ULASAN DAN PENILAIAN DISERTASI p1

ULASAN DAN PENILAIAN DISERTASI TAFSIR AL-QUR’AN OLEH ORIENTALIS : KAJIAN
TERHADAP THE KORAN TRANSLATED WITH A CRITICAL RE-ARRANGEMENT OF THE SURAHS
OLEH RICHARD BELL ( MOHD ZULFAHMI BIN MOHAMAD - 2011 )
Oleh :
Shaafiqah binti Idris ( IGB 110051 )

Abstrak

Penyelidikan yang telah dihasilkan oleh para mahasiswa di peringkat Ijazah
Doktor Falsafah mahupun peringkat Sarjana Usuluddin yang dikendalikan
oleh Ijazah Tinggi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya memerlukan
kepada gerakan transformasi ke arah melahirkan penyelidikan bermutu yang
akan memberikan suatu sumbangan baru ke arah dunia akademik khususnya
dan kepada seluruh masyarakat amnya. Gerakan transformasi dalam hal ini
adalah meliputi empat kriteria berikut iaitu originaliti dalam penghasilan
sesuatu disertasi, memiliki metodologi kajian atau penyelidikan yang jelas,
mempunyai suatu penganalisisan data yang ‘baru’ dan penghasilan data yang

‘baru’ dari aspek sumbangannya terhadap dunia ilmu, ummah dan
kemanusiaan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian penulis melalui
artikel ini adalah membuat penilaian dan menganalisis sebuah karya disertasi

Sarjana Usuluddin tahun 2011 yang ditulis oleh Mohd Zulfahmi bin Mohamad
iaitu Tafsir al-Qur’an oleh Orientalis : Kajian terhadap The Koran Translated
With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell, dan melihat
sejauh mana disertasi ini mampu memenuhi empat kriteria transformasi
penyelidikan tersebut. Untuk mencapai objektif ini, penulis menggunakan
kaedah kualitatif atau kajian teks dalam menemukan data-data ketika penulis
membuat penilaian dan ulasan terhadap disertasi ini. Hasilan kajian menemui,
bahawa disertasi ini telah mampu memenuhi empat kriteria yang digariskan
sebagai transformasi penyelidikan di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dan ia
nya wajar diteruskan di masa-masa akan datang dalam penghasilan
penyelidikan yang berkesan sekali gus memberi sumbangan kepada dunia
keilmuan dan kepada seluruh ummah.
1

1.0

Pendahuluan

Menjadi pra-syarat kepada calon Ijazah Tinggi sama ada Sarjana Usuluddin atau Syariah,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya secara Kursus dan Disertasi untuk melakukan

penyelidikan yang membawa penghasilan sebuah disertasi pada bahagian kedua setelah calon
menyempurnakan bahagian satu yang melibatkan subjek-subjek yang telah ditetapkan.1 Untuk
menghasilkan sebuah disertasi yang berjaya, calon perlu mengambil kira pelbagai aspek daripada
penentuan bidang kajian, topik, data-data yang mudah diperoleh untuk dianalisis sehinggalah
penghasilan disertasi yang dapat memberikan sumbangan kepada dunia akademik dan
kemasyarakatan. Dalam menghasilkan sebuah disertasi yang ‘baru’, sudah tentu tidak boleh
berada di takuk yang lama malah sentiasa memerlukan kepada transformasi daripada satu masa ke
satu masa agar ia nya berterusan menghasilkan sumbangan yang baru.
Sehubungan dengan itu, penulis akan cuba menyelami perkara ini dan membuat penilaian
serta ulasan terhadap sebuah disertasi di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam melihat sejauh
mana disertasi ini memenuhi perkara-perkara tersebut untuk membina transformasi yang
mempunyai objektif yang mantap, berkesan sekali gus dapat memartabatkan Pengajian Islam di
Malaysia. Dalam mengulas disertasi ini, penulis akan berpandukan kepada empat kriteria yang
akan ditransformasikan dalam sesuatu penyelidikan tesis ataupun disertasi khususnya di Jabatan
Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Empat perkara tersebut
adalah penentuan topik kajian atau penyelidikan yang mempunyai originaliti tersendiri,
mempunyai metodologi kajian dan pengaplikasian kaedah kualitatif atau kuantitatif yang jelas,
melaksanakan analisis data berautoriti yang bersifat ‘baru’ dan menyumbangkan pengetahuan
serta dapatan bersifat ‘baru’ kepada teori ilmu dan kemasyarakatan.2


1

PDF Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Islam Universiti Malaya Sesi 2011/2012 (2011), h.65
Ishak bin Suliaman (2011), Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadith : Pengalaman dan
Cabaran di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, APIUM ( Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah : Realiti dan
Cabaran Semasa 12-13 Julai 2011) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h.580
2

2

2.0

Pengenalan disertasi

Disertasi yang menjadi pilihan penulis untuk dianalisis dan dibuat ulasan adalah sebuah disertasi
yang dihasilkan oleh pelajar Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Qur’an dan Al- Hadis, Mohd Zulfahmi
bin Mohamad ( No. Matrik : IGB 070002 ) yang bertajuk Tafsir al-Qur ’an oleh Orientalis :
Kajian Terhadap The Koran Translated With A Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh
Richard Bell. Disertasi ini merupakan syarat wajib yang perlu dikemukakan oleh pelajar sebagai


memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Usuluddin ( mode kursus dan disertasi ) kepada bahagian
Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Disertasi ini telah diluluskan pada
tahun 2011 atas seliaan Profesor Dato’ Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff, selaku pensyarah di
Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Penyelidikan yang dilaksanakan dalam penghasilan disertasi ini adalah berbentuk kajian
kualitatif atau kajian perpustakaan yang sebahagian besarnya adalah merujuk kepada data bertulis
sama ada tesis, disertasi, prosiding seminar, artikel jurnal dan sebagainya. Selain itu, beliau turut
menemu bual melalui email untuk mendapatkan data berkenaan latar belakang dan biografi
Richard Bell daripada dua orang pensyarah iaitu Profesor Andrew Rippin daripada University of
Victoria di British Colombia dan Dr. Christian Lange daripada University of Edinburgh di

Scotland. Manakala, metodologi kajian yang beliau gunakan sebagai dasar panduan dalam
penghasilan tesis ini adalah metode penentuan subjek, metode pengumpulan data ( historis dan
dokumentasi ), metode induktif dan metode deduktif yang mana penulis akan membuat ulasan
semula pada bahagian berikutnya dalam artikel ini.
Manakala skop kajian disertasi ini ialah beliau akan membongkar hakikat Orientalisme,
khususnya dalam Pengajian al-Qur’an termasuk bidang Tafsir al-Qur’an. Skop kajian yang
dijalankan adalah berkisar mengenai sejarah penubuhan orientalis dan perkembangannya termasuk
sejarah kajian mereka terhadap al-Qur’an, latar belakang Richard Bell, pengenalan karya tafsir dan
terjemahannya ‘The Koran’, metodologi pentafsiran ‘The Koran’, serta analisis kritis terhadap

teori dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Richard Bell dalam kajiannya terhadap al-Qur’an.3

Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), Tafsir al-Qur’an Oleh Orientalis : Kajian Terhadap The Koran Translated
With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell . (Disertasi Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h.4

3

3

Disertasi ini dibahagikan kepada lima bab utama iaitu bab pertama sebagai pendahuluan
yang membicarakan metodologi kajian, permasalahan kajian, sorotan literatur, kepentingan, skop,
objektif kajian dan sistematika penulisan. Bab kedua membincangkan mengenai sejarah
penubuhan orientalis dan perkembangannya bermula pada abad 15 Masihi hingga abad 20 Masihi.
Pada bab ini juga, dibicarakan secara rencam mengenai perkembangan dan peranan golongan
orientalis dalam Pengajian al-Qur’an dan Tafsir yang bermula pada abad 16 Masihi sehingga abad
20 Masihi. Pada bab ketiga pula, disertasi ini memperkenalkan biografi seorang tokoh orientalis
Richard Bell yang menghasilkan karya tafsir dan terjemahan iaitu The Koran Translated With A
Critical Re-Arrangement of The Surahs. Selain itu, bab ini memberi tumpuan terhadap metodologi


pentafsiran yang terkandung dalam karya Richard Bell. Manakala dalam bab yang keempat,
pengarang disertasi telah melakukan analisis dan kritikan yang tuntas terhadap permasalahanpermasalahan menyeleweng yang terdapat dalam karya Richard Bell selain tidak meninggalkan
perbahasan mengenai kelebihan karya ini yang boleh dimanfaatkan kepada Pengajian Al-Qur’an.
Pada bab yang terakhir, pengarang disertasi membuat rumusan am serta penilaian terhadap karya
‘The Koran’ dan cadangan kepada pelbagai pihak khususnya di Malaysia.
3.0

Keperluan transformasi penyelidikan di Ijazah Tinggi, APIUM

Penyelidikan di peringkat Ijazah Tinggi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
memerlukan kepada transformasi khususnya dari aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan
kajian serta proses pembentukan sarjana yang unggul dan sebagai qudwah dalam menghadapi era
cabaran globalisasi kini. Gagasan transformasi penyelidikan ini khususnya melalui pengalaman
seliaan ke atas tesis dan disertasi pascasiswazah di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya telah dicetuskan ideanya oleh Profesor Madya Dr. Ishak bin
Suliaman dan cetusan ini telah dibentangkan melalui prosiding seminarnya yang menumpukan
aspek Pengajian Hadis bertajuk Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadis :
Pengalaman dan Cabaran di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, APIUM. Prosiding Seminar ini
telah dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah : Realiti dan Cabaran Semasa
pada 12 hingga 13 Julai 2011 yang lalu bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Antara perkara-perkara penting yang digariskan dalam prosiding ini ialah realiti
pengalaman di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam mengurus selia tesis dan disertasi calon
pascasiswazah khususnya dalam bidang Pengajian Hadis. Beliau turut menyenaraikan tajuk-tajuk
4

tesis tahun ( 1999 hingga 2009 ) dan disertasi tahun ( 1996 hingga 2010 ) yang telah diluluskan
berserta nama penyelia masing-masing. Melalui perkara ini, Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis
sedang melakukan transformasi ilmiah secara berperingkat dalam jangka masa 11 tahun bagi
Ijazah Doktor Falsafah dan 14 tahun bagi Ijazah Sarjana dan akan melihat sejauh mana
transformasi ini akan dibawa dan bagaimana pula cabarannya. 4 Pada bahagian terakhir prosiding
seminar ini, Profesor Madya Dr. Ishak bin Suliaman membentangkan suasana cabaran
transformasi penyelidikan Ijazah Tinggi dalam Pengajian Hadith yang bersifat teknikal dan prinsip
bagi mencapai objektif atau kriteria transformasi yang telah beliau gariskan. Harapan beliau, telah
tiba masa bagi penyelidikan Ijazah Tinggi mengorak langkah dalam memberi perhatian kepada
pengurusan setiap jabatan di APIUM dan aspek penyeliaan yang wajar ditransformasikan
mengikut kriteria-kriteria yang telah beliau gariskan.5
4.0

Analisis empat kriteria transformasi penyelidikan
Dalam artikel ini, penulis telah memilih disertasi saudara Mohd Zulfahmi bin Mohamad


yang bertajuk The Koran Translated With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard
Bell ( Disertasi ini telah diluluskan pada tahun 2011 di bawah bidang Pengajian Al-Qur’an) dan

penulis akan membuat ulasan dan penilaian berdasarkan empat kriteria transformasi penyelidikan
yang berikut :
4.1

Originaliti topik

Dalam menentukan sesuatu topik kajian atau penyelidikan, pengkaji perlu berfikir, merancang dan
memilih suatu topik kajian yang mempunyai originaliti supaya topik yang dikemukakan itu benarbenar merupakan topik yang bersifat matang dan global sebagai sebuah elemen penting dalam
penghasilan sebuah disertasi yang dinamik dan dapat memberikan sumbangan yang baru kepada
dunia akademik.6 Tindakan awal bagi sesuatu penghasilan disertasi di peringkat Sarjana mahupun
tesis di peringkat Ijazah Doktor Falsafah haruslah membuat sorotan perpustakaan7 terlebih dahulu
4

Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h. 582
Ibid., h. 597
6

Ibid., h.580
7
Sorotan perpustakaan juga disebut sebagai kajian literatur yang bermaksud membuat rujukan secara kritikal dan
sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat,
yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Lihat : Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan ,
Malaysia : Mac Graw Hill Education, h. 35
5

5

dalam melihat sejauh mana topik penyelidikan yang ditetapkan itu telah dilakukan kajian atau pun
tidak. Jika banyak kajian lepas yang dilakukan ke atas fenomena tertentu dan kesemuanya
mempunyai pandangan dan persetujuan yang sama, perkara ini adalah tidak wajar dan merugikan.8
Jika masih berlaku, keadaan ini sudah tentu menjejaskan keoriginalitian sesebuah disertasi yang
dihasilkan.
Dalam meneliti disertasi ini, pada bahagian sorotan perpustakaan, penulis mendapati
saudara Mohd Zulfahmi telah menyenaraikan bahan-bahan kajian yang pernah dijalankan kepada
empat bahagian iaitu yang pertama, bahan-bahan kajian lepas yang mengandungi perbahasan
secara umum, kedua, kajian-kajian lepas dalam bentuk artikel jurnal dan prosiding seminar,
ketiga, kajian-kajian lepas dalam bentuk tesis, disertasi serta latihan ilmiah dan keempat kajiankajian lepas yang membahaskan secara khusus mengenai perspektif dan metodologi golongan

Orientalis dalam pengkajian terhadap al-Qur’an.9
Pada bahagian pertama, beliau telah menyenaraikan banyak kajian merangkumi buku-buku
yang perbincangannya menjurus kepada orientalis dalam bentuk perbahasan yang umum seperti
sejarah orientalis, motif golongan tersebut, penyelewengan yang dilakukan oleh mereka dan
sedikit penerangan berkenaan tokoh-tokoh orientalis.10 Kemudian, pada bahagian kedua beliau
telah menemui bahan-bahan kajian lepas dalam bentuk artikel jurnal dan prosiding seminar.
Prosiding seminar yang disenaraikan bertajuk Dogma-dogma dan Bahaya Orientalis dalam
Pengkajian al-Qur’an : Pandangan-pandangan Orientalis Mengenai al-Qur’an yang ditulis oleh
Amini Amir Abdullah. Hasil penelitian, prosiding seminar ini hanya menjurus secara ringkas
berkenaan risiko golongan orientalis dalam pengkajian mereka terhadap al-Qur’an. Prosiding
seminar yang kedua ialah Undang-undang Islam dan Orientalis oleh Abdul Monir Yaacob yang
hanya memfokuskan perbincangannya dari aspek undang-undang sahaja. Beliau juga
menyenaraikan satu artikel jurnal yang ditulis oleh Mohd Muhiden Abd Rahman bertajuk
Pandangan Orientalis Terhadap al-Hadis dan Jawapannya dari Perspektif Islam yang mana
perbahasan dalam artikel ini berlegar dalam konteks hadis.11

8

Ibid., h.36
Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h.9

10
Ibid., h.10
11
Ibid., h.11
9

6

Dalam pembahagian ketiga, beliau menyenaraikan kajian-kajian lepas yang berbentuk
tesis, disertasi dan latihan ilmiah. Antaranya ialah Orientalis dalam Pengajian Tafsir : Kajian Ignez
Goldziher yang ditulis oleh saudari Noorhayati Mohd Noor. Disertasi ini membahaskan

pembabitan orientalis dalam bidang tafsir dan seorang tokoh orientalis iaitu Ignez Goldziher
menjadi tumpuan kajiannya yang utama. Beliau juga turut menyenaraikan empat latihan ilmiah
yang membincangkan berkenaan orientalis dalam skop yang kecil. 12 Kemudian, pada bahagian
terakhir, beliau menyenaraikan bahan-bahan yang membahaskan mengenai orientalis dalam
menyentuh al-Qur’an al-Karim itu sebagai subjek kajian. Dalam erti kata lain, kajian-kajian yang
menyentuh berkenaan perspektif dan metodologi mereka terhadap al-Qur’an.13
Saudara Mohd Zulfahmi telah memberi kesimpulan bahawa kajian khusus mengenai karya
tafsir orientalis jarang diperkatakan dan dilakukan penyelidikan. Kebanyakan karya atau kajian
hanya menyentuh persoalan umum mengenai mereka seperti ancaman, pemikiran, penyelewengan
dan asal-usul golongan tersebut. Atas kesedaran ini, beliau telah menegaskan perlunya ada suatu
usaha pengkajian terhadap orientalis berbentuk kajian terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh
mereka.14
Berdasarkan pada penelitian penulis terhadap disertasi ini dengan berpandukan kepada
sorotan perpustakaan yang beliau lakukan serta semakan semula penulis, ada beberapa kajian
lepas yang tidak beliau senaraikan antaranya ialah disertasi yang bertajuk Orientalis dan Kajian
Sanad : Analisis pendapat G.H.A Juynboll oleh Muna Arif Chasanul dan tesis yang bertajuk
Pandangan Orientalis terhadap Khalifah Uthman bin ‘Affan r.a : Satu Kajian Analisis Kritik oleh
Ayman Ahmad Husein Al-‘Uqbi. Walau bagaimanapun, jelas bahawa kajian-kajian ini

menumpukan kepada aspek yang lain dan tidak menjejaskan originaliti topik kajian saudara
Zulfahmi, iaitu menjadikan sebuah karya tafsir berjudul The Koran Translated With A Critical ReArrangement of The Surahs yang dihasilkan oleh tokoh orientalis bernama Richard Bell.

Memandangkan kajian-kajian lepas tidak memfokuskan secara mendalam terhadap karya ini
khususnya dalam aspek metodologinya dan ancamannya terhadap pengajian Tafsir, saudara Mohd
Zulfahmi telah menjadikan karya ini sebagai disertasi beliau dan menjelaskan kepelbagaian

12

Ibid.,h. 12
Ibid., h.12-13
14
Ibid., h.14
13

7

maklumat berkenaan karya ini sekali gus memberi kekuatan kepada beliau dalam membuktikan
bahawa disertasi ini mempunyai aspek originaliti beliau yang tersendiri.
4.2

Metodologi kajian yang jelas

Metodologi adalah dirujuk sebagai kaedah yang saintifik untuk huraian pendekatan dan kaedah
yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Metodologi amat penting kerana ia menentukan
keberkesanan dan kejelasan kajian melalui cara kerja untuk memahami dan mengkaji objek atau
perkara yang menjadi sasaran kajian. Sesuatu kajian ilmiah akan bertambah tinggi kualitinya
apabila metodologi yang digunakan bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih dan
tujuan sesuatu kajian itu dijalankan.15
Dalam disertasi yang ditulis oleh saudara Mohd Zulfahmi, beliau telah mengaplikasikan
empat metodologi penyelidikan yang penting sebagai dasar beliau dalam penghasilan disertasi.
Empat metodologi tersebut ialah metode penentuan subjek, metode pengumpulan data ( kaedah
historis dan kaedah dokumentasi), metode induktif dan metode deduktif.16 Dalam penjelasan
mengenai pengaplikasian metodologi kajian yang terdapat pada bahagian pendahuluan disertasi,
saudara Zulfahmi ada menjelaskan secara umum setiap metodologi yang beliau gunakan berkaitan
perkara yang dikaji. Namun pada dua metodologi terakhir, beliau tidak menjelaskannya melainkan
hanya menyebut bab kajian yang menggunakan metodologi tersebut.
Dalam metodologi kajian pertama iaitu metode penentuan subjek, dasar utama beliau
dalam menentukan topik atau subjek kajian adalah ingin melihat prinsip dan kecenderungan
golongan orientalis dalam dunia pentafsiran al-Qur’an. Melalui hasrat ini, beliau telah menentukan
subjek kajian disertasi kepada karya seorang tokoh orientalis iaitu Richard Bell yang berjudul The
Koran Translated With A Critical Re-Arrangement of The Surahs. Melalui metode yang kedua

iaitu metode pengumpulan data, disertasi ini telah mengaplikasikan dua kaedah pengumpulan data
iaitu kaedah historis dan kaedah dokumentasi. Kaedah historis bererti terdapatnya pendapat yang
tepat mengenai sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku. Kaedah ini telah diaplikasikan oleh
beliau ketika membahaskan mengenai sejarah kemunculan orientalis dan latar belakang Richard
Bell yang beliau peroleh daripada bahan-bahan bacaan yang beliau temui dalam bentuk
15
16

Mok Soon Sang (2009), Literatur dan Kaedah Penyelidikan , Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, h.22
Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h.15-17

8

penghuraian yang jelas dan mendalam. Pada kaedah dokumentasi, huraian-huraian yang
dikemukakan banyak diperoleh melalui buku, tesis, disertasi, kertas kerja seminar, artikel jurnal
dan rujukan terhadap laman web yang berautoriti seperti al-waqfeya.com, alukah.net dan almaktabeh.com.

Pada metode induktif17, beliau mengaplikasikannya pada bab yang kedua di mana
golongan orientalis akan dibincangkan dari aspek sejarah, perkembangan dan lain-lain. Pada
metode keempat pula iaitu metode deduktif18, beliau mengaplikasikannya dalam bab keempat
dalam membuat penganalisisan data yang beliau peroleh dengan meletakkan sebuah teori untuk
menjelaskan pemerhatian yang beliau lihat. Contohnya pada bab ini beliau meletakkan teori
analisis dan kritikan terhadap permasalahan penyelewengan yang berlaku dalam karya tafsir dan
terjemahan Richard Bell.
Berdasarkan metodologi-metodologi penyelidikan yang digunakan dalam disertasi ini, dapat
dilihat dengan jelas bahawa disertasi ini menjurus kajiannya dalam bentuk penyelidikan kualitatif
atau disebut sebagai penyelidikan bukan eksperimental ataupun penyelidikan perpustakaan.
Kaedah-kaedah yang biasanya digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. 19
Dalam memperoleh data atau bahan untuk dimuatkan dalam disertasi, beliau tidak hanya
menganalisis data yang berbentuk dokumen atau disebut sebagai data-data bertulis. Namun, beliau
turut menemu bual dua orang pensyarah iaitu Profesor Andrew Rippin daripada University of
Victoria di British Colombia dan Dr. Christian Lange daripada University of Edinburgh di

Scotland melalui email untuk memperoleh data berkenaan latar belakang Richard Bell dan
beberapa maklumat penting untuk disertakan dalam disertasi ini.20 Jawapan temu bual kedua-dua
pensyarah ini melalui email, telah disertakan dalam disertasi pada bahagian lampiran disertasi.

17

Metode induktif : Penyelidikan bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian daripada sesebuah
penyelidikan dan kemudian berusaha untuk mewujudkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut. Lihat :
Sabitha Marican (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Selangor : Prentice Hall, h.18
18
Metode deduktif : Penyelidik memulakan proses kajian dengan sesuatu teori untuk menjelaskan sesuatu
pemerhatian. Kemudian, akan membentuk strategi penyelidikan dan mengumpul data untuk menguji teori tersebut.
Lihat : Ibid., h.19
19
Mok Soon Sang (2009), op.cit., h.42
20
Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h.52

9

Selain itu, dari sudut metodologi penulisan ( aspek teknikal ) berdasarkan penilaian,
penulis mendapati bahawa beliau amat berhati-hati dalam pengambilan sesuatu data dan tidak
meninggalkan nota kaki iaitu rujukan yang beliau ambil. Ini membuktikan bahawa beliau
mengelakkan plagiarisme dalam pengkajian dan membuktikan bahawa beliau jelas memahami
kejujuran dalam ilmu.
4.3

Analisis data yang bersifat ‘baru’

Setelah melalui proses penentuan topik kajian atau penyelidikan yang mempunyai originaliti
sebagai suatu sumbangan baru terhadap dunia akademik dan penentuan metodologi penyelidikan
yang akan dijalankan terhadap disertasi yang dihasilkan, perkara penting seterusnya yang menjadi
nadi transformasi sesebuah kajian akademik adalah perlunya para pengkaji melakukan
penganalisisan data secara betul, tepat, berautoriti dan menampakkan sumbangan analisis terhadap
data mahupun fakta yang bersifat ‘baru’.21 Dalam melakukan analisis, para pengkaji perlu
meluaskan pemikiran dan sentiasa menambahkan pengetahuan khususnya dalam bidang atau topik
yang dikaji dan sentiasa menilai sejauh mana segala data ataupun bahan yang diperoleh itu benarbenar berautoriti dan absah untuk dianalisis sebagai data yang tepat dan menjadikannya sebagai
maklumat dalam disertasi.
Melalui disertasi saudara Mohd Zulfahmi yang menjadi sampel penulis untuk dinilai dan
dibuat ulasan, penulis cuba memahami dan telah mendapati bahawa beliau telah memperoleh dan
menganalisis data-data yang berautoriti dan melakukan komentar semula terhadap sesuatu data
yang beliau paparkan. Penulis menilai bahawa kaedah menganalisis data dan mengeluarkan
komentar peribadi banyak terkandung pada bab ketiga dan keempat yang menumpukan
perbahasannya kepada pengarang ‘The Koran’ iaitu Richard Bell dan kajiannya terhadap alQur’an dengan menghasilkan karya tafsir nya yang tersendiri. Contoh pada bab ketiga yang ingin
penulis jelaskan di sini ialah ketika saudara Zulfahmi membahaskan mengenai teori Written
Document22 iaitu salah satu teori yang menjadi pegangan pemikiran Richard Bell dalam

menghasilkan ‘The Koran’, beliau telah mengeluarkan pandangan dan persepsi beliau dalam
21

Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h.580
Teori Written Document ialah ayat-ayat al-Qur’an tidak berturutan dari sudut rima, asonansinya dan konteks
perbincangan ayat itu sebenarnya telah terpisah dan disambungkan dengan ayat-ayat yang terletak di belakang keratan
kertas. Ayat-ayat yang terletak di bahagian sebelah keratan tersebut sebenarnya untuk digunakan di tempat-tempat
tertentu dalam surah yang sama. Lihat : Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h. 80
22

10

memahami teori ini bahawa teori ini harus ditolak kerana secara terang-terangan Richard Bell
telah melakukan pembohongan dan bersifat fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam
secara umumnya. Richard Bell telah mendakwa bahawa Zaid bin Thabit serta rakan-rakannya
pada zaman pemerintahan Sayidina Uthman bin ‘Affan tidak tahu menyusun al-Qur’an dan mereka
sekadar menyusun al-Qur’an mengikut nafsu dan akal sahaja.23
Pada bab keempat, beliau telah mengkhususkan dua aspek perbincangan dengan
melakukan analisis dan kritikan terhadap permasalahan yang diungkapkan oleh Richard Bell
dalam ‘The Koran Translated With a Critical Re-arrangement of the Surahs’. Pada bab ini, beliau
telah mengemukakan pelbagai isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh Richard Bell iaitu
berkenaan penyusunan al-Qur’an, teori Makkiah dan Madaniah, ayat al-Qur’an dan
penomborannya, isu-isu linguistik al-Qur’an, isu bahasa celupan, isu asonansi dan rima al-Qur’an,
isu-isu Bible serta al-Qur’an dan konsep wahyu.24 Pada akhir bab ini, beliau telah mengemukakan
kritikan umum sebagai komentar beliau terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh Richard Bell
terhadap tafsir al-Qur’an. Kritikan-kritikan beliau adalah seperti sikap berat sebelah Richard Bell
terhadap sumber-sumber autoriti Islam, kesilapan ketika mentafsir al-Qur’an, kesalahan
terjemahan yang nyata menyalahi makna sebenar, Richard Bell tidak mengetahui makna-makna
tertentu dalam al-Qur’an, penafian fakta yang thabit dalam al-Qur’an, keterlaluan dalam
menyokong prinsipnya terhadap Kristian dan beberapa kritikan yang lain.25
Salah satu contoh yang penulis boleh bawakan di sini berkaitan analisis beliau terhadap
data yang ditampilkan seperti pandangan Richard Bell terhadap perbincangan malam Laylah alQadr dalam Surah al-Qadr, Richard Bell mengatakan idea malam ini tidak dapat diterangkan.
Richard Bell telah berpendapat bahawa kemungkinan malam tersebut berasal daripada pengolahan

idea Eve of Navity iaitu malam perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s. Saudara Zulfahmi
mengeluarkan analisa dan komentarnya bahawa Richard Bell telah mengamalkan sikap berat
sebelah kerana pernyataannya bercanggah dengan fakta sejarah. Sikap Richard Bell yang gemar
mendahulukan sentimen berbanding fakta menyebabkannya meninggalkan rujukan utama Islam

23

Ibid., h.79
Ibid., h.140
25
Ibid., h.224
24

11

iaitu al-Qur’an dan al-Hadis serta menimbulkan kekeliruan dalam menemukan tafsiran yang
sahih.26
4.4

Hasilan data yang bersifat ‘baru’

Dalam menghasilkan suatu penyelidikan tesis atau disertasi yang berkualiti sekali gus mencapai
merit bagi peringkat Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, ia perlu memenuhi kriteria terakhir iaitu penghasilan data yang bersifat ‘baru’ dan dapat
menyumbangkan sesuatu yang ‘baru’ terhadap teori ilmu.27 Segala data dan bahan-bahan yang
mengandungi maklumat sesuatu penyelidikan tersebut perlulah dibuktikan bahawa ia nya
berkualiti, berautoriti dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi di sisi pembaca untuk
diterapkan sebagai pengetahuan bersifat ilmiah dan menjadikannya sebagai rujukan serta panduan
kepada dunia ilmu, ummah dan kemanusiaan. Atas tujuan inilah, perlunya para pengkaji memiliki
sikap bersungguh-sungguh dan niat yang betul dalam melakukan penyelidikan dan tidak hanya
bersikap melepaskan batuk di tangga. Sesuatu kajian yang dilaksanakan dengan baik dan teratur
sudah tentu akan menghasilkan sesuatu yang baik di akhir kajian. Manfaat yang diperoleh tidak
hanya memberi kelebihan kepada diri pengkaji malahan kepada ummah keseluruhannya.
Berbalik kepada ulasan penulis terhadap disertasi saudara Zulfahmi yang bertajuk Tafsir
al-Qur ’an oleh Orientalis : Kajian Terhadap The Koran Translated With A Critical ReArrangement of The Surahs oleh Richard Bell, penulis berani menegaskan bahawa disertasi ini

begitu memberikan suatu hasilan dan sumbangan yang bersifat ‘baru’ kepada dunia akademik
khususnya dalam lapangan penyelidikan. Melihat kepada objektif beliau dalam penghasilan
disertasi ini, beliau telah menyenaraikan empat objektif iaitu mengenal pasti sejarah dan
penglibatan orientalis dalam pentafsiran al-Qur’an, mengenal pasti metode yang digunakan oleh
pengarang ‘The Koran’ sama ada dari sudut penyusunan, syarahan teks dan rujukan pengarang,
menganalisis pemikiran dan persepsi pengarang terhadap al-Qur’an dan mengesan penyelewengan
yang berlaku dalam karya ini.28 Atas komentar penulis, disertasi ini telah berjaya mencapai
keseluruhan objektif yang digariskan sekali gus hasilannya merupakan dapatan dan sumbangan
yang baru kepada teori ilmu.
26

Ibid., h.224
Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h. 580
28
Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h. 3
27

12

Penulis ingin membawakan beberapa contoh berkenaan dapatan bersifat ‘baru’ dalam
disertasi ini. Antaranya yang pertama, beliau telah menemui kelebihan karya Richard Bell ini yang
boleh dimanfaatkan dan diimplementasikan dalam metode tafsir kontemporari iaitu Richard Bell
telah menerapkan penulisan gaya Eropah seperti beberapa kalimah al-Qur’an akan dilakukan
statistik untuk memudahkan pengkaji membuat tinjauan terhadap karyanya. Richard Bell turut
meletakkan kalimah-kalimah tertentu dalam senarai seperti kalimah-kalimah Arab dan ganjil yang
sukar diterjemahkan. Senarai perkataan terbabit dijelaskan pada halaman yang telah dikhabarkan.
Selain itu, antara kelebihan karya ini yang boleh dimanfaati, Richard Bell telah meletakkan sub
topik perbincangan dalam senarai berserta nombor halaman. Dalam karya ini juga, Richard Bell
turut mengulas perumpamaan dalam al-Qur’an dan Bible. Sekali gus membuktikan agungnya alQur’an yang sememangnya mengandungi mukjizat pemberian Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya.29
Dari sini penulis menilai bahawa saudara Zulfahmi tidak melihat kepada satu sisi sahaja iaitu
penyelewengan dan kebobrokan yang terang nyata pada karya ‘The Koran’ namun beliau turut
melihat pada sisi sebaliknya iaitu kelebihan karya ini dalam memberi impak positif kepada medan
pengajian al-Qur’an khususnya dalam bidang tafsir.
Selain itu, penulis turut menilai sebagai dapatan baru yang ditemui, beliau membuat
kesimpulan sekali gus memberi peringatan kepada cendekiawan Islam dan masyarakat Islam
khususnya di Malaysia, perlu menyedari dan memikirkan implikasi negatif sekiranya metode
karya ‘The Koran’ oleh Richard Bell ini diaplikasikan dalam pentafsiran al-Qur’an. Implikasi
negatif tersebut ialah pengajian al-Qur’an menjadi subjektif30 dan spekulatif31, akan mewujudkan
gejala anakronisme32 dalam al-Qur’an dan mengundang prejudis33 terhadap al-Qur’an,
perundangan Islam menjadi tidak relevan, kitab al-Qur’an menjadi sebuah kitab yang tidak
berwibawa dan doktrin monoteisme34 tergugat.35 Perkara ini merupakan suatu dapatan baru
29

Ibid., h. 231
Subjektif : Perkara yang berasaskan kepada pandangan orang (perasaan dan sebagainya), orang atau pihak yang
melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai). Lihat : Hajah Noresah Baharom
(2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.1529
31
Spekulatif : Dengan pemikiran semata-mata, secara teori, bersifat spekulasi (tidak berasaskan fakta-fakta). Lihat :
Ibid.,h.1521
32
Anakronisme : Seseorang (sesuatu) yang ketinggalan zaman, kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh,
tempat dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya. Lihat : Ibid., h.51
33
Prejudis : Rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Lihat : Ibid.,
h.1230
34
Monoteisme : Kepercayaan bahawa Tuhan itu hanya satu. Lihat : Ibid., h.1042
35
Mohd Zulhahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h.237
30

13

kepada cendekiawan Islam di Malaysia kerana pengkajian terhadap karya-karya golongan
orientalis khususnya dalam bidang al-Qur’an di Malaysia masih di tahap rendah dan jarang
diperdebatkan.
Atas komentar penulis sendiri, disertasi ini benar-benar mendatangkan suatu sumbangan
dan hasil dapatan yang bersifat baru dengan melihat kepada ketekunan dan penjelasan yang tuntas
kepada sesuatu permasalahan yang timbul berkaitan karya Richard Bell ini. Disertasi ini telah
mencapai tujuannya iaitu melihat sejauh mana penglibatan orientalis dalam kajian al-Qur’an.
Kebanyakan daripada mereka melakukan kajian terhadap al-Qur’an dengan niat untuk melakukan
penyelewengan dan menjatuhkan agama Islam. Sebagaimana Richard Bell telah menimbulkan
pandangan-pandangan menyeleweng seperti isu integriti Nabi Muhammad ketika hayatnya serta
isu mukjizat Nabi Muhammad dan al-Qur’an. Fakta-fakta yang benar telah diputarbelitkan oleh
Richard Bell, timbulnya penipuan-penipuan terhadap agama Islam, Rasulullah s.a.w. dan ummah

nya. Perkara ini tidak dapat diterima dan umat Islam perlu berwaspada dan berhati-hati untuk
mempertahankan aqidah Islam yang mulia.36
5.0

Saranan dan kesimpulan

Pada pandangan penulis secara keseluruhannya, disertasi ini telah memenuhi empat kriteria
transformasi yang telah penulis nyatakan di awal penulisan artikel ini. Penulis meletakkan 90 %
kejayaan beliau dalam memenuhi empat kriteria transformasi penyelidikan ini terhadap
penghasilan disertasi beliau di atas usaha beliau yang gigih dalam mendapatkan segala data dan
maklumat kajian serta membuat penganalisisan dan kritikan terhadap karya Richard Bell ini sekali
gus berada di hadapan sebagai suatu sumbangan baru terhadap teori ilmu. Justeru itu, empat
kriteria yang menjadi nadi transformasi ini amat wajar diteruskan pada masa hadapan dalam
memenuhi kehendak zaman dan mendepani cabaran di arena global. Untuk melaksanakannya, ia
amat memerlukan kepada komitmen daripada semua pihak sama ada penyelidik sendiri, penyelia
terhadap tesis atau disertasi yang akan dihasilkan dan pihak yang mengendalikannya iaitu Ijazah
Tinggi khususnya di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis.

36

Ibid., 234

14

BIBLIOGRAFI
Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), Tafsir al-Qur’an Oleh Orientalis : Kajian Terhadap The
Koran Translated With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell.

(Disertasi Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)

Ishak bin Suliaman (2011), Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadith :
Pengalaman dan Cabaran di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, APIUM ( Seminar

Antarabangsa Sunnah Nabawiah : Realiti dan Cabaran Semasa 12-13 Julai 2011) Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya

PDF Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Islam Universiti Malaya Sesi 2011/2012 (2011)

Mok Soon Sang (2009), Literatur dan Kaedah Penyelidikan, Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd

Sabitha Marican (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Selangor : Prentice Hall

Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan, Malaysia : Mac Graw Hill Education

Hajah Noresah Baharom (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

15