PERMASALAHAN IBU TUNGGAL DALAM MELAKSANA

PERMASALAHAN IBU TUNGGAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
PENDIDIKAN ANAK-ANAK : SATU KAJIAN KAWASAN SURA, DUNGUN, TERENGGANNU
Mohd Ismail Mustari
Robiah Ya'akob
Syarifah @ Noriana Chik
Kamarul Azmi Jasmi
Ahmad Kilani Mohamed

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor

Suggested Citation:
Mustari, M. I., Ya’kob, R., Chik, S. N., Jasmi, K. A., & Mohamed, A. K. (2004).
Permasalahan Ibu Tunggal dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak:
Satu Kajian Kawasan Sura, Dungun, Terenggannu in Seminar Pembangunan Keluarga
Kebangsaan 2004 at Main Hall, Faculty of Education, Universiti Malaya, on 29-30, Mei
2004 , pp 1-6.
Abstrak
Dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini, setiap yang berlaku iru semuanya menurut suratan sejak
azali lagi. Tidak semua harapan dan perancangan yang kita impikan akan kesampaian. Kehidupan sebagai
ibu runggal bukanlah semudah yang disangkakan bak kata madah "tidak selembut tiupan bayu dan tidak
semudah aliran air". Pelbagai liku kehidupan yang beronak duri perlu ditempuhi dalam perjuangan membesarkan anak-anak yang mana semua itu tidak mungkin mampu untuk diharungi tanpa adanya kekentalan

dan kesabaran yang menggunung di hati. Tiada siapa yang ingin bersendirian menghadapi susah senang
menguruskan rumah tangga dan anak-anak terutama sekali pada zaman yang penuh dengan seribu macam
dugaan dan cubaan ini.

PERMASALAHAN IBU TUNGGAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
PENDIDIKAN ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KAWASAN SURA, DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN*
Mohd Ismail Mustari,
Robiah Ya'akob,
Syarifah @ Noriana Chik,
Kamarul Azmi Jasmi
Ahmad Kilani Mohamed
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
PENGENALAN
Dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini, setiap yang berlaku iru semuanya menurut
suratan sejak azali lagi. Tidak semua harapan dan perancangan yang kita impikan akan
kesampaian. Kehidupan sebagai ibu runggal bukanlah semudah yang disangkakan bak kata
madah "tidak selembut tiupan bayu dan tidak semudah aliran air". Pelbagai liku kehidupan yang
beronak duri perlu ditempuhi dalam perjuangan mem-besarkan anak-anak yang mana semua itu

tidak mungkin mampu untuk diharungi tanpa adanya kekentalan dan kesabaran yang
menggunung di hati. Tiada siapa yang ingin bersendirian menghadapi susah senang
menguruskan rumah tangga dan anak-anak terutama sekali pada zaman yang penuh dengan
seribu macam dugaan dan cubaan ini.
Pelbagai rintihan dan peristiwa yang sering bermain di benak fikiran ibu tunggal sehingga
ada di antara mereka merasakan dunia ini sudah gelap dan tidak mampu lagi untuknya
sekeluarga mengharungi hidup sepertimana keluarga asas yang mempunyai ibu, bapa dan anakanak. Menurut Prof. Dr. Datin Rohaty Mohd Majzub, "Kebanyakan wanita yang ditinggalkan
suami dan masih mempunyai anak kecil, maka aras pergantungan yang tinggi kepada ibu bapa
tentu akan memilih tinggal dengan keluarga mereka kerana berasa yakin anaknya akan
terpelihara dengan selamat". Sementara itu, Sulaiman Endut (Allahyarham), bekas Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga JAKIM, berkata, "biarpun ibu tunggal mempunyai hak
membuat pilihan dalam menentukan hidup mereka dan anak-anak selepas kematian atau
bercerai, namun peranan keluarga sebagai sebahagian daripada hidup mereka tidak seharusnya
dilupakan begitu sahaja" (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2002).
Timbalan Dekan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar UIAM turut mengakui bahawa
wanita yang menjadi janda terutama akibat perceraian, sering dipandang sinis dengan pelbagai
tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka majalah Al-Islam, Ogos 1997). Janda, balu atau
ibu tunggal sering terpinggir dan mendapat label yang tidak baik dalam kalangan masyarakat.
Mereka sering dipandang serong oleh masyarakat. Setiap langkah dan gerak-geri mereka sering
diragui atau dipertikaikan. Seharusnya golongan istimewa yang lemah dan serba kekurangan ini

perlu diberi sokongan yang sewajarnya daripada pelbagai pihak sama ada keluarga, saudara-mara,
badan-badan kebajikan dan juga masyarakat sekeliling. Sokongan ini harus dititikberatkan untuk
memberi semangat serta mengurangkan dilema yang dihadapi oleh golongan yang bergelar ibu
tunggal.
Masyarakat umum menganggap keluarga ibu tunggal sebagai keluarga pincang kerana ia
tidak mampu berfungsi sebagai keluarga asas yang dianggap oleh masyarakat sebagai keluarga
*

Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004 pada 29-30, Mei 2004,
anjuran Pusat Pembangunan Keluarga UM (UMCFD), UM.

utuh yang bahagia. Keluarga ibu tunggal dikatakan pincang kerana ibu amat sibuk menjalani
tugas sebagai ibu dan juga bapa untuk anak-anaknya. Oleh itu, tugas-tugasnya dalam keluarga
tidak dapat disempurnakan dengan baik. Beban tugas yang disandang begitu besar sekiranya
anak-anaknya ramai dan pendapatan keluarga yang rendah. Keluarga ibu tunggal mempunyai
tarafsosial yang negatif. Lazimnya masyarakat prejudis atau berprasangka buruk dan menganggap
bahawa keluarga ibu tunggal yang diketuai oleh janda atau balu, tidak dapat berfungsi dengan
baik dan sempurna seperti keluarga asas.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal

dan peranan yang perlu dipikul dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan kepada anakanak. Di samping itu, kajian ini meninjau hubungan demografi responden dengan permasalahan dan peranan yang dipikul.
DEFINISI IBU TUNGGAL
Menurut Kamus Dewan (2000: 475), ibu ditakrifkan sebagai seorang yang melahirkan kita atau
emak atau panggilan hormat kepada wanita yang sudah bersuami. Manakala perkataan tunggal
bermaksud satu-satu atau tidak ada yang lain (2000:1493). Oleh itu, rangkai kata ibu tunggal
walaupun tidak terdapat dalam Kamus Dewan secara khusus, namun ia boleh difahami sebagai
wanita yang berperanan menjaga, memelihara anak-anak seorang diri tanpa seorang lelaki di
sampingnya untuk bersama membina rumah tangga. Manakala dalam bahasa Arab, perkataan
ayyim digunakan untuk orang yang ketiadaan suami atau isteri. Tetapi di sini, Rasulullah s.a.w
menggunakan khusus untuk janda (Akhlaq Husain, 1987: 92).
Rohaty Mohd Majzud (1999: 1), menyatakan bahawa lazimnya seorang ibu tunggal
boleh ditafsirkan sebagai ibu tunggal apabila seorang wanita itu telah kematian suami dan
terpaksa meneruskan tugas membesarkan anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai
dengan suaminya dan telah diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang wanita
yang digantung tidak bertali kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan
anak-anaknya ataupun seorang wanita dalam proses perceraian (yang mungkin akan mengambil
masa yang panjang) dan anak-anaknya masih berada di bawah jagaannya pada waktu ini.
Menurut Rohaty Mohd Majzud lagi, di samping definisi di atas, beliau menyatakan bahawa
seseorang ibu juga boleh dianggap sebagai ibu tunggal jika suaminya tinggal berasingan dan tidak
boleh memainkan peranan aktif sebagai bapa dalam keluarga atau suaminya uzur, bukan sahaja

tidak boleh membantu membesarkan anak-anak tetapi memerlukan penjagaan rapi ataupun
seseorang ibu itu diberi tugas membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami. Definisidefinisi ibu tunggal yang diberikan di atas lazim dipakai di Malaysia dan kesemuanya melibatkan
wanita-wanita yang telah berkahwin.
Menurut Dodson (1978) yang dipetik daripada buku Masaiah Remaja daripada Keluarga
Ibu Tunggal karangan Sufean Hussin dan Che Zainon Omar (2002: 31) telah menyatakan
bahawa keluarga ibu tunggal ialah sebuah keluarga yang wujud akibat pembubaran ikatan
perkahwinan antara suami dan isteri sama ada melalui cara perceraian sah atau Maksudnya:

šχθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ Ï™!$|¡ÏiΨ=Ï9uρ tβθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%y`Ìh=Ïj9
∩∠∪ $ZÊρãø¨Β $Y7ŠÅÁtΡ 4 uèYx. ÷ρr& çµ÷ΖÏΒ ¨≅s% $£ϑÏΒ

Maksud: "Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat dan
orang -orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat
sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah
diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)".
(Surah al-Nisa', 4:7)
Kedudukan janda atau balu pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat tidak seperti
apa yang ada pada hari ini. Mereka tidak begitu menghadapi masalah kewangan dan juga
masalah sosial, tidak wujud langsung prasangka buruk atau pandangan serong masyarakat
terhadap ibu tunggal kerana sikap ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada golongan

yang tidak berdosa. Islam melarang keras seseorang yang berprasangka buruk terhadap sesama
manusia. Firman Allah S.W.T:

=tGøótƒ Ÿωuρ (#θÝ¡¡¡pgrB Ÿωuρ ( ÒΟøOÎ) Çd⎯©à9$# uÙ÷èt/ χÎ) Çd⎯©à9$# z⎯ÏiΒ #ZÏWx. (#θç7Ï⊥tGô_$# (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ
©!$# ¨βÎ) 4 ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 çνθßϑçF÷δÌs3sù $\GøŠtΒ ÏµŠÅzr& zΝóss9 Ÿ≅à2ù'tƒ βr& óΟà2߉tnr& =Ïtä†r& 4 $³Ò÷èt/ Νä3àÒ÷è−/
∩⊇⊄∪ ×Λ⎧Ïm§‘ Ò>#§θs?
Maksudrtya: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah sesetengah daripada kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang
daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-Hujurat 49: 12)
Masalah kewangan dan masalah berhadapan dengan penerimaan masyarakat pada zaman
Rasulullah dahulu tidak timbul dalam kalangan ibu tunggal kerana mereka dijaga oleh etika dan
adat Islam yang sebenar. Tambahan pula, masyarakat dahulu mendalami ajaran Islam dengan
sepenuh hati mereka. Masalah kewangan diselesaikan dengan bantuan yang telah diberikan oleh
Baitulmal. Dalam sirah Rasulullah s.a.w sendiri, kesemua isteri baginda terdiri daripada janda
dan balu kecuali Siti Aisyah. Begitu juga dengan para sahabat, kebanyakan daripada mereka

mengahwini janda dan balu yang kematian suami di medan jihad. Perkahwinan ini sebagai satu
bentuk perlindungan kepada golongan ibu tunggal. Contohnya, satu perkara yang dilakukan
oleh Sirt Aisyah ialah beliau sanggup mengajak Hafsah berkongsi suami dengannya kerana
Hafsah telah kematian suami. Ini merupakan satu pengorbanan yang cukup besar yang harus
diteladani oleh masyarakat sekarang.
Kesimpulannya, Islam tidak memandang rendah kepada golongan ibu tunggal. Islam
memberi hak-hak yang seadilnya kepada golongan ini bagi mengelakkan mereka berada dalam
keadaan tertekan dan ditindas. Semua makhluk di bumi ini adalah sama di sisi Allah. Hanya
iman dan takwa sahaja yang membezakan darjat antara manusia.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Daripada 60 soal selidik yang diedarkan hanya 50 sahaja lengkap untuk dianalisis. Soal selidik ini
dibahagikan kepada tiga pecahan. Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagian B

berkaitan masalah yang dihadapi ibu tunggal dan bahagian C menyentuh persoalan peranan yang
dipikul oleh ibu tunggal dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.
Perubahan 5 Poin Skala Lirket kepada 3 peringkat
Skala 5 Poin

Skala 3 Poin


Tahap

1.00 - 2.33

1

Rendah

2.34 - 3.67
3.68 - 5.00

2
3

Sederhana
Tinggi

Pecahan sampel yang merangkumi item umur, tempoh menjadi ibu tunggal, punca,
pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan bilangan anak dapat ditinjau menerusi Jadual 3.1.
ANALISIS TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PERMASALAHAN YANG PERLU

DIPIKUL OLEH IBU TUNGGAL
Daripada data yang diperoleh, paras purata min ialah 2.85 di tahap sederhana. Bagi item 1
berkenaan "pendapatan yang diperoleh tidak men-cukupi untuk menampung keperluan asas
kehidupan" minnya ialah 2.62. Ini menunjukkan bahawa pendapatan yang diperoleh ibu tunggal
tidak mencukupi untuk menampung hidup. Item 3 dan 4 mempunyai perkaitan perlu
dipelbagaikan modal bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan.
(b) Pihak JKM juga disarankan agar sentiasa prihatin dan peka terhadap jumlah sebenar
golongan ini serta permasalahan yang dihadapi mereka.
3. Ketua Kampung
(a) Ketua kampung perlu memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan penderitaan
yang ditanggung mereka dengan mengadakan gotong-royong khusus untuk golongan ibu
tunggal, ceramah kesedaran kemasyarakatan bagi penduduk, dan program-program yang dapat
menghilangkan tembok pemisah antara keluarga ibu tunggal dengan masyarakat sekitar.
4. IbuTunggal
(a) Sentiasa bersedia mengubah cara hidup ke arah yang lebih produktif, berani, tabah dan
sanggup menghadapi segala cabaran dengan semangat yang positif.
(b) Gunakan persatuan sebagai tempat untuk mendapat informasi, motivasi serta
menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan sesama ibu tunggal dan persatuan.
5. Masyarakat
(a) Masyarakat juga perlu melihat perspektif yang positif terhadap ibu tunggal. Ketahuilah

bahawa kewujudan ibu tunggal itu bukan satu kesalahan tetapi ia satu pilihan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, masyarakat harus mengiktiraf
sumbangan ibu tunggal terhadap pembangunan ekonomi dan sosial kerana mereka juga bekerja
dan menjaga serta membesarkan anak-anak yang akan menjadi tonggak negara pada masa akan
datang.
6. Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian ini merupakan satu kajian awal dan hanya menyentuh kepada objektif yang sangat
terbatas. Tumpuan dan skop kajian adalah di peringkat yang rendah. Masih banyak perkara yang
perlu diambil perhatian terhadap permasalahan ibu tunggal ini. Antaranya ialah:

(a) Kajian yang selanjutnya dicadangkan supaya mencari masalah yang lebih luas seperti hak-hak
ibu tunggal, konflik yang dihadapi antara anak-anak dengan ibu tunggal dan sebagainya.
(b) Saiz sampel kajian adalah kecil iaitu (n = 50). Oleh itu, kajian selanjutnya mestilah
melibatkan lebih ramai sampel supaya satu rumusan dapat dibuat.
(c) Masa kajian juga haruslah dipanjangkan lagi agar hasil yang diperoleh akan lebih berkesan
dan memuaskan.
(d) Penggunaan kaedah-kaedah lain yang lebih berkesan seperti kaedah pemerhatian dan soal
selidik yang lebih sistematik agar dapatan kajian yang diperoleh lebih jiru dan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
PENUTUP

Ibu tunggal adalah insan yang berhadapan dengan ujian getir kerana terpaksa memikul dua
tanggungjawab dalam satu masa. Namun, apa yang mengagumkan, ibu tunggal mempunyai
semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, dedikasi dalam mendidik keluarga
dengan sempurna dan ada kalanya berjaya daripada keluarga yang diketuai oleh ibu bapa.
Ibu tunggal terpaksa menghadapi dua cabaran besar. Pertamanya, mereka mengalami reaksi
emosi selepas perpisahan, saraan hidup, per-kembangan sosial dan sebagainya. Keduanya, ibu
tunggal dapat meningkat-kan kemahiran mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya
dalam pelajaran serta mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi. Di samping itu, pendidikan
Islam merupakan perkara utama yang perlu diberikan kepada anak-anak sebelum mereka
memahami perkara lain. Kebijaksanaan ibu tunggal dalam mendidik anak-anak mereka secara
psikologi amat penting kerana mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan mudah
terpengaruh. Penekanan kepada pendidikan akhlak juga penting dalam diri anak-anak bagi
mengelakkan mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, mencuri,
bergaduh dan sebagainya. Ibu tunggal juga merupakan insan yang perlu diberikan kedudukan
yang sewajarnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Masyarakat hendaklah
memberi perhatian kepada mereka untuk mengembalikannya ke arah yang lebih positif.
Kedudukan dan status mereka sebagai ibu tunggal merupakan ketentuan Ilahi yang perlu
diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
RUJUKAN
Akhlaq Husain, 1987. Ibu Bapa Muslim. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran.
Chai Sen Tyang, Jayaletchumi Mottan dan Tengku Aizan Hamid, 2002. Keluarga Induk
Tunggal: Penekanankepada Cabaran Keluarga Ibu Tunggal.Serdang:Universiti Putra Malaysia.
Che Zainon Yusof, 1995. Penyelewengan Wanita MenurutPandangan Islam. Selangor Pustaka
llmi.
Dodson, F., 1978. How ToDispline With Love. United States of America: Signet Printing.
Hamid A. Khalik A. Hamid, 1990. MembimbingAnakkeJalan Allah. Kuala Lumpur: Pustaka alMizan.
Hardy dan Crow, 1989. Lone Parenthood, Coping With Contraints And Making Oppertunittes.
Harvester Wheatsheaf. Hassan Langgulung, 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haya Mubarak al-Barik, 1999. Ensiklopedia WanitaMuslimah. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.
Bhd.
Ismail Kamus, 1994. Penman, Hak dan Tanggungja wab Suami Isteri Dalam
PembentukanKeluarga Islam. Kuala Lumpur. Pusat Islam.
Joyce M. Hawkins, 1991. Kamus Dwibahasa Oxford. Kuala Lumpur: Fajar Baku" Sdn.Bhd.
Khadijah Shaleh, 1993. Hak dan Kewajipan Wanita dalam Islam. Kuala Lumpur Darul Fikh.

Mohammad Najib Abdul Ghafar, 1999. Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Ainun Ibrahim, 1997. "Ibu Tunggal dari Segi Pendidikan Anak-anak". Satu
Kajian Khusus di Wilayah Persekutuan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda.
Noritah Sulaiman, 1997. "Martabat Janda" dim. Al-lslam. Ogos 1997, him. 10-12.
Radina Musa, 2000. "Cabaran SosioEkonomi Kepada Ibu Tunggal dalam Masyarakat Peneroka.
Satu Kajian di Ketengah Jaya, Terengganu. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda.
Rohaty Mohd Majzud dan Muhammad Rais Abdul Karim, 1999. Ibu Tunggal Menelusuri
Rintangan Hidup dengan Keyakinan. Selangor: Pelanduk Publications.
Rosmiza Omar, 1997. "Ibu Tunggal Muslim, Konflik dan Penyelesaian". Satu Kajian Di
Wilayah Persekutuan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda.
Sandra Anderson, 1998. Junior KBSM Dictionary. Kuala Lumpur: Federal Publications
Chambers.
Sheikh Abdullah Basmeih, 1995. TafsirPimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian AlQuran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Sufean Hussin dan Che Zainon Omar, 2002. Masalah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal.
Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn. Bhd. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.