PENDIDIKAN NEGARA BANGSA.pdf negara-negara budaya negara-negara budaya

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMAUSIAAN PUSAT PENYELIDIKAN SEJARAH, POLITIK DAN KESELAMATAN SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA) SKESE6103: EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA TAJUK TUGASAN BINCANGKAN SEJAUH MANA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA TELAH BERJAYA MENYATUKAN PENDUDUK DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG BUDAYA DEMI MENCAPAI USAHA PEMBINAAN NEGARA BANGSA. PENSYARAH PROF. MADYA DR. MOHD BIN SAMSUDIN DR. SUFFIAN BIN MANSOR DISEDIAKAN OLEH SRI NILAM JUITA BINTI MD ZIN P88130

ISI KANDUNGAN

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

2.1 Sekolah Aliran Inggeris

2.2 Sekolah Aliran Melayu

2.3 Sekolah Aliran Tamil

2.4 Sekolah Aliran Cina

2.5 Sekolah Agama

3.0 PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA

3.1 Laporan Razak

3.2 Laporan Rahman Talib

3.3 Akta Pendidikan 1961

3.4 Akta Pendidikan 1996

3.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan

4.1 Sistem Persekolahan Yang Seragam

4.2 Sukatan Pelajaran Yang Sama

4.3 Sistem Peperiksaan Yang Sama

4.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

4.5 Pendidikan Sejarah

4.6 Kesepaduan Kokurikulum

4.7 Peningkatan Kemudahan Pendidikan

26

4.8 Peningkatan Taraf Universiti di Malaysia

28

5.0 KESIMPULAN

30

6.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang dibentuk pada tahun 1963 dan masih lagi mencari identitinya yang tersendiri. Proses mencari identiti ini amat penting untuk menguatkan jati diri penduduknya. Oleh itu, Malaysia telah cuba membina negara bangsanya yang tersendiri berlandaskan kebudayaan dan etnik yang wujud dalam

negara ini. 1 Kepelbagaian etnik dalam Malaysia memberikan pelbagai kelebihan dan tidak kurang juga pelbagai masalah terhadap negara ini. Oleh yang demikian, pelbagai

usaha dan inisiatif dilakukan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul akibat kepelbagaian etnik ini.

Takrif negara bangsa Malaysia menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, ialah negara bangsa dibina dan dibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa depan yang dikongsi bersama, berintergrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupoan bersama berasaskan hal dan keadilan serta menumpukn taat setia dan

pengabdian tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. 2 Pendidikan merupakan aspek yang mampu menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa

Malaysia yang mantap. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh bidang pendidikan dalam proses negara bangsa Malaysia.

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin bersesuaian dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. Pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara.

1 Syed Husin Ali, Ethnic Relation In Malaysia, Harmony And Conflict, Strategic Information And Research Development Centre, 2008, hlm. 26

2 Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal, Abd, Aziz Ismail, Kamaruddin Ilias, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Multimedia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 18

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

Semasa British masih lagi menguasai negara kita, pendidikan yang ada pada masa tersebut adalah berbeza dengan pendidikan yang ada pada hari ini. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu terdapat lima aliran sekolah yang utama pada masa tersebut iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah aliran Cina, sekolah aliran Tamil, sekolah aliran Inggeris dan sekolah aliran agama (madrasah).

2.1 Sekolah Aliran Inggeris

Semasa zaman pemerintahan pemerintahan British, terdapat tiga sekolah Inggeris ditubuhkan iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan pendakwah Kristian, sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar atau disebut sebagai

Malay College Kuala Kangsar 3 (MCKK) dan sekolah Inggeris persendirian. Maktab Melayu ini dikekalkan sebagai suatu institusi ‘eksklusif’ di mana hampir kesemua

penuntutnya terdiri daripada anak-anak golongan atasan sehinggalah perang dunia kedua. Pelajar lepasan Maktab ini juga telah diberikan peluang yang lebih luas untuk diterima masuk dalam Malay Administrative Service (MAS) berbanding pelajar lepasan sekolah-sekolah lain di negeri-negeri Melayu Bersekutu. British sedar bahawa, mereka perlu menjaga hati para elit Melayu demi mengekalkan kedudukan mereka sebagai penjajah. Melalui sistem pendidikan ini, anak-anak Melayu dihantar ke sekolah Inggeris dan diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan didedahkan dengan kurikulum yang dirangka dengan corak England,

sukan dan peraturan yang terdapat dalam pemerintahan di sekolah privasi. 4

2.2 Sekolah Aliran Melayu

Semasa zaman kolonial, sekolah aliran Melayu telah ditubuhkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan. 5 Sekolah aliran Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Kurikulum dan silibus pendidikan adalah setakat peringkat rendah sahaja

3 Khoo Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin (pnyt.), Malaysia: Sejarah dan Proses Perbahasan, 134-148. Hlm. 134.

4 Jim Baker, Crossroads, A Popular History Of Malaysia Singapore, Singapore, Times Book International, 1999, hlm. 190.

5 Wong, H.K., Gwee, Y.H, Official reports on education: straits settlement and the Federated Malay States. Pan Pacific Book Distributor, Singapore, 1980, hlm 2-7 5 Wong, H.K., Gwee, Y.H, Official reports on education: straits settlement and the Federated Malay States. Pan Pacific Book Distributor, Singapore, 1980, hlm 2-7

para pemerintah 6 , pendidikan disediakan atas dasar untuk menjadikan golongan petani lebih berpengetahuan dan bukan untuk pekerjaan. Walaupun begitu, bagi pelajar yang

ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, mereka perlu mengikuti Latihan Perguruan. Bagi yang berjaya pula, mereka akan dimasukkan ke dalam Darjah Khas Melayu (Special Malay Class) di sekolah Inggeris. Antara Sekolah aliran Melayu yang awal adalah Sekolah Melayu Gelugor, Bayan Lepas, dan Ayer Hitam di Pulau

Pinang pada tahun 1826. 7 Sehingga tahun 1892, terdapat 190 buah sekolah Melayu telah ditubuhkan, namun hanya segelintir sahaja yang mendaftar disebabkan kegiatan

pendidikan kurang diutamakan oleh masyarakat Melayu.

2.3 Sekolah Aliran Tamil

Pendidikan aliran Tamil sama seperti perkembangan sekolah Cina dimana pembukaan sekolah di ladang-ladang yang dikendalikan oleh peladang dan mubaligh Kristian. Penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran serta buku teks dibawa dari India. Antara sekolah Tamil yang awal adalah Sekolah Tamil di Pinang (1816), Sekolah Anglo Tamil di Melaka (1850), dan Sekolah St. Xavier

Malabar di Singapura (1859). 8 Sekolah Tamil ini didirikan untuk mengekalkan anak- anak menjadi buruh di ladang itu. Sistem pendidikan sekolah Tamil ini hanya setakat

sekolah rendah sahaja. Selain itu, sekolah Tamil juga menghadapi beberapa cabaran seperti kemudahan yang tidak lengkap, kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang India, dan sebagainya.

6 Zawawi Ibrahim, Globalization And National Identity: Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia, 115-136

7 Ibid, hlm 7

8 Wong, H.K., Gwee, Y.H. 1980. Official reports on education: straits settlement and the Federated Malay States. Singapore: Pan Pacific Book Distributor, hlm 5.

2.4 Sekolah Aliran Cina

Bagi kaum Cina pula, sekolah aliran dipertanggungjawabkan kepada masyarakat Cina sendiri. Semua sukatan pelajaran adalah berteraskan sistem pendidikan di negara Cina dan tenaga pengajar juga dibawa dari negara Cina. Perkembangan sekolah vernakular Cina agak pesat bukan sahaja dari segi bilangan sekolah yang ditubuhkan malahan sistem pengajaran yang berasaskan dialek seperti Hakka, Kantonis, dan Hokkien telah dimansuhkan dan menjadikan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar pada tahun 1920. Terdapat tiga peringkat sistem pendidikan vernakular Cina iaitu sekolah rendah selama 6 tahun pengajian, sekolah menengah rendah (junior middle three) dan sekolah

menengah atas (senior middle three) selama tiga tahun pengajian. 9 British menggalakkan perkembangan sistem pendidikan berasaskan kaum ini. Tujuan utama

British menyokong penubuhan sekolah cina adalah untuk mengurangkan pemberontakan dalam kalangan kaum cina terhadap pemerintahan British. Begitu juga, tumpuan pendidikan sekolah cina semasa zaman kolonial adalah untuk memupuk kesetian kepada negara dan maharaja China.

2.5 Sekolah Agama

Pada awalnya, sekolah agama adalah merupakan pendidikan yang melibatkan pengajaran mengenai agama dan Al-Quran. Sekolah aliran agama menggunakan bahasa Arab serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah aliran agama atau madrasah ini menggunakan teks-teks agama sebagai sumber utama dalam pelajaran. Mereka ketika itu menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi ketika itu melalui dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafal doa, dan mempelajari mengenai ajaran Islam dengan merujuk kepada imam dan para guru

agama. 10 Akibat daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh pihak British, maka

penduduk di Tanah Melayu sudah terbiasa untuk hidup secara berasingan dan tidak rapat. Oleh itu, kewujudan sekolah-sekolah vernakular ini juga adalah implikasi

9 Chelliah, D.D., 1940. A history of the educational policy of the straits settlements with recommendation for a new system based on vernaculars . University of London, hlm 35.

10 Mior Khairul Azrin, Sistem Pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, 2011, Sosiohumanika 4(1): 33-48 10 Mior Khairul Azrin, Sistem Pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, 2011, Sosiohumanika 4(1): 33-48

berbeza di Tanah Melayu menerusi penggubalan beberapa dasar pendidikan seperti Rancangan Cheeseman (1946), Laporan Pertama Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan (1950), Laporan Kedua Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan (1951), Laporan Jawatankuasa Khas (1951), Laporan Barnes (1951), dan Ordinan Pelajaran 1952. Kecuali Rancangan Cheeseman, dasar-dasar pendidikan lain menyarankan pendekatan pendidikan dwibahasa ala bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk

menyatupadukan sistem pendidikan di Tanah Melayu. 12 Namun, dasar-dasar ini begitu mengutamakan kepentingan Bahasa Inggeris

sehingga Bahasa Melayu tidak berperanan sebagai teras pembinaan negara. Sedangkan masyarakat Melayu pada masa itu begitu kecewa dengan kurangnya peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu serta kebuntuan sekolah-sekolah

Melayu. 13 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa British memang cuba melaksanakan dasar pendidikan yang tersusun tetapi dalam kerangka mengutamakan Bahasa Inggeris

dan akhirnya menjejaskan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Sistem pelajaran yang telah dilaksanakan oleh kolonial ini telah memecah-belahkan rakyat sungguhpun ianya merupakan juga kuasa yang menyatukan anggota-anggota sesuatu bangsa kerana setiap bangsa mempunyai lekongan bahasa dan kebudayaannya yang sendiri dan pelajaran telah mengukuhkan dan melanjutkan perpecahan ini walaupun ianya besifat menyatu-padukan namun ianya masih tidak jelas serta berpunca daripada

pelajaran dalam bahasa Inggeris itu sendiri. 14 Walaupun begitu, sistem pendidikan di Tanah Melayu telah menerima perubahan

selepas kemerdekaan dan perubahan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum bagi membentuk negara bangsa Malaysia. Hal ini kerana pendidikan adalah suatu pemangkin kepada perubahan

11 Shahril Marzuki , Habib Mat Som, Isu Pendidikan di Malaysia:Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 3-7

12 Pelan Induk Pendidikan 2006-2010.

13 Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti , Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 126.

14 Graham Saunders, Malaya:Perkembangan Masyrakat Majmuk, Longman Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 42 14 Graham Saunders, Malaya:Perkembangan Masyrakat Majmuk, Longman Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 42

menggabungkan sistem pelajaran dengan tujuan memupuk satu kerakyatan dalam lingkungan Komanwel British dapat dilihat dari cadangan-cadangan Laporan

Woodhead yang dilakukan pada 1955. 16 Manakala di Sarawak, McLellan yang dilakukan pada tahun 1960 telah menekankan betapa pentingnya mengawal sekolah-

sekolah Cina supaya mengikuti sistem persekolahan kolonial yang menggunakan bahasa pengantar Inggeris sebagai cara untuk mencapai matlamat yang sama.

Kesan transformasi penglibatan pihak British di Tanah Melayu sememangnya sangat ketara terutama sekali dalam bidang pendidikan. Walaupun sistem pendidikan kolonial bersifat perkauman, namun keadaan tersebut telah mengubah perkembangan sosial masyarakat dari segi kadar kenal huruf dan pembangunan intelek. Perkembangan sistem pendidikan semasa zaman kolonial adalah bergantung kepada pembiayaan dan perbelanjaan daripada kerajaan. Kemudahan persekolahan yang lengkap akan disediakan di kawasan bandar-bandar besar di samping terdapat kemudahan sosial yang lain. Malahan, sistem pendidikan yang berasaskan kaum ini adalah refleksi daripada kesungguhan dan daya inisiatif dari setiap kelompok kaum untuk membekalkan sebuah institusi yang mampu membekalkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat . Tanggungjawab dan kesan campur tangan pihak kolonial dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini telah memberi kesan yang positif kerana pembangunan intelek telah berkembang dan maju. Namun, Kesan dasar kolonial yang begitu mendalam telah menyebabkan kesukaran untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang selaras.

15 Abdul Rahman Embong, Social Transformation, The State and The Middle Classes in Post- Independence Malaysia, 1996, Southeast Asian Studies (34) 3: 56-79

16 Mokhtar Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan , Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 152

3.0 PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA

3.1 Laporan Razak

Selepas mencapai kemerdekaan sistem pendidikan di Malaysia mula mengalami perubahan dan rombakan telah dilakukan berasaskan laporan-laporan terdahulu yang dilakukan. Sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka dapat di kelaskan mengikut dasar-dasar yang digubal pada tempoh yang tertentu. Salah satu laporan yang paling signifikan kepada pendidikan di Malaysia ialah Laporan Razak pada tahun 1956. Walaupun laporan ini dijalankan sebelum negara mencapai kemerdekaan, namun laporan ini adalah sangat penting sebagai asas kepada pendidikan yang sempurna buat semua masyarakat Tanah Melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat awal. Laporan ini meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan

pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. 17 Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah menyatukan pelajar-pelajar

daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan semua sekolah-sekolah rendah dan menengah hendaklah bercorak Tanah Melayu. Kaedahnya ialah dengan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. Dan mengemukakan beberapa syor tentang pendidikan rendah, pendidikan menengah dan sistem peperiksaan. Jawatankuasa ini telah meminta saranan daripada orang ramai dan persatuan tentang isu-isu pendidikan. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan

April 1956. 18 Laporan Razak telah menekankan semula tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, di samping pengajaran bahasa Inggeris. Kesemua

sukatan pelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ianya sudah lama diterima sebagai satu daripada cara untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum pada masa itu.

17 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

18 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106.

3.2 Laporan Rahman Talib

Laporan Razak telah mendapat tentangan daripada orang Melayu dan juga orang bukan Melayu. Oleh itu, sebuah jawatankuasa Penyemakan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengkaji semula pelaksanaan Laporan Razak dan langkah- langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini telah diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pendidikan pada masa itu. Penyata Rahman Talib 1960 yang telah diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak.

Terdapat empat aspek penting dalam laporan tersebut. Pertama menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kedua, mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa. Ketiga, memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Seterusnya yang terakhir adalah memberi penekanan kepada

pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian. 19 Malah, semua peperiksaan awam di sekolah-sekolah menengah diadakan dalam bahasa Melayu,

calon diwajibkan lulus dalam peperiksaan mata pelajaran bahasa Melayu untuk memasuki sekolah menengah dan mewujudkan kelas peralihan. Kelas peralihan ini diwujudkan supaya semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan mengambil peperiksaan

yang dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 20 Namun syor ini telah mendapat masalah daripada sekolah rendah aliran Cina dan Tamil. Oleh itu satu kelas

peralihan sementara telah diwujudkan selama setahun untuk mengatasi masalah ini. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah. Pelajaran rendah percuma disarankan kepada

semua sekolah rendah kerajaan tanpa mengira bahasa pengantarnya. 21 Oleh Laporan Rahman Talib ini dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang dilakukan ke atas

pendidikan untuk mengelakkan berlakunya perpecahan terhadap generasi muda dan akan menjejaskan pembangunan negara.

19 Omar Rozeyta. Atoma Paimah. 2009. Pluraliti Budaya Dan Etnik Di Alam Melayu Zaman Awal. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Jurnal Universiti Teknologi

Malaysia hlm. 55-70.

20 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106

21 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

3.3 Akta Pendidikan 1961

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas

kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 22 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan

kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. 23 Segala syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib telah dijadikan Akta Pelajaran 1961. Akta

pelajaran ini telah menetapkan satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah yang berlainan aliran bagi tujuan mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Bahasa Melayu juga digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi. Akta ini juga menetapkan umur minimum kanak-kanak meninggalkan sekolah iaitu 15 tahun.

Akta ini bermatlamatkan untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang lebih tersusun dan bersepadu. Oleh yang demikian, sistem persekolahan yang seragam, bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran serta aspek peperiksaan yang seragam dititik beratkan dalam akta ini. Perkara ini meskipun dilihat baik dalam sesetengah aspek namun ianya telah memburukkan lagi ketegangan kaum yang telah wujud. Masyarakat bukan Melayu melihat perkara ini sebagai satu kongkongan dan paksaan terhadap mereka untuk turut menjadi ‘Melayu’. Namun bagi orang Melayu pula, pelaksanaan akta ini dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana bahasa kebangsaan akan lebih digunapakai dan dihormati.

22 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106

23 Pelan Induk Pendidikan 2006-2008

3.4 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 yang telah dilaksanakan juga telah memberi impak yang besar terhadap pendidikan di negara kita. Menurut Rodzi, akta ini berfokuskan kepada kesinambungan dasar-dasar sedia ada dan kepada pembangunan pentadbiran pendidikan dan pembangunan beberapa jenis pendidikan, khususnya pendidikan pra-

sekolah, pendidikan khas, pendidikan tinggi, dan pendidikan swasta. 24 Kerajaan Malaysia dilihat sedaya upaya cuba membentuk sebuah dasar yang lebih baik daripada

yang sebelumnya dalam usaha mereka menjadikan pendidikan sebagai teras perpaduan. Dasar dan sistem pendidikan yang telah wujud di Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan. Namun, terdapat pelbagai tentangan yang diberikan oleh etnik-etnik yang ada di Malaysia dalam usaha mereka mengekalkan identiti etnik masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan agak sukar bagi dasar pendidikan yang diluluskan untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh. Berikut disenaraikan

beberapa perkara penting yang terlaksana dalam Akta Pendidikan ini: 25

i. Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara,

ii. Sistem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas yang meliputi semua peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan pascamenengah dan pendidikan tinggi,

iii. Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan, iv. Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain, v. Kurikulum kebangsaan diperuntukan, vi. Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi, vii. Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib, viii. Peruntukan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Orang Asli, ix. Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun,

24 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106.

25 Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan . Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-peminpin terdahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah untuk dilaksanakan. Dalam akta pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperkenalkannya sebagai

bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. 26 Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai

mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah diselaraskan dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib digunakan oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan, dan sekaligus memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama

tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara ini. 27 Pendidikan Islam akan diperluaskan untuk diikuti oleh murid-murid Islam di semua kategori

sekolah. Penyesuaian ini adalah diambil kira untuk penglibatan semua bangsa dan kaum meletakkan diri mereka ke arah pencapaian negara bangsa. Hal ini juga adalah salah satu sasaran Dasar Ekonomi Baru yang bukan hanya untuk meningkatkan pemilikan saham Bumiputera kepada 30 peratus, tetapi juga menyeimbangkan

pengambilan pelajar dalam pendidikan Universiti 28 supaya setiap Institusi Pengajian Tinggi itu mencerminkan akan etnik campuran yang melambangkan bangsa Malaysia.

26 Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

27 Ibid.

28 Abdul Rahman Embong, Social Transformation, The State and The Middle Classes in Post- Independence Malaysia, 1996, Southeast Asian Studies (34) 3: 56-79

3.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pada tahun 1979, terdapat semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Perkara yang paling penting yang perlu wujud dalam mana-mana sistem pendidikan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Dasar pendidikan ini adalah asas kepada pembentukan sistem pendidikan yang juga menjadi panduan yang jelas dalam

pelaksanaan sesuatu sistem. 29 Tanpa dasar yang jelas, sistem dan pelaksanaannya tidak akan tersusun dan tidak mempunyai matlamat yang hendak dicapai.

Oleh itu, kesedaran mewujudkan suatu dasar yang jelas ke atas sistem pendidikan telah mula dicapai dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan. Wujudnya kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. 30 Antara Strategi yang dijalankan bagi mencapai matlamat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. iv. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; v. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

29 Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan . Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

30 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106.

Seiring dengan pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan, sebuah falsafah pendidikan telah digubal. Falsafah ini mengandungi matlamat dan kaedah pendidikan yang meliputi proses-proses pendidikan di Malaysia itu sendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembentukan falsafah pendidikan ini adalah selepas kemerdekaan negara di mana falsafah ini telah dirumuskan pada tahun 1988.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. 31

Petikan di atas menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia amat menitikberatkan peranan pendidikan bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari pelbagai aspek. Tidak dinafikan, kepercayaan kepada Tuhan adalah suatu pengabdian rohani yang paling tinggi yang perlu dicapai oleh semua penganut agama masing-masing. Tidak dinafikan pendidikan yang sempurna yang ditekankan di sini selain melahirkan seorang insan yang berilmu, sifat yang baik seperti bertanggungjawan dan berakhlak mulia adalah penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Oleh itu, falsafah pendidikan negara ini telah mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Malah, apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia.

31 Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan . Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

4.0 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MELALUI PENDIDIKAN

4.1 Sistem Persekolahan Yang Seragam

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun

1992. 32 Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu

dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik

diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. 33 Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi

menghasilkan tenaga kerja mahir. Sekolah yang pelbagai aliran ini telah mewujudkan kesukaran bagi negara ini

untuk membentuk bangsanya yang tersendiri. Hal ini kerana, setiap bangsa di negara ini masih cuba mengekalkan identiti etnik masing-masing. Perkara ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kita saban hari. Melalui Akta Pendidikan 1961, masalah sekolah vernakular ini cuba diselesaikan melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Namun sekali lagi, golongan bukan Melayu terutamanya etnik Cina menentang pelaksanaan perkara ini. Golongan ini beranggapan bahawa perkara ini akan menghakis jati diri

32 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

33 Shamsul Haque, The Role of the State in Managing Ethnic Tensions in Malaysia, National University of Singapore, Singapore, 2003, hlm. 243.

mereka. Meskipun semenjak 1960an lagi telah wujud langkah-langkah untuk menyelesaikan perpecahan dalam pendidikan, namun masalah ini akan terus melanda

negara ini pada dekad-dekad mendatang. 34 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini

antaranya termasuklah penubuhan Sekolah Bestari 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris (MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Malah melalui, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia yang dirangka pada tahun 2013 dalam tempoh bermula 2015 hingga 2025 35 di mana pelan pendidikan tinggi telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia dan akan

memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Melalui perkembangan ini, Malaysia semakin jelas ke arah pembentukan sebuah unit masyarakat yang berpaksikan kepada satu sistem identiti yang sama, melahirkan modal insan yang bermanfaat untuk pembangunan negara serta menjana pendapatan negara melaluinya. Pembentukan negara bangsa, selain dipengaruhi oleh semangat kekitaan dalam diri masyarakat itu sendiri, ia juga disemai melalui pendidikan dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini apabila sebuah dasar telah dirangka untuk tempoh sepuluh tahun.

34 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106

35 Kerajaan Malaysia, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013.

4.2 Sukatan Pelajaran Yang Sama

Apabila berbincang mengenai sistem pendidikan yang wujud di Malaysia, kita tidak dapat lari daripada turut membincangkan mengenai sukatan pelajaran yang digunapakai di negara ini. Sebagaimana yang telah dibincangkan, negara kita mempunyai pelbagai aliran persekolahan dan masing-masing menggunakan sukatan pelajaran yang berbeza. Namun begitu selepas kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, terdapat usaha bagi menyeragamkan sukatan pelajaran. Perkara ini dilakukan untuk memudahkan kerajaan menyemai sifat perpaduan dalam kalangan murid sekolah dan merapatkan jurang antara kaum di Malaysia. Perpecahan yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia ini dapat diselesaikan melalui sukatan pelajaran yang seragam. Oleh itu, Laporan Mahathir menekankan supaya sukatan pelajaran yang lebih tersusun dan seragam digunapakai di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Kabinet yang diketuai oleh Dr. Mahathir ini telah meneliti tentang keperluan bagi negara ini mempunyai sukatan pelajaran yang seragam dan kemudiannya Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah telah dilaksanakan. 36 Laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini telah menekankan beberapa perkara iaitu kedudukan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua, lebih menfokuskan kepada pendidikan kerohanian, disiplin yang kukuh, pendidikan menengah atas terbahagi kepada dua jurusan iaitu jurusan akademik dan vokasional dan kurikulum ala Malaysia lebih ditegaskan. Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia sememangnya komited dalam usaha menyeragamkan sukatan pelajaran di negara kita.

Sekiranya dilihat kembali sukatan pelajaran yang digunapakai sebelum kemerdekaan, sekolah-sekolah di Tanah Melayu masih lagi berbeza antara satu dengan yang lain. Sekolah vernakular Cina menggunapakai buku teks dan sukatan pelajaran yang digunapakai di sekolah-sekolah China. Manakala sekolah vernakular Tamil pula menggunapakai buku teks dan sukatan pelajaran yang digunapakai di sekolah-sekolah India. Begitu juga dengan sekolah vernakular Melayu yang menggunapakai buku teks dan sukatan pelajaran yang mirip kepada sekolah-sekolah

36 Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic

Studies (36): 90-106 Studies (36): 90-106

Melihat kepada aspek sukatan pelajaran, ternyata sekiranya tidak terdapat sukatan pelajaran yang seragam pembinaan negara bangsa Malaysia adalah sukar untuk dicapai. Meskipun terdapat pelbagai inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan namun sekiranya sukatan pelajaran yang seragam diabaikan maka bangsa Malaysia hanyalah sekadar impian. Untuk mencapai bangsa Malaysia yang kukuh, kerajaan dan rakyat Malaysia harus bersedia untuk menggunapakai sebuah sukatan pelajaran yang bersepadu dan seragam. Hal ini bermaksud, terdapat pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh etnik-etnik yang terdapat di Malaysia termasuk golongan Bumiputera.

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya di mana yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet dianggap sebagai salah satu asas kepada sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan pembentukan negara bangsa. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Am dan Jadual Waktu yang dibentuk pada tahun 1956 telah membentuk sukatan pelajaran yang sama kandungan bagi semua matapelajaran di semua aliran

sekolah 37 . Dalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang mana telah menyemak semula Penyata Razak telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan

dengan keadaan dan keperluan negara. Usaha yang serius telah dibuat bagi menyemak semula dan mempebaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membentuk negara bangsa.

Murid-murid dikehendaki mengambil mata pelajaran yang sememangnya membantu ke arah perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral

dan ilmu pendidikan sosial yang lain 38 . Selain itu, Kementerian Pelajaran juga telah merancang untuk memperkenalkan matapelajaran Pendidikan Moral di semua

sekolah. Matapelajaran ini penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai sifat-sifat toleransi, kerjasama dan persefahaman yang mana ianya merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

37 Mokhtar bin Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Institusi Tadbiran Awam Negara , Kuala Lumpur, 1982, hlm 161.

38 Muhamad Ridzuan Amin, 2009, Sejarah Pendidikan di Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Selangor, 2009, hlm 24.

4.3 Sistem Peperiksaan Yang Sama

Kerajaan telah menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah dengan cara mewujudkan satu sistem peperiksaan awam yang sama. Hal ini membolehkan murid- murid di peringkat pendidikan menengah untuk mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan adanya sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya dan peperiksaan yang sama. Maka pelajaran murid-murid tidak terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Selain itu, sukatan pelajaran yang sama kandungannya yang boleh diikuti oleh semua murid dari berbagai aliran bahasa pengantar membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sama. Hal ini dapat membantu dalam menjayakan proses menyatupadukan murid-murid yang berbilang kaum. Di samping itu, ianya juga dapat membantu dalam proses pembinaan negara bangsa. Sebaliknya jika murid-murd tidak mengikuti sukatan pelajaran yang

berlainan, maka rupa bangsa dan keperibadian tidak dapat diwujudkan 39 . Oleh itu, seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara di mana

peruntukan terhadap sebuah peperiksaan yang seragam di Malaysia, suatu keseragama dari aspek peperiksaan sememangnya akan memberikan kemudahan dalam pendidikan, malah walaupun perbezaan tenaga pengajar dan perbezaan cara penyampaian kurikulum dalam setiap sekolah yang dijalankan sama ada sekolah Vernakular dan Sekolah Kebangsaan itu sendiri, namun satu sistem pendidikan yang sama telah berjaya dibentuk. Keadaan ini seiring dengan satu usaha dalam mewujudkan satu pendidikan yang sempurna dan relevan kepada semua pelajar di Malaysia. Kesepaduan dapat diwujudkan melalui sistem peperiksaan yang seragam apabila terdapatnya program-program atau bengkel pendidikan yang akan dijalankan oleh sekolah-sekolah yang berlainan daerah dan murid-murid akan berkumpul untuk bersama melakukan perbincangan mengenai subjek dan soalan. Secara tidak langsung melalui peperiksaan yang seragam, keseragaman dalam pembelajaran setiap sekolah di Malaysia juga dapat diwujudkan dan sekaligus hal ini memperlihatkan akan budaya sihat yang dibawa sejak sekolah lagi dalam mengeratkan kesepaduan.

39 Mokhtar bin Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Institusi Tadbiran Awam Negara , Kuala Lumpur, 1982, hlm 161-162.

4.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Keadaan ini adalah bertetapan dengan strategi dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mana bagi mencapai matlamat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Oleh itu, di sekolah-sekolah bahasa Melayu adalah merupakan satu alat yang dapat menyatupadukan semua kaum dalam peringkat awal.

Bahasa pengantar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga antara masalah yang dihadapi oleh Malaysia dalam sistem pendidikannya. Kewujudan sekolah-sekolah vernakular di Malaysia semenjak sebelum kemerdekaan lagi telah menyebabkan sistem pendidikan negara sukar untuk distruktur semula. Sekolah- sekolah vernakular ini menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Bahasa pengantar yang berbeza-beza ini menyebabkan perpaduan yang cuba dipupuk kelihatan semakin susah. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk mengkaji mengenai perkara. Malah semenjak sebelum merdeka lagi perbincangan mengenai bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah wujud.

Dalam Laporan Razak ada menyatakan mengenai bahasa pengantar ini;

“Kami percaya iaitu mustahak bagi sekolah-sekolah kita berjiwa Tanah Melayu dan kami telah mencadangkan perkara ini boleh dapat dicapai dengan jalan diadakan satu sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah supaya semua murid itu mempelajari sama jenis perkara pelajaran walaupun menggunakan

bahasa-bahasa lain. 40 ”

40 Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti , Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 127.

Pada masa laporan ini dikeluarkan, tidak ada keperluan lagi untuk bahasa pengantar yang seragam digunapakai dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, isu mengenai bahasa pengantar ini akan terus membelenggu negara kita. Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan di sekolah sekiranya tidak dijadikan perkara yang mampu membina bangsa Malaysia maka ianya berkemungkinan untuk menjadi faktor yang memustahilkan bangsa Malaysia untuk wujud. Pembinaan negara bangsa memerlukan penyatuan dalam kalangan penduduk. Sekiranya bahasa pengantar tidak menjadi ejen perpaduan maka adalah sukar untuk Malaysia membina negara bangsanya yang tersendiri. Untuk merapatkan jurang antara etnik ini dan menyelesaikan masalah bahasa pengantar ini maka pada tahun 1960 Laporan Rahman Talib telah membuat penegasan terhadap kepentingan mempunyai bahasa pengantar yang seragam. Dalam laporan ini menyatakan;

“...mengekalkan perbezaan bahasa dan perbezaan perkauman itu bagi seluruh sistem pelajaran yang dibelanja dengan wang orang ramai tentulah tidak akan sesuai dengan satu dasar pendidikan yang bertujuan menimbulkan kesedaran

kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.” 41

Laporan Rahman Talib ini menunjukkan bahawa usaha untuk menyeragamkan bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah wujud sejak awal lagi. Pemupukan perpaduan melalui bahasa adalah aspek penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Malah, sehingga ke hari ini penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan ini sendiri adalah merupakan satu kompromi bahasa oleh berbagai-bagai kaum di negara ini, dan hal ini perlu dipupuk sejak dari zaman persekolahan lagi. Sifat kemajmukan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia dapat ditangani dengan berkesan dengan mengukuhkan peranan bahasa kebangsaan sebagai alat pembinaan minda kebangsaan di samping menjadi alat pembudayaan dan integrasi kaum yang amat berkesan selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan. 42

41 Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti , Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 130.

42 Abd. Rahim Abd Rashid, Patriotisme Agenda Pembinaan Negara Bangsa, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 47.

4.5 Pendidikan Sejarah

Merujuk kepada konteks pembinaan negara bangsa, matapelajaran sejarah memainkan peranan utama dalam membetuk negara bangsa. Hal ini kerana sejarah merupakan penyumbang yang sangat berkesan dalam mencapai matlamat pembangunan. Proses pembangunan murid-murid di sekolah dapat ditanamkan semangat patriotisme, kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Melalui matapelajaran sejarah dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum, keturunan, agama dan adat resam. Atas kesedaran ini, sukatan mata pelajaran sejarah baru yang telah digubal memberi penekanan

kepada sejarah rakyat Malaysia dan perjuangannya. 43 Pendidikan sejarah merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua

rakyat Malaysia. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan lagi sejarah ini merupakan tunjang utama bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Jadi dengan itu, bagi melengkapkan proses tersebut, cara yang terbaik bagi merealisasikannya adalah melalui sukatan pendidikan dalam mata pelajaran sejarah. Hal ini kerana sejarah sangat penting kerana melalui sejarah dapat memantapkan lagi asas pembinaan negara bangsa. Identiti negara bangsa sangat sinonim dengan