KEBAJIKAN ANAK LUAR NIKAH ORANG ISLAM ME

KEBAJIKAN ANAK LUAR NIKAH ORANG ISLAM MENURUT
PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG
DI MALAYSIA: SUATU ANALISA
Abd Ghani Ahmad1
Nuarrual Hilal Md Dahlan2
Abstrak
Kebajikan merupakan aspek terpenting dalam mengurus kehidupan anak luar
nikah. Hukum Syarak telah meletakkan garis panduan tentang keperluan menjaga
kebajikan anak luar nikah orang Islam setanding dengan anak yang sah nikah.
Begitu juga dalam undang-undang di negara kita khasnya undang-undang
keluarga Islam turut diperuntukkan fasal-fasal kebajikan demi menjamin aspek
kebajikan tidak diabaikan oleh individu yang dikaitkan dengan anak luar nikah
mahupun pihak berwajib. Ternyata pelaksanaan kebajikan anak luar nikah orang
Islam masih kurang memuaskan meskipun Hukum Syarak dan undang-undang
telah memperuntukkan dengan jelas. Objektif penulisan ini adalah untuk
mengetahui sejauhmanakah aspek kebajikan anak luar nikah orang Islam
dilaksanakan menurut perspektif Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang
di Malaysia. Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif sosial dan undang-undang
berdasarkan data primer dan sekunder berkaitan kebajikan anak luar nikah orang
Islam. Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang
menganalisa secara perbandingan merujuk dalil-dalil Usul Fiqh Islam dan

undang-undang sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam
mengenalpasti pelaksanaan kebajikan terhadap anak luar nikah. Hasil penulisan
ini mendapati bahawa pihak berkuasa terutamanya Kementerian Pembangunan
Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan NGO memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anak luar
nikah. Meskipun ibu dan waris ibu merupakan pihak utama yang
bertanggungjawab menguruskan kebajikan terhadap anak luar nikah orang Islam
tetapi ramai di kalangan mereka yang menyerahkan tanggungjawab tersebut
kepada pihak berkuasa dengan alasan terdapat peruntukan kewangan yang cukup
dan prasarana yang selesa.
Kata kunci: Anak luar nikah orang Islam, Kebajikan anak luar nikah orang Islam,
Hukum Syarak, Undang-undang di Malaysia, Pihak yang bertanggungjawab
melaksanakan kebajikan

1. PENDAHULUAN
1

Pelajar PhD Industri di Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah seliaan penulis kedua. Email:
[email protected]. HP: 019-4469596.
2

Profesor Madya di Legal and Justice Research Centre (UUM, Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Beliau juga merupakan penyelia tesis
PhD Industri penulis pertama. Email:[email protected]; [email protected]:
012-5785455.

1

Islam menjamin hak anak luar nikah untuk mendapat kebajikan dalam kehidupan
seharian di mana setiap ibu kandung difardhukan memberi nafkah dan hadanah
kepada anak tersebut. Kewajipan memberi nafkah adalah seperti menyediakan
keperluan makan-minum, pakaian, pendidikan dan belaian kasih sayang manakala
kewajipan hadanah pula ialah menyediakan tempat perlindungan yang selamat
dan penjagaan yang sempurna.
Semua negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan
undang-undang tentang nafkah dan hadanah demi menjamin dan memastikan
hak-hak tersebut terpelihara. Bagi anak luar nikah, ibu dan waris ibu merupakan
pihak utama yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka. Kewajipan ini
menyamai tugas seorang bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anakanaknya apabila perkahwinan mereka sah di sisi Hukum Syarak dan diiktiraf oleh
undang-undang.
Soal perkahwinan dan kelahiran anak-anak adalah perkara penting yang perlu

melalui proses pemahaman ke arah pembentukan sistem kekeluargaan yang
mempunyai perancangan tersendiri. Perancangan tersebut tidak boleh lari daripada
kepentingan duniawi dan ukhrawi antara ibu bapa dan anak-anak. Tanpa proses
tersebut akan wujud organisasi sistem kekeluargaan yang pincang iaitu lahirnya
anak-anak yang terbuang, tercicir dan terhina yang membawa bencana bukan
sahaja kepada kedua-dua ibu bapanya bahkan kepada masyarakat serta anak-anak
luar nikah yang menjadi barah kepada masyarakat3.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ibu dan waris ibu yang sanggup
memelihara anak luar nikah tetapi mempunyai kesukaran untuk menyara nafkah
dan hadanah disebabkan faktor kemiskinan atau tidak mempunyai sebarang
pekerjaan. Dalam hal ini, fungsi dan tugas pihak berkuasa seharusnya berperanan
untuk membantu meringankan beban golongan tersebut agar kebajikan dan
pengurusan anak mereka dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Penulisan ini akan membincangkan isu kebajikan anak luar nikah seperti mana
yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Kanak-Kanak
2001 dan Undang-undang keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia khasnya di
Kedah dan Wilayah Persekutuan. Justeru itu, penulisan ini akan mengenalpasti
sejauhmanakah aspek kebajikan anak luar nikah orang Islam dilaksanakan
menurut perspektif Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang di Malaysia.
2. DEFINISI KEBAJIKAN

3

Muhammad Bakir Yaakob & Khatijah Othman, 2012, Strategi Ke Arah Kebajikan Anak-Anak
Dari Perspektif Islam, Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad, (pnyt), Penilaian
Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan Dan Perkembangan, Sintok, UUM Press, Cet. 2,
Hlm. 136.

2

Kebajikan ialah sesuatu yang membawa kebaikan atau perbuatan baik atau
kebaikan. Kebajikan berasal daripada perkataan bajik bererti buat baik, sesuatu
yang murni. Ia melibatkan amal jariah; niat dalam pertuturan dan perbuatan. Ia
mempunyai konsep global, tentang duniawi dan ukhrawi4.
Kebajikan masa kini memerlukan penonjolan untuk mendidik, membimbing dan
menyedarkan masyarakat dalam slogan dan hasrat: “kebajikan tanggungjawab
bersama” sebagai satu halacara bersepadu penglibatan semua dan untuk kebajikan
semua. Kebajikan tidak hanya tertumpu kepada kerajaan semata-mata sebaliknya
memerlukan pengembelingan tenaga semua pihak dalam membangunkan
masyarakat dinamis yang berdaya maju5.
Kebajikan anak luar nikah boleh didefinisikan sebagai satu kerangka minda atau

pemikiran (fahaman) dan tindakan yang menjurus kepada penghasilan kebaikan
atau kesejahteraan khusus kepada mereka. Kebajikan anak luar nikah boleh
dianggap sebagai suatu elemen struktur sosial yang lahir daripada interaksi
keluarga dan berbentuk fizikal (bantuan kewangan dan keperluan asas) atau bukan
fizikal (sokongan emosi, empati, ilmu, kemahiran dan sebagainya)6.
3. KONSEP KEBAJIKAN ANAK LUAR NIKAH
Umumnya, ibu bapa berkewajipan menjaga kebajikan anak-anak seperti makanminum, pakaian, pendidikan dan belaian kasih sayang dan menyediakan tempat
tinggal yang baik dan sempurna yang menjadi nadi kehidupan mereka. Namun
begitu, bagi anak luar nikah, kewajipan memelihara dan menyediakan
perlindungan kepadanya adalah terletak di bawah tanggungjawab ibunya. Jika
ibunya enggan memeliharanya, tanggungjawab tersebut berpindah kepada waris
ibunya yang terdekat7. Sekiranya, kedua-duanya tidak berkemampuan untuk
memeliharanya maka kewajipan tersebut berpindah kepada pihak berkuasa8.
Terdapat beberapa senario tentang penjagaan anak luar nikah di kalangan ibu dan
waris ibu. Ada di kalangan mereka yang berminat untuk menjaga anak luar nikah
4

Kamus Dewan, 2007, Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat, Cet. 2, Hlm.
110.
5

Wan Azmi Ramli, 1990, Kebajikan Masyarakat : Masalah dan Cabaran, Jurnal Kebajikan
Masyarakat. Vol. 12, No. 2, Hlm. 22.
6
Ahmad Shukri Abdul Hamid, 2012, Modal Sosial dan Kebajikan Kanak-Kanak, Dlm. Azlin
Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad, (pnyt), Penilaian Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu
Kebajikan Dan Perkembangan, Sintok, UUM Press, Cet. 2, Hlm. 9.
7
Seksyen 85, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 ; Seksyen 86,
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, 2008.
8
Seksyen 30 (e), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

3

sama ada mereka terdiri di kalangan orang kaya atau orang miskin. Bagi keluarga
kaya, urusan menyara keperluan hidup dan tempat tinggal tidak menjadi masalah
kepada mereka. Bagi keluarga miskin, mereka berusaha membesarkan anak
tersebut dengan kadar kemampuan ekonomi mereka dan jika ada bantuan daripada
institusi kerajaan seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal, Lembaga Zakat dan sebagainya, ini

akan dapat meringankan bebanan mereka.
Sebaliknya, terdapat ibu atau waris ibu tidak sanggup memelihara anak luar nikah
disebabkan rasa malu dengan masyarakat di sekeliling sama ada mereka terdiri di
kalangan kaya atau miskin. Sebagai langkah terakhir, mereka menyerahkan anak
tersebut kepada JKM untuk dipelihara atau diserahkan kepada keluarga angkat.
Bagi anak luar nikah di kalangan orang Islam, batasan agama menghalang anak
angkat dibin atau dibintikan kepada bapa angkat kerana ia akan menjejaskan
hubungan mahram dan perwalian9.
Contohnya, Aini (bukan nama sebenar) berusia 16 tahun berasal dari Bandar
Baharu, Kedah sedang mengandungkan anak luar nikah. Ibu bapanya menyedari
Aini telah mengandung pada Februari 2014 lalu membawanya ke Rumah
Perlindungan Nurul Hana (RPNH) di Lot 1889, Jalan Stadium, Off Jalan
Kompleks Pendidikan, 05100 Alor Setar, Kedah. Ibu bapanya tidak mahu
memelihara anak tersebut sebaliknya akan diserahkan kepada keluarga angkat. Ibu
bapanya mahu Aini meneruskan pengajiannya di Tingkatan Empat, SMK Sultan
Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah. Pasangannya bercadang untuk
mengahwininya tetapi dilarang oleh kedua ibu bapa Aini10.
Di seluruh Malaysia, sebanyak 4,453 kes kanak-kanak termasuk anak luar nikah
yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan dari JKM. Daripada jumlah
tersebut, seramai 1,683 orang kanak-kanak lelaki dan 2,770 orang kanak-kanak

perempuan yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan dari JKM. Di negeri
Kedah, seramai 117 kanak-kanak lelaki dan seramai 317 orang kanak-kanak

9

Chan Cheong Chong, Azlin Hilma Hillaluddin & Iran Herman, 2012: 43, Isu Penempatan KanakKanak: Pandangan Pegawai Kebajikan Masyarakat Di Kedah, Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin &
Zarina Mat Saad, (pnyt),. Penilaian Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan dan
Perkembangan, Sintok, UUM Press, Cet. 2, Hlm. 43. Lihat Al-Quran : al-Ahzab, 33 : 5. Petikan
ayat : “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri;
cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa
mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai
"maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap
melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu
melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
10
Aini (bukan nama sebenar), Temubual dengan penulis, RPNH, Lot 1889, Jalan Stadium, Off
Jalan Kompleks Pendidikan, 05100 Alor Setar, Kedah, 06 Mei, 2014.

4


perempuan daripada jumlah keseluruhannya iaitu 434 orang yang memohon
pemeliharaan dan perlindungan kepada JKM11.
Terdapat tiga pusat jagaan kanak-kanak yang turut menempatkan anak luar nikah
iaitu Rumah Kanak-Kanak (RKK), Rumah Budak Laki-Laki (RB) dan Rumah
Tunas Harapan (RTH) yang disediakan oleh JKM. Ketiga-tiga institusi tersebut
melaksanakan program jagaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling,
pelajaran, latihan vokasional, didikan agama dan moral, riadah dan perubatan
serta kesihatan. Sebilangan besar anak luar nikah yang mendiami di ketiga-tiga
institusi tersebut berasa sangat selamat, sangat suka tinggal di situ dan sangat
rapat serta berpuashati dengan petugas di institusi tersebut yang berperanan
sebagai ibu bapa ’ganti’ kepada mereka12.
Selain itu, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu OrphanCARE yang
beroperasi di Petaling Jaya, Selangor telah menubuhkan ‘Baby Hatch’. Baby
Hatch merupakan tempat yang diwujudkan untuk menempatkan bayi-bayi yang
tidak diingini atau bayi terbuang sebagai alternatif untuk menyelamatkan mereka
daripada dibunuh. Bayi yang ditempatkan di ‘Baby Hatch’ boleh diserahkan
kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat setelah
memenuhi pra-syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan OrphanCARE.
Setakat ini, OrphanCARE telah menerima 40 kes anak tidak diingini iaitu
sebanyak 32 kes bayi dan 8 kes kanak-kanak sejak dilancarkan pada 29 Mei 2010

lalu. Daripada jumlah itu, 32 orang adalah berbangsa Melayu dan bakinya dari
kaum Cina dan India. Terdapat 2 kes bayi yang diletakkan dalam ‘Baby Hatch’
yang disediakan13.
4. KEBAJIKAN ANAK LUAR NIKAH ORANG ISLAM MENURUT
HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG
a. Hukum Syarak
Kebajikan anak luar nikah menurut perspektif Hukum Syarak dapat dilihat dalam
dua aspek iaitu nafkah dan hadanah (penjagaan).
Nafkah ialah kalimah Arab yang berasal daripada infaq iaitu mengeluarkan. Dari
sudut bahasa bermakna apa yang dikeluarkan oleh manusia terhadap anak11

Laporan Statistik , 2015, Laporan Statistik 2013-2015, Putrajaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, Hlm. 117-119.
12
Salma Ishak, Jusmawati Fauzaman, Noor Azizah Ahmad & Fauziah Shaffie, 2012, Jagaan Di
Institusi : Apa Pengalaman Dan Pandangan Kanak-Kanak, Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin &
Zarina Mat Saad, (pnyt),. Penilaian Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan dan
Perkembangan, Sintok, UUM Press, Cet. 2, Hlm. 22.
13
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh & Nisar Mohammad Ahmad, 2011, Pengurusan dan

Perlindungan Anak Tak Sah Taraf Melalui ‘Baby Hatch’ : Satu Penilaian Daripada Perspektif
Maqasid Syariah Dan Undang-Undang Malaysia, Kertaskerja ISLAC, 19 Nov, Terengganu,
UNiSZA, Hlm, 7.

5

anaknya. Daripada istilah Syarak bermakna memberi perbelanjaan yang
secukupnya daripada makanan, pakaian dan tempat tinggal14.
Hukum Syarak telah meletakkan kewajipan ibu memberi nafkah dan saraan hidup
yang lain kepada anak luar nikah. Ini disebabkan anak luar nikah hanya
dinasabkan kepada ibunya sahaja dan tidak dinasabkan kepada bapa yang
menyetubuhi ibunya15.
Kewajipan ibu memberi nafkah kepada anaknya telah dinyatakan di dalam alQuran :
”Janganlah menjadikan seseorang ibu menderita kerana anaknya”16
Menurut fuqaha’, hadanah bererti menjaga dan mendidik kanak-kanak yang
masih kecil oleh seseorang yang dipertanggungjawab ke atasnya. Penjagaan
tersebut meliputi semua perkara yang menyentuh kehidupannya seperti mendidik,
memimpin, mengawasi dan mengatur segala hal ehwal kanak-kanak sehingga
umur tertentu17.
Hukum Syarak telah meletakkan kewajipan menjaga anak luar nikah ialah kepada
ibunya. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
“Anak adalah hak pemilik hamparan (al-firasy) sedangkan orang
yang berzina (al-‘ahir) haknya adalah batu”18
Hadis di atas telah dibincangkan melalui fatwa yang menjelaskan
kedudukan anak yang lahir daripada perzinaan tidak boleh dinasabkan
penzina lelaki meskipun penzina lelaki mengahwini penzina perempuan.
diharuskan sekiranya penzina lelaki mengahwini penzina perempuan
selesai eddah dan melakukan taubat nasuha19.
b. Undang-Undang

tentang
kepada
Adalah
selepas

14

Al-Zuhaili, Wahbah, 1409H/1989M, Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Damsyik, Dar al-Fikr,
Juz. 7, Cet. 3, Hlm. 786.
15
Ibid, 681.
16

Al-Quran, al-Baqarah, 2 : 233.
Al-Khatib, Muhammad al-Syarbini, 1377H/1958M, Mughni al-Muhtaj, Kaherah, Syirkah
Maktabah Wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auladuhu, Juz. 3, Hlm. 452.
18
Al-Imam al-Hafiz Muslim bin Hujjaj al-Naisaburi, 1428H/2007M, Sahih Muslim, Kitab AlRadha’, Bab al-Waladu Lil Firash, Hadis No. 3598, Beirut, Dar al-Makrifah, Cet. 2, Hlm. 663.
19
Ahmad bin Abd al-Razak Al-Dawish, 1423H/2002M, Fatawa Al-Lujnah Al-Daimah Lil Mabhus
Al-‘Alamiah Wa al-Ifta’, Riyadh , Al-Mamlakah Al-‘Arabiyyah As-Su’udiyyah, Muassasah AlAmirah, Cet. 4, Hlm. 388.
17

6

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara
telah meletakkan asas yang kukuh mengenai pembahagian bidangkuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tentang kebajikan anak luar nikah.
Fasal 74 telah memperuntukkan bidangkuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri seperti yang terkandung dalam Senarai Pertama, Senarai Kedua
dan Senarai Ketiga Jadual Kesembilan.
Dalam Senarai Pertama (Senarai Persekutuan) telah diperuntukkan dalam Perkara
4(e)(i) iaitu hal-hal yang berkaitan perceraian dan taraf anak. Dalam Senarai
Kedua (Senarai Negeri) telah diperuntukkan dalam Perkara 1 berkaitan
pengambilan anak angkat, taraf anak dan penjagaan anak. Dalam Senarai Ketiga
pula (Senarai Bersama) telah diperuntukkan dalam Perkara 1 iaitu hal-hal yang
menyentuh kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada
Senarai Pertama dan Kedua; perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan
orang-orang muda.
Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dan bidangkuasa
dalam Senarai Pertama iaitu menentukan status kesahtarafan anak di WilayahWilayah Persekutuan sahaja (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) yang
termaktub di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan,
1984 (Akta 303).
Kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa dan bidangkuasa dalam Senarai Kedua
iaitu menentukan status kesahtarafan anak dan hadanah (penjagaan anak). Ini
disebabkan setiap negeri di Malaysia mempunyai enakmen undang-undang
keluarga Islam yang tersendiri yang berkuasa membuat peruntukan-peruntukan
tertentu berkaitan isu kesahtarafan anak.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dan bidangkuasa
bersama dalam menguruskan kebajikan anak luar nikah seperti yang terkandung
dalam Senarai Ketiga (Senarai Bersama). Penubuhan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di peringkat Kerajaan Persekutuan
adalah untuk merealisasikan fungsi kebajikan seperti yang termaktub dalam
Senarai Bersama tersebut.
Kewajipan menjaga anak luar nikah terletak dalam Senarai Bersama di mana
Kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) sama
ada kanak-kanak tersebut di kalangan orang Islam atau bukan Islam. Kuasa
Kerajaan Negeri pula menggunakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
negeri masing-masing atau Akta Undang-undang Keluarga Islam Willayah
Persekutuan, 1984 (Akta 303). Tertakluk kepada permohonan mana-mana pihak
sama ada ibu atau waris ibu kepada anak luar nikah orang Islam, Mahkamah
Syariah boleh memerintahkan seseorang kanak-kanak dijaga oleh mana-mana
7

pihak lain atau ditempatkan di mana-mana institusi seperti yang terkandung dalam
peruntukan iaitu :”Walau apa pun peruntukan seksyen 83, Mahkamah boleh pada bilabila masa dengan perintah memilih untuk meletakkan seseorang
kanak-kanak dalam jagaan salah seorang daripada orang-orang yang
tersebut di dalam seksyen itu atau, jika ada hal yang luar biasa yang
menyebabkan tidak diingini bagi kanak-kanak itu diamanahkan
kepada salah seorang daripada orang-orang itu, Mahkamah boleh
dengan perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan manamana orang lain atau mana-mana persatuan yang tujuannya adalah
termasuk kebajikan kanak-kanak”20
Di bawah KPWKM, diwujudkan pula JKM iaitu jabatan yang bertanggungjawab
sepenuhnya melaksanakan polisi dan dasar bersama antara Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri berkaitan kebajikan terhadap wanita dan kanak-kanak
antaranya termasuklah anak luar nikah. Oleh itu, semua negeri di Malaysia
mempunyai JKM masing-masing bahkan wujud skim gunasama pegawai dan
kakitangan JKM yang ditempatkan oleh KPWKM di seluruh negeri dengan tujuan
pelaksanaan program kebajikan adalah selari dengan keputusan yang dibuat secara
bersama. Terdapat akta-akta tertentu yang digunapakai oleh KPWKM berkaitan
pengurusan dan kebajikan anak luar nikah antaranya Akta Kesahtarafan 1961
(Akta 60), Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta
506), Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521), Akta Pendidikan 1996
(Akta 550), Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta
611).
Dalam konteks anak luar nikah di kalangan orang Islam, terdapat peruntukan
tentang kebajikan mereka daripada aspek saraan nafkah iaitu :
“Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah
seseorang anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya
menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan
akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan
sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun
bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah”21
Begitu juga, peruntukan tentang kebajikan mereka daripada aspek hadanah
(penjagaan) kepada ibu atau waris ibu iaitu :
20

Seksyen 87 (1), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah, 2008
Seksyen 80(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 (Akta 303) ;
Seksyen 81 (1), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, 2008
21

8

“Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu
dan saudara mara ibu”22
Sekiranya ibu atau waris ibu berhalangan untuk menjaga anak luar nikah, pihak
berkuasa mempunyai hak untuk memberi perlindungan dan penjagaan kepada
seseorang anak luar nikah seperti yang diperuntukkan iaitu :
17
(1) (d) : “Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan
dan perlindungan jika- ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu
telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan,
makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanakkanak itu ;
17 (1) (e) : kanak-kanak itu – (i) tidak mempunyai ibu atau bapa atau
penjaga ; atau (ii) telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya
dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu
tidak dapat ditemui,
dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara
kanak-kanak itu”23
5. CONTOH-CONTOH KES UNDANG-UNDANG MELIBATKAN ANAK
LUAR NIKAH
Bagi melihat lebih dekat lagi, penulisan ini mengambil contoh kes anak luar nikah
yang menyentuh isu nafkah dan hadanah untuk melihat sejauhmanakah
peruntukan undang-undang memberi hak dan mengutamakan kebajikan yang
sewajarnya kepada mereka.
Dari aspek nafkah, kes Mohd Hanif Farikullah lwn Bushra Chaudri 24, plaintif
(responden) telah memfailkan tuntutan nafkah ke atas seorang anak perempuan
luar nikah sebanyak RM 1050 sebulan terhadap defendan (perayu) di Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur. Mahkamah telah meluluskan tuntutan plaintif dan
memerintahkan defendan membayar nafkah anak tersebut sebanyak RM 1050
sebulan secara potongan gaji. Defendan tidak berpuashati dengan perintah tersebut
lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Isu penting dalam
rayuan tersebut ialah sama ada Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa
atau tidak untuk mendengar tuntutan plaintif mendapatkan nafkah anak tersebut
apabila kedua-duanya telah memeluk Islam.
22

Seksyen 85, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 (Akta 303) ;
Seksyen 86, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, 2008
23
Seksyen 17(1)(d)(e), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
24
[2001] 5 MLJ 535-536

9

Hakim Faiza Tamby Chik menolak rayuan tersebut dan menegaskan bahawa
Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tidak menolak bidangkuasa umum
Mahkamah Sivil yang boleh membicarakan kes-kes yang dikemukakan oleh orang
Islam atau bukan Islam. Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai
bidangkuasa tertentu seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Namun
begitu, Mahkamah Syariah tidak boleh memutuskan apa-apa perkara yang tidak
diperuntukkan oleh undang-undang negeri seperti yang terkandung dalam senarai
negeri. Lagi pun, Seksyen 80 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahWilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak menyebut kewajiban seseorang ayah
memberi nafkah kepada anak luar nikahnya.
Hakim Faiza juga menegaskan bahawa responden bertindak betul dengan
mengemukakan fakta kes berdasarkan Akta Perempuan Bersuami dan Anak-anak
(Nafkah) 1950 (Akta 263). Akta 263 sesuai dipakai dalam kes tersebut kerana ia
merupakan undang-undang persekutuan dan mempunyai bidangkuasa sedia ada
sedangkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa sedia ada. Lagi pun,
responden tidak boleh mengemukakan permohonannya di Mahkamah Syariah
kerana tiada peruntukan khusus di bawah Seksyen 80 Akta 303.
Kes di atas menunjukkan kelemahan pada undang-undang keluarga Islam Akta
303 kerana tiada peruntukan yang memberi hak kepada ibu anak luar nikah untuk
mendapatkan nafkah ke atas anak luar nikah daripada bapa biologi. Namun, isu ini
diatasi dengan peruntukan Akta 263. Adalah perlu Akta 303 dipinda bagi
memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terbabit dan bapa biologi
bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak luar nikahnya. Hujah ini
adalah berdasarkan konsep Maqasid al-Shariah dan keadilan berdasarkan kaedah
Usul Fiqh Islam.
Dari aspek hadanah, kes Ervin Ahbabovic lwn Amalyna Evelyn Abdullah 25,
plaintif telah memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan untuk mendapat hak jagaan ke atas dua orang anak. Defendan
membantah tuntutan tersebut dengan alasan bahawa kedua-dua anak tersebut
adalah anak luar nikah yang tidak boleh dinasabkan kepada plaintif bahkan
plaintif tidak berhak untuk menjaga atau mendapat akses lawatan terhadapnya.
Mahkamah telah meneliti fakta dalam sijil kelahiran anak-anak tersebut, daftar
pernikahan plaintif dan defendan dengan jelas menunjukkan bahawa anak pertama
lahir lebih kurang dua tahun sebelum perkahwinan pihak-pihak manakala anak
kedua lahir kira-kira empat bulan iaitu kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan
pihak-pihak. Hakim Mohd Shukor Sabudin menolak tuntutan plaintif sebaliknya

25

[2012] 3 LNS 13.

10

menghukumkan kedua-dua anak tersebut dinasabkan kepada defendan selaku ibu
kandung dan hak jagaan kekal diberikan kepada defendan.
Penulis-penulis mendapati keputusan kes di atas telah memenuhi kehendak
peruntukan undang-undang seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 85 Akta 303
yang mana hanya ibu kandung sahaja yang mempunuai hak hadanah ke atas anak
luar nikah. Bapa biologi tidak diperuntukkan dalam Akta 303 sebagai penjaga
kerana tiada hubungan nasab bahkan tiada sebarang akses hak lawatan ke atasnya
kerana Hukum Syarak melarang pensabitan nasab kepada bapa biologi meskipun
kedua-duanya berkahwin selepas kelahiran anak tersebut. Namun begitu, bapa
biologi tiada halangan untuk memberi nafkah kepada anak tersebut sekiranya
berkemampuan dan sedia membantu untuk meringankan bebanan kewangan ibu
kandung yang berkewajiban menanggung nafkah anak luar nikah tetapi atas dasar
kemanusiaan bukan atas perintah Hukum Syarak.
Berdasarkan contoh-contoh kes undang-undang di atas, penulis-penulis
menegaskan bahawa pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan
sebenarnya memberi nafas baharu kepada Mahkamah Syariah untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah selari dengan Mahkamah Sivil dalam memutuskan
kepentingan dan kebajikan anak luar nikah. Namun begitu, apa yang
mendukacitakan penulis-penulis ialah tiada peruntukan khusus yang boleh
mensabitkan kewajiban bapa biologi untuk menyara nafkah anak luar nikah dan
melaksanakan tanggungjawab hadanah yang digubal atas prinsip Maqasid
Syariah dan prinsip keadilan dalam Akta 303 dan/atau enakmen undang-undang
keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia. Jika demikian keadaannya maka akan
bertambahlah bapa-bapa biologi di seluruh pelusuk tempat yang menjadi angkara
kelahiran anak-anak luar nikah bahkan mereka akan merasakan dirinya bebas,
tiada tindakan undang-undang boleh dikenakan, bersikap lepas tangan dan tidak
mustahil akan mengulangi perbuatan yang sama dengan wanita yang lain.
6. ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Isu kebajikan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan anak luar nikah orang
Islam di negara kita. JKM sebagai institusi kebajikan yang bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan polisi kerajaan melalui KPWKM berkaitan anak luar
nikah dilihat masih kurang memuaskan. Terdapat lima isu penting yang
dikenalpasti mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera dan dibuat
penambahbaikan iaitu:a. Daripada aspek pusat jagaan, Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, 2015 menyebut sebanyak 4,453 kes kanak-kanak yang memerlukan
pemeliharaan dan perlindungan daripada JKM di seluruh Malaysia. Terdapat
tiga pusat jagaan kanak-kanak iaitu Rumah Kanak-Kanak (RKK), Rumah

11

Budak Laki-Laki (RB) dan Rumah Tunas Harapan (RTH) yang disediakan
oleh JKM di Semenanjung Malaysia. Menurut Haslinda Abdul Samad26,
Penolong Pengarah Unit Kanak-Kanak di JKM Negeri Kedah menyatakan
setakat ini belum wujud pusat jagaan anak-anak luar nikah orang Islam di
negeri Kedah. Oleh itu, kerajaan dicadangkan agar mewujudkan pusat jagaan
anak luar nikah di setiap negeri ataupun sekurang-kurangnya di setiap wilayah
utara, selatan, timur dan barat di Semenanjung Malaysia selain di Sabah dan
Sarawak.
b. Daripada aspek pendidikan dan masa depan, anak luar nikah yang tinggal di
pusat jagaan kanak-kanak di bawah JKM hendaklah didedahkan dengan
konsep pendidikan yang sempurna dan berteraskan agama baharulah
kehidupan mereka tidak mudah terancam dengan suasana yang sentiasa
berubah. Kebimbangan ini makin dirasai apabila sosio-budaya masyarakat
dunia global pada hari ini berubah dengan pantas ekoran muncul teknologi
canggih dan komunikasi di alam maya yang boleh menggugat keimanan
mereka. Oleh itu, JKM disaran mengutamakan pendidikan yang baik dan
berteraskan agama berbanding pendidikan sosial atau latihan vokasional agar
masa depan mereka terjamin selain memberi impak modal insan yang berguna
kepada masyarakat dan negara.
c. Daripada aspek program dan pengisian ilmu di pusat jagaan, mekanisme
pengurusan anak luar nikah yang ditempatkan di mana-mana instistusi
penjagaan atau perlindungan sama ada di bawah JKM atau NGO perlu dibuat
penambahbaikan dari semasa ke semasa. Seksyen 30 (1) (b) Akta KanakKanak 2001 (Akta 611) memberi kuasa kepada Mahkamah untuk
memerintahkan JKM atau NGO yang berdaftar dengan JKM memelihara dan
memberi perlindungan kepada kanak-kanak (termasuk anak luar nikah) dalam
suatu tempoh tertentu. Nisbah penjaga yang bertugas untuk menjaga anakanak tersebut seharusnya ditambah, diberi latihan atau kursus parenting skill
agar mereka benar-benar dapat memberi tumpuan, perhatian, kasih sayang dan
responsif serta diberi kaunseling agar mereka menjiwai tugas mulia dengan
menjaga anak-anak yang ketiadaan ibu bapa. Terdapat program tertentu yang
disediakan oleh JKM di ketiga-tiga institusi tersebut iaitu jagaan dan
perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pelajaran, latihan vokasional,
didikan agama dan moral, riadah dan perubatan serta kesihatan. Namun
begitu, terdapat masalah salah laku dan disiplin di kalangan kanak-kanak
yang mendiami di ketiga-tiga institusi tersebut terutamanya yang sedang
meningkat remaja sama ada masalah peribadi dengan kanak-kanak lain di
26

Haslinda Abd Samad, Penolong Pengarah, Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Negeri Kedah. Temubual dengan penulis, Aras 2, Wisma Persekutuan, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 06550 Anak Bukit, Kedah, 13 Januari 2014.

12

institusi tersebut, dengan rakan di sekolah ataupun dengan guru. Walau
bagaimanapun, masalah tersebut dapat diatasi melalui sokongan dan
bimbingan daripada petugas di institusi tersebut.
d. Daripada aspek pusat perlindungan wanita hamil luar nikah, semua
penempatan wanita hamil luar nikah yang berdaftar dengan JKM akan
ditempatkan di Pusat Jagaan Sinar Kasih di Batu Gajah, Perak dan Pusat
Jagaan Sinar Kasih di Kompleks Penyayang di Sungai Buloh, Selangor. Ini
disebabkan JKM hanya mempunyai dua (2) pusat jagaan tersebut sahaja di
Semenanjung Malaysia. Selain itu, terdapat NGO iaitu OrphanCARE yang
beroperasi di Petaling Jaya, Selangor telah menubuhkan ‘Baby Hatch’.
Menurut Haslinda Abdul Samad, Penolong Pengarah Unit Kanak-Kanak di
JKM Negeri Kedah, hanya sebuah NGO yang berdaftar dengan JKM Negeri
Kedah untuk mewujudkan pusat perlindungan kepada remaja wanita yang
mengandungkan anak luar nikah iaitu Rumah Perlindungan Nurul Hana
(RPNH) di bawah seliaan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI)
Negeri Kedah yang dipengerusikan Dato Hjh Daharah Binti Ismail27.
Oleh itu, kerajaan disaran agar menubuhkan lebih banyak rumah perlindungan
wanita hamil luar nikah di seluruh negeri kerana berlaku peningkatan wanita
hamil luar nikah dari semasa ke semasa. Kerajaan tidak sepatutnya
menyerahkan peranan tersebut kepada NGO semata-mata kerana bidangkuasa
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah diperuntukkan dalam Fasal
74, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Senarai Bersama seperti
yang dibincangkan di atas. Fungsi NGO hanya sekadar membantu JKM sahaja
bukan merupakan tugas hakiki NGO itu sendiri.
e. Daripada aspek bantuan kewangan, Apabila JKM menerima permohonan
berkaitan bantuan kewangan atau penempatan di pusat jagaan, JKM hendaklah
memberi perhatian tentang permohonan tersebut melalui penyiasatan segera.
Langkah segera tersebut adalah penting supaya tidak berlaku kecuaian dalam
memberi perlindungan dan saraan nafkah kepada anak luar nikah agar mereka
tidak diabaikan atau dianiayai.
Sekiranya peruntukan bantuan kewangan terhad, JKM boleh memanjangkan
permohonan tersebut kepada Baitulmal dan Lembaga Zakat di mana selepas
penyiasatan dilakukan, kedua-dua intitusi tersebut dengan seberapa segera
setelah berpuashati mengeluarkan bantuan kewangan kepada ibu atau waris
ibu yang sangup memelihara anak luar nikah tetapi tidak mempunyai sumber
pendapatan. Kelambatan dalam memproses sesuatu permohonan atau

27

Dato Hjh Daharah Binti Ismail, Temubual telefon dengan penulis, 13 Januari 2014.

13

meluluskan bantuan kewangan di institusi berkenaan boleh mencetuskan
kejadian buruk kepada anak luar nikah itu sendiri.
Dalam satu kes yang boleh dijadikan contoh iaitu Ida (bukan nama sebenar),
ibu kepada anak luar nikah bernama Nur (bukan nama sebenar) yang kini
berusia 7 tahun dipelihara oleh ibunya dengan bantuan datuknya, Ali (bukan
nama sebenar) yang bertanggungjawab sepenuhnya daripada segi membiayai
segala keperluan makan minum, pakaian dan persekolahannya. Ini disebabkan
Ida tidak lagi bekerja dan kini tinggal bersama kedua ibu bapanya di kampung.
Nur tidak mendapat apa-apa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Baitulmal dan Lembaga Zakat Negeri Kedah meskipun Ida telah membuat
aduan dan permohonan kepada ketiga-tiga institusi tersebut tetapi tiada
maklumbalas28.
f. Kesimpulan kes-kes undang-undang dalam menangani isu anak luar nikah
menunjukkan bahawa isu nafkah dan hadanah memerlukan penggubalan Akta
303 dan enakmen pentadbiran keluarga Islam negeri-negeri. Pengguabalan
akta danenakmen tersebut adakah selaras dengan matlamat untuk memberi
keadilan kepada pihak-pihak yang terbabit dan mematuhi prinsip Maqasid alShariah.
7. KESIMPULAN
Kebajikan anak luar nikah merupakan agenda penting yang harus diutamakan oleh
pihak berkuasa. Ketidakupayaan ibu dan waris ibu untuk menjaga kebajikan anak
luar nikah perlulah diberi perhatian sama ada memperuntukkan bantuan kewangan
atau menyediakan perlindungan dan pemeliharaan yang sempurna di pusat-pusat
jagaan di bawah JKM atau NGO. Setiap pengisian program yang disediakan
haruslah meletakkan agenda keagamaan agar dapat membentuk jati diri mereka
sebagai muslim yang baik. Kegagalan menguruskan kebajikan anak luar nikah
mungkin mengakibatkan prestasi kehidupan mereka akan terganggu dan masa
depan mereka menjadi gelap.

8. RUJUKAN
28

Ida (bukan nama sebenar), Temubual dengan penulis, Batu 14, Simpang Empat Kerpan, 06150
Ayer Hitam, Kedah, 06 Mei, 2014.

14

Abdullah Basmei. (1998). Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian AlQuran. Cet. 15. Kuala Lumpur : Darul Fikri.
Ahmad bin Abd al-Razak Al-Dawish. (1423/2002). Fatawa Al-Lujnah Al-Daimah
Lil Mabhus Al-‘Alamiah Wa al-Ifta’. Cet. 4. Riyadh : Al-Mamlakah
Al-‘Arabiyyah As-Su’udiyyah, Muassasah Al-Amirah.
Ahmad Shukri Abdul Hamid. (2012). Modal Sosial dan Kebajikan Kanak-Kanak.
Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad. (pnyt). Penilaian
Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan Dan Perkembangan. Cet. 2.
Sintok : UUM Press.
Al-Khatib, Muhammad al-Syarbini. (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Juz. 3.
Kaherah : Syirkah Maktabah Wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa
Auladuhu.
Al-Imam al-Hafiz Muslim bin Hujjaj al-Naisaburi (1428H/2007M), Sahih Muslim,
Kitab Al-Radha’, Bab al-Waladu Lil Firash, Hadis No. 3598, Cet. 2, Beirut
: Dar al-Makrifah.
Al-Zuhaili. Wahbah. (1409H/1989M). Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Juz. 7.
Cet. 3. Damsyik : Dar al-Fikr.
Chan Cheong Chong, Azlin Hilma Hillaluddin & Iran Herman. (2012). Isu
Penempatan Kanak-Kanak: Pandangan Pegawai Kebajikan Masyarakat Di
Kedah. Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad, (pnyt),
Penilaian Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan dan
Perkembangan. Cet. 2. Sintok : UUM Press.
Laporan Statistik. (2015). Laporan Statistik 2013-2015. Putrajaya : Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia
Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2007). Cet. 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh & Nisar Mohammad Ahmad. (2011). Pengurusan
dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf Melalui ‘Baby Hatch’ : Satu
Penilaian Daripada Perspektif Maqasid Syariah Dan Undang-Undang
Malaysia. Kertaskerja ISLAC. 19 Nov. UNiSZA,Terengganu.
Muhammad ‘Ali bin Muhammad al-Syaukani. (1421H/2000M). Nil al-Authar
Sharah Muntaqa’ Ahadis Min Ahadis Saiyyid al-Akhyar. Juz. 7, Cet.
1.Beirut : Dar al-Fikr.
Muhammad Bakir Yaakob & Khatijah Othman. (2012). Strategi Ke Arah
Kebajikan Anak-Anak Dari Perspektif Islam. Dlm. Azlin Hilma
Hillaluddin & Zarina Mat Saad. (pnyt). Penilaian Psikososial Kanak-

15

Kanak : Isu-Isu Kebajikan dan Perkembangan. Cet. 2. Sintok : UUM
Press.
Salma Ishak, Jusmawati Fauzaman, Noor Azizah Ahmad & Fauziah Shaffie.
(2012). Jagaan Di Institusi : Apa Pengalaman Dan Pandangan KanakKanak. Dlm. Azlin Hilma Hillaluddin & Zarina Mat Saad. (pnyt).
Penilaian Psikososial Kanak-Kanak : Isu-Isu Kebajikan dan
Perkembangan. Cet. 2. Sintok : UUM Press.
Wan Azmi Ramli. (1990). Kebajikan Masyarakat : Masalah dan Cabaran, Jurnal
Kebajikan Masyarakat. Vol. 12. No. 2.
Kes Mahkamah
Ervin Ahbabovic lwn Amalyna Evelyn Abdullah
Mohd Hanif Farikullah lwn Bushra Chaudri
Statut
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 (Akta 303).
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, 2008.
Perlembagaan Persekutuan. (2009). Cet. 14. Kuala Lumpur : MDC Publishers
Sdn. Bhd.
Temubual
Aini (bukan nama sebenar). (6 Mei 2014). RPNH, Lot 1889, Jalan Stadium, Off
Jalan Kompleks Pendidikan, 05100 Alor Setar, Kedah.
Dato Hjh Daharah Binti Ismail. Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
(LKPI) Negeri Kedah. (13 Januari 2014). Temubual telefon dengan
penulis-penulis.
Haslinda Abdul Samad, Penolong Pengarah Unit Kanak-Kanak, JKM Negeri
Kedah. (13 Januari 2014). Aras 2, Wisma Persekutuan, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 06550 Anak Bukit, Kedah.
Ida (bukan nama sebenar). (6 Mei 2014). Batu 14, Simpang Empat Kerpan, 06150
Ayer Hitam, Kedah.

16

17