TRANSISI KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN MASA

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

TRANSISI KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN MASA KHALIFAH
AR RASYIDDIN: SATU ANALISIS DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN
Indra Fauzan1 (fauzan_ukm@yahoo.com)
Nidzam Sulaiman2 (nizamm01@hotmail.com)
Institut Kajian Etnik (KITA, UKM)

ABSTRACT
Kepemimpinan dan kekuasaan merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan, kerana
kepemimpinan dan kekuasaan berhubung kait satu dengan yang lain. Dalam politik moden
transisi kepemimpinan dan kekuasaan merupakan satu hal yang sangat penting kerana ia
menunjukkan ciri sistem politik sesebuah negara, sama ada dalam sistem berdemokrasi,
monarki, sosialis dan sebagainya. Islam sebagai sebuah agama dan juga ideologi bagi
pengikutnya secara politik tidak memiliki satu pola yang khas dalam peralihan
kepemimpinan dan kekuasaan ini merujuk kepada kes di mana setelah Rasulullah SAW
wafat baginda tidak memberi sebarang petunjuk siapa pengganti beliau. Sehingga pada
masa tersebut umat Islam dipaksa untuk memilih siapa pemimpin pengganti Rasulullah
SAW. Terpilihnya Abu Bakar, Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan Ali Ibn Abi Thalib
melalui mekanisme pemilihan yang berbeza satu sama lain sama ada ia dipilih melalui
musyawarah, dipilih atau ditunjuk secara langsung. Kajian ini akan menerokai bagaimana

peralihan kepemimpinan dan kekuasaan dalam masa khalifah ar rasyidin tersebut dan akan
dibincang melalui analisa pemilihan dalam sistem politik. Secara keseluruhan artikel ini
diharap memberi satu sumbangan pemikiran yang signifikan terhadap konsep
kepemimpinan dan kekuasaan dalam politik Islam.

Keywords: Kepemimpinan, Legitimasi, Penggantian Politik, Khalifah Ar Rasyidin, Politik
Islam.

1

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

1. PENGENALAN
Khalifah Rasyidin adalah Khalifah (Pemimpin umat Islam) yang melanjutkan
kepemimpinan Rasulullah SAW sebagai pemimpin, penguasa dan juga sebagai ketua
negara (pemerintahan) masa itu. Tugas para khalifah ini adalah meneruskan
kepemerintahan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga dan
mempertahankan Islam sebagai agama dan juga mempertahankan wilayah mereka.
Pemimpin berkarisma dan berpengaruh ini amat diperlukan dengan memiliki ilmu
pengetahuan yang luas, ketaatan dan keimanan dan tentu juga darjah yang tinggi sehingga

ia disegani kawan dan juga lawan baik dari umat Islam sendiri ataupun juga dari musuhmusuh Islam. Terdapat empat khalifah Rasyidin yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu
Abu Bakar , Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan Ali Ibn Abu Thallib.
Keempat-empat khalifah tersebut dipilih berasakan pemilihan yang berbeza satu
dengan yang lain dan sesuai dengan ijtihad pemimpin masa itu sehingga sistem peralihan
kepemimpinan dan kekuasaan yang dijalani berbeza. Apabila merujuk kepada sistem
politik yang lain seperti demokrasi misalnya demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat
untuk memilih pemimpin mereka melalui mekanisme pilihan raya tidak kira demokrasi
berparlimen atau demokrasi berpresiden, kerana dalam demokrasi, kebebasan dan
kedaulatan terletak di tangan rakyat. Ini jelas diterangkan oleh beberapa sarjana seperti
Schumpeter (1947), Dahl (1971), Lijphart (1984), Huntington (1991). Terdapat juga sistem
monarki yang memilih pemimpin berasaskan keturunan seperti yang dilakukan dalam
kerajaan Arab Saudi ataupun negara Monarki Arab yang lain. Kehadiran sistem pemilihan
pemimpin yang berbeza ini sebenarnya merupakan hal yang biasa tergantung kepada
sistem politik yang dipakai di sesebuah negara sama ada demokarsi, komunisme, monarki
absolute, kesultanan, militer dan lain sebagainya.
Dalam literatur Islam ada dijelaskan bahawa sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud; jika kamu keluar bermusyafir seramai tiga orang, hendaklah kamu melantik
salah seorang daripada kamu sebagai ketua (Hadis Riwayat Abu Daud, dalam al-Anbari
2008: 128). Melalui hadis ini Rasulullah berpesan betapa pentingnya kepemimpinan dalam
Islam bahkan dalam kumpulan yang kecil sekalipun ditekankan pentingnya ada pemimpin.

Bagaimanapun dalam Islam tidak ditunjukkan secara khusus yang mesti diikuti bagaimana
untuk memilih pemimpin. Sehingga dirasa perlu untuk melihat dan menerokai bagaimana
2

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

transisi kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam, kerana masa sekarang ini pandangan
moden dan demokratik melihat kepimpinan monarki sebagai ketinggalan dan tidak
demokrasi. Namun apabila melihat kondisi politik global terutamanya dalam masyarakat
Islam terdapat juga pandangan yang menilai bahawa sistem monarki dan kesultanan
merupakan sistem yang amat sesuai dengan Islam kerana rujukan khusus kepada
kepimpinan yang satu, yang boleh cenderung bersifat islamik. Kelihatan empirinya ia
dipraktikkan oleh banyak negara negara yang memang majoriti beragama Islam seperti di
negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait, Oman, Bahrain dan Arab Emirate. Sedangkan
kebanyakan negara demokrasi barat menggunakan sistem demokrasi berparlimen atau
demokrasi berpresiden satu sistem yang mendakwa lebih mengutamakan kebebasan dan
hak orang ramai. Sebahagian yang lain ada yang masih menggunakan sistem komunis
dengan satu parti seperti di China, Korea Utara, Vietnam dan lain–lain.
Persoalannya, adakah terdapat satu sistem pemilihan yang khusus menurut Islam?
Apakah sistem monarki mutlak yang berketurunan, lantikan seperti sistem komunis dan

pilihanraya seperti demokrasi itu yang bersifat Islamik. Atau apakah Islam tidak memaksa
satu sistem yang khas yang perlu dipatuhi oleh mana-mana umat Islam? Perbincangan
kertas ini cuba melihat bagaimana transisi kepemimpinan dan kekuasaan masa khalifah arrasyidin,

sekali

gus

menjadi

rujukan

asas

bagaimana

sebenarnya

mekanisme


kepemimpinan dan penggantian pada masa dahulu.

2. PEMAHAMAN TENTANG KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN
2.1. Pengertian Kepemimpinan
Kepemimpinan merujuk kepada sifat bagaimana ketua sesebuah organisasi, kumpulan,
ataupun pemerintah sesebuah negara itu melaksanakan pengurusan, pentadbiran,
pemerintahan serta amanahnya terhadap organisasi dan orang bawahannya. Sifat
kepemerintahan ini banyak dipengaruhi oleh karisma atau sifat kepemimpinan sendiri yang
dimiliki tokoh tersebut. Karisma kepimpinan ini telah lama menjadi bahan kajian tetapi
sebagai sebuah pemahaman keilmuan ia akan terus menjadi perhatian pengkaji untuk
memahami sebuah fenomena masyarakat dan kepemimpinan. Kerana kepemimpinan
sendiri memiliki ciri-ciri dan pemahaman yang boleh membuat orang memahami seperti
apa organisasi itu terbentuk dan seperti apa organisasi tersebut digerakkan. Tiap–tiap
3

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

pergantian pemimpinan secara tidak langsung akan merubah gaya dan sistem organisasi
tersebut sesuai dengan kepemimpinan yang di jalankan.
Mengikut James A.F. Stoner dalam Umar (1998) kepemimpinan merupakan sebuah

proses pengarahan dan pengaruh aktiviti yang berhubung kait dengan tugas daripada ahli
kelompok. Kepemimpinan yang efektif adalah kepemimpinan yang bergantung kepada
sistem pengurusan yang baik. Northouse (2004) dan Cohen (2010) pula mengatakan
bahawa kepemimpinan adalah sebuah proses di mana individu mempengaruhi sekumpulan
individu lain yang memiliki tujuan bersama. Sebuah definisi yang baik sekali bahawa
secara asas memang pemimpin harus memiliki pengaruh dalam persekitarannya agar dia
mampu untuk memberikan perintah dan instruksi kepada orang-orang yang dipimpinnya
(Robin dan Judge: 2010, Greenberg 2011). Namun Yukl (2002, 3) dalam Bolden (2004)
mengatakan bahawa ‘kebanyakan definisi kepemimpinan mencerminkan andaian yang ia
melibatkan sebuah proses sosial yang mana sebuah pengaruh yang dimilik oleh seseorang
atau sekumpulan orang atas umat yang lain (atau kumpulan) untuk menstrukturkan aktiviti
dan hubungan dalam kumpulan atau organisasi’. Ia melibatkan faktor sosial dan kelihatan
di sini peri pentingnya aturan dan norma dipatuhi.
Dalam konteks amnya kepemimpinan adalah sebuah fenomena yang kompleks dan
ia menyentuh banyak aspek penting dalam proses organisasi, sosial, budaya dan personal.
Bergantung kepada proses pengaruh, di mana orang terinspirasi untuk berusaha ke arah
matlamat kumpulan bukan melalui paksaan, tetapi melalui motivasi peribadi. Definisinya
kumpulan tersebut adalah harus menerima dan menjadi pilihan sama ada dimaklumkan
atau atas kecenderungan peribadi sendiri.
Pemahaman


tentang

kepemimpinan

merupakan

pemahaman

bagaimana

kemampuan diri seorang pemimpin mengendalikan orang lain atau sesebuah kumpulan
dalam rangka untuk mewujudkan kepentingan bersama sehingga dalam kepemimpinan
diperlukan pelbagai macam cara sehingga matlamat yang ingin dicapai dapat terpenuhi.
2.2. Kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam
Islam memiliki pandangan berbeza dalam melihat kepemimpinan dan kekuasaan, dalam
Islam segala sesuatu yang dijalankan memiliki asas pemikiran dan pandangan yang
4

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)


merujuk kepada al–Quran dan Sunnah Nabi, begitu juga perilaku kepemimpinan dan
kekuasaan. Sedangkan kepemimpinan tersebut memiliki beberapa istilah antaranya adalah
khalifah, imarah, imamah, sultan, al–malik, Amirul Mukminin. Istilah tersebut merujuk
kepada pengertian yang hampir sama kerana merujuk kepada pemimpin umat atau ketua
negara. Dalam memilih pemimpin ini Islam melihat kepemimpinan sebagai amanah
(kepercayaan) yang diberikan oleh orang ramai melalui mekanisme baiah. Baiah ini amat
penting dalam kepimpinan Islam kerana ia merupakan legitimasi atau manifestasi
penerimaan oleh anggota masyarakat. Tanpa mengira bagaimana ia dipilih sama ada secara
lantikan atau pilihan ramai, baiah mesti menyusul sebagai tanda legitimasi.
Meskipun demikian, kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam bukan sekadar
kontrak sosial antara pemimpin dengan masyarakat sahaja, tetapi juga bagaimana bentuk
pengabdian kepada Allah SWT. Sebab kepemimpinan melahirkan kekuasaan dan autoriti
yang gunanya adalah untuk memudahkan dan menjalankan tanggung jawab dalam
memberikan khidmat kepada rakyat yang dipimpinnya, semakin tinggi kekuasaan
seseorang maka sepatutnya ia semakin dekat dengan rakyatnya dan semakin dekat dengan
Allah SWT. Sebaliknya pemimpin yang semakin jauh dari rakyat maka akan semakin jauh
ia dengan Allah SWT, dan dalam pandangan Islam pemimpin seperti ini dilihat sebagai
yang zhalim.
Masyarakat wajib melantik pemimpin yang bertanggung jawab menjaga urusan

agama dan urusan kehidupan umat Islam, menyekat keganasan musuh, membantu orang
yang dizalimi dari kezaliman, meletakkan sesuatu hak pada tempatnya, menjaga keamanan
negara, keselamatan rakyat, mencegah elemen kerosakan, kerana rakyat tidak terjamin
keselamatan mereka kecuali melalui pemimpin yang mengawal urusan dan kepentingan
hidup mereka. Al-Mawardi (2005) dalam tulisannya al-Ahkam al-Sulthaniyah mengatakan
bahawa pemimpin itu dilantik untuk menggantikan nabi dalam urusan menjaga agama dan
mentadbir dunia, dan melantik pemimpin yang bertanggungjawab dalam urusan tersebut
merupakan suatu kewajipan yang disepakati ulama.
Tasmara (2002) mengatakan bahawa memimpin bukan sahaja untuk menpengaruhi
orang lain atau kumpulan mengikut apa yang diinginkannya, tetapi bagi muslim memimpin
adalah memberikan arah berasaskan nilai–nilai ketuhanan dalam hal ini apa yang telah di
garis pandu oleh Allah SWT dalam al-Qur’an dan sunah Rasulullah. Hakikatnya dalam
5

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

kepemimpinan Islam seorang pemimpin haruslah mampu tampil sebagai tauladan dan juga
contoh yang baik, adil dan tentunya seorang yang beriman kepada Allah SWT untuk
menegakan nilai–nilai illahia yang akan membawa orang-orang yang dipimpinnya kepada
kebahagiaan dunia dan akhirat. Tentulah kemaslahatan umat yang utama pemimpin

harusah orang yang santun dan mampu melayani rakyatnya dengan baik seperti yang di
sampaikan oleh hadits nabi yang bermaksud ‘pemimpin suatu kaum adalah pengabdi
(pelayan) umatnya’ (HR. Abu Naim).
Berikut ialah beberapa definisi kepemimpinan dalam terminologi Islam yang
sebaiknya dibincang sebelum masuk kepada kes khulafa Rasyidin, antaranya adalah :
pertama, Khalifah atau “Khalif” adalah gelar bagi pemimpin umat Islam setelah wafatnya
Rasulullah SAW (570 – 632) yang mana khalifah merupakan penerus kepemimpinan
Muhammad SAW (A. Mian: 1995, Al-Anbary: 2008, Ashaari : 2008) untuk melindungi
dan mempertahankan wilayah Islam sedangkan masa khalifah pasca Rasulullah terjadi
pada 632–661M. Khalifah berperanan sebagai pemimpin ummat baik urusan negara
maupun urusan agama, mekanisme pemilihan khalifah dilakukan baik dengan wasiat
ataupun dengan majlis Syura' yang merupakan majlis Ahlul Halli wal Aqdi yakni para ahli
ilmu (khususnya keagamaan) dan mengerti permasalahan ummat. Sedangkan mekanisme
pengangkatannya dilakukan dengan cara bai'ah yang merupakan perjanjian.
Selanjutnya yang kedua adalah Imarah yang berarti keamiran atau pemerintahan,
pengertian ini tidak jauh berbeda dengan imamah, hanya saja perbedaannya ditinjau dari
segi penggunaannya. Imarah merupakan sebutan untuk jabatan amir dalam suatu negara
kecil yang berdaulat untuk melaksanakan pemerintahannya oleh seorang amir. Penggunaan
kata imarah ini pertama kalinya digunakan oleh khalifah kedua yaitu Omar Ibn Khattab
yang bergelar Amirul Mukminin (Ashaari 2008: 87), (Al-Anbary 2008: 131). Omar tidak

mahu menyebut dirinya sebagai khalifah kerana khuatir terjadi pengulangan kata khalifah,
bila gelar khalifah tetap dipertahankan, ia bimbang akan khalifah-khalifah muncul
kemudiannya akan terjadi pengulangan kata khalifah yang begitu panjang (Ibn Khateer et.
al. 2001: 177).
Ketiga, adalah Imamah pada mulanya adalah suatu istilah yang neutral untuk
menyebutkan sebuah negara. Dalam literatur klasik istilah imamah dan khilafah
disandingkan secara bersamaan untuk merujuk pada pengertian yang sama. Namun dalam
6

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

perkembangannya imamah kemudian menjadi istilah khusus di kalangan Syi’ah yang
dikontekstualisasikan dalam bentuk wilayah al-Faqih. Kelompok Syiah memandang
imamah merupakan bagian prinsif dari ajaran agama. Dalam perspektif kontemporer
lembaga imamah tersebut identik dengan lembaga kepresidenan atau ketua negara.
Mengikut Ibn Khaldun dalam Daud (1996: 1-2) mengatakan ‘bahawa jawatan Imam atau
atau ketua negara bukannya sebahagian daripada maslahat umum yang boleh diserahkan
kepada rakyat biasa memilih siapa sahaja yang disukainya menjadi ketua negara. Justeru
jawatan tersebut adalah rukun agama dan teras ajaran Islam yang tidak harus bagi
seseorang nabi melupaknnya sehingga sampai urusan tersebut diserah kepada rakyat
membuat pilihan’.
Berbeza dengan syiah, ahlussunnah waljamaah (suni) memberi pengertian imamah
bukanlah sebuah jabatan atau warisan dan bukan pula masalah prinsip atau rukun dalam
agama. Mengikut pandangan ahlussunah waljamah bahawa imamah ini tidak lain hanya
dikenali dengan istilah imam solat (al-Anbary 2008:130). Sedangkan al-Mawardi
berpandangan bahawa imam adalah khalifah, raja, sultan atau ketua negara, sehingga alMawardi juga memberikan pandangan bahawa jawatan ketua negara tidak semata-mata
jawatan politik tetapi juga melengkapi persoalan agama. Mengikut beliau Allah
mengangkat seorang pemimpin sebagai pengganti (khalifah) nabi, untuk mengamankan
agama, disertai dengan amanah politik (al-Mawardi 2005: 10-12, Ashaari 2008: 86-87).
Dengan demikian imam adalah pemimpin agama, dan juga pemimpin politik yang
memiliki kuasa yang luas.
Mana-mana pemerintahan merupakan tidak patut di sebut sebagai ‘Khalifah Allah’
kerana gelaran khalifah diberi kepada orang yang menggantikan orang yang telah tiada
atau meninggal dunia sedangkan Allah tidak hilang atau mati (al-Anbary 2008:131) tetapi
ia hanya diberi gelaran khalifah dan khalifah Rasulullah SAW, kerana ia menggantikan
Rasulullah dalam urusan umatnya. Dan dilarang memberikan gelaran ‘Syahan Syah’
kerana ia memberi makna raja segala raja, dan sifat ini hanya layak milik Allah SWT
sahaja (al–Nawawy dalam al - Anbary 2008:131).
2. PROSES PEMILIHAN EMPAT KHALIFAH AL – RASYIDIN
Sejarah politik Islam, bahwa transisi kepemimpinan dan kekuasaan mempunyai beberapa
karakteristik dan sistem yang berbeza, ini ditandai dengan adanya pelbagai macam cara
7

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

untuk menjadi pemimpin dalam politik Islam terutamanya pasca wafatnya Rasulullah
SAW. Ketika Rasulullah wafat beliau tidak menunjuk sesiapa yang akan menjadi penerus
beliau dan tidak juga memberitahu bagaimana cara atau mekanisma pemilihan seorang
pemimpin dalam Islam. Kerananya pada masa itu umat Islam mengalami rasa amat
dukacita dan kebingungan dan tidak tahu siapa yang akan menjadi pemimpin umat setelah
sebagai ganti Rasulullah SAW. Sehingga mahu tidak mahu umat Islam “dipaksa” untuk
mencari cara bagaimana memilih pemimpin yang nantinya akan mampu mempersatukan
umat Islam.
Dalam sejarah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW, maka dipilihlah para
pemimpin secara kolektif berbincang dan dinamakan sebagai Khalifah Rasulillah atau
pengganti Rasulillah. Terdapat empat orang Khalifah memimpin umat Islah setelah
Rasulullah dan mereka adalah Abu Bakar Siddiq, Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan
Ali Ibn Abu Thalib. Setelah keempat-empat khalifah tersebut memerintah Islam mengalami
perubahan namun terdapat juga krisis atau konflik kekuasaan dan kepemimpinan
khususnya kekuasaan pada fasa lebih kemudian sehingga menjadikan pemerintahan dinasti
politik.
Khalifah pertama adalah Abu Bakar, beliau dipercayai sebagai orang yang paling
dekat dengar Rasulullah dan juga memiliki keimana dan kecerdasan yang tidak diragukan,
kerana semasa hidupnya beliau adalah orang yang selalu mendampingi Rasulullah, Abu
Bakar menjadi Khalifah pertama dan memberi khidamatnya selama 2 tahun iaitu dari tahun
632–634M. Abu Bakar di pilih berasaskan dari kesepakatan musyawarah atau Syura di
kalangan pemimpin utama yang dekat dengan Rosulullah..
Terpilihnya Abu Bakar merupakan proses daripada kesepakatan antara umat Islam
masa itu yang merasa kehilangan Rasulullah SAW, kerana tiadanya petunjuk sesiapa yang
akan memimpin umat Islam masa itu, terjadilah perbezaan pandangan diantara kaum
anshar dan muhajirin dan kedua-dua kumpulan ini merasa berhak untuk memilih pengganti
Rasulullah daripada kelompok mereka. Dikhuatirkan terjadi perpecahan di antara umat
Islam maka masa itu inisiatif dari pada Omar ibn Khattab dan Abu ‘Ubaidah untuk
mendamaikan perdebatan tersebut. Maka diutuslah seseorang untuk datang kepada Abu
Bakar untuk berbincang bersama di tempat pertemuan kaum Anshar di Saqifah Bani

8

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Saidah (Ibn Khateer et. al., 2001:51, Iqbal 2000: 45, Mian: 1995, Sharif 1996: 56, Audah
1995: 36-41, Sadzali 1990: 21-23).
Dalam pertemuan tersebut terjadi diskusi yang panjang dan panas kerana puak
Khazraj yang mencadangkan Sa’ad ibn ‘Ubadah tetapi tidak disetujui oleh para peserta
diskusi, sehingga tiba di situ Omar, Abu ‘Ubadah dan Abu Bakar dan terjadilah dialog
yang jelas menolak kepemimpinan kaum Muhajirin. Pada akhirnya dalam suasana tegang
dan panas serta terjadi perdebatan yang panjang Abu Bakar terpilih menjadi Khalifah.
Terpilihnya Abu Bakar dalam pertemuan tersebut kerana Omar Ibn Khattab bangkit
dari tempat duduknya dan menuju ke tempat Abu Bakar dan berbai’at kepada beliau dan
menyerahkan kesetiaannya kepada Abu Bakar. Tindakan Omar ibn Khattab tersebut
akhirnya diikuti oleh Abu ‘Ubaidah serta orang-orang Muhajirin dan Anshar tersebut
(Sadzali, 1990 : 23, Iqbal 2000: 46, Ibn Khateer et. al. 2001: 51-53). Sementara Sa’ad ibn
‘Ubadah hingga akhir daripada kepemimpinan Abu Bakr tidak pernah memberikan bai’ah
kepada Abu Bakar (Iqbal 2000: 46). Peristiwa tersebut terkenal dengan dengan nama
Bai’ah Saqifah dan pada hari berikutnya Abu Bakar naik ke mimbar Masjid Nabawi dan
berlangsung bai’ah umum dari umat Islam.
Khalifah kedua adalah Omar Ibn Khattab yang mentadbir selama 10 tahun daripada
(634-644 M) beliau adalah khalifah yang memiliki karakteristik yang berbeza daripada
Abu Bakar Sidiq. Terpilihnya Omar Ibn Khattab telah melalui mekanisme yang berbeza
daripada Khalifah Abu Bakar, ia tidak melalui mekanisma musyawarah yang terbuka
sebaliknya Omar Ibn Khattab dinamakan atau ditunjukkan oleh Abu Bakar. Secara tidak
langsung ia bersifat wasiat (Sadzali 1990: 24, Iqbal 2000: 54). Sebelum itu pada tahun
ketiga kekhalifahan Abu Bakar beliau mendadak jatuh sakit dan selama 15 hari beliau tidak
pergi ke masjid, dan pada masa itu telah meminta Omar untuk mewakili beliau menjadi
imam Solat. Apabila semakin hari sakitnya semakin tenat dan khuatir akan meninggal Abu
Bakar berfikir beliau perlu segera menunjuk seorang pengganti. Beliau tidak mahu
kejadian di Saqifah terulang kembali dan perpaduan umat Islam mesti dipelihara. Maka
Abu Bakar berfikir bahawa orang yang paling layak untuk memimpin adalah Omar ibn
Khattab (Ibn Khateer et. al. 2001: 176-177).

9

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Khalifah Abu Bakar akhirnya bermusyawarah dengan beberapa sahabat senior
secara tertutup untuk menentukan bahawa pemimpin umat selanjutnya adalah Omar Ibn
Khattab. Antara sahabat senior tersebut adalah Abd al-Rahman bin Auf dan Otsman Ibn
Affan dari kelompok Muhajirin dan Asid bin Khudair dari Anshar. Dalam pertemuan
tertutup tersebut Abu Bakar menyampaikan niatnya untuk menunjuk Omar Ibn Khattab
sebagai penggantinya menjadi Khalifah dengan pelbagai pertimbangan yang baik-baik
kerana Omar Ibn Khattab juga merupakan salah satu sahabat Rasulullah yang utama dan
juga disegani kawan mahupun lawan. Omar juga memiliki keluasan ilmu agama,
kecerdasan, memiliki sifat yang adil dan tentu juga tegas walaupun ditakutkan beliau
memiliki sikap yang keras tapi Abu Bakar berfikir bahawa seiring dengan waktu makan
sifat keras tersebut akan berubah dan tentunya Omar Ibn Khattab akan lebih bijak dalam
bersikap nanti (Sadzali: 1990, Chaudhry: 1996, Iqbal: 2000, Ibn Khateer et. al. 2001).
Setelah wafatnya Abu Bakar maka umat Islam baik dari kaum Muhajirin mahupun Anshar
berbaiah secara terbuka kepada Omar Ibn Khattab dan mereka berseru akan setia kepada
kepemimpinan beliau di Masjid Nabawi.
Khalifah yang ketiga adalah Otsman Ibn Affan yang mentadbir Makkah lebih
kurang 12 tahun lamanya daripada tahun 644 sampai tahun 656M. Terpilihnya Otsman Ibn
Affan adalah melalui mekanisme yang sama sekali berbeza daripada pemilihan Abu Bakar
dan juga Omar. Omar Ibn Khattab sedang dalam masa sakit yang teruk akibat ditikam
dengan kejam sebanyak enam tikaman oleh seorang Parsi bernama Fairus atau lebih
dikenali sebagai Abu Luluah. Pada masa itu hadir sejumlah tokoh masyarakat yang
memohon kepada Omar Ibn Khattab untuk segera menunjuk siapa pengganti beliau kerana
mereka khuatir dengan luka khalifah yang begitu serius. Omar Ibn Khattab dirasakan tidak
akan hidup lebih lama lagi, dan apabila khalifah wafat tanpa ada sesiapa yang menjadi
pengganti beliau maka dibimbangi akan terjadi perpecahan di kalangan umat Islam. Pada
mulanya Omar Ibn Khattab menolak permintaan para tokoh tersebut kerana merasa orang
yang pantas menggantikannya telah lebih dahulu meninggal, bahkan beliau marah sekali
ketika ada usulan untuk menunjuk putera beliau Abdullah Ibn Omar menjadi khalifah. Para
tokoh tersebut kemudian pergi dari kediaman Omar Ibn Khattab dengan kecewa, tetapi
ketika melihat perpecahan semakin tampak mereka sekali lagi mendatangi rumah khalifah
dan mendesak beliau untuk segera menunjuk siapa yang akan menjadi pemimpin
berikutnya (Sadzali: 1990, Chaudhry: 1996, Iqbal: 2000, Ibn Khateer et. al.: 2001).

10

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Akhirnya Omar Ibn Khattab menyerah dan secara tidak langsung menunjuk siapa
penggantinya. Dia hanya menyebutkan enam sahabat senior dan mereka nanti yang harus
memilih seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah. Sahabat senior itu adalah: Ali
Ibn Abu Thalib, Otsman Ibn Affan, Saad Ibn Abu Waqqas, Abd al-Rahman Ibn Auf, Zubair
Ibn Awwam, dan Thalhah Ibn Ubaidillah serta Abdullah Ibn Omar putra beliau tapi tanpa
‘hak suara’. Pertimbangannya adalah keenam-enam tokoh tersebut adalah orang-orang
yang dikatakan nabi sebagai calon-calon penghuni surga dan mereka bukan mewakili
kelompok atau puak-puak tertentu. Beliau berpesan untuk mereka bermusyawarah dalam
menentukan siapa yang akan menjadi khalifah selanjutnya. Pada akhrinya pilihan
dijatuhkan kepada Otsman Ibn Affan walaupun keputusan tersebut mendapat kritik
daripada Ali kerana Abdurrahman adalah ipar daripada Otsman Ibn Affan. Satu puak lagi
menyebelahi Otsman. Walaupun mengkritik keputusan tersebut tetapi Ali Ibn Abu Thalib
tetap berbaiah kepada Otsman Ibn Affan (Sadzali 1990, Iqbal 2000, Al- Khateer et. al.
2001).
Khalifah yang terakhir daripada Khalifatu Rasulillah adalah Ali Ibn Abi Thalib,
seorang yang paling awal masuk Islam dan beliau juga sepupu nabi Muhammad SAW dari
pada bapa saudara beliau iaitu Abu Thalib. Terpilihnya Khalifah Ali boleh dikatakan jauh
dari sempurna. Setelah puak pemberontak membunuh Otsman Ibn Affan, beberapa tokoh
mendesak Ali agar bersedia diangkat menjadi Khalifah kerana pada masa itu Madinah
dapat dikatakan kosong. Ramai sahabat senior yang sedang berkunjung ke wilayah yang
baru ditakluk dan hanya sedikit yang masih tinggal di Madinah, antaranya Thalhah Ibn
Ubaidillah dan Zaubair Ibn Awwam (Sadzali 1990: 27) . Tidak semua yang tinggal masa
itu menyokong Ali sebagai Khalifah antaranya Saad Ibn Abu Waqqas dan Abdullah Ibn
Omar. Ali menolak keinginan para pemberontak dan menanyakan di mana peserta perang
Badr, di mana Thalhah, Zubair dan Saad, kerana pada fikirannya mereka merupakan orang
kanan yang berhak menentukan siapa yang harus menjadi khalifah. Maka muncul
kemudian tiga tokoh senior tersebut dan mereka terus berbaiah kepada Ali dan segera
diikuti oleh orang ramai baik dari kelompok muhajirin dan Anshar dan orang pertama yang
berbaiah kepada Ali adalah Thalhah Ibn Ubaidillah (Iqbal 2000: 75-77).
Justeru perlu difahamkan pada peringkat ini terdapat empat contoh cara pemilihan
telah ditakdirkan dan kelihatan ia berbeza antara satu dengan yang lain. Meskipun dalam
terpilihnya kedua Khalifah tersebut banyak yang menentang tetapi mereka mahu berbaiah
11

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

kepada kedua khalifah tersebut dan menyatakan kesetiaan mereka termasuk Ali baik
kepada Abu Bakr mahupun Otsman.
Namun dalam kes Ali Ibn Abu Thalib penetapan beliau menjadi khalifah ditolak
oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan, seorang Datuk Bandar di Syiria yang masih berhubung
keluarga dengan Otsman dengan alasan: pertama, Ali harus mempertanggungjawabkan
tentang terbunuhnya Otsman ibn Affan dan kedua, berhubung wilayah Islam telah luas dan
munculnya banyak komuniti Islam di daerah yang baru maka hak untuk menentukan
khalifah merupakan bukan lagi hak orang di Madinah sahaja. Sikap penolakan Mu’awiyah
tersebut juga disokong oleh beberapa sahabat di Madinah dan kemudian bergabung dengan
Mu’awiyah di Syiria, dan dari sini ia memulai sejarah baru politik dan sistem kenegaraan
dalam Islam.
3. TRANSISI KEPEMIMPINAN MASA KHALIFAH RASYIDIN
Proses terpilihnya para khalifah Rasyidin merupakan fenomena tersendiri dalam dinamika
politik Islam yang memiliki keistimewaan sendiri dan berbeza dengan sistem politik yang
lain yang tidak berbasis kepada agama, kerana dalam Islam kekuasaan mutlak adalah milik
Allah SWT dan manusia (pemimpin) adalah wakil Allah di muka bumi. Segala sumber
kekuasaan dalam Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul, berbeza dengan demokrasi
misalnya yang menyatakan sumber kekuasaan atau kedaulatan adalah di tangan rakyat,
pemimpin menjalankan amanah berasaskan mandat yang diberikan oleh rakyat melalui
mekanisma pilihan raya.
Apabila diteliti akan kes di atas dalam proses pemilihan khalifah tersebut
kelihatannya tidak ada proses pemilihan yang sama satu dengan yang lainnya, ini
tergambar daripada pemilihan Abu Bakar, Omar Ibn Khattab, Otsman ibn Affan dan Ali
Ibn Abu Thalib. Keempat–empat khalifah tersebut hadir dan muncul kerana kapasiti
mereka sebagai orang yang memang layak untuk menjadi pemimpin umat dan juga mereka
adalah orang-orang yang memiliki jiwa dan karakteristik pemimpin walaupun pada masa
itu sedikit demi sedikit mulai tampak sedikit perselisihan pandangan.
Dalam pemilihan para khalifah tersebut yang paling tampak adalah bagaimana
mekanisma syura atau musyawarah di utamakan, ini terlihat dari bagaimana terpilihnya
12

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Abu Bakar, Omar Ibn Khattab dan juga Otsman Ibn Affan serta Ali Ibn Abi Thalib. Para
khalifah ini berkonsultasi dengan para sahabat – sahabat senior untuk kemudian
mengambil keputusan dalam pemilihan. Walaupun pada pemilihan Omar Ibn Khattab ada
sedikit perbezaan dimana Abu Bakar ‘menyebut nama beliau’ dan sebagai penerus
Khalifah tetapi pada prosesnya beliau juga meminta pandangan daripada sahabat-sahabat
senior (Sadzali; 1990, Iqbal; 2000).
Di sini juga sejarah telah menyaksikan dalam pemerintahan Khulafa Rasyidin ini
tidak adanya satu mekanisma yang khas bagaimana pemilihan atau pelantikan keempatempat khalifah tersebut dilakukan. Sejarah telah menunjukkan bagaimana pemilihan dibuat
melalui cara yang berbeza; hal tersebut boleh bagaimana naiknya Abu Bakar melalui
musyawarah kaum Anshar dan Muhajirin, Omar yang naik kerana wasiat dan pemilihan
oleh Abu Bakar. Naiknya Otsman didahului oleh musyawarah oleh enam orang yang
disenaraikan oleh Omar dan naiknya Ali Ibn Abu Thalib kerana baiah dari tiga sahabat.
Selanjutnya dalam transisi kepemimpinan dan kekuasaan masa Khalifah Rasyidin
juga tidak terdapat petunjuk atau contoh bagaimana sebenarnya mekanisme mengakhiri
sebuah jawatan ketua negara (Khalifah) kerana kempat-empat khalifah tersebut mengakhiri
kepemimpinan dan kekuasaan mereka kerana meninggal dunia malah ada yang secara
mendadak seperti Omar dan Otsman. Abu Bakar meninggal setelah hampir dua tahun
mentadbir sedangkan Omar, Otsman dan Ali berakhir dibunuh setelah mereka masingmasing mentadbir hampir sepuluh tahun, dua belas tahun dan kurang dari lima tahun.
Pada masa khalifah tersebut kepemimpinan dan kekuasaan dipilih bukan
berasaskan garis keturunan kerana masa itu kepemimpinan tidak diwariskan tetapi
merupakan berasaskan prestasi, kapasiti dan juga pengalaman yang sangat panjang
daripada para khalifah tersebut dalam memahami Islam dan mereka memiliki reputasi yang
sangat baik dalam kalangan umat Islam masa itu.
Apa yang terjadi kepada para khalifah tersebut teranglah bahawa Islam tidak
memberikan petunjuk atau sebuah mekanisme khusus tentang bagaimana kepemimpinan
dan kekuasaan itu diganti dan juga sejauh mana tempoh pemerintahan dan bagaimana
mengakhiri kekhalifahan tersebut. Bagaimanapun para khalifah tersebut telah memberikan
gambaran bahawa kekuasaan tersebut tidak mutlak kerana mereka percaya kekuasaan
13

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

mutlak hanya milik Allah sedangkan mereka adalah meneruskan apa yang sudah di
jalankan oleh Rasulullah SAW.
4. BEBAS DARI PEREBUTAN KUASA
Dalam hal pengambil keputusan biasanya para khalifah selalu mendahulukan syura atau
musyawarah dan meminta pandangan daripada tokoh – tokoh senior dan rakyat sehingga
keputusan yang di ambil adalah keputusan untuk kemaslahatan umat bersama. Penggunaan
syura ini adalah untuk menyelesaikan suatu urusan dan juga memberikan solusi yang
terbaik kerana syura atau musyawarah merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah
yang sentiasa mendahulukan musyawarah dalam penyelesaian masalah ummat.
Dalam kes keempat-empat khalifah tersebut tidak ada satu pun yang meminta
jawatan tersebut atau merasa mereka adalah orang yang paling pantas menerima jawatan
khalifah. Ini boleh dilihat dalam sejarahnya bahawa para khalifah al-Rasyidin selalunya
menghindari daripada konflik dengan meminta jawatan. Ini boleh dilihat bagaimana Abu
Bakar yang menerima baiah daripada orang-orang muslim masa itu, begitu juga Omar
yang diwasiatkan oleh Abu Bakar juga Otsman dan Ali mereka selalunya meminta
pandangan dan pendapat daripada tokoh-tokoh Islam masa itu untuk memberikan
gambaran tentang sesiapa yang layak dan pantas untuk menjadi pemimpin atau khalifah.
Dalam hal kekuasaan apabila merujuk kepada bagaimana para khalifah tersebut
mentadbir mereka senantiasa tidak berjarak dengan ummatnya (rakyat), kerana para
khalifah ar-Rasyidin tersebut tidak pernah menganggap diri mereka sebagai bayang-bayang
Allah di muka bumi. Ini berbeza dengan beberapa pandangan pemikir sunni klasik yang
menganggap bahawa kekuasan ketua Negara (khalifah) merupakan berasal dari Tuhan.
Mengikut Grunebaum (1970) dalam Iqbal (2000) dalam sejarahnya orang yang pertama
kali memperkenalkan dirinya sebagai Khalifah (wakil) Tuhan di bumi adalah Khalifah Abu
Ja’far al-Manshur dari bani ‘Abbas, dengan alasan bahawa khalifah mentadbir berasaskan
mandat Tuhan sehingga kekuasaannya adalah suci dan mutlak serta harus dipatuhi.
Khalifah adalah bayang-bayang Allah di dunia (The Shadow of the God on The Earth).
Sementara di awal telah ditegaskan bahawa pengertian khalifah tersebut merupakan
‘pengganti’ atau ‘penerus’ dan apabila para para khalifah (pemimpin) tersebut menyatakan
14

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

diri mereka sebagai Khalifatullah adalah tidak berkenaan dengan pemahaman khalifah itu
sendiri. Hal ini sangat berbeza sekali dengan para khalifah Rasyidin yang menolak
menggunakan kata-kata Khalifatullah, Abu Bakar lebih memilih Khalifah Rasul Allah
(Pengganti Rasulullas SAW) sedangkan Omar Ibn Khattab lebih suka di panggil sebagai
Amir al-Mu’minin (pemimpin orang-orang beriman).
5. KESIMPULAN
Dalam sejarah terpilihnya para khalifah al-Rasyidin tampak jelas bahawa Islam tidak
menentukan bagaimana sistem peralihan kepemimpinan dan juga kekuasaan. Tidak ada
keterangan satu pun yang menentukannya dan juga tidak ada keterangan yang menyatakan
bila dan bagaimana kepemimpinan itu bermula dan bila berakhir. Hal tersebut menjadi
fenomena politik tersendiri dalam politik Islam. Namun dalam beberapa rujukan literatur
dan kejadian pemilihan khalifah tersebut bahawasanya para khalifah selalunya
bermusyawarah dengan para sahabat terutamanya para sahabat senior yang memiliki
keimanan dan pengetahuan yang luas tentang agama dan pada perkembangannya
mekanisme tersebut disebut dengan sistem syura dan terhimpun dalam al-ahli wal aqdi.
Kepemimpinan dan kekuasaan selalunya mengutamakan syura dan juga berasaskan
keimanan kepada Allah SWT. Walaupun sebenarnya kesan daripada tidak adanya sebuah
sistem khas yang diwariskan oleh rasulullah dan khalifah al-Rasyidin dalam hal peralihan
kepemimpinan dan kekuasaan tersebut maka sepatutnya masyarakat Islam tidak perlu
merasa khuatir apabila sistem yang diguna pakai dalam politik moden sekarang menjadi
yang utama, kerana selagi sistem politik tersebut baik untuk Islam dan umatnya maka
perlulah diambil kira dan disesuaikan dengan politik Islam, justeru Islam sebagai sebuah
agama besar telah menentukan bahawa pemimpin Islam adalah harus orang Islam dan dia
harus menjaga Islam sebagai sebuah agama dan juga ideologi dan tentunya membawa
kepada kemaslahatan umat Islam dan kesejahteraan.
Rujukan
Abu’l-Hasan al-Mawardi. 2005. Al-Ahkam As-Sulthaniyah (The Laws of Islamic
Government). Asadullah Yate (terj.). London: Ta-Ha Publisher.
Bolden, Richard 2004. What Is Leadership? Leadership South West, Research Report 1.
Exeter: Centre for Leadership Studies, University of Exeter.
15

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Cohen. W. A. 2010. Heroic Leadership. Leading integrity and Honor. San Fransisco:
Jossey-Bass.
Dahl, Robert. 1971. Polyarchy: Participation and opposition. New Haven: Yale
University Press.
Huntington, Samuel P. 1991. The Third Wave: Democratization in the Late
Twentieth Century. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press.
Husein, Umar. 1998. Riset Sumber Daya Manusia dalam Organisasi. Jakarta: PT.
Gramedia Pustaka Utama.
Ibn Khateer, At-Thabari, As-Syooti et. al. 2001. Biographies of The Rightly Guided
Caliphs. Taamir Abu As-Su’ood Muhammad and Noha Kamal Ed-Din Abu Al-Yazid
(Translated), M Ibrahim Kamara and Joanne McEwan (edt). Egypt: Dar Al-Manarah.
Lijphart, Arend. 1984. Democracies: Pattern of majoritian and Consensus
Government in Twenty-One Countries. New Haven: Yale University Press.
Mian, Majeed A. 1995. Khulafa-e-Rashideen (the Rightly Guided Successors).
Ahmadiyya Muslim Community. www.alislam.org/library/links/00000078.html.
Muhammad Iqbal. 2001. Fiqh Siyasah, Kontekstualisasi Doktrin Politik Islam. Jakarta:
Penerbit Gaya Media Pratama
Muhammad Sharif Chaudry. 1996. An Introduction to Islamic State and Government.
Kuwait: Islmic Book Publisher.
Munawir Sjadzali. 1990. Islam dan Tata Negara: Ajaran, Sejarah dan Pemikiran. Jakarta:
Penerbit Universitas Indonesia (UI-Press).
Northouse, H. 2004. Leadership: Theory and Practice (3rd edition). London: Sage.
Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Robbins,S.P & Judges,T.A. 2010. Organizational Behavior. New Jersey: Pearson.
Schumpeter, Joseph A. 1947. Capitalism, Socialism, and Democracy (2nd edition).
New York: Harper.
Tasmara, Toto. 2002. Membudayakan Etos Kerja Islami. Jakarta: Gema Insani Press.
Zakaria@Mahmod Daud. 1996. Syi’ah Imamiyyah Pandangannya terhadap tiga Khalifah
Al-Rashidin. Selangor D.E. Penerbitan Al-Ramadhan

Data Diri Indra Fauzan

16

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Pelajar Doktor Falsafah pada Institu Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia
sesi 2015/2016. Berasal daripada Jambi (Indonesia) dan Bekerja sebagai Pensyarah di
Universitas Sumatera Utara (USU-Indonesia) pada Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
(FISIP) di Departemen Ilmu Politik daripada tahun 2008 hingga sekarang. Tajuk Tesis
Doktor Falsafah: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia: antara Institusi dan
Tradisi dibawah Penyeliaan Prof. Madya. Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.
Antara kursus yang pernah diajarkan di Jabatan Program Ilmu Politik-FISIP USU iaitu :
Filsafat Ilmu, Pengantar Ilmu Politik, Sistem Politik Indonesia, Pemikiran Politik
Indonesia, Pemikiran Politik Islam, Sosiologi Politik, Sistem Perwakilan Indonesia,
Kepemimpinan serta Gender dan Multikulturalisme.
Pendidikan:
No
1
2
3

Universiti/Institut
Institut Agama Islam Negeri Sultan
Thaha Syaifuddin Jambi, Indonesia
(Siswazah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (Pasca
Siswazah)
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
(Doktor Falsafah)

Jabatan
Tahun
Perbandingan
Mazhab
dan 1998 Hukum (Sarjana Hukum Islam)
2003
Sains Politik (Master Sosial 2004 Sains)
2007
Institut Kajian Etnik
2015
Sekarang

Pengkhususan:
Politik Islam, Politik Perbandingan, Sosiologi Politik, Pemikiran Politik, Teori Politik.
Penyelidikan terakhir
1. Pembantu Penyelidik pada penyelidikan : Pembinaan Bangsa dan Integrasi Nasional :
Peranan Media Sosial (2015 – 2016) di Sabah dan Sarawak. RE 2015-006 Bersama Dr
Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, Dr. Suzzana Moh Isa. Dr. Kartini Aboo Thalib
@Khalid.
2. Ketua Penyelidik : Budaya Politik Suku Bangsa Gayo : Model Budaya Politik Suku
Bangsa Gayo di Kabupaten Aceh Tengah, Kabupaten Bener Meriah dan Kabupaten
Gayo Lues (2014-2015). Dana Penyelidikan Hibah Bersaing Kementerian Pendidikan
dan Kebudayaan Republik Indonesia.
3. Penyelidik : Dinamika Pembuatan Peraturan Daerah Tentang Wajib Belajar Madrasah
Diniyah Takmiliyah Awaliyah di Kota Medan (2014). Dana Penyelidikan Penerimaan
Negara Bukan Pajak (PNBP), Lembaga Penelitian Universitas Sumatera Utara. Skim
Dosen Muda
4. Ketua Penyelidik : Perbandingan Partisipasi Politik Perempuan Kota Tebing Tinggi
pada Pemilihan Kepala Daerah Kota Tebing Tinggi tahun 2010 – 2011 (2012). Dana
Penyelidikan Penerimaan Negara Bukan Pajak (PNBP) Lembaga Penelitian Universitas
Sumatera Utara. Skim Dosen Muda
5. Ketua Penyelidik : Pendidikan Politik Perempuan Kota Tebing Tinggi di Kota Tebing
Tinggi. (2013). Dana penyelidikan Lembaga Pengembangan dan Pengabdian
Masyarakat (LPPM) Universitas Sumatera Utara.
6. Ketua Penyelidik : Pendidikan Politik Perempuan di Desa Sei Percut Sei Tuan,
Kecamatan Percut Sei Tuan, Kabupaten Deli Serdang. Sumatera Utara. (2012). Dana
17

The 11th ISDEV International Islamic Development Management Conference (11 th IDMAC 2016)

Penyelidikan dari Lembaga Pengembangan dan Pengabdian Masyarakat (LPPM)
Universitas Sumatera Utara.
7. Penyelidik pada Survey Mystery Shopper Bank Sumatera Utara. Mengukur tingkat
kedisiplinan, kinerja, bangunan Bank Sumatera Utara (2010). Dana penyelidikan
Peningkatan Sumber Daya Manusia Bank Sumatera Utara.
8. Penyelidik Pada Survey Badan Narkotika Nasional (BNN) Sumatera Utara. Mengukur
Tingkat Penggunaan narkotika pada kalangan remaja dan penyembuhannya. Dana
penyelidikan dari Badan Narkotika Nasional Indonesia (2009).
Penerbitan :
1. Prosiding pada International Islamic Development Conference (IDMAC) 2016. Transisi
Kepemimpinan Dan Kekuasaan Masa Khalifah Ar-Rasyidin: Satu Analisis Dalam
Pemilihan Pemimpin. (Indra Fauzan & Nidzam Sulaiman). ISBN. 978-967-394-275-6.
2. Dinamika Pembuatan Peraturan Daerah Tentang Wajib Belajar Madrasah Diniyah
Takmiliyah Awaliyah di Kota Medan. Jurnal Mimbar Demokrasi. Vol. 10/No
2/September 2016. ISSN.  1412-1875
2. Menelaah Korupsi dan Demokrasi di Indonesia. Jurnal Politeia. Vol. 4/No 2/Juli 2012.
ISSN. 0216-9290
1. Nidzam Sulaiman
Felo Penyelidik Institut kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jawatan
Felo Kanan
Pensyarah
Tutor

Organisasi
Institu Kajian Etnik (KITA)
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan
Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Tempoh
2010 – Kini
1986 - 2010
1984-1986

Pendidikan
1995 – 2000 (Dr Fal Antropologi) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Malaysia
1984 – 1985 (M.A. Comparative Politics & Political Development) University of Kent,
Canterbury (UK)
1980 – 1984 (Sm, Sa, Kep (Sains Politik) Universiti Kebangsaan Malaysia
Bidang minat:
Politik Perbandingan, Antropologi Politik, Politik Sarawak

18