ETIKA INTELEKTUALISM DAN PERTEMBUNGAN IL

1

ETIKA-INTELEKTUALISM DAN PERTEMBUNGAN ILMU KOLONIAL DALAM
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA : ANALISIS SEJARAH.
Prof Madya Dr Huzaimah Ismail,
Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Ahmad Farid Abdul Jalal,
Ab. Halim Ismail,
Nor Adina Abd. Kadir &
Muhammad Ikhlas Rosele
ACIS, UiTM ShahAlam, Selangor
Email huzaimah@salam.uitm.edu.my
1. Pengenalan
Mengikut Amin Abdullah, kehidupan manusia di zaman global memerlukan dilakukan
proses integrasi terhadap tiga media atau keperluan1; Pertama, pekerjaan untuk kelangsungan
hidup – memerlukan penciptaan pelbagai ilmu sains social dan sains tulen, khususnya
pengetahuan S&T yang bakal menghasilkan alat teknikal bagi memudahkan kelangsungan
hidup manusia. Kedua, kominikasi untuk tujuan perhubungan sesama manusia – memerlukan
kepada penciptaan dan penyusunan ilmu bahasa, perfileman, kaedah hermuenitik (pentafsiran
sesuatu karya) dan kaedah kritikan.
Ketiga, agama ataupun sistem etika– bagi mengatur agar perjalanan media pekerjaan dan

kominikasi dapat berjalan dengan baik, seimbang dan memberikan manfaat kepada semua
umat manusia. Sebagai contohnya, setiap profesion pekerjaan perlu berpegang kepada etika
profesion yang khusus, yang lebih berteraskan kepada kerangka ideology ataupun agama
sebagai piawaian dan system nilai di dalam menjalankan aktiviti. 2 Pendek kata, kesemua
media ini amat memerlukan ilmu pengetahuan yang saling melengkapi di antara satu sama
lain. Ia amat penting bagi tujuan memberi panduan asas, menyusun dan mempermudahkan
lagi kehidupan manusia.
Dalam sejarah Malaysia, sistem pendidikan Islam memang amat berjasa di dalam
melahirkan tamadun intelektual dalam masyarakat Melayu. Bahkan jati diri Melayu
bergantung sepenuhnya kepada Islam. Namun begitu, akibat pendedahan negatif yang
diberikan oleh pihak kolonial British dan media moden, sistem pendidikan Islam sering
ditohmah dengan pelbagai nisbah negatif. Antaranya; ia hanya melahirkan insan yang jumud,
penghafaz buta, menentang segala bentuk pemodenan dan tidak mampu menggunakan analisa
akal yang kritikal. Terkini, ia dikatakan hanya melahirkan manusia ekstrem yang terlibat
dalam aktiviti keganasan.
Jadi, berasaskan kepada dakwaan negatif ini, kajian ini akan cuba menilai dan
menolak dakwaan ini serta menunjukkan sifat dinamisme yang dimiliki oleh sistem
pendidikan Islam zaman berzaman di Malaysia. Terpenting sekali, kita bakal menonjolkan
peranan sistem pendidikan Islam melahirkan graduan yang beretika dan mampu bertindak
sebagai intelektual ummah.

2. Apa Dia Konsep Intelektual Ummah
Mengikut perspektif barat, konsep intelektual merujuk kepada;
1. Pemikir masyarakat yang berpegang dengan pegangan falsafah ataupun ideologi tertentu
yang memikirkan masalah dan menyelesaikan masalah masyarakat. Mereka menggunakan
1

Mohd Amin Abdullah (2006) , Islamic Studies Di Perguruan Tinggi : Pendekatan Integrative-Interkonektif,
Yogyakarta : Pustaka Pelajar, h. 389-395.
2
Ahmad Shukri Mohd. Naim (2003), Konsep, Teori, Dimensi Dan Isu Pembangunan, Skudai : Penerbit UTM, h.
240-245

2

daya akal mereka dan terjun berkhidmat untuk masyarakat. Teori barat ini menegaskan
bahawa hanya golongan bukan agama yang layak dikatakan sebagai intelektual sejati dan
menafikannya kepada golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai manusa jumud
dan memusuhi pemodenan.
2. Manusia yang menggunakan potensi akal semata-mata tanpa didokong dengan elemen
agama, kerana mereka berpegang kepada fahaman Sekularisme yang menolak tuhan.3

3. Manusia kreatif yang berpegang kepada falsafah humanisme yang menjadikan
kepentingan manusia sebagai teras asas perjuangan.4
Mengikut Wan Mohd Nor Wan Daud, konsep intelektual ini telah disalahgunakan,
samada kerana ketidak sesuaian konteks ataupun sifat pelaku yang dinisbahkan dengan
konsep terbabit. Ianya terjadi kerana masalah kekeliruan ilmu dan penyakit kehilangan adab.
Dalam soal ini, terdapat beberapa contoh.
Pertama, status intelektual diberikan kepada ahli politik. Kita sering disogokkan oleh
media massa tentang ketokohan dan tingginya semangat nasionalisme yang dimiliki oleh
seseorang politik. Namun begitu, mengikut Syed Hussien al-Attas, seringkali tokoh terbabit
terjebak dengan semangat nasionalisme palsu – apabila berjuang bukannya untuk kepentingan
Negara tetapi demi kepentingan material semata-mata. Akibatnya, ia menimbulkan pelbagai
masalah di dalam masyarakat seperti isu kronisme, pecah amanah, pelanggaran undangundang oleh anggota kroni dan banyak lagi.
Kedua, pengakuan sendiri (self truth claim) yang diungkap oleh golongan tertentu
bahawa mereka adalah reformis (Mujadid) ataupun intelektual ummah yang memperjuangkan
prinsip intelektualism Islam. Gelaran intelektual palsu ini juga bakal menimbulkan pelbagai
masalah.
Mengikut Dr Ali Syariati, intelektual adalah merujuk kepada;
1. Golongan terpelajar dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
2. Mereka mempergunakan daya akal dan ilmu memikirkan masalah masyarakat dan
mencadangkan jalan penyelesaian masalah.

3. Mereka sanggup berkorban terjun ke dalam masyarakat untuk mengetahui masalah dan
selesai masalah masyarakat.
Mengikut Hassan Ahmad, nisbah intelektual Melayu- Islam boleh dirujuk kepada
golongan ulama, orang yang berusia dan pemimpin masyarakat. Mereka bertindak dalam
beberapa kapasiti;5
1. Sebagai pemikir dan pendidik masyarakat agar menjadi lebih harmonis dan mengelakkan
huru hara.
2. Manusia Rabbani yang mengaitkan hubungan dengan alam, masyarakat dan Allah.
3. Pemikir yang responsif dengan realiti semasa.
4. Pemikir yang berinteraksi dengan alam sehingga melahirkan konsep pengalaman (berguru
dan belajar dengan alam)
Keempat-empat kapasiti ini boleh dilihat daripada perpatah perpatih, peribahasa, karya
kitab Islam dan petua yang dihasilkan oleh golongan ini. Kesemuanya dijadikan bahan utama
untuk mengajar dan mendidik masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Atas dasar itu,
pemikiran intelektual Melayu Islam boleh dikatakan sebagai kemampuan menggunakan
intelek dan akal budi serta keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam untuk
3

4


5

Rahminah Muharam (2000) “ Hubungan Islam Dan Kristian Dalam Konteks Dokumen Vatican 11 “, dalam
Pemikir, Oktober-Disember 2000, h. 202-212
Untuk konteks Malaysia semasa, kupasan tentang konsep intelektual ini telah dilakukan oleh Syed Hussein
al-Atas (1992) Intelektual Masyarakat Membangun, Kuala Lumpur : DBP, h. 10-44
Hassan Ahmad, “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan “, Dalam (Edit) Worawit
Baru ataupun Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP,
2004, h. 1-12.

3

mencari sesuatu jawapan dan penyelesaian masalah. Ia perlu melalui proses berfikir yang
bertahap-tahap, teratur, tersusun dan kreatif.6
Atas dasar itu, dapat dikatakan hasil pemikiran ulama Melayu berasaskan world-view
Islam sejati, melalui sumber wahyu dan bukan wahyu bagi menyelesaikan masalah
masyarakat. Lebih tepat lagi, ia adalah penggunaan akal manusia Melayu menggunakan
sumber-sumber Islam (Quran, sunnah dan kitab Turath) berhadapan dengan realiti dan
sosiologi Alam Melayu.7 Ia mengambilkira world-view Islam dan budaya (uruf) Alam Melayu
dalam mencari penyelesaian masalah ummah. Ia mengandungi versi jawapan syarak yang

sesuai dengan realiti Alam Melayu yang agak berbeza dengan versi luar Alam Melayu.
3. Sistem Pendidikan Pondok dan Budaya Ilmu
Dengan mengambil kira konstektual zaman yang berbeza, memang banyak sekali
elemen positif pondok yang tidak terdapat pada IPT zaman moden ini. Untuk itu, demi
kelangsungan IPT Islam moden, kita perlu mengadunkan elemen positif pondok silam dengan
IPT Islam moden. Tambahan pula, formula pondok sebegini yang diadun dengan keilmuan
moden memang telah berjaya dilakukan dalam konteks Indonesia semasa. Contohnya boleh
dilihat kepada institusi Pondok Gontor di Jawa Timur Indonesia yang begitu cemerlang dalam
banyak perkara. Antaranya Pondok Gontor menekankan penguasaan bahasa Arab dan bahasa
Inggeris, pengajian fiqh dari pelbagai mazhab, penekanan kepada disiplin pelajar yang ketat,
mewujudkan industri kecil milik pondok yang menjadikan graduannya mampu berdikari.
Terbaru, Pondok Gontor ini telah mewujudkan ISID (Institut Studi Islam Darul Salam)
sebagai IPT Islam moden yang menawarkan pelbagai program pengajian sepertimana IPT lain
di Indonesia.
3.1. Aplikasi Pendidikan Pondok Dalam Menjana Modal Insan Yang Berkualiti.
Kita dapat mengenalpasti beberapa sumbangan pondok dalam menjana modal insan
yang berkualiti. Antaranya;
3.1.1 Pondok Dan Penerapan Asas World-View Tauhid Dalam Masyarakat
Melayu.
Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah

tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan
enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Kesemua enam pandangan ini
telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu (konsep jati diri Melayu). Pandangan
World-view tersebut adalah;8
1. Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah swt yang mencakupi alam primordial (arwah),
alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari
kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga
dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah swt.
2. Islam adalah panduan dari Allah swt sebagai ad-Din yang mengandungi segala peraturan
bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan
hakiki mereka.
6

Rahimin Affandi Abdul Rahim (2011), Tradisi Intelektual Melayu-Islam: Daripada Metafora kepada
Saintifikisme. Jurnal Melayu: The Muslim World Journal (Edisi Khas).
7
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2002), “ Memperkasakan Budaya Berfikir Islam : Satu Analisis “, Dalam Jurnal
Afkar, Bil. 3, h. 57-80.
8
Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia

Alaf Ketiga, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 48-49

4

3. Keyakinan kepada pembalasan yang baik adalah bagi amalan baik manakala pembalasan
yang buruk adalah bagi amalan buruk.
4. Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih,
benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak
ansur.
5. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang
beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manfaatnya dapat dinikmati bersama
orang lain.
6. Kehidupan bersederhana dan seimbang antara jasmani, akal dan rohani berasaskan kepada
ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu ain dan fardhu kifayah.
Mubaligh awal berketurunan Arab yang mengasaskan institusi pondok amat
menekankan penerapan prinsip Tauhid yang merupakan asas terpenting ajaran Islam yang
tidak ada tolak ansur di dalamnya. Dalam prinsip Tauhid ini, seseorang insan itu perlu
mengambil maklum berkenaan hakikat Tauhid dalam setiap perbuatannya samada
berhubungan dengan Allah swt ataupun makhluk. Ianya bukan terhad kepada pemahaman
keesaan Allah swt semata-mata, tetapi juga turut merangkumi beberapa intipati yang lain;

1. Perbezaan yang jelas di antara Tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah Tuhan dan ianya
berbeza daripada makhluk dimana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya
jelmaan daripada Tuhan yang harus ditakuti.
2. Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah swt yang Maha Berkuasa secara mutlak, di mana
kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah swt semata-mata.
3. Perbuatan syirik kepada Allah swt tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya
mengakibatkan kezaliman yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah swt.
Perbuatan syirik ini boleh berlaku dalam dua bentuk, samada menyekutukan Allah swt
dengan kuasa ketuhanan yang lain ataupun menjadikan manusia atau nafsu sebagai kuasa
penentu yang bertaraf seolah-olah seperti Tuhan. Dengan kata lain, kedua-dua bentuk
syirik ini iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi perlu disedari sepenuhnya oleh umat Islam.
Matlamat utama daripada pendekatan anti-syirik ini adalah bagi menjuruskan pengabdian
insan hanya kepada Allah swt, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas,
merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan selainnya yang boleh mengantikan posisi
Tuhan.
4. Berbanding dengan makhluk lain, manusia adalah ciptaan Allah swt yang terbaik yang
dipertanggungjawabkan dengan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini bagi pihak
Allah swt. Tugas ini perlu dilaksanakan dengan mengambilkira garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Allah swt.
5. Ketaatan yang mutlak tanpa kritis kepada mana-mana kuasa ataupun manusia ditolak di

dalam Islam. Neraca tertinggi untuk sesuatu kebenaran bukan terletak kepada individu,
parti dan puak (pendekatan non-partisan), tetapi perlu dinilai mengikut garis panduan
wahyu Allah swt. Hal ini bakal menghilangkan benih awal untuk sesuatu pendekatan
fanatik di dalam setiap tindakan.
6. Hakikat Tauhid ini perlu dijadikan sebagai matlamat utama kehidupan manusia ataupun
dianggap sebagai mikro kosmik (teras asas perjuangan hidup).

5

Mengikut skema world-view Islam ini, maksud agama di dalam pemahaman ini adalah
bersesuaian dengan maksud Islam sebagai ad-Din (way of life) dan bukannya mengikut
perspektif secular barat, yang menghadkan fahaman agama kepada amalan ritual sematamata.
Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata menguntungkan masyarakat Melayu
kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat
tamadun Melayu ke persada antarabangsa.9 Proses ini telah menimbulkan semangat
perpaduan (internationalism) di kalangan bangsa Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam
kerangka Tauhid, ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan
sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh
dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.10
3.1.2. Pondok dan Penjanaan Intelektualism dan Budaya Ilmu Islam Sejati.

Pengamalan budaya ilmu yang diasaskan oleh mubaligh yang awal dan kemudiannya
diteruskan pula oleh sarjana tempatan alam Melayu boleh dilihat dalam institusi pengajian
pondok.
Sistem pengajian pondok boleh dikatakan advance untuk zaman dan keadaan
masyarakat tradisi dengan merujuk khusus kepada usaha pembudayaan ilmu. Dewasa ini,
terdapat beberapa orang sarjana yang mengkritik dan bersikap sinikal terhadap sistem
pengajian pondok yang dikatakan out of date dan tidak mampu berhadapan dengan arus
pemodenan.11 Pendapat ini walaupun boleh dikatakan sebagai separuh betul, tetapi pada
hakikatnya ianya dibuat dalam bentuk yang tidak memenuhi adab ikhtilaf di dalam Islam. Ini
kerana, sistem pengajian pondok telah difikir dan dirangka dengan teliti oleh ulama’ silam
untuk era zamannya, dan ternyata ianya telah berjaya berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh
sebab itu tindakan mengkritik secara sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira faktor masa
ini adalah salah.12 Dalam konteks penerapan budaya ilmu, keistimewaan yang dimiliki oleh
sistem pondok ini adalah;
1. Sistem pengajian dilaksanakan secara swasta tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari
pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama’ itu dapat bertindak secara
bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan
tertentu.13 Lebih tepat lagi, ulama’ pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen
perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa
yang timbul di dalam masyarakat.
2. Sistem pengajian berorientasikan kaitan antara teori dan praktikal, yang menekankan
pemupukan budaya ilmu bagi menjadikan seseorang pelajar;
a. Mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah swt.
b. Bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat
dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat.
c. Menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji)
tetapi untuk mencapai keredaan Allah swt dan nikmat pengetahuan.
9

Ibid, h. 50.
Rahimin Affandi Abd Rahim (2000)“ Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara : Satu Analisa
Pengkaedahan “, dalam Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh
dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000, h. 18-19.
11
Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan
Ringkas “, Dalam Jurnal Syariah, V. 3, Bil. 1 h. 30-31
12
Shafie Abu Bakar, (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, Dalam Budi Kencana, Kuala
Lumpur : DBP, h. 93-94
13
Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1994) “ Hubungan Antara Ulama’ Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun
Umat Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 4.
10

6

d. Menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantung
kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk
keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan.
e. Menekankan persoalan akhlak dan disiplin Islam melebihi segala-galanya.
3. Sistem pengajian bersifat terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk
mengikutinya tanpa mengira latar belakang keturunan dan faktor umur. Apa yang boleh
dibanggakan adalah melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya telah pun
mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan berasaskan penekanan kepada
kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang Muslim, ilmu adalah milik bersama dan
setiap individu berhak diberi peluang untuk mendapatkan ilmu.
Dalam banyak hal, mubaligh yang awal berjaya menerapkan pendekatan world
affirmative (dunia sebagai tempat yang berguna) kepada masyarakat Melayu. Ianya telah
menjadi asas kepada pembangunan hidup masyarakat yang lebih dinamik. Menurut
pendekatan ini, umat Islam perlu menolak semua bentuk ajaran yang menafikan kepentingan
hidup dunia seperti mana dipegang oleh ajaran Neo-Platonism, Hindu, Buddha dan Kristian
yang menganggap kehidupan dunia ini sebagai kotor dan perlu dijauhkan demi untuk
mencapai kejayaan di dalam hidup selepas mati. Sebaliknya, umat Islam perlu menghidupkan
pendekatan world affirmative ini dengan memberikan penekanan kepada empat intipati yang
utama;14
1. Kehidupan dunia ini perlu dilangsungkan dalam bentuk yang seimbang di antara
kehidupan akhirat. Dan yang lebih penting lagi, kehidupan dunia ini perlu dijadikan
medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekal untuk kegunaan hari akhirat.
Dalam soal ini, secara halus kita dapat menyingkap bahawa di antara kedua-dua alam ini,
perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ianya lebih bersifat kekal abadi.
2. Alam dunia ini dengan segala prasana yang wujud di dalamnya adalah untuk manfaat
manusia dan bukannya untuk dipuja dan ditakuti seperti diamalkan oleh masyarakat
primitif.
3. Selain mengetahui hukum Allah swt dalam bentuk ketetapan agama daripada sumber
wahyu, umat Islam dituntut mengkaji hukum alam (sunnah alam) yang juga diatur
perjalanannya oleh Allah swt agar ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan
dunia.
4. Umat Islam di bawah pengaruh dan status khalifah amat digalakkan untuk meneroka,
menggunakan dan meneliti alam semesta ini secara berhemah bagi tujuan
memakmurkannya sebagai tempat yang selesa untuk di diami di samping menghayati
keunggulan kekuasaan Allah swt.
Asas utama untuk seseorang intelektual Muslim berkhidmat dengan lebih gigih di
dalam masyarakat berjaya diterapkan melalui penerapan pendekatan societal ( mementingkan
kehidupan bermasyarakat). Pendekatan ini antara lainnya menekankan kepada kepentingan
kehidupan bermasyarakat. Hal ini boleh dilihat dari beberapa intipati yang terkandung di
dalam Islam;15
1. Semua sifat keji dan sifat terpuji yang dikehendaki oleh mana-mana sistem masyarakat
sekalipun, seperti buruknya sifat mementingkan diri dan baiknya sifat kebersamaan, tolak
ansur dan sebagainya turut menjadi agenda utama ajaran Islam.
14

Rahimin Affandi Abd Rahim (2006) , “Islam Hadhari Sebagai Wahana Ilmu Untuk Kecemerlangan Umat
Islam Di Malaysia “, Dalam Risalah Khas Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427 H, Putrajaya :
JAKIM, h. 1-41
15
Abuddin Nata (2001), Metodologi Studi Islam, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, h. 40-41.

7

2. Kandungan terbesar Al-Qur’an dan Sunnah adalah menyentuh persoalan hubungan
kemasyarakatan (sistem muamalah) berbanding dengan persoalan ibadah.
3. Terdapat ketetapan hukum Islam yang menegaskan seandainya urusan ibadah bersamaan
dengan urusan muamalah yang penting, maka urusan ibadah perlu dipendekkan ataupun
ditangguhkan.
4. Terdapat ketetapan yang menegaskan bahawa ibadah yang mengandungi segi
kemasyarakatan diberi ganjaran lebih besar berbanding ibadah yang bersifat perseorangan.
Contohnya, solat yang dikerjakan secara berjamaah dinilai lebih tinggi pahalanya
berbanding solat yang dikerjakan secara bersendirian.
5. Terdapat ketetapan bahawa apabila urusan ibadah dilakukan secara tidak sempurna
ataupun batal, maka kifaratnya (tebusannya) adalah melakukan sesuatu yang berhubungan
dengan maslahah kemasyarakatan.
6. Terdapat ketetapan bahawa perbuatan amal soleh dalam bidang kemasyarakatan mendapat
ganjaran yang lebih besar daripada ibadah perseorangan.
3.1.3. Pondok dan Asas Kemahiran Insaniah.
Institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah
(suatu bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa)
dengan cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah
mampu menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis, Menyelesaikan
Masalah dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian
pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan melebihi perkara lain.
Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulama’ dan individu Melayu yang
celik agama dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan
bermayarakat mengikut persepktif Islam.16
Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang
panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari
tentang kepentigan konsep Rehlah Ilmiah17 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu: sentiasa
ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi). Konsep ini menuntut pelajar agar sentiasa berusaha keras dalam menuntut
ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan
pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan
konsep ini akan melahirkan ulama’ Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman
hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah
(kebijaksanaan).
Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu
menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Arab yang memang menjadi
bahasa pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti
dengan timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat
persinggahan (pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar
Alam Melayu yang melanjutkan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang
dimaksudkan adalah Kelantan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh. 18 Reputasi kesemua
tempat ini sebagai pusat ilmu agama Islam terserlah apabila ianya dikenali sebagai Serambi
16

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 202-204
Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90
18
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis sejarah Dakwah dan jalinan intelektuaal rantau MalaysiaIndonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi,
h. 47-74
17

8

Mekah suatu masa dahulu. Gelaran Serambi Mekah ini mempunyai beberapa maksud utama
antaranya;
1. Tempat ini telah menjadi tempat persiapan awal yang wajib dihadiri untuk pelajar agama
yang ingin melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke Mekah.
2. Terdapat ungkapan yang menyebut bahawa sesiapa yang belajar di tempat ini mutu ilmu,
autoritinya dan suasana masyarakatnya bersamaan seperti belajar di Kota Mekah.
Maksudnya, bagi sesiapa yang tidak berpeluang belajar di Mekah, sudah memadai
andainya mereka berpeluang belajar di kawasan Serambi Mekah ini.19
3.1.4. Pondok Sebagai Penyumbang Kepada Faktor Ekonomi Dan Asas
Keusahawanan.
Dalam konteks latihan keusahawanan, pelajar pondok telah mempelajarinya secara
langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok.
Guru pondok kebanyakannya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat
menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya mubaligh awal yang
mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar. Hasilnya,
mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran
Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok terlibat
dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan),
pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan
balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.
Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah diikuti oleh pelajar mereka secara
langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang
berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British
memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan
gaji di kalangan masyarakat Melayu.20 Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini
bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan
dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah swt yang menentukan
hidup dan rezeki mahkluk tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis
Rasulullah saw tentang 90 peratus daripada sumber rezeki adalah bersumberkan kepada
perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta
(bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini
menyebabkan seseorang ulama’ itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh
mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi, ulama’
pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang
bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.21
Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi
pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu
silam. Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya
berpusat di kawasan pedalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat
awam sekitar dengan warga pondok kemudiannya telah mengaktifkan kegiatan sosial dan
19

Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan, dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana :
Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK, h.
529.
20
Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai
Orang Melayu, Sintok : UUM, h. 213-218
21
Syukri Ahmad (2000), “ Implikasi Pengaruh Ulama’ Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik
Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjong Malaysia Dari Tahun 1950an Hingga 1990an “, dalam Jurnal
Usuluddin, bil. 14, h. 19-28

9

ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru. 22 Fenomena ini boleh
dilihat contohnya pada fakta kelahiran dan kemasyhuran kawasan baru di Kelantan yang
dikaitkan dengan ulama’ tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan
Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tok Kenali), Kota Bharu, Machang (Tok Kemuning),
Bachok (Tok Bachok) dan sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah
menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat.
Dengan cara ini secara tidak langsung institusi pondok telah menjadi pembimbing utama
kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis
serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.23
4. Hegomoni Ilmu Kolonial Dalam Merosakkan Citra Pendidikan Islam.
Peranan penjajah British merosakkan citra pendidikan Islam di Tanah Melayu telah
dilakukan melalui ilmu kolonial. Secara mudahnya, ilmu kolonial adalah ilmu yang
diusahakan oleh pihak kolonial British mengumpulkan maklumat tentang masyarakat tanah
jajahan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berasaskan dasar dan
epsitemologi (falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) kolonial British terhadap
masyarakat Tanah jajahan. Tujuannya untuk menguasai aspek politik dan pemikiran
masyarakat Tanah jajahan. Ia adalah sinonim dengan disiplin orientalism, iaitu ilmu yang
mengkaji ruang fizikal dan abstrak/pemikiran masyarakat bukan barat.
Orientalis-kolonialis ialah sekelompok ilmuan mengkaji Islam dari sudut pandang
mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya bahkan ideologi, sebagai suatu bentuk
wacana dengan dokongan institusi, kosa kata, keilmuan, imajinasi, doktrin, bahkan
birokrasi kolonial dan gaya kolonial.24 Mereka mendakwa kajian itu dilakukan demi nilai ilmiah
murni tanpa ada maksud dan tujuan yang lain. Namun begitu, pandangan metodologi orientalis
mengandung pelbagai bentuk pertentangan dengan kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus
untuk membezakan antara kedua masyarakat tadi tanpa mengambikkira persetujuan
masyarakat timur.
Menurut Abid al-Jabiri, dalam pendekatan orientalis ada dua aspek yang perlu dikaji.
Pertama, aspek yang berkaitan dengan hubungan antara orientalis dan imperialisme. Biasanya,
hal ini kelihatannya tersembunyi, khususnya dengan konflik antara Islam dan Kristian pada
abad pertengahan. Hasilnya daripada paparan konflik ini, mereka merendah-rendahkan
pemikiran Islam. Hal ini agak jelas apabila pemikiran umat Islam dikatakan sebagai pemikiran
bangsa Semit yang dianggap sangat mundur.25 Kedua, aspek yang berkaitan dengan situasi
objektif, pensejarahan dan metodologi yang diaplikasikan oleh orientalis. Pada masa
orientalisme muncul, begitu pula pemikiran Eropah mengenal gerakan intelektual yang
bertujuan melakukan reviewing (ulang kaji) sejarah kebudayaan Eropah. Dengan tersusunnya
sejarah kebudayaan Eropah ini, mereka mendakwa tentang keuniversalan metodologi
sejarah Eropah ini dan menganggap sejarah lain tidak mempunyai peranan yang signifikan.
Proses pengekalan ilmu colonial dalam masyarakat bekas tanah jajahan seperti Malaysia 26
dapat difahami dengan memahami konsep dominasi dan hegemoni. Dominasi adalah
penguasaan masyarakat oleh kerajaan atau kelompok tertentu melalui kaedah kekerasan agar
patuh kepada system, strata dan dasar yang ditetapkan. Manakala hegomoni adalah usaha
penguasaan kerajaan atau kuasa kepada rakyat atau massa bukan secara langsung
mengunakan kaedah kekerasan, tetapi mengunakan pelbagai jalan dan medium yang diakui
sah. Ia juga untuk memastikan rakyat atau massa patuh. Contohnya ia dibuat melalui ;
22

Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia
“, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 1-4
23
Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 230-235
24
Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex penguin Books, h. 2.
25
Ibid, h. 75.

10

undang-undang atau akta khusus; justifikasi ahli agama; sistem pendidikan dan politik yang
sah melalui pemilihan rakyat teramai ( demokrasi) dan terpenting sekali penggunaan media
massa.27
Lebih tepat lagi, hegomoni adalah penguasaan masyarakat menggunakan kuasa politik
dan intelektual yang diakui ramai. Ia adalah penguasaan secara halus, bukan memaksa secara
langsung tetapi menciptakan suasana bagi yang membuat massa merelakan diri mereka untuk
dikuasai.28 Keberkesanan kaedah ini kerana ia menggunakan peranan intelektual dan moral
( ulamak menjustifikasikan ketaatan pada pemerintah) dan mampu membentuk public opinion
masyarakat melalui media massa.29
Apa yang jelasnya, sesuatu kuasa dapat bertahan lama dengan menggunakan kaedah
dominasi dan hegomoni sekaligus. Apabila hegomoni diperolihi, rakyat dan massa mengakui
keabsahan kuasa pemerintah dengan sebab faktor moral, yang menyebabkan rakyat akan taat
dan gagal memnyedari bahawa diri mereka ditindas, menganggap system itu sebagai adil dan
sesuai dengan kehendak tuhan.
Dalam kes ilmu colonial, proses dominasi dan hegemoni telah berjalan sekaligus. Sistem
dan world-view penjajah telah dipegang kuat oleh golongan elit pemerintah yang dicipta oleh
pihak British. Mereka menjalankan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak British dalam
system berkerajaan di Malaysia.30 Dalam perkembangan selepas merdeka, proses hegemoni
ini masih berjalan dalam bentuk yang agak berbeza. Banyak kes-kes yang menunjukkan kuasa
besar mempergunakan NGO untuk menyebarkan keabsahan ilmu colonial dan world-view
barat secular dalam masyarakat.
Mengikut Ungku Maimunah, penjajahan British di Tanah Melayu menyebabkan timbul
3 perkara; usaha mendapatkan sebanyak mungkin laba dengan modal yang paling minimum;
usaha dalam bentuk ilmu yang mengkaji masyarakat tanah jajahan dan memperlihatkan niat
murni British di Tanah Melayu. Usaha ini, turut diwartakan kepada masyarakat antarabangsa
selepas Malaysia merdeka.31
5. Bagaimana Hegemoni Dasar British Dalam Pengajian Islam Dikekalkan Di Malaysia
Untuk mengetahui realiti pengajian Islam pasca merdeka, kita perlu melihat
pendekatan yang dibuat oleh kuasa British di zaman kolonial dahulu. Ia dalam bentuk usaha
menyekat potensi Islam dan institusi pengajian Islam dalam masyarakat. Ini kerana mereka
memang mengetahui potensi Islam (dikategorikan sebagai politikal Islam) 32 yang
membahayakan penjajahan British di Tanah Melayu. Kuasa British memang punyai dasar
yang khusus tentang Islam ataupun pengajian Islam dalam masyarakat Melayu. Hal ini
didasarkan kepada beberapa sebab utama:
5.1.

Kesedaran Tentang Bahaya Islam Sebagai Pemankin Perjuangan Menentang
Penjajah Kafir.

26

Carolina Lopez (2001), The British Presence In The Malay World : A Meeting Of Civilization Traditions,
SARI, 19, h. 3-33.
27
Roge Simon (1999), Gagasan-Gagasan Politik Gramsci, Yogyakarta : Penerbit INSIST, h. 20, 11 dan 13.
28
Daniel Hutagalung (2004), Hegemoni, Kekuasaan Dan Ideologi, Diponegoro 74 : Jurnal Pemikiran Sosial,
Politik Dan Hal Asasi Manusia, no 12, h. 1-16
29
Faizal Musa (2011), Wacana Sastera Transendental, Jurnal Pengajian Media Malaysia, v. 13, n0.2 h.29-40
30
Mohd. Noor Mat Yazid (2014), Colonial Policy And The Impact To The Politico-Economy Stability After
Independence: The Case Of Indonesia Under The Dutch And Malaysia Under The British, Review of History
and Political Science , December 2014, Vol. 2, No. 3 & 4, pp. 69-84
31
Ungku Maimunah Mohd Tahir (2014), Membaca Perwatakan Stamford Raffles Menggunakan Pensejarahan
Baru : Analisis Dua Teks, Dalam Jurnal Melayu, v. 12(1), h. 1-13
32
Muhammad Haniff Bin Hassan (2007), Explaining Islam’s Special Position And The Politic Of Islam In
Malaysia, The Muslim World, V. 97, h. 287-296

11

Dalam usaha pihak kolonial mengkaji semua aspek struktural masyarakat Melayu,
mereka memaklumi bahawa Islam dan isntitusi pngajian Islam memang menjadi asas
kekuatan jati diri Melayu. Bagi British dan Belanda, Islam adalah umpama racun yang perlu
diawasi. Namun begitu, hal ini tidak boleh dilakukan secara terang-terangan kerana bimbang
akan menjemput penentangan orang Melayu. Beberapa contoh boleh diberikan, antaranya;
1. R.j.Wilkinson dan Winstedt dalam perancangan sekolah Melayu telah membuang subjek
sejarah Islam daripada kandungan sukatan pelajaran sekolah Melayu. 33 Ia disedari bakal
menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kegemilangan Islam menguasai dunia suatu
masa dahulu.34
2. Penjajah British dan belanda mencurigai institusi Haji dan ulamak yang dianggap sebagai
pembawa masalah yang bakal mengugat kuasa penjajah. 35 Mereka menganggap isntitusi
haji sebagai pusat melahirkan kesedaran Islam menentang penjajah barat. Atas dasar itu,
mereka mengambil dasar menyekat atau memayahkan program haji masyarakat Melayu.
3. sarjana -pentadbir British dan Belanda yang menjadi tokoh utama membangunkan ilmu
kolonial memang terdiri daripada lulusan IPT barat yang terdedah dengan gerakan
orientalism. Jadi mereka memaklumi bahawa trauma perang Salib telah menyebabkan
umat Islam memusuhi kuasa barat. R.j.Wilkinson dalam kompilasi kajiannya tentang
masyarakat Melayu yang dijadikan teks utama untuk latihan kadet colonial menegaskan
tentang bahayanya peranan Islam bagi kuasa British.36 Begitu juga halnya dengan Snouck
Hurgonje. Sebelum dilantik sebagai penasihat belanda di Indonesia, beliau pernah
melakukan tesis tentang isntitusi Haji di Timur Tengah. Lagipun sarjana British dan
belanda (walaupun bermusuhan) telah saling berhubungan dalam menanggani Islam di
kawasan jajahan masing-masing.37
5.2.

Penjajah dan Usaha Meruntuhkan Potensi Islam Di Tanah Melayu.
Pihak British memaklumi tentang sumbangan institusi pengajian Islam dalam membawa
kesedaran ilmu dalam masyarakat. Ia juga mengasaskan sistem politik Islam dengan
terbentuknya pelbagai kerajaan Melayu-Islam. Bahkan mereka hairan untuk memahami
bagaimana Islamisasi dalam bentuk yang aman telah mampu mengubah world-view dan
menjadi elemen substance dalam masyarakat Melayu. Hal ini ditegaskan oleh John Taylor
bahawa andainya British tidak datang ke Tanah Melayu sudah pasti undang-undang Islam
akan menjadi Law Of The Land Tanah Melayu. Hasilnya mereka memahami bahawa
perubahan Islam ini mampu dibuat dengan wujudnya system pendidikan yang canggih dan
mampu menjawab persoalan terpenting masyarakat. Untuk itu, mereka mengunakan taktik
hegomoni dengan menyebarkan dalam masyarakat bahawa sistem pendidikan Islam ini tidak
berdaya maju. Hal ini didokong dengan dasar pendidikan yang diperkenalkan British
kemudiannya.
Sistem pendidikan barat ini disifatkan dengan beberapa bentuk;38

33

Arba’iyah Mohd Noor (2001), “ Pensejarahan Di Dalam Tradisi Barat Dan Melayu : Satu Perbandingan
Ringkas”, Dalam (Edit) Redzuan Othman, Jendela Masa, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 26-27.
34
Mehmet Ozay (2011), A Revisiting Cultural Transformation : Education System In Malaya During The
Colonial Era, World Journal Of Islamic History And Civilization, v. 1 (1), h. 37-48
35
Syed Muhd Khairudin Al-Junied (2005), Western Images Of Meccan Pilgrims In The Dutch East Indies, 18001900, SARI, 23, h. 105-122.
36
Wilkinson, R.J. (1906), Malay Beliefs. Leiden: E.J. Brill, h. 19 dan 25.
37
Matthew Schauer (2012), Custodians Of Malay Heritage: Anthropology, Education, And Imperialism In
British Malaya And The Netherlands Indies 1890-1939, tesis Ph.D untuk University of Pennsylvania, h. 66-68
38
Tan Yao Sua (2009), The British Educational Policy For The Indigenous Community In Malaya: Dualistic
Structure, Colonial Interests And Malay Radicaal Nationalism, CenPRIS Working Paper No. USM, 103/ 09 June
2009, h. 1-16

12

1. Tidak adil. Kerana ianya berbeza untuk masyarakat Melayu. Hanya anak raja dan
pembesar Melayu yang diberikan pndidikan yang baik daripada segi mutu guru dan
fasiliti. Hal ini tidak diberi kepada masyarakat Melayu bawahan.
2. Matlamat pndidikan. Bagi anak-anak pembesar, mereka dirancang untuk menjadi tenaga
kerja jawatan pertengahan dalam MAS (Malayan Administration Service). Untuk
masyarakat bawahan, mereka diharapkan akan terus kekal sebagai kelas bawahan, sebagai
petani yang lebih baik sedikit daripada keluarga mereka. Mereka turut memerlukan tenaga
kerja untuk jawatan rendah sebagai pemandu kereta kuda dan budak pejabat.
3. kandungan sistem pndidikan yang tidak membantu proses mobiliti sosial masyarakat.
Lebih penting lagi ia tidak membantu pembentukan pemikiran aktif dan kritis.39 Bagi
kelas anak raja, mereka diajar subjek yang mengagungkan kuasa dan sistem nilai British.
Untuk kelas bawahan mereka diajar dengan subjek biasa (membaca, menulis, mengira dan
kemahiran teknikal biasa).40
Sekolah British dicanangkan dalam masyarakat sebagai yang terbaik. Tamatan sekolah
venurkular British akan mendapat sijil yang membolehkan mereka mendapat kerja bawahan
dalam MAS. Ini secara jelas menyebabkan mana-mana sistem pendidikan yang berada di luar
arus perdana seperti system pondok tidak akan diakui. Ahli masyarakat Melayu mula
terpengaruh dengan fenomena ini, kerana graduan pondok tidak diterima kerja dalam
perkhidmatan British.41 Maknanya mereka Berjaya menyebarkan ideologi sekular yang
menafikan peranan agama dan menganggap kerja makan gaji sebagai suatu prestige.
Kononnya hidup sesorang itu lebih terjamin apabila ia mendapat gaji setiap bulan untuk
memenuhi keperluaan hidupnya.42
Walaupun mereka mendakwa diri sebagai pembela masyarakat Melayu, tetapi pada
dasarnya mereka lebih mementingkan soal keuntungan pelaburan mereka tanpa
mempedulikan kebajikan masyarakat bawahan atau imigrant asing. Fakta sejarah
membuktikan keadaan hidup tenaga imigrant Cina dan India yang berkerja di ladang dan
lombong sangat mendukacitakan.43
6. Hegomoni Ilmu Kolonial Dalam Pengajian Islam Selepas Merdeka
Di zaman selepas merdeka, ilmu kolonial ini telah dipastikan tetap dipakai oleh
masyarakat tanah jajahan. Hal ini berjaya dilakukan memandangkan hanya elit penjajah (raja
dan pembesar Melayu) yang diterima menjadi penganti penjajah sebagai pemimpin negara. 44
Hal ini memang terbukti benar apabila pewaris ini tetap meneruskan polisi penjajah dalam
beberapa dasar.45 Antaranya boleh dilihat kepada bentuk Perlembagaan negara, pemakaian
buku teks di sekolah, universiti mengikut perspektif British,46 sistem pemerintahan negara
mengikut gaya Westmister, pentadbiran awam dan pentabiran undang-undang bernegara.
39

Adnan Haji Nawang (1998), Za’ba Dan Melayu, Kuala Lumpur, h. 96-97.
Khairi Bin Ariffin, Ramli Bin Saadon & Ismail Ali (2012), Kurikulum Pelajaran Vernakular Melayu Di Tanah
Melayu Pada Zaman Kolonial British Sehingga Perang Dunia Kedua, MANU, Bil. 18, h. 1–31
41
Wan Yahya Wan Ahmad (1985), “ The Early Development Of Islamic Education In Kelantan “, dalam
ISLAMIKA, Kuala Lumpur, v. 111, h. 221-222.
42
Abdul Rahman Aziz (2000), Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia, Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia, h. 94-101
43
Tan Yao Sua (2009), The British Educational Policy For The Indigenous Community In Malaya: Dualistic
Structure, Colonial Interests And Malay Radicaal Nationalism, CenPRIS Working Paper No. USM, 103/ 09 June
2009, h. 1-16
44
Khasnor Johan (1983), “ Perkhidmatan Tadbir Melayu : Tradisi Dan Peranan Dalam Konteks Kerajaan
Penjajah “, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia,
h. 134-145.
45
Shaharuddin Maaruf (1993), Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu, Singapura : Pustaka Antara, h. 99-116.
46
A.J. Stockwell (2009), The Crucible Of The Malayan Nation : The University And The Making Of A New
Malaya. 1938-1962, Modern Asian Studies, v. 43, 5, h. 1149-1187.
40

13

Lebih parah lagi, ilmu kolonial ini disebarkan kepada pihak IPT eropah dan badan
antarabangsa sebagai bahan ilmiah yang paling berotoriti. Ia berupa pelbagai kajian yang
membabitkan latar belakang manusia Alam Melayu dalam bentuk laporan, hasil bancian,
jurnal ilmiah, catatan peribadi, bibliograpi dan manuscript. Hal ini ditegaskan oleh Knaap47 ;
In order to rule the colonies properly, the colonial power of the time were of the opinion that
they needed not only a strong army and navy and a well-trained civil service, but also
scholarly and practical knowledge of the indigenous society. Scholarly interest in the colonies
can thus be interpreted as an offspring of the process of colonial state formation. During the
nineteenth and early twentieth centuries, in England and France as well as in the
Netherlands, all sorts of journals came into being to disseminate knowledge about the
colonies. Few of these journals survived the wave of decolonization after the Second World
War. In the Netherlands only two survived, Bijdragen and (Nieuwe) West-Indische Gids,
founded in 1919. The other well-known journal on Southeast Asia from this period that is still
in existence is the Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, founded in
1878.
Dari petikan di atas, kita dapat mengetahui bahawa usaha pengumpulan semua perkara
membabitkan masyarakat dan Alam Melayu sebenarnya bermatlamatkan untuk memahami
dan membentuk ilmu tentang masyarakat Melayu, yang dijadikan asas atau alat untuk
menguasai mentality masyarakat Melayu.
Ilmu colonial telah mewariskan paradigma positivisme Secular Barat sebagai asas untuk
pengajian Islam. Di peringkat asasnya, pihak kolonial telah memperkenalkan kerangka
pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat Melayu. Ianya diterapkan dalam sistem
pentadbiran dan pendidikan di Tanah Melayu.48 Mereka mengajar tentang world-view barat
dalam soal matlamat hidup, apa yang penting, bagaimana pengurusan serta penyelesaian
masalah dan terpenting sekali mereka menolak semua world-view, cara hidup dan paradigma
pemikiran Melayu. Ia antara lainnya merangkumi;
1. Seandainya kemajuan dan pembangunan mahu dilaksanakan, negara bekas tanah jajahan
(negara sedang membangun) perlu menjalankan sistem barat yang bernuansa fahaman
sekular dalam segenap segi kehidupan.49
2. Semua sistem yang bertentangan dengan pandangan alam barat seperti sistem MelayuIslam akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya mementingkan suatu etnik
tertentu semata-mata.50
3. memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat Melayu.
Ianya terdiri daripada;
a. Pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia bebas
melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa tuhan.
b. Penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama.
c. Pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas menentukan
masa depannya sendiri.
d. Penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama – tumpuan lebih
diberi kepada ilmu bukan agama yang kononnya boleh membawa kemajuan.
e. Penakrifan konsep kebenaran yang keliru dan mengikut paradigma sekularisme.
47

Knaap, G. (1994), One Hundred and Fisty Volumes of Bidragen, Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde.
150 Volumes of Bidragen: Abackward Glipmse and a Forward Glimpse, 150 (4): 637-652 .
48
Mohd Hazim Shah (2007), Historicizing Rationality : The Transmission Of Rationality And Science To The
Malay States Under British Rule, dalam Asian Journal Of Social Science, 35, h. 216-241.
49
Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisistem Cirri Dan Kesannya “,
Dalam (Edit) Mohamad Daud Mohamad, Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur,
h. 91-92
50
Mohd Zariat Abdul Rani (2005), Antara Islam Dan Hinduisme Di Alam Melayu : Beberapa Catatan Pengkaji
Barat, SARI, v. 23, h. 67-82.

14

Selepas merdeka, rata-ratanya kajian Islam dan sains sosial di peringkat pasca sarjana
samada dilakukan di barat atau di Malaysia telah menggunakan kerangka epistemologi logico
positiviesme barat.51 Ia dalam beberapa bentuk;
Pertama, bergantung kepada kerangka teori Islam yang dilakukan oleh sarjana orientalis.
Bahan sarjana orientalis sering menjadi rujukan baku tanpa adanya sikap kritikal terhadap
ketepatan karya mereka.52 Jarang sekali, bahkan tidak ada langsung kajian pasca sarjana ini
menggunakan kajian sarjana Islam yang mengkritik karya-karya orientalis. 53 Dalam skema
kajian Islam di barat, kajian Islam menggunakan beberapa kaedah utama;
1. penetapan premis bahawa Islam adalah agama yang salah dan tidak betul, bersesuaian
dengan teori evolusi Darwin yang menganggap bahawa tamadun sekular barat adalah
merupakan tamadun kemanusian yang paling maju dan tinggi, berasaskan pendekatan
yang menolak sebarang bentuk ajaran agama.54 Mengikut teori ini, mana-mana
masyarakat, khususnya masyarakat timur yang masih mengamalkan sesuatu agama berada
di dalam kelompok masyarakat primitif, yang tertipu dengan pengajaran keagamaan.
Bahkan mereka menggangap bahawa penderitaan manusia adalah berpunca dari
kelemahan manusia yang tertipu dengan berpegang kepada kepercayaan keagamaan. 55
Berasaskan teori evolusi ini, kajian terhadap Islam perlu didahulukan dengan pelbagai
hipotesis yang negatif tentang ajaran Islam yang kemudiaannya bakal dibuktikan
kesalahannya dengan pelbagai fakta yang difikirkan patut.56 Antara hipotesis yang sering
digunakan adalah keyakinan bahawa Rasulullah adalah manusia biasa dan bukannya
seorang pesuruh Allah57 yang amat hina58 dan licik59 dalam menjalan dakyah agama
ciptaannya,60 menggunakan al-Quran yang diciptanya sendiri61 hasil peniruan yang dibuat
dari pengalaman berhubung dengan orang Yahudi dan Kristian.62
2. penetapan bahawa Islam tidak harus dipelajari sebagai agama wahyu daripada langit,
tetapi sebagai suatu agama budaya yang dihasilkan oleh masyarakat primitif timur
tengah.63
3. seseorang pengkaji agama Islam perlu menjadikan dirinya bebas ataupun meninggalkan
pegangan agamanya, yang tidak boleh menganggap agamanya sebagai akidah yang mesti
ditaati.64 Pendekatan yang bebas nilai ataupun Bird Eyes View ini ditetapkan kononnya
bagi mengelak pengkaji terjebak dengan fanatic keagamaan yang dpegangnya. Kaedah ini
51

Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Ratno Lukito (1997), “ Studi hokum Islam antara IAIN dan McGill “,
dalam ed. Yudian W. Asmin, Pengalaman belajar Islam di Kanada, Yogyakarta : Titian Ilahi press, h. 152-162.
52
Yusuf Rahman (1997), “ A Modern Western Approach To Quran : A Study Of John Wansbrough’s Quranic
And Its Muslim Replies “, Dalam Mcgill Journal Of Middle East Studies, v. 5, 129-157.
53
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2005), Isu Dan Pengaruh Orientalisme Di Malaysia