PERDAGANGAN DAN PELABURAN NEGARA CHINA

PERDAGANGAN DAN
PELABURAN NEGARA CHINA
DENGAN AMERIKA SYARIKAT
(U.S)

PENGENALAN
 Hubungan ekonomi China-U.S. telah berkembang pesat sejak lebih
tiga dekad sebelumnya. Jumlah perdagangan China-U.S. telah
meningkat dari hanya $5 billion pada tahun 1980 kepada $409
billion pada tahun 2008.
 Pada tahun 2008, China telah menjadi rakan dagangan kedua
terbesar U.S, dengan pasaran eksport ketiga terbesar dan
merupakan sumber terbesar import.
 Dalam 12% daripada jumlah keseluruhan perdagangan global U.S.
kini adalah dengan negara China. Berdasarkan data dari U.S, firmafirma U.S. telah melabur hampir $28 billion di China (berdasarkan
tahun 2007), sebahagian daripadanya adalah tertumpu kepada
pasaran domestik China, sementara pelaburan yang lain terlibat
dalam kemudahan-kemudahan pembuatan berorientasikan eksport.
 Dengan populasi yang besar dan ekonomi yang berkembang pesat,
China adalah pasaran yang besar untuk eksport U.S.


PERDAGANGAN CHINA DENGAN U.S.
 Perdagangan antara China dan U.S telah meningkat dengan
mendadak setelah kedua-dua negara ini menjalinkan hubungan
diplomatik pada Januari 1979 dengan menandatangani perjanjian
perdagangan bilateral pada Julai 1979 dan perjanjian kerjasama
most-favored-nation (MFN) yang bermula pada tahun 1980.
 Pada tahun 1978, sebelum pembaharuan China bermula, jumlah
keseluruhan perdagangan, iaitu eksport dan import antara China
dengan U.S adalah sebanyak $1 billion, dengan negara China pada
kedudukan ke-32 terbesar dalam pasaran eksport dan kedudukan
ke-57 terbesar dalam pasaran import dengan U.S.
 Pada tahun 2008, perdagangan bilateral ini telah meningkat kepada
$409 billion, menjadikan negara China sebagai rakan perdagangan
kedua terbesar bagi U.S selepas Kanada, dengan kedudukan ketiga
terbesar bagi U.S dalam pasaran eksport dan yang terbesar bagi
sumber import untuk U.S.

 Namun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini defisit
perdagangan U.S dengan China telah berlaku berikutan
import dari China yang telah meningkat lebih pantas

berbanding eksport U.S ke China.
 Defisit ini telah meningkat dari $34 billion pada tahun
1995 kepada $266 billion pada tahun 2008. Defisit
barang dagangan U.S dengan China sebanyak $266.0
billion pada tahun 2008 ini, meningkat 4.6% berbanding
pada tahun 2007.
 Defisit barang dagangan U.S. dengan China ini
berjumlah 32.8% daripada jumlah keseluruhan defisit
barang dagangan U.S. pada tahun 2008.

EKSPORT UTAMA U.S KE CHINA
 China kini merupakan pembeli ketiga terbesar terhadap
eksport U.S. Barang dagangan eksport U.S ke China
pada tahun 2008 adalah berjumlah $71.5 billion,
meningkat sebanyak 9.5% daripada tahun 2007 melebihi
tahun-tahun sebelumnya.
 China merupakan pasaran dagangan eksport ketiga
terbesar bagi U.S. pada tahun 2008. Pada tahun 2007,
China telah mengatasi Jepun menjadi pasaran eksport
ketiga terbesar U.S dan yang ketiga terbesar juga pada

tahun 2008.

 Eksport U.S ke China pada tahun 2008 dilaporkan
sebanyak 5.5% dari jumlah keseluruhan eksport U.S
(berbanding 3.9% pada tahun 2003). Lima eksport
terbesar U.S ke China pada tahun 2008 adalah sisa dan
bahan buangan ‘waste and scrap’, semikonduktor dan
komponen-komponen elektronik, minyak sayuran dan
bijirin, bahagian-bahagian pesawat, resin, penebat dan
getah sintetik.
 China juga adalah pasaran yang penting kepada U.S
untuk produk-produk pertanian. Ia adalah destinasi
keempat terbesar untuk eksport pertanian U.S pada tahun
2008 iaitu sebanyak $12.1 billion, meningkat kepada lebih
46.5% daripada tahun sebelumnya. Eksport pertanian
utama U.S ke China termasuklah kacang soya, produkproduk daging dan kapas.

IMPORT UTAMA U.S DARI CHINA
 China merupakan sumber terbesar bagi import U.S pada tahun
2008 iaitu sebanyak $338 billion, atau 16.1% daripada jumlah

keseluruhan import U.S (meningkat dari 6.5% daripada jumlah
keseluruhan pada tahun 1996).
 Import U.S dari China meningkat sebanyak 5.1% pada 2008,
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kepentingan China sebagai
sumber import U.S meningkat secara mendadak dari yang kelapan
terbesar pada tahun 1990 kepada yang keempat terbesar pada
tahun 2000, kepada yang kedua terbesar pada tahun 2004 hingga
2006 dan seterusnya kepada tempat yang pertama terpenting pada
tahun 2007 hingga 2008.
 Lima import utama U.S dari China pada tahun 2008 adalah
bahagian-bahagian komputer, pelbagai barang pembuatan seperti
barang permainan kanak-kanak, game dan lain-lain, peralatan
komunikasi, pakaian, serta peralatan audio dan video.

 Sebelumnya, pada tahun 1980-an dan 1990-an, kebanyakan
import U.S dari China adalah bernilai rendah, produk-produk
berintensifkan buruh seperti permainan kanak-kanak dan game,
produk-produk elektronik harian, kasut, pakaian dan tekstil.
 Walaubagaimana pun, beberapa tahun kebelakangan ini
peningkatan kadar import U.S dari China adalah lebih kepada

produk-produk berteknologi tinggi seperti komputer. Hal ini
kerana, struktur eksport negara China telah menunjukkan
peralihan yang pantas dari industri berintensifkan buruh kepada
industri yang berintensifkan modal.
 Menurut Biro Bancian U.S pada tahun 2008, import U.S
terhadap produk-produk berteknologi tinggi dari China secara
keseluruhannya berjumlah $91.4 billion (27.1% daripada jumlah
keseluruhan import U.S dari China) berbanding sebanyak $29.3
billion pada tahun 2003, (19.2% daripada jumlah keseluruhan
import U.S dari China).

 Malah, import produk berteknologi tinggi dari China berjumlah 27.5%
daripada jumlah keseluruhan import U.S, pada tahun 2008, berbanding
hanya 14.1% pada tahun 2003, yang menunjukkan pergantungan U.S
kepada China untuk barangan berteknologi tinggi yang semakin
meningkat.
 Eksport U.S terhadap barangan berteknologi tinggi ke China pada
tahun 2008 adalah sebanyak $18.7 bilion, iaitu 26.2% daripada jumlah
keseluruhan eksport U.S ke China dan merupakan 6.8% daripada
jumlah keseluruhan eksport barangan teknologi tinggi U.S.

 China juga merupakan sumber utama import pertanian U.S. Ia
merupakan pembekal import ketiga terbesar pada tahun 2008
(berbanding ke-12 terbesar pada tahun 2000) dengan sebanyak $4.7
bilion. Kategori utamanya termasuklah buah-buahan dan sayursayuran yang telah diproses ($813 juta) jus buah-buahan dan sayursayuran ($677 juta), makanan ringan (termasuk coklat) ($186 juta) dan
tree nuts ($103 juta).
 Import pertanian U.S dari China meningkat sebanyak 42.2% pada
tahun 2008 dan sebanyak 104.5% dari tahun 2004 hingga 2008. Import
pertanian utama dari China termasuk produk-produk makanan laut,
sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan haiwan.

HUBUNGAN PELABURAN CHINA-U.S
 U.S. merupakan negara pelaburan asing terbesar di China selepas
Hong Kong dan Taiwan.
 Pelaburan langsung asing (FDI) U.S. di China adalah $28.3 billion
pada tahun 2007, iaitu meningkat 20.9% dari tahun 2006.
 Pelaburan langsung U.S. di China kebanyakannya adalah dalam
sektor pembuaatan.
 Pelaburan langsung asing China di U.S. adalah $1.1 billion pada
tahun 2007, meningkat 12.1% dari tahun 2006.
 Pelaburan langsung China di U.S. kebanyakannya adalah dalam

sektor dagangan secara jualan borong.
 Jualan perkhidmatan ‘sales of service’ di China oleh gabungan
majoriti pemilik U.S. secara keseluruhannya berjumlah $10.0 billion
pada tahun 2006, sementara jualan perkhidmatan di U.S. oleh
majoriti pemilik firma-firma China adalah berjumlah $167 juta.

 Aset-aset pelaburan China di U.S. boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu ‘foreign holding of U.S
securities’ dan pelaburan langsung asing (FDI) ‘foreign
direct investment’.
 Ini adalah termasuk long-term (LT) U.S. Treasury
securities, LT U.S. government agency securities, LT
corporate securities, ekuiti, dan hutang jangka pendek.
 Bureau of Economic Analysis (BEA) mengklasifikasikan
FDI berdasarkan seksyen-seksyen dalam bidang
industri, termasuk mining, utiliti, pembuatan,
perdagangan jualan borong, informasi, institusi
pemegang simpanan, kewangan, profesional, saintifik,
dan perkhidmatan teknikal, syarikat-syarikat bukan bank
dan industri-industri lain.


ISU-ISU UTAMA DALAM PERDAGANGAN
CHINA-U.S
 Walaupun pembaharuan ekonomi China dan kepantasan
pertumbuhan ekonominya telah menyebabkan hubungan
perdagangan China-US berkembang pesat, namun tekanan juga
turut meningkat dengan pelbagai isu-isu termasuk saiz dan
pertambahan dalam defisit perdagangan U.S dengan China,
kebimbangan terhadap ketidakselamatan makanan dan produkproduk konsumer dari China, polisi kadar tukaran matawang asing
terkini China, mengenai rekod-rekod China berkenaan pelaksanaan
dan obligasi-obligasinya dalam WTO, termasuk kegagalannya
menyediakan perlindungan secukupnya terhadap hak harta benda
intelek ‘intellectual property rights’ (IPR) U.S, dan polisi-polisi
pengindustrian China yang digunakan dalam mempromosi dan
melindungi industri-industri domestik.

 Dalam isu mengenai polisi kadar tukaran matawang asing
terkini, seperti yang diketahui, China telah mengekalkan kadar
tukaran matawang renmibinya (RMB) terhadap dollar U.S.
sejak 1994. Hal ini menyebabkan defisit perdagangan U.S.

dengan China meningkat dua kali ganda sejak lima tahun
kebelakangan ini.
 Ketidakseimbangan ini adalah disebabkan negara China
masih meneruskan manipulasi mata wangnya. Meskipun
negara China berulangkali menjanjikan akan menjadikan
kadar tukaran yang lebih fleksibel, namun negara China terus
menetapkan nilai mata wangnya kepada polisi yang sedia ada
yang menyebabkan nilai renmibi (RMB) menjadi terlalu
rendah iaitu sehingga 40%. Hal ini menyebabkan eksport
China menjadi lebih murah berbanding eksport U.S.

 China juga masih terus membenarkan nilai tukaran mata
wang berubah-ubah ‘float’ dalam peraturan perdagangan
antarabangsa dengan kegagalannya mengenakan
tindakan keras terhadap perluasan aktiviti peniruan
terhadap harta benda intelek ‘intellectual property’.
 Walaubagaimana pun, sekali lagi China mengatakan ia
akan bertanggungjawab untuk melindungi dan
menguatkuasakan peraturan harta benda intelek
‘intellectual property right’. Namun, berdasarkan WTO, di

dapati setiap tahun lebih banyak syarikat-syarikat U.S.
kehilangan dalam anggaran $2 billion terhadap barangan
tiruan dari China.

KESIMPULAN
 Secara kesimpulannya, perdagangan dan pelaburan
antarabangsa amat penting bagi pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Ini boleh dilihat dalam perdagangan
antara China dengan U.S. yang telah membawa kepada
pertumbuhan ekonomi yang pesat kepada kedua-dua buah
negara.
 Ini dapat dilihat daripada jumlah perdagangan China-U.S
yang telah meningkat dari hanya $5 billion pada tahun 1980
kepada $409 billion pada tahun 2008. Pada tahun 2008
juga, China telah menjadi rakan dagangan kedua terbesar
U.S, dengan pasaran eksport ketiga terbesar dan
merupakan sumber terbesar import.
 Seterusnya, dengan populasi yang besar dan ekonomi
yang berkembang pesat, China sememangnya berpotensi
menjadi pasaran yang luas untuk U.S.


DATA & STATISTIK

SEKIAN, TERIMA KASIH