TAJDID PRINSIP DAN PENDEKATANNYA DALAM P

TAJDID: PRINSIP DAN PENDEKATANNYA DALAM
PENGAJIAN SYARIAH

PENGENALAN
• Perkataan tajdid merupakan perkataan
Arab (‫ )تجديد‬yang berasal dari
perkataan arab (jaddada) yang bererti
membuat sesuatu menjadi baru.
• Menurut KH. Ahmad Sidiq dalam buku
Aliran Moden Dalam Islam, tajdid lebih
banyak
mengandungi
erti
memulihkan bukan menggantikan
sesuatu yang lain dengan yang baharu.
• Satu istilah lain yang biasa digunakan
bagi maksud yang sama ialah islah
)‫(اصاح‬

Cont…
• Apabila dirujuk kepada sejarah gerakan tajdid, dapat disimpulkan

bahawa tajdid itu mengandungi tiga unsur, iaitu;
 Liberation: Dalam proses berfikir, lebih bersifat pembebasan
daripada taksub mazhab, bid ah dan khurafat.
 Reformation: Kembali kepada al-Quran dan al-Hadis.
 Modernization: Menyesuaikan dengan suasana baharu yang
ditimbulkan oleh kemajuan ilmu pengetahuan moden dan teknologi
canggih.
 Pengajian Syariah: Tajdid (tajdid fiqhi) boleh diertikan sebagai
kembali berijtihad semula selepas mengalami gejala taqlid . Ia
merupakan suatu proses berterusan yang lahir dari semasa ke semasa .

Cont..
• Rasulullah SAW sendiri pernah menegaskan bahawa proses tajdid ini akan
berlaku seratus tahun sekali dengan kelahiran mujaddid berkenaan.

‫اَ ي ْبعث لهذه اأ َمة على رأْس كل مئَة ََة م ْن يجدد لهئ ديَهئ‬
َ ‫إ َن‬
Sesungguhnya Allah SWT membangkitkan bagi umat ini pada awal
setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya, agamanya.


• Bagi al-Maududi, mujaddid yang paling awal sekali dalam sejarah Islam
ialah;
– Khalifah Umar Ibn Abb al-`Aziz (61-101H).
– Beliau diikuti oleh imam-imam mazhab yang empat, iaitu Abu Hanifah (80-150H), Malik
(95-175H) al-Syafi`i (150-204H) dan Ahmad Ibn Hanbal (164-241H).
– Antara mujaddid lain yang disebut oleh beliau ialah al-Ghazali (450-505H) dan Ibn
Taimiyah (661-728H).

LATAR BELAKANG TAJDID
• Meskipun gejala taqlid telah lahir
agak lama, iaitu di pertengahan abad
keempat Hijrah, dan kemudiannya
benar-benar mencengkam di abad
ke tujuh, namun dalam jangka masa
itu masih lahir juga para ulama yang
menyedari keburukan bertaqlid dan
menganggapnya sebagai sesuatu
yang berbahaya terhadap umat
Islam seluruhnya.
• Berasaskan kepada kesedaran ini

mereka
menganjurkan
perke balia kepada ijtihad dan
kembali kepada al-Quran dan al“u ah

Gerakan Muwahhidin






Mengikut
Hasan
Subhi
Ahmad:
Percubaan pertama untuk kembali
kepada ijtihad lahir di Morocco di
pertengahan abad ke enam Hijrah
melalui sebuah gerakan yang dikenali

sebagai Gerakan al-Muwahhidin .
Pada waktu itu daerah tersebut
mengamalkan fiqh mazhab Maliki.
Pendukung gerakan ini mendapati
bahawa
para
fuqaha
telah
menumpukan penuh perhatian kepada
kitab-kitab furu’ (fiqh al-Furu’), iaitu
kitab-kitab yang menghuraikan tentang
fatwa-fatwa para ulama terdahulu dan
tidak lagi merujuk kepada al-Quran dan
al-Sunnah bagi mencari ketentuan
hukum di dalamnya.



Kerana itu mereka mempertikaikan
sikap para fuqaha pada waktu itu atau

sikap yang merugikan itu dan
meminta mereka supaya tidak lagi
bertaqlid.

Cont..
• Antara tindakan penggerak Gerakan Muwahhidin:

 Mengumpul kitab-kitab seperti itu dari mana sahaja, baik daripada
para fuqaha sendiri mahupun daripada orang awam. Mereka
kemudian membakar kitab-kitab itu setelah membuang ayat-ayat alQuran dan hadis-hadis Rasulullah SAW daripadanya.
 Mereka memerintahkan supaya dikumpulkan semula hadis-hadis
Rasulullah SAW daripada sumber-sumber yang diyakini untuk
dijadikan asas pegangan bersama al-Quran dalam memberi fatwa.
 Mereka memberi amaran untuk bertindak keras ke atas para fuqaha
mana pun juga yang cuba memberi fatwa berasaskan taqlid. Dengan
itu ramai para fuqaha yang menerima akibat daripada perbuatan
mereka sendiri pada waktu itu.

• Gerakan ini tidak mencapai kejayaan yang diharapkan, malah ia sendiri
telah terkubur dengan berakhirnya pemerintahan yang mendukung

perjuangannya.
• Antara sebab kegagalan gerakan ini;
a) Menggunakan kekerasan.
• Tekanan atau paksaan walaupun boleh segera menghasilkan tujuan,
tetapi tidak akan bertahan lama. Bila sahaja ada peluang orang akan
mengingkarinya, malah mengetepikan langsung sebagai sesuatu
yang tidak patut dihormati.
b) Mereka menolak penggunaan fikiran dalam melakukan ijtihad.
 Dengan lain perkataan, mereka hanya menerima al-Quran dan alSunnah sebagai sumber hukum dan berpendirian keras terhadap
penggunaan fikiran.
 Sikap seperti ini tidak mendapat simpati, dan malah dimusuhi oleh
keseluruhan para fuqaha jumhur, iaitu para pengikut mazhab Abu
Hanifah, Malik, al-Syafi`i dan Ahmad Ibn Hanbal. Mereka telah
menuduh gerakan ini sebagai dipengaruhi oleh mazhab Zahiri dan
telah berusaha untuk menyebarkan fahaman mazhab tersebut.

IBN TAIMIYAH (661-728H.) & IBN QAYYIM
AL-JAUZIYAH (M. 75iH)
• Antara mereka yang telah berusaha menghidupkan semula ijtihad ialah
Ibn Taimiyah (661-728H.). Bagaimanapun, usaha beliau ini telah mendapat

tentangan yang hebat daripada para ulama lain pada waktu itu. Ini kerana
usaha-usaha itu dilakukan dalam keadaan di mana taqlid telah benarbenar mempengaruhi jalan hidup masyarakat dan telah diterima baik oleh
hampir semua orang.
• Malah beliau telah menerima tindak balas yang keras daripada mereka
sehingga kepada peringkat dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan.
Akhirnya beliau telah menjadi mangsa kepada percaturan tersebut dan
meninggal dunia dalam penjara.
• Kegigihan Ibn Taimiyah ini telah menarik perhatian pelajar beliau Ibn
Qaiyim al-Jauziyah (M. 751H.). Beliau lalu mengikuti jejak gurunya itu dan
menerima nasib yang sama dengannya.

Cont..
• Walaupun perjuangan kedua-dua tokoh
reformasi atau tajdid ini tidak berjaya,
tetapi mereka telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam sejarah taqlid dan
ijtihad.
• Kedua-dua
mereka
telah

berjaya
menunjukkan kepada para ulama bahawa
ijtihad itu bukan merupakan sesuatu yang
mustahil untuk dilakukan. Apa yang
berlaku sebelum ini hanyalah kerana
disebabkan oleh kerendahan moral dan
keterbatasan nilai intelektual sahaja.
• Mereka
berdua
telah
berjaya
menghasilkan banyak tulisan. Dalam
tulisan-tulisan
tersebut
mereka
memasukkan fatwa-fatwa mereka yang
bersifat semasa bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang baru timbul atau
berbangkit.


• Dalam memberi fatwa-fatwa, mereka
ini pandai mengimbangkan antara nasnas Syariah secara khusus dan sebagai
atau rahsia yang terdapat di sebaliknya.
• Antara buku-buku mereka yang sangat
berkesan ialah al-Fatawa yang ditulis
oleh Ibn Taimiyah dan kitab I’lam alMuwaqqi`in yang ditulis oleh Ibn alQaiyim.

Muhammad Abd al-Wahab (M. 1206H.)
• Pandangan-pandangan
yang
diberikan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn
al-Qaiyim ini kemudiannya telah
menarik pandangan Muhammad Abd
al-Wahab (M. 1206H.) seorang ulama
dari Daerah Najd di Hijaz. Beliau
kemudian menyebarkan pandangan
tersebut dengan seluas-luasnya dari
Hijaz dengan mengajak para ulama
meninggalkan taqlid dan kembali
kepada al-Quran dan al-Sunnah.





Perjuangan beliau ini kemudiannya telah mendapat sambutan yang meluas di
Hijaz dan di setengah-setengah negara Islam yang lain dengan nama Dakwah
Wahabi (al-Da’wa al-Wahabiyah). Dengan sambutan itu nama beliau juga
turut menjulang.
Disebabkan oleh kebimbangan perubahan politik yang mungkin berlaku akibat
daripada pergerakan yang begitu popular itu, kerajaan Turki yang pada waktu
itu telah berjaya menyekat daripada merebak ke negara-negara Islam yang lain.
Hasilnya gerakan wahabi tidak dapat berkembang di luar sempadan Hijaz, iaitu
Arab Saudi sekarang ini

Jamaluddin al-Afghani (M. 1897)








Seorang lain tokoh tajdid kemudiannya lahir.
Beliau ialah Jamaluddin al-Afghani (M. 1897) yang
berasal daripada Iran.
Bagi memenuhi agenda tajdidnya, beliau telah
merantau ke seluruh dunia Islam menyeru
umatnya supaya membebaskan diri daripada
belenggu kebekuan dan jumud yang disebabkan
oleh amalan bertaqlid.
Beliau menyeru seluruh umat Islam menilai
semula kehidupan mereka dan mencari sebabsebab sebenar mereka menjadi mundur,
sedangkan agama yang mereka anuti, iaitu Islam
adalah agama yang sukakan kemajuan.
Kuliah-kuliah yang diberikan oleh beliau,
terutama sekali di al-Azhar, Mesir telah
mempengaruhi ramai orang. Antara mereka ialah
Muhammad Abduh (M. 1905) yang kemudiannya
merupakan murid beliau yang paling rapat dan
rakan perjuangan yang setia.

Cont..








Antara aspek yang mendapat perhatian
Muhammad Abduh dalam melaksanakan
program tajdidnya ialah kelemahan
sistem pengajian pada waktu itu.
Bagi beliau, kelemahan sistem pengajian
itulah yang menjadi penghalang kepada
kemajuan ummah serta membantut
pelaksanaan Syariat Islam.
Malah beliau mempertikaikan kaedah
mengajar dan buku-buku teks yang
digunakan
dengan
menganggapnya
sebagai gagal melahirkan hasil yang baik.
Selain itu beliau juga, melalui dialogdialog yang diadakan, telah mengkritik
para sarjana barat kerana silap faham
mereka yang begitu jelas sekali terhadap
Islam .

• Gerakan pembaharuan yang dilakukan
oleh al-Afghani dan `Abduh ini dan para
pejuang lain lagi kemudiannya telah
menjadikan
kesedaran
ke
arah
berijtihad dan membuang amalan
bertaqlid itu sebagai suatu kesedaran
umum.
• Berasaskan kesedaran itu telah timbul
persoalan-persoalan tentang rahsia
kejatuhan pengajian Syariah dan
bagaimana ia boleh diatasi bagi tujuan
memajukan
kembali
pengajian
berkenaan

KESEDARAN BARU
• Kesedaran ke arah "tajdid" atau "islah" ini kemudiannya semakin
berkembang dari masa ke semasa sehingga telah menjadi satu
kecendcerungan umum. Di bawah semangat kesedaran baru ini ramai
tokoh-tokoh telah lahir sama ada memperkatakan tentang keperluan
berijtihad atau melakukan sendiri ijtihad berkenaan.
• Antara tokoh-tokoh para fuqaha yang memainkan peranan dalam
memajukan kembali pengajian Syariah selepas al-Syeikh Muhammad
Abduh ialah;








al-Syekh Ahmad Ibrahim (M. 1945)
al-Syekh Muhammad Mustafa al-Maraghi (M.1945)
al-Syaikh Mahmood Syaltut dan al-Syaikh Ali al-Khafif (M. 1978).
al-Syaikh Muhammad al-Khudhari
al-Syekh Abd Wahab Khallaf,
al-Syekh Muhammad Abu Zahrah
Paling terkini ialah al-Syekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

• Nama-nama di atas hanya disebut secara rambang sahaja. Ia tertakluk
kepada perubahan mengikut hasil kajian bibliografi para fuqaha semasa,
sama ada yang sedia atau akan ditulis.

• Antara perubahan yang berlaku dalam pengajian Syariah sejajar
dengan semangat "tajdid" seperti mana yang dihuraikan
sebelum ini ialah;







Perubahan Kaedah Mengajar
Hilangnya Perasaan Ta sub Mazhab
Penulisan-penulisan Dalam Bentuk Baru
Penulisan Undang-Undang
Penulisan Dalam Bentuk Ensiklopedia

KEPERLUAN KEPADA IJTIHAD SEMASA




Selain isu penting yang ditimbulkan
oleh para fuqaha yang mempunyai
kesedaran tentang pembaharuan
atau tajdid ini ialah keperluan kepada
ijtihad semasa.
Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya
al-Ijtihad al-Mu’asir Baina allndbibat Wa al-Inftrat menegaskan
keperluan
berkenaan
dan
menganggap pandangan-pandangan
yang berpendapat sebaliknya sebagai
tidak rasional dan tidak mengambil
kira kenyataan.

• Menurut beliau lagi kita memang sangat
berbangga dengan keilmuan para ulama
terdahulu, tetapi permasalahan semasa
memerlukan penilaian sama ada yang tidak
terdapat
dalam
hasil-hasil
penulisan
terdahulu.
• Para fuqaha terdahulu juga menurut beliau
tidak menolak kemungkinan perubahan
hukum kerana perubahan keadaan. Kalau
penegasan seperti itu boleh dibuat oleh
mereka itu, sedangkan pada zaman mereka
perubahan tidaklah sepesat pada zaman ini,
tentu sekali mereka berpendapat bahawa
keperluan kepada perubahan hukum pada
zaman ini kerana percubaan keadaan lebihlebih lagi diperlukan.

• Bagi memenuhi keperluan ini alQardhawi mencadangkan
dua bidang
SELECTED
SUKUK
utama yang sangat perlu diberi
perhatian.
• Bidang-bidang tersebut ialah;
– Pertamanya bidang ekonomi dan
kewangan
– Keduanya ialah bidang sains dan
perubatan.
• Bagaimanapun, kata beliau lagi,
keperluan kepada ijtihad baru ini
bukan sahaja dalam masalahmasalah yang baru timbul tetapi juga
untuk menilai kembali fatwa-fatwa
lama yang terdapat dalam kitab-kitab
fiqh klasik.

STRUCTURES

• Bagi sesetengah orang, masalah
ijtihad semasa ini kelihatan begitu
sukar sekali untuk dilakukan,
terutama kerana ada berbagai-bagai
syarat yang perlu dipenuhi sebelum
melakukannya, seperti mana yang
dihuraikan oleh para ulama usulfiqh. Sikap negatif ini dikritik oleh
banyak para ulama reformis (tajdid)
dan menganggapnya sebagai tidak
sepatutnya demikian.
• Al-Allamah al-Syed Rasyid Ridha
dalam tafsirnya menegaskan bahawa
ijtihad yang dimaksudkan itu tidak
lebih susah daripada memperoleh
ijazah pertama di bidang-bidang
ilmu

• Bagaimanapun, tidak semua orang yang
mendakwa mampu berijtihad boleh
dibenarkan berijtihad. Kerana ijtihad
merupakan suatu kerja akademik yang
bernilai tinggi. Ia tertakluk kepada
berbagai-bagai syarat yang dihuraikan
oleh para fuqaha dalam kitab-kitab
Usul-Fiqh

THANK YOU