Perolahan bahasa Unsur-Unsur Paragraf/. doc

Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkatperingkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga
dewasa. Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh
sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran
keluarga dan kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat yang didiaminya.
Pemerolehan bahasa ini telah diterangkan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa.
Antara teori tersebut ialah teori Behavioris, Mentalis, Kognitif dan Interaksionalis.
1.

TEORI BEHAVIORIS
Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak
balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan
luaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383).
Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah
fahaman yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui
proses pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga,
pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun
sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau
proses yang menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak
balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna,
pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan, sama ada
diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman. (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009:389).
Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F.
Skinner. Mereka berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan
kerana bagi mereka, perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2009:383). Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi
kognitif dalam dalam pemerolehan bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383-384).
Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk
membentuk tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk
latihan mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga
mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:384). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawankawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
1.a

Kebaikan



Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses




pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses
pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik.
Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.



Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik
darjah.
Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu
bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
1.b

Kelemahan



Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan. Sebagai contoh, guru




perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
Pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru



perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,
pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara
kendiri atau self learner.
Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih
menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses
pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru sematamata untuk belajar.
1.c

Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memberikan
latihan secara berulang-ulang ataupun secara latih tubi. Sebagai contoh, sekiranya guru
ingin mengajarkan kemahiran menyebut suku kata yang berpola KV + KVK, guru akan

meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali sehingga murid
dapat menyebutnya dengan betul. Dalam situasi ini, pembelajaran adalah bergantung
kepada penguasaan murid. Sekiranya murid tersebut mudah belajar dan faham,
pengulangannya adalah sedikit, dan jika sebaliknya pula, pengulangan akan bertambah
sehinggalah murid tersebut menguasai sebutan yang betul. Setelah murid menguasai
kemahiran menyebut suku kata, guru akan mengajarkan pula perkataan-perkataan yang
terbina daripada suku kata yang diajarkan tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan
contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali
sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan baik.

2.

TEORI MENTALIS

Pelopor bagi teori ini adalah Noam Chomsky. Antara tokoh pemikir yang terlibat atau
berpegang pada teori ini adalah Jean Piaget, E.H.Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff,
George Miller, D. Slobin dan Mangantar Simanjuntak (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:34).
Teori ini adalah berkaitan dengan kognitif yang menekankan fungsi mental atau
proses berfikir seseorang manusia. Kognitif dari aspek psikologinya diertikan sebagai
kaedah untuk memahami fikiran dan fungsi mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman

(Siti Hajar Abdul Aziz,2009:392). Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang
merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap
sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain itu,
teori ini juga mempertimbangkan peranan mental dalam membentuk kepercayaan,
perlakuan, ingatan, motivasi dan emosi (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:392).
Teori ini merumuskan bahawa proses penguasan bahasa bergantung kepada
kematangan. Menurut Chomsky, kematangan saraf, kematangan pemikiran dan
kematangan bertindak merupakan aspek penting dalam proses mempelajari sesuatu
bahasa. Bagi ahli-ahli pemikiran mentalis ada yang menganggap bahawa bahasa itu
merupakan satu proses mental dan bukan mekanikal. Dalam pada itu, teori ini juga
mengetengahkan pembentukan ingatan yang berkaitan dengan pemikiran bagi menentukan
bagaimana sesuatu maklumat itu diterima, diproses, disimpan, diperolehi semula dan
dilupakan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:392).
2.a

Kebaikan



Menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pengajaran dan




pembelajaran bahasa akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
kematangan murid. Dengan itu proses pembelajaran akan lebih bersifat sistematik dan guru
dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang



belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap
kognitif mereka sendiri.
Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta terlibat aktif dalam
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.
2.b

Kelemahan




Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi
lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).
2.c

Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
melakukan perancangan yang merangkumi pemeringkatan kemahiran dalam pengajaran.
Dengan adanya pemeringkatan tersebut, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu
secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.
Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal huruf
atau fon, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid
berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam
pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid
sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada
pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai,
kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga

semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.
3.

TEORI KOGNITIF
Teori Kognitif merupakan sebuah teori yang menegaskan bahawa pembelajaran
adalah sebuah fenomena mental. Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis yang
mana teori ini cuba untuk menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang betul
(Tuan Jah Tuan Yusof,2011:36). Dalam teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuan
yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:36).
Proses ini berlaku setelah otak menerima bahan dalam bentuk rangsangan daripada
pancaindera.
Antara ahli pemikir yang terkenal dalam mengetengahkan teori ini adalah Jean
Piaget dan Sinclair. Mereka masing-masing berpendapat bahawa pemerolehan bahasa
oleh seseorang kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan
mengikut tahap perkembangan kognitif (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37). Dalam pada itu,
ahli-ahli Kognitif juga berpendapat bahawa pembelajaran bahasa ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung
melalui tingkah laku (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37).
3.a


Kelebihan



Teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan yang bersesuaian dan sepadan dengan



kelebihan kognitif dan fizikal murid. Oleh yang demikian, pendekatan teori ini dapat
mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.
Dengan ini, sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lancar kerana bersesuaian dengan
situasi semasa murid.
Menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan



juga interaksi dengan persekitaran.
Pembelajaran berdasarkan pengalaman.





3.b
Kelemahan
Perlunya penyediaan persekitaran yang menarik bagi merangsang pembelajaran.
Guru hanya menekankan proses pemikiran dan mengabaikan hasil atau produk akhir.
3.c

Aplikasi Teori Dalam Pengajaran
Berdasar teori ini, guru perlulah menyediakan isi pelajaran dan merancang aktivitiaktiviti yang sesuai dengan setiap perkembangan murid. Aktiviti yang dirancang haruslah
bersifat hands-ondan minds-on. Hal ini kerana, aktiviti seperti ini mampu merangsang serta
memberi galakan kepada murid untuk melakukan penerokaan bagi mencari sebuah
penemuan yang baharu. Sebelum memulakan pengajaran atau aktiviti, guru juga perlu
memastikan murid bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan dari segi mental di sini
adalah pengalaman pembelajaran sedia ada murid. Pengalaman ini akan mempengaruhi
peringkat pemikiran murid itu sendiri kerana pengalaman sedia ada merupakan sesuatu
yang telah wujud dalam ingatan atau memorinya. Justeru guru harus peka akan situasi
semasa murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran.
4.


TEORI INTERAKSIONALIS
Teori ini mulai berkembang sekitar tahun 1960-an dan1970-an hasil pembawaan
oleh Mark Halliday. Selain Halliday, teori ini juga didukung oleh beberapa tokoh pemikir
yang lain. Antaranya seperti Bloom, Bowemen dan Schlesinger (Tuan Jah Tuan
Yusof, 2011:38).
Teori ini memperlihatkan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik (Tuan Jah Tuan
Yusof, 2011:38). Ahli dalam teori ini percaya bahawa penguasaan sesuatu bahasa
bukanlah berdasarkan kebolehan kognitif sahaja. Hal ini kerana, mereka beranggapan
bahawa seseorang itu perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya penggambaran
makna dalam bentuk linguistik dapat dilakukan dengan tepat dan jelas (Tuan Jah Tuan
Yusof, 2011:39).

Bersesuaian dengan makna kata interaksionalis itu sendiri, teori ini mementingkan
aktiviti komunikasi. Hal ini kerana, bagi mereka penguasaan bahasa itu berlaku melalui
interaksi yang mana penyampaian makna merupakan aspek yang paling diutamakan dalam
sesebuah interaksi dan komunikasi (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:39-40). Dengan ini,
seseorang itu akan mampu menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar (Tuan Jah Tuan
Yusof, 2011:40).



4.a
Kelebihan
Lebih mengutamakan penyampaian makna dalam pengajaran. Meskipun demikian, teori ini




masih lagi mementingkan struktur bahasa itu sendiri.
Sebagai sebuah alat komunikasi yang melibatkan proses mental dan linguistik.
Memberi pendedahan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik
yang jelas dan tepat.



4.b
Kelemahan
Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau
aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jadinya, tiadalah fokus sampingan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4.c

Aplikasi Teori Dalam Pembelajaran
Berpandukan konsep utama teori ini, adalah diketahui bahawa proses pengajaran
dan pembelajaran dalam teori ini lebih mengutamakan penyampaian makna. Oleh itu guru
perlu menekankan aspek penyampaian makna dalam sesi pengajarannya. Sebagai contoh,
guru memberikan satu perkataan kepada murid dan kemudiannya memberikan makna yang
terperinci kata tersebut. Dengan aktiviti ini, murid akan mengetahui makna kata yang
diujarkan serta dapat melatih murid untuk berinteraksi dengan baik dan bermakna sesuai
dengan prinsip utama teori ini. Disamping itu juga, juga perlu memilih bahan pengajaran
yang bersesuaian. Hal ini kerana, setiap apa yang diajarkan itu perlu mempunyai hubung
kait dengan makna dan juga struktur bahasa itu sendiri. Hubung kait ini merupakan salah
satu elemen atau unsur untuk menjana proses mental dan linguistik dalam diri murid.
Tuntasnya, dengan adanya unsur-unsur aplikasi ini dalam pengajaran, maka murid akan
dapat menguasai bahasa dengan fasih dan lancar.
5.

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme lahir dari aliran pemikiran konstruktivisme yang mentafsir cara
manusia belajar bahasa (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:40). Antara tokoh yang masyhur

dalam aliran ini adalah McBrien&Brandt, Briner M., Sushkin N., Brooks&Brooks dan Nik
Aziz Nik Pa (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:6-8).
Bagi ahli dalam aliran ini, pengetahuan itu dibina secara aktif oleh individu yang
berfikir (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:5). Hal ini kerana, seseorang individu tidak hanya
menerima dan menyerap secara pasif pengetahuan yang disampaikan kepadanya,
sebaliknya akan menyesuaikan segala maklumat yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:5). Dengan proses penyesuaian ini, maka akan
terbentuklah satu pengetahuan baharu dalam minda seseorang individu tersebut.



5.a
Kelebihan
Memberi peluang



memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi sebenar.
Menggalakkan murid bersoal jawab dan berdialog dengan guru. Dengan ini, proses inkuiri




seseorang murid akan bercambah.
Menganggap proses pembelajaran adalah setara dengan hasil pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku secara pasif sebaliknya menggalakkan murid

kepada

murid

untuk

membina

pengetahuan

baharu

dengan

untuk menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan apa yang diajari oleh guru.



5.b
Kelemahan
Guru sekadar berperanan sebagai fasilitator dan pembinaan pengetahuan itu bergantung



kepada keupayaan murid sendiri dalam menyesuaikan apa yang dipelajari dengan
pengetahuan sedia ada.
Guru perlu merangka pengajaran berbentuk koperatif.
5.c

Aplikasi Teori Dalam Pembelajaran
Berdasarkan teori ini, guru perlulah merancang suatu aktiviti pengajaran mampu
menjana murid untuk menyesuaikan pengalaman dan juga ilmu baharu yang dipelajari.
Guru juga perlu memainkan peranan sebagai fasilitator yang mana akan membimbing
murid untuk dalam membina pengetahuan baharu dan menyelesaikan sesuatu masalah.
Sebagai contoh, guru melakukan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang
menerangkan berkaitan suasana pagi. Setelah selesai murid-murid menganalisis bahan
tersebut, guru akan bertindak sebagai fasilitator dan akan meminta murid untuk
memberikan pandangan mereka tentang suasana pagi berdasarkan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada mereka. Dengan aktiviti ini, daya inkuiri murid akan berkembang
ekoran daripada proses menyesuaikan pengetahuan baharu dengan pengalaman sedia
ada yang murid miliki. Dalam pada itu, guru juga perlu menggalakkan murid untuk bersoal
jawab dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru akan mengetahui sejauh
mana pengetahuan sedia ada murid dan akan membantu guru dalam pengajarannya.

Secara kesimpulannya, guru perlu memberi peluang atau kepercayaan kepada murid
dalam membina pengetahuan baharu mereka. Dengan, fungsi kognitif seseorang murid itu
akan terjana dan akan menguasai sesuatu pembelajaran itu dengan sebaiknya.