ISI KANDUNGAN

4.6 Kesepaduan Kokurikulum

Asas sokongan lain untuk menjayakan proses pembinaan negara bangsa adalah melalui ko-kurikulum di sekolah. Ko-kurikulum ini memerlukan penglibatan murid- murid dalam kegiatan berkumpulan. Perkara ini telah memberi peluang baik kepada murid-murid untuk bargaul membuat kerja-kerja berkumpulan. Dengan itu, ko- kurikulum ini dianggap sebagai asas sokongan penting ke arah matlamat perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbilang kaum dan lapisan masyarakat. Melalui perpaduan inilah dapat mencapai matlamat bagi membina negara bangsa.

Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan telah menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan menghormati. Selain itu, kegiatan seperti pergerakan persatuan dapat memberi pengalaman yang boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, kegiatan ini melibatkan penyertaan murid beramai-ramai dan ini merupakan satu cara yang sesuai untuk memupuk semangat kekitaan antara murid-murid yang berlainan latar belakang serta cara hidup yang berbeza. Matlamat penubuhan persatuan adalah sangat baik kerana dapat menggalakkan murid-murid berkenalan sesama sendiri. Oleh itu, kegiatan tersebut telah menyumbang kepada kejayaan proses pembinaan negara bangsa. Aspek kokurikulum ini juga telah termaktub dalam strategi pelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana aspek kokurikulum antara pelajar telah ditekankan.

Sehingga ke hari ini, beberapa penambahbaikan telah dilakukan terhadap aspek ini. Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 telah dipersetujui secara bersama oleh Jemaah Menteri. Aktiviti kokurikulum ini juga telah dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi

pengajian tinggi awam mulai 2006 48 Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius setiap aspek yang perlu ditekankan di dalam pendidikan di

Malaysia. Walaupun aspek kokurikulum bukan merupakan agenda utama dalam falsafah pendidikan kebangsaan, namun aspek ini dilihat sebagai aspek sampingan yang akan mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia bagi pembinaan satu identiti Malaysia.

48 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

4.7 Peningkatan Kemudahan Pendidikan

Sejak tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Keadaan ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun

berikutnya. 49 Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke

Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka dan prihatin kepada perubahan yang berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan menghasilkan modal insan beracuan sendiri. Kerjasama antara KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru juga dapat dilihat di mana penambahbaikan norma perjawatan telah berlaku.

Selain itu, Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan

50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh. Guru adalah suatu pendorong kepada murid di sekolah dan sekaligus bertindak sebagai tenaga pengajar yang akan memikul tanggungjawab yang besar, terutamanya dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan berkesan. Oleh itu, kerajaan Malaysia komited terhadap penaiktarafan kualiti guru-guru di Malaysia. Malah sejak tahun 2006 lagi,

49 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 49 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Malah, kemudahan dari aspek pendidikan juga dilanjutkan kepada beberapa program-program bimbingan bagi membantu pelajar dari pelbagai aspek. Program Bimbingan dan Kaunseling telah diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 adalah menjadi salah satu penambahbaikan yang baik buat kemudahan semua pelajar. Pemberian Bantuan One- Off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002- 2003 bagi pelaksanaan Pendidikan Wajib Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2004 juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pelajaran dengan sempurna.

Namun begitu, terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan lagi seperti penyediaan bekalan elektrik yang belum mencukupi, penyediaan bekalan air bersih belum disediakan sepenuhnya dan juga penyediaan bilik darjah yang masih belum mencukupi. Malah terdapat bangunan sekolah lama yang telah melebih tempoh 30 tahun memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, kemudahan bilik makmal sains dan sebagainya. Namun begitu, usaha kerajaan dalam mewujudkan beberapa kemudahan kepada pelajar adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan kualiti pelajaran itu sendiri. Penambahbaikan kemudahan-kemudahan di sekolah-sekolah akhirnya akan dapat melenyapkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Malah, sekolah-sekolah yang bukan daripada aliran kebangsaan juga menerima kemudahan yang sama. Oleh itu, kesamarataan yang cuba diwujudkan dan diteruskan oleh kerajaan Malaysia ini adalah salah satu usaha positif ke arah pembentukan negara bangsa melalui Dasar Pendidikan Malaysia. Malaysia masih meneruskan strategi untuk menyatupadukan masyarakat melalui sistem persekolahan yang sama, bahasa pengantar yang sama, peperiksaan yang sama, kurikulum yang seragam dan

meningkatkan infrastruktur pendidikan. 51

50 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

51 Mokhtar Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan , Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 152

4.8 Peningkatan Taraf Universiti di Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi juga adalah salah satu cabang pendidikan yang juga mampu melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia. Hal ini kerana, setiap institusi ini sehingga ke hari ini masih melibatkan semua kaum di Malaysia, sama ada di Semenanjung atau di Sabah Sarawak. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa penyertaan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama adalah lebih besar berbanding pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem pendidikan tinggi di Malaysia dalam usaha untuk pembinaan pendidikan berkelas dunia, selain mewujudkan dasar pendidikan yang mampan dan melahirkan graduan yang mampu

menyumbang kepada pembangunan negara melalui pekerjaan. 52 Oleh itu, sistem pendidikan universiti memerlukan perspektif antarabangsa dalam semua aspek

operasinya bagi membolehkannya mendapatkan pengiktirafan antarabangsa malah penawaran kursus ini sendiri seharusnya mempunyai nilai pasaran bagi bakal

graduan. 53 Hal ini kerana, peranan universiti kini adalah lebih sukar dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan kepada graduan yang dilahirkan dengan pengekalan

peranannya sebagai gedung ilmu yang penting dalam pembinaan negara bangsa. 54 Oleh itu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi atau peningkatan taraf

pendidikan ini telah berperanan sebagai institusi yang membekalkan ilmu, penghasilan modal insan, pembinaan negara bangsa dan juga penjana ekonomi negara. Penjanaan ekonomi negara melalui pendidikan telah di dasarkan dalam Rancangan Malaysia Ksepuluh (2011-2015) di mana pendidikan telah diletakkan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dapat meningkatkan prestasi pelajar,

berkemahiran tinggi dan mampu melonjakkan negara ke arah status negara maju. 55 Penggubalan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara juga merupakan salah satu

52 Economic Planning Unit Prime Minister’s Department, Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World-Class Higher Education System , Human Development Sector Reports East

Asia and the Pacific Region The World Bank, 2007.

53 Norain Mat Lazim, Nooriah Yusof, Universiti, Pembangunan Modal Insan Dan Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi Di Malaysia: Suatu Ulasan Kritis, 2012, Journal Of Social

Sciences and Humanities , 7 (2): 308-327

54 Ibid.

55 Kerajaan Malaysia, Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 –2015, 2010, Kuala Lumpur, Unit Perancang Ekonomi.

modal insan untuk memartabatkannya di peringkat antarabangsa. 56

platform untuk

mempertingkatkan pembangunan

Berpandukan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam jangka masa 2006 hingga 2010, teras pertama dalam pelan ini adalah dalam pembinaan negara bangsa melalui pendidikan. Pembangunan negara bangsa yang berlaku di universiti adalah bermula daripada awal persekolahan di mana usaha untuk membangunkan warganegara dengan ciri patriotik dan menjunjung warisan budaya

serta kesenian bangsa. 57 Pelaksanaan negara bangsa adalah merujuk kepada perkongsian identiti di mana cabaran terbesar adalah melalui bahasa pengantar. Jika di

sekolah, penggunaan bahasa pengantar bahasa Melayu adalah didasarkan oleh kerajaan Malaysia, namun di universiti cabaran yang nyata dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan ini berlaku di sebabkan perbezaan antara universiti awam dan swasta serta penggunaan bahasa Inggeris adalah menjadi salah satu nilai pengantarabangsaan sesebuah universiti. Walau bagaimanapun, beberapa startegi telah digerakkan bagi menghadapi masalah berkaitan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti iaitu melalui usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti seperti kegiatan penterjemahan, pembinaan istilah dan penerbitan

buku-buku ilmiah. 58 Oleh itu, pendidikan tinggi di Malaysia sememangnya salah satu pemangkin

kepada wujudnya satu identiti Malaysia melalui program-program ilmiah, program kesukanan, subjek wajib universiti seperti kursus-kursus umum. Meskipun matlamat penawaran kursus- kursus bertaraf umum di universiti adalah untuk pendidikan, namun matlamat akhir kursus-kursus ini boleh disimpulkan menjurus kepada matlamat penting iaitu pembinaan negara bangsa dan pembinaan kemahiran umum kepada bakal graduan untuk menjamin kemajuan kepada negara.

56 Kerajaan Malaysia, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Perletakan Asas Melagkaui 2020 , Kementerian Pengajian Tinggi, 2004.

57 Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Panitia Diklat Mahajemen Guru Internasional, 2008.

58 Salleh Abdul Rashid, Shuhairimi Abdullah, Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis, 2015, Journal of Human Development and

Communication (4): 125-134.

5.0 KESIMPULAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Malaysia masih lagi sebuah negara bangsa yang muda berbanding dengan negara-negara bangsa lain seperti England, Perancis, mahupun Jerman. Namun, perkara ini tidak menghalang kita untuk terus membina negara bangsa kita sendiri. Meskipun terdapat halangan yang pelbagai dalam proses ini kita tidak boleh terus mengalah. Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia. Aspek pendidikan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana sekiranya pendidikan diketepikan maka impak yang buruk akan melanda negara kita. Dasar-dasar British sebelum kemerdekaan negara ini ternyata menyumbang kepada ketidakstabilan dalam perpaduan di Malaysia. Sistem pendidikan yang diamalkan semasa zaman British juga tidak membantu dalam membentuk negara bangsa Tanah Melayu pada ketika itu.

Walaupun pendidikan di Malaysia, masih belum mencapai kesempurnaan namun kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih merangka dasar pendidikan untuk ke arah itu. Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka Walaupun pendidikan di Malaysia, masih belum mencapai kesempurnaan namun kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih merangka dasar pendidikan untuk ke arah itu. Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka

seragam bagi rakyat Malaysia. Isu pendidikan bukanlah suatu isu yang baru dan rakyat Malaysia acap kali

digemparkan dengan perbalahan antara kaum mengenainya, sama ada mengenai isu sekolah Vernakular 60 , bahasa pengantar yang digunakan dan juga mengenai jurang

pendidikan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Walaupun isu pendidikan di Malaysia mendapat perhatian serius semua pihak berkepentingan. Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun 2013- 2025 untuk melahirkan ekosistem pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak

masyarakat. 61 Matlamat utama adalah supaya generasi muda Malaysia akan terus mendapat pendidikan berkualiti setanding dengan standard pendidikan antarabangsa

yang semakin meningkat, dan untuk membolehkan mereka berperanan sebagai sumber tenaga manusia di Malaysia yang berhasrat untuk membina negara bangsa Malaysia. Keadaan ini adalah salah satu usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang sempurna.

Walaupun pendidikan sehingga hari ini masih belum memainkan peranan yang besar dalam proses pembinaan negara bangsa tetapi terdapat pelbagai kebaikan yang telah kita perolehi. Meskipun terdapat pelbagai isu dan insiden yang mampu memecahkan lagi hubungan antara etnik ini namun rakyat Malaysia tidak mengulangi kesilapan dalam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Perkara ini jelas menunjukkan walaupun pendidikan tidak berjaya seratus peratus dalam membina negara bangsa Malaysia tetapi sumbangannya dalam proses ini tidak dapat dinafikan.

59 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

60 Wan Norhasniah Wan Husin, Nation-Building And 1Malaysia Concept: Ethnic Relations Challenges In The Educational Field , Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2011, hlm. 235

61 Utusan Malaysia, 28 September 2015.

6.0 RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdul Rahman Embong. 1996. Social Transformation, The State and The Middle Classes in Post-Independence Malaysia. Southeast Asian Studies (34) 3: 56-79

Chelliah, D.D.. 1940. A History Of The Educational Policy Of The Straits Settlements With Recommendation For A New System Based On Vernaculars . London: University Of London.

Economic Planning Unit Prime Minister’s Department. 2007. Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World-Class Higher Education System . Human Development Sector Reports East Asia and the Pacific Region The World Bank.

Graham Saunders. 1978. Malaya: Perkembangan Masyrakat Majmuk. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Jamil Ahmad. Norlia Goolamally. 2008. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Kuala Lumpur: Panitia Diklat Mahajemen Guru Internasional.

Jim Baker. 1999. Crossroads, A Popular History Of Malaysia Singapore. Singapore: Times Book International.

Kassim Thukiman. Zaliza Mohd. Nasir. 2009. Aspek Pendidikan Dalam Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik . Skudai: Penerbit UTM Press.

Kerajaan Malaysia. 2004. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Perletakan Asas Melangkaui 2020. Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerajaan Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 –2015. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi.

Mahdi Shuid. Mohd Hanafi Zainal. Abd, Aziz Ismail. Kamaruddin Ilias. 2010. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia . Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.

Mior Khairul Azrin. 2011. Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran, Dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika 4(1): 33-48

Mohamad Rodzi Abd Razak. 2009. Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

Mokhtar bin Haji Shamsuddin. 1982. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-

dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institusi Tadbiran Awam Negara. Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Sejarah Pendidikan di Malaysia. Selangor: Mika

Cemerlang Sdn. Bhd. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. Mohd Samsudin. Kamaruzaman Yusoff.

1998. Sejarah Dan Proses Pemantapan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Norain Mat Lazim. Nooriah Yusof. 2012. Universiti, Pembangunan Modal Insan Dan Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi Di Malaysia: Suatu Ulasan Kritis. Journal Of Social Sciences and Humanities 7 (2): 308-327

Omar Rozeyta. Atoma Paimah. 2009. Pluraliti Budaya Dan Etnik Di Alam Melayu Zaman Awal. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Jurnal Universiti Teknologi Malaysia hlm. 55-70.

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010. Salleh Abdul Rashid. Shuhairimi Abdullah. 2015. Mendaulatkan Bahasa Melayu Sebagai

Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Analisis. Journal of Human Development and Communication (4): 125-134.

Shahril Marzuki. Habib Mat Som. 1993. Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Shamsul Haque. 2003. The Role of the State in Managing Ethnic Tensions in Malaysia. Singapore: National University of Singapore.

Syed Husin Ali. 2008. Ethnic Relation In Malaysia. Harmony And Conflict. Kuala Lumpur: Strategic Information And Research Development Centre.

Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan . Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

Tan Yao Sua. 1998. Politik Dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (16).

Utusan Malaysia. 28 September 2015. Wan Norhasniah Wan Husin. 2011. Nation-Building And 1Malaysia Concept: Ethnic

Relations Challenges In The Educational Field . Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wong, H.K. Gwee, Y.H. 1980. Official Reports On Education: Straits Settlement And The Federated Malay States . Singapore: Pan Pacific Book .

Zawawi Ibrahim. 2004. Globalization And National Identity: Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia. Journal Growth And Government in Asia (5): 115- 136