LATIHAN ILMIAH DAN PELABURAN EMAS

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:
KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q
RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN
BAHAGIAN PENGAJIAN SYARIAH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2006/07

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:
KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q
RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN
BAHAGIAN PENGAJIAN SYARIAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2006/07

EMAS SEBAGAI SATU ALTERNATIF PELABURAN:
KAJIAN TERHADAP SYILING KIJANG EMAS DI SMI-Q
RESOURCES SDN. BHD.

MOHD AIDID BIN MD SAID

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN IJAZAH SARJANA
MUDA SYARIAH SESI 2006/2007.

PENYELIA,
(EN. KAMARUZAMAN BIN NOORDIN)

TARIKH


PREMINILARI

Abstrak

Pelaburan emas dikatakan lebih stabil berbanding portfolio pelaburan yang sedia ada
seperti saham dan bon. Beberapa perbezaan dapat dilihat di antara portfolio pelaburan
emas dan portfolio pelaburan yang sedia ada seperti risiko pelaburan, proses, potensi dan
sebagainya. Pelaburan emas dianggap sebagai satu alternatif kepada pelaburan sedia ada.
Ia bemula daripada idea mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr.
Mahathir Mohamad untuk melaksanakan mata wang dinar emas. Kajian ini
membincangkan tentang pelaburan emas dan ia tertumpu kepada sejenis syiling emas
bullion Malaysia iaitu syiling Kijang Emas. Kajian dijalankan terhadap sebuah syarikat
yang menjadi peniaga syiling tersebut dan broker terhadap pelaburan ini iaitu syarikat
SMI-Q Resources Sdn. Bhd. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaburan emas
merupakan satu alternatif pelaburan yang terbaik dan mempunyai prospek yang cerah dan
luas.

Penghargaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam

kerana memberi keizinan dan kesempatan serta kekuatan untuk menyiapkan kertas projek
ini dalam masa yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Semoga Allah S.W.T berkati usaha ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mak tercinta Noorma bt. Rejab dan abah yang
disayangi Haji Md Said bin Razak yang berada di Gurun, Kedah. Tanpa doa restu mak
dan abah maka tidak anaknda berada di sini. Mak dan abah telah banyak berkorban wang
dan masa untuk memastikan anaknda mendapat pendidikan yang sempurna. Jasa kalian
berdua tidak akan anaknda lupa dan semoga seluruh hidup kalian diberkati Allah dunia
dan akhirat. Tidak lupa juga kepada adik-beradik iaitu kak, abang, atie, alip, ikin dan
Iskandar yang telah banyak membantu.

Begitu juga penghargaan yang tinggi kepada Encik Kamaruzaman bin Noordin iaitu
pensyarah di Jabatan Syariah dan Pengurusan selaku penyelia bagi kertas projek ini.
Beliau sangat banyak memberi tunjuk ajar, idea dan berkongsi pengalaman yang amat
berguna. Segala nasihat dan bimbingan beliau yang tidak putus-putus sangat dihargai.
Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan beliau dan semoga beliau akan lebih

berjaya pada masa hadapan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kakitangan
APIUM amnya dan semua pensyarah serta kakitangan Jabatan Syariah & Pengurusan,

terutamanya Ketua Jabatan iaitu Prof. Madya Ab. Mumin bin Ab. Ghani di atas bantuan
secara langsung dan tidak langsung.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada syarikat SMI-Q Resouces Sdn.Bhd. kerana sudi
memberi kerjasama untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Khasnya ditujukan
penghargaan ini kepada Encik Wan Mohammed iaitu Pengerusi Eksekutif syarikat SMIQ Sdn. Bhd serta Puan Salmy Edawati Yaacob yang merupakan Pensyarah di Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salam mesra ditujukan kepada sahabat perjuangan dari Jabatan Syariah & Pengurusan
dan sahabat-sahabat lain di APIUM, terutamanya Ruzanna yang sangat banyak
membantu dari pelbagai aspek serta memberi semangat dan dorongan yang tidak putusputus. Semoga Allah memberkati hidupmu. Begitu juga kawan-kawan rumah sewa di
Seksyen 14, Petaling Jaya iaitu Pokku, Gedek, Daong, Ensem, Hadri, Mamy, Bangah,
Yazid, Ehsan, Nuat dan Shahril. Kehadiran semua menambahkan kecerian hidup ini.
Segala sumbangan dan bantuan hanya Allah yang mampu membalasnya.
Sekian, terima kasih. Wassalam.

‫شكرا جزيل‬

‫لكم‬
MOHD AIDID BIN MD SAID,

NO. 2, LORONG 31A,
TAMAN GURUN JAYA,
08300, GURUN,

30 OKTOBER 2005
7 SYAWAL 1427

KEDAH.

Dedikasi
Maha suci Allah,
Selautan syukur aku dambakan,
Limpahan rahmatMu tiada tandingan
Tiada daya dan upaya melainkan dari Mu….
Buat emak dan abahku,
Terima kasih di atas segala limpahan,
Kasih sayangmu yang tiada tandingan,
Semuanya demi anak ini….
Untuk semua abang, kakak dan adik-adikku,
Aku tidak mungkin melupakan,

Segala budi, bantuan dan sokongan,
Dalam menghadapi segala perit dugaan…
Untuk teman teristimewa,
Yang tidak jemu memberi dorongan,
Yang mengingatkan aku tentang kedewasaan,
Terima kasih di atas segala sokonganmu….
Untuk teman seperjuangan,

Ikatan ukhuwwah ini banyak mengajar,
Erti kebahagian dan kekecewaan,
Semoga kita sama-sama menuju
kejayaan yang dinanti-nantikan...
SENARAI JADUAL

Bil.

2

Tajuk
Syiling bullion emas

antarabangsa mengikut
kronologi
Harga Harian Syiling Kijang
Emas pada 25 September 2006

3

Spefikasi Lengkap syiling
Kijang Emas

1

4

Transaksi urusniaga syiling
Kijang Emas pada Oktober
2006 (Secara tunai)

Halaman
57

58
60
84

SENARAI RAJAH

Bil.
1

Tajuk
Gambar reka muka syiling
Kijang Emas

2

Syiling Kijang Emas mengikut
saiz.

3


Pergerakan harga jualan
syiling Kijang Emas 1 auns
secara bulanan sepanjang
tahun 2005

Halaman
59
60-61

74

4

Pergerakan harga jualan dan
belian syiling Kijang Emas
sepanjang September 2006

75

5


Pergerakan harga syiling
Kijang Emas sepanjang tahun
2001 sehingga 2006

76

6

Diagram mekanisme
pelaburan pembiayaan ansuran

79

7

Diagram mekanisme
pelaburan secara tunai

81


SENARAI KEPENDEKAN

Ab.

=

Abdul

APIUM

=

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

AS

=

Amerika Syarikat

Bhd.

=

Berhad

BNM

=

Bank Negara Malaysia

BPA

=

Bilateral Payment Arrangement

Cth:

=

Contoh

Dr.

=

Doktor

Ed.

=

Edisi

H.

=

Hijrah

h.

=

halaman

Ibid.

=

Ibidem

ICT

=

Information Communication Technology

IGD

=

Islamic Gold Dinar

KEGC

=

Kijang Emas Gold Coin

KLCC

=

Kuala Lumpur City Centre

M.

=

Masihi

MAS

=

Malaysian Airlines System

MPA

=

Multiple Payment Arrangement

NGO

=

Non Government Organization

OIC

=

Organization of Islamic conference

Op.cit.

=

Opere citato

PPP

=

Program Pembangunan Pelaburan

R&D

=

Researh & Development

RM

=

Ringgit Malaysia

S.A.W

=

Sallahu ‘alaihi wasallam

s.m

=

sebelum masihi

S.W.T

=

Subhnahu wa Ta’ala

Sdn.

=

Sendirian

terj.

=

terjemahan

t.t

=

tanpa tarikh

UMNO

=

United Malayan New Organization

USD

=

United States Dollar

KAEDAH TRANSLITERASI

Senarai panduan transliterasi adalah seperti berikut :
1. Huruf Konsonan

Huruf Arab
‫ا‬
‫ب‬
‫ت‬
‫ث‬
‫ج‬
‫ح‬
‫خ‬
‫د‬
‫ذ‬
‫ر‬
‫ز‬
‫س‬
‫ش‬
‫ص‬
‫ض‬
‫ط‬
‫ظ‬
‫ع‬
‫غ‬
‫ف‬
‫ق‬
‫ك‬
‫ل‬
‫م‬
‫ن‬
‫و‬

Nama
alif
ba’
ta’
tha’
jim
ha’
kha’
dal
dhal
ra’
zay
sin
syin
sad
dad
ta’
za’
‘ayn
ghayn
fa’
qaf
kaf
lam
mim
nun
waw

Huruf Latin
a/’
b
t
th
j
h
kh
d
dh
r
z
s
sy
s
d
t
z

gh
f
q
k
l
m
n
w

‫ه‬
‫ي‬
‫ة‬

ha’
ya’
ta’ marbutah

h
y
h

Huruf Arab
(fathah)
(dhammah)
(kasrah)

Huruf Latin
a
u
i
a
u
i
aw
ay
iy/i
uww

2. Huruf Vokal

Vokal
Pendek
Panjang

Diftong

‫آ‬
ُ‫ا ْو‬
ْ‫اِي‬
‫اَ ْو‬
ْ‫اَي‬
ّ‫ي‬
ّ‫و‬

Nota : Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab tetapi telah
menjadi sebutan umum Bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan Bahasa
Malaysia melainkan jika ia ditulis mengikut sebutan Bahasa Arab.

DAFTAR ISI

KANDUNGAN

HALAMAN
PRELIMINARI

Abstrak

i

Penghargaan

ii

Dedikasi

iv

Senarai Jadual

v

Senarai Rajah

vi

Senarai Kependekan

vii

Kaedah Translitertasi

ix

Daftar Isi

xii

BAB SATU

PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN

1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

2

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

4

1.4 SKOP KAJIAN

5

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

6

1.6 METODOLOGI KAJIAN

7

1.7 KAJIAN LEPAS

10

1.8 SISTEMATIKA PENULISAN

14

BAB DUA
SEJARAH & PERKEMBANGAN
WANG EMAS
2.1 PENDAHULUAN

16

2.2 SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS
2.2.1 Zaman Sebelum Kedatangan Islam

17

2.2.2 Kemunculan Mata Wang Islam

19

2.3 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN WANG EMAS MASA KINI
2.3.1 Idea Tun Dr. Mahathir

22

2.3.2 Pandangan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri
Nor Mohamed Yakcop

27

2.4 PANDANGAN ISLAM TEHADAP PENGGUNAAN WANG EMAS
2.4.1 Dalil al-Quran

28

2.4.2 Dalil al-Sunnah

32

2.4.3 Pandangan Ulama’ dan Pemikir Islam

37

2.5 KESIMPULAN

42

BAB TIGA
EMAS SEBAGAI INSTRUMEN
PELABURAN
3.1 PENDAHULUAN

44

3.2 CIRI ISTIMEWA EMAS
3.2.1 Komoditi Berharga

45

3.2.2 Mempunyai Nilai Instristik

46

3.2.3 Satu Aset Yang Bebas

47

3.2.4 Tahan Lasak

48

3.2.5 Urusniaga Antarabangsa Yang Mudah

48

3.2.6 Bebas Dari Inflasi

49

3.3 PELABURAN EMAS

49

3.4 SIJIL SIMPANAN EMAS
3.4.1 E-Dinar

52

3.4.2 E-Gold

53

3.4.3 E-Qirad

54

3.4.4 E-Money

56

3.4.5 Gold Money

56

3.5 SYILING KIJANG EMAS
3.5.1 Apa Itu Syiling Kijang Emas

56

3.5.2 Spesifikasi

59

3.5.3 Kegunaan Lain

61

3.6 KESIMPULAN

64

BAB EMPAT
ANALISIS TERHADAP
SYILING KIJANG EMAS
4.1 PENDAHULUAN

66

4.2 SYARIKAT SMI-Q RESOURCES SDN. BHD.
4.2.1 Latar Belakang Syarikat

67

4.2.2 Produk & Perkhidmatan Yang Disediakan

69

4.2.3 Peranan SMI-Q Dalam Pelaburan Emas

71

4.3 SYILING KIJANG EMAS SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN
4.3.1 Prestasi Syiling Kijang Emas Sebagai Instrumen Pelaburan

72

4.3.2 Operasi Pelaburan Syiling Kijang Emas

77

4.4 TRANSAKSI URUSNIAGA SYILING KIJANG EMAS

83

4.5 KESIMPULAN

87

BAB LIMA
PENUTUP
5.1 RUMUSAN

88

5.2 SARANAN

93

SENARAI BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

BAB SATU

BAB SATU
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada satu peringkat dalam hidup, setiap orang mengimpikan untuk mengumpulkan harta
yang akan membolehkan

segala kemewahan dinikmati dan bagi memenuhi segala

keinginan. Impian sebegini mungkin menjadi kenyataan bagi sesetengah orang sama ada
dengan mewarisi wang atau harta yang banyak tinggalan keluarga ataupun melalui usaha
sendiri iaitu dengan bekerja.

Namun begitu pengumpulan harta bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan
pengetahuan, perancangan dan usaha yang banyak. Usaha-usaha pengumpulan harta ini
merupakan aktiviti pelaburan. Pelaburan ialah jumlah wang iaitu modal dan sebagainya
dalam sesuatu usaha niaga dan sebagainya atau sesuatu yang dibeli dengan harapan akan

mendapat keuntungan berlipat kali ganda.1 Namun ahli ekonomi menggunakan perkataan
pelaburan ini khusus untuk pembelian barang-barang modal fizikal yang baru seperti
mesin tetapi bukan untuk kewangan seperti saham atau bon.2 Aktiviti pelaburan
merupakan cabang-cabang di dalam sistem kewangan yang wujud di Malaysia. Sejak
dahulu lagi pelbagai bentuk pelaburan dijalankan oleh sektor-sektor ekonomi Contohnya
seperti membeli rumah, hartanah, aset kewangan, pembinaan dan pelbagai portfolio lain
seperti amanah saham, sekuriti, bon dan sebagainya.

Apabila menyebut tentang pelaburan, perkara yang sering terlintas dalam minda setiap
orang ialah saham. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi instrumen atau alat pelaburan yang
wujud. Pelaburan yang pelbagai akan memberikan pelabur manfaat yang pelbagai juga.
Ada pelaburan yang berjangka pendek iaitu kurang dari setahun dan juga pelaburan
melebihi satu tahun bagi yang berjangka panjang.

Tanpa disedari wujud satu bentuk pelaburan yang pada asalnya menjadi kegunaan
masyarakat dalam kehidupan harian. Ia menjadi perhiasan yang sinonim dengan kaum
wanita. Perhiasan yang penulis maksudkan ialah emas. Pada hari ini emas bukan sahaja
menjadi perhiasan semata-mata malah telah dijadikan instrumen pelaburan yang lebih
stabil berbanding instrumen pelaburan yang lain. Penulis akan mengupas berkenaan
pelaburan emas tersebut dalam kajian ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

1
2

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 741.
Siti Rohaya Yahya (1988), Konsep Asas Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 135.

Pada masa kini segala bentuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, pelaburan dan
sebagainya tidak dapat lari dari menempuh pelbagai rintangan dan risiko kerana
semuanya terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan cabaran globalisasi.
Cabaran globalisasi pada masa kini amatlah sengit dan ini memerlukan penyelidikan dan
pembangunan atau R&D (Researh & Development) yang berterusan dalam semua
bidang. Selain itu keadaan ekonomi juga tidak menentu dan memberi risiko yang besar
terhadap aktiviti ekonomi. Tambahan pula nilai mata wang kertas yang menjadi mata
wang dunia tidak stabil nilainya. Segala aktiviti ekonomi termasuk pelaburan bergantung
kepada nilai wang kertas sebagai pengukur nilai.

Atas dasar itulah Bank Negara Malaysia menyediakan alternatif dalam baru bidang
pelaburan iaitu pelaburan emas. Oleh itu dalam kajian ini penulis akan menghuraikan
berkenaan pelaburan emas ini. Pelaburan emas merupakan satu alternatif baru kepada
portfolio atau instrumen pelaburan yang sedia ada. Ia dikatakan mempunyai potensi yang
besar dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada para pelabur. Ini kerana
nilai emas adalah sentiasa stabil dan kukuh berbanding portfolio pelaburan yang lain.
Disebabkan kestabilan nilainya itu maka ia mampu mengimbangi risiko dalam portfolio
pelaburan yang lain seperti pasaran saham.

Penulis menumpukan kajian penulis terhadap sejenis syiling bullion emas Malaysia yang
dinamakan syiling Kijang Emas atau KEGC (Kijang Emas Gold Coin). Penulis akan
menghuraikan berkenaan syiling ini dalam bab yang seterusnya. Kemunculan syiling

Kijang Emas ini bukan sahaja menyediakan pilihan baru kepada orang ramai untuk
melabur malah ia dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

1) Mendedahkan aktiviti sebuah syarikat bumiputera iaitu SMI-Q Resources Sdn.
Bhd. yang menjalankan pelaburan emas dalam usaha menyelamatkan emas
sebagai aset pegangan umat Islam.

2) Kajian ini juga penting untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan sumber
maklumat berkaitan pelaburan emas terutamanya dalam bidang akademik.

3) Penulis juga berharap agar kajian ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat
Malaysia bahawa pelaburan emas mempunyai potensi yang sangat baik dan
mampu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masing-masing.

1.4 SKOP KAJIAN

Ruang lingkup kajian ini adalah tertumpu kepada potensi pelaburan emas sebagai
alternatif kepada pelaburan yang sedia ada. Kajian ini menumpukan kepada syiling
bullion emas Malaysia iaitu syiling Kijang Emas yang merupakan instrumen pelaburan
emas di Malaysia selain daripada dinar emas.

Justeru itu penulis akan membuat kajian terhadap sebuah syarikat yang menjadi peniaga
dan broker terhadap pelaburan syiling Kijang Emas tersebut. Syarikat yang dimaksudkan
ialah SMI-Q Resources Sdn. Bhd. atau SMI-Q yang beroperasi di Menara Berkembar
KLCC (Kuala Lumpur City Centre), Kuala Lumpur.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang ingin penulis capai melalui kajian ini ialah:

i.

Mengetahui sejarah awal penggunaan emas sebagai mata wang pada zaman
kegemilangan Islam dan juga perkembangannya pada hari ini dan melihat
pandangan ulama’ serta pemikir Islam terhadap penggunaan wang emas.

ii.

Memahami bentuk-bentuk pelaburan emas yang sudah dijalankan di Malaysia.

iii.

Mengenalpasti kelebihan dan keistimewaan logam emas yang menjadikannya
berpotensi sebagai instrumen pelaburan pada masa kini.

iv.

Memahami operasi pelaburan emas yang dilakukan oleh syarikat SMI-Q
Resources Sdn. Bhd. dan melihat prestasi syiling Kijang Emas sebagai instrumen
pelaburan emas.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian yang penulis lakukan ini terdapat beberapa metode kajian yang penulis
gunakan. Metode-metode yang penulis gunakan adalah selaras dengan saranan
metodologi penyelidikan. Metode-metode tersebut adalah seperti beikut:

1) Metode Pengumpulan Data

Bagi mendapatkan maklumat dan data dari sumber tertentu, penulis telah
menggunakan beberapa bentuk metode pengumpulan data yang sesuai dengan kajian
yang dijalankan. Terdapat 2 bentuk metode pengumpulan data yang digunakan iaitu:

I) Kajian Perpustakaan

Metode ini merupakan satu bentuk kajian awal yang paling kerap penulis lakukan.
Data dan maklumat diperolehi melalui pelbagai sumber. Antaranya ialah melalui
buku, jurnal, akhbar, kertas kerja, tesis, artikel dan sebagainya. Sumber-sumber
ini bukan sahaja berbahasa Melayu tetapi termasuk juga bahasa Inggeris dan
bahasa Arab.

Bahan-bahan tersebut diperolehi secara langsung dan juga tidak langsung dari
beberapa buah perpustakaan di Universiti Malaya iaitu:

1) Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
2) Perpustakaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
3) Perpustakaan Za’ba, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaya.

II) Kajian Lapangan

Kajian lapangan juga dinamakan sebagai kajian luar kerana penulis perlu turun ke
medan kajian dan cuba mendapatkan maklumat daripada responden atau pihak
yang tertentu. Kaedah atau metode yang penulis gunakan dalam kajian lapangan
ialah metode temubual.

a) Metode Temubual

Selain daripada metode kajian perpustakaan, metode temubual ini juga
adalah penting bagi menyiapkan kajian berkaitan pelaburan emas ini. Ini
kerana perkara tersebut adalah masih baru, oleh itu maklumat serta
pandangan daripada pihak yang berkaitan dan pakar dalam bidang
ekonomi, kewangan dan pelaburan khususnya adalah sangat penting dan
berharga. Antara individu yang telah penulis temubual untuk mendapatkan
data dan maklumat ialah Encik Wan Muhammed Wan Zain iaitu
Pengerusi Eksekutif syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd dan Puan Salmy
Edawati Yaacob iaitu pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2) Metode Analisis Data

Setelah memperolehi data dan maklumat yang dikehendaki dan mencukupi melalui
metode kajian perpustakaan dan metode temubual tersebut, maka penulis mengolah
dan menyusun data dan maklumat tersebut untuk menjadi sebuah kertas kerja yang
lengkap. Pengolahan dan penyusunan tersebut dilakukan dengan beberapa metode
yang lain iaitu:

I) Metode Induktif

Iaitu satu cara menganalisis data dengan membuat kesimpulan atau pembuktian
maklumat yang bersifat khusus untuk merumuskan kesimpulan yang berbentuk
umum. Metode ini penulis gunakan untuk menilai kelebihan pelaburan emas bagi
melihat sejauh mana pelaburan emas itu memberi kebaikan kepada para pelabur.

II) Metode Deduktif.

Ianya merupakan satu cara untuk menghuraikan sesuatu masalah dengan cara
terperinci. Data-data yang bersifat umum dihuraikan dan dijelaskan secara khusus
bagi mendapatkan hasil kajian yang benar. Penulis menilai kelebihan menyertai
pelaburan melalui syiling Kijang emas berdasarkan keistimewaan pelaburan emas
secara umum.

III) Metode Komparatif

Metode ini di lakukan dengan membuat perbandingan antara satu kenyataan
dengan kenyaaan yang lain sama ada berbentuk pendapat, masa, peristiwa dan
lain-lain. Dalam kajian ini, metode ini di gunakan bagi membandingkan

persamaan dan perbezaan di antara platform pelaburan yang sedia ada dengan
pelaburan emas yang masih baru.

1.7 KAJIAN LEPAS

Sebelum memulakan kajian ini penulis telah melihat terlebih dahulu kajian yang telah
ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini. Melalui pemerhatian penulis, kajian mengenai
pelaburan emas secara khusus masih belum dilakukan. Begitu juga mengenai syiling
bullion atau syiling emas.

Ini mungkin kerana perkara ini masih baru. Namun kajian yang mempunyai serba sedikit
kaitan dengan pelaburan emas ialah kajian mengenai mata wang emas atau dinar emas.
Antara kajian lepas yang berkaitan dinar emas ialah:

1. Latihan Ilmiah oleh Mohd Azrul Bin Yusoff, Jabatan Syariah dan Pengurusan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2003 yang bertajuk
“Wang Kertas dan Dinar Emas: Kajian Perbandingan”. Beliau menulis tentang
perkembangan

penggunaan

mata

wang,

ciri-ciri

istimewa

emas

dan

perbandingannya dengan wang kertas. Fokus utama kajian tersebut ialah
mengenai kelebihan dinar emas dijadikan mata wang berbanding wang kertas. 3
Penemuan penulis melalui kajian ini ialah wang dinar dan wang kertas masingmasing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun wang dinar

3

Mohd Azrul bin Yusuf (2002), ”Wang Kertas dan Dinar Emas: Kajian Perbandingan.” (Kertas Projek,
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

dilihat sebagai mata wang terbaik. Namun penggunaannya perlulah beriringan
dengan dengan wang kertas supaya lompang-lompang yang wujud dapat
ditampung demi kestabilan sistem ekonomi dunia.

2. Latihan Ilmiah yang bertajuk “Penggunaan Dinar Emas: Prospek dan Cabaran
Pelaksanaannya Pada Masa Kini”. Kajian ini ditulis oleh Normawati Ibrahim,
Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
tahun 2005. Beliau membuat kajian berkenaan prospek atau peluang untuk
merealisasikan penggunaan dinar emas di Malaysia. Beliau juga ada menyentuh
sejarah kemunculan wang emas iaitu dari zaman sebelum Islam dan semasa
zaman kegemilangan Islam. Selain itu beliau memfokuskan terhadap cabaran
pelaksanaan dinar emas pada masa sekarang.4 Penemuan yang dibuat ialah
prospek pelaksanaan dinar emas adalah cerah kerana ia merupakan alternatif
terbaik menangani krisis ekonomi yang melanda. Namun begitu cabaran
pelaksanaannya wujud mungkin disebabkan oleh tentangan daripada negaranegara yang telah lama mengaut keuntungan daripada sistem wang fiat.

3. Disertasi (Master Syariah) oleh Khairullah Haji Mokhtar, Jabatan Syariah dan
Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2004 yang
bertajuk “Sistem Mata Wang Dinar: Prospek Pelaksanaan Masa Kini”. Beliau
menulis tentang prospek pelaksanaan sistem mata wang dinar di peringkat
domestik dan antarabangsa. Selain itu beliau menghuraikan alternatif yang sudah

4

Normawati Bt. Ibrahim (2005), ”Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa
Kini” (Kertas Projek, Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

disediakan dan akan diwujudkan bagi tujuan pelaksanaannya. Beliau juga
mengkaji cabaran-cabaran terhadap pelaksanaan mata wang dinar. Penemuan
beliau daipada kajian ini ialah prospek pelaksanaan mata wang dinar dalam masa
yang terdekat adalah cerah kerana segala prasarana yang diperlukan sudah sedia
ada. Selain itu komitmen padu daripada kerajaan seperti penganjuran seminar
adalah sangat membantu.

4. Disertasi (Master Syariah) oleh Salmy Edawati Yaacob @ Mohamed Yaacob,
Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
pada tahun 2005 yang bertajuk “Penggunaan Dinar Emas: Prospek dan Cabaran
Pelaksanaannya Pada Masa Kini. Kajian beliau ini adalah mengenai kemampuan
pelaksanaan dinar emas di Malaysia. Beliau juga menilai kelemahan sistem mata
wang sekarang sehingga memaksa pihak-pihak tertentu untuk menilai kembali
penggunaan dinar emas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di
hadapan dalam usaha memperkenalkan penggunaan dinar emas atau IGD (Islamic
Gold Dinar). Kemungkinan pelaksanaan secara menyeluruh di Malaysia adalah
sesuatu yang akan menjadi realiti suatu hari nanti kerana pelbagai usaha telah
dirancang dan dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun NGO (badan bukan
kerajaan).

Kajian-kajian berkaitan pelaburan pula tidak banyak dan hanya terdapat kajian mengenai
pelaburan amanah saham, pelaburan institusi-institusi tertentu dan juga pelaburan dari

perspektif Islam dan sebagainya. Maka melalui kajian ini diharap dapat menjadi rujukan
memberi dan maklumat mengenai pelaburan emas.

1.8 SISTEMATIKA KAJIAN

Bab Satu:

Dalam bab satu, penulis menyatakan mengenai pendahuluan, latar belakang

kajian, kepentingan kajian dan skop kajian dijalankan. Selain itu perkara yang turut
disentuh ialah objektif kajian ini dijalankan serta metodologi yang penulis gunakan untuk
mejayakan kajian ini. Ulasan terhadap kajian-kajian lepas juga turut dinyatakan dalam
bab pertama ini.

Bab Dua:

Sejarah penggunaan wang emas iaitu sebelum dan selepas kedatangan Islam

dihuraikan dalam bab yang kedua. Perkara yang turut ditulis ialah perkembangan
penggunaan wang emas pada masa ini iaitu idea Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop. Seterusnya penulis menghuraikan pandangan Islam terhadap
penggunaan wang emas iaitu dengan menyebut beberapa dalil dari al-Quran dan al-

Sunnah. Pandangan ulama’ dan pemikir Islam juga turut diselitkan. Kemudian penulis
membuat kesimpulan. Melalui bab ini penulis dapat mencapai objektif untuk mengetahui
sejarah awal penggunaan emas sebagai mata wang pada zaman kegemilangan Islam dan
juga perkembangannya pada hari ini serta melihat pandangan ulama’ serta pemikir Islam
terhadap penggunaan wang emas.

Bab Tiga:

Dalam bab tiga, penulis menumpukan penulisan terhadap emas yang

dijadikan sebagai instrumen pelaburan. Perkara yang dihuraikan ialah ciri-ciri istimewa
emas iaitu komoditi berharga, mempunyai nilai instristik dan aset yang bebas. Kemudian
adalah berkaitan pelaburan emas dan juga sijil simpanan emas iaitu e-dinar, e-gold, eqirad, e-money dan goldmoney. Seterusnya adalah huraian mengenai syiling Kijang
Emas. Seterusnya penulis membuat kesimpulan keseluruhan. Objektif yang dapat dicapai
melalui bab ini ialah mengenalpasti kelebihan dan keistimewaan logam emas yang
menjadikannya berpotensi sebagai instrumen pelaburan pada masa kini serta memahami
bentuk-bentuk pelaburan emas yang sudah dijalankan di Malaysia.

Bab Empat:

Analisis terhadap syiling Kijang Emas dinyatakan dalam bab keempat.

Perkara yang dihuraikan ialah latar belakang syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd.,
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta peranan syarikat dalam pelaburan emas.
Selain itu perkara utama yang penulis sampaikan ialah prestasi syiling Kijang Emas
sebagai instrumen pelaburan dan operasi pelaburan syiling Kijang Emas. Kemudian
penulis memberi kesimpulan tehadap keseluruhan bab ini. Objektif yang dapat dicapai

ialah memahami operasi pelaburan emas yang dilakukan oleh syarikat SMI-Q Resources
Sdn. Bhd. dan melihat prestasi C sebagai instrumen pelaburan emas.

Bab Lima:

Bab lima adalah bahagian penutup. Penulis menyatakan rumusan terhadap

keseluruhan kajian ini. Selain itu juga penulis memberi saranan atau cadangan dalam bab
ini.

BAB DUA

BAB DUA
SEJARAH & PERKEMBANGAN WANG EMAS

2.1 PENDAHULUAN

Krisis kewangan yang melanda Asia sekitar tahun 1997 telah membuka mata banyak
negara terutamanya negara-negara yang mengalami krisis tersebut. Nilai mata wang
Malaysia juga turut menerima kesan yang teruk disebabkan krisis tersebut sehingga
Ringgit Malaysia berada pada kadar pertukaran RM 2.50 berbanding USD 1.

Hal ini sangat berbeza keadaannya jika dibandingkan dengan penghujung tahun 1996
sehingga awal tahun 1997. Ekonomi Malaysia pada ketika itu mengalami pertumbuhan

hampir 8.5% dan jumlah perdagangan antarabangsa Malaysia melebihi USD 158 bilion
dan ini menjadikan Malaysia antara 18 negara pengeksport terbesar di dunia.5

Disebabkan krisis tersebutlah Malaysia mengorak langkah untuk mewujudkan satu
alternatif yang terbaik bagi mengelakkan perkara tersebut terus menular dan menjadi
semakin teruk. Maka bekas Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir
mencadangkan penggunaan dinar emas. Beliau sedar bahawa sejarah telah membuktikan
wang emas mempunyai banyak kelebihan dan telah digunakan sejak zaman sebelum
kedatangan Islam lagi.
2.2 SEJARAH PENGGUNAAN WANG EMAS

2.2.1 Zaman Sebelum Kedatangan Islam

Sejarah penggunaan wang emas bermula sejak abad keenam s.m lagi di samping
wang perak.6 Orang pertama yang dikatakan menempa wang emas dan perak ialah
Croesus iaitu Raja Lydia (560-546 s.m) yang merupakan sebuah negara-kota di
bahagian barat Aratolia. Kemudian wang daripada kedua-dua jenis logam tersebut
telah banyak ditempa di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh orang Greek. Selain
untuk tujuan perniagaan dan perdagangan, ia juga adalah sebagai lambang
kemegahan dan kebanggaan mereka. Pada bahagian sisi wang tersebut diukir gambar
binatang seperti singa, burung hantu. Kura-kura, helang dan lain-lain. Selain itu juga
gambar dewa-dewa mereka yang disembah turut dijadikan hiasan pada wang tersebut.
5

Mahathir Mohammad (2000), The Malaysian Currency Crisis How and Why It Happen. Subang Jaya:
Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., h. 10.
6
Adilah Hazaami Adnan (2003), “Sistem Mata Wang Dinar dan Wang Fiat: Kajian Perbandingan” (Kertas
Projek, Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 33.

Keadaan wang emas dan perak tersebut berterusan dan tidak berubah sehingga
muncul zaman Alexender the Great. Beliau mengekalkan berat dan ukiran yang sama
serta dihiasi dewa-dewa seperti Zeus, Heracles dan Athena.7 Setelah beliau mati, tidak
banyak wang emas dan perak ditempa.

Kemudian muncul syiling emas yang bernama denarius yang ditempa oleh empayar
Rom semasa pemerintahan Caesar.8 Selepas itu empayar Rom berpecah kepada dua
iaitu Rom barat yang berpusat di Rome dan Rom timur yang berpusat di
Constantinople.9 Empayar Rom timur juga dikenali sebagai empayar Byzantium.
Apabila empayar Rom barat hancur, hanya wang emas yang ditempa di empayar
Byzantium sahaja menjadi mata wang paling utama di Eropah iaitu kira-kira seribu
tahun. Ia dihiasi gambar maharaja memakai mahkota atau baju besi dan bertopi besi.
Dikatakan juga maharaja tersebut memegang salib atau topi besinya dihiasi salib.
Wang emas tersebut dikenali sebagai solidus.

Penggunaan wang emas serta wang perak di Iraq, Iran dan daerah-daerah di bawah
kekuasaan Parsi sebelum Islam juga sudah lama iaitu selepas diperkenalkan di Lydia
pada abad keenam s.m. Wang emas dikenali dengan nama deric manakala wang
perak bernama siglos. Gambar maharaja duduk melutut sambil memegang busur
panah di tangan kanan dan lembing di sebelah kanan menghiasi bahagian depan wang
tersebut manakala bahagian belakang dibiarkan kosong.
7

Ibid., h. 34.
Ibid., h. 35.
9
Ibid., h. 36.
8

Sejarah juga menunjukkan bahawa Semenanjung Tanah Arab semasa zaman jahiliyah
menggunakan wang emas dan perak untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan
perniagaan mereka. Namun begitu mereka tidak mempunyai atau menempa wang
emas tersebut sendiri. Pada abad keenam dan ketujuh masihi, mereka menggunakan
mata wang syiling yang dikeluarkan dan digunakan oleh empayar Rom iaitu dari
wilayah-wilayah empayar Byzantium yang berjiran dengan mereka. 10 Pada kedua-dua
sisi wang emas tersebut tertera gambar dan lambang maharaja mereka. Namun begitu
masyarakat Quraish mempunyai timbangan tersendiri iaitu “dinar” bagi emas dan
“dirham” bagi perak11.

2.2.2 Kemunculan Mata Wang Islam

Dinar emas dan dirham perak merupakan mata wang yang dikenali sebagai mata
wang umat Islam. Pada zaman permulaan pemerintahan Islam iaitu zaman Rasulullah
S.A.W, masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab masih lagi menggunakan wang
dinar dan dirham dari wilayah Byzantium dalam urusan perniagaan dan perdagangan
mereka. Baginda S.A.W tidak pernah membantah penggunaan mata wang oleh
masyarakat Arab tersebut bahkan Baginda mengiktirafnya sebagai mata wang utama

10

Ab. Mumin Ab. Ghani & Salmy Edawati Yaacob (2006), “Dinar Emas: Prospek Pelaksanaannya
Malaysia” dalam Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (ed.), Dinamisme Kewangan Islam Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Pengurusan, APIUM, h. 204.
11
Normawati Bt. Ibrahim (2005), ”Penggunaan Dinar Emas: Prospek & Cabaran Pelaksanaan Pada Masa
Kini” (Kertas Projek, Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 52.

negara Islam ketika itu.12 Ini bermaksud bahawa Rasulullah S.A.W mengekalkan
gambar dan lambang raja mereka pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, pemerintahan kerajaan Islam diteruskan oleh
khulafa` al-Rasyidin. Penggunaan dinar emas dan dirham perak diteruskan. Khalifah
yang pertama iaitu Sayydina Abu Bakr as-Siddiq tidak merubah apa-apa keadaan
mata wang tersebut. Keadaannya masih sama iaitu terdapat gambar dan lambang
maharaja Rom pada kedua-dua sisi syiling emas tersebut. Ia terus digunakan dalam
pelbagai urusan muamalah dan juga dijadikan medium pembayaran zakat.

Semasa pemerintahan Sayydina ’Umar dan Uthman pula mereka menambah kalimah
’Alhamdulillah, Muhammad Rasulullah, La ilaha illa Allah wahdah dan
Allahuakbar’ dengan mengekalkan keadaan asalnya.13 Tindakan mereka berdua ini
boleh dikatakan sebagai usaha untuk mewujudkan dan menempa mata wang Islam
yang tersendiri serta bebas daripada pengaruh empayar Rom.

Usaha tersebut diteruskan lagi oleh Mua’wiyah bin Abi Sufyan, iaitu pengasas
kerajaan Umawi yang berpusat di Damsyiq, Syria. Beliau membuat beberapa
perubahan lain bagi mata wang tersebut. Beliau menempa dinar emas dengan gambar
khalifah sedang menyandang pedang. Tindakan beliau tesebut mendatangkan ilham

12

Al-Maqrizi (1967), Syuzur al-‘Uqud Fi Dhikr al-Nuqud. Muhammad Bahr al-‘Ulum (ed), Najaf:
Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyyah Wa Matba’atuha, h. 6.
13
Ugi Soharto (2002), ”Dinar Sebagai Asas Pengukuhan Sistem Kewangan Islam di Malaysia” (Kertas
Kerja Seminar Kewangan Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 18 Jun 2002), h. 17.

kepada khalifah selepasnya iaitu khalifah ’Abdul Malik Marwan (654-864) untuk
mencipta dinar emas Islam.14

Zaman pemerintahan beliau merupakan kemuncak penempaan mata wang Islam yang
sepenuhnya.15 Pada bahagian belakang dinar emas tersebut, ditulis kata-kata
“bismillahi La ilaha illa Allah Muhammad wahdahu rasul al-Allah” dalam bahasa
Arab.16 Seterusnya khalifah Abdul Malik Marwan turut membuang segala lambang
dan gambar yang tidak bercirikan Islam. Contohnya hiasan salib pada mahkota atau
topi besi maharaja Rom telah dibuang.

Pada tahun 77 H, beliau telah membuat beberapa perubahan lagi dan mengeluarkan
dinar emas yang berlainan dari yang sebelumnya. Bukan hiasan salib sahaja yang
dibuang malah beliau membuang terus gambar maharaja Rom tersebut dan digantikan
dengan kalimah Syahadah “La ilaha illa Allah Wahdahu la syarikalah”.17 Selain itu
dinyatakan juga tempat dan tarikh tempaan dibuat. Pada bahagian belakang pula
diukir sebahagian ayat-ayat suci al-Quran iaitu dari surah al-Ikhlas (Allahu ahad
Allah Samad lam yalid walam yulad) dan dikelilingi sebahagian surah al-Taubah,
ayat 33 (Muhammad rasul Allah arsalahu bi al-huda wa dini al-haq liyuzhirahu
’ala al-dini kullih).18 Tempaan dirham perak juga sama seperti dinar emas.

14

Normawati Bt. Ibrahim (2005), op.cit., h. 53.
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), “Dinar Emas: Kajian Kemungkinan
Pelaksanaannya di Malaysia” (Disertasi Syariah, Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya), h. 58.
16
Adilah Hazaami Adnan (2003), op.cit., h. 41.
17
Ibid., h. 42.
18
Ibid.
15

Perubahan yang beliau lakukan tidak hanya pada luaran sahaja. Perubahan terakhir
beliau ke atas mata wang Islam tersebut ialah terhadap piawaiannya. Berat asal wang
emas dari Byzantium ialah 4.55 gram manakala berat selepas perubahan peringkat
pertama ialah antara 4.35-4.50 gram. Bagi perubahan yang terakhir tersebut beratnya
dikurangkan lagi kepada 4.25 gram.19

Pada zaman pemerintahan kerajaan ’Uthmaniyyah pula iaitu pada tahun 955 H
bersamaan 1534 M, sistem mata wang standard berkembar emas dan perak atau
standard bimetalisme digunakan.20 Sistem tersebut berkekalan sehingga tercetus
perang dunia pertama pada tahun 1914, apabila Turki yang merupakan ibu negara
kerajaan `Uthmaniyyah telah mengumumkan penggunaan mata wang kertas untuk
menggantikan mata wang yang berasaskan emas dan perak.21 Selepas itu mata wang
kertas tersebut digunakan oleh semua negara sebagai mata wang utama sehinggalah
hari ini.

2.3 PERKEMBANGAN PENGGUNAAN WANG EMAS MASA KINI

2.3.1 Idea Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan
pencetus terhadap idea pelaksanaan dinar emas pada hari. Walaupun beliau hanya
mewakili sebuah negara yang kecil di rantau Asia, namun beliau sungguh berani
19

Ibid.
Ab. Mumin Ab. Ghani & Salmy Edawati Yaacob (2006), op.cit., h. 205.
21
Ibid.
20

untuk bersuara dan menyatakan pandangannya di peringkat antarabangsa. Antara
agenda besar yang beliau perjuangkan sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri ialah untuk mengubah sistem kewangan dunia yang berasaskan mata wang
kertas kepada mata wang emas.

Dinar emas menjadi pilihan dan perhatian Tun Dr. Mahathir kerana beliau melihat
bahawa sistem kewangan sekarang gagal menangkis serangan dari spekulator mata
wang sehingga menyebabkan nilai mata wang jatuh mendadak.22 Selain itu dinar
emas juga merupakan mata wang sejagat yang mampu menyatu padukan negaranegara Islam di seluruh dunia.23

Penggunaan wang emas iaitu dinar emas dalam sistem kewangan bukanlah suatu
perkara yang baru dikaji. Ini kerana idea tersebut muncul sejak awal 80 an lagi. 24 Ini
mungkin kerana beliau sedar bahawa sistem kewangan yang diguna pakai sekarang
akan memberi impak negatif kepada umat Islam. Hal ini dinyatakan beliau dalam
ucapannya semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia
pada 27 November 1981, beliau berkata:25

Dr. M Tunggu OIC Kerana Penggunaan Dinar Emas, Utusan Online,
http:/www.utusan.com.my/utusan.asp?
y=2002&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm, dilayari pada 29 Jun
2002.
23
Pastikan Dinar Tidak Gugat Ringgit, Utusan Online, http:/www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2002&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive, dilayari pada 30
Januari 2002.
24
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 143.
25
Zuhaimy Hj. Ismail (2003), Kembalinya Dinar Emas dan Dirham Perak: Mata Wang Umat Islam. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, h. 3.
22

”Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung
bukan lagi kepada penggunaan emas dan perak tetapi wang kertas dan
cek ini bukanlah daripada sistem Islam. Dari sistem inilah wujudnya
bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan,
pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini
menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti
menggunakannya”.

Seperti yang diketahui umum bahawa krisis mata wang telah melanda negara-negara
Asia termasuk Malaysia dan sebahagian besar negara-negara dunia yang lain pada
tahun 1997. Peristiwa tersebut telah meningkatkan lagi kefahaman Tun Dr. Mahathir
mengenai isu kelemahan sistem mata wang sekarang. 26 Seterusnya pada tahun 1999,
semasa memberi perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri, beliau telah memperkatakan
tentang mata wang kertas yang tidak mempunyai nilai intristik sehingga mampu
mendedahkan umat Islam kepada mainan spekulasi kuasa barat.27 Maka pada
pertengahan tahun 2000, cadangan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas
dalam sistem kewangan mula dibincangkan oleh segelintir pemikir ekonomi Islam di
Malaysia dan juga di negara-negara lain.28

Pada Jun 2001 pula, ketika berucap di Simposium al-Baraka (Kuala Lumpur), beliau
telah melemparkan idea untuk menggunakan dinar emas sebagai mata wang
perdagangan antarabangsa dan simpanan negara tetapi dalam bentuk emas bukan
26

Ibid., h. 6.
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 145.
28
Ibid., h. 146.
27

kertas.29 Kemudian pada bulan Julai tahun yang sama, Sheikh Dr. Abdal Qadir alSufi30 bersama dengan ketua Murabitun31 iaitu ’Umar Ibrahim Vadillo telah bertemu
dengan Tun Dr. Mahathir dan pertemuan tersebut talah menguatkan lagi keazaman
beliau untuk melaksanakan mata wang emas.32

Malaysia mendahului negara Islam yang lain kerana telah mempunyai mekanisme
pelaksanaan dinar emas tersendiri. Pada permulaannya, beliau mencadangkan
penggunaan dinar emas hanya untuk perdagangan antarabangsa kerana perdagangan
antarabangsa memerlukan penetapan kadar mata wang antara negara-negara yang
berdagang.33 Tun Dr. Mahathir berharap agar negara-negara lain turut serta dalam
usaha menobatkan mata wang emas jika Malaysia berjaya merealisasikannya.34

Tun Dr. Mahathir sentiasa mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk
mempromosikan idea beliau tersebut ke seluruh negara Islam dan juga negara barat.
Semasa melakukan lawatan ke negara-negara tersebut, beliau telah mengadakan
seminar dan berdialog untuk meyakinkan masyarakat dunia mengenai kelebihan mata
wang emas.35 Ketika ditemuramah oleh televisyen al-Jazeera pada awal tahun 2002,
beliau menyatakan pendirian beliau dan apabila ditanya sama ada idea beliau tersebut
boleh menjadi kenyataan atau tidak, beliau menegaskan:36

29

Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 5.
Beliau telah membuat kajian pada tahun 1981 berkenaan kelemahan sistem mata wang kertas yang
menjadi punca amalan riba secara besar-besaran oleh masyarakat dunia.
31
Murabitun merupakan sebuah pergerakan Islam sedunia.
32
Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 6.
33
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 148.
34
Malaysia Mendahului Usaha Memartabatkan Ekonomi Islam, Utusan Online, op.cit.
35
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 149.
36
Zuhaimy Hj. Ismail (2003), op.cit., h. 4.
30

”This is not a dream, it can be realised. An Islamic dinar is a gold dinar
with its own value. We must use this dinar for overseas trade. When we
conduct overseas trade, we should pay with Islamic dinar. For those
who want to use the dinar as gold, they can do so because gold has its
own value unlike paper money.”

Sekali lagi Tun Dr. Mahathir menggunakan pentas yang sesuai untuk mengutarakan
idea beliau untuk menggunakan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa. Kali ini
melalui Persidangan Kemuncak Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC
(Organization of Islamic conference) yang pertama kali diadakan di Malaysia pada
Oktober 2003.37 Dalam forum ekonomi Jeddah pada tahun 2004 pula, beliau telah
mencadangkan Arab Saudi menjual minyaknya dengan bayaran emas.38

Malaysia juga mempunyai peluang yang baik untuk melaksanakannya kerana
Malaysia mempunyai hubungan dengan lebih kurang 24 buah negara. Oleh itu
Malaysia mempunyai banyak pilihan dan peluang untuk menjalankan perdagangan
dua hala atau BPA (Bilateral Payment Arrangement) dengan menggunakan dinar
emas. Namun Tun Dr. Mahathir pernah menegaskan bahawa perlu ada kajian dan
penyelidikan yang teliti dan menyeluruh untuk merealisasikannya agar segala
kepincangan dapat diatasi.39

37

Dr. M Tunggu OIC Kerana Penggunaan Dinar Emas, Utusan Online, op.cit.
Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 149.
39
Pastikan Dinar Tidak Gugat Ringgit, Utusan Online, op.cit.
38

Kesungguhan Tun Dr. Mahathir dalam usaha mempromosikan penggunaan mata
wang emas ini telah menyedarkan ramai pihak dan juga masyarakat bahawa ia
mampu mengembalikan keutuhan umat Islam di seluruh dunia. Usaha dan semangat
beliau perlu sentiasa disokong dan didokong serta diteruskan demi memartabatkan
kembali ekonomi umat Islam di persada dunia.

2.3.2 Pandangan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merupakan pendokong dan penggerak utama kepada
saranan, idea dan hasrat Tun Dr. Mahathir untuk merealisasikan pengguanaan mata
wang emas iaitu dinar emas. Menurut beliau, bank pusat bagi setiap negara-negara
OIC memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu
melalui penjelasan pembayaran dalam perdagangan dua hala atau BPA.40

Penggunaan dinar emas tidak akan mengambil tempat RM (ringgit Malaysia) kerana
saranan tersebut adalah untuk perdagangan antarabangsa sahaja manakala RM terus
kekal sebagai mata wang utama Malaysia dan digunakan seperti biasa untuk
urusniaga tempatan.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan mata wang emas tersebut bukanlah dalam
bentuk fizikal iaitu ketulan-ketulan emas tetapi hanya sebagai piawaian kepada
nilainya, seperti contoh:41

40
41

Salmy Edawati Yaacob @ Muhamed Yaacob (2005), op.cit., h. 153.
Ibid.

1 dinar emas bersamaan 1 auns emas dan harga 1 auns emas hari ini
ialah USD 290. Maka nilai 1 dinar emas bersamaan USD 290.

Jika mekanisme yang digunakan dalam BPA tersebut berjaya, ia boleh diaplikasikan
dalam perdagangan pelbagai hala atau MPA (Multiple Payment Arrangement) pula.42
Ia akan menjadi lebih efektif kerana melibatkan lebih banyak negara. Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop yakin bahawa dinar emas bukan suatu perkara atau idea yang
mustahil untuk dilaksanakan tetapi ia perlu kepada pelaksanaan yang bijak, idealistik
dengan keadaan semasa dan dilaksanakan secara berperingkat, bukannya drastik.43
2.4 PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN WANG EMAS

2.4.1 Dalil Al-Quran

Penggunaan wang emas mempunyai kaitan dengan hukum syara’. Begitu juga dengan
wang perak. Perkara ini sangat jelas kerana terdapat dalil di dalam al-Quran yang
menyebut berkenaan penggunaan wang emas dan perak ini. Walaupun tidak banyak
ayat atau firman Allah S.W.T yang menyebut tentang pekara ini, namun ia sudah
cukup untuk membuktikan bahawa Islam mengiktiraf emas dan perak sebagai mata
wang sejak dahulu hingga sekarang. Berikut ialah beberapa ayat al-Quran berkenaan
perkara ini:

42
43

Ibid.
Ibid.

1) Perkara yang pertama adalah berkaitan dengan pembayaran zakat. Firman Allah
S.W.T:

       
    
       
       
 
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang- orang
alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan
jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orangorang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah,
Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang
pedih.
)
(Surah al-Taubah (9): 34
Perkataan al-dhahab (‫ )الذهب‬dan al-fiddah (‫ )الفضة‬dalam ayat di atas bermaksud dinar
emas dan dirham perak yang merupakan dua perkara utama dalam pembayaran zakat.

1) Allah S.W.T telah menetapkan kewajipan zakat adalah untuk emas dan perak,
kemudian Allah S.W.T menentukan nisab zakat tersebut dengan nisab emas dan
perak. Zakat emas dan perak tersebut menunjukkan bahawa wang tersebut berupa
emas dan perak Perkara ini membuktikan bahawa emas dan perak diiktiraf sebagai
mata wang Islam.

2) Di dalam surah dan ayat yang sama, Allah S.W.T juga menyebut tentang larangan
penimbunan harta iaitu emas dan perak. Perkataan al-Kanz (‫ )الكككنز‬membawa erti
menyimpan harta iaitu emas dan perak tanpa mengeluarkan zakat. 44 Ia juga

44

Wahbah al-Zuhayli (1997), al-Tafsir al-Wajiz Wa Mu’jam Ma’ani al-Quran al-‘Aziz, c. 2, Damsyik: Dar
al Fikr, h. 193.

bermaksud harta yang belum dizakati.45 Ini jelas menunjukkan bahawa mata wang
Islam adalah bersandar kepada emas dan perak iaitu dinar dan dirham.

Walaupun begitu Islam tidak menghalang dan melarang umatnya mengumpulkan
kekayaan dan sesiapa sahaja boleh memiliki sebanyak mana kekayaan yang dingini
tetapi mestilah dari sumber dan cara yang halal.

3) Firman Allah S.W.T:

     
        
       
       
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri
di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surah al-Nisa’ (4): 59)

Menurut Sahl Ibn ’Abd Allah al-Tustari di dalam kitab tafsir al-Qurtubi, beliau
menyatakan bahawa ketaatan kepada pemerintah mempunyai kaitan yang rapat
dengan 7 perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran,
penghakiman, hukum-hakam yang berkaitan haji, solat jumaat, hari raya (iaitu raya
45

Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini (1993), Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Bagi Orang
Soleh). Syed Ahmad Semait, K.H Syarifuddin Anwar, K.H Mishbah Mushtafa (terj.), j. 1. Singapura:
Pustaka Nasional PTE LTD Singapura, h. 414.

puasa dan raya korban) dan jihad.46 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
penempaan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang adalah diiktiraf oleh
Islam.

4) Seterusnya adalah dalil yang menunjukkan bahawa wang emas
dan perak telah digunakan sejak zaman nabi terdahulu lagi. Hal ini
dirakamkan Allah S.W.T dalam al-Quran. Firman-Nya:

