAF akan membimbing dan
merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu. Pelaksanaannya
adalah di luar sidang persekolahan. Murid yang cemerlang dalam bacaan boleh
meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dengan agihan juzuk yang
dicadangkan.

iii.

Model 6 bulan khatam al-Qur’an
Diperjelaskan dalam buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam Qur’an. P&P
berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model al-Quran dan Buku
Panduan Rekod Tasmik al-Quran. Pelakasanaannya menggunakan peruntukan
waktu Pendidikan Islam yagn sedia ada. Kaedah talaqqi dan musyafahah
(membaca secara bersemuka) digunakan sebagai strategi P&P pula untuk
mencapai objektif P & P. Murid yang belum menguasai bacaan al-Qur’an
dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara murid yang telah menguasai bacaan
al-Qur’an diteruskan menggunakan model khatam al-Qur’an modul 6 bulan.
Tumpuan P&P kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan
pertama tahun 1 dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga
tahun 6. Manakala murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan terus
menggunakan kaedah Iqra’

iv.

Model Peluasan Bahasa Arab komunikasi
Model pelaksanaan perluasan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) merupakan usalah
satu daripada mata pelajaran Bahasa tambahan yang diwajibkan kepada murid
14

Islam yang tidak mengambil bahasa tambahan lain. Model ini diperjelaskan
dalam Buku Panduan Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi. P&P
berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab dan Modul
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Status mata pelajaran BAK adalah
sebagai mata pelajaran pilihan. Murid-murid diwajibkan memilih BAK sekiranya
tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil
Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru
Bahasa Arab yang dikhaskan. Subjek BAK bertujuan menanam minat terhadap
Bahasa Arab dan berupaya berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah
v.

Model bestari solat (kokurikulum)
Diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. P&P
berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model Bestari Solat.
Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun
dalam bentuk kem. Setiap kem mengambil masa selama 10 jam pengisian kem
adalah latihan amali wuduk, amali solat, solat berjemaah, ujian pra dan pasca
program, riadah dan pertandingan. Ia juga dikategorikan sebagai aktiviti
kokurikulum Pendidikan Islam dan dimasukkan dalam takwim sekolah.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan model-model yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :
i..

Kelab seni tulisan jawi

ii.

Kem bina juara

iii.

Majlis khatam al-qur’an

iv.

Kem literasi al-qur’an dan

v.

Pertandingan bahasa Arab
Pelaksanaan projek j-QAF sudah tentunya akan memberi pelbagai implikasi terhadap

sistem Pendidikan Islam itu sendiri termasuklah kurikulum, jadual waktu dan perjawatannya.
Dari segi kurikulumnya projek j-QAF lebih bersifat penambahbaikan terhadap pelajaran
pendidikan Islam itu sendiri. Penambahan terhadap beberapa kemahiran dan amalan Islam ini
membawa kepada penambahan keperluan tenaga guru dan guru pembimbing.

15

Program yang dilaksanakan ini tidak boleh dibebankan kepada guru Pendidikan Islam
yang sedia ada. Oleh itu jawatan secara hakiki telah diwujudkan secara berperingkat-peringkat.
Keperluan sumber tenaga pengajar ini sangat penting untuk melaksanakan keperluan dan struktur
dalam Program j-QAF khususnya bagi keperluan guru Bahasa Arab, Guru pemulihan jawi dan
guru berkemahiran Al-Qur’an. Implikasi program ini yang utama adalah kepada latihan
perguruan. Peranan ini dipertanggungjawabkan kepada Institusi-Institusi Perguruan Malaysia
yang dipilih bagi melatih guru-guru projek j-QAF seluruh negara.
Bahagian Pendidikan Guru juga berfungsi sebagai agensi latihan yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan guru terlatih secara berperingkat melalui Kursus
Perguran Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Oleh itu
BPG melaksanakan tindakan-tindakan berikut :
i. Menyediakan kurikulum, model dan modul latihan guru
ii. Menguruskan pemilihan calon guru
iii. Melaksanakan latihan KPLI Mod LPBS di Institusi Perguruan dan di sekolahsekolah
iv. Menguruskan dan mengesahkan pensijilan guru
v. Menyediakan bajet latihan.
Sebanyak 25 buah Institusi Perguruan Malaysia dipilih untuk melaksanakan projek jQAF. Penglibatan para pensyarah khususnya di Jabatan Pengajian Islam bukan sahaja berfungsi
sebagai fasilitator malah berperanan sebagai key-personal melatih bakal-bakal guru j-QAF dan
guru pembimbing j-QAF.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang program j-QAF dengan matlamat
untuk memperkasakan pendidikan Islam di sekolah rendah dalam sistem pendidikan Negara.
Perubahan inovasi baru pendidikan Islam dalam arus perdana ini memerlukan komitmen yang
tinggi di kalangan pelaksana di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Perguruan dan
pentadbir sekolah. Pelaksana program j-QAF ini perlu memahami dan mematuhi garis panduan
yang ditetapkan bagi mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.
Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah dilaksanakan secara berperingkatperingkat di mulai tahun 2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti berikut :
16

Tahun

2005

2006

2007

2008

2009

2010

Bil. Sekolah

7634

7674

7714

7754

7794

7835

1221

1235

1247

1260

1273

1599

1221

1235

1247

1260

1273

1221

1235

1247

1260

1221

1235

1247

1221

1235

Penyertaan
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Jumlah

1221
1221

2456

3703

4963

6235

7835

Bagi jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF seperti berikut :
Unjuran Ambilan Guru j - QAF Bagi Tahun 2005-2010
Tahun
Bil. Guru Tahun 1

2005

2006

2007

2008

2009

2010

3663

3705

3741

3780

3819

4797

1221

1235

1247

1260

1221

1235

1247

6197

6262

6326

Tahun 2
Tahun 3
Jumlah

3663

4926

4797

Status Guru adalah Guru Kursus Lepasan Ijazah Sekolah Randah MOD Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah ( KPLI SR MOD LPBS).
Unjuran sekolah yang ada j-QAF
TAHUN
2005
2006
2007
2008
2009
2009
2010

UNJURAN
1221
1235
1247
827
766
766
762
17

BIL. SEKOLAH
1221
2456
3703
4530
5296
5296
6058

Unjuran guru j-QAF
TAHUN
2005
2006
2007
2008
2009
2010

UNJURAN GURU
3,663
3,705
4,962
6,236
6,301
7,304

BIL. GURU
3,663
7,368
12,330
18,566
24,867
32,171

Penjadualan
MODEL
Kelas Pemulihan Jawi
Model 6 bulan khatam
al-Quram
Model tasmik khatam
al-Quran
Bahasa Arab Komunikasi

6 BULAN PERTAMA
60 minit seminggu
(2 waktu x 30 minit tahun 1
sahaja)
120 minit seminggu
(4 waktu x 30 minit)

6 BULAN KEDUA
30 minit seminggu
(1 waktu x 30 minit )
90 minit seminggu
(3 waktu x 30 minit)

Dilaksanakan di luar jadual waktu
60 minit seminggu
(2 waktu x 30 minit)

Kem Bestari Sholat

60 minit seminggu
(2 waktu x 30 minit)

4 kali setahun

Pemutusan Pelaksanaan Program j-QAF
Mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Bil. 1/2004 pada 7 Januari 2004 telah
memutuskan supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia
diberi tanggungjawab membuat perancangan dan pelaksanaannya secara menyeluruh dan segera.
Seterusnya mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 2/2004 pada 21 Januari
2004 telah dimaklumkan dan bersetuju bahawa projek ini diberi nama singkatan j-QAF iaitu "j"
bermaksud Jawi, "Q" bermaksud Al-Qur'an, "A" bermaksud Bahasa Arab dan "F" bermaksud
Fardhu Ain. Pemutusan pelakasanakan program j-QAF dibuat berdasarkan beberapa siri
mesyuarat, taklimat dan pemantauan berikut :


Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rendah



Mesyuarat Pasukan Petugas Khas j-QAF



Mesyuarat Jawatankuasa pelaksana j-QAF



Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum JAPIM-JAKIM



Mesyuarat Mingguan j-QAF
18



Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan dan Penempatan Guru-guru Pelatih j-QAF



Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan Sekolah



Kursus Kejurulatihan dan Kursus Dalam Perkhidmatan Guru-guru j-QAF



Taklimat kepada Nazir Sekolah



Taklimat kepada JPN



Taklimat kepada Guru Besar



Taklimat kepada Guru Pembimbing



Taklimat kepada Guru Pendidikan Islam



Taklimat kepada Pensyarah di IPG



Pemantauan Bersepadu KPM-SPPIM - JPN



Pemantauan Awal Tahun Persekolahan



Pemantauan Secara Berkala Pusat



Pemantauan Secara Berterusan Negeri, PPD dan PPG

Rasional Kajian
Mengikut Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004),
menjelaskan bahawa program j-QAF yang dilaksanakan perlu dipastikan keberkesanan
pelaksanaanya. Sehubungan itu, pemantauan pelaksanaan program perlu dibuat untuk melihat
sejauhmana program yang dirancang memenuhi aspek-aspek berikut:
i. mengenalpasti masalah
ii. isu dan cabaran
Matlamat dan keperluan kajian terhadap program j-QAF bertujuan untuk menilai dan mengambil
tindakan sewajarnya bagi tujuan penambahbaikan.
Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program j-QAF (2006) juga menyarankan agar
aktiviti pemantauan bersepadu program j-QAF dibuat dengan melaksanakan satu kajian
terperinci menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dokumen, senarai semak dan soal
selidik,

responden

terdiri daripada para peserta kursus/program, pensyarah dan pentadbir

samada di sekolah atau pun Institut Pendidikan Guru Malaysia serta para pegawai di Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pembinaan Bahan Kurikulum

19

Pelaksanaan Program j – QAF dalah menggunakan sukatan, huraian sukatan dan modul-modul
berikut :


Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi



Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran



Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR



Huraian Sukatan Pemulihan Jawi



Huraian Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran



Huraian Sukatan Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1, 2 & 3



Modul Pemulihan Jawi Tahun 2



Modul Pemulihan Jawi Tahun 3



Modul Bestari Solat Tahun 2



Modul Bestari Solat Tahun 3

Buku Panduan
Buku-buku panduan berikut akan digunakan oleh guru dalam pelaksanaan Program j-QAF :


Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF.



Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan
Kokurikulum j-QAF Tahun 1.



Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan
Kokurikulum j-QAF Tahun 2 & 3.

Bahan bantu mengajar
Beberapa bahan maujud dan bukan maujud serta sumber bantu mengajar telah disedikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran bagi kemudahan guru-guru dan murid seperti berikut:
1. Bahan Bantu Mengajar bagi kelas pemulihan Jawi.
Bahan bantu bagi pengajran kelas pemulihan Jawi adalah seperti ; Permainan Belon,
Permainan Belon, Boling, Keretapi dan Kad Huruf, Tenteng, Permainan Senawi, CD
Nasyid, Pokok Besatari, Pancing Ikan,,, Rumah Merpati,, Tol Ilmu, Mindal Ceria
2. Bahan Bantu Mengajar (Model Khatm al-Qur’an)
Bahan bantu mengajar bagi Model Khatam al-Quran adalah seperti ‘ Buku Iqra` Jilid 1 –
6, Al-Quran Resm Uthmani Berwarna dan Bertajwid, Buku Rekod Bacaan Al-Quran dan
CD Iqra’

20

3. Bahan Bantu Mengajar ( Bahasa Arab Komunikasi)
Bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi adalah seperti ; Kad
Imbasan Bahasa Arab Tahun 1, Kad Imbasan B. Arab Tahun 2 & Tahun 3, CD B. Arab
Tahun 1 dan Buku Bacaan Tambahan B.Arab
4. Bahan Bantu Mengajar (Model Bestari Solat)
Bagi bahan bantu mengajar Model Bestari Solat seperti ; Carta Wuduk, Carta Solat, Carta
Surah Pendek dan Kaset/CD Bacaan dalam solat
Kokurikulum Program j-QAF
Jenis dan pelaksanaan Kokurikurum Program j-QAF tidaklah sama dengan unit GERKO
sekolah, sebaliknya ia bersifat keagamaan dan praktikaliti seperti berikut :


Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri



Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan



Kelab Seni Tulisan Jawi



Persatuan Bahasa Arab



Kem Bina Juara

Penyertaan Sekolah 2005 – 2007
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

NEGERI
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Labuan
Jumlah

2005
14
98
51
132
128
43
52
40
143
83
69
89
147
128
4
1221

Bilangan Murid 2005 – 2007
21

2006
15
99
52
133
129
44
53
41
144
84
70
90
148
129
4
1235

2007
16
100
53
133
129
45
54
41
144
84
71
91
151
132
3
1247

TAHUN

2005

Sekolah
1
2
Jumlah

1221
132,226
132,226

2006
Kohort 1
1,221
144,685
132,226
276,911

Jumlah

Kohort 2
1,235
99,857

2007
Kohort 1 & 2
3703
257,332

99,857

257,332

634,100

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2005
NEGERI
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Johor

GURU
41
292
150
385
377
125
156
391

NEGERI
Melaka
Terengganu
Pahang
Kelantan
Sabah
Sarawak
Labuan

GURU
119
203
249
267
437
375
13

Jumlah

3,615

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2006
NEGERI
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Johor

GURU
49
323
175
374
420
151
157
393

NEGERI
Melaka
Terengganu
Pahang
Kelantan
Sabah
Sarawak
Labuan

GURU
127
209
251
277
384
286
12
Jumlah 3,613

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2007
NEGERI

GURU

NEGERI

GURU

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Johor

49
365
189
367
466
177
193
398

Melaka
Terengganu
Pahang
Kelantan
Sabah
Sarawak
Labuan

138
260
332
340
244
193
13
Jumlah 3,732

Pencapaian Murid Tahun 1 Tahun 2006
22

BIL
1
2
3
4
5
6

MODEL
Pencapaian Jawi
Al-Qur’an
Bahasa Arab
Bestari Solat (wuduk)
Bestari Solat (amali)
Bestari Solat (bacaa)

PENCAPAIAN (%)
90.8
46.4
84.9
92.6
92.5
54.6

Peruntukan kewangan
PERUNTUKAN
KEWANGAN

Rancangan Malaysia Ke-9

TAHUN 2005
RM
9,768.565,00
PERANCANGAN
Makmal Pembelajaran
Makmal j-QAF mengandungi elemen
berikut :
• Ruang Pemulihan jawi
• Ruang Khatam al-Quran
• Bilik Interaktif yang dilengkapi
dengan 7 buah komputer
• Bilik Utiliti
Pembinaan Sekolah (2,520)
Projek Tambahan Gantian 1,588 kelas
Dan ubah suai naik taraf 932 buah kelas
Perisian j-QAF

TAHUN 2006
RM
14,287,300.00
RM (JUTA)

226.8

99.8
9.9

Fungsi Bahagian-Bahagian Di Kementerian Pelajaran Malaysia
Peranan bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melakasanakan Program jQAF adalah seperti berikut :
BIL
BAHAGIAN
1
BAHAGIAN PENDIDIKAN
GURU









2

BAHAGIAN SUMBER
MANUSIA





FUNGSI
Pemilihan calon guru j-QAF
Pengambilan Guru Dalam Latihan
secara LPBS
Melatih calon guru j-QAF di IPG
Menjalankan Bimbingan
Melaksana dan menilai Praktikum
Menjalankan peperiksaan
Mengiktiraf kelayakan dengan
mengeluarkan Sijil Perguruan/Ikhtisassia
Mengenal pasti keperluan Norma
perjawatan guru j-QAF
Mewujudkan Norma Perjawatan Guru
Memohon Norma Perjawatan guru j23

3

BAHAGIAN KEWANGAN





4

BAHAGIAN BUKU TEKS




5

6

7

BAHAGIAN
PEMBANGUNAN &
PEROLEHAN



BAHAGIAN
PERANCANGAN &
PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN



JABATAN PENDIDIKAN
KHAS










QAF ke Agensi Pusat JPA
Mengenal pasti keperluan Norma
perjawatan guru j-QAF
Mewujudkan Norma Perjawatan Guru
Memohon Norma Perjawatan guru jQAF ke Agensi Pusat JPA
Menyediakan Buku Teks Bahasa Arab
untuk keperluan murid
Mengedar Buku Teks Bahasa Arab ke
sekolah
Menyelaras pembelian bahan-bahan
pembelajaran j-QAF
Menyelaras pembinaan Makmal
Pembelajaran j-QAF
Merancang Dasar Pelaksanaan
Program j-QAF
Menyediakan unjuran sekolah j-QAF
Menyediakan perancangan Makmal
Pembelajaran j-QAF
Merancang Pelaksanaan Program j-QAF
di Sekolah Pendidikan Khas
Melaksana Program j-QAF di Sekolah
Pendidikan Khas

Isu Dan Cabaran
Beberapa isu, cabaran dan kekangan yang dikenal pasti semasa melaksanakan Program j-QAF
adalah seperti berikut :
ISU DAN CABARAN
1. Penempatan dan
pertukaran guru jQAF
semasa dan selepas
latihan
2. Pemahaman konsep,
kurikulum dan
pelaksanaan Program
j-QAF dikalangan
pentadbir sekolah dan
masyarakat








KEKANGAN
Bekalan guru belum mencukupi untuk ditempatkan di
sekolah
Kemudahan asas seperti surau atau kelas tidak
mencukupi bagi melaksanakan P&P j-QAF.
Guru masih dalam latihan dan tidak mendapat
pendedahan yang jelas tentang program j-QAF dan
kaedah Iqra’.
Kurang kefahaman tenaga pensyarah sambilan di IPG
tentang Program j-QAF.
Pertembungan masa pembelajaran kelas KAFA dengan
model Tasmik
Pertambahan pegawai diperlukan bagi memantau
pelaksanaan Program j-QAF kerana perluasan sekolah
yang akan melaksanakan Program j-QAF

Permasalahan Kajian
24

Hasil daripada bahan-bahan bacaan yang dirujuk dapatlah dirumuskan bahawa permasalah kajian
meliputi aspek-aspek berikut ;
i.

mengenalpasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek kerjaya.

ii. mengenalpasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. mengenal pasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek latihan.
Tujuan Kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk menilai kepuasan guru j-QAF terhadap pelbagai aspek
program, j-QAF di institut Perguruan dan juga di sekolah, khususnya daripada segi ; kerjaya,
pembelajaran dan pengajaran serta latiahan program j-QAF.

Persoalan Kajian
Persoalan kajian secara khusus adalah untuk menilai status pelaksanaan praktikum program jQAF berdasarkan persoalan kajian berikut :
i.

Sejauh manakah persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya ?

ii. Sejauh manakah persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya ?
iii. Sejauh manakah pesepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran ?
iv.. Sejauh manakah kepuasan guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan ?
v.. Sejauh manakah kepuasan guru terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF ?
Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian ini menggabungkan dua disiplin penyelidikan; kuantitatif dan kualitatif.
Kajian kuantitatif akan menggunakan statistitk deskriptif bagi data-data yang berkaitan dengan
menggunakan instrumen soal selidik. Manakala kajian kualitatif akan menggunakan ’tema dan
kriteria’ terhadap ’soft data’ dengan menggunakan instrumen temu bual berkumpulan.
Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada seramai 497 guru-guru KPLI – GDL – SR – j-QAF dari
seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Sampel kajian ini dipilih menggunakan
kaedah rawak berstrata (stratified random sampling). Bilangan sampel ini adalah memadai bagi
kajian berbentuk deskriptif seperti mana yang dijelaskan oleh Fraenkel dan Norman (1996) ;
“There are a few guidelines that we would suggest with regard
to minimum number of subjects needed. For descriptive
25

studies, we think a sample with minimum number of 100 is
essential. For correlational studies, a sample of at least 50 is
deemed necessary to establish the existence of a
relationship…”
(hlm: 106)
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Instrumen soal
selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan dalam pengumpulan data (Mohd Majid
Konting,1990). Untuk tujuan ini, penyelidik telah merekabentuk satu set soal selidik dan
mengedarkannya kepada 20 buah Institut Perguruan Malaysia di seluruh negara yang terlibat
melatih guru-guru KPLI j-QAF untuk mendapat maklum balas data yang diperlukan.
Kandungan borang soal selidik ini terbahagi kepada 7 bahagian iaitu ;
i.

Bahagian A : Latarbelakang responden

ii.

Bahagian B : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya

iii.

Bahagian C : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya

iv.

Bahagian D : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran

v.

Bahagian E : Kepuasan guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan

vi.

Bahagian F : Kepuasan guru terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF

vii.

Bahagian G : Kelebihan Program j-QAF

viii.

Bahagian H : Kelemahan Program j-QAF

ix.

Bahagian I : Cadangan Penambahbaikan Program j-QAF

Analisis Data
Untuk tujuan kajian ini, analisis data berkomputer SPSS For Windows Release 11.5 (Statistical
Package for Social Science) digunakan oleh penyelidik bagi menganalisis data-data kuantitatif.
Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan akan
digunakan bagi menerangkan hasil dapatan kajian.
Profil responden
Bilangan responden yang terlibat dalam soal selidik ini adalah seramai 497 orang guru-guru
KPLI – GDL – SR - j-QAF bagi ambilan Januari 2005 di 20 buah Institut Pendidikan Guru.
Ketika data kajian dikutip guru-guru program j-QAF ini sedang berkhidmat di sekolah-sekolah
kebangsan seluruh negara tahun 2006., daripada seramai 3663 populasi keseluruhan, sampel 497
adalah mewakili 13.7 peratus. Persampelan i