PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESI (1)

PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM
MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.
Pengenalan
Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan
kesihatan optimum dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa.
Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial,
vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang
memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam
penyebaran pelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang
terbuka. Guru memainkan peranan penting dalam menangani atau mengesan
secara langsung memberikan pendedahan dan informasi berkaitan penyakit
kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.
Peranan guru
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam
membantu mencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan
kepada skop PEERS.
PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan
yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat
yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan
seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan

yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.
Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan
sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun
2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata
pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.
Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan
diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap
minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.
Aspek dalam penerapan kesihatan
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitikberatkan nilai-nilai yang berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara
pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan penting adalah seprti berikut ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.


Pengurusan Diri
Pengurusan pakaian
Pengurusan tahap kesihatan
Pengurusan pemakanan sihat
Pengurusan berat
Pengurusan tekanan
Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang
boleh diamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara
optimum. Berdasarkan kepada pengurusan diatas, disenaraikan aspek
pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.
Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan
kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap

kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan dan
pengurusan tekanan iaitu stress.
Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut
dan mulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan
dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan
sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan juga dari
dijangkiti kudis.

Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang
diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalah lebih lama berbanding dewasa.
Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan membasuhnya
setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan
juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong
jika ia panjang. Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan
membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala
iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam
dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti
kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di
klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus
gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali
selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan
sebanyak dua kali setahun.
Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang
hendak dipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai.
Pakaian perlulah ditukar setiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah
ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.
Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia
membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara

jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk mengetahui tahap
kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah,
saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks
dan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat.
Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan
pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan
kita. Pengurusan pemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi
keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama, mengelakkan
kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko
penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan
yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana
mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati
tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh
dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid
makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori)
dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian
yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik
untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar,
berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga
pengurusan amalan makan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan

peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini. Antaranya
ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak
mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak

sihat, mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan
gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan minyak serta garam.
Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia
akan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh
mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit seperti kencing manis,
penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh
meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout,
osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami
masalah ini juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram
disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi
pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayursayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar
sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak
dan protein.
Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang
mengandungi tenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek
kerap dapat mengelakkan makan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan

makanan harus diawasi.
Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat
mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan
serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh
dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh
menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika
mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress.
Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal,
emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk
mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang
sempurna.
Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktivitiaktiviti menjurus kepada kesedaran mengenai penyakit.
Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan
melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam
sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepada
murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui
pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan
tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan
untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang
aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui sukan

untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian
bakat Talent detection dan talent identification and Development (TID).
Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rah pembangunan
modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.
Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah
pembentukkan satu masyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi.
Pendekatan ini akan mencapai matlamat strategic Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan bukan
sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif.
Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan

Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi
alcohol perlu dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi
kepada murid bagi menangani masalah yang boleh mengakibatkan atau
mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGO amat
memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua
lapisan pihak dalam menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping
kerjasama semua pihak demi kesihatan anak-anak.
Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara

berterusan dan menerapkan program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu; perkhidmatan kesihatan,
pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan
masyarakat untuk kesihatan.
Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai
status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian
kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, ia dapat juga mengesan
masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukan
mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung
dapat mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga
sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental. Program ini dapat
mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan keselamatan
masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang
baik, sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan
kesejahteraan dan keselamatan di kalangan murid-murid dan masyarakat
sekolah lain.
Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktivitiaktiviti kesihatan masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf
kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarela yang boleh membantu adalah
seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary, PIBG,

Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan.
Penutup
Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program
3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu
platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang
diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan
oleh masyarakat yang sememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat
mengenai kesihatan. Melalui program ini juga, murid-murid dan masyarakat
setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam
persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan
perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.
2.
3.
4.


RUJUKAN
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1
DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3
Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)
Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/

5.

To’ Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM
(2012)