KEBERKESANAN PEMANTAUAN PEMBELA JARAN DAN

Keberkesanan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran
Terhadap Pensyarah Di Kolej Komuniti Hulu Langat,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nurul Syahrina Binti Mohd Shahar

Fadhlina Binti Ahmad

Kolej Komuniti Hulu Langat

Kolej Komuniti Hulu Langat

syahrina@kkhl.edu.my

fadhlina@kkhl.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini akan meninjau keberkesanan pemantauan pembelajaran dan pengajaran terhadap
pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat. Berdasarkan Laporan Pencerapan Pensyarah yang diambil
daripada 1 semester iaitu sesi Mac 2015 didapati peratusan dapatan bagi skor Cemerlang (91% 100%) hanya 33% dan skor Sangat Baik (81% - 90%) hanya 67%. Keputusan laporan ini
menunjukan skor Sangat Baik adalah skor dominan daripada skor Cemerlang. Oleh demikian
kajian dijalankan bagi mengetahui domain yang manakah lebih menyumbang kepada peratusan

skor Cemerlang dari aspek empat domain yang telah dinilai iaitu perancangan pembelajaran dan
pengajaran, instruksional, kompetensi dan profesionalisme pensyarah, dan pengurusan kelas
(teori/amali). Sampel kajian ini adalah 30 orang pensyarah yang mengajar di 4 unit berbeza iaitu
Unit Aplikasi Perisian Komputer, Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Unit
Pengoperasian Perniagaan dan Unit Pengajian Am. Data yang telah diperolehi melalui instrumen
dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 16.0. Taburan skor min
telah digunakan bagi menentukan tahap keberkesanan pemantauan pembelajaran dan
pengajaran. Manakala perbezaan keberkesanan pengajaran pensyarah dilihat berdasarkan
perbandingan dapatan analisa skor min mengikut domain yang dinilai. Keputusan analisa skor min
menunjukkan semua aspek yang dinilai berada dalam tahap yang tinggi. Skor min tertinggi 4.67
melibatkan item penyampaian isi pelajaran dan nilai-nilai profesionalime. Manakala skor min 4.23
yang merupakan item set induksi merupakan yang terendah. Keberkesanan pemantauan
pembelajaran dan pengajaran akan menjadi cemerlang jika setiap kriteria dipenuhi dan diadaptasi
oleh semua pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran. Dengan demikian akan terhasillah
pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
Kata Kunci : pemantauan, pensyarah, kompetensi

PENGENALAN
Pendidikan hari ini telah banyak mengalami perubahan kerana ia merupakan
landasan


pembentukan

dan

pencapaian

negara

dalam

segala

aspek

pembangunan. Pelbagai usaha dilakukan untuk membuka mata masyarakat
tentang betapa murni dan mulianya seorang pendidik. Tidak berkecuali kursuskursus pendidikan turut menerima perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutumutu pendidik yang bakal dilahirkan.
Tugas pendidik jika dilihat dalam skop sederhana adalah mengarahkan dan
membimbing para pelajar agar semakin meningkat pengetahuannya, semakin
mahir ketrampilannya dan semakin terbina dan berkembang potensinya Abuddin

Nata (2001). Dalam proses pembelajaran pendidik harus mampu mendorong anak
didik melalui proses pengajaran yang dilakukan sehingga mampu memotivasi diri
dalam melaksanakan tugas yang diterima.
Tugas secara umum yakni melaksanakan pengajaran di bilik kuliah sememangnya
menjadi tanggungjawab pensyarah kursus berkenaan. Pensyarah juga perlu
meningkatkan

keupayaan

dan

amalan pengajaran

mereka

untuk terus

meningkatkan pencapaian pelajar. Namun begitu ia menjadi tanggungjawab
semua pihak khususnya pengurusan tertinggi institusi jika melibatkan proses
berkesan agar pencapaian pensyarah dan pelajar meningkat terus meningkat.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan proses penilaian pemantauan
pembelajaran dan pengajaran pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Berdasarkan instrumen yang digunakan empat domain dinilai iaitu perancangan
pembelajaran dan pengajaran, instruksional, kompetensi dan profesionalisme
pensyarah, dan pengurusan kelas (teori/amali). Persediaan dari segi bahan
mengajar dan persediaan bilik kuliah boleh membantu pelajar memahami proses
pembelajaran dengan mudah dan pembelajaran dapat berjalan dengan selesa.
Kedua-dua persediaan ini adalah antara aspek yang dikaji di dalam kajian ini.
Walaubagaimanapun kedua-dua aspek ini memerlukan kesediaan pihak Kolej
atau Jabatan Pengajian Kolej Komuniti(JPKK) untuk menyumbang kepada
pengajaran pensyarah lebih berkesan. Oleh sebab itu kajian ini ingin melihat

adakah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan, domain-domain yang dikaji
mempunyai pencapaian yang tinggi ataupun terdapat domain yang kurang
menonjol serta perlu diberi perhatian dan penambahbaikan selaras dengan
kesediaan yang ada di kolej komuniti. Menurut Dr. Abdul Zubir & Fakhri (2011),
memantau dan memberi maklum balas tentang proses pengajaran dan
pembelajaran adalah meliputi tindakan yang berkaitan kurikulum ataupun
akademik. Aktiviti utama mungkin melibatkan pemantauan di sekitar institusi dan
memberikan maklum balas dan pujian kepada pengajar tentang aktiviti di bilik

kuliah selepas proses pemantauan berlangsung selain itu menggalakkan programprogram pembangunan profesional pengajar. Pendapat ini menyokong kuat
pemantauan proses pengajaran dilaksanakan dan memberi gambaran aspek yang
patut diberi penekanan sekaligus dapat memberi maklumbalas kepada pihak
pengurusan tertinggi tentang permasalahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini menguatkan lagi pandangan pengkaji untuk melaksanakan
kajian tentang keberkesanan pemantauan proses pembelajaran dan pengajaran
di Kolej Komuniti Hulu Langat.

PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan Laporan Pencerapan Pensyarah bagi sesi Mac 2015 didapati
peratusan dapatan bagi skor Cemerlang (91% - 100%) hanya 33% dan skor
Sangat Baik (81% - 90%) hanya 67%. Keputusan laporan ini menunjukan skor
Sangat Baik adalah skor dominan daripada skor Cemerlang. Oleh demikian kajian
dijalankan bagi mengetahui domain yang manakah lebih menyumbang kepada
peratusan skor Cemerlang dari aspek empat domain yang telah dinilai iaitu
perancangan pembelajaran dan pengajaran, instruksional, kompetensi dan
profesionalisme pensyarah, dan pengurusan kelas (teori/amali). Dapatan kajian ini
dapat menentukan kesan pengajaran pensyarah dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat.


KAJIAN LITERATUR
Institusi pendidikan adalah satu institusi yang amat penting bagi penerusan,
kesinambungan dan menjadi penentu utama arah tujuan serta kelangsungan
hidup sesebuah masyarakat (Nik Aziz, 1996). Untuk itu penekanan harus diberikan
pada usaha mewujudkan pensyarah yang berkualiti dan berdaya maju. Kenyataan
Holmes Group, iaitu satu badan yang membuat pembaharuan dalam pendidikan
guru mengatakan “We cannot improve the quality of education in our schools
without improving the quality of teacher in them....” (Symth, 1987 dalam
Rosmilawati, 2006), menunjukkan betapa pentingnya peranan pensyarah dalam
meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah institusi pendidikan. Namun demikian
masalah yang dikenal pasti adalah bagaimana menghasilkan tenaga pengajar
yang efektif dalam erti kata lain berkualiti dan berkesan dari segi penyampaian
ilmu kepada pelajar. Dalam memastikan keberkesanan sistem pendidikan yang
dilaksanakan, maka tenaga pengajar perlu dinilai proses pengajarannya bagi
memastikan kualiti pengajaran yang dilahirkan mempunyai kualiti dan mampu
meningkatkan sistem pendidikan negara.
Kemahiran pensyarah hendaklah sentiasa dinilai supaya mereka tidak leka
dan lupa akan asas-asas dalam mewujudkan pengajaran yang berkesan.
Pensyarah hendaklah sentiasa bertanya pada diri sendiri dan kepada rakan

sekerja ataupun ketuanya akan pencapaiannya dan bahagian manakah yang
memerlukan perubahan dan peningkatan. Oleh itu, pensyarah mestilah dinilai
supaya kualiti pengajaran akan bertambah dan proses pembelajaran dan
pengajaran akan menjadi lebih efisyen. Penilaian yang dilakukan terhadap
pensyarah perlu dilakukan secara berterusan. Hal ini adalah bagi mendapat
perhubungan yang lebih baik serta maklumbalas dengan cepat dan berterusan.
Menurut Aziz dan Mohd Yusof (1997), penilaian sepatutnya bukan hanya dilihat
sebagai tindakan bagi menetapkan nilai semata-mata kepada seseorang pengajar
tetapi juga sebagai cara mengesan kekuatan dan kelemahan ke arah
mempertingkatkan kebolehan, sikap dan amalan mereka dalam pendidikan sama
ada di dalam dan di luar kelas. Dengan itu pemantauan pengajar memang patut
dilaksanakan bagi memastikan mutu pengajaran mereka sentiasa konsisten dan
menepati keperluan organisasi. Ini adalah apa yang telah dilaksanakan di manamana institusi pendidikan di Malaysia tidak kira dari peringkat sekolah hinggalah

ke institusi pengajian tinggi. Kolej Komuniti di Malaysia khasnya di Kolej Komuniti
Hulu Langat juga melaksanakan penilaian pengajaran ini melalui proses
pemantauan pembelajaran dan pengajaran pensyarah oleh Pengarah, Ketua
Jabatan dan Ketua Program dan pegawai pencerap yang dilantik. Pengarah juga
menyokong kepentingan pemantauan pengajaran ini kerana melaluinya dapat
menentukan kesan pengajaran pensyarah untuk merancang strategi pengajaran

yang lebih berkesan dan juga dapat menentukan pencapaian objektif pelajaran
yang telah ditentukan dapat dicapai.
METODOLOGI
Populasi kajian ini ialah semua pensyarah iaitu 43 orang di Kolej komuniti
Hulu Langat. Dalam kajian ini, rekabentuk pensampelan ialah secara rawak.
Menurut Khalid (2003) pensampelan secara rawak ialah pengambilan sampel dari
populasi kajian bila mana setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih. Pemilihan sampel pula berdasarkan Jadual 3.1.

Sesi

Unit
Aplikasi

Perisian

Komputer
Teknologi
Mac 2015


Penyejukan

dan Penyamanan Udara
Pengoperasian
Perniagaan
Pengajian Am

Peratus Sampel

Bil Responden

30 %

9

12 %

10

21 %


4

37 %

7

Jadual 3.1 : Pemilihan Sampel

Skala likert yang digunakan mengandungi lima(5) skala. Ukuran skala yang
digunakan ialah seperti dalam Jadual 3.2.

Skor

Pemberatan

1

Tidak memuskan


2

Memuaskan

3

Baik

4

Sangat baik

5

Cemerlang

Jadual 3.2 : Skala Likert
Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 4 domain
kajian seperti dalam Jadual 3.3.

Domain Kajian

Keterangan

1

Perancangan Pensyarah

2

Instruksional

3

Kompetensi dan Profesionalisme Pensyarah

4

Pengurusan Kelas (Teori/Amali)
Jadual 3.3 : Domain Kajian

Kajian ini tertumpu kepada hanya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat. Di
antara unit yang terlibat ialah unit Aplikasi Perisian Komputer, Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pengoperasian Perniagaan dan Pengajian
Am. Penilaian pensyarah hanya diambil kira untuk sesi Mac 2015 .
Dalam kajian ini penyelidik mengumpulkan data melalui Borang Pencerapan
Pensyarah Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PK(O)-KKHL-PDP(01)-K01P01-L5). Semua data yang dikumpul melalui Borang Pencerapan Pensyarah
Proses Pengajaran dan Pembelajaran akan dimasukkan mengikut domain dalam
Laporan Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran Kolej Komuniti (PK(O)KKHL-PDP(01)-K01-P01-L7) . Bagi kaedah menganalisis data , penyelidik akan
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science 16.0(SPSS).

ANALISA DATA DAN HASIL
Analisis Domain 1 mempunyai 2 item yang dapat menyokong aspek perancangan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Jadual 4.1). Kesemua item penilaian adalah
terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi
mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan (Jadual 4.3)

Bil
1
2

Item Pada
Borang
S1
S2

Jumlah
Item
Fail Rekod Pensyarah
1
Rancangan Mengajar Semester / Modular
1
Jumlah keseluruhan Item Domain 1
2
Jadual 4.1 : Kriteria Perancangan Pembelajaran dan Pengajaran
Kriteria

Maklum balas daripada responden bagi setiap item telah ditunjukkan di dalam
Jadual 4.2 menunjukkan nilai skor yang diperoleh bagi setiap item kepada Domain
1. Item-item pada jadual 4.1, 4.4, 4.6 dan 4.8 dapat diperhatikan skor bagi
pencapaian yang dinilai berdasarkan Jadual 4.3.

Item

Skor
Min

Kriteria

Tahap

Hiraki

S1

Fail Rekod Pensyarah
4.37
Tinggi
2
Rancangan Mengajar Semester /
S2
4.43
Tinggi
1
Modular
Jadual 4.2 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Perancangan Pembelajaran dan
Pengajaran
Berdasarkan kepada jadual analisa di atas, didapati bahawa kesemua item
tersebut mencatatkan skor min di tahap yang tinggi. Ini bermakna secara
keseluruhannya para pensyarah di KKHL mempunyai perancangan pada tahap
yang tinggi. Didapati juga tahap Rancangan Mengajar Semester mencatatkan skor
min yang paling tinggi iaitu 4.43, diikuti dengan Fail Rekod Pensyarah 4.37. Walau
bagaimanapun, didapati semua item dalam Domain 1 telah mencatatkan skor min

yang tinggi, bermakna para pensyarah KKHL telah melaksanakan perancangan
PdP dengan baik sekali.
Skor Min

Tahap Kecenderungan

1.00 - 2.40

Rendah

2.41 - 3.80

Sederhana

3.81 - 5.00

Tinggi

(Adaptasi daripada Landell, 1997 dalam Noor Suriani, 2000)
Jadual 4.3 : Tahap Kencenderungan
Analisis

Domain

2

adalah

dari

segi

instruksional

dimana

pensyarah

mempraktikkan dasar, prinsip dan amalam PdP terkini dalam menyokong
pembelajaran pelajar. Pensyarah melaksanakan Instruksional(penyampaian) yang
mengambil kira kepelbagaian pelajar(learners’ diversity) dengan penggunaan
strategi dan teknologi yang berkesan. Bahagian ini mempunyai 7 item yang dapat
menyokong aspek instruksional berdasarkan Jadual 4.4. Kesemua penilaian
adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert
bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Item
1
2
3
4
5
6
7

Kriteria
Set Induksi
Penyampaian Isi Pelajaran / Kemahiran Dan
Pengurusan Masa
Penggunaan Sumber Pendidikan (Termasuk
Penggunaan Teknologi / BBM Dan Nota)
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student
Centered Learning, SCL)
Penilaian Formatif
Maklumbalas Pensyarah
Rumusan
Jumlah Keseluruhan Item Domain 2
Jadual 4.4 : Kriteria Instruksional

Item Pada
Borang
S3

Jumlah
Item
1

S4

1

S5

1

S6

1

S7
S8
S9

1
1
1
7

Maklum balas daripada responden bagi setiap item yang telah ditunjukkan di
dalam Jadual 4.5 menunjukkan nilai skor min bagi setiap item kepada Domain 2.

Item
S3
S4
S5
S6
S7
S8
S9

Kriteria

Skor
Min
4.23

Tahap

Set Induksi
Tinggi
Penyampaian Isi Pelajaran / Kemahiran
4.67
Tinggi
Dan Pengurusan Masa
Penggunaan
Sumber
Pendidikan
4.30
Tinggi
(Termasuk Penggunaan Teknologi /
BBM Dan Nota)
Pembelajaran
Berpusatkan
Pelajar
4.30
Tinggi
(Student Centered Learning, SCL)
Penilaian Formatif
4.27
Tinggi
Maklumbalas Pensyarah
4.50
Tinggi
Rumusan
4.33
Tinggi
Jadual 4.5 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Instruksional

Hiraki
9
1
4
5
7
2
3

Berdasarkan jadual 4.5 diatas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek
instruksional berada pada tahap yang tinggi. Item penyampaian isi pelajaran /
kemahiran dan pengurusan masa mencapai skor min yang paling tinggi iaitu 4.67.
Manakala item maklumbalas pensyarah mempunyai skor min tertinggi yang kedua
iaitu 4.50. Item set induksi pensyarah telah mencatatkan skor min yang paling
rendah iaitu 4.23.
Analisis Domain 3 adalah dari kompetensi dan profesionalisme pensyarah. Ini
berkenaan dengan pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap pensyarah. Bahagian
ini mengandungi 2 item yang dapat menyokong aspek kompetensi dan
profesionalisme pensyarah. Kesemua item yang dibina adalah terdiri daripada item
positif. Ia juga dibina dengan menggunakan skala likert bagi mengukur aras
terhadap item-item yang dikemukakan.

Bil
1
2

Kriteria

Item Pada
Borang
S10
S11

Penguasaan Dalam Bidang
Nilai-Nilai Profesionalisme
Jumlah Keseluruhan Item Domain 3
Jadual 4.6 : Kriteria Kompetensi dan Profesional Pensyarah

Jumlah
Item
1
1
2

Maklum balas daripada responden bagi setiap item yang telah ditunjukkan di
dalam Jadual 4.7 menunjukkan nilai skor min bagi setiap item kepada domain 3.

Skor
Tahap
Hiraki
Min
S10 Penguasaan Dalam Bidang
4.57
Tinggi
2
S11 Nilai-Nilai Profesionalisme
4.67
Tinggi
1
Jadual 4.7 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Kompetensi dan Profesional

Item

Kriteria

Pensyarah
Berdasarkan jadual 4.7 diatas, didapati bahawa kesemua item bagi aspek
kompetensi dan profesional pensyarah berada pada tahap yang tinggi. Item nilainilai profesionalisme mencapai skor min yang paling tinggi iaitu 4.67. Manakala
item penguasaan dalam bidang telah mencatatkan skor min yang paling rendah
iaitu 4.57.
Analisis Domain 4 pula dinilai dari aspek pengurusan kelas (teori / amali). Ini
berkenaan dengan pengurusan kelas yang cekap dalam mewujudkan suasana
yang kondusif untuk keberkesanan PdP. Bahagian ini mengandungi 1 item yang
dapat menyokong aspek pengurusan kelas (teori / amali). Kesemua item yang
dibina adalah terdiri daripada item positif. Ia juga dibina dengan menggunakan
skala likert bagi mengukur aras terhadap item-item yang dikemukakan.

Bil
1

Kriteria

Item
Pada
Borang
S12

Pengurusan Kelas
Jumlah Keseluruhan Item Domain 4
Jadual 4.8 : Kriteria Pengurusan Kelas (Teori / Amali)

Jumlah
Item
1
2

Maklum balas daripada responden bagi setiap item yang telah ditunjukkan di
dalam Jadual 4.9 menunjukkan nilai skor min bagi setiap item kepada aspek
Pengurusan Kelas (Teori / Amali) oleh pensyarah KKHL.

Skor
Tahap
Hiraki
Min
S12 Pengurusan Kelas
4.23
Tinggi
1
Jadual 4.9 : Skor Min, Tahap dan Hiraki aras Pengurusan Kelas (Teori / Amali)
Item

Kriteria

Berdasarkan jadual 4.9 diatas, didapati bahawa item yang dinilai bagi aspek
Pengurusan Kelas (Teori / Amali) berada pada tahap yang tinggi. Item pengurusan
kelas mecatatkan skor min yang tinggi pada 4.23.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil pemantauan proses pengajaran pensyarah bagi aspek perancangan
pensyarah terdapat dua item telah dinilai di mana semua item aspek ini
memperolehi skor min yang tinggi. Bagi item Rancangan Mengajar Semester
(RMS) dan Modular berdasarkan silibus terkini memperolehi skor min tertinggi,
diikuti item Fail Rekod Pensyarah (FRP) dikemaskini menunjukkan skor min paling
rendah diperolehi tetapi masih berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan komen
yang diperolehi dari pemantau terdapat segelintir pensyarah yang tidak
mengemaskini FRP semasa proses pemantauan dijalankan. Ini menyebabkan
skor item ini berkurangan walaupun masih berada di tahap yang tinggi. Bagi
menyediakan suatu perancangan pengajaran yang baik dan berguna, pensyarah
harus terlebih dahulu menyedari kepentingan perancangan pengajaran terhadap
pengajarannya. Hasil daripada perancangan pengajaran yang baik, sesi
pengajaran yang berkesan juga seharusnya dapat dicapai oleh pensyarah tersebut
(Mok Soon Sang, 2000).
Seterusnya hasil pemantauan bagi aspek instruksional tujuh(7) item telah dinilai di
mana semua item aspek ini memperolehi skor min yang tinggi. Item penyampaian
isi pelajaran / kemahiran dan pengurusan masa merupakan item yang
memperolehi skor min tertinggi menunjukkan semua pensyarah memiliki
kemahiran dan inovasi dalam menambah nilai isi penyampaian dalam kelas.
Manakala item maklumbalas pensyarah memperolehi skor min kedua tertinggi
diiikuti item rumusan. Item penggunaan sumber pendidikan dan pembelajaran
berpusatkan pelajar memiliki skor min yang sama, walau bagaimanapun item set
induksi dan penilaian formatif memperolehi skor min rendah tetapi masih berada
pada tahap yang tinggi. Berdasarkan komen dari pemantau didapati kebanyakkan
pensyarah menggunakan bahan pengajaran yang relevan, sesuai dan berkesan.
Namun terdapat segelintir pensyarah menggunakan tulisan yang agak kecil dalam
Alat Bantu Belajar (ABM). Ini boleh menyukarkan pemahaman pelajar. Selain itu

trend pengajaran sekarang pembelajaran menggunakan kaedah Outcomes Based
Education (OBE) juga amat sedikit diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah KKHL.
Pendapat ini di sokong Rosmilawati, (2006) sebelum memulakan sesi P&P,
pensyarah membuat persediaan yang rapi terhadap bahan pengajaran yang akan
digunakan bagi memastikan bahan pengajaran tersebut berfungsi dengan baik,
menarik reka bentuknya, tidak membosankan, sesuai dengan topik pembelajaran
yang bakal diajar, membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan menyediakan
bahan pengajaran yang pelbagai untuk mengekalkan perhatian pelajar di dalam
kelas.
Manakala hasil pemantauan kompentensi dan profesionalisme pensyarah pula
menunjukkan skor min yang diperolehi bagi dua(2) item ini adalah tinggi. Item nilainilai profesionalisme mempunyai skor min tertinggi dikuti penguasaan dalam
bidang mendapat skor min kedua tertinggi. Ini bermakna, kajian ini menunjukkan
dari pemantauan yang dijalankan pensyarah KKHL mempunyai kesungguhan
dalam menyampaikan isi pelajaran. Turut memiliki keprihatinan terhadap
pembelajaran pelajar di samping sikap sabar, mesra, sahsiah yang baik dan
kemahiran komunikasi yang tinggi. Sahsiah pensyarah yang baik mampu
mengeratkan lagi hubungan antara pensyarah dan pelajar. Fenomena ini
dihuraikan oleh Abdul Rahim et al (2000) dalam Rosmilawati (2006) yang
menyatakan bukti daripada kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendidik
yang bersifat mesra, fleksibel, penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh
bergurau dengan pelajar adalah lebih berkesan berbanding pendidik yang kurang
mempunyai sifat tersebut.
Berdasarkan perbandingan pencapaian keempat-empat aspek yang dipantau
selama 1 semester dari sesi Mac 2015 terdapat perbezaan. Bagi aspek
perancangan pensyarah didapati FRP yang tidak diselenggara. Hal ini mungkin
berlaku disebabkan faktor perubahan kandungan FRP, oleh sebab itu pensyarah
memerlukan

sedikit

masa

untuk

mengemaskini

FRP.

Manakala

aspek

instruksional didapati item set induksi yang paling rendah di antara item-item lain
dan bukan menjadi satu perkara yang biasa dilakukan menyebabkan kadangkadang item tersebut dianggap biasa dalam pengajaran. Begitu juga dengan
aspek kompentensi dan profesionalisme pensyarah memerlukan pensyarah

menguasai lebih mendalam untuk sesuatu bidang. Berdasarkan hasil dapatan dan
perbincangan sebelumnya, beberapa cadangan telah dikenalpasti. Berikut
merupakan cadangan yang dikenalpasti boleh dicadangkan kepada pihak yang
berkepentingan terlibat dalam kajian ini.
Ketua jabatan dan ketua unit adalah individu yang dilantik sebagai pemantau
proses penilaian pengajaran perlu membuat penyelarasan bersama tentang
kaedah pemantauan dan pemberian skor markah memandangkan dari
pemerhatian pengkaji didapati pencapaian adalah tidak konsisten dan berbezabeza bagi setiap pensyarah walaupun semua aspek penilaian telah dilaksanakan.
Bagi pihak pensyarah sendiri perlulah berjumpa dengan pihak ketua jabatan /
ketua program bagi berbincang hasil pemantauan. Dengan itu item yang dirasakan
perlu diberi penambahbaikan boleh dibincangkan bagi dilaksanakan pada sesi
pengajaran seterusnya. Bagi memudahkan perincian item yang perlu diberi
penambahbaikan penyediaan satu laporan pendek oleh pemantau patut
dilaksanakan yang mana boleh diserahkan kepada pensyarah yang dinilai untuk
tindakan penambaikan.
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan yang telah diperjelaskan dapatlah disimpulkan bahawa
keberkesanan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran pensyarah di
Kolej Komuniti Hulu Langat adalah amat baik sekali dengan setiap aspek yang
dikaji memperolehi pencapaian yang tinggi. Jelas menunjukkan semua pensyarah
komited dalam menjalankan tugas dan bersedia menjalankan tanggungjawab
sebagai pensyarah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari laporan pemantauan pensyarah
mendapati pensyarah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa bersedia serta
bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan walaupun tidak dimaklumkan
tentang pantauan yang akan dijalankan. Walaubagaimanapun terdapat juga
sebilangan kecil pensyarah yang kurang bersedia. Berdasarkan hasil keseluruhan
kajian mendapati mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajaran

bukan kerana mereka akan dinilai dan berlakon semata-mata di hadapan
pemantau kerana ingin mendapat markah yang tinggi dalam proses penilaian
pengajaran bagi memenuhi syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Kolej Komunitik (JPKK) kepada semua pensyarah di kolej komuniti
Malaysia. Hal ini bertentangan dikatakan oleh Jagdish (1996) bahawa pensyarah
yang dipantau hanya berlakon di hadapan penyelia semata-mata kerana hendak
mendapat markah yang baik.
Walaubagaimanapun menurut Rosmilawati (2006) kajian penilaian pengajaran
melalui penilaian pelajar-pelajar sendiri yang lebih berkesan kerana mereka lebih
arif dengan kelakuan pensyarah ini kerana mereka lebih lama bersama-sama
dengan pensyarah jika dibandingkan dengan pemantau yang datang sekalisekala. Hal ini juga telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Hulu Langat namun tidak
termasuk di dalam skop kajian pengkaji. Namun menjadi hasrat pengkaji di masa
akan datang untuk melaksanakan kajian dari sudut penilaian pelajar pula bagi
memperkukuhkan lagi tahap relevan kajian terhadap proses penilaian pengajaran
warga pendidik khususnya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Diharapkan dengan terhasil kajian keberkesanan pemantauan proses pengajaran
dan pembelajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat ini akan menambahkan satu
bahan rujukan ilmiah terutamanya berkaitan bidang penilaian pengajaran. Selain
itu juga diharapkan kajian ini berguna kepada pihak jabatan, kolej komuniti dan
jabatan pendidikan kolej komuniti sendiri untuk melihat keberkesanan proses
pemantauan pengajaran pensyarah yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti
Malaysia masa kini.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din dan
Mohamad Haron (2000). Panduan Latihan Mengajar . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 90.
Abdul Zubir bin Abdul Ghani & Fakhri bin Abdul Khalil (2011). Keberkesanan

Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Rendah. Institut
Aminuddin Baki.
Abuddin Nata (2001) Paradigma Pendidikan Islam, Jakarta: Grasindo, h. 134.
Aziz Nordin dan Mohamad Yusof Arshad (1997). Penilaian Dalam Latihan
Mengajar. Dlm. Bengkel Penyelarasan Penyelia Latihan Mengajar Penyeliapenyelia Bersekutu UTM/MRSM. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 1-31

Jagdish Raj Sharma (1996). Latihan Mengajar. Dlm. Isahak Haron dan Koh Boh
Boon. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. 23-34.
Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur.
Petaling Jaya: Prentice Hall
Mok Soon Sang (2000). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar
Bakti. 1-54.
Nik Aziz Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bistari. Kertas Kerja
Dibentangkan Di Seminar Maktab Perguruan Bestari, Kuala Lumpur. 100101
Noor Suriani Nazrudin (2000). “Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
sukarela : satu tinjauan di ITTHO. Kajian kes”.
Rosmilawati Bt. Ab. Rahman (2006). Penilaian Pengajaran Terhadap Pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Program Latihan
Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Johor: Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana Pendidikan.