PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN id. pdf

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PENGENALAN
Penggunaan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah
menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
kaedah (PPBK) ini, secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran
yang berkesan, aktif dan bermutu.
Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Bahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan Sekolah
Bestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenai
kaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam
pengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan.

Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap anda sebagai para pendidik dapat
menguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalam
proses pembelajaran dan pengajaran anda kelak nanti.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisi dan menerangkan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK);
2. Menjelaskan sejarah perkembangan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK);
3. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam membangunkan pengajaran pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK);
4. Menghuraikan kandungan keseluruhan pengajaran pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK);
5. Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
6. Mengenal pasti enam jenis pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
di dalam dua jenis kategori.

166


OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PETA MINDA
8.1 Pengenalan

Pengajaran Pembelajaran 
Berbantukan Komputer (PPBK)

8.2 Jenis-jenis PPBK

8.3 Jenis-jenis PPBK 

8.1


PENGENALAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau
kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh
pembangun perisian dengan menggunakan komputer.
Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah satu sistem yang
melibatkan interaksi di antara perisian komputer dengan pelajar dan guru. Ia juga
dikenali sebagai :
• Computer Assisted Instuction (CAI) di Amerika.
• Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.
Perisian ini mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap iaitu nota,
soalan dan ulangkaji. Keupayaan alat pengarangan dan komputer menintegrasikan
unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini dan ia
membawa makna besar dalam bidang pendidikan. Pembelajaran dan pengajaran
berbantukan komputer (PPBK) boleh ditafsirkan, sebagai penggunaan alat pengarangan
yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan
menyampaikan maklumat dengan cara bermutu dan berkesan.

Rajah 8.1 : Kepelbagaian interaksi komputer dengan pendidikan


OUM

167

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Kaedah (PPBK) berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, bukan merupakan penganti
guru didalam kelas. Oleh itu, guru masih dan amat berperananan untuk membentuk,
merangsang pengajaran dan pembelajaran, para pelajarnya. Oleh sebab itu, dalam
keghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK) guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan dengan
kandungan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).
Bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulah
menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Rajah 8.2 menujukan ringkasan definasi perisian pembelajaran dan

pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

Video

Audio
Digunakan secara
berfikrah,terancang
Animasi

Aplikasi
Komputer

dan bersesuian
dengan aktiviti

Maklumat bermutu
dan berkesan.

pengajaran dan
 pembelajaran.


Teks

Grafik

Rajah 8.2 : Perisian Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan
penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Terdapat empat fasa penting
yang perlu ada ketahui adalah seperti berikut :
(a) Menyampaikan Maklumat (Presenting the Information)
Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, proses
penyampaian maklumat mestilah dirangka dengan teratur dan tersusun. Pembangun
perisian juga perlu memastikan maklumat yang hendak disampaikan menepati kurikulum.
Cara dan media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seharusnya
bersesuaian dengan pengguna. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
PPBK yang dibina juga perlu mengarap teori pembelajaran, strategi pembelajaran, nilai
murni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ke dalam persembahan maklumat.
(b) Mesra Pengguna

Menurut pakar dan para pengkaji mengenai (PPBK) iaitu:
(i)

168

Beattie dan Pearson (1990)
Menyatakan perisian yang mesra pengguna ialah perisian yang membolehkan
pengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator.

OUM

TOPIK 8

(ii)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Chua (2002)
Ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang

mudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Perisian
mesra pengguna juga mempunyai kedudukan butang arahan yang tetap, teratur
dan piawai bagi memudahkan pengguna.

(iii) Norhashim et al. (1996)
Perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan pengguna dan membenarkan
pengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu, pembelajaran akan lebih
menarik dan bermotivasi.
Ciri-ciri mesra pengguna memberi ruang kepada pengguna berinteraksi dengan
komputer tanpa gangguan teknikal, kekeliruan dan kesilapan arahan. Dengan ini,
pelajar akan lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh
perisian Microsoft PowerPoint dikatakan mesra pengguna dan mampu menjana
kreativiti secara visual disokong dengan penerangan pangajar.

Rajah 8.3 : Perisian Microsoft PowerPoint

Dalam membangunkan perisian ini, penyelidik telah cuba menggunakan ciri-ciri
mesra pengguna seperti berikut:
• Membentuk butang arahan yang teratur serta mudah difahami dan mudah dicapai;
• Mereka bentuk skrin pertolongan, untuk membantu pengguna yang menghadapi

masalah;
• Memberi pedoman dan arahan yang jelas;
• Bahasa serta arahan yang digunakan mudah difahami;
• Ikon yang digunakan mudah difahami; dan
• Tiada gangguan teknikal disepanjang pengguna menggunakan perisian ini dan
mempunyai struktur ayat yang betul.
(c) Latihan oleh pelajar
Pembangun PPBK, seharusnya menyediakan kemudahan latihan, supaya pengguna
dapat mengukur dan menguji kefahamannya. Terdapat dua tujuan latihan iaitu latihan
untuk menguji kefahaman pelajar dan untuk membina kefahaman pelajar. Latihan boleh

OUM

169

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8


menjadi alat pengukuhan yang baik kepada pengguna. Pembangun perisian perlu
menyerapkan unsur-unsur motivasi dan kemahiran berfikir dalam soalan yang dibina.
(d) Mengukur Pencapaian Pelajar
Pencapaian pelajar menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK) dapat di ukur, Bukan sahaja dilihat daripada keputusan latihan semata-mata
tetapi, perlu dilihat dari aspek yang lebih luas. Pembangun perisian perlu melihat dari
segi aspek lahiriah dan rohaniah ketika menilai pencapaian pelajar dalam pembelajaran
dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).
Senaraikan media yang digunakan dalam perisian pembelajaran dan
pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.1 Sejarah Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer
(PPBK)
Renung sejenak tentang ciri-ciri perisian pembelajaran dan pengajaran
berbentukan komputer (PPBK) yang tidak membosankan pengguna.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan
penting dalam persembahan maklumat, dengan membina ujian untuk membentuk
pemahaman yang kukuh serta dapat merangsangkan dan memotivasi pengguna dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah mula
diperkenalkan pada akhir tahun 50 an yang lalu. Di antara perisian awal yang dibina
ialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Institute
of Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan untuk melatih Juru Terbang
mengendalikan pesawat.
Pada tahun 1959, IBM telah memperkenalkan penggunaan perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di kalangan pelajar sekolah di New York.
Kemudian, University of Illinois pada tahun 1960 telah memperkenalkan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dinamakan projek PLATO
(Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) di kalangan pelajarnya dan
universiti-universiti di Amerika Syarikat.
Anda
digalakkan
untuk
melihat
laman
web
berikut
http://www.platopeople.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
projek PLATO ini. Ini dapat membantu anda dengan lebih baik berhubung
dengan projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK) yang telah dilakukan oleh universiti ini.

170

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Terdapat beberapa projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)
yang terkenal seperti WICAT, CONDUTT, NDPCAL, TICCIT dan lain-lain yang telah
dijalankan. Projek ini telah membuktikan keupayaan pembelajaran dan pengajaran
berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Terciptanya komputer mikro, yang berkuasa tinggi dan
dibantu perisian alat pengarangan mesra pengguna, pembelajaran dan pengajaran
berbantukan komputer (PPBK) boleh dibina dan diapliksaikan di bilik darjah dengan
mudah.
Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan 21 set
komputer ke setiap sekolah bersama perisian. Ia bertujuan untuk, memulakan program
pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Bahagian Teknologi
Pendidikan telah memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan dan pengedaran
bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolahsekolah di Malaysia.
Kewujudan sekolah bestari pada tahun 1998, bersama penggunaaan e-pembelajaran
bagi matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah merancakkan
penghasilan bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.2

Kandungan Keseluruhan Pembelajaran dan Pengajaran
Berbantukan Komputer (PPBK)

Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)
boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu konsep asas, konsep tambahan
dan konsep maklumat. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.4 berikut:

Konsep
Maklumat

Konsep
Asas

Pembelajaran dan
Pengajaran
Berbantukan
Komputer
(PBKK)

Konsep
Tambahan

Rajah 8.4 : Kandungan PPBK

OUM

171

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(a) Komponen Asas
Secara umumnya terdapat tiga komponen asas yang wajib terkandung dalam setiap
perisian kursus iaitu:
Jadual 8.1 : Tiga Komponen Asas
Komponen Asas

Keterangan

(a) Set Induksi

Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia mengandungi konsep
tajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk awal pengguna
terhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus dapat
menarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsang
fikiran pengguna.

(b) Perkembangan

Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan beserta
langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Pembangun perisian
boleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan berkesan

(c) Penilaian

Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman pengguna
tentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian merupakan
pertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahap
penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(b) Komponen Tambahan
Komponen ini diperlukan bagi membentuk PPBK yang bersesuaian dengan keperluan
pelbagai tahap dan gaya pembelajaran pengguna. Antara kandungan komponen ini ialah:
Jadual 8.2 : Empat Kandungan Komponen Tambahan
Kandungan Komponen

Keterangan

(a) Ulangkaji

Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau kemahiran
yang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan atau
pendekatan yang sama ataupun berlainan.

(b) Pengayaan

Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai pelajaran, aktiviti
pengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap dan aras yang
lebih mencabar dan tinggi.

(c) Pemulihan

Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau memahami
pelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan diberikan
kepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasai
pelajaran.

(d) Pengukuhan

Memberikan ganjaran dalam bentuk material atau kepuasan
terhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna.

(c) Komponen Maklumat
Kandungan perisian kursus PPBK perlulah bersesuaian dengan kurikulum dan sukatan
pelajaran. Kandungan komponen ini ialah:
• Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran dan ada
berkaitan dengan tajuk.
• Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh pengguna.
172

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

• Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu.
• Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya.
• Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran.
• Rujukan atau pautan internet.

8.1.3

Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK)

Sekirinya anda berhadapan dengan perisian pembelajaran dan
pengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang mengeluarkan bunyi
yang terlalu kuat dan diikuti dengan bunyi muzik yang terlalu bising,
apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan ketika ini agar perisian
ini masih boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.
Kebaikan (PPBK) melalui pandangan pakar pembelajaran, iaitu :
(a) Thompson dan Jogensen (1989)
Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan
yang dialami, dibina, dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung.
Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar
membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan
kognitif mereka.
(b) Jensen (1996)
Menyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidak
menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).
Beliau menggunakan perisian osmosis untuk membandingkan kelebihan menggunakan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berbanding dengan
kaedah kovensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian
komputer osmosis lebih baik dari pelajar yang menggunakan kaedah konvensional.
Program perisian osmosis ini memberi fokus, kepada dua komponen dalam
pengangkutan sel iaitu difusi dan osmosis. Program ini mengambil masa 50 minit untuk
mengikutinya dengan lengkap dan diuji ke atas dua kumpulan pelajar yang mengambil
mata pelajaran Biologi di General College di Universiti Minnesota. Kumpulan petama
iaitu Kumpulan Rawatan belajar menggunakan perisian osmosis, sementara kumpulan
kedua ialah Kumpulan Kawalan menggunakan kaedah tradisi iaitu secara kuliah.
Soalan-soalan pra ujian dan pasca ujian menjadi instrumen untuk menilai pemahaman
pelajar terhadap konsep difusi dan osmosis. Kumpulan rawatan mempunyai perbezaan
keputusan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Analisis statik ANOVA yang
dilakukan, menunjukkan terdapat perubahan signifikan di antara kedua-dua kumpulan.
Menurutnya, proses perubahan bermula dengan maklumat yang diperolehi daripada
rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan ini diproses dan membentuk
maklumat yang bererti. Contoh perisian yang digunakan adalah seperti Rajah 8.5.

OUM

173

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Rajah 8.5 : Analisis statik ANOVA

Anda boleh mendapat maklumat lanjut melalui alamat berikut:
http://genome.tugraz.at/Software/Genesis/Description.html

(c) Lockard et al. (1989)
Hasil kajian mendapati teknik mengajar menggunakan perisian perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berjaya mengekalkan tumpuan kanakkanak pada masa yang lama berbanding dengan kelas biasa.
(d) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2001)
Penggunaan perisian ini secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan
dalam pembelajaran dan pengajaran akan menghasilkan perkara berikut:
• Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran;
• Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran;
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; serta
• Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahil
dan bahaya untuk dibuat;
• Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada murid belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimun serta masa interaksi dapat
dijimatkan.
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting
bagi memotivasikan murid dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar
dengan menggunakan medium yang baru dan high tech. Penggunaan dalam pengajaran
komputer juga akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi
174

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

maklumat dan komunikasi. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi akan dapat
melahirkan masyarakat Malaysia, yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi dan k-masyarakat.

Rajah 8.6 : Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga akan
menghasilkan pembelajaran yang akan, menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai
aspek untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini akan
lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam Rajah 8.7, simulasi
berhubung dengan pemanduan berhemah yang dilakukan di sekolah-sekolah memandu.
Ada di antara eksperimen yang tidak dapat
dilaksanakan kerana mempunyai risiko
keselamatan yang tinggi dan terlalu mahal. Namun
begitu dengan kecangihan aplikasi multimedia
kaedah, simulasi dapat digunakan oleh perisian
pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) dengan ini eksperimen maya
dapat dilakukan.
Rajah 8.7 : Kaedah Simulasi PPBK

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh, merangsang
pengguna belajar berkongsi pengetahuan serta menjalinkan hubungan mesra dengan
ahli pasukan dan guru. Dengan perisian berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengakses
maklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Guru tidak terikat dengan
penyampaian dan masa interaksi dapat dijimatkan, dengan ini guru mempunyai lebih
banyak masa berinteraksi dengan pelajar yang lemah.

OUM

175

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan;
• Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tehadap pelajaran;
• Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dan menggunakan TMK;
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar;
• Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahil
dan bahaya untuk digunakan;
• Membentuk pembelajaran kooperatif; dan
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimun dan masa interaksi dapat dijimatkan.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting bagi
memotivasikan murid dalam pembelajaran. Teknik pengajaran yang menggunakan
medium yang berlainan dan dianggap high tech, akan memberikan semangat serta
perangsang meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh perisian-perisian 3D seperti
3D Studio Max, Light Wave, Softimage dan sebagainya mampu menjana pemikiran pelajar
dalam melihat Sesuatu perkara dalam bentuk tiga dimensi. Ini dapat dilihat dalam Rajah
8.8 sepertimana yang digunakan dalam bahan pembelajaran elektronik oleh Open
University Malaysia.

Rajah 8.8 : Penggunaan kaedah 3D dalam pengajaran

Penggunaan komputer akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami
dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat menyesuaikan
diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi, kmasyarakat yang sentiasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
176

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga, menghasilkan
pembelajaran yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek serta
medium untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini,
akan lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan
pembelajaran yang menyeronokkan.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh merangsang pelajar
belajar, berkongsi pengetahuan dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli pasukan
serta guru. Melalui perisian yang berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengakses
maklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Pelajar yang lemah pula akan
lebih mudah berinteraksi bersama rakan-rakan. Guru juga akan mempunyai lebih masa
berinteraksi dengan pelajar yang lemah disebabkan guru tidak terikat untuk membuat
penyampaian serta masa interaksi dijimatkan. Sebagai contoh Open Universiti Malaysia
telah mewujudkan satu landasan antara pelajar dengan pensyarah yang dikenali sebagai
Sistem Pengurusan Pengajaran atau Learning Management System yang dikenali
sebagai MyLMS. Landasan ini merupakan forum untuk para pelajar berkomunikasi dengan
pengajar serta rakan-rakan yang berkursus sama dengan mereka agar dapat bertukartukar idea dan pengetahuan mereka. Pengajar akan dapat mengawal perkembangan
para pelajarnya dan dapat mengenalpasti antara pelajar yang baik dengan pelajar yang
lemah. Ini dapat dilihat dalam Rajah 8.9 di bawah:

Rajah 8.9 : Forum MyLMS OUM

OUM

177

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Kebihan (PPBK) menurut pakar iaitu;
Jadual 8.3 : Kelebihan (PPBK) Menurut Pakar
Pakar
Hinich (1993)

Keterangannya
Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta
menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga didapati berupaya
berinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkan
guru mempunyai masa yang lebih untuk memberikan pemulihan kepada
pelajar-pelajar tertentu serta menanamkan minat pengguna untuk pelajar.
Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop mampu menjana kreativiti pengajar
dan pengguna.

Rajah 8.10 : Perisian
Adobe Photoshop

Shaifol (2004) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) membolehkan
pelajar memilih serta menggunakan cara yang diminati untuk meneroka dan
menjelajah pembelajaran. pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) adalah pembelajaran aktif, berlaku dalam persekitaran multimedia
bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam berbagai orientasi
yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognatif mereka. Di dalam situasi
pembelajaran aktif, pengetahuan adalah secara langsung dialami dan dibina,
dimanupulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar (Thompson dan Jogensen
1989). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dilihat
dapat menyelesaikan masalah kepelbagaian pelajar.
Allen (1985)

Hasil kajiannya, mendapati pembelajaran berbantukan komputer memberi
sumbangan yang besar untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam
bidang Matematik. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) akan merangsangkan minda pelajar dengan pelbagai aktiviti untuk
melahirkan pelajar yang kreatif.

Diana (1992)

Mendapati pembelajaran menggunakan perisian komputer dengan
menggunakan kaedah simulasi dan pelbagai kaedah lain akan meningkatkan
tahap pemahaman teori dan analisis.

Fisher (1994)

Menyatakan multimedia membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang
dinamakan "pembelajaran terbuka". Kelebihan (PPBK) yang terdiri daripada
gabungan media seperti teks, gambar, animasi, video dan muzik sangat
bersesuaian sebagai bahan bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran

178

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

berbantukan komputer (PPBK) bersifat interaktif di mana pengguna tidak
menerima maklumat secara pasif seperti membaca buku tetapi boleh
mengumpul maklumat mengikut keperluan dan kemampuan sendiri.
Watson (1993) Mendapati terdapat impak positif ke arah meningkatkan kefahaman pelajar
apabila teknologi perisian dalam pengajaran diaplikasikan. See (1997) yang
menyatakan perisian dapat menjadi pemangkin serta penjana pendidikan dan
pembelajaran di sekolah.

Nyatakan kebaikan menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran
berbantukan komputer (PPBK) di dalam kelas

Latihan 8.1
Definisikan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK)

8.2

JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Adakah jenis-jenis pengajaran melalui kaedah (PPBK) sama dengan
kaedah pengajaran konvensional yang biasa anda amalkan, dan cuba
anda membuat perbezaan diantaranya.

8.2.1

Tutorial

(a) Alessi dan Trollip (1991)
Menurut mereka tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan pengajaran baru dan
mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun.
(b) Salleh (1997)
Salleh pula menganggap bahawa tutorial mampu merangsangkan pembelajaran mengikut
kemampuan sendiri serta mendokong strategi pembelajaran anjal.
(c) Menurut Merrill et al (1996)
Kaedah tutorial yang digunakan dalam perisian boleh menggantikan peranan guru
sebagai tutor.
(d) Shaifol (2004)
Beliau merasakan bahawa tutorial sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep
dan diikuti dengan soalan latihan yang bertujuan untuk menguji pelajar tentang konsep
yang dipelajari.

OUM

179

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Hasselbring dan Goin (1993)
Mereka telah mencadangkan bahawa ciri-ciri tutorial yang baik seperti berikut:
(f)

Jumlah maklumat yang hendak disampaikan pada satu masa hendaklah dihadkan;
(i)

Pengguna boleh mengulangkaji maklumat baru;

(ii)

Memberi maklum balas; dan

(iii) Pelajaran terkawal.
(g) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)
Mendefinisikan tutorial sebagai kaedah pembelajaran yang merangkumi pembelajaran
yang dikawal urutan persembahan serta latihan. Tutorial digunakan untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial)
mengandungi satu atau lebih komponen persembahan maklumat yang membimbing,
menyediakan atau memberi latihan dan menilai pencapaian pengguna. Alat yang selalu
digunakan dalam pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan yang
disimpan dalam cakera padat, cakera keras atau laman web.
Berdasarkan himpunan pendapat dapatlah disimpulkan bahawa, tutorial sesuai dengan
kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan berbeza dan memerlukan strategi
pembelajaran aktif dan anjal. Melalui pendekatan tutorial pengguna bebas mengawal
situasi pembelajaran mereka mengikut kemampuan masing-masing. Selain daripada
itu, kaedah pengajaran tutorial mendokong teori pembelajaran tingkah laku dengan
membenarkan proses pengulangan dilakukan oleh pengguna, serta teori pembelajaran
kognitif pula membenarkan pengguna meneroka perisian mengikut langkah demi
langkah.
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang
dibangunkan dengan kaedah tutorial, berperanan sebagai tutor untuk melaksanakan
pengajaran. Perisian multimedia yang menggunakan kaedah ini juga, merangsang
penglibatan aktif daripada pengguna.
Dalam Rajah 8.11, menunjukkan model yang dibuat oleh Alessi dan Trolip (1991)
sebagai model tutorial. Menurut Alessi dan Trolip (1991), perisian berbentuk tutorial
membolehkan pelajar yang cerdas meneruskan pelajaran mereka tanpa merasa bosan,
manakala pelajar yang lemah pula akan dibimbing untuk membentuk pemulihan.

Antara contoh perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan
komputer (PPBK) boleh didapati melalui Laman Web berikut:
www.geocites.com/shaifol6900.

180

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengenalan

Persembahan
Maklumat

Soalan dan
Rangsangan

Penutup

Maklumbalas

Penilaian
Rangsangan

Rajah 8.11 : Struktur Pedagogi Tutorial (Alessi & Trolip 1991)

Berdasarkan Rajah 8.11, pendekatan tutorial akan dimulakan dengan skrin pengenalan
yang akan menjelaskan tajuk, serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
Bahagian persembahan maklumat pula, digunakan untuk memasukkan beberapa sub
tajuk utama. Bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan berkesan dan
menarik minat, elemen-elemen multimedia digunakan.
Soalan-soalan latihan disediakan, selepas sahaja pengguna atau pelajar selesai belajar
sesuatu tajuk. Rangsangan segera akan diberikan bagi setiap jawapan. Maklum balas
diberikan dalam bentuk teks dan audio. Bagi memastikan pengguna dapat memahami
sesuatu tajuk, pengguna diberi peluang untuk menjawab soalan sehingga betul.
Pengguna dapat menilai sama ada apa yang dipelajari benar-benar dikuasai atau
sebaliknya, dengan merujuk kepada laporan ujian yang disediakan.

8.2.2

Latih Tubi

Menurut Ismail (2002), latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan
pelajar memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan.
Pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima maklum balas
daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan.
Latih tubi sesuai digunakan sebagai ulangkaji selepas mempelajari sesuatu konsep atau
sebagai latihan bagi pelajar yang lemah. Oleh itu, latih tubi yang baik perlu memenuhi
kehendak objektif pembelajaran. Komputer berupaya memberi maklum balas serta
merta terhadap setiap jawapan pelajar. Latih tubi berasaskan komputer menawarkan
kelebihan dari segi :

OUM

181

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Jadual 8.4 : Kelebihan Latih Tubi
Kelebihan

Keterangannya

Interaktiviti

Perisian komputer dapat mempersembahkan pelbagi masalah
yang memerlukan pelajar memberi jawapannya.

Maklum balas cepat

Perisian komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera
sekiranya sesuatu jawapan itu betul atau salah dan dalam
program yang direka bentuk dengan sempurna, komputer dapat
memberitahu pelajar sebab kesilapan.
Program pengulang item-item yang tertinggal secara automatik
sehingga pelajar mahir.

Kesabaran tanpa had

Perisian komputer latih tubi boleh digunakan dalam jangka masa
panjang tanpa perasaan jemu atau marah.

Pelbagai tahap kesukaran Perisian komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Tahap
kesukaran ditetapkan oleh guru atau pelajar atau program
tersebut boleh diubahsuai berdasarkan pencapaian pelajar.
Motivasi

8.2.3

Komputer dengan program latih tubi lebih memberi motivasi
kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama
menggunakan kertas dan pensil.

Permainan

Sifat manusia yang minat pada hiburan dan cabaran, dimanupulasikan dalam
pembinaan perisian berasaskan permainan. Pelajar-pelajar lebih gemar menghabiskan
masanya dengan bermain. Sifat ini merangsang pembinaan perisian permainan, yang
membolehkan pengguna belajar dan bermain serentak. Aktiviti permainan menggunakan
pendekatan bermain sambil belajar atau berhibur sambil belajar.
Multimedia berupaya menyediakan kesan khas yang menarik bersama kesan bunyi
serta simulasi video dan aksi yang pantas. Multimedia berupaya membuat gerakan
dalam bentuk Tiga Dimensi (3D), yang benar-benar membuatkan simulasi yang
dilakukan berada dalam keadaan realistik. Keupayaan ini menyebabkan multimedia
berupaya menjadi bahan pendidikan dan hiburan yang menyeronokan.

Rajah 8.12 : Antara perisian permainan
komputer di pasaran

182

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Aktiviti permainan ini boleh meningkatkan dan menanam minat pelajar untuk belajar.
Aktiviti ini dapat memotivasi pelajar dan merangsang pelajar mengumpul markah yang
paling tinggi. Untuk membina aktiviti permainan, pembangun perisian perlu menetapkan
had permainan, keputusan arah permainan serta pemantau permainan. Perisian
komputer akan menjadi hakim kepada permainan, serta menyimpan maklumat
keputusan permainan. Dalam keadaan tertentu, perisian komputer juga menjadi
persaing kepada pengguna.
Memandangkan naluri manusia yang gemarkan hiburan terutamanya kanak-kanak
Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan. Gabungan antara pendekatan pendidikan dan
hiburan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang sentiasa ditunggu oleh pelajar.

Latihan 8.2
Cirikan Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah tutorial.

8.3
8.3.1

JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
Simulasi

Simulasi dapat membina ilusi bahan rasa yang realistik melalui teknologi komputer
yang mengabungkan audio, visual dan interaksi. Pembangun perisian biasanya
menggunakan media video atau animasi untuk mempersembahkan eksperimen dalam
bentuk simulasi. Penggunaan kaedah ini juga, dapat membenarkan pengguna memilih
dan menjalani eksperimen tanpa kawalan oleh guru. Dengan ini, pelajar dapat bertindak
dan berfikir dengan lebih kreatif.
Simulasi membuatkan pengguna, merasa seolah-olah berada dalam keadaan sebenar.
Simulasi boleh dibuat dalam bentuk dialog, menggunakan alatan atau merasai sendiri
interaksi bersama perisian komputer. Model dan pendekatan yang realistik digunakan,
untuk menerangkan konsep atau prosedur. Kaedah simulasi terbahagi kepada 2
kategori iaitu untuk mengajar atau melakukan sesuatu.
Simulasi membolehkan pengguna melakukan eksperimen, walaupun eksperimen itu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Komponen
komputer contohnya, cukup sensitif dan kos untuk mendapatkannya cukup tinggi.
Memandangkan aspek ini, kaedah simulasi digunakan untuk menunjukkan kepada
pengguna kaedah komponen-komponen komputer dihubungkan dengan betul bagi
membolehkan komputer berfungsi.
Selain dari itu, kaedah simulasi digunakan bagi melatih pekerja yang mempunyai risiko
tinggi. Melatih juruterbang contohnya serta, Juru Dandang atau Pemandu Keratapi laju.
Pembina perisian perlu merangka keadaan sebenar, serta keadaan yang berlaku
sekiranya tersilap mengunakan arahan.

OUM

183

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Pendekatan simulasi serasi dan menyokong pendekatan
konstruktif iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan
kepada pemikiran kritis, penyampaian masalah dan
pengalaman pembelajaran autentik (PPK 2001). Kaedah
simulasi bagi menggantikan aktiviti-aktiviti yang sukar
dilakukan di makmal akan membantu pelajar yang sesuai
dengan gaya pembelajaran konstruktif menguasai
pembelajaran.

Rajah 8.13 : Simulasi juruterbang

8.3.2

Tunjuk Cara

Pernahkah anda melihat satu demonstari yang cuba dilakukan oleh
jurujual tertentu yang berusaha untuk menarik perhatian para pendengar
agar membeli produk keluaran mereka. Pernahkah anda cuba memikir
dan membuat analisa berhubung dengan kepelbagaian penggunaan cara
dan kaedah untuk menarik perhatian pendengar? Apakah iktibar yang
boleh anda dapati daripada pemerhatian tersebut?

Tunjuk cara ialah kaedah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu kepada pelajar
atau sekelompok pelajar. Tunjuk cara boleh menjimatkan masa pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini sesuai dilakukan apabila kekurangan alatan, ekseperimen ini
bahaya. Kaedah tunjuk cara, bertujuan bagi menjelaskan konsep dan proses guru
menggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat tunjuk cara. Kaedah ini
digunakan, bagi menujukkan cara kerja samaada dalam eksperimen yang terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan.
Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar
melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Contohnya guru menunjukkan
bagaimana untuk memulakan perisian Authorware kepada semua pelajar menggunakan
perisian multimedia dengan bantuan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Pelajar
dapat melihat sendiri urutan langkah yang perlu dilaksanakan.

8.3.3

Ujian

Ujian merupakan pendekatan yang digunakan untuk menilai semula kandungan
yang telah diajar kepada pelajar.Ujian ialah penilaian yang dilakukan terhadap pelajar
setelah menghabiskan pembelajaran.

Ujian merupakan salah satu kayu pengukur bagi, keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru berperanan menilai dan menyesuaikan ujian dengan kebolehan
pelajar serta menyemak kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Ujian dibentuk
daripada himpunan soalan latihan yang membenarkan pelajar memasukan maklumat
yang dipelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Dalam pengajaran dan pembelajaran

184

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

berbantukan komputer (PPBK) ujian boleh dibina dengan menggunakan alat interaktif
dan pemboleh ubah untuk merekod markah ujian.
Walaupun terdapat kesamaan antara ujian dan latih tubi namun terdapat perbezaan
yang ketara dari segi tujuan dan rangsangan.
• Tujuan utama latih tubi ialah untuk membuat ulang kaji oleh itu soalan yang di beri boleh di
ulang jawab oleh pelajar dan biasanya di bagi rangsangan dengan cepat serta markahnya
tidak di rekod.
• Tujuan ujian pula ialah untuk menilai keupayaan pelajar atau
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh itu
soalannya tidak dibenarkan di ulang jawab serta markahnya
di rekod. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.14 di sebelah:

Rajah 8.14 : Contoh soalan ujian

Rajah 8.15 : Penggunaan pemboleh ubah bagi
memaparkan markah pelajar menggunakan Notepad

Setelah anda, didedahkan kedua-dua jenis kategori (PPBK) cuba anda
terangkan melalui pandangan anda sendiri mengenai kebaikannya,
berbanding kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional.

Latihan 8.3
Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan
kaedah simulasi dan tunjuk cara.

RUMUSAN
Bab ini membincangkan secara keseluruhan aspek pengenalan sejarah serta
pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).
Bab ini juga membincangkan jenis-jenis perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) yang selalu digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

OUM

185

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

GLOSARI
CAI

– singkatan Computer Assisted Instuction

CAL

– singkatan Computer Aided Learning

PLATO – singkatan Programmed Logic for Automatic Teaching Operation )
LCD

– singkatan Liquid Crystal Display

UJIAN 1
1.

Terangkan perbezaan dan persamaan jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) latihan dan ujian

2.

Terangkan ciri-ciri yang harus difikirkan dalam membangun perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3.

Nyatakan dan cirikan kandungan keseluruhan yang ada dalam pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

4.

Nyatakan empat jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

UJIAN 2
1.

Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer
(PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan
penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran Nyatakan empat fasa penting
yang perlu ada dalam membangunkan perisian

2.

Takrifkan dan terangkan ciri-ciri mesra pengguna yang ada dalam perisian pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3.

Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah latih tubi dan permainan.

RUJUKAN
Alessi, S.M. & Trollip, S.R. 1991. Computer base instructional: Methods and
development. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice Hall,Inc.
Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of
Education Research 49(3): 70-71.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan
komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Fisher, S. 1994. Multimedia authoring building and development document.
England: A.P Profesional.

186

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs.
New York: Merill-Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.
Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Jensen, M.S. 1996. A computer unit on diffusion and osmosis with a conceptual change
design. Journal Of Computer And Mathematic Science Teaching 12(2): 49-64.
Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in
education:
from
computer
literacy
to
curriculum
integration.
Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
M.N. 1996. Computer's in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan
komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001.
Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi
Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti
pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua
Sekolah Malaysia 2: 61-66.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi
Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900

OUM

187