Transisi Politik PAS dari Negara Islam k

Transisi Politik Dari Negara Islam Kepada Negara Berkebajikan Parti Islam Semalaysia
(PAS): Cabaran dan Matlamat1
Mohd Syakir Bin Mohd Rosdi2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel: 04-6532910 Faks: 04-6532124
E-mail: cat_860926@yahoo.com / syakirrosdi@gmail.com
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis sejarah dan matlamat transisi
politik dari negara Islam kepada negara berkebajikan PAS. Transisi politik di sini bermaksud
peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Ia bertujuan menjelaskan konsep
negara Islam dan negara berkebajikan PAS supaya cabaran dan matlamatnya lebih difahami. Di
sini timbul tiga persoalan. Pertama, apakah dia negara Islam dan negara berkebajikan PAS itu?
Kedua, kenapa PAS bertindak menukarkan matlamat dari Negara Islam kepada negara
Berkebajikan,: adakah kerana hasil dari pengaruh golongan professional, atau kerana ingin
medapatkan kuasa ataupun kerana ingin mengukuhkan pakatan antara PAS dengan DAP dan
PKR? Ketiga, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh PAS setelah berlaku transisi politik
tersebut? Kertas kerja ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan
kepada dua perkara pokok. Pertama, mengenal pasti konsep Negara Islam dan Negara

Berkebajikan PAS. Kedua, menganalisis matlamat dan cabaran terhadap perubahan dari
Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Semua data yang didapati adalah hasil dari
rujukan perpustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Akan dihujahkan
bahawa transisi politik PAS tersebut berlaku disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertama, untuk
mengukuhkan parti PAS agar dapat diterima oleh golongan Islam dan bukan Islam. Kedua, ia
merupakan strategi untuk memenangi pilihanraya ke-13. Ketiga, ada hubung kait dengan
sejarah PAS yang sudah lama mencanang slogan Negara Berkebajikan.
1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam The 6th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2011) di Universiti Sains
Malaysia pada 11-12hb Oktober 2011.

2 Beliau merupakan calon PhD Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
USM.

1

Kata Kunci: Negara Islam, Negara Berkebajikan dan Transisi Politik
1.0

Pendahuluan


Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Berdasarkan
pengamatan, PAS merupakan parti yang menjadi suatu wadah kepada mereka yang ingin
memperjuangkan Islam selaras dengan matlamatnya membina sebuah negara Islam. Tumpuan
terhadap negara Islam ini telah menjadi perbincangan sejak dahulu lagi oleh pemikir gerakan
Islam. Ia boleh dilihat menerusi penglibatan beberapa parti politik berunsurkan Islam di luar
negara seperti Ikhwanul Muslimin (1928) di Mesir, Jama’at Islami (1941) di Pakistan, Harakah
Ittijah Islami (1969) di Tunisia, Parti Refah Islami (1972) di Turki, Parti Islam Kurdistan (1979)
di Kurdistan, Front Islam Kebangsaan Sudan (1945) di Sudan, HAMAS (1988) di Palestin dan
Front Penyelamat Islam (1989) di Algeria (Taufiq Yusuf Waie, 2005). Di Malaysia pula
tertubuhnya Darul Arqam, Jemaah Tabligh, Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Jamaah Islah
Malaysia (JIM) (Muhammad Syukri Salleh, 1999).
Kertas kerja ini lebih tertumpu kepada sejarah dan cabaran negara Islam PAS untuk
mengetahui lebih mendalam berkenaan perjuangan PAS. Kemudian, dianalisis pendekatan
negara Islam PAS dan negara berkebajikan PAS sama ada berbeza ataupun sama. Begitu juga
dengan perbezaan antara welfare state dan negara berkebajikan PAS. Akhirnya, penilaian
terhadap perbincangan tersebut diteliti pula tujuan sebenar PAS dalam mentransisikan negara
Islam kepada negara berkebajikan.
2.0

Sejarah dan Cabaran Negara Islam PAS


PAS merupakan sebuah parti yang bermatlamat untuk mendirikan sebuah negara Islam di
Malaysia. Sejarah perjuangan PAS sedikit sebanyak boleh membuktikan pendirian parti tersebut.
Secara umumnya, PAS telah muncul di arena politik tanah air semenjak 23 Ogos 1951 apabila
persidangan ulama di Kuala Lumpur pada ketika itu telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama’ Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya telah
2

diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu
persidangan ulama’ Malaya di Bagan Tuan Kecil di Butterworth Pulau Pinang. Itulah sedikit
perihal PAS sebagai gambaran awal sejarah perjuangan Negara Islam PAS (Idris Ahmad, 2011).
Berdasarkan hal tersebut, PAS telah diasaskan oleh para ulama’. Oleh sebab itu, ia dilihat
sebagai satu usaha para ulama untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Perbincangan tersebut
telah mencetuskan idea untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menjadi tapak penting
terhadap politikal dakwah di negara ini. Ada pandangan pula mengatakan bahawa PAS hanya
menyertai politik menjelang pilihan raya pada tahun 1955 yang telah memenangi satu kerusi di
Krian, Perak oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Hussein (Idris Ahmad, 2011).
Secara terperincinya, dikatakan bahawa idea penubuhan PAS merupakan pengaruh dari
gerakan Islam Mesir yang dinamakan sebagai Ikhwanul Muslimin. Sehinggakan ada di kalangan
para pelajar yang dihantar khusus ke Timur Tengah untuk mendalami ilmu Islam dan ilmu

gerakan Islam. Kemudian, kebanyakan mereka yang pulang ke tanah air telah mengembangkan
pusat pengajian Islam seperti pondok dan sekolah agama (Riduan Mohamad Nor, 2011).
Cabaran PAS bermula apabila timbulnya kesedaran awal para ulama dan yang
berpengetahuan tentang agama. Mereka telah berkumpul dalam satu kelompok untuk membina
sebuah pertubuhan yang dinamakan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti
Hizbul Muslimin pada 1948. Ia merupakan kesan kegigihan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Ustaz
Abu Bakar al-Baqir (Ramlah Adam, 2003). Semakin hari semakin ramai yang mula mendekati
perjuangan mereka ini sehingga membimbangkan pihak British. Cabaran pertama ialah apabila
British dengan pantas telah menguatkuasakan undang-undang Ordinan Darurat pada Jun 1948
yang membawa kepada pemansuhan Hizbul Muslimin dan berlaku penangkapan beramai-ramai
termasuk Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Ramlah Adam, 2004).
Setelah dari peristiwa penangkapan beramai-ramai tersebut, para ulama’ telah mengambil
dua sikap. Pertama, ramai di kalangan para ulama’ yang ber‘tawakuf’ yakni berdiam diri
daripada menceburi parti kepartian. Walaupun begitu, mereka tetap menyebarkan dakwah Islam
melalui institusi pendidikan atau media massa. Kedua, beberapa ulama telah menyertai parti
3

UMNO untuk membawa isu-isu umat Islam agar terus diperjuangkan di peringkat parlimen.
Sebagai contoh, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan 3 telah menyertai UMNO pada tahun 1950 dan
dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.

Bahagian ini kemudiaannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan
ulama’ menubuhkan persatuan, seperti dalam tulisannya, “Ulama’ Malaya Belum Bersatu dan
Belum Punya Persatuan”. Beliau menyifatkan para ulama’ dilihat seolah-olah hilang
kewibawaannya disebabkan mereka tidak mampu melakukan apa-apa terhadap kes pemurtadan
Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain lagi. Justeru, Sheikh Abdullah
Fahim yang memimpin satu persidangan ulama’ merangkap Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951
telah mengeluarkan fatwa pengharaman judi loteri anjuran UMNO (Riduan Mohamad Nor,
2011).
Konflik yang timbul di kalangan ulama inilah telah menimbulkan pendirian para ulama
untuk menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS). Haji Ahmad Badawi telah mengeluarkan satu
manifesto bertajuk ‘Manifesto al-Badawi’ dengan tema “Ulama’ ke Jalan Allah” bagi
menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan
supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan parti politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan
melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah s.w.t.
Mereka juga menolak ideologi sekular yang dibawa oleh penjajah (Mohd Fadli Ghani, 2011).
Itulah titik permulaan ke arah bermulanya perjuangan untuk menegakkan sebuah Negara
Islam. Mereka bertekad untuk memerdekakan tanah Melayu dari penjajah. Sebagai contoh PAS
sewaktu berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas
Alias telah bercakap soal kemerdekaan yang perlu ditegakkan hukum Islam. PAS juga menolak
kerakyatan Jus Soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar

Negara yang merdeka. Ini menunjukkan bahawa matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam
telah dikemukakan semenjak permulaan pertubuhannya (Ramlah Adam, 2004).

3 Beliau merupakan seorang pelajar lepasan Maahad II Ihya Assyarif, Gunung Semanggol.
4

Seterusnya, Dr Burhanuddin pula mengambil alih kepimpinan PAS di akhir tahun 1956.
Sewaktu itu, PAS mula memperincikan sikap dan pendirian parti agar lebih konsisten dalam
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau meletakkan dua matlamat parti yang utama iaitu
memperjuangkan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Seperti kata Burhanudin (1960),
“Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus
memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi Negara Tanah Melayu ini dengan
bertapak di atas asas ideologi Islam yang Maha Suci”. Ini menunjukkan bahawa PAS sudah
mula bersungguh-sungguh dalam menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai sebuah
negara Islam (Kamarudin Jaafar, 1980).
Penyertaan PAS dalam pilihanraya umum 1959 telah memberikan motivasi yang positif
terhadap penyokongnya apabila berjaya mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dan
Terengganu. Mohd Daud Abdul Samad telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu dan
Ustaz Lofti Omar di Kelantan. Kemenangan di dua negeri tersebut dilihat sebagai langkah
pertama untuk merealisasikan matlamat dalam memperjuangkan sebuah negara Islam. Namun

begitu, berlaku pengambil alihan kuasa di Terengganu oleh parti Perikatan pada tahun 1961. PAS
berjaya bertahan di Kelantan sehinggalah berlaku darurat di Kelantan pada akhir 1977 (Ishak
Saat, 2007).
Berbagai tekanan terpaksa diterima oleh PAS seperti berlakunya penahanan terhadap
orang utama PAS iaitu Dr Burhanudin Al-Helmi, keganasan pemuda lasak UMNO dan lain-lain
lagi. Tekanan tersebut berlaku sehinggalah tahun 1971 (Riduan Mohamad Nor, 2011). Pada
tahun tersebut Datuk Mohd Asri Muda telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS. PAS dilihat
mula membuat kerjasama politik dengan UMNO bagi tiga tujuan iaitu pertama bagi menjamin
kestabilan politik negara, kedua mengekalkan ketuanan Melayu dan ketiga menyerapkan Islam
dalam pemerintahan.
Ia telah membawa kepada pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973
kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. Strategi PAS tidak
berkesan apabila tidak mampu untuk membuat lebih daripada itu, yakni merealisasikan matlamat
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara melaksanakan undang-undang Islam.
5

Kerjasama tersebut tidak bertahan lama apabila berlaku krisis kepimpinan PAS yang
dikatakan berpunca ekoran ada kepimpinan yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam.
PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang telah menyebabkan berlakunya
penyingkiran PAS dalam BN dan hilangnya Kelantan dari tangan PAS (Riduan Mohamad Nor,

2011).
Setelah melalui satu tempoh masa yang penuh cabaran antara tahun 1978 sehingga 1982
seperti terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan dan tekanan
ISA, akhirnya PAS telah bersepakat untuk membina kepimpinan ulama pada Oktober 1982 (Idris
Ahmad, 2011). Tuan Haji Yusof Rawa telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS menggantikan
Datuk Mohd Asri Muda yang meletak jawatan. Pada era inilah PAS mula dilihat berada pada
pada landasan matlamatnya yang dibina oleh golongan ulama sebelum ini iaitu mendaulatkan
Islam. Mereka dilihat lebih tegas dalam memperjuangkan negara Islam yang berkemungkinan
berpunca dari pengaruh revolusi Islam Timur Tengah.
PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki (gerakan) dan terus
melakukan dakwah terhadap non-muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC).
Setelah itu, pada tahun 1985 telah tercetus pula tragedi Memali yang mengorbankan seramai 14
orang ahli PAS. Korban tragedi tersebut dinamakan sebagai syuhada’ dan dikuburkan seperti
seorang syuhada’. Di sini jelas bahawa perjuangan yang mereka impikan hanyalah untuk
membina sebuah Negara Islam dan apabila terkorban dalam memperjuangkannya maka ia dikira
sebagai syuhada’.
Seterusnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan
pada tahun 1990. Beliau bersama angkatan kepimpinannya telah membentuk pentadbiran
bertemakan “Membangun Bersama Islam”. Sewaktu era kepimpinan PAS Kelantan sehingga
sekarang mereka telah berjaya melaksanakan undang-undang syariah dalam kuasa yang ada

seperti pengharaman judi dan arak ditempat awam.

6

Pada tahun 2003 pula, Abdul Hadi Awang bersama Haron Din telah mengeluarkan satu
dokumen yang bertajuk Dokumen Negara Islam. Dokumen tersebut menjelaskan secara
terperinci prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan negara Islam. Pengisytiharan dokumen
tersebut telah mencetuskan beberapa konflik antara PAS dan DAP. Sememangnya DAP tidak
pernah menyetujui PAS atau mana-mana parti untuk menegakkan sebuah negara Islam. Pada
dasarnya, DAP dan PAS merupakan dua parti yang mempunyai wadah perjuangan yang
bertentangan namun bagi menumpaskan BN, mereka tidak mempunyai cara lain selain
bergabung membentuk sebuah pakatan.
Secara rumusannya, PAS mengalami empat fasa kepimpinan iaitu kepimpinan ulama
tradisi (1951-1956), kepimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepimpinan nasionalis kanan
(1969-1982) dan kepimpinan ulama haraki (1982-sekarang) (Mohd Fadli Ghani, 2003). Dari
sudut ideologi pula, berlaku tiga fasa dalam PAS iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi
(1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan ideologi (1982-1995)
(Zambry Abd Kadir, 1995).
2.0


Perbezaan antara Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS
Selepas berlaku beberapa peristiwa hasil dari penelitian tersebut, mempamerkan bahawa

PAS sebuah parti yang memperjuangkan negara Islam. Namun setelah muktamar PAS ke-57
baru-baru ini telah memperlihatkan PAS dengan tema barunya iaitu membina negara
berkebajikan. Oleh kerana PAS berada dalam posisi parti Islam, maka timbul tanda tanya
mengenai kenapa PAS beriya-iya untuk menubuhkan negara berkebajikan pula? Apakah
sebenarnya matlamat dan tujuan PAS? Oleh itu, untuk melihat tujuan tersebut, perlu diteliti
dahulu apakah sebenarnya perbezaan negara Islam dan negara berkebajikan PAS?
Beberapa perkara boleh diteliti sama ada Negara Islam PAS berbeza atau pun tidak
dengan Negara berkebajikan PAS. Pertama, berdasarkan definisi Negara Berkebajikan PAS,
Abdul Hadi Awang (2011) mengatakan negara berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyatnya
berkebajikan iaitu dapat melahirkan rakyat yang sentiasa ingin berlumba-lumba untuk
melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan menguntungkan kesemua
7

pihak. Begitu juga Abdul Hadi Awang (2008) mendefinisikan negara berkebajikan Islam yang
ingin dibawa PAS merupakan sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan
rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara. Negara Berkebajikan mementingkan
pembangunan, tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Definisi negara Islam pula boleh diteliti daripada dokumen negara Islam yang diterbitkan
pada tahun 2003 iaitu secara rumusannya, definisi negara Islam ialah sebuah negara kebajikan
yang dipimpin oleh kepimpinan bertaqwa yang diasaskan atas prinsip syara’ dengan
melaksanakan segala syariat dan hukum Allah demi mendaulatkan Islam sebagai ad-deen yang
lengkap sempurna menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
Berdasarkan pengkajian terhadap definisi-definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa
negara Islam lebih tertumpu dan menekankan dari aspek syariat dan hukum Islam berbanding
dengan negara berkebajikan. Negara berkebajikan dilihat lebih terbuka berbanding Negara Islam.
Maksud keterbukaan itu dilihat menerusi negara berkebajikan lebih bersifat inklusif berbanding
negara Islam dilihat lebih kepada exklusif kepada orang Islam sahaja.
Berdasarkan penelitian terhadap kajian negara berkebajikan PAS, setakat ini belum ada
yang mengemukakan ciri-ciri negara berkebajikan melainkan hanya buku yang dikeluarkan oleh
Presiden PAS oleh Abdul Hadi Awang (2011) iaitu Konsep Asas Negara Berkebajikan.
Namun, sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, negara Islam dan negara berkebajikan
ini sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang tidak jauh berbeza. Ia boleh dilihat seperti
digambarkan dalam Rajah 1.0.
Rajah 1.0 Ciri ciri Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS
Ciri Negara Islam PAS
Ciri Negara Berkebajikan PAS
(Abdul Hadi Awang dan Haron Din, 2003)
1- Negara berdaulat
- Kedaulatan sesebuah negara merupakan
tonggak utama.
- Kedaulatan negara boleh dicapai melalui
kesetiaan kepada kepimpinan Negara
selagi mana tidak bercanggah dengan
perintah Allah s.w.t.
2- Agama yang diikuti

(Abdul Hadi Awang, 2011)
1- Memastikan imbangan kuasa
pemerintahan dalam Negara berada pada
tahap terbaik dengan berlakunya
pemisahan kuasa antara kehakiman,
perundangan dan eksekutif.
2- Mencakupi urusan hubungan manusia
8

-

Setiap rakyat seharusnya mentaati agama
masing-masing. Kepada penganut Islam,
mereka tiada pilihan kecuali menghayati
ajaran agama mereka dalam segenap
aspek kehidupan.

sesama manusia secara adil dan
hubungan manusia dengan tuhannya,
dengan merujuk kepada maksud
‘kebajikan’ itu dengan erti katanya yang
sebenar menurut pandangan Islam. Ia
perlu dilaksanakan dengan penuh
keadilan.
3- Negara berkebajikan adalah
sebagaimana yang diiktibarkan dalam
al-quran, as-sunnah dan sejarah
kecemerlangan umat Islam.

3- Melaksanakan syariah bagi menjamin
lima asas kehidupan
i. agama/kepercayaan
ii. nyawa
iii. akal
iv. maruah dan keturunan
v. hartabenda
4- Kesetiaan kepada Negara
- Rakyat dituntut memberikan taat setia
yang tidak berbelah bagi kepada
kepimpinan Negara selagi mana tidak
bercanggah dengan kehendak syara'.
- Jika pemimpin gagal memikul amanah
kepimpinan, rakyat berhak untuk
menarik balik ketaatan mereka.
5- Pertanggungjawaban dan Ketelusan
- Rakyat berhak mempersoalkan
ketelusan kepimpinan di semua
peringkat.
- Pemimpin bukan sahaja dipersoalkan
oleh rakyat dan institusi Hisbah tetapi
juga akan dipersoalkan oleh Allah swt
pada hari Kiamat.
6-Menegakkan
Makruf dan Mencegah
Mungkar
- Prinsip menegakkan kebenaran dan
mencegah kemungkaran akan
dihidupkan dalam masyarakat sehingga
menjadi tanggungjawab seluruh
warganegara.
- Seluruh warganegara akan menegakkan
kebaikan dan mencegah kemungkaran
dalam kehidupan berkeluarga,
bermasyarakat dan bernegara.
- Prinsip ini menjadi ciri penting yang
membezakan antara sebuah negara
Islam tulen dengan negara Islam tiruan.
7- Negara Berkebajikan

4- Mengutamakan pembangunan akhlak
dan jati diri rakyat di samping
meningkatkan kecemerlangan akademik.

5- Pemimpin dan Negara adalah yang
melaksanakan kebajikan iaitu beriman,
mengerjakan amal soleh, berakhlak dan
mempunyai kekuatan serta keupayaan
mentadbir atau mengurus.

6- Sifat pemimpin dan Negara ialah
melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar dengan bertanggungjawab
kepada tuhan dan beramanah sesama
manusia.

7- Rakyat dan pemerintah berlumba9

-

Negara Islam sangat mengambil berat
kebajikan rakyat.
- Pemimpin akan sedia mendengar segala
masalah rakyat.
- Pemimpin adalah khadam kepada
rakyat.
8-Syura Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan
- Negara Islam akan memperkukuhkan
amalan Syura Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan di Malaysia
berpaksikan ajaran Islam.
9- Pembangunan bersepadu, progresif dan
mesra teknologi
- Aspek pembangunan fizikal akan
disepadukan dengan kerohanian untuk
membentuk sebuah negara progresif
berdasarkan kemajuan teknologi
terkini.

lumba melakukan kebajikan,
sepertimana budaya memberi dan
menyumbang mengatasi budaya menerima
atau meminta.
8- Mengelakkan perebutan peluang
perniagaan antara kerajaan dan rakyat.
Pada masa yang sama kekayaan Negara
tidak berputar di kalangan tertentu sahaja.
9- Mengutamakan pengurangan kos
kehidupan rakyat di samping
meningkatkan kesejahteraan rakyat
dengan memastikan keperluan asas rakyat
dinikmati oleh semua tanpa kecuali.
10- Menjadikan kepelbagaian adat, budaya
dan agama sebagai pemangkin
keharmonian rakyat dan asas kekuatan
Negara.

Berdasarkan penelitian terhadap ciri-ciri tersebut, dapat disimpulkan bahawa negara
berkebajikan tidaklah mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan negara Islam. Ciri-ciri
tersebut bolehlah disimpulkan sepertimana berikut;
Untuk membentuk sebuah negara Islam perlu ada:
1. Undang-undang yang ditetapkan harus berlandaskan hukum dan ajaran Islam. Semua

kesalahan sama ada dilakukan oleh rakyat ataupun pemerintah harus dihukum
sepertimana yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Hadith.
2. Islam adalah agama rasmi, sedangkan agama lain yang ada pada negara tersebut bebas
untuk melaksanakan anutan mereka.
3. Sistem pemerintahan yang dilaksanakan seharusnya tidak bercanggah dengan syariat
Islam.
10

4. Pemimpin negara harus dilantik dari kalangan orang Islam.
5. Pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar.
Begitu juga, untuk membentuk sebuah negara Berkebajikan perlu ada padanya:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2)

Kerajaan adalah "guardian" atau penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3)

Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4)

Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6)

Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7)

Rakyat sejahtera, negara makmur
Ini menunjukkan bahawa setiap ciri negara berkebajikan itu merupakan salah satu

daripada ciri-ciri negara Islam. Ia boleh dirujuk berdasarkan ciri ketujuh negara Islam itu yang
menyebut negara berkebajikan merupakan salah satu cirinya. Namun begitu, negara
berkebajikan ini tidak dapat direalisasi melainkan perlu ada padanya kepimpinan, sistem dan
rakyat yang bersedia melaksanakannya. Hal ini juga menunjukkan bahawa, negara berkebajikan
ini walaupun dilaksana, belum tentu dapat memenuhi kreteria negara Islam PAS melainkan
semuanya itu dilaksana berdasarkan kepada sistem Islam. Secara kesimpulannya, negara
berkebajikan dan negara Islam PAS merupakan dua sistem yang tidak dapat dipisahkan dan
saling menyokong antara satu sama lain.
4.0

Beza antara ‘welfare state’ dan Negara Berkebajikan

Negara berkebajikan yang dibawa PAS dikatakan berbeza dengan “welfare state” yang
diamalkan di negara Britain dan Sweden atau “liberal welfare state” yang diamalkan di Amerika
Syarikat (Abdul Hadi Awang, 2011). Perbezaan tersebut secara amnya dilihat berdasarkan dasar,
objektif dan wawasannya, walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu tetapi berbeza dari segi
rohnya.

11

Secara khususnya, perbezaan yang agak ketara dapat dilihat berdasarkan aplikasi negara
kebajikan lazim yang meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. Tetapi Negara
berkebajikan yang diamalkan PAS memahami akan konsep hamba Allah dengan melakukan
ibadah dan khalifah Allah dengan mentadbir urusan dunia menggunakan panduan Islam (Abdul
Hadi Awang, 2011).
Seterusnya perbezaan itu dapat dilihat menerusi makna istilah tersebut. Negara
berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyat bersama-sama berusaha melakukan kebajikan yang
disokong oleh sistem yang cekap dan menguntungkan semua pihak. Berbeza dengan negara
kebajikan hanya kerajaan yang melakukan program kebajikan. Ini akan melahirkan rakyat yang
sentiasa bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang ada kalanya membebankan
kerajaan dan merugikan semua pihak. Ia juga berbeza apabila terdapat penambahan “ber” di
hadapan yang bermakna ada perbuatan dan memiliki sifat pada diri (Abdul Hadi Awang, 2011).
Kemudian, penelitian negara kebajikan seperti menurut Encyclopedia Britanica, welfare
state ialah “concept of goverment in which the state plays a key role in the protection and
promotion of the economic and social well-being of its citizens. It is based on the principles of
equality of opportunity, equitable distribution of wealth and public responsibility for those
unable to avail themselves of the minimal provisions for a good life”. Ia membawa maksud,
kerajaan seharusnya memainkan peranan utama dalam memastikan perlindungan dan kemajuan
ekonomi serta kesejahteraan sosial rakyatnya terjamin. Ianya berdasarkan prinsip kesamaan
peluang, pembahagian kekayaan secara saksama dan tanggungjawab masyarakat supaya
masyarakat yang terpinggir dari arus kemodenan akan terus terbela.
A. Briggs (1961) telah mengenal pasti tiga elemen utama negara kebajikan yang
diamalkan di Britain. Pertama, jaminan standard minima termasuklah gaji minima. Kedua,
perlindungan sosial sekiranya berlaku musibah. Ketiga, jaminan perkhidmatan pihak berkuasa
pada tahap terbaik.
Ia ditambah pula dengan kenyataan R. Veenhoven (2000), negara kebajikan tidak boleh
dipisahkan

dengan

kesejahteraan.

Kebajikan diukur oleh perbelanjaan keselamatan
12

sosial.

Kesejahteraan (well-being)

rakyat pula diukur dari segi tahap di mana mereka menjalani

kehidupan yang sihat dan bahagia. Ia boleh diklasifikasikan seperti kawalan dan perkhidmatan
kewangan seperti insurans untuk penyakit, pengangguran dan hilang upaya. Begitu juga jaminan
berkaitan dengan budaya dan pendidikan.
Menurut A. Lindbeck (2006) pula, takrifan negara kebajikan boleh dibahagikan kepada
dua definisi. Pertama ialah negara kebajikan meliputi dua jenis pengiraan perbelanjaan kerajaan
iaitu manfaat tunai untuk isi rumah dan subsidi atau peruntukan langsung perkhidmatan kerajaan
seperti penjagaan kanak-kanak pra-sekolah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan penjagaan
orang tua.
Kedua, negara kebajikan boleh termasuk juga kawalan harga, dasar-dasar perumahan,
peraturan persekitaran kerja, undang-undang jaminan kerja dan dasar alam sekitar. Berdasarkan
penelitian terhadap beberapa definisi tersebut, matlamat utama negara kebajikan ialah
kesejahteraan (well-being). Begitu juga, dapat disimpulkan bahawa setiap negara kebajikan itu
perlu ada modelnya tersendiri untuk disesuaikan dengan situasi semasa, agar masyarakat dapat
merasai dasar negara kebajikan tersebut. Dasar perlindungan sosial juga menjadi asas utama
negara kebajikan supaya rakyat dapat dipastikan sentiasa berada di bawah kebajikan kerajaan (P.
Spicker, 2008).
Berdasarkan sejarah, negara kebajikan dibina untuk mengurangkan sikap melampaui
batas sistem kapitalisme yang begitu ketara sekali dan sekaligus mengurangkan minat terhadap
sosialisme. Konsep negara kebajikan ini telah menarik perhatian semua pihak termasuk
penduduk, pekerja dan juga pihak kapitalis. Tarikan tersebut melihat kepada falsafah negara
kebajikan iaitu,
“satu gerakan pengurusan sosial daripada atasan yang bermatlamat untuk memastikan
sistem susunan sosial golongan pemerintahan kepada majoriti orang bawahan dapat
terjaga”.

13

Berdasarkan penelitian terhadap falsafah tersebut menunjukkan bahawa, terdapat
beberapa perbezaan dan percanggahan antara negara kapitalis dan negara kebajikan. Pertama,
negara kapitalis hanya mengutamakan keuntungan dalam pasaran tanpa mengira kebajikan
secara menyeluruh. Imbuhan yang diberi hanyalah sekadar satu galakan kepada pekerja untuk
terus kuat dalam bekerja dalam menghasilkan pengeluaran yang maksimum. Berbeza dengan
negara kebajikan yang mempercayai bahawa kebajikan individu merupakan matlamat penting
dalam menghadapi tekanan pasaran.
Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk memastikan setiap ahli masyarakat diberi
perlindungan daripada menghadapi risiko sosial. Ia termasuklah kemalangan industri,
ketidakuapayaan, pengangguran dan menyediakan perkhidmatan sosial seperti pendidikan,
perumahan, perubatan dan pengangkutan awam. Ia juga merupakan perkara penting individu
untuk berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat.
Falsafah tersebut telah menggariskan guna tenaga penuh untuk pengagihan pendapatan
dan kekayaan secara adil sebagai salah satu matlamat penting polisi negara. Oleh itu, setiap
negara yang mengamalkan sistem negara kebajikan harus berperanan aktif dalam ekonomi. Hal
ini sahaja yang dipersetujui oleh sistem kapitalis malah juga Keynes mengenai isu negara
kebajikan (M.C Marcuzzo, 2008). Setelah menyedari keterbatasan sistem pasaran, Negara
kebajikan berusaha mengadunkan mekanisme harga dengan beberapa alat yang lain, terutamanya
perbelanjaan kebajikan negara, bagi memastikan wujudnya kesaksamaan (R Titmuss, 1968).
Pada mulanya, tema negara kebajikan adalah untuk semua tidak kira kaya atau miskin
telah menimbulkan kegembiraan yang luar biasa, kerana merasakan pengagihan akan dapat
dilakukan dengan sempurna. Hakikatnya tidak begitu, strategi ini tidak dapat menangani masalah
tersebut. Oleh sebab pertambahan perbelanjaan awam tidak diiringi pengurangan yang seimbang
dalam permintaan terhadap sumber yang lain, maka defisit belanjawan akan meningkat walaupun
wujudnya bebas cukai yang tinggi (M. Umer Chapra, 2005).
Selain daripada itu, budaya pengguna juga membawa kepada peningkatan yang serentak
dalam perbelanjaan sektor persendirian, maka tidak terdapat peningkatan yang mengimbangi
14

dalam tabungan sektor persendirian. Sebaliknya tedapat perluasan kewangan yang berlebihan
dalam sebuah sistem perbankan simpanan “reverse banking system”. Mereka bersedia
memberikan sebanyak mana pinjaman sekalipun kepada sektor awam dan persendirian
berdasarkan cagaran serta risiko pemerintah (lower sovereign risks) yang lebih rendah, tanpa
terlalu menghiraukan tentang penggunaan akhir kredit. Ekoran itu permintaan terhadap pelbagai
sumber akan meningkat dengan banyaknya. Sekaligus membawa kepada ketidakseimbangan
dalaman serta luaran. Inilah yang disebut sebagai teori “needs”4(D. McClleand, 1975)5.
Pelbagai masalah kemiskinan dan kepapaan terus wujud, malah menjadi semakin parah.
Keperluan masih tidak dipenuhi dan ketidaksamaan pula terus meningkat. Maka, berdasarkan
penelitian terhadap perbincangan tersebut, ciri-ciri negara kebajikan bolehlah dibahagikan
kepada enam ciri iaitu undang-undang, pemiliknegaraan beberapa industri utama tertentu,
gerakan buruh yang kuat, polisi fiskal, kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan guna tenaga
buruh (M. Umer Chapra, 2005).
Negara berkebajikan PAS seperti tercatat dalam karya Konsep Asas Negara Berkebajikan
pula mempunyai beberapa perkara asas yang perlu diteliti. Ia penting untuk melihat sama ada
negara kebajikan sama atau berbeza dengan negara berkebajikan PAS. Pertama, berkenaan ciriciri asas negara berkebajikan seperti dalam rajah 1.0 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
berkenaan tasawur pelaksanaannya. Pelaksanaan negara berkebajikan menurut Abdul Hadi
Awang (2011) dari aspek fizikalnya mungkin ada kesamaan atau selari, tetapi tamadun Barat ini
meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. Selaras dengan pandangan Muhammad
Syukri Salleh (2003), beliau amat menekankan konsep tasawur dan acuan pembentukan
pembangunan itu sendiri sama ada berasal dari Barat ataupun tidak. Sekiranya berasal dari Barat,
ianya tidak boleh untuk dijadikan asas pembinaan acuan pembangunan berteraskan Islam.

4 Berdasarkan Wikipedia: The “Needs” ialah keperluan atau kehendak bagi organisma yang hidup sihat. Keperluan
yang dibezakan daripada mahu kerana kekurangan atau mahu untuk aksesori. Sekiranya tidak ada kemahuan maka makhluk itu
dianggap tidak berfungsi atau mati. Keperluan boleh objektif dan fizikal, seperti makanan
atau mereka boleh subjektif dan psikologi, seperti keperluan untuk harga diri. Di peringkat sosial, keperluan yang melebihi had
boleh menyebabkan timbulnya kontroversi. Memahami keperluan dan kehendak adalah satu isu dalam bidang politik, sains
sosial, dan falsafah.
5 Menurut McClleand (1975), terdapat tiga jenis kemahuan iaitu kemahuan kepada pergabungan, kemahuan kepada pencapaian
dan kemahuan kepada kuasa.

15

Justeru, antara ciri yang ditekankan dalam negara berkebajikan ini ialah segala
pengaplikasiannya seharusnya mengikuti panduan al-quran dan hadith yakni berdasarkan syariat
Islam. Secara ringkasnya, terdapat empat ciri utama yang perlu ada sperti terdapat dalam karya
Konsep Asas Negara Berkebajikan. Pertama, berkenaan negara yang bertaqwa yang
melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Iaitu negara yang baik dan mendapat
pengampunan dari Allah s.w.t.
Kedua, ciri-ciri pemerintah yang seharusnya dilantik dalam negara berkebajikan ialah
seorang yang beriman, mengerjakan amal soleh, berakhlak dan mempunyai kekuatan serta
keupayaan mentadbir dan mengurus. Mereka juga ialah seorang yang mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Seorang pemimpin harus
memahami bahawa kuasa adalah amanah dari Allah s.w.t yang harus ditunaikan dengan ikhlas.
Ketiga, sistem pemerintahan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ia seharusnya
berjalan dengan penuh keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Dari aspek perundangan
seharusnya berlaku pemisahan antara pemerintah dan kehakiman supaya sistem tersebut dapat
dijalankan dengan adil. Keempat, rakyat yang berada di bawah pemerintahan negara
berkebajikan ini seharusnya diberikan kebajikan dengan seadilnya. Kekayaan negara tidak
sepatutnya beredar pada satu kelompok sahaja.
Kedua, negara berkebajikan dilihat berbeza dengan negara kebajikan lazim dari segi
sejarahnya yang menjadi rujukan dan panduan PAS. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari
sirah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, pemerintahan Rasulullah s.a.w, pemerintahan
empat khalifah selepas Rasulullah s.a.w, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.
Kesemua ini menjadi asas kepada negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun
negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom
mengenengahkan konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya
bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan PAS. Bagi Negara
Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih
diutamakan (Abdul Hadi Awang, 2008).

16

Ketiga, tawaran pelaksanaan negara berkebajikan PAS dapat dilihat menerusi manifesto
pilihan raya ke-12 yang lalu bertemakan “Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Menuju
Negara Berkebajikan”. Tawaran itu meliputi 12 teras utama seperti dalam Rajah 2.0.
Rajah 2.0 Manifesto PAS Pilihan raya ke-12 dan Ciri- ciri Negara Berkebajikan PAS
Manifesto PAS Pilihan raya ke-12
Ciri Negara Berkebajikan PAS
“Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan

(Abdul Hadi Awang, 2011)

Menuju Negara Berkebajikan”
1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih

1- Memastikan imbangan kuasa
pemerintahan dalam Negara berada pada
tahap terbaik dengan berlakunya
pemisahan kuasa antara kehakiman,
perundangan dan eksekutif.

-

Menyedari segala kepincangan
pemerintahan yang ada kini, khususnya
amalan rasuah, kronisme dan
penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan
sektor dan kewibawaan institusi-institusi
penting dalam kerajaan.
2- Pengurusan berhemat (pruden)

2- Mencakupi urusan hubungan manusia
sesama manusia secara adil dan
hubungan manusia dengan tuhannya,
dengan merujuk kepada maksud
‘kebajikan’ itu dengan erti katanya yang
sebenar menurut pandangan Islam. Ia
perlu dilaksanakan dengan penuh
keadilan.

kekayaan negara
-

Menginsafi kedudukan Malaysia sebagai
negara yang kaya dengan hasil mahsul
seperti minyak, kayu-kayan serta hasil
galian, sementara sektor pembuatan dan
perkhidmatan mampu diperkembangkan,
negara kini kehilangan daya-saing bahkan
semakin buruk dikacamata masyarakat
bisnes antarabangsa. Ini mesti dibaikpulih
segera dengan usaha membanteras segala
kepincangan, rasuah dan kronisme yang
telah menggagalkan pencapaian DEB dan
matlamat dasar-dasar pembangunan yang
lain.
3- Jaminan keselamatan nyawa,
kehormatan dan harta benda dengan
membenteras jenayah
- Menyedari hakikat bahawa negara telah
terjerumus dalam bahaya-bencana jenayah
dengan pelbagai kejadian jenayah
kekerasan seperti culik, bunuh, rogol,
rompak dan menyamun secara bersenjata
atau tanpa senjata
4- Pendidikan menyeluruh pemacu

3- Negara berkebajikan adalah
sebagaimana yang diiktibarkan dalam
al-quran, as-sunnah dan sejarah
kecemerlangan umat Islam.

4- Mengutamakan pembangunan akhlak
dan jati diri rakyat di samping
meningkatkan kecemerlangan akademik.

perubahan
17

-

Merakamkan pelbagai keceleruan di
bidang pendidikan akibat mengalami
polisi yang kerap berubah (flip-flop)
serta pengangguran graduan yang
tinggi dan kejatuhan taraf ranking
universiti awam akibat tekanan politik
dan campurtangan Eksekutif yang
mengekang pertumbuhan institusiinstitusi ini.
5- Jaminan
perkhidmatan
kesihatan

5- Pemimpin dan Negara adalah yang
melaksanakan kebajikan iaitu beriman,
mengerjakan amal soleh, berakhlak dan
mempunyai kekuatan serta keupayaan
mentadbir atau mengurus.

rakyat
-

Memandangkan kos rawatan di hospital
swasta mahupun awam terus meningkat
dan keupayaan rakyat untuk
menampung kos menjaga kesihatan ini
semakin berkurang.
6- Kebajikan pekerja sektor awam dan

7- Sifat pemimpin dan Negara ialah
melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar dengan bertanggungjawab
kepada tuhan dan beramanah sesama
manusia.

swasta
- Memandangkan pembelaan rakyat
semakin terabai sementara kos saraan
hidup semakin meningkat.
7- Pembelaan kebajikan menyeluruh mesra

8- Rakyat dan pemerintah berlumbalumba melakukan kebajikan,
sepertimana budaya memberi dan
menyumbang mengatasi budaya menerima
atau meminta.

rakyat
-

Memandangkan kos saraan hidup terus
meningkat dan meletakkan rakyat
termiskin semakin tertekan.
8- Tawaran istimewa bagi kaum wanita

9- Mengelakkan perebutan peluang
perniagaan antara kerajaan dan rakyat.
Pada masa yang sama kekayaan Negara
tidak berputar di kalangan tertentu sahaja.

-

Menyedari kepentingan pengupayaan
wanita supaya bersama-sama kaum
lelaki dalam pembinaan institusi
keluarga mahupun pembangunan
negara.
9- Memajukan industri pertanian sekaligus

10- Mengutamakan pengurangan kos
kehidupan rakyat di samping
meningkatkan kesejahteraan rakyat
dengan memastikan keperluan asas rakyat
dinikmati oleh semua tanpa kecuali.

membela kaum petani dan nelayan
-

Meskipun telah dibentangkan pelbagai
program pembangun wilayah dan
koridor mutakhir ini, sektor pertanian
masih merupakan impian yang
terawang-awang yang belum berpijak
di bumi nyata (terlalu diangkasakan).
10- Dasar, etika dan amalan media massa

11- Menjadikan kepelbagaian adat, budaya
dan agama sebagai pemangkin
18

adil, bersih dan demokratik
- Menyedari kedudukan amalan media

keharmonian rakyat dan asas kekuatan
Negara.

yang masih jauh dari menghayati dasar
penyiaran yang membela nilai-nilai
kebenaran, beretika dan bertaraf dunia,
maka wajar reformasi ke arah
penambahbaikan dilakukan denghan
segala komitmen dan tanggungjawab.

Berdasarkan kepada manifesto tersebut, perbezaan tidaklah begitu ketara dari segi pelaksanaan
antara dua sistem tersebut, namun yang membezakannya adalah berdasarkan roh pelaksanaan
negara berkebajikan yang disebut sebelum ini. Maka, secara kesimpulannya perbezaan antara
dua sistem tersebut adalah berasaskan kepada tasawur, roh dan acuan sistem itu sendiri.

5.0

Matlamat Transisi Negara Islam kepada Negara Berkebajikan PAS
PAS terkenal dengan matlamatnya dalam menegakkan negara Islam. Sehinggakan, PAS

pernah mengeluarkan satu ‘Dokumen Negara Islam’ kepada masyarakat amnya dan khusus buat
penyokongnya. Persoalannya, adakah PAS telah mencapai matlamatnya menegakkan negara
Islam? Persoalan ini timbul kerana PAS bukannya baru dalam perjuangannya menegakan Negara
Islam. Ia bermula sewaktu awal penubuhannya secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan
dengan 24 November 1951. Ia berlanjutan sehinggalah sekarang dan kemuncaknya sewaktu
berlaku pengaruh revolusi Iran di Malaysia pada era 80-an lagi (Riduan Mohamad Nor, 2011).
Istilah menegakkan negara Islam menjadi matlamat utama PAS. Mereka juga telah
menggarap satu tema iaitu ‘Membangun Bersama Islam’ seperti kata Abdul Hadi Awang dan
Haron Din (2003) dalam Dokumen Negara Islam, tema Membangun Bersama Islam akan
dilaksanakan agar menjadi panduan untuk membina negara Islam. Ia perlu dihayati kerana Islam
merupakan penyelesai kepada semua masalah termasuk masalah dalam masyarakat majmuk.
19

Pemerintahan Islam akan menggalakkan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sehingga
boleh membawa kepada kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinamakan juga
negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt.
Abdul Hadi Awang (2003) juga pernah berkata sewaktu melancarkan Dokumen Negara
Islam bahawa Dokumen Negara Islam yang diterbitkan ini akan menjawab segala tohmahan dan
fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara
Islam, malah ia juga menjawab tuduhan yang dikatakan bahawa seluruh ahli PAS tidak pernah
berniat sedikitpun untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Sesungguhnya kewajiban
menegakan Negara Islam adalah sama wajib dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain
berpandukan kepada kaedah fiqh yang makruf. Hal ini menjadi bukti kesungguhan mereka dalam
membina negara Islam.
Hasil penelitian terhadap kajian mengenai pemerintahan PAS di Kelantan. Ada pihak
yang cuba mempertahankan cara pentadbiran kerajaan Kelantan dan ada yang cuba
mempertikaikan kaedah yang diguna pakai kerana masih bercampur dengan sistem kapitalisme
dan sebagainya. Oleh yang demikian, bagaimana PAS perlu menghadapi dua dilema besar iaitu
antara kritikan dan pengaruh politik semasa serta dalam masa yang sama memastikan matlamat
pelaksanaan Islamisasi dalam struktur dan sistem pentadbiran tercapai?
Proses Islamisasi yang ingin dilakukan PAS sebenarnya dilihat telah diterima sebahagian
besar masyarakat terutama di Kelantan. Ia dapat dibuktikan apabila PAS berjaya mengekalkan
pemerintahan di Kelantan hampir dua dekad dari tahun 1990 sehingga 2010. Kepimpinan ulama
yang diwar-warkan oleh pimpinan PAS telah berjaya mengekalkan kemenangan. Oleh itu,
sewajarnya PAS meneruskan agenda negara Islam berbanding negara berkebajikan yang ingin
dilaksanakan sekarang. Namun, adakah kepimpinan PAS melihat bahawa sudah tiba masanya
untuk berubah ke arah yang lebih diterima umum berbanding hanya tertumpu kepada suatu
kumpulan sahaja? Penukaran slogan tersebut berkemungkinan memperlihatkan bahawa sifat PAS
yang dilihat sentiasa ingin menghukum berubah kepada yang lebih terbuka dan toleransi serta
sifat memberi lebih diutamakan dari menghukum?

20

Dari persoalan tersebut, timbul beberapa persoalan lagi. Sebelum ini, PAS telah
menggunakan slogan menegakkan negara Islam tetapi tidak sempat berjaya mencapai
matlamatnya. Tiba-tiba ditukarkan pula kepada negara berkebajikan. Persoalannya, adakah
penukaran tersebut disebabkan pengaruh dari bukan Islam? Atau, adakah ini merupakan salah
satu cara mereka berhadapan dengan kaum bukan Islam agar mampu merealisasikan
matlamatnya tanpa berlaku perpecahan dalam masyarakat? Adakah ini merupakan kesan dari
perubahan kepimpinan yang berlaku iaitu dari golongan ulama kepada golongan profesional?
Atau Adakah ia merupakan salah satu strategi untuk memenangi pilihanraya ke 13?
Setelah mengamati sejarah negara Islam dan negara berkebajikan yang diperkenalkan
PAS, maka tiga matlamat dapat dikenalpasti dalam perbincangan ini. Pertama, dikatakan bahawa
matlamat negara berkebajikan ini ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan PAS agar dapat
diterima oleh golongan Islam (atas pagar) dan bukan Islam. PAS semenjak bersama dengan
Pakatan Rakyat telah berusaha menyatukan pemikiran untuk menghadapi UMNO. Sejarah PAS
bersama dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) pada 1986 telah mencatat sejarah penyatuan
PAS dengan golongan bukan Islam (Mohd Fadli Ghani, 2011). Seterusnya pada hari ini
wujudnya Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari India dan Cina yang ingin sama-sama
menyokong PAS. Penyatuan ini berdasarkan kepada kaedah tahaluf siyasi yang digunapakai bagi
menghadapi musuh yang sama walaupun matlamat berbeza (Ahmad Fadhli Shaari, 2008).
PAS terpaksa mengatur strategi untuk mengelakkan pertembungan antara PAS dan
golongan bukan Islam yang terdiri dari DAP dan Kelab Penyokong PAS. Antara strategi yang
dikemukakan ialah berkemungkinan menubuhkan sebuah negara berkebajikan. Oleh sebab
negara Malaysia berbilang agama dan bangsa, PAS harus menerima hakikat dan terpaksa
mengalih pandangan golongan bukan Islam dari matlamat negara Islam kepada negara
berkebajikan PAS. Malah berdasarkan karya Konsep Asas Negara Berkebajikan pun disebut
mengenai konsep perpaduan kaum yang berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diharuskan
dalam Islam (Abdul Hadi Awang, 2011).
Kedua, pilihanraya ke-13 semakin hampir. Semua rakyat sedang bersedia untuk memilih
pemimpinnya yang dianggap boleh memimpin. Maka, tekanan yang dihadapi oleh PAS dalam
21

memastikan kemenangan pada pilihan raya ke-13 sudah pasti memerlukan kepada strategi baru.
Strategi tersebut sudah tentu untuk memancing golongan atas pagar dan golongan bukan Islam.
negara berkebajikan ini perlu melalui fasa getir untuk memahamkan masyarakat erti perjuangan
PAS yang tidak pernah berganjak dengan perjuangannya menegakkan negara Islam bagi
penyokongnya dan memastikan golongan bukan Islam serta atas pagar boleh menerima
perjuangannya yang cuba dilenturkan sedikit. Buku Jingga telah diperkenalkan PAS untuk
memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa negara berkebajikan bukan hanya sekadar
retorik semata-mata (Abdul Hadi Awang, 2011).
Ketiga, PAS telah lama mencanangkan negara berkebajikan ini. Ia bukan suatu perkara
baru bagi penyokongnya namun penjelasan harus diberikan dengan lebih mendalam. Ia telah
dikemukakan oleh Fadzil Noor dan telah dibincangkan sebelum ini. Buktinya Fadzil Noor
sewaktu memegang jawatan sebagai Presiden PAS, beliau pernah menyuarakannya pada tahun
2001 melalui memorandum PAS kepada rakyat Malaysia bertajuk Pemerintahan Islam Dalam
Abad ke-21. Antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan
oleh ahli jawatankuasa PAS termasuk aktivis Non Government Organisation (NGO) yang
kemudiannya dibawakan oleh Fadzil Noor dalam Muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu pada Mei
2002 (Liew Chin Tong6, 2011). Abdul Hadi Awang (2011) pernah berkata dalam laman webnya,
“Konsep Negara Berkebajikan ini akan saya tulis dan diterbitkan bagi menjelaskan maksud
Negara Berkebajikan itu. Ia kesinambungan daripada apa yang kita rancang bersama
Almarhum Ustaz Fadzil”. Hal ini menjadi bukti bahawa negara berkebajikan PAS merupakan
antara agenda berasaskan pemikiran Fadzil Noor.
Secara umumnya, perkara yang diucapkan oleh Fadzil Noor (2002) dalam muktamar PAS
ke-48 tersebut secara umumnya ialah sifat pemerintahan Islam berdasarkan syura, pemilihan dan
demokrasi yang berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi. Begitu juga,
pentadbiran yang dicita-citakan PAS iaitu mendukung kedaulatan undang-undang serta
menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan”.
6 Liew Chin Tong merupakan ahli parlimen DAP Bukit Bendera. Beliau juga seorang graduan dari Australian National
University (ANU), dalam Kajian Sains Politik dan Kajian Asia. Beliau menulis tesis ijazah sarjana mudanya dengan kepujian
dalam tajuk “Islamic State Debate in PAS” dalam tahun 2004 di bawah kelolaan Professor John Funston. Beliau sangat peka
tentang wacana ‘Negara Islam dalam PAS’ sejak awal Reformasi dan mengikuti perkembangan ini dengan lebih dekat lagi
mutakhir ini (Dzulkifli Ahmad, 2011).

22

Begitu juga tujuh perkara asas yang dibincangkan oleh Fadzil Noor (2001) dalam
‘Memorandum PAS Kepada Rakyat Malaysia’ tersebut ialah masyarakat madani, hak saksama,
kedaulatan undang-undang berasaskan syariah, keadilan, meritokrasi, negara berkebajikan dan
pentadbiran dinamik serta inovatif. Berdasarkan penelitian terhadap memorandum dan isi ucapan
muktamar tersebut menunjukkan bahawa istilah negara berkebajikan telah pun diutarakan
sebelum ini lagi. Apabila diisytiharkan negara berkebajikan oleh Presiden PAS dalam Muktamar
PAS ke-57 kemungkinan tidak ada sebarang kejutan buat ahli PAS terutama kepimpinannya.
Ia turut memberi kesan kepada perlembagaan PAS pindaan 2001 fasal 5 bertajuk usahausaha bernombor tiga. Ia menyebut “memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiyah dan
menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan
masyarakat yang sihat dan berkebajikan” (Nasharudin Mat Isa et al, 2002). Hal ini
menunjukkan bahawa istilah berkebajikan telah pun diguna pakai di dalam perlembagaan PAS
dan tidak berubah sehinggalah pindaan terbaru iaitu pindaan 2009 fasal 6 bernombor tiga.
Begitu juga, ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (2007) dalam Muktamar ke-53
menjelaskan berkenaan Negara Berkebajikan bertajuk ‘Kelantan Menunaikan Tuntutan Negara
Berkebajikan’. Contoh tersebut diambil kerana pada ketika itu PAS hanya memegang tampuk
pemerintahan di negeri Kelantan sahaja. Maka PAS dengan inisiatif untuk menghadapi pilihan
raya ke-13 ini, telah mencadangkan semula tema negara berkebajikan kepada umum dengan
lebih serius untuk dilaksanakan. Ianya selaras dengan pendirian PAS yang sudah lama
mencanangkan negara berkebajikan tersebut sewaktu zaman Fadzil Noor lagi.
6.0

Penutup

PAS dalam memperjuangkan negara Islam telah menghadapi cabaran, sama ada ditangkap,
dipenjara, terbunuh seperti di Memali dan sebagainya. Cabaran tersebut dihadapi dengan
pelbagai strategi sehinggalah mampu bertahan sehingga sekarang. Apabila berlaku transisi dari
negara Islam kepada negara berkebajikan ini, mereka perlu berhadapan dengan tentangan
kefahaman masyarakat yang telah sekian lama memahami perjuangan negara Islam PAS.
23

Kekeliruan tersebut cuba diatasi dengan memperkenalkan karya Konsep Asas Negara
Berkebajikan oleh Abdul Hadi Awang. Berdasarkan pengamatan terhadap perbincangan tersebut,
dapat disimpulkan bahawa matlamat negara berk