KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SC DAN TEKNOLO

980919-08-6222

APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KESAN DALAM PENGHASILAN
BUAH STRAWBERI DI TAMAN AGRO AL-MASHOOR,KAMPUNG TAMAN SEDIA
CAMERON HIGHLANDS,PAHANG.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengaplikasian sains dan
teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di Taman Agro AlMashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands,Pahang. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenalpasti aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi di Taman
Agro AL-Mashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands,Pahang dan mengkaji impak
sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi di Taman Agro AlMashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highland,Pahang. Lokasi kajian ini dijalankan di
sekitar Kampung Taman Sedia,Cameron highlands,Pahang. Kaedah kajian yang digunakan
ialah soal selidik,temubual,rujukan dan pemerhatian. Seramai 30 orang responden telah
disoal selidik mengikut beberapa kriteria. Dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian
sains dan teknologi ini mempunyai kebaikan dalam penanaman buah strawberi untuk produk
hilirannya kepada seluruh masyarakat tanpa mengira usia kerana khasiat yang dimiliki oleh
produk tersebut berdasarkan permintaan semasa produk tersebut.Kesimpulannya, kajian ini
telah membantu pengkaji dan masyarakat lain dalam memperolehi pelbagai info terhadap
sains dan teknologi yang dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua.


( 151 patah perkataan)

1

980919-08-6222
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan keizinannya dan
berkat usaha diri sendiri saya berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan oleh
pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan juga guru mata pelajaran saya sendiri. Buat
diri sendiri saya berbangga kerana mampu menghadapi masalah masa kerana pelbagai
tugasan yang terpaksa dijalankan dalam masa yang sama.

Seterusnya,kepada kedua ibubapa saya iaitu Encik Amir Bin Umar dan Pn. Norhayati
Binti Mat Sam terima kasih yang tidak terhingga kerana berkat doa serta restu kalian saya
mampu menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kerana sanggup berkorban dalam pelbagai segi
hanya demi memudahkan saya melakukan kajian yang diberi. Kepada saudara mara yang
jauh diperantauan bantuan kali amat saya hargai kerana pelbagai info-info yang banyak
mendorong semangat saya meneruskan kajian ini.


Selain itu,buat semua guru matapelajaran Pengajian Am segulung apresiasi khas buat
kalian kerana sanggup memberi tunjuk ajar bagi menjayakan kajian ini terutamanya kepada
Cikgu Chandran guru pengajian am saya yang tidak lokek akan ilmu yang dimiliki oleh
beliau demi memastikan yang terbaik buat anak didiknya dalam penyiapan kajian ini.
Inshaallah kajian ini akan jadi kajian yang terbaik buat semua yang tidak lokek membantu.

Akhir sekali,buat Dato’ Haji Syed Abdul Rahman terima kasih kerana sudi
meluangkan masa yang agak lama untuk memastikan kesempurnaan kajian saya ini. Tanpa
bantuan beliau kajian ini tidak akan menjadi realiti seperti yang diharapkan.

Sekian Terima Kasih

2

980919-08-6222
SENARAI KANDUNGAN

BIL


BUTIRAN

HALAMAN

Abstrak

i

Penghargaan

ii

Senarai Kandungan

iii-iv

1.0

Pengenalan


1-4

2.0

Objektif Kajian

3.0

Lokasi Kajian

4.0

3.1

Peta Negeri Pahang

6

3.2


Peta Daerah Cameron Highlands

7

3.3

Peta Lokasi

8

Metodologi Kajian
4.1

Reka Bentuk Kajian

4.2

Sampel Kajian

4.3


Soal Selidik

4.4

Cara Pengumpulan Data

4.5
5.0

5

4.4.1

Pemerhatian

4.4.2

Kaedah Rujukan


4.4.3

Kaedah Temubual

4.4.4

Soal Selidik

9

10

11

Cara Analisis Data

Dapatan Kajian
3

980919-08-6222


6.0

5.1

Demografi Responden

12-21

5.2

Aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi

22-28

5.3

Impak aplikasi sains dan teknologi penghasilan produk buah strawberi 29-36

Rumusan dan Kesimpulan

6.1

Soalan sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi

37-38

6.2

Impak aplikasi sains dan teknologi penghasilan produk buah strawberi 39-40

6.3

Kesimpulan

41

7.0

Bibliografi


42

8.0

Lampiran

43-51

4

980919-08-6222
1.0

PENGENALAN

Perkataan sains berasal dari bahasa latin ” scientia ” yang bererti pengetahuan.
berdasarkan webster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang
diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang melingkupi suatu
kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan
melalui metode ilmiah. Sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk

mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk
menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. pengertian
sains juga merujuk kepada susunan pengetahuan yang orang dapatkan melalui metode
tersebut atau bahasa yang lebih sederhana, sains adalah cara ilmu pengetahuan yang
didapatkan dengan menggunakan metode tertentu.

Teknologi berasal daripada perkata techne yang bererti yang bererti cara dan logos
yang bererti pengetahuan. Jaques Ellul mengertikan teknologi sebagai keseluruhan metode
yang secara rasional mengarah dan memiliki ciri efisiensi.Teknologi adalah kaedah saintifik
untuk mencapai tujuan praktikal. Secara ringkasnya,teknologi ini memudahkan individu
untuk melakukan kerja dengan mudah dan cepat. Contohnya, mesin cetak,telefon bimbit dan
komputer. Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunan.
Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat.
Sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan. Sains
bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Teknologi mengikut takrifan pertama
ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin,bahan dan proses untuk selesaikan
masalah. Teknologi ini juga sering berkait rapat dengan rekaan dan ‘gadget’ menggunakan
prinsip sains dan proses terkini.

Strawberi ( Fragaria chiloensis L. / F. vesca L. ) merupakan tanaman buah berupa
herba yang ditemukan pertama kali di Chili, Amerika. Salah satu spesies tanaman strawberi
iaitu Fragaria chiloensis L menyebar ke berbagai negara Amerika, Eropah dan Asia.
Selanjutnya, spesies lain, iaitu F. vesca L. lebih tersebar luas dibandingkan spesies lainnya.
Jenis strawberi ini pula yang pertama kali masuk ke Indonesia.
5

980919-08-6222
Di Malaysia,Strawberi merupakan buah-buahan yang beriklim sederhana terutamanya
di Cameron Highlands.Pengeluaran Strawberi dalam bentuk buah segar mampu mencecah
Antara RM60 juta hingga RM70 juta setahun.Faktor iklim sederhana iaitu 15 hingga 24
darjah celcius menjadikan Cameron Highlands amat sesuai dengan penanaman dan
penghasilan buah tersebut.Seramai 52 orang pekebun yang terlibat dengan penanaman
strawberi di kawasan seluas 30 hektar.Teknik Fertigasi merupakan teknik yang paling sesuai
untuk penanaman buah Strawberi kerana ianya tidak mempunyai masalah dengan kesuburan
tanah malah suatu sistem yang tidak memerlukan kawasan yang begitu luas.Selain itu,bagi
meningkatkan pendapatan serta kepelbagaian kegunaan buah tersebut, produk hiliran telah
dihasilkan daripada buah strawberi tersebut malah mampu mencecah pendapatan sehingga
RM 40 juta setahun.

Strawberi amat sesuai ditanam dalam bentuk ‘A’ setinggi empat tingkat kerana
kepentingan pancaran matahari untuk tumbesaran buah tersebut.Menurut kajian yang telah
dilakukan,16 unsur baja telah digunakan termasuk baja tomata yang telah diubah , baja salad
atau sayur-sayuran dan tiga atau empat jenis baja yang dicampur seperti baja micro elemen
dan macro elemen bagi nilai rasa buah yang lebih manis dan tekstur yang cantik.Strawberi
mempunyai lebih kurang 20 jenis strawberi dan lima yang terpilih malahan hanya dua jenis
strawberi sahaja yang sesuai dengan iklim sederhana di Malaysia iaitu strawberi jenis
‘Camarosa dan Camaroga.’

6

980919-08-6222
Buah Strawberi mempunyai pelbagai manfaat yang sangat luar biasa untuk kesihatan.
Buah Strawberi dikenal sebagai buah yang paling popular di dunia, hal tersebut kerana buah
strawberi memiliki rasa yang lazat dan juga bentuk yang menarik. Buah Strawberi dikayakan
dengan berbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang semuanya mudah diserap oleh
tubuh. Strawberi mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, B5, B6,
C, beta -karoten, asam folat, kalsium, magnesium, potassium, sodium dan besi. Kandungan
vitamin C dalam buah strawberi sangat tinggi maka tidak hairanlah jika buah strawberi
mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara menyeluruh sekaligus membantu tubuh
melawan penyakit seperti selsema,kanser dan lain-lain.Buah Strawberi juga dikenalpasti
mampu mengatasi berbagai macam masalah kesihatan seperti pneumonia, malaria dan
sembelit, Kadar vitamin C yang tinggi dalam buah strawberi dapat membantu tubuh
menyerap zat besi dari makanan dan membantu dalam meningkatkan kadar vitamin dan zat
besi dalam tubuh, sehingga dapat mencegah anemia. Strawberi juga membantu menjaga
kesihatan pencernaan, menurunkan kolesterol dan menurunkan kadar glukosa.

Terdapat juga pelbagai manfaat lain seperti buah strawberry sebagai Anti- kanser.
Strawberi juga termasuk dalam senarai teratas ‘superfoods’ kerana memiliki kemampuan
mencegah berbagai macam penyakit termasuk penyakit kanser. Hal ini kerana kandungan
anti- oksidan yang sangat tinggi yang terdapat dalam buah strawberi yang bekerja secara
lebih kuat dalam melawan oksiden sekaligus mencegah kerosakan yang disebabkan oleh
radikal bebas dalam tubuh kita.Seterusnya, mampu menghilangkan jerawat. Vitamin C, Alpha
Hydroxy Acids (AHA), asam folsofat dan flavonoid dalam buah strawberi membantu dalam
membersihkan jerawat dan mengurangi minyak berlebihan malah ianya mampu memperkuat
daya ingat serta kesehatan mental. penelitian telah menunjukkan bahwa, selain memiliki
kesan anti-anemia, folat yang ditemukan dalam buah strawberi juga bermanfaat untuk
meningkatkan daya ingatan,tumpuan dan kemampuan otak untuk proses menerima
maklumat.Hal ini juga penting untuk mencegah kecacatan otak bayi dalam tempoh
mengandung.

7

980919-08-6222

Selain itu,buah strawberI ini dapat menjaga kesihatan Jantung kerana Anti - oksidan
yang ditemukan dalam buah strawberi merupakan gabungan antara vitamin C dan
anthocyanidins yang dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah
pembentukan bekuan darah dalam saluran darah. Seterusnya,dapat menjaga kesihatan kulit
daripada memberi kesan buruk radikal bebas.Vitamin C dan antioksidan yang hadir dalam
buah strawberi mampu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas pada kulit
dan tubuh. Radikal bebas terjadi selama proses transformasi makanan menjadi tenaga.
Radikal bebas mempercepatkan proses penuaan dan vitamin C efektif dalam menghalang
kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas tersebut.Untuk mencegah kesan buruk dari
radikal bebas anda dapat menggunakan 1 senduk teh madu dan 2 senduk teh krim susu
dengan dicampur strawberi yang ditumbuk. Setelah itu anda dapat menggunakannya pada
seluruh wajah dan juga bahagian leher selama kira-kira 20 minit. Kemudian setelah selesai
cuci dengan air bersih dan keringkan.

Kekayaan khasiat nutrisi yang tinggi dalam buah strawberri menyebabkan buah
strawberi ini mampu menjaga kesihatan tulang manusia kerana buah strawberi ini
mengandungi kira-kira 21% kalsium dan juga vitamin K yang membantu mempertahankan
kepadatan tulang. Siapa sangka buah strawberi ini juga telah membuktikan bahawa ianya
juga membantu para pesakit menurunkan kadar kolesterol dalam badan dalam pelbagai
peringkat umur kerana mempunyai nutirisi yang sejenis dengannya yang berperanan untuk
mencegah daripada berbagai-bagai jenis kategori penyakit dan mampu menurunkan risiko
penyakit kardiovaskular dengan melawan oksiden low density lipo (LDL).

Rasionalnya kajian ini dilakukan adalah kerana pengkaji ingin mengetahui dengan
lebih mendalam tentang kebaikan buah strawberi serta khasiat yang ada dalam produkproduk hiliran buah strawberi. Selain itu, kajian ini juga dilakukan kerana pengkaji
mempunyai saudara-mara di kawasan berhampiran tempat kajian dan ianya memudahkan lagi
pengkaji dalam melakukan kajian ini.

8

980919-08-6222

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini berdasarkan kajian saya ialah untuk:

2.1

Mengenalpasti aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan
buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Kampung Taman Sedia,
Cameron Highland,Pahang.

2.2

Mengkaji kesan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk
buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Kampung Taman Sedia,
Cameron Highland,Pahang.

9

980919-08-6222

3.0

PETA
3.1

PETA NEGERI PAHANG

Gambar rajah 3.1 : Peta Negeri Pahang.

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaaan Melayu Melaka,wilayah
bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk alam kawasan kerajaan
Pahang. Orang Jawa Majaphit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai
Pahang sahaja. Pada awal kurun ke-16 Masihi,pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu
Johor,sempadan Negeri Pahang Darul Makmur di sebelahnya samapi ke Sedili Besar dan di
utara sampai ke Terengganu sempadan ke baratnya sampai ke Rembau,Selangor dan Perak.
Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi
banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.

Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung
Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi.Kemasyhuran dan kehebatan
namanya pada suatu masa dahulu menjadi rebutan kerajaan di sekelilingnya. Pada masa
ini,Pahang adalah negeri di semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu

10

980919-08-6222
Kuantan,Pekan,Rompin,Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa.
3.2

PETA DAERAH

Gambar rajah 3.2 : Peta Daerah Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan
tanah tinggi yang terkenal disemenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya
negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron
Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c
hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang
berkunjung ke sana.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron
Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air
Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen
Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.Secara
keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di
Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan
Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini

11

980919-08-6222
diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation dan pelbagai tanaman yang memberi daya
tarikan kepada pengunjung.

3.3

PETA LOKASI KAJIAN

Gambar rajah 3.3 : Peta lokasi kajian

Taman Sedia adalah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands.
Dibuka secara bergotong royong oleh beberapa orang melayu pada tahun 1959 sebelum
dimajukan sebagai sebuah perkampungan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
pada tahun 1969.Kampung Taman Sedia mempunyai sebanyak 48 lot yang mempunyai
keluasan 0.25 ekar setiap satu dan kini masih dihuni oleh sebilangan peneroka asalnya. Idris
Osman, 76, merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia.
Kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan
orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya
dibentuk untuk berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut.

Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya oleh Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Terdapat kisah lisan yang
mengatakan Kampung Taman Sedia ini pada dahulu kalanyanya penuh dengan bunga12

980919-08-6222
bungaan yang dimiliki golongan para bunian yang dikelilingi dengan padang rumput dan
pokok renek yang tumbuh dan menjalar disamping alur sungai yang amat jernih malah
terdapat hidupan liar seperti rusa yang menghuni menjadikan taman ini telah tersedia dari
dahulu dan namanya juga diangkat dengan KAMPUNG TAMAN SEDIA.
4.0

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,metodologi mmembawa maksud sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah bualan,teknik,gaya ragam,rentak,corak dan sistem.
Penyelidikan juga ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik,memeriksa penyelidikan dengan
teliti dan cermat. Bahagian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian,sampel
kajian,cara pengumpulan maklumat,memproses dan mempersembahkan data.

4.1

REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian lapangan dan merupakan satu rujukan mengenai perkara-

perkara berkaitan dengan persampelan,pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah
strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Cameron Highland,Pahang dan juga mengkaji impak
penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi di kawasan yang
sama.

4.2

SAMPEL KAJIAN
Pemilihan sampel unutuk kajian ini ini dilakukan melalui soal selidik secara rawak

mudah dan melibatkan 30 orang responden di Kampung Taman Sedia,Cameron
Highlands,Pahang. Bilangan sampel ini bersesuaian dengan kajian kuantitatif.

4.3

SOAL SELIDIK (KAEDAH KUANTITATIF)
Instrumen soal selidik dibina dengan mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah

difahami. Borang soal selidik ini merangkumi dua bahagian serta 10 soalan yang dikaji.
Soalan dalam borang soal selidik ini merangkumi demografi,soalan tertutup dan skala likert
13

980919-08-6222
yang merangkumi lima aras iaitu 5-sangat setuju,4-setuju,3-tidak pasti,2-tidak setuju dan 1sangat tidak setuju.

4.4

CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan dengan pelbagai cara seperti

membuat rujukan,temubual dan soal selidik.

4.4.1

PEMERHATIAN
Saya telah melawat ladang strawberi untuk berjumpa dengan responden bagi

mendapatkan maklumat tentang penggunaan sains dan teknologi dalam penanaman dan
penghasilan produk buah strawberi. Dengan ini saya telah mendapat beberapa bukti dan
bahan-bahan yang sesuai bagi membolehkan saya untuk menjalankan tugasan saya.

4.4.2

KAEDAH RUJUKAN
Kaedah ini telah membantu saya dalam memperolehi beberapa maklumat yang

relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Cara ini paling mudah kerana maklumat yang
diperlukan

telah

sedia

ada.

Pengkaji

menggunakan

kaedah

rujukan,buku,kamus,internet,akhbar,jurnal dan kajian lapangan.

4.4.3

KAEDAH TEMUBUAL
Saya telah melakukan kaedah temubual yang merupakan sumber primer saya

mengenai jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di
Kampung Taman Sedia dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang impak penggunan
sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi. Kajian saya ini telah mendapat
sambutan yang amat baik dan membolehkan saya mendapatkan maklumat dengan agak
banyak.
14

980919-08-6222

4.4.4

SOAL SELIDIK
Dengan menghantar borang soal selidik saya telah mendapat balasan yang sangat baik

daripada bilangan responden yang telah dipilih dan melayan saya dengan sangat baik. Kesan
daripada pengedaran borang soal selidik adalah untuk mendapatkan sedikit pandangan
daripada mereka yang bekerja dan mengusahakan penanaman dan penghasilan produk buah
strawberi. Dengan berbuat demikian,saya telah mendapat banyak maklumat berkenaan buah
strawberi. Kaedah ini telah mebuahkan hasil yang baik terutamanya kepada pengusaha dan
pekerja yang sudi meluangkan masa mereka untuk kajian saya ini.

4.5

CARA ANALISIS DATA
Mengikut laporan kajian sya,analisis data telah dibuat hasil daripada kajian hasil

borang soal selidik yang telah menggunakan kaedah skala likert secara deskriptif untuk
analisis data daripada soal selidik laporan kajian. Berikutnya ialah penghasilan data mengikut
skala yang diberi :
SANGAT TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
SETUJU
SANGAT SETUJU

SKALA 1
SKALA 2
SKALA 3
SKALA 4
SKALA 5

Borang soal selidik telah dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian telah
disemak dan dijawab oleh pengusaha,pekerja dan juga para pengunjung di lading strawberi,
Taman Agro Al-Mashoor,Cameron Highlands,Pahang. Maklumat yang diberi adalah amat
berfaedah dan telah membolehkan saya menghasilkan kajian yang berguna bagi saya dan juga
mereka yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak langsung.
Bahagian A
Bahagian B

Latar belakang responden
Jenis-jenis teknologi dalam penghasilan
15

980919-08-6222
produk buah strawberi
Impak penggunaan sains dan teknologi

Bahagian C

5.0.

DAPATAN KAJIAN.
5.1.

ANALISIS BAHAGIAN A.
5.1.1.

UMUR RESPONDEN.

Jadual 5.1.1 :Bilangan Responden yang Dipilih Secara Rawak Berdasarkan Umur.

aj
h

Umur Responden
20 - 29
30 - 39
40 - 49
50 & ke atas

Frekuensi
8
10
9
3

Peratusan %
26.67 %
33.33 %
30 %
10 %

Jumlah
30
5.1.1 : Demografi berdasarkan umur responden.

R
a

100 %

UMUR RESPONDEN

10%
27%

20 - 29
30-39
40-49

30%

50 & keatas

33%

1 Frekuensi = 1 Responden

Sumber : Hasil kajian soal selidik

16

980919-08-6222
Carta pai dan Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak
berdasarkan umur. Didapati bahawa responden 30-39 tahun merupakan majoriti dalam kajian
ini dengan bilangan seramai 10 orang dewasa iaitu 33.33% dan diikuti dengan bilangan
seramai 9 orang dewasa dalam lingkungan umur 40-49 tahun iaitu sebanyak 30.0%.
Seterusnya diikuti dengan 8 orang yang berumur Antara 20-29 tahun sebanyak 26.67%.
Manakala responden yang paling kurang sebanyak 3 orang responden yang berumur 50 tahun
dan ke atas yang peratusannya sebanyak 10.0 % sahaja dalam kajian yang dijalankan oleh
pengkaji. Menurut kajian saya, didapati bilangan responden yang berumur 30 hingga 39
tahun yang memberi respond yang banyak. Hal ini demikian kerana peringkat umur sebegini
yang bekerja telah mempunyai pengetahuan yang lebih luas. Faktor ini mendorong mereka
untuk mengenali pengaplikasian sains dan teknologi dengan lebih terperinci.

Selain itu, golongan ini juga mempunyai pengalaman jangka panjang. Oleh hal yang
demikian, ianya memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih relevan kerana
mereka lebih berpengetahuan tentang semua kaedah malahan manfaat yang diperoleh
daripada penggunaan sains dan teknologi yang mereka telah mereka gunakan untuk
penghasilan sesuatu produk. Ini memudahkan saya untuk mendapatkan respond yang banyak
dalam kategori umur yang tersebut.

17

980919-08-6222
5.1.2. JANTINA RESPONDEN

5.1.2 : Bilangan Responden berdasarkan Jantina
Jantina
Frekuensi
Peratusan %
Lelaki
18
60%
Perempuan
12
40%
Jumlah
30
100%
5.1.2 : Demografi berdasarkan jantina responden

JANTINA RESPONDEN

40%
60%

1 Frekuensi = 1 Responden

Lelaki
Perempuan

Sumber: Kajian hasil soal selidik.

Carta pai dan jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Dalam
kajian ini majoriti responden ialah lelaki iaitu lebih ramai berbanding dengan responden
perempuan.. Hal ini demikian kerana responden lelaki lebih mengenali pengaplikasian sains
dan teknologi dalam pertanian berbanding dengan jantina perempuan. Responden lelaki
seramai 18 orang iaitu sebanyak 60.0% manakala responden perempuan seramai 12 orang
yang sama dengan sebanyak 40.0%.
Menurut kajian saya,lelaki lebih ramai berbanding dengan perempuan kerana kini
golongan lelaki lebih berminat terhadap bidang kemahiran sebegini malahan ilmu yang
dimiliki oleh mereka terlalu banyak tentang sains dan teknologi yang digunakan.Perempuan
18

980919-08-6222
kurang mengenali bidang sains dan teknologi kerana kebanyakkannya lebih berminat bekerja
di pejabat dan menghadap komputer. Tetapi golongan lelaki lebih berpengalaman berbanding
perempuan kerana bidang sebegini melibatkan kemahiran seseorang dan lelaki lebih berminat
pada bidang kemahiran sebegini. Contohnya,pemprosesan produk jem,aiskrim,krim kek dan
lain-lain mampu membantu meningkatkan kemahiran seseorang.Kemahiran yang berbeza ini
selalunya dimiliki oleh lelaki kerana minat mereka terhadap bidang kemahiran pengendalian
setiap teknologi yang ada.. Jadi, dalam kajian saya responden yang paling banyak memberi
respons adalah golongan lelaki.

5.1.3

BANGSA RESPONDEN

19

980919-08-6222
5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden
Bangsa
Frekuensi
Peratusan %
Melayu
12
40%
Cina
10
33.33%
India
8
26.67%
Jumlah
30
100
5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden

BANGSA RESPONDEN

27%
40%
Melayu
India

Cina

33%

1
Frekuensi = 1 Responden

Sumber: Kajian hasil soal selidik.

Carta pai dan Jadual 3 menunjukkan jumlah untuk kategori setiap bangsa responden.
Hasil kajian mendapati bangsa melayu merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai
12 orang yang mewakili 40.0%. Hal ini terjadi kerana aktiviti pertanian ini merupakan
aktiviti utama bangsa melayu sejak dahulu lagi sebagai sumber pencarian bagi menampung
keperluan harian. Selain itu, diikuti dengan bangsa cina iaitu seramai 10 orang dan mewakili

20

980919-08-6222
sebanyak 33.33% yang telah memberi kerjasama dengan baik dalam kajian ini dan bangsa
india seramai 8.0% yang mewakili sebanyak 26.67% yang membantu dalam hasil kajian ini.

Bangsa cina mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang tinggi oleh itu
tidak hairanlah jika bangsa cina menjadi bangsa kedua terbanyak dalam kajian ini kerana
kemahiran mereka yang mampu menaiktarafkan sesuatu hasil pertanian kepada beberapa
jenis

produk

yang

baharu

sekaligus

dapat

meningkatkan

pendapatan

diri

dan

Negara.Manakala bangsa india merupakan bangsa paling sedikit dalam kajian ini kerana
kemahiran atau minat mereka terhadap pengaplikasian sains dan teknologi terhadap pertanian
strawberi ini amatlah kurang.

5.1.4 TARAF PENDIDIKAN

Taraf Pendidikan
Sekolah Rendah
SPM
STPM / Diploma

Frekuensi
0
6
10

Peratusan %
0
20 %
33.33 %
21

980919-08-6222
Ijazah
Lain-lain
Jumlah

12
2
30

40 %
6.67 %
100

5.1.4 : Demografi berdasarkan taraf pendidikan responden

TARAF PENDIDIKAN RESPONDEN

7%

20%

40%

Sekolah Rendah
SPM
STPM / Diploma
Ijazah
Lain-lain

33%

1
Frekuensi = 1 Responden

Sumber: Kajian hasil soal selidik.

Carta pai dan jadual di atas telah menunjukkan bahawa majoriti responden yang
terdapat dalam hasil kajian yang dilakukan ini adalah seramai 12 orang yang mewakili 40 %
kerana pengetahuan yang dimiliki oleh mereka berdasarkan kelulusan taraf pendidikan
mereka iaitu peringkat ijazah. Seterusnya,diikuti dengan responden berkelulusan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia(STPM) atau Diploma seramai 10 0rang yang mewakili sebanyak 33.33%
dimana responden pada peringkat sebegini masih lagi dalam proses mengenali pengaplikasian
sains dan teknologi pertanian dalam penghasilan produk-produk buah strawberi.

22

980919-08-6222

Tidak ketinggalan juga, responden pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
merupakan responden yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang kemahiran
sains dan teknologi tetapi mereka hanya seramai enam orang dan mewakili sebanyak 20 %.
Selain itu, taraf pendidikan lain-lain tersebut ialah peringkat ijazah sarjana seramai 2 orang
sahaja yang mewakili sebanyak 6.67 %. Mereka ini adalah golongan pengkaji asal buah
strawberi yang telah di perkenalkan di Cameron Highland malah mempunyai pelbagai
pengetahuan yang luas tentang buah strawberi yang dikaji semenjak mereka mula berjinakjinak dalam dunia pertanian buah strawberi ini.

5.1.5 PEKERJAAN RESPONDEN

Pekerjaan
Sektor Awam
Sektor Swasta
Jumlah

Frekuensi
17
13
30

Peratusan %
57%
43%
100%

23

980919-08-6222
5.1.5 Demografi berdasarkan pekerjaan responden

PEKERJAAN RESPONDEN

43%
57%

1 Frekuensi = 1 Responden

SEKTOR AWAM
SEKTOR
SWASTA

Sumber: Kajian hasil soal selidik.

Carta pai dan jadual 5 diatas menunjukkan bilangan responden berdasarkan sektor
pekerjaan yang diceburi.Kategori pekerjaan sektor awam merupakan majoriti dalam kajian
ini seramai 17 orang yang mewakili 57%. Hal ini demikian kerana mereka lebih banyak
pengalaman tentang kajian ini kerana ianya mempunyai kelebihan tempat yang strategik dan
kelebihan kewangan dalam membangunkan kawasan pertanian sendiri. Seterusnya,diikuti
pekerjaan sektor swasta seramai 13 orang dan mewakili sebanyak 43%. Responden ini
hanyalah diwakili oleh golongan bekas-bekas pelajar yang lepasan universiti didalam bidang
pertanian yang mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan pertanian ini.

24

980919-08-6222
Bidang pertanian ini merupakan bidang yang paling luas dalam pengaplikasian sains
dan teknologi kerana terhasilnya pelbagai produk hiliran yang berbentuk kesihatan untuk
kegunaan para pembeli tanpa mengira peringkat umur mahupun jantina. Oleh itu,manfaat
sains dan teknologi dalam pertanian ini merupakan satu cara baru untuk proses pengeluaran
produk mengikut permintaan ramai.

5.2.

ANALISIS BAHAGIAN B.

Dalam bahagian B ini, iaitu dalam borang soal selidik telah membincangkan tentang aplikasi
sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi.Kategori tersebut adalah seperti
berikut:

5.2 1. Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di
Cameron Highlands.
Bil

Jadual 6 : Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilam produk buah strawberi.
Item Soalan
Skala1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
25

Min

980919-08-6222
.

BIL

( % BIL

1.

Mempercepatkan proses

(R)
0

)
0.0

2.

pengeluaran.
Tenaga pekerja yang

0

3.

berpengetahuan luas.
Menghasilkan kualiti

(%)

BIL

(%)

BIL

(%)

BIL

(%)

(R)
0

0.0

(R)
2

6.7

(R)
17

56.7

(R)
11

36.7

3

0.0

0

0.0

3

10.0

13

43.3

14

46.7

2

0

0.0

2

6.7

5

16.7

12

40.0

11

36.7

2

4.

buah yang baik.
Mengikut spesifikasi

0

0.0

0

0.0

0

0.0

10

33.3

20

66.7

3

5.

teknologi masa kini.
Modal yang amat besar

0

0.0

0

0.0

0

0.0

13

43.3

17

56.7

3

dalam penghasilan
6.
7.

produk.
Fungsi yang berbeza.
Pemprosesan menjadi

0
0

0.0
0.0

0
2

0.0
6.7

0
1

0.0
3.3

14
9

46.7
30.0

16
18

53.3
60.0

3
3

8.

lebih mudah
Mengembangkan produk

0

0.0

0

0.0

0

0.0

19

63.3

11

36.7

3

9.

buah strawberi.
Latar belakang yang

0

0.0

4

15.3

5

16.7

15

50.0

6

20.0

3

10.

berbeza.
Nutrient mengikut

0

0.0

0

0.0

7

23.3

11

36.7

12

40.0

2

pertumbuhan pokok.

Rajah 5.2.1: Demografi Responden Aplikasi Sains dan Seknologi dalam penghasilan buah
strawberi

26

980919-08-6222

Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah starwberi
120

100

Peratus bilangan responden

80

60

40

20

0

Skala 1

Skala 2

1 Frekuensi = 1 Responden

Skala 3

Skala 4

Skala 5

Sumber: kajian hasil soal selidik.

Buah strawberi merupakan lambang atau identiti kepada Cameron Highland yang
mana perlu dipertahankan dari generasi ke generasi yang akan datang. Menurut kajian saya
yang dijalankan di kawasan Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands telah didapati semua
responden yang saya jumpa sangat positif terhadap pengaplikasian sains dan teknologi dalam
menghasilkan buah strawberi yang mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
27

980919-08-6222

Saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang pengaplikasian sains dan
teknologi yang digunakan oleh mereka dalam penghasilan buah strawberi. Ramai responden
telah memberi sambutan yang baik terhadap kajian saya dan sangat bekerjasama dengan saya.
Dalam kajian saya didapati majoriti responden bersetuju bahawa teknologi moden ini mampu
mempercepatkan proses iaitu seramai 17 orang responden telah bersetuju kepada pendapat
tersebut mewakili sebanyak 56.7%. Manakala hanya seramai 11 responden sahaja yang
sangat bersetuju dengan pendapat tersebut yang bersama dengan sebanyak 36.7%. Didapati
bahawa hanya seramai 2 responden sahaja yang tidak pasti mengenai pendapat di atas kerana
mereka kurang pengetahuan mengenai aplikasi sains dan teknologi yang digunakan dalam
menghasilkan buah strawberi.

Walaupun buah strawberi ini telah lama dikenali di Cameron Highland, namun
aplikasi sains dan teknologi ini mula dikenali sejak beberapa tahun yang lepas malahan
mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas tentang pengaplikasi sains dan
teknologi yang digunakan. Selepas kajian soal selidik habis dijalankan didapati bahawa
seramai 14 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 46.7%.
Manakala, seramai 13 orang responden hanya bersetuju dengan pendapat saya mewakili
sebanyak 43.3%. Namun, hanya 3 responden yang tidak pasti dengan pendapat saya iaitu
sebanyak 10.0%.

Selain itu, hasil daripada kajian saya, didapati bahawa sebanyak 66.7% golongan
responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dengan seramai 20 orang dan hanya
33.3% iaitu seramai 10 orang telah bersetuju bahawa sains dan teknologi yang terhasil kini
telah mengikut spesifikasi perkembangan masa kini setanding dengan perkembangan arus
teknologi negara luar untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti
tersendiri.

Seterusnya, modal yang amat besar diperlukan dalam penghasilan produk
tersebut.Pendapat ini telah pun dipersetujui oleh 17 orang responden yang mewakili 56.7%
ini bermaksud pengaplisian sains dan teknologi yang dicipta untuk menghasilkan buah
28

980919-08-6222
strawberi ini merupakan salah satu kaedah yang bermutu tinggi dan 13 orang responden yang
berada di skala (4) yang mewakili sebanyak 43.3% yang hanya bersetuju terhadap pendapat
diatas.

Pengaplikasian yang diciptakan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza supaya
para pekerja mempunyai kemahiran yang tertentu.Apabila kemahiran yang ada ini mengikut
fungsi setiap teknologi berkenaan maka kemahiran para pekerja tersebut dapat ditingkatkan
dari semasa ke semasa. Menurut kajian saya didapati sebanyak 53.3% responden iaitu
sebanyak 16 bilangan orang yang sangat bersetuju dengan pendapat tersebut manakala 14
orang responden iaitu sebanyak 46.7% hanya bersetuju dengan pendapat diatas kerana setiap
proses penghasilan memerlukan teknologi yang berbeza fungsi.

Dengan adanya pengaplikasian sains dan teknologi ini maka pemprosesan produk
menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi-teknologi yang ada ini. Didapati seramai 18
orang responden sangat bersetuju terhadap pendapat yang dikemukan yang mewakili
sebanyak 60.0% manakala 9 orang responden hanya bersetuju dan mewakili sebanyak 30.0%.
Tetapi hasil kajian yang dilakukan ini hanya seorang responden tidak pasti terhadap
pemprosen produk iaitu sebanyak 3.3% dan 2 orang lagi responden yang mewakili sebanyak
6.7% tidak bersetuju terhadap pendapat yang diberi.

Seterusnya, teknologi yang digunakan amat berpotensi mengembangkan buah
strawberi.Hasil kajian saya menyatakan bahawa seramai 11 orang responden mewakili
sebanyak 36.7% telah membuktikan bahawa pendapat tersebut adalah benar. Manakala
seramai 19 orang responden yang sama dengan peratusannya sebanyak 63.3% telah hanya
bersetuju dengan pendapat saya. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka yang bersetuju
terhadap pendapat tersebut ialah mereka yang yakin terhadap pengaplisian sains dan
teknologi yang dicipta khas untuk penghasilan buah strawberi tersebut dan membolehkan
produk buah strawberi tersebut berkembang.

29

980919-08-6222
Selain itu, pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian ini juga mempunyai
latar belakang yang berbeza majoritinya hanya bersetuju terhadap pendapat yang diberi iaitu
seramai 15 orang yang mewakili sebanyak 50.0% diikuti dengan 20.0% iaitu seramai 6 orang
yang sangat bersetuju. Hal ini kerana mereka yang bersetuju ini mengetahui bahawa setiap
teknologi yang digunakan berasal daripada pelbagai jenis bahan yang berbeza dan
mempunyai tahap kualiti yang tersendiri.Manakala seramai 5 orang responden tidak pasti
dengan pendapat tersebut dan 4 orang responden tidak bersetuju terhadap pendapat tersebut
yang mewakili 16.7% dan15.3% kerana mereka kurang pengetahuan tentang teknologiteknologi tersebut.

Menurut hasil pendapatan kajian saya, seramai 12 orang responden yang mewakili
40.0% telah sangat besetuju bahawa nutrient yang terhasil dikawal mengikut pertumbuhan
pokok. Ada juga golongan yang hanya setuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 36.7%
orang bersamaan dengan 10 orang responden. Ini jelas membuktikan nutrient yang terhasil itu
masih ada tetapi dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Hanya seramai 7 orang responden
tidak pasti terhadap kenyataan tersebut mewakili 23.3%. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa
penggunaan teknologi-teknologi moden ini masih mampu menghasilkan pelbagai nutrient
yang menjamin kesihatan pengguna.

30

980919-08-6222

Rajah 5.2.2: Min Graf Bar Aplikasi Sains dan Teknologi dalam penghasilan buah strawberi

31

980919-08-6222

Rajah di atas menunjukkan Purata Min keseluruhan terhadap pengaplikasian yang
digunakan dalam penghasilan buah strawberi di Cameron Highland. Berpandukan rajah
diatas terdapat persamaan min purata iaitu sebanyak 3 untuk

pendapat pertama,

keempat,kelima,keenam,ketujuh,kelapan,kesembilan. Ini membuktikan bahawa teknologiteknologi yang digunakan ini mempunyai pelbagai kegunaan yang mampu mendatangkan
manfaat. Pengaplikasian yang dihasilkan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi strawberi
dengan kepelbagaian kegunaan utuk kebaikan kesihatan seluruh masyarakat.

Kepelbagaian teknologi untuk penghasilan buah strawberi ini menjadi salah satu
faktor kewujudan pelbagai manfaat buah tersebut. Buah strawberi yang terhasil mempunyai
kandungan nutrient yang berbeza kerana kawalan nutrient dilakukan mengikut setiap
pertumbuhan pokok.

Bagi pendapat yang kedua, minnya adalah 2 kerana ada segelintir responden yang
tidak pasti bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini mampu melahirkan tenaga pekerja
yang berpengetahuan luas terhadap teknologi-teknologi yang digunakan untuk penghasilan
produk.Hal ini jelas menunujukkan bahawa teknologi yang digunakan ini mampu melahirkan
tenaga pekerja yang berpengetahuan terhadap teknologi-teknologi serba moden kini.

Akhir sekali, purata min yang ketiga dan kesepuluh juga adalah sebanyak 2.
Sebahagian responden masih tidak pasti terhadap pengaplikasian sains dan teknologi dalam
penghasilan buah strawberi ini sebenarnya masih dapat menghasilkan kualiti buah yang baik
serta nutrient yang mencukupi untuk setiap isi pokok walaupun kandungan nutrient itu
dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Oleh hal yang demikian pendapat ini tetap masih
diterima penuh oleh ramai pihak kerana mereka melihat dan merasai produk-produk yang
dihasilkan daripada buah strawberi masih mempunyai kualiti yang baik dan menjamin
kesihatan pengguna lain.
32

980919-08-6222

5.3.

ANALISIS BAHAGIAN C.

Dalam bahagian C, iaitu dalam borang soal selidik telah mengkaji impak aplikasi sains dan
teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi.

5.3.1 : Pendapat tentang impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk
buah strawberi adalah seperti berikut:

Jadual 5.3.1 : Pendapat tentang impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan
produk buah strawberi.
Skala 1
Bil %

Bil

Item soalan

Skala 2
Bil %

Skala 3
Bil %

Skala 4
Bil %

Skala 5
Bil
%

1.

(R)
Menghasilkan pelbagai produk 0

2.

yang berkualiti
Mengeluarkan produk mengikut

3.
4.

0

(R)
0

0

(R)
0

0

(R)
7

23.3

(R)
23

76.7

4

0

0

0

0

0

0

13

43.3

17

56.7

3

permintaan
Menjamin kesihatan pengguna
Khasiat yang terhasil tiada

0
1

0
3.3

0
2

0
6.7

0
0

0
0

20
7

66.7
23.3

10
20

33.3
66.7

3
3

5.
6.
7.

perbezaan
Mendapat tempat dipasaran
Peluang pekerjaan semakin luas
Meningkatkan pendapatan diri

0
0
0

0
0
0

0
0
1

0
0
3.3

0
3
4

0
10
13.3

12
13
14

40.0
43.3
46.7

18
14
11

60.0
46.7
36.7

3
2
2

8.

atau pengeluar
Kemahiran para pekerja dapat

0

0

0

0

5

16.7

15

50.0

10

33.3

3

9.
10.

ditingkatkan
Produk yang diyakini khasiatnya
Meningkatkan
pengeluaran

0
0

0
0

0
0

0
0

7
8

23.3
26.7

13
12

43.3
40.0

10
10

33.3
33.3

2
2

produk

5.3.1 : Pendapat tentang impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk
33

M

980919-08-6222
buah strawberi

Impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi
100

90

80

70

Peratus bilangan responden

60

50

40

30

20

10

0

Skala 1

Skala 2

1 Frekuensi = 1 Responden

Skala 3

Skala 4

Skala 5

Sumber : Kajian hasil soal selidik

34

980919-08-6222
Teknologi yang digunakan mampu menghasilkan pelbagai impak kepada produk yang
dihasilkan serta ekonomi semasa pengeluar. Pengaplikasian sains dan teknologi ini juga
sebenarnya mendidik pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki oleh seseorang
manusia.Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor
pertanian.Pelbagai

ciptaan

sains

diselidik,direka

dan

digunapakai

dalam

sektor

pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti
hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.

Menurut kajian saya terdapat pendapat yang telah saya beri kepada 30 orang
responden dan telah mendapat sambutan yang agak baik. Antara pendapat saya yang pertama
ialah impak aplikasi sains dan teknologi ini mampu menghasilkan pelbagai produk yang
berkualiti. Pendapat ini telah dipersetujui oleh semua responden tetapi ada yang setuju dan
ada yang sangat bersetuju dengan jumlah responden iaitu seramai 7 orang responden hanya
bersetuju yang mewakili sebanyak 23.3% dan 23 orang responden iaitu sebanyak 76.7%
sangat bersetuju terhadap pendapat yang diberi.

Pendapat seterusnya,teknologi yang digunakan ini juga dapat mengeluarkan produk
mengikut permintaan.Pendapat ini hanya dipersetujui seramai 13 orang responden iaitu
sebanyak 43.3%. Responden seterusnya seramai 17 orang yang mewakili sebanyak 56.7%
sangat bersetuju terhadap pendapat tersebut dan mereka percaya bahawa pengaplikasian sains
dan teknologi ini memberi impak yang positif terhadap produk yang dihasilkan.

Selain itu, seramai 20 orang responden hanya bersetuju dengan pendapat bahawa
pengaplikasian sains dan tekonologi dapat menjamin kesihatan pengguna iaitu mewakili
sebanyak 66.7% daripada keseluruhan bilangan responden. Manakala bilangan yang lain
iaitu sebanyak 10 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak
33.3%. Ini menunjukkan teknologi moden ini masih mampu menghasilkan produk yang
menjamin kesihatan pengguna.

35

980919-08-6222
Seramai 1 orang daripada 30 responden telah tidak bersetuju dengan pandapat saya
iaitu khasiat yang terhasil tiada perbezaan manakala seramai 2 orang responden juga kurang
setuju dengan pandangan saya yang mewakili sebanyak 6.7% dan 7 orang responden hanya
23.3% hanya bersetuju kerana mereka mempunyai pengetahuan yamg luas tentang teknologi
tersebut dan 20 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tesebut yang mewakili
sebanyak 66.7%. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa kemajuan teknologi ini masih mampu
mengekalkan khasiat asal yang dimiliki oleh buah tersebut.

Seterusnya, produk hiliran yang terhasil ini mampu mendapat tempat dipasaran,
jumlah responden seramai 12 orang responden hanya bersetuju mewakili sebanyak 40.0%.
Malahan ada juga golongan yang sangat setuju dengan pendapat tersebut iaitu seramai 18
orang responden yang peratusannya sebanyak 60.0%. Majoriti bersetuju dengan pendapat
tersebut kerana pengetahuan yang dimiliki oleh mereka serta pengalaman yang dimiliki oleh
responden-responden tersebut.

Antara impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk tersebut ialah
kesihatan para pengguna menjadi lebih baik kerana kandungan khasiat yang tinggi dalam
buah strawberi tersebut menyebabkan buah strawberi ini mendapat permintaan tinggi di
pasaran serata negeri. Antara contoh khasiat buah strawberi ini ialah ia mampu mencegah
penyakit kanser,selsema,pneumonia,malaria kerana hasil daripda vitamin yang ada dalam
buah tersebut. Jadi,tidak hairanlah jika produk-produk hiliran buah strawberi ini terus
mendapat tempat dihati ramai.

36

980919-08-6222
Semakin banyak teknologi moden dicipta dan diguna pakai oleh semua bidang
perniagaan,peluang pekerjaan juga semakin luas. Hal ini demikian kerana teknologi yang
dicipta dan digunakan untuk penghasilan setiap produk-produk hiliran memerlukan tenaga
manusia dalam siap kemahiran. Pendapat ini semakin kukuh kerana persetujuan majority para
responden yang memberi kerjasama dalam kajian yang dijalankan ini. Seramai 13 orang
responden yang mewakili sebanyak 43.3% bersetuju dam 14 orang responden iaitu sebanyak
46.7% sangat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana mereka lebih percaya bahawa
teknologi yang diciptakan untuk penghasilan produk-produk tersebut akan membuka peluang
pekerjaan yang sangat kepada para graduan atau sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi
dalam pengendalian teknologi ini. Walaubagaimanapun, hanya sekumpulan kecil ini sahaja
yang tidak pasti dengan pendapat tersebut iaitu seramai 3 orang responden mewakili 10%.

Tidak ketinggalan juga, kemahiran para pekerja juga dapat ditingkatkan apabila
wujudnya pengaplikasian sains dan teknologi ini dalam menghasilkan produk-produk hiliran
buah strawberi. Oleh itu,seramai 15 orang responden hanya bersetuju dan 10 orang responden
sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dan masing-masing mewakili 50.0% dan 33.3%
pada pendapat yang diberi tetapi terdapat 5 orang responden yang mwakili sebanyak 16.7%
tidak pasti terhadap pendapat tersebut.

Selain itu,produk yang dihasilkan diyakini khasiatnya kerana ketelitian untuk setiap
penghasilan itu dikaji secara mendalam dan mendapat kelulusan daripada pihak-pihak yang
bertanggungjawab. Hasil kajian yang dilakukan seramai 7 orang responden tidak pasti
terhadap khasiat produk hiliran buah strawberi tersebut yang mewakili sebanyak 23.3%.
Walaubagaimanapun,terdapat 13 orang responden yang hanya bersetuju dan 10 orang
responden sangat bersetuju terhadap pendapat tersebut yang mewakili sebanyak 43.3% dan
33.3%.Hal ini jelaslah menunjukkan

bahawa ramai mengakui produk yang dihasilkan

menggunakan sains dan teknologi ini masih mempunyai khasiat yang diyakini.

37

980919-08-6222
Akhir sekali,pengaplikasian sains dan teknologi ini mampu meningkatkan
pengeluaran produk dari semasa ke semasa. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah
responden yang menyokong pendapat tersebut iaitu seramai 12 orang yang hanya bersetuju
iaitu mewakili sebanyak 40.0% dan 10 orang responden sangat bersetuju terhadap pendapat
yang diberi mewakili sebanyak 33.3%.Walhal selebihnya iaitu 8 orang reponden yang
mewakili sebanyak 26.7% tidak pasti terhadap pendapat tersebut kerana kekurangan
pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sebegini.

38

980919-08-6222

Rajah 5.3.2: Min Graf Keseluruhan tentang impak penggunaan teknologi moden
dalam penghasilan produk buah strawberi.

Min graf
4.5

4

3.5

3

2.5

Bilangan responden

2

1.5

1

0.5

0

39

980919-08-6222

Jadual diatas menunjukkan purata min bagi keseluruhan impak pengaplikasian sains
dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi di Cameron Highlands. Bilangan
responden yang menyetujui atau mendapat purata min 4 ialah bagi pendapat tentang
menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti. Majoriti purata min adalah sebanyak 3 untuk
soalan-soalan yang berkaitan dengan manfaat produk serta kandungan khasiatnya dan
kemahiran para pekerja. Seterusnya, purata min yang berjumlah 2 adalah berkaitan dengan
peluang pekerjaan yang semakin luas,dapat meningkatkan pendapatan diri atau pengeluar
berserta produk yang diyakini khasiatnya dan dapat meningkatkan pengeluaran produk.

Teknologi ini menunjukkan impak yang positif terhadap kesihatan para pengguna. Hal
ini kerana teknologi moden ini masih mementingkan kualiti serta khasiatnya agar permintaan
produk ini tidak terus terus merosot. Oleh itu,jelaslah menunjukkan bahawa impak teknologi
ini tidak memberikan kesan negatif terhadap pengguna kerana majoriti para responden
memberi kenyataan yang mereka bersetuju jika teknologi ini diteruskan dalam penghasilan
produk-produk tertentu akan datang.

Akhir sekali,sistem fertigasi yang digunakan ini menampakkan penghasilan pelbagai
jenis buah yang mempunyai rasa yang manis hasil daripada campuran bahan-bahan serta
baja-baja yang tertentu. Tegasnya,teknologi moden ini sebenarnya mempunyai satu sudut
positif yang besar dalam memberi kesan kepada perubahan kehidupan masyarakat serta
ekonomi pengeluar.

40

980919-08-6222
6.0

RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini

akan merumuskan hasil dapatan kajian.
6.1

SOALAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN BUAH
STRAWBERI.

Dapatan kajian mendapati bahawa teknologi yang digunakan merupakan salah satu
pengaplikasian yang dapat mempercepatkan proses pengeluaran. Hal ini kerana teknologi ini
sebenarnya telah dicipta khas untuk memudahkan para pekerja dalam mengawalnya kerana
mesin-mesin ini mempunyai kelebihan mengikut fungsi-fungsi tersendiri.
Seterusnya, Sains dan teknologi ini ini juga memerlukan tenaga pekerja yang
berpengetahuan luas dalam tersebut kerana pengendalian ini memerlukan pengetahuan yang
luas malah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui proses praktikal yang
dilakukan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pengetahuan dalam bidang ini amatlah penting
agar kualiti dan khasiat produk terjamin.
Sistem Fertigasi dalam penanaman buah strawberi ini sebenarnya merupakan salah
satu teknologi yang digunakan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Hal ini demikian
kerana kualiti itu amatlah penting terhadap buah strawberi agar-agar khasiat buah itu tidak
terjejas.
Di samping itu,teknologi moden yang diciptakan ini sebenarnya mengikut spesifikasi
perkembangan teknologi-teknologi masa kini. Oleh itu tidak hairanlah jika setiap produk
yang dihasilkan itu mampu memenuhi citarasa para pengguna.
Selain itu, pengeluaran modal untuk melakukan sistem fertigasi dan pelbagai
teknologi lain ini memerlukan modal yang amat besar bagi menghasilkan produk hiliran buah
strawberi kerana kos peng