PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN DAN MASA

970507-03-6158

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya saya
dapat menyiapkan kerja projek Geografi ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, Tuan Haji Wan Hussin Bin Ismail kerana
memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga ucapan terika masih kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik
Mohd Asri Bin Ibrahim kerana memberi sokongan moral dalam usaha untuk menyiapkan
segala tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru Geografi Tingkatan Enam,
Encik Mohd Zikri Bin Mohamood atas segala tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kerja
projek ini dijalankan.
Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga kerana memberi
sokongan dari segi moral dan kewangan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan
sepasukan saya iaitu yang terdiri daripada Muhammad Muazam Bin Roslan, Nurin Farzana
Binti Othman dan Nur Azlina binti Mat Lasim atas segala kerjasama dan komitmen yang
telah diberikan.
Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam usaha untuk menyiapkan kerja projek ini.


970507-03-6158

TAJUK KAJIAN: PERBEZAAN SUHU MENGIKUT STESEN DAN MASA DI
KAWASAN HUTAN LIPUR JERAM LINANG, PASIR PUTEH, KELANTAN.
1.0 PENGENALAN

Hutan dapat didefinisikan sebagai suatu kumpulan atau asosiasi pohon-pohon yang cukup
rapat dan menutupi kawasan yang cukup luas sehingga dapat membentuk iklim mikro dengan
keadaan ekologi khas dengan kawasan sekitarnya. Hutan bukan hanya sekadar terdiri
daripapa pohon-pohon, tetapi juga termasuk tumbuhan kecil seperti lumut, semak, belukar
dan bunga-bunga hutan.
Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia,iaitu
meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita. Hutan ini
merupakan habitat bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Hutan penting kepada masyarakat sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan membekalkan
sumber air yang dominan kepada kita untuk penggunaan harian. Hutan juga merupakan
habitat semula jadi bagi flora dan fauna yang juga merupakan sumber makanan kepada
manusia.
Antara fungsi Hutan Lipur Jeram Linang ialah dapat menyederhanakan suhu setempat
dengan cara mengekalkan peratus kelembapan udara di kawasan sekitarnya. Daun dan kanopi

tumbuhan akan menyebabkan suhu di kawasan setempat menjadi lebih rendah berbanding di
kawasan yang mempunyai kurang litupan tumbuhan.
Keadaan ini dapat dibuktikan di kawasan kajian iaitu Hutan Lipur Jeram Linang. Suhu di
kawasan sekitarnya adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan Bandar atau luar
Bandar. Hal ini disebabkan oleh wujudnya kawasan hutan yang sangat luas di kawasan
tersebut. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana faktor hutan dan tempat
akan mempengaruhi pola bacaan suhu di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang.

970507-03-6158

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ialah:
1.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen
1.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di
kawasan Hutan Lipur Jeram Linang
1.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di kawasan Hutan Lipur
Jeram Linang
1.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan Hutan
Lipur Jeram Linang


Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat menerapkan unsur bekerjasama dalam pasukan
bersama ahli pasukan. Di samping itu juga, rasa cintakan alam sekitar juga dapat dipupuk
antara ahli kumpulan.

3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Daedah

970507-03-6158

Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Pusat
rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke
puncak iar terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga
terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat
yang sesuai untuk tapak perkhemahan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan
pengunjung. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina
banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan
gerai, chalet dan tapak perkhemahan.
Selain daripada itu, kawasan ini masih belum diteroka sepenuhnya. Oleh itu, kawasan
hutannya yang malar hijau masih lagi kekal. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air

terjun bertingkat iaitu setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir
Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.

Peta 1: Peta yang menunjukkan daerah Pasir Puteh dan kawasan Jeram Linang

Petunjuk:

………

Jeram Linang (kadang-kadang ditulis Jeram Lenang) merupakan salah satu kawasan
rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan
Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang, Kelantan dan dihubungi dengan jalan raya bertar.

970507-03-6158

Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian dan teksi. Mengikut sejarah,
Jeram Linang merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai
kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun
bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh,
Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Machang telah membina banyak
kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai,
chalet dan tapak perkhemahan. Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan
bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10
kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) dan 15 kilometer
dari Bandar Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong).

970507-03-6158

4.0 KAEDAH KAJIAN
Bagi melaksanakan tugasan ini, terdapat tiga kaedah kajian yang dijalankan untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kajian yang telah dijalankan di Hutan
Lipur Jeram Linang, Pasir Puteh.

4.1 Kaedah Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian ketika kajian ini dijalankan.
Pengkaji telah memerhati di kawasan pinggir hutan di Hutan Lipur Jeram Linang sama
ada kawasan tersebut tinggi atau rendah.
4.2 Kaedah Pengukuran
Pengkaji bersama rakan sekumpulan telah menggunakan kaedah pengukuran dengan

menggunakan alat penyukat suhu iaitu termometer di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang
mengikut sepuluh stesen yang telah dipilih mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu
pagi, tengah hari dan petang.

Gambar 1: Pengkaji bersama rakan sepasukan sedang mengambil bacaan suhu di stesen
yang telah ditetapakan.

970507-03-6158

4.3 Kaedah Kepustakaan
Pengkaji bersama-sama tiga lagi rakan sekumpulan telah mendapatkan data dari
perpustakaan sekolah untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai tajuk yang telah
dipilih.

970507-03-6158

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini akan menerangkan analisa dan hasil dapatan kajian mengenai perbezaan
suhu mengikut stesen dan masa yang telah ditetapkan di Hutan Lipur Jeram Linang. Alat
penyukat suhu, iaitu termometer digunakan untuk menyukat suhu mengikut stesen yang

ditetapkan. Suhu diukur mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 8:00 pagi,
12:00 tengah hari dan 5:00 petang di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza. Setiap stesen
mempunyai sela jarak lebih kurang 20 meter.

970507-03-6158

5.1 Pola Perbezaan Suhu Mengikut Stesen

5.1.1 Peta Lokasi Yang Dilakukan Mengikut 10 Stesen Cerapan Yang Berbeza.
U

Petunjuk:

970507-03-6158

5.1.2 Proses Pengukuran Disertakan Foto
Pengkaji bersama rakan sekumpulan yang lain telah mengambil bacaan suhu di stesen
yang telah ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Alat yang digunakan untuk
menyukat suhu ialah dengan menggunakan termometer.


Gambar 2: Pengkaji bersama rakan sekumpulan sedang mengambil bacaan suhu dengan
menggunakkan alat penyukat suhu iaitu termometer.
Suhu yang diambil telah dicatat dalam jadual yang disediakan. Bacaan suhu dimulakan di
kawasan yang mempunyai kurang litupan tumbuhan dan berakhir di kawasan hutan. Melalui
pemerhatian yang telah dibuat, didapati bahawa kawasan pinggir hutan mempunyai suhu
yang lebih tinggi berbanding dengan suhu di dalam kawasan hutan.

970507-03-6158

Jadual 1: Perbezaan Suhu Mengikut Stesen dan Masa di Hutan Lipur Jeram Linang, Pasir
Puteh, Kelantan.
Suhu ( C)

Stesen

Masa

1

2


3

4

5

6

7

8

9

10

Pagi

28.0


27.0

26.5

26.5

26.5

25.5

25.0

25.0

25.0

24.5

Tengah hari


30.5

30.5

30.0

29.0

28.0

27.0

26.5

26.5

26.5

26.0

Petang

31.0

29.5

29.5

29.0

28.0

27.8

27.5

27.0

30.0

28.0

Graf 1: Pola Perubahan Suhu di 10 Stesen di Hutan Lipur Jeram Linang.

Pola Perubahan Suhu di 10 Stesen di Hutan Lipur Jeram Linang
35

30

25
Pagi
Tengah hari
Petang

Suhu ( C)

20

15

10

5

0
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

970507-03-6158

5.2 Hubungan Antara Suhu Dengan Jarak dan Suhu Dengan Masa di Kawasan Kajian
(a) Suhu Dengan Jarak
Berdasarkan analisa yang telah dibuat, suhu mula menurun apabila bacaan dilakukan
di dalam hutan. Hal ini membuktikan bahawa litupan tumbuhan yang ada dikawasan tersebut
dapat menyederhanakan suhu setempat. Lapisan hutannya yang malar hijau dan mempunyai
empat lapisan meyebabkan suhu dikawasan tersebut kekal sejuk dan nyaman. Proses
fotosintesis juga akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan, semakin jauh ke dalam hutan,
semakin sejuk suhu sekitar. Berdasarkan graf yang telah dibina, terbukti bahawa suhu
bermula tinggi di stesen pertama dan menurun pada hampir setiap stesen. Ini kerana, pada
stesen akhir adalah merupakan kawasan hutan tebal berbanding di kawasan pinggir hutan.
(b) Suhu Dengan Masa
Selain itu, masa turut memainkan peranan yang penting. Suhu pada waktu pagi dan
tengah hari adalah berbeeza. Suhu pada waktu pagi adalah lebih sejuk berbanding dengan
suhu pada waktu tengah hari. Pada waktu petang, suhu agak rendah kerana factor hujan
renyai- renyai yang turun. Hal ini juga akan mempengaruhi bacaan suhu di kawasan sekitar.
Pancaran matahari yang tidak tertalu terik pada waktu pagi dan petang juga menyebabkan
suhu menjadi lebih rendah pada waktu tersebut. Pada graf, terbukti bahawa suhu pada waktu
pagi adalah lebih rendah berbanding dengan suhu pada waktu tengah hari.

5.3 Peranan Tumbuhan Terhadap Suhu
5.3.1 Menyederhanakan Suhu
Hutan dapat menyederhanakan suhu sekitar. Hal ini kerana, kelembapan udara yang
tinggi di kawasan hutan yang tebal membolehkan suhu persekitaran juga adalah sederhana,
iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Udara yang nyaman di kawasan hutan dapat
menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian sepsis fauna dan flora yang hidup,
membesar dan membiak. Jika dibandingkan dengan kawasan pinggir hutan atau kawasan
lapang dan kawasan bandar, suhu harian di kawasan tersebut adalah lebih tinggi berbanding
dengan di kawasan pinggir hutan.

970507-03-6158

5.3.2 Menapis Bahangan
Selain itu, Hutan Hujan Tropika mempunyai empat lapisan kanopi pokok iaitu lapisan
emergen, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lantai hutan. Lapisan kanopi ini berjuan untuk
menghalang cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan. Hal ini bermakna, cahaya matahari
yang kurang di kawasan lantai hutan menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk dan nyaman.
Lapisan kanopi pokok akan menapis bahangan matahari supaya tidak terus sampai ke lantai
hutan. Keadaan ini akan menyebabakan kawasan hutan yang tebal sentiasa redup dan
nyaman.
5.3.3 Meningkatkan Kelembapan ( Proses Sejatpeluhan)
Hutan tebal dengan liupan daun yang lebat dan padat serta mendapat cahaya matahari
yang cukup di kawasan atas kanopi juga akan menyebabkan proses perpeluhan atau
transpirasi berlanjalan dengan baik.lebih banyak wap-wap air akan dibebaskan ke udara di
kawasan tersebut. Wap-wap air ini pula tidak akan terus tersejat ke ruang atmosfera
sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal. Oleh sebab itu, kelembapan
udara di kawasan hutan tebal adalah sentiasa tinggi dan berkekalan sepanjang tahun.

Gambar 3: Antara tumbuhan yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang.

970507-03-6158

5.4 Kepentingan Hutan Terhadap Alam Sekitar Fizikal
(a) Proses Hidrologi
Hutan Hujan Tropika mempunyai akar banir yang dapat memberi sokongan pada
pokok tersebut. Selain itu, akar banir jugan berfungsi untu kmenyekat pergerakan larian air
permukaan secara mendatar dan mengurangkan halaju seterusnya akan terus meresap ke
dalam tanah. Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang 10
meter tingginya. Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok
herba kecil didadati di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana
kurang mendapat cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan di kawasn lantai hutan juga berfungsi
untuk memperlahankan air larian permukaan di kawasan tersebut. Hutan Hujan Tropika yang
berlapis-lapis dan berkanopi tebal akan menyebabkan hutan ini boleh melakukan proses
cegaran silara yang baik untuk menapis dan menampan air hujan daripada menimpa secara
langsung ke atas permukaan cerun. Kesannya, titisan hujan akan menimpa cerun dengan
kadar yang perlahan dan cenderung untuk meresap ke dalam tanah daripada mengalir di
permukaan. Kadar supannya tinggi sekaligus mengurangkan kadar larian air permukaan.

Gambar 4: Pokok yang berakar banir yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Jeram
Linang.

970507-03-6158

(b) Proses Geomorfologi
Hutan juga penting kepada proses geomorfologi. Secara umumnya, pergerakan ini
disebabkan tarikan graviti, aliran air hujan atau air dari salji yang mencair. Pergerakan jisim
ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu pergerakan jisim lambat dan
pergerakan jisim cepat.

Liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan

percikan atau hempasan air hujan. Hutan juga dapat mengurangkan kadar hakisan larian air
permukaan melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara. Di kawasn hutan tebal, halaju
seperti titisan air hujan yang menimpan lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara
pokok yang berlapis-lapis. Kesannya air hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah
berbanding dengan yang mengalir di permukaan. Akar banir pokok yang timbul di
permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian air permukaan. Keadaan
ini akan membolehkan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil.
(c ) Proses Ekologi (Habitat Flora dan Fauna)
Hutan juga berfungsi sebagai habitat kepada kepelbagaian sepsis. Hutan kaya dengan
kepelbagaian sepsis flora dan fauna. Haiwan yang tinggal di dalam hutan dapat hidup,
membesar dan membiak dengan sempurna di dalam kawasan ekosistem hutan yang stabil
tanpa diganggu oleh manusia. Hutan menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk
lingkungan populasi dan meneruskan generasinya. Haiwa hidup, bersaing dan membesar
dengan seimbang dengan sumber makanan yang ada di dalam hutan tersebut. Hutan menjadi
habitat bahari bagi penghujrahan haiwan yang terjejas kerana kemusnahan habitat lama.
Hutan juga merupakan kawasan ekosistem bagi sesebuah rantai makanan. Hutan berfungsi
sebagai pengeluar makanan. Seterusnya kepada pengguna primer (herbivore), sekunder
(karnivor) dan tertier (omniver) sebagai sumber makanannya.

970507-03-6158

Gambar 5: Antara haiwan yang tinggal dalam Hutan Lipur Jeram Linang

970507-03-6158

6.0 KESIMPULAN KAJIAN
Kesimpulannya, pola suhu di setiap stesen adalah tidak berbeza kerana semakin jauh
ke dalam hutan, suhu akan menjadi semakin sejuk. Jarak dan masa juga mempengaruhi
suhu kerana, semakin jauh ke dalam hutan, suhu akan menjadi semakin rendah. Pada
waktu pagi pula, suhu yang telah dicatatkan di Hutan Lipur Jeram Linang adalah yang
paling rendah. Hal ini kerana, faktor kurangnya sinaran matahari pada waktu pagi
menyebabkan suhu setempat lebih sejuk. Hutan memainkan peranan penting sama ada
untuk mengekalakan suhu setempat atau juga sebagai habitat semulajadi flora dan fauna.
Pengkaji bersama rakan sekumpulan lain telah berusaha sedaya upaya dan
bekerjasama sepanjang menjalankan kerja projek ini. Unsur-usur cintakan alam sekitar
dan bekerjasama dalam pasukan sedaya upaya cuba kami terapkan sepanjang berada di
kawasan kajian.

7.0 SENARAI RUJUKAN
7.1.1 Rujukan Buku
 Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2015. Teks Pra-U STPM Geografi
Penggal 3. Petaling Jaya: Sasbadi SDN. BHD.


Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2016. Teks Pra-U STPM Geografi
Penggal 2. Petaling Jaya: Sasbadi SDN. BHD.

970507-03-6158

7.1.2 Rujukan Portal Rasmi Kerajaan
 Portal Rasmi Maljis Daerah Pasir Puteh. 2016. Jeram Linang.
7.1.3 Rujukan Internet
 Blogger Team.2004. Electronic sources: Hutan Hujan Tropika.
http://bloggeof1k1hk1j.blogspot.com/p/hutan-hujan-tropika.html [ 4 Ogos 2016].


8.0

Sugeng Baik Hati dan Suka Menabung. 2010. Electronic source. Proses
Geomorfologi.
http://smartgeografi.blogspot.com/2015/12/proses-geomorfologi.html
[4 Ogos 2016].

LAMPIRAN

Gambar 6: Laluan untuk ke
puncak di Hutan Lipur Jeram
Linang.
Gambar 7: Kawasan air
terjun di Hutan Lipur Jeram
Linang.

970507-03-6158

Gambar 8: Pengkaji berada di kawasan Hutan Lipur Jeram Linang.

Gambar 9: Kawasan pengunjungg bermandi manda di Hutan Lipur Jeram Linang.