Strategi think talk write (7)

Strategi-strategi pelaksanaan
Untuk mencapai kesemua objektif yang kami tetapkan di awal pembukaan
syarikat kami, pertama ialah kerjasama dan komitmen daripada setiap ahli
kumpulan kami. Hal ini kerana kami sangat percaya bahawa komitmen yang tinggi
daripada setiap ahli kumpulan sangat-sangat diperlukan dalam setiap syarikat
untuk menghasilkan kualiti dan kuantiti barangan dan servis yang sangat menarik.
Sebelum bermulanya hari expo, setiap daripada kami sangat memberikan
komitmen yang tinggi sehinggalah tamatnya hari expo untuk menjayakan
segalanya walaupun setiap daripada kami sangat sibuk dengan tugasan dan pada
masa yang sama perlu menghadiri kuliah. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk
bisnes projek ini agar semua objektif kami dapat dicapai.
Selain daripada itu, kerjasama daripada semua pihak sangat diperlukan untuk
mencapai matlamat kami. Setiap daripada ahli dalam kumpulan kami telah
diberikan tugas berdasarkan kepada kebolehan dan keupayaan yang kami miliki.
Ketua dalam kumpulan kami perlu mengetuai dan mengawal segala proses yang
terlibat. Ketua juga perlu memastikan semua ahli kumpulan kami membuat kerja
ataupun tugasan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang ketua perlu
mengetuai dan mengawal ahli-ahli dalam kumpulannya. Kami percaya bahawa
kawalan dan pimpinan daripada seorang ketua yang baik berupaya menghasilkan
sebuah syarikat yang berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi seperti
yang telah dijangkakan.

Seterusnya, untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, syarikat kami
banyak memberi focus kepada bahan-bahan yang kami gunakan untuk membuat
produk tersebut. Beberapa ahli kumpulan kami telah diberi tugas untuk membuat
perbandingan harga dan kualiti di pasaran. Selain daripada itu, syarikat kami juga
telah membuat dekorasi “keychain” yang baru dan menarik supaya kami dapat
menjadi pesaing yang kuat dalam industry “keychain” ini. Untuk mencapainya,
setiap daripada ahli kumpulan kami diminta untuk memberikan pendapat masingmasing dan membuat sedikit “brainstorming” agar dekorasi yang dipilih dan dibuat
nampak lebih “fresh”.

Selain itu, untuk mencapai objektif kami, pengedaran borang soal selidik
telah dibuat di awal penubuhan syarikat kami agar kami dapat mengetahui cita rasa
pelanggan pada masa kini.

Keberkesanan perancangan projek.

Setelah menganalisis, kami mendapati bahawa kami telah mencapai 75%
keberkesanan perancangan projek yang telah kami lakukan berdasarkan bisnes
proposal yang telah kami buat. Ini bermakna projek secara praktikalnya telah
berjalan seperti yang direncanakan sebelum bermulanya hari Expo APK. Selebihnya
sebanyak 25% berlaku sebaliknya seperti yang telah dirancang kerana terdapat

beberapa masalah telah berlaku.
Semasa berlangsungnya hari Expo APK, produk yang telah kami hasilkan
mendapat kurang perhatian daripada para pelanggan. Berikutan hal ini, sasaran
yang telah kami tetapkan untuk menjual 200 unit keychain tidak berjaya
dihabiskan. Kami hanya berjaya menjual 196 unit keychain. Ini menunjukkan
bahawa kami tidak berjaya mencapai perancangan yang telah kami sasarkan.
Walaupun kami berjaya menjual produk yang boleh dikira agak banyak, tetapi kami
masih perlu mencari alternatif lain untuk menarik minat pelanggan agar mereka
membeli produk kami kerana kebanyakkan pelanggan yang membeli produk kami
adalah daripada kawan kami sendiri. Kami juga telah mensasarkan penjualan
keychain kami pada hari pertama sebanyak 100 unit tetapi sasaran kami tidak
dapat dicapai. Untungnya, sebanyak 76 unit keychain telah berjaya dijual daripada
100 unit yang kami sasarkan.
Selain itu, terdapat satu perkara yang kami tidak jangkakan berkaitan dengan
pemasaran produk kami sekiranya mereka tidak datang ke Expo APK. Namun
demikian, kami telah mencari satu inisiatif baru dengan melakukan jualan secara
langsung di sekolah masing-masing kepada pelajar yang tidak dapat datang ke
lokasi penjualan tersebut.
Promosi-promosi penjualan produk kami juga telah berjalan seperti yang
dirancang di mana kami telah mengedarkan flyers dan membuat promosi di

facebook untuk memberi pendedahan awal berkaitan produk kami. Namun
demikian, kami hanya mengedarkan beberapa keping flyers kepada pelanggan kami
untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Oleh itu, kami telah mencari langkah mudah

agar semua pelanggan kami dapat mengetahui tentang jualan produk kami deng
menampal poster di stesen bas, kolej kediaman dan juga kawasan kafeteria.
Secara keseluruhannya, keberkesanan perancangan produk kami telah
mencapai sasaran yang agak tinggi dan perjalan kerja kami juga telah berjalan
dengan lancar dan mengikut pelan yang telah kami tetapkan. Setiap daripada ahli
kumpulan kami telah menunjukkan komitmen sepenuhnya untuk mencapai
kejayaan dalam projek kami sekaligus dalam mencapai objektif-objektif yang telah
kami tetapkan.